View
47
Download
4
Category
Preview:
Citation preview
NAMA PENSYARAH : DR. NURHIDAYU BINTI MUHAMAD ZAIN
NAMA AHLI KUMPULAN 4 :
NAMA AHLI NO MATRIK NONONNNNNNXXNXN
NOR WAHIDAH BINTI BURHANUDDIN A16GH0093
NOR SHAFIQA BINTI MOHAMAD SUHAIMI A16GH0092FATIN HANANI BINTI JALIL A16GH0031
AIN ATHIRAH BINTI MOHD SALLEH A16GH0006KHOO JIA XIN A16GH0045NEO LI TING A16GH0084
PERKEMBANGAN BIDANG PERUBATAN
UICI 1012 (TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA)
ISI KANDUNGAN
BIL. TAJUK HALAMAN
1. PENGHARGAAN 1
2. ABSTRAK 1
3. PENDAHULUAN 2
4. JENIS-JENIS INOVASI BIDANG PERUBATAN PADA ZAMAN DAHULU
a) AKUPUNTUR 3-6
b) STETOSKOP 7-10
c) BEKAM 11-14
d) PEMBEDAHAN 15-17
e) REFLEKSOLOGI 18-20
5. PENUTUP 21
6. RUJUKAN 22
PENGHARGAAN
Syukur ke hadrat ilahi kerana akhirnya tugasan yang diberi telah kami siapkan. Berteraskan ilham serta
petunjuk yang diberikan, kami, bergerak secara kumpulan telah memberi kerjasama dengan sebaik mungkin,
bak kata pepatah, berat sama dipikul ringan sama dijinjing. Tuagsan kerja khusus ini telah diberikan oleh
pensyarah kami iaitu Dr. Norhidayu Binti Muhamad Zain, pensyarah bagi subjek Tamadun Islam dan Tamadun
Asia (UICI1012-23). Beliau juga banyak memberi tunjuk ajar kepada kami ketika proses membuat kerja khusus
ini. Tidak lupa juga, ucapan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan sekelas yang telah banyak membantu kami
secara langsung atau secara tidak langsung.
Dewasa ini, peranan mahasiwa/i yang merupakan tulang belakang sesebuah negara itu maju haruslah
menerokai lebih banyak ilmu pendidikan yang terdapat di atas muka bumi ini bagi membangunkan serta
memajukan negara yang tercinta ke pelosok dunia. Konklusinya, para mahasiswa/i perlulah termasuk ke dalam
golongan dimana mereka akan sentiasa menyaingi peradaban zaman yang sungguh hebat.
Akhir kata, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih sekali lagi kepada Dr. Norhidayu kerana
sanggup meluangkan masa lapang beliau untuk menyemak hasil kerja khusus titik peluh kami ini. Sekian,
terima kasih.
ABSTRAK
Perubatan merangkumi ilmu sains dan kegunaannya. Kerja khusus ini merupakan salah satu kaedah
untuk mendalami dengan lebih dalam mengenai perubatan yang merupakan salah satu cabang dari sains hayat
yang berkaitan mengenai penjagaan kesihatan agar lebih kekal. Terdapat beberapa jenis perubatan yang ahli
kumpulan kami ambil seperti pembedahan, stetoskop, bekam, akupuntur malah termasuk refleksologi.
Perkembangan kelima-lima jenis perubatan ini banyak dipengaruhi oleh inovasi dan fungsi utama ciptaan
inovasi tersebut yang pada asalnya dipelopori oleh tokoh-tokoh ilmuwan dari Tamadun Islam, Melayu, India
serta Cina dan akhirnya berkembang menjadi teknologi moden pada masa kini. Ilmu-ilmu ini juga telah diolah
dan diperbaiki oleh golongan cerdik pandai dari keempat-empat tamadun tersebut untuk dijadikan rujukan oleh
orang pada masa kini dan terdapat segelintir daripada golongan cerdik pandai ini menghasilkan ilmu-ilmu sains
baru bagi menyelesaikan permasalahan seharian manusia dari masa ke semasa.
PENDAHULUAN
Dunia semakin maju diikuti dengan perkembangan teknologi yang semakin pesat. Jika dilihat pada
kemajuan dunia, perkembangan ini sering dikaitkan dengan teknologi kerana melalui teknologi manusia dapat
mencipta pelbagai reka bentuk yang bukan sahaja dalam perubatan. Sains dan manusia tidak dapat dipisahkan
dalam kehidupan seharian kerana pengetahuan yang dikurniakan oleh Tuhan sehinggakan manusia dapat
mencipta pelbagai ubat-ubatan. Dalam bidang perubatan, ianya bukan sahaja membincangkan mengenai ubat-
ubatan yang dihasilkan bagi merawat dan menyembuhkan penyakit malah termasuk profesion yang terdapat
dalam bidang ini seperti doktor disamping kita boleh mengenali penyakit-penyakit yang wujud di atas muka
bumi ini.
Terdapat dua kategori yang kita boleh dapati dalam bidang perubatan iaitu ubat (medicine) dan
pembedahan (surgery). Dibawah kedua-dua kategori ini, terdapat 29 buah subkategori, antaranya ialah anatomi,
bidang pembedahan, diagnosis perubatan, farmakologi dan teknologi perubatan. Di samping itu, kita juga boleh
dapati dimana terdapat 26 buah laman dalam kategori perubatan seperti afasia, bekam, jantung, dan patologi.
Bidang perubatan ini telah lama wujud ketika tamadun Islam, Melayu, Cina dan juga India. Ianya
merupakan salah satu sumbangan terbesar dalam sesebuah tamadun. Pada waktu itu, majoriti masyarakat
mengamalkan perubatan tradisional kerana bahan-bahannya yang senang didapati seperti herba, akar kayu di
samping diperkaya dengan nutrien, serta kebolehannya bagi merawat pelbagai jenis penyakit. Apabila zaman
bertukar beberapa kurun, teknologi telah diperkenalkan dan juga wujud perubatan moden dimana, ubat-ubatan
terhasil dan juga alatan pembedahan seperti pisau bedah yang diperbuat daripada berlian (diamond) dan keluli.
Dalam kertas ini, kita boleh mengenali dengan lebih lanjut tentang kelima-lima jenis perubatan iaitu
pembedahan, akupuntur, refleksologi, stetoskop dan bekam. Melalui tugasan yang diberikan ini, kami tertarik
untuk mengkaji mengenai inovasi dan revolusi dalam perubatan ini mengikut peredaran zaman.
JENIS-JENIS INOVASI BIDANG PERUBATAN PADA ZAMAN DAHULU
1. AKUPUNTUR
ASAL USUL DAN INOVASI DALAM RAWATAN AKUPUNTUR
Antara inovasi dalam bidang perubatan pada tamadun Cina adalah rawatan akupuntur. Akupuntur adalah
sejenis sistem perubatan tradisional Cina yang merawat pesakit dengan menggunakan tusukan jarum halus di
tempat-tempat tertentu badan untuk menyembuhkan kesakitan atau tujuan terapi. Tusukan jarum pada tubuh
badan adalah berdasarkan titik-titik tertentu
Kata akupunktur berasal dari bahasa Yunani, iaitu ‘acus’ yang bermaksud jarum dan ‘punctura’ yang
bermaksud menusuk. Di dalam bahasa Inggeris dipanggil topuncture sedangkan kata asal dalam bahasa Cina
adalah Zhen Jiu. ‘Zhen’ bermaksud jarum dan ‘Jiu’ bermaksud pemanasan/api. Mengapa akupuntur kebih
dikenali dengan sebutan Zhenjiu?Hal ini disebabkan, rawatan ini juga menggunakan ‘moksa’ di samping
menggunakan teknik perangsangan titik-tiktik akupuntur dengan menggunakan tusukan jarum. Apakah yang
dimaksudkan dengan moksa? Moksa atau moksisbusi adalah suatu teknik perangsangan titik akupunktur dengan
menggunakan kesan panas (moksibusi) dari sejenis tanaman ubat yang dikenal dengan ‘Artemisia vulgaris’.
Tanaman ini dikeringkan lalu dibuat menjadi bentuk batang atau kerucut kecil atau dibiarkan dalam bentuk
serbuk untuk kemudian dibakar dan akan menghasilkan panas. Kemudian, kata ‘Zhenjiu’ telah diadaptasikan
ke dalam bahasa Indonesia menjadi akupunktur atau tusuk jarum.
Rawatan ini juga tidak mempunyai kesan sampingan dan berkait rapat dengan perubatan yang digunakan.
Rawatan akupunktur menyakitkan hanya apabila jarum diselit atau dicucuk ke bahagian kulit . Kesakitan ini
hanya mengambil masa antara 10 - 15 saat kerana jarum yang digunakan adalah sangat halus. Akupuntur sangat
terkenal dikalangan perubatan tradisional kerana ubat-ubatan kebiasaannya tidak begitu efektif kepada wabak
yang parah, pengawal kesakitan dan pengurang tekanan. Rawatan akupunktur amat berkesan untuk
menghilangkan kesakitan tanpa menggunakan sebarang dadah atau racun
FUNGSI AKUPUNTUR
Akupunktur ialah cara untuk menyembuhkan pesakit secara semulajadi di samping dapat meningkatkan
fungsi di dalam badan. Rawatan akupuntur dilakukan dengan jarun yang diselit atau dicucuk kebahagian tubuh
badan dengan jumlah yang banyak. Jarum yang digunakan turut mempunyai haba atau arus elektrik dan ditusuk
merata-rata titik akupuntur. Masyarakat China mentafsirkan akupunktur sebagai ‘Qi’ atau tenaga yang mengalir
melalui rangkaian atau saluran didalam badan .
Gangguan atau halangan pada tenaga ( Qi ) , darah dan cairan akan membawa kepada kegagalan
berfungsi dan penyakit seterusnya kematian . Rawatan akupunktur boleh membantu organ dalaman , tisu yang
bergabung , meningkatkan pencernaan dan penghasilan tenaga .
Sains moden menerangkan fungsi akupunktur adalah pencucukkan jarum-jarum akupunktur pada titik
rangsangan tertentu merangsang sistem urat saraf untuk melepaskan neuroprotein dan maklumat neuro yang
terletak didalam paket pada otot , kordaspinel dan otak khususnya untuk pelepasan endorfin , enkefalin dan
dinorfin yang dikenal pasti berlaku ditengah-tengah bahagian otak .
KONSEP DAN TEKNOLOGI RAWATAN AKUPUNTUR
Ilmu akupunktur merupakan ilmu perubatan dari Cina. Dikenal sejak 4000-5000 tahun yang lalu.
Menurut buku HUANG TI NEI CHING (The Yellow Emperror’s Classic Of Internal Medicine), ilmu
Akupunktur berkembang sejak zaman batu, dimana jarum dibuat daripada batu untuk menyembuhkan penyakit.
Di dalam buku tersebut turut menceritakan penyakit yang dapat disembuhkan dengan penusukan jarum
batu.Bahan jarum dari batu kemudian berubah kepada bamboo. Namun, pada era modenisasi ini, rawatan
akupuntur telah dinaiktaraf dengan tidak lagi menggunakan jarum. Kini, terdapat rawatan akupuntur yang hanya
menggunakan akupuntur digital.
REVOLUSI DARIPADA RAWATAN AKUPUNTUR PADA ZAMAN DAHULU, KINI DAN
AKAN DATANG.
Pada awalnya, jarum untuk rawatan ini dihasilkan menggunakan batu dan kemudian menggunakan
bambu. Pada zaman ini, rawatan akupuntur telah direvolusikan oleh pakar perubatan dengan tanpa
menggunakan jarum lagi. Rawatan akupuntur moden tanpa jarun ini mendapat sambutan yang hebat dikalangan
pesakit yang tidak berani mendapatkan rawatan akupuntur yang menggunakan tusukan jarum ke dalam badan.
Rawatan akupuntur digital ini hanya menggunakan laser pancaran inframerah dengan kelajuan 40
milliwatt(mw) dan kaedah ini sesuai diaplikasikan untuk semua peringkat umur iaitu daripada kanak-kanak
yang berumur satu tahun dan ke atas. Rawatan ini diiktiraf dan telah diterima oleh dunia perubatan Barat.
Rajah 1.1 Akupuntur tradisional Rajah 1.2 Akupuntur digital
FAKTA-FAKTA MENARIK MENGENAI INOVASI RAWATAN AKUPUNTUR
Antara fakta menarik mengenai inovasi akupuntur ini adalah tidak sakit. Ramai yang takut untuk
melakukan rawatan akupuntur dan berpendapat bahawa jarum suntik itu kelihatan menyakitkan. Untuk
pengetahuan, jarum yang digunakan untuk rawatan ini bukanlah seperti jarum suntikan yang biasanyadigunakan
oleh doktor. Jarum akupuntur ini lebih nipis dan fleksibel malahan ada yang hanya setipis rambut.
Selain itu, para ahli perubatan juga pernah menyatakan bahawa terdapat lebih daripada 1000 titik
akupuntur di bahagian tubuh badan manusia. Yang menariknya, titik-titik yang terletak pada tubuh ternyata
sesuai dengan kedudukan astrologi planet.
Pada zaman dahulu, sebahagian orang percaya akan mitos bahawa rawatan akupuntur ini mempunyai hubungan
dengan ajaran agama. Faktanya, rawatan ini sama sekali tidak melibatkan keagamaan dan ianya hanyalah cara
perubatan tradisional yang berusaha untuk meningkatkan tenaga di dalam tubuh manusia secara semulajai .
Rawatan akupuntur ini juga menggunakan konsep keseimbangan “Qi”. Qi adalah semua organisma hidup
memiliki tenaga yang berhubungan dengan organ-organ yang berbeza pada setiap sistemnya. Ketidakseimbangan
“Qi” di tubuh badan akan mengakibatkan penyakit. Akupuntur memanipulasi jarum ke titik-titik tertentu untuk
mengembalikan keseimbanagan “Qi”.
2. STETOSKOP
ASAL USUL DAN INOVASI DALAM PENCIPTAAN STETOSKOP
Stetoskop adalah salah satu alat kedoktoran yang sangat diperlukan dalam membantu mengenal pasti
sesuatu penyakit kerana ia dapat digunakan untuk mendengar suara jantung dan pernafasan. Kita dapat melihat
bahawa setiap doktor di klinik mahupun hospital pasti membawa stetoskop kemana-mana semasa mereka
bekerja. Siapakah manusia pertama yang menemukan stetoskop ini? Rene Laennac menemukan stetoskop pada
tahun 1816. Rene Laennac merupakan seorang warga Perancis yang lahir pada 17 Februari 1781 di Quimper,
Perancis. Rene merupakan seorang dokter. Pada tahun 1816, dia merasakan kesulitan untuk mengesan denyut
jantung para pesakit wanita yang mengalami sakit jantung tanpa menggunakan sebarang alat bantuan kerana
pada masa ini masih tiada lagi pengunaan stetoskop.
Berdasarkan pada permasalahan inilah dia mendapatkan ilham untuk mencari alat yang dapat digunakan
untuk mendengar denyutan jantung seseorang pesakit tanpa perlu mendekatkan telinga pada dada pesakit seperti
yang dilakukannya selama ini. Rene mendapat ilham tersebut ketika dia terlihat seorang budak kecil yang
menggunakan tongkat kayu panjang untuk mendengarkan suara ketukan dengan tepat dan jelas.
Rene berhasil menciptakan sebuah alat baru yang diberi nama stetoskop. Nama stetoskop berasal
daripada bahasa Yunani, stethos yang bermaksud dada dan skopeein yang bermaksud memeriksa, sehingga
stetoskop ditakrifkan sebagai alat memeriksa dada. Dia berhasil menemukan stetoskop ketika bekerja di
Hospital Necker. Pada awalnya alat tersebut berbentuk paip selinder berlubang yang diperbuat daripada kayu
dengan panjang mencapai 5,9 inci. Alat tersebut dilekatkan pada tubuh pesakit, manakala hujungnya pula
diletakkan pada telinga Rene untuk mendengarkan denyutan nadi. Setelah mengalami perkembangan, bentuk
stetoskop berubah menjadi gelas yang berbentuk paip atau jam pasir yang panjangnya antara 15 sehingga
22,5cm.Namun, penciptaan stetoskop ini tidak digunakan secara langsung kerana tedapat kritikan daripada para
doktor. Terdapat seorang professor yang menyangkal penciptaan stetoskop kerana mengatakan bahawa kenapa
harus menggunakan stetoskop untuk mendengar sedangkan kita mempunyai telinga. Berkait daripada itulah
tidak ramai doktor yang menggunakan stetoskop untuk digunakan dalam mendengar denyutan jantung.
Dengan kemajuan teknologi, pada abad ke-19, penciptaan stetoskop dikembangkan lagi dengan
menggunakan bahan tiub dan alumunium. Stetoskop yang ditemukan oleh Rene, seterusnya dikembangkan
teknologinya oleh Nicholas P Comins pada tahun 1829. Nicholas menciptakan stetoskop yang dapat mendengar
denyutan nadi dengan kedua-dua telinga sehingga ia dapat menciptakan stetoskop yang dikenali bentuknya
hingga ke saat ini.
FUNGSI STETOSKOP
Stetoskop adalah alat medik akustik untuk memeriksa suara dalam tubuh. Stetoskop adalah “Alat bantu
pendengaran” yang dapat membantu doktor untuk mendengar suara-suara yang berasal dari dalam tubuh,
terutama jantung dan paru-paru selain persendian serta aliran darah dalamarteri dan vein. Pendengaran suara-
suara ini melalui stetoskop disebut auskultasi berjarak (mediate auscultation), atau biasanya hanya auskultasi.
Kelebihan pendengaran melalui stetoskop adalah membolehkan para profesional perubatan untuk mendengar
suara yang dihasilkan oleh jantung, paru-paru dan usus. Secara ringkasnya fungsi stetoskop ialah
1. Memeriksa keadaan tekanan darah
2. Memeriksa keadaan paru paru
3. Memeriksa keadaan jantung
4. Meneriksa denyutan nadi
5. Memerisa keadaan gangguan perut
REVOLUSI DARIPADA PENCIPTAAN STETOSKOP PADA ZAMAN DAHULU, KINI DAN AKAN
DATANG.
Sejarah statoskop pada zaman dahulu menggambarkan bahawa statoskop merupakan suatu alat yang sederhana
dari segi teknologinya kerana terdapat tentangan mengenai penciptaan alat tersebut. Statoskop pada zaman
dahulu merupakan tabung kayu kosong manakala kini ianya dicipta menggunakan tiub dan aluminium. Pada
zaman dahulu fungsi statoskop hanya terbatas untuk melakukan pemeriksaan pada bahagian dada seperti bunyi
nafas dan bunyi jantung. Namun, statoskop yang digunakan kini lebih mempunyai fungsi dari segi bukan hanya
boleh mendengar denyutan jantung dan pernafasan malah juga boleh mendengar masalah di bahagian perut iaitu
mengenai usus serta aliran darah pada arteri dan vein.
Sebelum penciptaan stetoskop doktor perlu meletakkan telinga mereka pada bahagian dada pesakit. Ini
menjadikan pesakit dan doktor dalam keadaan yang kurang selesa jika mereka berlainan jantina. Penciptaan
stetoskop dapat menyelesaikan masalah ini kerana doktor tidak lagi perlu meletakkan telinga mereka pada dada
pesakit tetapi meletakkan hujung stetoskop pada bahagian dada pesakit dan dihujung satu lagi diletakkan pada
telinga doktor. Stetoskop yang terdapat pada masa kini mampu mendengar suara tubuh menggetarkan
diafragma, menciptakan tekanan gelombang akustik yang berjalan sampai ke tiub dan ke telinga pendengar.
Menerusi era modenisasi ini, pakar perubatan terus menrevolusikan stetoskop dengan menghasilkan stetoskop
elektronik yang dikenali sebagai Stetoskop Littmann Electronic Berteknologi Bluetooth. Stetoskop ini dapat
digunakan dengan menggunakan teknologi dan berkomunikasi melalui bluetooth. Dari segi model, ternyata
stateskop ini lebih canggih dan berbeza dengan stateskop yang sering digunakan oleh doktor kini. Dengan
adanya kemudahan bluetooth, doktor dapat menganalisa data tanpa dibatasi jarak terlalu pendek dengan pesakit.
Bukan hanya itu sahaja, stateskop ini memiliki kemampuan untuk menolak suara berbisik daripada luar, selain
dapat merakamkan dan mendokumentasikan irama rentak jantung pesakit.
KONSEP DAN TEKNOLOGI PENCIPTAAN STETOSKOP
Konsep penciptaan statoskop pada asalnya diilhamkan oleh seorang kanak-kanak yang menggunakan tongkat
kayu panjang untuk mendengarkan suara ketukan dengan lebih jelas. Daripada itulah Rene Laennac ( orang
yang pertama menemukan stetoskop) mendapat idea untuk mencipta stateskop bagi mendengar denyutan
jantung dan pernafasan dengan cara yang lebih selesa. Alat tersebut berbentuk seperti tabung kayu kosong dan
digunakan dengan cara meletakkan satu hujung pada bahagian dada pesakit dan pada hujung satu lagi
diletakkan pada telinga doktor.
Setelah itu, stetoskop telah direvolusikan oleh Nicholas P. Comins pada tahun 1829 dengan menggunakan tiub
dan aluminium. Stetoskop ini lebih baik berbanding Laennec (tabung kayu kosong) kerana mampu mendengar
suara tubuh menggetarkan diafragma, menciptakan tekanan gelombang akustik yang berjalan sampai ke tiub
dan ke telinga pendengar. Stetoskop ini dikenali sebagai stateskop akustik yang masih digunakan sehingga kini.
Manakala statoskop elektronik pula dibuat menjadi statoskop dua sisi sama seperti statoskop akustik. Penemuan
ini diciptakan oleh Rapport dan Sprague pada awal abad ke 20. Penciptaan stateskop ini disebabkan oleh
kelemahan statoskop akustik yang memiliki tingkatan suara yang lebih rendah sehingga dapat membuat
diagnosis menjadi lebih sulit. Statoskop elektronik dapat mengatasi tingkatan suara rendah dengan cara
memperkuatkan suara yang dihasilkan oleh tubuh kerana terdapat sensor yang boleh mendeteksi bunyi.
FAKTA-FAKTA MENARIK MENGENAI INOVASI PENCIPTAAN STETOSKOP
Stetoskop yang dicipta oleh Rene Laennec ini mempunyai sedikit persamaan dengan stetoskop moden.
Stetoskop beliau adalah silinder mudah yang dibuat daripada kayu dan logam. Cara penggunaanya ialah dengan
meletakkannya di atas kawasan yang berkenaan dan mendengar dengan telinga pada hujung yang lain. Selain
itu, stetoskop pertama beliau ialah sehelai kertas yang digulung. Digambarkan dalam risalahnya pada tahun
1819 , Dr Laennec mencipta stetoskop ketika merawat seorang wanita muda yang mengalami tanda-tanda
penyakit jantung. Oleh kerana berat badan pesakit itu yang berlebihan, dia tidak dapat mengesan degupan
jantung dengan menggunakan kaedah biasa. Menjelang abad ke-21, alat ‘ultrasound’ mudah alih akan
menggantikan penggunaan stetoskop. Ultrasound adalah gelombang tekanan bunyi untuk memantulkan imej
dari dalam badan anda. Daripada hanya mampu mendengar bunyi yang tidak normal melalui stetoskop, alat ini
mampu menandingi stetoskop malah mampu melihat samaada jantung berdegup dengan betul atau
pengumpulan cairan di peparu.
Laennac Stetoskop akustik
Stetoskop elektronik Cellphone Ultrasound Technology
3. BEKAM
ASAL USUL DAN INOVASI DALAM PENCIPTAAN BEKAM
Bekam adalah istilah Melayu untuk pelepasan darah. Bekam diterjemahkan daripada perkataan Arab Al
Hajamah yang bermaksud prosedur pembersihan darah di mana sisa toksid dikeluarkan daripada badan melalui
kulit. Di zaman Rasulullah, rawatan bekam mengalami evolusi lanjutan dengan menggunakan konsep
berdasarkan kaedah keilmuan Rasul yang memberikan ajaran bahawa titik tertentu yang ada pada tubuh
seseorang harus disesuaikan semasa rawatan bekam. Rawatan bekam mencapai kemuncaknya di Iraq dengan
berbagai-bagai kaedah, alat-alat baru yang lebih bersih dan ilmu kesihatan yang lain diwujudkan. Pada abad 18,
banyak jurnal-jurnal ilmiah dan penyelidikan bekam telah diterbitkan. Kini, peralatan bekam moden adalah
diperbuat daripada kaca dan mempunyai injap supaya tidak perlu memanaskan udara sebelumnya lagi kerana
alat ini membolehkan penghasilan tekanan rendah di dalam cawan bekam.
FUNGSI BEKAM
Antara fungsi utama bekam ialah terhadap darah. Bekam dapat meluaskan pembuluh darah,
mengurangi darah dan cairan yang mempunyai peradangan dengan kaedah mengeluarkan cairan tersebut
melalui celah antara sel. Jumlah sel darah merah dan darah putih dalam tubuh, juga dapat ditingkatkan melalui
rawatan bekam. Bekam juga memainkan peranan terhadap kulit. Peranan bekam tidak terbatas dengan
membuangkan darah kotor yang terenap pada kulit malah juga mengeluarkan bahan-bahan yang memudaratkan
badan seperti toksik yang berada di bawah permukaan kulit.
Selain itu, bekam juga membawa kebaikan kepada otot dan tulang. Di bahagian otot, rawatan bekam
bukan sahaja dapat membantu penghantaran oksigen yang diperlukan oleh tisu di otot malah juga merangsang
peredaran darah sehingga kekejangan otot tersebut menghilang. Dalam bahagian tulang, bekam dapat
meningkatkan aktiviti saraf tulang belakang dan mengurangkan kesakitan yang berpunca daripada penyakit
reumatik. Bekam juga berperanan mengeluarkan bahan-bahan mudarat yang mendap di bahagian sendi seperti
kristal-kristal asid urik penyakit gout yang telah menyebabkan kekakuan sendi. Tetapi, agar susah
mengeluarkan kristal-kristal melalui bekam jika tempohnya sudah lama sehingga Kristal tersebut menjadi keras.
Fungsi bekam yang terakhir ialah terhadap sistem pencernaan. Bekam dapat mengawal rembesan asid
perut dan juga enzim pencernaan sehingga kualiti pencernaan dan penyerapan makanan dapat ditingkatkan.
Bekam juga boleh memperbaiki pergerakan usus dan juga mampu merangsang sel hati dan pankreas serta
mampu memperbaiki fungsinya.
REVOLUSI DARIPADA PENCIPTAAN BEKAM PADA ZAMAN DAHULU, KINI DAN AKAN DATANG
Bekam merupakan salah satu warisan perubatan Islam sejak tamadun Islam yang dianjurkan oleh
Rasulullah SAW dan para-para sahabat Rasullullah. Bekan adalah teknik terapi rawatan dengan cara
mengeluarkan darah kotor yang mengandungi toksid dari dalam tubuh melalui permukaan kulit. Keadah yang
digunakan ialah meletakkan tanduk atau cawan panas yang bertekanan rendah pada tempat yang dibedah itu.Di
zaman Rasulullah SAW, bekam telah menjadi kebiasaan. Bekam dapat mengubati pelbagai penyakit seperti
penyakit kulit, gangguan saraf, strok, penyakit jantung, kegagalan buah pinggang, kolesterol dan darah tinggi.
Di zaman Rasulullah, rawatan bekam mengalami evolusi lanjutan dengan menggunakan konsep
berdasarkan kaedah keilmuan yang disampaikan oleh Hadis Rasul. Ini terbukti dengan penggunaan Rasul yang
memberikan arahan bahawa rawatan bekam harus disesuaikan dengan titik tertentu yang ada pada tubuh
seseorang. Hal ini disebabkan didalam tubuh seseorang mempunyai letak titik yang berbeza dan mempunyai
fungsi yang berbeza. Oleh itu, rawatan bekam ini berbeza dengan masa awal yang dilakukan dengan kaedah
kasar sehingga menimbulkan kematian disebabkan asal-asalan mengeluarkan darah dan alat yang digunkan a
tidak memenuhi kebersihan.
Kemudian pada masa perkembangan Islam, rawatan bekam mencapai kemuncaknya di Iraq sekitar tahun
300 Hijriah. Buktinya, bekam pada masa itu dijalankan dengan berbagai-bagai kaedah, alat-alat baru yang
lebih bersih dan ilmu kesihatan yang lain. Pada masa itu, para pengamal rawatan bekam profesional yang
mengenyam pendidikan rawatan bekam dan pengamal rawatan bekam bermuncul. Pada saat itu para ahli
rawatan bekam mempunyai sangat banyak ragam sama ada yang menguasai bekam berdasarkan ilmu dan yang
tidak berdasarkan ilmu. Ini telah berbeza dengan zaman awal yang rawatan bekam ini hanya dijalankan di
kalangan kerajaan.
Seterusnya pada Abad, 18 bekam mengalami perkembangan yang sangat pesat di dataran Eropah dan
Amerika. Ini dibuktikan dengan jurnal-jurnal ilmiah dan penyelidikan bekam yang diterbitkan pada masa itu.
Ramai pakar bekam bukan Muslim mengembangkan teknik dan kajian bekam. Antaranya, pakar bekam Eropah
adalah Ambroise Pare (1590 - 1590) yang merupakan ahli Bedah serta Sir Arthur Keith (1866 - 1955) yang
merupakan Ahli Bedah dan Anatomi Tubuh di Scotland yang mengatakan bahawa rawatan melalui bekam
terdapatnya kesan yang baik.
Hasil daripada keinginan mencari pilihan lain sebagai cara memulihkan kesihatan, Bekam inovatif
dicipta dengan menggunakan teknik dan prosedur moden berdasarkan bekam purba sebagai kaedah
pengcegahan dan perawatan penyakit, melegakan kesakitan dan memulihkan fungsi fizikal badan yang biasa.
Bekam inovatif ialah suatu kaedah moden yang dirumuskan untuk menggalakkan pembersihan darah
melalui kulit. Melalui kaedah ini, kita dapat mengeluarkan kotoran toksid daripada darah dan kaedah ini bebas
daripada sebarang pantang larang, adat istiadat dan kesilapan dan ia sejajar dengan kehendak masyarakat
moden. Bekam inovatif selamat dan hampir tiada kesakitan serta tidak berbahaya. Kekerapan penggunaan akan
akhirnya membuangkan lebihan humour dan kotoran toksid di dalam pembuluh darah dan otot dibawah kulit.
KONSEP DAN TEKNOLOGI PENCIPTAAN BEKAM
Pelbagai bahan telah digunakan bagi mencipta peralatan bekam. Pada zaman dahulu, bahan seperti
tanduk kerbau, buluh, tembaga, tembikar dan lintah telah digunakan untuk menjadikan peralatan bekam.
Contohnya, pada zaman Nabi Muhammad, masyarakat menggunakan tanduk kerbau, tanduk sapi, gading gajah
atau tulang unta sebagai bahan bekam manakala masyarakat di Eropah menggunakan lintah sebagai alat untuk
membekam. Sehingga kira-kira 40 juta lintah telah diimport ke negara Perancis untuk rawatan bekam. Walau
bagaimanapun, bagi membolehkan membebaskan udara, kebanyakannya peralatan bekam moden diperbuat
daripada kaca dan mempunyai injap di bahagian atas cawan. Ini dapat membantu udara dibebaskan melalui
pam dan membolehkan penghasilan tekanan rendah atau ruang separa vakum di dalam cawan bekam. Oleh itu,
tidak perlu lagi memanaskan udara sebelum diaplikasikan. Pastikan saiz cawan adalah bersesuaian dengan
tempat yang akan diaplikasikan. Selepas setiap sesi rawatan, cawan–cawan ini perlu disterilkan supaya
kebersihan dapat dijangka. Cawan yang sama tidak boleh digunakan pada tempat yang berbeza atau pada
pelanggan yang lain. Selain itu, hanya lanset pakai buang sahaja yang akan dipakai bagi menoreh kulit apabila
prosedur bekam basah dijalankan.
FAKTA-FAKTA MENARIK MENGENAI INOVASI PENCIPTAAN BEKAM
Antara fakta menarik mengenai bekam adalah darah bekam mengandungi 1/10 kadar sel darah putih
(leukosit) yang ada di dalam darah biasa. Fakta ini sungguh menakjubkan para doktor kerana darah boleh keluar
tanpa keluarnya darah putih. Fakta ini menunjukkan bahawa terapi bekam melindungi dan menguatkan sistem
ketahaanan diri. Selain itu, sel darah merah mempunyai bentuk yang agak pelik sel tidak mampu melakukan
aktiviti di samping menghalang sel lain yang masih muda dan aktif. Hal ini menunjukkan bahawa proses bekam
membuang sel darah merah yang rosak seraya mempertahankan sel darah putih didalam tubuh,
Seterusnya, kapasiti ikatan zat besi dalam darah bekam menunjukkan bahawa bekam mempertahankan
zat besi yang ada di dalam badan tidak ikut keluar bersama darah yang dikeluarkan.
4. PEMBEDAHAN
INOVASI PEMBEDAHAN DALAM BIDANG PERUBATAN
Antara tokoh yang menginovasikan pembedahan dalam bidang perubatan adalah Ibnu Sina yang
dilahirkan pada tahun 980 Masihi di Afshanah, Bukhara, Turkistan. Nama sebenar Ibnu Sina ialah al-Husyen
bin Abdullah bin al-Hassan bin Ali bin Sina. Di Barat, beliau digelar dengan nama Avicenna. Dalam bidang
perubatan, beliau digelar dengan gelaran ‘Raja Ubat’ dan dalam dunia Islam, beliau dianggap sebagai puncak
ilmu kedoktoran. Ibnu Sina telah memberi banyak sumbungan dalam bidang perubatan pada hari ini dan
menyebabkan bidang perubatan berkembang pesat dalam dunia ini. Ibnu Sina telah menghasilkan karya yang
tidak kurang daripada 200 buah judul dan kebanyakan dalam Bahasa Arab dan Parsi. Salah satu karya yang
tersohor ialah al-Qanun Fii al-Tibb (Peraturan Perubatan) dan buku ini sudah lama menjadi rukukan utama
kedoktoran. Pada tahun 1955 sempena memperingati 1000 tahun hari kelahirannya di Tehran, beliau telah
dinobatkan sebagai ‘Father of Doctor’ untuk selama-lamanya.
Inovasi pertama yang ditonjolkan oleh Ibnu Sina dalam bidang perubatan ialah menghasilkan karya
yang teragungnya, al-Qanun fii al-Tibb (Peraturan Perubatan). Buku ini terdiri daripada 14 jilid and dianggap
sebagai himpunan perbendaharaan ilmu perubatan. Ilmu perubatan moden banyak mendapat pengajaran
daripada Ibnu Sina terutama dari segi penggunaan ubat, diagnosis dan pembedahan. Dalam karya ini, Ibnu Sina
membincangkan mengenai penyakit saraf yang menjadi punca manusia menjadi lumpuh dan lemah. Seterusnya,
Buku tersebut tercatat tentang cara-cara pembedahan dengan menekankan keperluan pembersihan luka.
Malahan, buku ini juga menyatakan keterangan –keterangan dengan lebih jelas di samping hiasan gambar-
gambar dan sketsa-sketsa untuk memberi pengetahuan anatomi. Sementara itu "Canon of Medicine"
menegaskan bahawa ‘darah mengalir secara terus-menerus dalam suatu lingkaran dan tak pernah berhenti’. Ibnu
sina juga mendapati jantung manusia mengandungi 3 injap yang terbuka dan tertutup dengan sendirinya semasa
ia mengepam darah.
Penyelidikan dan penulisan Ibnu Sina banyak mempengaruhi perkembangan ilmu perubatan moden. Ibnu sina
telah berjaya membangunkan teknologi perubatan seperti penemuan dalam bidang farmasi, iaitu berjaya
menghasilkan ubat dan preskripsi yang mujarab untuk pelbagai jenis penyakit dan juga menemukan ubat bius.
Seterusnya, Ibn Sina juga dapat membangunkan teknologi perubatan dengan mencipta benang khusus untuk
menjahit luka pembedahan, mencipta picagari dan lain-lain. Pada zaman ini, hasil perkembangan sains dan
teknologi telah muncul kaedah- kaedah perubatan baru menggunakan peralatan-peralatan canggih atas teori
perubatan yang dikemukan oleh Ibnu Sina. Contohnya. organ dalam badan manusia boleh dilihat hanya
menggunakan x-ray atau ultra sound. Oleh itu suatu penyakit atau kecederaan dapat dikesan dan dirawat dengan
lebih cepat dan berkesan. Pada masa hadapan, kaedah pembedahan yang dikemukan oleh Ibnu Sina akan
digantikan sepenuhnya oleh robot kerana kepesatan teknologi. Sistem pembedahan robot menggunakan
beberapa alatan iaitu sebuah konsul komputer pengantara yang mempunyai alat pemegang untuk pakar bedah,
tayangan video berkualiti tinggi, rangkaian berwayar yang menterjemahkan segala pergerakan pakar bedah dan
sistem tangan robotik dan ini akan menyebabkan tugas pakar bedah menjadi lebih mudah dengan
menyelaraskan kedudukan tangan-tangan robot tersebut. Contohnya, pada Mei 2008, sekumpulan doktor di
Kanada berjaya menjalankan pembedahan pertama di dunia menggunakan robot bagi membuang ketumbuhan
otak seorang pesakit wanita di negara itu.
Seterusnya, teori dan penemuan yang dikemukan oleh Ibnu Sina ialah melakukan kaedah pemerhatian
(observation) dan analisis. Berdasarkan kaedah ini, ilmu perubatan berkembang maju hingga hari ini. Doktor
pada hari ini telah mengamalkan kaedah pemerhatian dan analisis iaitu mengenal pasti penyakit berdasarkan
symptom yang tertentu dan menentukan cara merawatinya. Ibn Sina juga menemukan penyakit baru dan
puncanya. Ibnu Sina telah menghuraikan 760 jenis penyakit bersama dengan cara mengubatinya dalam bukunya
Remedies for Heart. Antara penyakit yang dikaji ialah pengaruh kuman dalam penyakit, jangkitan virus seperti
Tibi, penyakit seperti rubella, alahan (allergy), cacar (smallpox), penyakit jiwa dan sebagainya. Buktinya, beliau
telah mengenal pasti bahawa air ialah pembawa segala kuman yang berbahaya dan dianggap sebagai penularan
kebanyakan penyakit. Bukan itu sahaja, Ibnu Sina adalah doktor perubatan yang pertama mencatatkan bahawa
penyakit paru-paru (plumonary tuberculosis) adalah suatu penyakit yang boleh menjangkit (contagious) dan dia
menceritakan dengan tepat tanda-tanda penyakit kencing manis dan masalahnya. Atas sumbangan dan
petemuan beliau, pakar perubatan dapat menjalankan penyelidikan tentang kaedah mengubati penyakit ini atas
perkembangan pesat sains dan teknologi pada zaman sekarang. Petemuan ini telah menyelamatkan nyawa
penduduk dunia kerana sekarang terdapat vaksin, ubat dan kaedah rawatan yang dapat mengubati penyakit-
penyakit yang ditemui oleh Ibnu Sina.
Ibnu Sina juga membangunkan dan memperkembangkan ilmu psikologi dalam bidang perubatan dan
menjalankan penyelidikan dalam ilmu yang dikenali pada hari ini sebagai ilmu perubatan psikosomatik. Beliau
memperkembangkan ilmu diagnosis melalui denyutan jantung (pulse diagnosis). Diagnosis melalui denyutan
jantung ini masih dipratikkan oleh para doktor di Pakistan, Afghanistan dan Parsi yang menggunakan ilmu
perubatan Yunani pada masa sekarang. Dari ukuran-ukuran denyutan jantung seseorang doktor mungkin
mengetahui dengan tepat penyakit yang dihinggapi di dalam tubuh pesakit.
Ibnu Sina menyedari kepentingan emosi dalam pemulihan. Apabila pesakit mempunyai sakit jiwa
disebabkan oleh pemisahan daripada kekasihnya, beliau boleh mendapati nama dan alamat kekasihnya itu
melalui cara berikut: Caranya adalah untuk menyebut banyak nama dan mengulanginya dan semasa itu jarinya
diletakkan atas denyutan (pulse) apabila denyutan itu terjadi tidak teratur atau hampir-hampir berhenti,
seseorang itu hendaklah mengulang proses tersebut. Dengan cara yang sedemikan, nama jalan, rumah dan
keluarga disebutkan. Beliau sangat berminat dalam bidang mengenai kesan akal (mind) atas jasad dan telah
banyak menulis berkenaan gangguan psikologi. Teori ini masih diamalkan oleh pakar psikolgi pada hari ini
sebagai salah satu cara untuk merawat sakit jiwa.
Fakta menarik yang berkaitan dengan kaedah dan teori dalam bidang perubatan ialah Ibnu Sina berjaya
menyembuhkan penyakit putera Nub Ibni Nas al-Salami, seorang pemimpin Dinasti Samaniyah, setelah gagal
diubati oleh doktor yang lain. Semenjak itu, beliau dilantik menjadi doktor istana dan diberi gelaran ‘al-Syeikh
al-Ra’is’ iaitu guru para raja. Seterusnya, Ibn Sina juga mahir dalam ilmu anatomi, iaitu mengenai kedudukan
organ dan tubuh manusia. Beliau merupakan orang pertama membuat kajian tentang mata, iaitu mengenai
penglihatan dan fungsi mata. Teori-teori anatomi dan fisiologi dalam buku-buku beliau adalah menggambarkan
analogi manusia terhadap negara dan mikrokosmos (dunia kecil) terhadap alam semester sebagai makrokosmos
(dunia besar). Misalnya digambarkan bahawa syurga kayangan adalah bulat dan bumi adalah persegi dan
dengan demikian kepala itu bulat dan kaki itu empat persegi. Terdapat empat musim dan 12 bulan dalam
setahun, dengan itu manusia mempunyai empat tangkai dan lengan (anggota badan) mempunyai 12 tulang
sendi.
5. REFLEKSOLOGI
INOVASI DALAM BIDANG REFLEKSOLOGI
Refleksologi merupakan satu kaedah rawatan yang melibatkan urutan pada bahagian tubuh badan yang tertentu
seperti tapak tangan dan tapak kaki. Cara pengubatan ini ini adalah berasal daripada Tamadun China dan telah
diamalkan beribu tahun yang lamanya sebelum berkembang keseluruh dunia. Kebanyakan rawatan refleksologi
ini lebih ditumpukan kepada bahagian organ tapak kaki. Hal ini adalah kerana bahagian tapak kaki mempunyai
lebih banyak titik refleksi. Titik refleksi adalah titik pusat urat-urat saraf. Setiap titik itu adalah bersangkutan
kepada setiap organ tubuh. Oleh itu, ketidakselesaan pada bahagian tapak kaki memberi kesan besar terhadap
organ dalaman individu seperti menyebabkan berlakunya pelbagai penyakit sakit tengkuk, bahu dan pinggang.
Di samping itu, anggota bahagian kaki juga merupakan anggota yang berperanan penting dalam membantu
manusia melakukan kehidupan seharian iaitu berjalan. Rawatan secara refleksologi adalah selamat dan mudah.
Kesakitan semasa mengurut cuma akan dirasai apabila terdapat sesuatu masalah di bahagia organ dalaman
tertentu, jadi dengan mengurut bahagian titik reflaksi akan melancarkan perjalanan darah pesakit. Perjalanan
darah yang tidak lancar akan menghalang tubuh badan daripada mendapat kebaikan seperti zat dan vitamin.
Maka fungsi bahagian tubuh badan anda akan terganggu lalu timbul pelbagai penyakit.
TUJUAN ATAU FUNGSI RAWATAN
Meningkatkan daya tahan individu
Mengurangkan risiko tulang reput
Menyeimbangkan kedudukan badan
Melancarkan pergerakan
Menguatkan otot kaki
Mengurangkan risiko kencing tidak lawas
Menguatkan tulang dan pinggul
Mengelakan sembelit
Mengurangkan rasa letih
Mengurangkan masalah usus
Mengurangkan masalah pada bahagian peranakan
REVOLUSI RAWATAN
Rawatan refleksologi ini telah diamalkan sejak dari zaman tamadun terdahulu. Sebarang alat kemudahan yang
digunakan sebagai alat rawatan hanya dengan menggunakan tangan sahaja. Antara cara refleksi yang
digunapakai pada zaman dahulu adalah dengan mengurut kawasan reflaksi yang terdapat pada kaki yang
dilakukan dari arah bawah ke atas, menurut arah aliran darah. Setiap kawasan reflaksi diurut selama 5 minit dan
seluruh kawasan reflaksi dapat diurut selama 30 minit lebih atau kurang bergantung kepada kesakitan yang
dirasai. Urutan mengurut reflaksi bermula dari simpul-simpul saraf bahagian ginjal, bahagian kepala, bahagian
pencernaan dan bahagian kelenjar. Dapat dikaitan disini bahawa orang pada zaman terdahulu lebih mengetahui
bahawa terdapat hubungan antara kaki dan organ dalaman yang lain. Selain dengan hanya menggunakan tangan,
mereka juga menjadikan jalan yang mempunyai permukaan yang tidak rata seperti berbatu bata sebagai tempat
untuk melakukan terapi refleksologi.
Sejurus dengan pembangunan teknologi pada masa kini, terdapat pelbagai perubahan yang dapat dilihat melalui
rawatan refleksologi. Urutan yang pada mulanya hanya menggunakan tangan dan jalan yang berbatu, kini
mereka telah mencipta satu alat yang di panggil sebagai mesin menggurut. Teknologi ini hanya memerlukan
sumber elektrik dan bukan lagi tenaga dari manusia. Mesin yang dicipta ini juga mempunyai lebih banyak
kelebihan berbanding hanya mengurut di bahagian titik-titik saraf pada bahagian tapak kaki. Antara kegunaan
lain ialah penggurut paha, penggurut betis, penggurut belakang dan pinggang. Fungsi yang terdapat pada mesin
ini adalah dimana mempunyai tahap gegaran samada rendah, sederhana atau tinggi. Selain itu, mepunyai
ketetapan masa yang diingin semasa menggurut. Apabila masa yang ditetapkan sudah tamat, maka mesin ini
akan berhenti menggurut secara automatik.
FAKTA MENARIK MENGENAI RAWATAN REFLEKSOLOGI:
Setiap orang mempunyai respon refleksologi yang berbeza. Beberapa orang akan merasai rangsangan
hasil yang cepat dan sesetengah orang memerlukan masa yang lebih untuk merasai hasilnya. Hasil yang didapati
daripada rawatan refleksologi juga bergantung kepada tingkat keparahan dari penyakit yang dialami. Kunci lain
untuk mendapatkan hasil yang positif adalah dengan keyakinan daripada fikiran seseorang. Pemikiran dan tubuh
badan mempunyai rangsangan yang kuat. Jika seseorang mempunyai sikap mental yang positif, tubuj badan
juga akan beraksi dengan cara yang posistif. Selain itu, refleksologi membantu menghilangkan rasa sakit
dengan merangsang pelepasan endorphin. Oleh itu, refleksologi dapat dipertimbangkan untuk menjadi
alternative atau pendamping dari terapi moden.
PENUTUP
Melalui penerangan yang mendalam mengenai jenis-jenis perubatan diatas. Secara ringkasnya,
perubatan moden banyak membantu bagi merawat serta mengekalkan kesihatan seseorang di samping perubatan
tradisional yang masih digunakan pada hari ini. Jenis ubat dan kaedah bagi merawat sesuatu penyakit
membuatkan manusia sedar akan pentingnya nikmat kesihatan yang tidak ternilai yang telah diberikan oleh
tuhan. Tambahan pula, kita boleh dapati dimana, sekiranya kita menggunakan perubatan secara moden, tempoh
rawatannya sangat pendek berbanding kita mengambil perubatan tradisonal serta rawatannya yang sungguh
alternatif. Bukan itu sahaja, tumor yag tumbuh didalam badan manusia seperti ketumbuhan di otak dapat kita
rawati dengan menggunakan ubat ataupun melalui pembedahan serta kesan sampingannya dapat dikurangkan
malahan kadar kematian sesebuah negara itu dapat dikurangkan. Kesimpulannya, perubatan moden amat
memainkan peranan dalam kehidupan seharian kita pada masa kini kerana ia dapat merawat pelbagai penyakit
serta dapat mengurangkan kesan sampingannya.
RUJUKAN
Dr Mohd Sukki Othman (2015), STPM Sejarah Islam, Sasbadi :
Kuala Lumpur.
Dr.Helena Abdullah, (1998). Bekam Inovatif, Cergas (M) sdn.bhd.
http://www.unhas.ac.id/rhiza/arsip/saintis/sina.html (dicapai pada 24 Oktober 2016).
‘Robot peneraju masa depan perubatan’. (2 Febuari 2009) . Utusan Online. Rabiatul Adawiyah Koh
Abdullah.
Wikipedia Ensiklopedia. Kategori perubatan, (7 Mac 2013).
https://ms.wikipedia.org/wiki/Kategori:Perubatan
Tok Jogho, diperoleh pada 2016 melalui http://panduanpercuma.info/kesihatan/1982/fahami-tentang-
urutan-refleksologi/#
https://ceceritaislam.wordpress.com/2012/10/09/tokoh-islam/
https://ms.wikipedia.org/wiki/Akupunktur
Bidan Rina Widyawati diperolehi pada 21/10/2016 dari www.hargastetoskop.com/2015/09/stetoskop-
elektronik-atau-stetoskop.html
Syahin Furqan diperolehi pada 21/10/2016 dari inovasiuntukukm.blogspot.my/2014/06/gambar-inovasi-
untuk-ukm-2014.html
Bidan Rina Widyawati diperolehi pada 21/10/2016 dari www.hargastetoskop.com/2015/09/sejarah-
stetoskop-asal-mula-stetoskop.html
LOKMANAMIRUL.COM diperolehi pada 21/10/2016 dari babab.net/out/rene-laennac-3-perkara-yang-
anda-perlu-tahu-tentang-pencipta-stetoskop.html
Recommended