08 (a) Isi Pelajaran - Interaksi 1

Embed Size (px)

Citation preview

PKE 3104 PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH

TOPIK 1Tajuk 1 : Pengenalan Program Kesihatan SekolahTajuk 2 : Pendekatan Bersepadu

Sinopsis Tajuk-tajuk dalam modul ini memberi pemahaman umum berkaitan konsep, tingkahlaku serta penekanan kepada Pengenalan Programn Kesihatan sekolah dan pendekatan bersepadu serta amalan kesihatan sekolah.

HASIL PEMBELAJARAN Selesai membaca modul ini, diharap anda dapat:1. Memahami Program Kesihatan Sekolah.2. Menjelaskan Program Kesihatan Sekolah yang dilaksanakan di sekolah. 3. Membina satu persekitaran sosial sekolah yang menggalakkan amalan cara hidup sihat 4. Memupuk pengetahuan, sikap dan amalan yang berkaitan dengan kesihatan supaya setiap warga sekolah. 5. Meningkatkan kerjasama dan penglibatan komuniti di dalam program kesihatan sekolah.

Kerangka konsep tajuk Program Kesihatan Sekolah Dan SukanProgram Kesihatan Sekolah

Perkhidmatan Pergigian

Rancangan Makanan Tambahan

Program Susu Sekolah

Perkhidmatan Kesihatan Sekolah

6.

Sekolah Larangan Merokok

Program 3K

Sekolah Bebas Denggi

KANDUNGAN1.0 PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH E1.1 Konsep dan definisi Program Kesihatan Sekolah

Perkhidmatan kesihatan sekolah adalah satu perkhidmatan yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan dengan kerjasama Kementeria Pendidikan Malaysia khusus untuk murid-murid sekolah yang berada di sekolah-sekolah bantuan kerajaan di seluruh Malaysia.Perkhidmatan kesihatan ini telah dimulakan di negara ini pada tahun 1967 dan mulai tahun 1975, pasukan-pasukan kesihatan sekolah mula ditubuhkan bagi membolehkan lawatan dibuat ke sekolah-sekolah rendah dan menengah di Malaysia.Di bawah perkhidmatan kesihatan sekolah, murid-murid menerima perhidmatan pencegahan penyakit, saringan kesihatan, rawatan ringan dan rujukan ke klinik atau hospital. Program Kesihatan Sekolah meliputi semua kegiatan dan pengalaman yang direka untuk mempertahankan, mengalakkan dan menjaga kesihatan optimum murid-murid dan kegiatan sekolah, untuk menggalakkan keadaan hidup sihat di sekolah dan untuk membina pengetahuan, sikap dan kebiasaan yang diingini mengenai kesihatan.

1.2. Tujuan Program Kesihatan Sekolah Perkhidmatan ini adalah bertujuan seperti berikut :1.2.1 Mengekalkan tahap kesihatan murid di paras paling optima melalui promosi kesihatan, pencegahan penyakit, rawatan dan rujukan.1.2.2.Mengesan masalah-masalah kesihatan yang boleh menghalang pencapaian akademik murid di sekolah dan seterusnya membuat rujukan awal bagi membolehkan intervensi awal dan penempatan murid dalam sistem pendidikan khas.1.2.3. Menggalakkan penglibatan masyarakat bagi membentuk sekolah sebagai institusi yang sihat dan selamat bagi membolehkan pembelajaran yang berkesan.1.2.4.Memelihara dan meningkatkan persekitaran sekolah yang bersih, ceria, selamat dan sihat.1.2.5.Membina satu persekitaran sosial sekolah yang menggalakkan amalan cara hidup sihat.1.2.6.Memupuk pengetahuan, sikap dan amalan yang berkaitan dengan kesihatan supaya setiap warga sekolah lebih bertanggungjawab terhadap penjagaan kesihatan diri, keluarga dan masyarakat.1.3. Teras Utama Program Kesihatan SekolahEnam teras utama PBSSyang telah digariskan untuk mewujudkan satu pendekatan bersepadu antara sektor awam, sektor swasta dan masyarakat ke arah melahirkan sekolah sihat adalah seperti berikut:i.Polisi Kesihatan Sekolah;ii.Persekitaran Fizikal Sekolah;iii.Persekitaran Sosial Sekolah;iv.Penglibatan Komuniti;v.Kemahiran Kesihatan Diri; danvi. Perkhidmatan Kesihatan Sekolah.

1.3.1.Polisi Kesihatan SekolahPolisi kesihatan sekolah ialah pernyataan yang menentukan tindakan dan keperluan sumber bagi mempromosikan kesihatan. Program Kesihatan Sekolah (PKS)meliputi semua kegiatan dan pengalaman yang direka untuk mempertahankan, mengalakkan dan menjaga kesihatan optimum murid-murid dan kegiatan sekolah, untuk menggalakkan keadaan hidup sihat di sekolah dan untuk membina pengetahuan, sikap dan kebiasaan yang diingini mengenai kesihatan. Polisi Kesihatan Sekolahbertujuan untuk menyediakan piagam sekolah sebagai panduan kepada warga sekolah dan masyarakat luar serta membuat perancang dan mengawasi pelaksanaan polisi kesihatan. Beberapapolisi yang boleh dibentukoleh sesebuah sekolah yang berkaitan dan bersesuaian dengan keperluan sekolah ialah:a. Polisi keselamatan makanan di kantin sekolah;b. Polisi pertolongan cemas;c. Polisi keselamatan sekolah;d. Polisi kawalan penyakit;e. Polisi persekitaran fizikal sekolah;f. Polisi persekitaran sosial sekolah;g. Polisi pendidikan kesihatan; danh. Polisi peranan warga sekolah dan masyarakat.Polisi-polisi yang dilaksanakan perlu dikaji dan dikemaskini dari semasa ke semasa.

1.3.2.Persekitaran Fizikal SekolahPersekitaran fizikal sekolah yang sihat dan selamat ialah keadaan sekolah yang mempunyai kemudahan asas dan fizikal yang sentiasa bersih, ceria, sihat dan sentiasa mempunyai persekitaran yang selamat. Persekitaran tersebut berfungsi untuk:a. Mewujudkan persekitaran fizikal yang bersih dan selamat;b. Mewujudkan persekitaran yang bebas daripada risiko jangkitan penyakit. Memastikan semua kemudahan asas di sekolah mencukupi dan sentiasa dalam keadaan bersih, ceria, selamat dan sihat yang merangkumi bangunan sekolah, bilik darjah, tandas, bekalan air, telefon, kebun/landskap, makmal, kantin, asrama, klinik, dewan, stor, tempat letak kereta, pagar, perparitan, sistem pembuangan sisa pepejal, pili bomba dan padang permainan.c. Bagi memastikan persekitaran fizikal sekolah yang sempurna, beberapa perkara perlu diambil kira, iaitu:i. Mewujudkan kawasan sekolah sebagai kawasan bebas asap rokok dan Pengetua, Guru Besar atau guru diberikan kuasa untuk mengkompaun di bawah Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau 1993.ii. Memastikan pengalaman, penyediaan dan pengambilan makanan berkhasiat dan bermutu oleh warga sekolah selaras dengan dasar pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia semasa.iii. Persekitaran yang bersih dan selamat bagi menggalakkan amalan kesihatan, mengurangkan risiko jangkitan penyakit dan kejadian kemalangan di sekolah.iv. Memastikan sekolah bebas daripada pembiakan nyamuk Aedes mengikut Buku Panduan Program Bebas Denggi di Sekolah 1994.v. Memastikan persekitaran sekolah bebas daripada pencemaran udara, air dan bunyi bising.vi. Kebersihan kantin, dapur asrama dan dewan makan sekolah sentiasa bersih, selamat dan mematuhi peraturan-peraturan kesihatan yang terdapat dalam Garis Panduan Kantin Sekolah dan Pekeliling Pembangunan dan Bekalan Bil.2/1994 (Pengendalian Asrama).

1.3.3. Persekitaran Sosial SekolahPersekitaran sosial yang sihat dan selamat ialah persekitaran yang boleh membentuk sikap dan amalan ke arah membina sahsiah warga sekolah yang murni dan dapat mengatasi segala cabaran sama ada cabaran mental atau fizikal. Persekitaran sosial sekolah yang baik berupaya menyediakan beberapa perkara iaitu:a. Menyediakan persekitaran sosial yang sihat untuk perkembangan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek warga sekolah b. Menyediakan persekitaran yang kondusif untuk perkembangan mental yang sihat dan mengurangkan tekanan (stress) di kalangan warga sekolah.

Persekitaran sosial yang sihat dan selamat boleh membantu membentuk pelajar yang seimbang dari kesihatan mental dan fizikal. Beberapa aktiviti boleh dilaksanakan bagi merealisasikan matlamat tersebut. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan perlu berupaya:a. Membina ketahanan mental dan keyakinan diri warga sekolah melalui penghayatan agama dan nilai-nilai murni.b. Mewujudkan pelbagai aktiviti untuk mengurangkan tekanan (stress) dalam kalangan warga sekolah seperti kegiatan Pembimbing Rakan Sebaya, rekreasi, hobi, punching bag, sudut pidato dan papan conteng.c. Memberi perkhidmatan kaunseling terhadap kes-kes yang memerlukan.d. Melaksanakan amalan cara hidup sihat pada setiap masa.e. Menangani kes-kes disiplin warga sekolah mengikut peruntukan peraturan-peraturan disiplin yang sedia ada.f. Menggalakkan pembentukan sahsiah yang murni melalui proses pengajaran dan pembelajaran, Kem Motivasi, Kem Bina Semangat, Kem Ibadat, Kursus Kepimpinan, Rakan Muda, PROSTAR dan lain-lain aktiviti yang bersesuaian.

TAJUK 2PERKHIDMATAN KESIHATAN SEKOLAH

SinopsisKerajaan akan terus menekankan perkhidmatan kesihatan dan pencegahan penyakit sebagai satu komponen penting dalam program pembangunan kesihatan. Program berbentuk galakan, pendidikan dan kesedaran kesihatan akan diberi keutamaan bagi menyebarkan maklumat kepada penduduk. Kempen gaya hidup sihat akan diteruskan dengan penekanan kepada penggalakan tingkah laku sihat serta pencegahan penyakit. Strategi tersebut adalah selaras dengan program paradigma sihat dan akan mengambil kira unsur penentu kesihatan seperti faktor alam sekitar, persekitaran

HASIL PEMBELAJARANDi akhir topik ini, anda seharusnya dapat:1. Menyenaraikan objektif-objektif perkhidmatan kesihatan sekolah sahaja;1. Menghuraikan pentadbiran dan organisasi perkhidmatan kesihatan sekolah;1. Menyatakan aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam perkhidmatan sekolah;1. Menghuraikan panduan dan tatacara lawatan sekolah; dan1. Mengenal pasti masalah kesihatan dan penyakit masa kini.

2.0.Perkhidmatan Kesihatan Sekolah merangkumi:1. Penjagaan kesihatan.1. Pemakanan.1. Promosi kesihatan.1. Rawatan rujukan penempatan kelas khas oleh:3. Doktor perubatan dan pergigian;3. Jururawat; dan3. Guru-guru.Penglibatan komponen-komponen tersebut adalah untuk memastikan pencapaian optimum kesihatan warga sekolah.2.1.Objektif Perkhidmatan Kesihatan SekolahBerikut disenaraikan objektif-objektif perkhidmatan kesihatan sekolah:1. Membina kesedaran dan kefahaman dalam kalangan kanak-kanak sekolah tentang taraf kesihatan diri sendiri.1. Mengasaskan latihan seumur hidup tentang perlunya menilai taraf kesihatan seseorang pada jangka masa tertentu.1. Menentukan murid berada dalam keadaan kesihatan yang paling optimum untuk menerima pelajaran dan mengambil bahagian dalam rancangan sekolah.1. Mengesan dengan lebih awal keadaan kesihatan yang tidak normal dengan merujuk pakar-pakar tertentu, pertubuhan-pertubuhan atau badan yang berkaitan untuk membetulkan kecacatan-kecacatan yang boleh dirawat dan juga untuk pemulihan.1. Memberitahu guru-guru dan ibu bapa tentang taraf kesihatan kanak-kanak sekolah untuk membolehkan rawatan lebih berkesan dan penjagaan susulan yang efektif.1. Mengawal penyakit yang berjangkit.1. Menggalakkan keselamatan di sekolah dan memberi Pertolongan Cemas dan Rawatan Kecemasan kepada kanak-kanak ketika di sekolah.1. Memberikan perhatian kepada kanak-kanak yang lebih memerlukan rawatan kesihatan dan penyeliaan khas.

2.2. Pentadbiran Dan Organisasi Perkhidmatan Kesihatan Ke SekolahRancangan Kesihatan Sekolah diselaraskan dengan pentadbiran Perkhidmatan Kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran.Perkhidmatan Kesihatan Sekolah adalah salah satu komponen dari Rancangan Kesihatan Sekolah dan dijalankan oleh anggota Bahagian Kesihatan Keluarga. Carta organisasi Perkhidmatan Kesihatan Malaysia boleh dilihat pada berikut:

Carta organisasi perkhidmatan kesihatan Malaysia

Koordinasi antara Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pelajaran ini hendaklah ditegaskan setiap masa supaya perkhidmatan ini dapat berjalan dengan lancar. Carta organisasi untuk Bahagian Perkhidmatan Sekolah di peringkat daerah adalah seperti Rajah 3.4.di bawah.

Carta organisasi bahagian perkhidmatan kesihatan Malaysia

2.3. PERKHIDMATAN DI SEKOLAHBerdasarkan kepada konsep RKS yang telah diterangkan di atas, Kementerian Pelajaran dengan kerjasama Kementerian Kesihatan telah menterjemahkan pelbagai program kesihatan sekolah. Program-program tersebut adalah seperti berikut:1. Pendidikan Kesihatan.1. Perkhidmatan Kesihatan Sekolah.1. Program Kesihatan Pergigian Sekolah.1. Rancangan Makanan Tambahan (RMT).1. Program Susu Sekolah.1. Program Peningkatan Keselamatan, Kebersihan dan Keindahan Sekolah (Program 3K).1. Pendidikan Pencegahan AIDS di Sekolah.1. Program Anti-Denggi di Sekolah.1. Program Sekolah Bebas daripada Asap Rokok.1. Program Sihat Tanpa AIDS untuk Remaja (PROSTAR) dan sebagainya.1. Program-program secaraadhocberdasarkan masalah kesihatan semasa, seperti program Anti-Rubella, Program Pencegahan Taun dan sebagainya.

2.3.1 Tanggungjawab dan Fungsi-fungsi Perkhidmatan Kesihatan SekolahSetiap kategori kakitangan yang terlibat dalam Perkhidmatan Kesihatan Sekolah hendaklah memahami peranan masing-masing supaya mereka dapat menjalankan perkhidmatan ini dengan lebih sempurna.Fungsi Perkhidmatan Kesihatan Sekolah adalah seperti berikut:1. Membina kesedaran dan kefahaman warga sekolah mengenai kepentingan kesihatan optimum.1. Mengesan dan merawat serta membuat rujukan kes yang memerlukan perhatian yang serius.1. Mencegah dan mengawal penyakit.1. Memberi khidmat pertolongan cemas.1. Menjalankan pemantauan dan penilaian terhadap aktiviti-aktiviti sekolah.

2.4.AKTIVITI-AKTIVITI PERKHIDMATAN KESIHATAN SEKOLAHAntara aktiviti Perkhidmatan Kesihatan Sekolah adalah:1. Penilaian Kesihatan Kanak-kanak Sekolah;1. Rawatan, rujukan dan tindak susul;1. Imunisasi;1. Pendidikan Kesihatan;1. Kaunseling; dan1. Rekod dan laporan.

a. Penilaian Status KesihatanAntara aktiviti yang perlu dijalankan adalah. Pemeriksaan kesihatan hendaklah dijalankan secara berkala dan berterusan. Pemeriksaan kesihatan diwajibkan untuk murid Tahun 1, Tahun 6, Tingkatan 3 dan Tingkatan 5. Sekolah hendaklah mendapatkan kebenaran ibu bapa atau penjaga untuk pemeriksaan kesihatan imunisasi murid. Rekod kesihatan murid mesti dikemas kini. RKM 1 hendaklah dihantar ke sekolah menengah yang berkenaan setelah murid itu tamat Tahun 6. Buku RKM 1 hendaklah dihantar ke sekolah baharu sekiranya seseorang murid itu berpindah sekolah. Guru hendaklah memberi kerjasama semasa pemeriksaan kesihatan murid.b.Rujukan dan Tindakan SusulanAktiviti rujukan dan tindakan susulan meliputi: Pemerhatian atau rawatan awal kepada kes yang dirujuk. Tindakan susulan oleh guru, jururawat atau pegawai perubatan kepada kes yang dirujuk.c. Khidmat KaunselingPerkhidmatan kaunseling perlu disediakan dan sesi ini dijalankan oleh seorang guru kaunselor yang terlatih.d. PemakananAktiviti pemakanan meliputi: Penilaian status pemakanan murid melalui pengambilan berat badan dan tinggi serta pengelasan status pemakanan mengikut Rekod Kesihatan Murid. Pengesanan secara fizikal dan klinikal seperti kes kurang zat makanan, obesiti, beguk, anemia dan lain-lain.e. Pertolongan CemasWalaupun langkah berjaga-jaga ada disediakan, kemalangan dan serangan penyakit akan berlaku ketika murid berada di sekolah. Polisi dan peraturan yang jelas untuk mengendalikan pertolongan kecemasan adalah diperlukan. Sekolah juga perlu menyediakan perkara-perkara asas berikut: Bilik khas kesihatan (sick-bay) yang dilengkapi dengan peti pertolongan cemas. Seorang guru yang terlatih dalam memberi pertolongan cemas dan resusitasi kardiopulmonari.f. Pendidikan KesihatanAktiviti pendidikan kesihatan meliputi: Penyampaian pendidikan kesihatan kepada murid secara formal dan tidak formal. Penilaian berkala dan berterusan tentang pengetahuan, sikap dan amalan kesihatan di kalangan warga sekolah. Pendedahan kepentingan penjagaan kesihatan dan keselamatan di sekolah kepada warga sekolah, ibu bapa dan masyarakat.g. Kanak-kanak dengan Keperluan KhasAktiviti bagi kanak-kanak pada tahap perkembangannya di bawah normal mengikut umur dan kehilangan keupayaan fizikal penglihatan dan pendengaran meliputi: Pendaftaran dan penempatan kanak-kanak dengan keperluan khas. Diagnosis dan pengesahan kanak-kanak dengan keperluan khas. Rujukan kes untuk program pemulihan seperti pemulihan anggota, cara kerja dan lain-lain di peringkat klinik, hospital dan komuniti kepada agensi berkaitan. RUJUKAN

Asiah Abu Samah. (1993). Panduan Penyeliaan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Sekolah Rendah dan Menengah. Kementerian Pendidikan MalaysiaBucher, C. A. (1979). Foundation of physical education. Toronto: The V. Mosby Company Colfer, G. R., Hamilton, K. E. & Magill, R. A. (1986). Contemporary physical education. Iowa: Wm. C. Brown Publisher Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001). Huraian sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. PPK: Kuala Lumpur. Teng Boon Tong. (1989). Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan. Kuala Lumpur: Longman Malaysia.Wee Eng Hoe (2002). Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan. Shah Alam: Karisma Production Sdn. Bhd.

14