16
1 Petua 0 1 Petua 0 1 Petua 0 keibubapaan cemerlang

10 Petua Keibubapaan Cemerlang

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Slide show about parenting skill

Citation preview

Page 1: 10 Petua Keibubapaan Cemerlang

1 Petua01 Petua01 Petua0 keibubapaan cemerlang

Page 2: 10 Petua Keibubapaan Cemerlang

Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluarkan ulang mana-mana bahagian buku ini kecuali dengan menyebut ianya adalah daripada FAMILYGURU.

Perlu dinyatakan di sini bahawa penyebaran buku ini adalah diizinkan. Namun penjualannya dengan apa cara sekali pun adalah TIDAK dibenarkan melainkan mendapat kebenaran daripada pihak FAMILYGURU.

Hak Cipta Terpelihara 2011

Page 3: 10 Petua Keibubapaan Cemerlang

Salam Sejahtera,

!Jika buku ini di tangan anda ia bermaksud samada anda telah

menjadi ahli Family Guru ini atau kerana sesaorang yang menyayangi

dan menghormati anda mahu berkongsi sesuatu yang baik dengan

anda. Jika ia adalah yang pertama, saya ucapkan TAHNIAH dan

TERIMA KASIH kerana menyertai FAMILY GURU. Bersamalah kita

memenafaatkan masa kita bersama dan mencapai matlamat kita di

sini dimana salah satunya untuk menjadi sebuah keluarga yang

bahagia di sini..

!Jika ia adalah yang kedua, maka saya ingin menjemput anda ke page

FAMILY GURU di Facebook. Lawat kami di sana dan sekiranya

bersesuaian dengan anda sertailah ‘KELUARGA BAHAGIA’ ini.

Kemudian bersama kita saling bantu-membantu dalam meningkatkan

kualiti hidup berkeluarga kita serta mengindahkan kehidupan kita di

dunia ini.Terima kasih serta Salam Kasih,

!

Dr. Rozieta Shaary

10 Petua keibubapaan cemerlang

Page 4: 10 Petua Keibubapaan Cemerlang

Memetik kata-kata keramat Dr. R. Buckminster Fuller ;

!“Anda mungkin tidak akan tahu tujuan ciptaan anda, tetapi anda mungkin

telah menganggap anda telah memenuhi matlamat anda sekiranya anda

sanggup menjadikan segala pengalaman anda sebagai manfaat terulung untuk

semua.”

!Sesungguhnya, saya berkepercayaan bahawa setiap manusia dilahirkan ke

dunia ini mempunyai tujuan ciptaan untuk dipenuhi. Hanya kita sendiri dan

bukan orang lain yang boleh memenuhi matlamat ini. Setiap kita bertujuan

untuk memenuhi tujuan ciptaan yang berbeza dengan yang lain. Di samping

perbezaan itu, kita bergerak ke arah satu destinasi yang sama, iaitu untuk

memberikan khidmat kepada manusia sejagat dan kepada Maha Pencipta.

!Kelahiran buku kecil ini adalah untuk membantu dan memberi semangat

kepada para ibu bapa yang mahukan kecemerlangan di dalam diri anak-anak

mereka terserlah.

Doa saya, agar buku kecil ini akan membantu ibu bapa berhati mulia ini

mencapai cita-cita mulia ini.

!Salam Kasih,

Dr. Rozieta Shaary

10 Petua keibubapaan cemerlang

Page 5: 10 Petua Keibubapaan Cemerlang

Menghadkan apa yang boleh dicapai adalah

penyakit paling serius yang menyakitkan secara

mental, fizikal serta emosional sesiapa sahaja

termasuk anak anda. Hapuskan penyakit ini dan

gantikan dengan kepercayaan positif yang

dengannya potensi sebenar anak anda boleh

dikeluarkan.

Petua 1 ~ Mengeluarkan potensi sebenar anak-anak anda

10 Petua keibubapaan cemerlang

Page 6: 10 Petua Keibubapaan Cemerlang

Perkataan atau kata-kata adalah sangat berkuasa.

walaupun begitu kuasa dan kesan tidaklah sehebat

perkataan yang tidak dilafazkan. Iaitu apa yang anda

sampaikan melalui tindakan, gaya, tingkah laku,

mimik muka, aura malah pemikiran anda. Anak-anak

boleh merasakan perasaan serta apa yang anda fikir

begitu juga dengan tanggapan anda terhadap diri

mereka. Tanggapan anda terhadap mereka amat

penting kerana ia boleh membantu atau mematahkan

semangat anak anda.

10 Petua keibubapaan cemerlang

Petua 2 ~ Bersangka Baik Dengan Anak-Anak

Page 7: 10 Petua Keibubapaan Cemerlang

Didik anak anda untuk memfokus kepada kelebihan

yang ada pada mereka. Beri mereka memahami dan

menyedari bahawa mereka amat penting serta

istimewa. Yakinkan mereka bahawa membawa

perbezaan ke dalam kehidupan anda.

10 Petua keibubapaan cemerlang

Petua 3 ~ Menggalakkan dan Menghargai Kejayaan

Page 8: 10 Petua Keibubapaan Cemerlang

Pupuk di dalam diri anak anda semangat untuk

menjadi seorang yang berpencapaian tinggi. Seorang

yang berpencapaian tinggi adalah mereka yang

berjuang untuk melakukan dan memberi sesuatu yang

terbaik dan dalam pada masa yang sama tidak

melemahkan semangat orang lain.

10 Petua keibubapaan cemerlang

Petua 4 ~ Berusaha Ke arah berpencapaian tinggi

Page 9: 10 Petua Keibubapaan Cemerlang

Minda boleh diprogramkan. Oleh itu guna perkataan

positif dan elakkan daripada menggunakan perkataan

negatif. Perkataan positif mempunyai kuasa secara

semulajadi dan megulangnya secara kerap akan

meningkatkan kuasa tersebut.

10 Petua keibubapaan cemerlang

Petua 5 ~ Berhemah Dalam Berkata-kata

Page 10: 10 Petua Keibubapaan Cemerlang

Bila mahu mengajar anak halang diri anda daripada

menggunakan kekerasan. Berusahalah untuk melihat

dari kacamata anak anda dan memahami kesukaran

yang dirasainya. Ini akan membantu mewujudkan

minat untuk belajar “yearn to learn” dalam diri anak

anda. Seperti yang dikatakan oleh Glenn Doman,

“Bayi dilahirkan dengan keinginan

besar untuk belajar dan bagi mereka,

belajar adalah sesuatu yang sangat

membahagiakan mereka!

10 Petua keibubapaan cemerlang

Petua 6 ~ Cipta persekitaran yang menggalakkan cinta ilmu

Page 11: 10 Petua Keibubapaan Cemerlang

Untuk memperkasakan anak anda, anda perlu

memberi mereka kebenaran untuk mereka

membuat keputusan sendiri tidak kira bagaimana

entengnya perkara itu. Apabila keputusan itu

memberi kesan kepada kejayaannya walaupun

bagaimana tidak penting keputusan itu, ia akan

menguatkan keyakinan diri anak-anak anda dan

membina hormat diri yang tinggi daripada perasaan

berjaya itu.

10 Petua keibubapaan cemerlangPetua 7 ~ Menghormati pilihan Anak &

Mendidik Mereka Bertanggungjawab Terhadap Pilihan Mereka

Page 12: 10 Petua Keibubapaan Cemerlang

Untuk memperkasakan kita, kita perlu berubah

dahulu. Kita perlu mendahului untuk diikuti oleh

anak-anak kita. Apabila sesuatu perkara itu tidak

berjalan seperti apa yang kita harapkan, kita perlu

bertanya kepada diri kita sendiri apa perubahan

yang perlu kita buat, supaya perubahan positif ini

dapat memberi kesan kepada orang lain di

sekeliling kita.

10 Petua keibubapaan cemerlangPetua 8 ~ Senantiasa Memperbaiki Diri -

Untuk sesuatu itu berubah, saya mesti berubah dahulu

Page 13: 10 Petua Keibubapaan Cemerlang

Apabila anda ingin memperbetulkan kesalahan

anak anda, buatnya dengan tidak menidakkan

usaha mereka. Kawal emosi anda. Bila teguran

dilakukan dengan baik, anak anda akhirnya akan

rasa lebih disayangi dan selamat berbanding

sebelumnya.

10 Petua keibubapaan cemerlang

Petua 9 ~ membina Semangat - Memperbetulkan kesalahan dengan

tidak menidakkan usaha yang dilakukan

Page 14: 10 Petua Keibubapaan Cemerlang

Jadilah ibu-bapa yang penyayang namun tegas

dengan mempunyai peraturan yang jelas dan

mudah difahami. Anda sendiri perlu mengikuti

peraturan itu. Sayangilah anak anda dan tunjukkan

kepadanya dengan cara yang baik dan jelas.

10 Petua keibubapaan cemerlang

Petua 10 ~ Memberi Kasih-sayang tanpa syarat Dan Tidak Berputus Asa.

Page 15: 10 Petua Keibubapaan Cemerlang

Dr. Rozieta Shaary seorang yang berpengalaman luas di dalam

bidang ‘Pembangunan Modal Insan. Beliau bukan sahaja seorang

jurulatih yang dinamik dan berdaya tinggi, berpengalaman serta

mempunyai ilmu yang luas terutamanya mengenai pembangunan

modal insan. Beliau sering muncul di ruangan temubual di media

cetak di dalam beberapa surat khabar dan majalah utama. Beliau

juga sering muncul di media elektronik seperti radio dan televisyen,

RTM1, RTM2, TV3 dan ASTRO. Pendekatan unik beliau serta mesej

yang dikongsikan membolehkan beliau memberi impak yang besar

kepada golongan korporat, ibubapa, para pelajar dan juga pelbagai

golongan yang lain, baik di dalam kursus, seminar mahupun

penulisan beliau. FAMILYGURU ini berpegang dengan prinsip

bahawa ‘Kasih adalah Pendorong Terkuat’ dan ini menjadi pendorong

utama beliau mengajak setiap insan untuk mengatakan ‘Saya

Membawa Perbezaan Ke Dunia Ini’.

Mengenai Penulis

Page 16: 10 Petua Keibubapaan Cemerlang

Semoga Berjaya, Salam Kasih,

Dr. Rozieta Shaary