Sosial memainkan peranan dalam pencapaian matematik?

Preview:

Citation preview

Jurang Pencapaian

Matematik Murid Sekolah Rendah

dan Sekolah Menengah dari

aspek sosial

•Sosio Ekonomi Keluarga

•Prestasi Guru

•Mentaliti Masyarakat

Sosial

Rujukan• Kajian status sosio ekonomi dan komitmen ibu

bapa terhadap pencapaian pelajar dalam

Penilaian Menengah Rendah Malaysia(2009).

(Mohamad Johdi Salleh,PHD, Che Noraini

Hashim, PHD,Ismael Hassanaen & Amir

Hassan Dawi, 2009.)

Berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM), jurang sosioekonomi dilihat pada aspek:

1) Pendidikan tertinggi ibu bapa2) Purata pendapatan isi rumah3) Purata murid menerima bantuan asas

kewangan bawah kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAMP)

Sosio Ekonomi

• Menurut Abdul Razaq Ahmad dan Zalizan Mohd

Jelas (2009) dalam Kajian Terhadap Kesedaran

Pendidikan dalam Kalangan Masyarakat Orang Asli

tahap pendidikan ibu bapa yang rendah

mempengaruhi pencapaian akademik anak-anak

orang asli.

• Menurut Amy J. Orr(2003) kekayaan boleh mempengaruhi

pencapaian akademik secara positif.

• Anak dari keluarga berpendapatan tinggi dan berpendidikan

menikmati persekitaran pembelajaran yang menggalakkan.

• Mempunyai kecenderungan untuk mempunyai aspirasi

tinggi, ekspektasi tinggi dan pencapaian akademik tinggi.

• Manakala, anak-anak dari keluarga pendapatan sederhana

mempunyai aspirasi tinggi.

• Manakala, keluarga miskin kurang mampu

menyediakan rumah yang selesa untuk seisi keluarga.

• Terdapat ibu bapa yang membiarkan anak mereka

bekerja sambilan selepas waktu sekolah.

• Keadaan ini menyebabkan pelajar mengabaikan

pelajaran mereka.

Prestasi Guru

• “ kualiti sesuatu sistem sekolah tidak boleh melebihi kualiti

guru” ( terjemahan: how the world’s best performing systems

come out on top,2007(baber and mourshed)

• Dalam Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

(PPPM) menyatakan wujudnya sebilangan guru yang terpaksa

mengajar mata pelajaran bukan opsyen dan mengajar mata

pelajaran yang mereka kurang mahir.

• Sebagai contoh, pada tahun 2011, hampir

6,000 guru mata pelajaran Bahasa Malaysia

bagi sekolah rendah telah ditempatkan untuk

mengajar mata pelajaran lain disebabkan

terdapat lebihan guru berbanding dengan

kekosongan jawatan bagi mata pelajaran

tersebut.

Kesannya:• Menurut Maisarah Ismail (2013), guru diminta mengajar mata

pelajaran bukan kepakarannya dan perkara ini hanya memberi

kesan negatif kepada pembelajaran murid dan membawa

kepada hasil yang kurang berkesan dalam bidang pendidikan

mahupun pengetahuan murid.

• Tambahan pula, guru yang lemah konsep Sains dan Matematik

dan strategi pengajaran telah menyebabkan pelajar mengalami

masalah pembelajaran dalam Sains dan Matematik (Yazid, 2008)

• Mengikut Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

(PPPM), isu dan cabaran lain dalam sistem

pendidikan ialah terdapat kekurangan guru yang

berpengalaman untuk membimbing guru baharu

sewaktu mereka mula menyertai profesion ini.

• Sebagai contoh, terdapat 58% guru yang masih

berada pada gred terendah iaitu DG41 atau gred

DGA29 berbanding 1.2% pada gred DG52 atau gred

DGA34.

Kesannya:• Terdapat kemungkinan guru kurang berusaha

untuk meningkatkan dan memperbaiki tahap

profesionalisme secara berterusan kerana terikat

dengan tempoh perkhidmatan selama 25 tahun.

• Guru kurang mementingkan tahap kualiti yang

diperlukan dalam sistem pendidikan untuk

pencapaian pelajar itu sendiri.

Mentaliti masyarakatMASYARAKAT ORANG ASLI

• Kajian yang dibuat Steve Nettleton (2007)

menyatakan kedudukan geografi mereka yang

terletak jauh di pedalaman telah mengukuhkan

pemikiran kebanyakan orang asli bahawa tiada

faedah untuk anak-anak mereka ke sekolah.

• Mentaliti masyarakat orang asli yang menerima

apa sahaja tanpa ada usaha untuk memajukan diri

dan meningkatkan taraf hidup turut

mempengaruhi pencapaian akademik orang asli.

• Contohnya, segelintir masyarakatnya yang berjaya

melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi tidak

mahu pulang berbakti memajukan dan

menyedarkan masyarakat sendiri.

Kesimpulan• Berdasarkan apa yang telah dibincangkan, saya dapat

simpulkan di sini bahawa faktor sosioekonomi, prestasi

guru dan peranan masyarakat turut menyumbang kepada

pelbagai usaha penambahbaikan untuk meningkatkan

pencapaian pelajar dalam bidang matematik.

• Semua pihak turut memainkan peranan dan

bertanggungjawab untuk sama-sama memajukan sistem

pendidikan negara seperti kata pepatah ‘berat sama

dipikul ringan sama dijinjing’.

Recommended