aneka petua

Embed Size (px)

Text of aneka petua

PETUA KELEBIHAN GARAM. BERSIHKAN PASU HIASAN - Jika anda mempunyai pasu hiasan yg berbentuk tirus, pasti susah untuk membersihkan bahagian dlmnya. Caranya mudah saja. Ambil beberapa camca garam kasar, dicampur dgn air (anggaran satu mangkuk besar). Kacau hingga garam agak larut & masukkan ke dlm pasu tadi & goncang perlahan2. Buang air tadi & lihat hasilnya. JARI MENCENGKAM - Kalau jari kaki atau tangan anda dicengkam, kuku akan terasa bisa. Cuba tepek garam & juga kunyit di bahagian tersebut. Kemudian balut. Esoknya buka & cuci. Ulangi hingga sembuh. HILANGKAN GETAH BUAH2AN - Utk hilangkan tompok2 getah buah-buahan atau pokok, tumbuk sedikit garam. Kemudian campurkan dgn sedikit kapur sirih. Lumur pada bahagian pakaian yg bergetah itu. Biarkan ia selama 5 atau 10 minit. Kemudian jirus dgn air suam & cucilah spt biasa. PUTIHKAN GIGI - Campur sedikit garam halus pada ubat gigi yg hendak anda gosokkan pada gigi setiap pagi. Gigi akan kelihatan putih berseri. Selain itu, ianya juga dpt menghindarkan dpd penyakit gusi & mulut. TUMIT KAKI PECAH - Jika tumit kaki pecah, ambil garam halus & campurkan dgn air perahan limau kasturi/nipis. Kemudian sapukan larutan tersebut pada bhg tumit yg pecah. Amalkan selalu. ELAK POKOK DISERANG SEMUT - Biasanya pokok bunga & pokok hiasan lain akan menjadi sasaran semut. Cuba taburkan garam disekeliling batangnya. Dgn cara ini dpt menghindarkan dpd serangan semut tersebut. ELAK TELUR REBUS PECAH - Sewaktu anda sedang menjerang air rebusan telur, masukkan sedikit garam ke dlmnya. Kemudian masukkan telur berhati2 agar tidak

berlaga antara satu sama lain. Insya-allah telur yg sedang direbus tidak mudah pecah. MENGATASI JARI PECAH - Untuk mengatasi jari pecah, bancuh sedikit garam bersama santan kelapa. Apabila ia sebati, sapukan pd bahagian jari yg pecah. MEMBERSIHKAN BUNGA TIRUAN - Masukkkan bunga tiruan ke dlm plastik. Masukkan garam secukupnya. Goncangkan dgn kuat. Anda akan dapati warna garam akan berubah & bunga tiruan nampak berseri. Setelah itu, basuh pula dgn air bersih. MEMATIKAN IKAN KELI - Caranya mudah, masukkan garam kedlm bekas ikan keli & biarkan selama beberapa minit. Insya-allah ikan keli tersebut akan mati. KUKU KAKI CANTIK - Rendam kaki dgn air suam yg bercampur garam. Biarkan kaki kering dgn sendiri dan sapu minyak zaitun. Selamat Mencuba Tajamkan mata gunting Ambil daun bambu kira-kira 10 helai.Potonglah daun itu dengan gunting yang tumpul.Selepas itu cuba gunting kertas atau pakaian dan jika masih tumpul ulangi langkah sebelum ini.

Mencuci kotoran pada pakaian Pakaian yang kotor terkena dakwat maka dicuci dengan cuka atau air asam limau.Jika terkena minyak tanah pula kain itu diwap dahulu sebelum dicuci.Kotor yang terkena minyak pula maka maka dicuci dengan disapukan bedak dan biarkan bedak itu di situ selama beberapa minit kemudian baru basuh.Jika pakaian terkena darah maka dibilas dulu dengan air suam sebelum dibasuh.

Mempercepatkan Nangka Masak Dengan memotong bahagian tangkainya dan dimasukkan kayu bersih sepanjang 10cm di bahagian tangkai yang dipotong itu. Kemudian simpan atau peram buah nangka itu dalam tempoh beberapa hari dan pasti nangka itu mengeluarkan bau yang harum yang menandakan ia sudah cukup masak.

Menyegarkan bau teko yang disimpan lama

Dengan menaruh sedikit gula pasir ke dalam teko sebelum menyimpannya.Dengan cara yang sedemikian, teko tersebut akan berbau segar bila anda menggunakannya kembali.

Mencuci kerak periuk Menggunakan kulit ubi kentang.Cara membuatnya, rebus kulit kentang dengan kerak itu dalam tempoh beberapa minit, setelah air itu panas, kerak yang melekat di periuk akan tertanggal dengan sendirinya.

Menyimpan kelapa supaya tahan lama Sebelum kelapa itu disimpan, hendaklah disapu dengan serbuk garam halus merata pada kelapa tersebut.Hasilnya kelapa itu akan tahan lama, tidak mudah berbau busuk dan berlendir.

Pakaian anda terkena getah Bahagian yang terkena getah itu dibasuh dengan air dan direntangkan di udara.Di bawahnya di bakar belerang.Wap dari belerang itu akan menghilangkan getah yang melekat pada pakaian. Pakaian yang terkena kunyit dapat dibersihkan dengan menggosokan kapur sireh pada bahagian pakaian yang terkena kunyit tersebut.

Membersihkan termos Masukkan satu genggam tea ke dalam termos dan tuangkan air mendidih kira-kira setengah termos.Biarkan air itu dingin selama satu malam dan akan dapat melihat hasilnya.Jika tidak, ulangi kembali cara itu.

Melepaskan bungkus dodol Dodol biasanya dibungkus dengan kertas untuk mudah menceraikannya.Sebelum dibuka celuplah dodol yang terbungkus itu ke dalam air yang bersih dan pembungkus itu akan terbuka dengan sendirinya. Kalau dodol itu dibungkus dengan daun pisang, gunalah minyak goreng untuk membukanya.

Menyimpan perkakas supaya tidak mudah berkarat Semua perkakas yang hendak disimpan itu dicuci terlebih dahulu dan keringkan betul-betul.Kemudian sapu minyak kelapa merata dan terus dibungkus.Ia menyebabkan perkakas dapur tidak akan berkarat dan tetap bersih.

PETUA MENGAWAL GUGUP Ramai orang menganggap kegugupan (nervous atau stage fright) merupakan gejala yang paling besar sewaktu hendak berucap, apatah lagi ketika menghadapi audiens yang ramai bilangannya.Kegugupan ini akan lebih nyata kepada pengucappengucap yang tidak berpengalaman.Mereka akan kelihatan pucat,berpeluh,kaku, dan kadangkala menggeletar.Gejala ini jika dibiarkan akan menghilangkan konsentrasi pengucap terhadap isi kandungan ucapannya dan boleh menggagalkan terus sesuatu ucapan. Walaubagaimana pun,gejala kegugupan ini bukanlah suatu

penyakit yang berterusan dan tidak boleh di atasi.Ianya boleh dikawal dengan kaedah-kaedah berikut: i.Sedarilah bahawa kegugupan adalah perkara normal yang dihadapai oleh pengucap Semua pengucap yang normal sama ada berpengalaman atau tidak, tidak akan terlepas daripada merasai kegugupan sewaktu hendak mula berucap.Ini adalah suatu realiti yang tidak dapat disangkal.Malah pakar-pakar pidato barat berpendapat bahawa kegugupan adalah sesuatu yang baik.Bagi mereka ianya merupakan suatu petanda bahawa kita mengambil berat terhadap audiens dan isi bicara kita. Jadi kita perlu menyakinkan diri kita sendiri bahawa pada hakikatnya kegugupan adalah fenomena biasa yang dirasai oleh semua orang, samalah seperti rasa lapar atau mengantuk.Dengan cara ini secara psikologi, kita dapat meghilangkan kerunsingan apabila kita gugup dan dapat memberi lebih tumpuan kepada apa yang hendak kita ucapkan seterusnya. ii.Sebenarnya kita kelihatan lebih berkeyakinan daripada apa yang kita rasa Memang benar, keyakinan tidak dapat dibuat-buat dan pendengar mudah menilai sama ada kita yakin atau tidak dengan bicara kita.Tetapi kita perlu sedar bahawa keyakinan adalah perkara dalaman (internal) yang tidak seratus peratus dapat dibaca oleh audiens. Melainkan dengan perbuatan kita sendiri yang mengambarkan kita tidak yakin untuk berhujah. Umpamanya,perbuatan seperti mengaru kepala, merenung siling, memandang lantai dan sebagainya. Kita perlu faham bahawa kita akan kelihatan lebih berkeyakinan di mata audiens, daripada apa yang kita sendiri rasa.Malah kita akan kelihatan lebih yakin lagi sekiranya kita dapat menghindar perbuatan-perbuatan negatif yang boleh mengambarkan kegugupan kita. iii.Kegugupan boleh dikurangkan dengan pengalaman Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa pengalaman sahaja yang dapat mengurangkan kegugupan,ke paras yang optimum,yang tersembunyi di mata audiens.Semakin kerap seseorang itu berucap, semakin pandailah ia menyembunyikan kegugupan, dan semakin yakinlah ia berucap.Oleh itu rebutlah peluang untuk berhadapan dengan audiens atau berlatihlah berucap di hadapan kawan-kawan, ini juga boleh memberi pengalaman berucap. iv.Audiens hadir untuk mendengar ucapan yang berkesan, bukan untuk mencari kesilapan kita Satu lagi perkara untuk diingati ialah bahawa sebenarnya tiada audiens yang mengharapkan kegagalan ucapan kita.Mereka datang untuk mendengar buah bicara, di samping berkongsi pengetahuan dengan kita.Jadi sampaikanlah buah bicara kita sebaik mungkin dan jangan kecewakan mereka.Lazimnya audiens amat mudah memaafkan kesilapan-kesilapan kecil yang dilakukan oleh pengucap. v.Tumpukan lebih perhatian kepada isi ucapan daripada cara hendak mengucapnya Apabilla kita berasa gugup, fikirkan apakah idea-idea utama seterusnya yang telah kita gariskan untuk kita ucapkan.Jangan sekali-kali berhenti berucap dan menumpukan fikiran kepada gaya mana sesuatu isi itu hendak dilafazkan.Ini boleh menjadikan kita lebih gugup.Sebenarnya berucap itu sendiri merupakan satu kaedah untuk mengurangkan kegugupan.Jadi janganlah berhenti.Sebaliknya teruskan

ucapan sambil cuba menumpukan perhatian kepada idea-idea utama atau isi ucapan yang telah kita susunkan. vi.Buat persediaan yang secukupnya Inilah cara yang paling berkesan untuk mengawal gugup.Ramai yang bersetuju bahawa kegugupan berlaku kerana kurang persediaan.Oleh itu sebelum berucap, buatlah persediaan yang rapi dari segi isi,penyusunan isi,contoh-contoh atau petikan-petikan yang berkaitan dengan subjek dan peruntukan masa yang telah diberikan kepada kita.Jangan lupa berlatih, ini juga merupakan sebahagian dari persediaan. vii.Gunakan kaedah-kaedah untuk memusatkan tumpuan fikiran kepada ucapan Terdapat beberapa cara untuk memusatkan tumpuan fikiran kepada ucapan.Kaedah ini dilakukan sebelum berucap.Antara kaedahnya ialah bertafakur sejenak, menarik nafas panjang dan melepaskan perlahan-lahan atau membaca sepotong doa .Kaedah-kaeadah ini mungkin berfunsi kepada beberapa orang, tetapi bagi orang lain tidak.Akan tetapi kebanyakan pengucap bersetuju bahawa ketenangan dan pemusatan fikiran perlu untuk menjadikan ucapan lebih berkesan, berbanding dengan berucap secara tergopoh-gopoh dan dengan fikiran yang berkecamuk

Menahan Air Liur Anak Dari Meleleh Keluar Betapa sedihnya apabila melihat kanak-kanak yang me