22
.113 A (BGE)223/5/4-3 ( 69 ) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PER1CHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2012 IMBUHAN TAHUNAN DAN BAYARAN KHAS PRESTASI TAHUN 2012 TUSUAN 1. Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan melaksanakan keputusan Kerajaan untuk memberi Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi pada tahun 2012 kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan. LATAR BELAKANG 2. Kerajaan telah membuat keputusan supaya Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi bagi tahun 2012 dibayar kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang merupakan satu penghargaan Kerajaan kepada seluruh penjawat awam dalam menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara. Kadar Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi yang ditetapkan adalah sebanyak setengah (1/2) bulan gaji atau minimum RM500.00.

113A (BGE)223/5/4-3

  • Upload
    doannhi

  • View
    248

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: 113A (BGE)223/5/4-3

.113A (BGE)223/5/4-3 ( 69 ) No. Siri :

KERAJAAN MALAYSIA

PEKELILING PER1CHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2012

IMBUHAN TAHUNAN DAN BAYARAN KHAS PRESTASI TAHUN 2012

TUSUAN

1. Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan melaksanakan keputusan Kerajaan untuk

memberi Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi pada tahun 2012 kepada

pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan.

LATAR BELAKANG

2. Kerajaan telah membuat keputusan supaya Imbuhan Tahunan dan Bayaran

Khas Prestasi bagi tahun 2012 dibayar kepada pegawai Perkhidmatan Awam

Persekutuan yang merupakan satu penghargaan Kerajaan kepada seluruh penjawat

awam dalam menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara. Kadar Imbuhan

Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi yang ditetapkan adalah sebanyak setengah (1/2) bulan gaji atau minimum RM500.00.

Page 2: 113A (BGE)223/5/4-3

3. Imbuhan Tahunan dibayar kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan

Profesional serta Kumpulan Pelaksana, manakala Bayaran Khas Prestasi dibayar

kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi.

PELAKSANAAN

4. Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi ini diberi kepada sernua pegawai

Perkhidmatan Awam Persekutuan yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 30

hari berturnt-tarut dalam tempoh 1 Januari hingga 25 JuJai 2012.

Pegawai Yang Layak

5. Pegawai yang layak dibayar Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi ini

adalah seperti berikut:

a. pegawai tetap, sementara, contract of service dan guru sandaran;

b. pegawai contract for service;

c. Pekerja Sambilan Harian;

d. pegawai yang bercuti separuh gaj i;

e. pemandu yang dilantik oleh pegawai Jawatan Utama B dan ke atas scrta Gred Khas A dan ke atas yang layak pemandu tetapi tidak disediakan pemandu oleh jabatannya; dan

f. pemandu yang dilantik sendiri oleh Anggota Pentadbiran dan Yang Arif Hakim dan Pesuruhjaya Kehakiman berdasarkan Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 dan Akta Saraan Hakim 1971.

Pegawai Yang Tidak Layak

6. Pegawai yang tidak layak dibayar Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas

Prestasi adalah seperti berikut:

Page 3: 113A (BGE)223/5/4-3

a. pegawai yang bereuti tanpa gaji sepanjang tempoh I Januari hingga 25 Julai 2012•

b. pegawai yang berkhidmat di agensi yang diasingkan pengurusan saraannya sepanjang tempoh 1 Januari hingga 25 Julai 2012;

c. pegawai yang dipinjamkan ke badan antarabangsa atau syarikat swasta sepanjang tempoh 1 Januari hingga. 25 Julai 2012;

d. pegawai yang dikenakan hukuman tatatertib selain daripada hukuman amaran dalam tempoh 1 Januari hingga 25 Julai 2012; dan

e. pegawai yang ditamatkan perkhidmatan demi kepentingan awam atau demi kepentingan perkhidmatan awam dalam tempoh 1 Januari hingga 25 Julai 2012.

Pegawai Yang Ditangguhkan Pemberian Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas

Prestasi

7. Pegawai yang ditahan kerja, digantung kerja atau surat pertuduhan telah

dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib, ditangguhkan pemberian Imbuhan

Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi. Pegawai hanya layak dibayar Imbuhan Tahunan

dan Bayaran Khas Prestasi sekiranya Pihak Berkuasa Tatatertib mendapati pegawai

tersebut tidak bersalah atau pegawai hanya dikenakan hukuman amaran.

SYARAT PEMBAYARAN

8. Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi ini dibayar kepada pegawai

Perkhidmatan Awam Persekutuan yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 30 hari

berturut-turut dalam tempoh 1 Januari hingga 25 Julai 2012.

9. Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi ini dibayar berdasarkan gaji

bulan Julai 2012 atau gaji akhir yang diterimanya.

3

Page 4: 113A (BGE)223/5/4-3

10. Bagi tujuan pengiraan kadar kelayakan Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas

Prestasi, "gaji" adalah bermaksud seperti berikut:

a. gaji hakiki dan Elaun Pemangkuan bagi pegawai yang memangku sesuatu jawatan;

b. gaji yang diberi atas sebab peminjaman/ pertukaran sementara;

c. separuh daripada gaji hakiki bagi pegawai bercuti separuh gaji; dan

d. Elaun Bulanan bagi guru sandaran.

KAEDAH PENGIRAAN

11. Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi adalah dibayar secara

pro-rata (proportionate) berdasarkan bilangan hari yang layak dalam tempoh

1 Januari hingga 25 Julai 2012 tertakluk kepada syarat bahawa pegawai telah

berkhidmat sek-urang-kurangnya 30 hari berturut-turut dengan kadar minimum

scbanyak RM500.00. Contoh pengiraan adalah seperti di Lampiran A.

12. Pegawai yang dinaikkan pangkatl dilantik secara Kenaikan Pangkat Secara

Lantikan (KPSL)/ dipinjarnkan/ ditukar sementara atau bertukar skim perkhidmatan

dalam tempoh 1 Januari hingga 25 Julai 2012, perkiraan Imbuhan Tahunan dan

Bayaran Khas Prestasi hendaklah berdasarkan gaji bulan Julai 2012 atau gaji akhir

yang diterima.

13. Pekerja Sambilan Harian yang kontraknya telah berkuat kuasa sekurang-

kurangnya 30 hari berturut-turut dalam tempoh 1 Januari hingga 25 Julai 2012 layak

dibayar Imbuhan Tahunan sebanyak RM500.00 oleh jabatan terakhirnya.

14. Pegawai yang bersara dalam tempoh 1 Januari hingga 25 Julai 2012, Imbuhan

Tahunan atau Bayaran Khas Prestasi adalah dibayar oleh jabatan terakhirnya secara

pro-rata (proportionate) berdasarkan bilangan hari yang layak dalam tempoh tersebut.

Bayaran hendaklah diselaras dengan membuat potongan Bayaran Khas Pesara

4

Page 5: 113A (BGE)223/5/4-3

sebanyak RM500.00 yang dibayar oleh Bahagian Pasca Perkhidmatan, Jabatan

Perkhidmatan Awam.

15. Pesara Perkhidmatan Awam Persekutuan yang dilantik semula secara contract of service atau contract for service dan masih berkhidmat dalam tempoh 1 Januari

hingga 25 Julai 2012 layak dibayar Imbuhan Tahunan atau Bayaran Khas Prestasi oleh

jabatan di mana pegawai berkhidmat berdasarkan gaji bulan Julai 2012 atau gaji akhir

yang diterima. Jabatan hendaklah membuat potongan jumlah Bayaran Khas Pesara

sebanyak RM500.00 yang telah dibayar oleh Bahagian Pasca Perkhidmatan, Jabatan

Perkhidmatan Awam daripada amaun Imbuhan Tahunan atau Bayaran Khas Prestasi

sebagai penyelarasan semula (journalise).

16. Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi ini tidak boleh diselaraskan jika

berlaku apa-apa keputusan dasar mengenai pelarasan gaji selepas 25 Julai 2012.

Dalam keadaan di mana sesuatu keputusan dasar pelarasan gaji dalam tahun semasa

masih tidak dilaksanakan kerana kelewatan pentadbiran, pegawai layak diberi

pelarasan Imbuhan Tahunan atau Bayaran Khas Prestasi.

JABATAN YANG MEMBAYAR

17. Pembayaran Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi adalah menjadi

tanggungan jabatan di mana pegawai berkhidmat pada bulan pembayaran.

18. Pegawai yang bersara dalam tempoh 1 Januari hingga 25 Julai 2012, bayaran

Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi adalah menjadi tanggungan jabatan

terakhir pegawai berkhidmat.

5

Page 6: 113A (BGE)223/5/4-3

TARIKH KUAT KUASA

19. Pekeliling Perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai 25 Julai 2012.

PEMAKA1AN

20. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing,

Pekeliling Perkhidmatan ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua

Perkhidmatan Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

(DATUK F MOHD ALI) Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan) Malaysia.

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA PUTRAJAYA

27 Julai 2012

Semua Ketua Setiausaha Kementerian

Semua Ketua Jabatan Persekutuan

Semua Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri

Semua Pihak Berkuasa Berkanun

Semua Pihak Berkuasa Tempatan

6

Page 7: 113A (BGE)223/5/4-3

I 1,..11 I • .1-fl II NI II II

Lampiran A

CONTOH PENGIRAAN IMBUHAN TAHUNAN DAN BAYARAN !CHAS PRESTASI TAHUN 2012

Coutoh 1: Pelantikan Barn

Puan Norleeza telah dilantik sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41 pada 17 Januari 2012 dengan gaji permulaan sebanyak RM2,252.80.

Pengiraan kadar kelayakan Imbuhan Tahunan bagi pegawai adalah seperti berikut:

1 bil. hari berkhidmat

= —2

x gaji Julai 2012 x 207

a

= 7 1

207

191 x RM2,252.80 x b

= RM1, 039.34

a 191 hari - Bilangan hari berkhidmat dart 17 Januari 2012 hingga 25 Julai 2012 b 207 hari - Bilangan hari dari 1 Januari hingga 25 Julai 2012 termasuk Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Am dan cuti-cuti yang melayakkan gaji

Page 8: 113A (BGE)223/5/4-3

Contoh 2: Pelantikan Baru

Puan Ruhil telah dilantik sebagai Penolong Akauntan Gred W27 pada 26 Jun 2012 dengan gaji pennu1aan sebanyak RM1,667.08.

Pengiraan kadar kelayakan Imbuhan Tahunan bagi pegawai adalah seperti berikut:

1 bil. hari berkhidmat x gaji Julai 2012 x 207

a 30

x RM1,667.08 X — b 2 207

= RM120.80

Pegawai memenuhi syarat telah berkhidmat sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut. Berdasarkan pengiraan didapati kelayakan Imbuhan Tahunan di atas kadar setengah bulan gaji bagi pegawai adalah kurang daripada RM500.00, maka pegawai adalah layak dibayar Imbuhan Tahunan sebanyak RM500.00 iaitu kadar minimum yang ditetapkan.

30 hari - Bilangan hari berkhidmat dari 26 Jun 2012 hingga 25 Julai 2012 17 207 hari - Bilangan hari clan 1 Januari hingga 25 Julai 2012 termasuk Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Am dan cuti-cuti yang melayakkan gaji

ii

Page 9: 113A (BGE)223/5/4-3

Contoh 3: Pegawai Sedia Ada

Cik. Zaiton seorang Penolong Pegawai Tadbir Grcd N27 dengan gaji sebanyak RM1,511.54 dan telah berkhidmat sepanjang tempoh 1 Januari sehingga 25 Julai 2012.

Pengiraan kadar kelayakan Imbuhan Tahunan bagi pegawai adalah seperti berikut:

1 = x gaji Julai 2012 x

bil. hari berkhidmat

207

a 1 207

x RM1,511.54 X 2 207

RM755.77

Pegawai mcmenuhi syarat telah berkhidmat sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut. Berdasarkan pengiraan didapati kelayakan Imbuhan Tahunan pegawai adalah sebanyak RM755.77.

'207 hari Bilangan hari dari 1 Januari hingga 25 Julai 2012 termasuk Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Am dan cuti-cuti yang melayakkan gaji

iii

Page 10: 113A (BGE)223/5/4-3

r MLA '1 • 171-11_1 ,J1-1,1-1,111

Contoh 4: Kenaikan Pangkat Yang Dikebelakangkan

Encik Ramasamy telah dinaikkan pangkat sebagai Pegawai Teknologi Maklumat Gred F44 berkuat kuasa mulai 1 April 2012 melalui surat penyiaran kenaikan pangkat bertarikh 23 Julai 2012. Gaji terakhir pegawai di Gred F41 ialah RM3,287.45. Gaji permulaan kenaikan pangkat pegawai di F44 adalah RM3,512.45.

Pengiraan kadar kelayakan Imbuhan Tahunan bagi pegawai adalah seperti berikut:

1 bil. hari berkhidmat =

2 x gaji Julai 2012 x

207

207 =x RM3,512.45 x 2 207

= RM1, 756.23

a 207 hari - Bilangan hari dari 1 Januari hingga 25 Julai 2012 termasuk Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Am dan cuti-cuti yang melayakkan gaji

iv

Page 11: 113A (BGE)223/5/4-3

Contob 5: Kenaikan Pangkat Yang Dikebelakangkan

Encik Zahruiail telah dinaikkan pangkat sebagai Pegawai Teknologi Maklumat Gred F44 berkuat kuasa mulai 3 Julai 2012 melalui surat penyiaran kenaikan pangkat bertarikh 1 Ogos 2012. Gaji terakhir pegawai di Gred £41 ialah RM3,287.45. Gaji permulaan kenaikan pangkat pegawai adalah RM3,512.45.

Pengiraan kadar kelayakan Imbuhan Tahunan bagi pegawai adalah scperti berikut:

_1 bil. hart berkhidmat

x gait Julai 2012 x 207

a

= 1 — x RM3,287.45 x 207

2 207

= RM1, 643.73

a 207 hari - Bilangan hari dart 1 Januari hingga 25 Julai 2012 termasuk Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Am dan cuti -cuti yang melayakkan gaji

Page 12: 113A (BGE)223/5/4-3

F I • LI 11-1 ..),11‘1-11-111

Contoh 6: Pegawai Bercuti Separub Caji

Cik Zarina yang berkhidmat sebagai Pegawai Syariali Gred LS44 telah menggunakan kemudahan Cuti Separuh Gaji untuk menjaga anaknya yang sakit bagi tempoh mulai 1 Februari hingga 22 Februari 2012. Pegawai telah melaporkan diri dan bertugas semula mulai 23 Februari 2012. Gaji pegawai pada Julai 2012 adalah sebanyak RM3,583.04.

Pengiraan kadar kelayakan Imbuhan Tahunan bagi pegawai adalah seperti berikut:

=[A+ 13+ C]

A a

=r. 207 2

gaji Julai 2012 x bit.hari berkhidmat [1. bit.hari berkhidmatil + x [1 X gaji Julai 2012 X

2 207

C

1 biLhari berkhidmat X gajijUlai 2012 X

2 207

a 31 1

[-1 x RM3,583.04 x —207 I + [7 X [-2- x RM3,583.04 x -272 a

C

[

1 154

2 x RM3,583.04

RM268.30 + RM95.20 + RM1,332.82

= RM1,RM1, 696. 32

Pegawai layak dibayar Imbuhan Tahunan sebanyak RM1,696.32 berdasarkan perkiraan di atas.

A Bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Januari 2012 Bagi tempoh 1 Februari hingga 22 Februari 20 ] 2

c Bagi tempoh 23 Fehruari hingga 25 Julai 2012

'31 hari - Bilangan hari mulai 1 Januari hingga 31 Januari 2012 b 22 hari - Bilangan hari Cuti Scparuh Gaji darii 1 Februari hingga 22 Februari 2012 `154 hari - Bilangan hari dari 23 Februari hingga 25 Julai 2012 termasuk Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Am dan cuti-cuti yang melayakkan gaji '1 207 hari - Bilangan hari dari 1 Januari hingga 25 Julai 2012 termasuk Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Am dan cuti-cuti yang mclayakkan gaji

v i

Page 13: 113A (BGE)223/5/4-3

Contoh 7: Pcgawai Bersara

Encik Nazri yang berkhidmat sebagai Pembantu Penguasa Kastarn Gred W26 telah bersara pada 20 Fcbruari 2012. Gaji terakhir pegawai adalah RM3,497.76.

Pengiraan kadar kelayakan Imbuhan Tahunan bagi pegawai adalah seperti berikut:

—[1 x

bil. hari berkhidmat

—gaji Julai 2012 x

207J Bayaran Khas Pesara

51 = x RM3,497.76 x

—207b [RNI500.00

= RM172.35 — RM500.00

= (RM327.65)

Berdasarkan pengiraan didapati kelayakan Imbuhan Tahunan di atas kadar setengah bulan gaji adalah kurang daripada RM500.00 iaitu RM172.35. Maka pesara adalah layak dibayar Bayaran Khas Pesara sebanyak RM500.00 oleh Bahagian Pasca Perkhidmatan, Tabatan Perkhidmatan Awam. Jabatan tidak perlu membuat pembayaran.

a 51 hail — Bilangan hari berkhidmat dari 1 Januari hingga 20 Februari 2012 b 207 hari - Bilangan hari darr 1 Januari hingga 25 Julai 2012 terrnasuk Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Am clan cuti-cuti yang melayakkan gaji

vii

Page 14: 113A (BGE)223/5/4-3

Contoh 8: Pegawai Bersara

Encik Bakar yang berkhidmat scbagai Jurutera Gred Utama B (VU6) telah bersara pada 6 Julai 2012. Pegawai telah dibayar Bayaran Khas Pesara sebanyak RM500 pada Julai 2012. Gaji terakhir pegawai adalah RM12,201.84.

Pengiraan kadar kelayakan Imbuhan Tahunan bagi pegawai adalah scperti berikut:

1 bil. hari berkhidmat

2 x gaji Julai 2012 x

207 Bayaran Khas Pesara

x RM12,201.84 x j — [ RM500.00]

= RM5,540.93 — RM500.00

= RM5, 040.93

Pegawai layak dibayar Imbuhan Tahunan 2012 secara pro-rata (proportionate) sebanyak RM5,040.93 setelah ditolak RM500 iaitu Bayaran Khas Pesara.

'188 hari - Bilangan hari berkhidmat dan 1 Januari 2012 hingga 6 Julai 2012 207 hari - Bilangan hari dari 1 Januari hingga 25 Julai 2012 termasuk Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan

Am dan cuti-cuti yang mclayakkan gaji

viii

Page 15: 113A (BGE)223/5/4-3

Contoh 9: Tatatertib

Surat pertuduhan tatatertib terhadap Encik Zul yang herkhidmat sebagai Pembantu Tadbir Gred N17 telah dikeluarkan pada 5 Mei 2012. jawatankuasa Tindakan Tatatertib yang bersidang telah mengambil keputusan tangguh pergerakan gaji* bcliau melalui surat hukuman tatatertib yang dikeluarkan pada 24 Julai 2012. Gaji pcgawai pada Julai 2012 adalah sebanyak RM1,491.01.

Pegawai tidak layak dibayar Imbuhan Tahunan kerana hukuman tatatertib dikenakan dalam tempoh 1 Januari hingga 25 Julai 2012.

Nota:

*Hukuman tatatertib adalah diperuntukkan di bawah Peraturan 38, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 seperti berikut:

(i) amaran; (ii) denda; (iii) lucut hak emolumen; (iv) tangguh pergerakan gaji; (v) turn gaji; (vi) turn pangkat; atau (vii) buang kerja

Pegawai yang dikenakan tindakan tatatertib selain daripada amaran tidak layak dibayar Imbuhan Tahunan.

ix

Page 16: 113A (BGE)223/5/4-3

I 1,-01 I • LI 1 ,-■ II II II 1

Contoh 10: Pegawai Yang Dipinjamkan Ke Badan Yang Diasingkan Saraannya

Puan Marlina yang berkhidmat scbagai Pegawai Teknologi Maklurnat Gred F48 telah dipinjamkan ke Lembaga Tabung Haji dari 1 Januari hingga 30 Mei 2012. Beliau kemudiannya telah kernbali bertugas di WA pada 1 Jun 2012. Gaji pegawai pada Julai 2012 adalah sebanyak RM5,936.91.

Pengiraan kadar kelayakan Imbuhan Tahunan bagi pegawai adalah seperti berikut:

1 bil. hari berkhidmat

2

x gaji Julai 2012 X 207

55 a

= 2 1

X RM5,936.91 x 10 1 207

• RM788. 72

0 55 hari Bilangan hari berkhidmat dari 1 Jun 2012 hingga 25 Julai 2012 b 207 had - Bilangan had dari 1 Januari hingga 25 Julai 2012 terniasuk Hari Rehat Mingguan, Hari Kciepasan Am dan cuti-cuti yang melayakkan gaji

Page 17: 113A (BGE)223/5/4-3

Contoh 11: Pegawai Yang Dipinjamkan Ke Badan Antarahangsa

Encik Akmal yang berkhidmat sebagai Pegawai Penyelidik Grcd Q52 telah dipinjamkan ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dari 1 Februari 2010 hingga 31 Januari 2012. Beliau kemudiannya kembali bertugas di Sabatan Alam Sekitar pada 1 Februari 2012. Gaji pegawai pada Julai 2012 adalah sebanyak 121%47,031.29.

Pengiraan kadar kelayakan Imbuhan Tahunan bagi pegawai adalah seperti berikut:

bil. hart berkhidmat = Ezilz x gaji Julai 2012

207

a 176

6 ] • [z

X RM7,031.29 x 2 7 -

▪ RM2, 989.15

'176 hari - Bilangan hari berkhidmat dari 1 Februari 2012 hingga 25 Julai 2012 b 207 hari - Bilangan hari dari 1 Januari hingga 25 Julai 2012 terrnasuk Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Am dan cuti-cuti yang melayakkan gaji

xi

Page 18: 113A (BGE)223/5/4-3

SOALAN LAZIM

PEKELILING PERKII1DNIATAN B1LANGAN 5 TAHUN 2012 IMBUHAN TAHUNAN DAN BAYARAN KHAS PFtESTASI TAHUN 2012

BIL el STATUS .112t

KELAYAKAN . . .

1.

Sistem Saraan

Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan (JKR:, SSB dan SSM) yang telah berkhidmat pada 1 Januari hingga 25 Julai 2012 dan berkhidmat sekurang-kurangnya 30 hari bertunit-turut atau lebih.

Layak mengikut tempoh perkhidmatan.

2.

Kontrak

Pegawai lantikan kontrak Perkhidmatan Awam Persekutuan (Contract of Service/ Contract for Service) yang dilantik ke jawatan tetap/ sementara/ kontrak dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan tertalcluk kepada pegawai telah berkhidmat pada 1 Januari hingga 25 Julai 2012 dan berkhidmat sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut atau lebih.

Layak mengikut tempoh perkhidmatan.

rei •::I:

Bertukar Skim Perkhidmatan

Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang dilantik ke skim perkhidmatan lain dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan.

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri/ Pihak Berkuasa Berkanun/ Pihak Berkuasa Tempatan yang dilantik ke skim perkhidmatan lain dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan.

Layak mengikut tempoh perkhidmatan.

Layak mengikut tempoh perkhidmatan.

5. Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang dilantik ke skim perkhidmatan lain dalam Perkhidmatan Awam Negeri/ Pihak Berkuasa. Berkanun/ Pihak Berkuasa Tempatan.

Layak mengikut tempoh perkhidmatan tertakluk kepada penerimaan pemakaian pihak Perkhidmatan Awam Negeri/ Pihak Berkuasa Berkanun/ Pihak Berkuasa Tempatan.

Page 19: 113A (BGE)223/5/4-3

BIL. STATUS KELAVAKAN

6.

7.

Pengkorporatan/ Penswastaau dan Pengasingan

Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan di agensi awam yang dikorporatkan/ diswastakan atau diasingkan saraannya dan memilih untuk kekal dalam MC/ SSB/ S S M.

Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan di agensi awam yang dikorporatkan/ diswastakan atau diasingkan saraannya dan memilih sistem saraan syarikat/ pengasingan.

Layak mengikut tempoh perkhidmatan.

Tidak Layak.

8.

Meletak Jawatan/ Berhenti/ Ditamatkan Perkbidmatan

Meletak jawatan/ berhenti/ ditamatkan perkhidmatan sebelum/ pada 25 Julai 2012,

Tidak layak.

9.

10.

Pelarasan Gaji

Sebarang urusan perkhidmatan yang tarikh kuat kuasanya dikebelakangkan dan memberi kesan ke atas amaun gaji pegawai selepas 25 Julai 2012.

Dalam keadaan di mana sesuatu keputusan dasar pelarasan gaji dalam tahun semasa masih tidak dilaksanakan kerana kelewatan pentadbiran.

Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi tidak diselaraskan.

Layak diberi pelarasan Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi.

11.

Syarat Kelayakan

Pegawai yang dilantik selepas 26 Jun 2012.

Tidak layak kerana berkhidmat kurang 30 hari berturut-turut. Pegawai yang dilantik pada/ sebelum 26 Jun 2012 sahaja layak dibayar mengikut tempoh perkhidmatan.

12. Pegawai diluluskan Cuti Menjaga Anak atau Cuti Tanpa Gaji dalam tempoh 1 Januari sehingga 25 Julai 2012.

Layak dibayar secara pro-rata (proportionate) mengikut tempoh perkhidmatan dan cukup sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut.

2

Page 20: 113A (BGE)223/5/4-3

I I I I,11 11%1 II II 1

BIL. STATUS KELAYAKAN

13. Pegawai dilantik pada 26 Jun 2012 telah menggunakan kernudahan Cuti Sakit pada 27 Jun 2012.

Layak kcrana Cuti Sakit atau Cuti Rehat boleh diainbil kira dalam pengiraan tempoh perkhidmatan dan perkhidrnatan cukup 30 hari be rturu t-I unit.

14. Kakitangan Ambilan Tempatan (KAT).

KAT yang berkhidmat dalam tahun 2012 dan telah berkhidmat sckurang-kurangnya genap 30 hari perkhidmatan atau lebih layak dibayar Imbuhan Tahunan.

Walau bagaimanapun, bagi KAT yang terikat dengan contractual bonus yang dikuatkuasakan oleh undang-undang negara tempatan, pemberian imbuhan tahunan ini adalah tidak terpakai keeuali kadar contractual bonus tersebut lebih rendah daripada imbuhan tahunan mengikut pekeliling perkhidmatan ini.

15. Pegawai yang bersara antara 1 Januari hingga 25 Julai 2012.

Layak dibayar Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi secara pro-rata (proportionate) berdasarkan bilangan hari yang layak dalam tahun 2012.

16. Syarat Pembayaran

Asas gaji yang perlu digunakan bagi pembayaran Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi.

Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi dibayar berasaskan gaji bulan Julai 2012 atau gaji akhir yang diterima dalam tempoh 1 Januari hingga 25 Julai 2012.

17 , Pekerja Sambilan Harian (PSH) Tempoh kontrak Perkhidmatan PSH yang masih berkuat kuasa dalam tempoh 1 Januari hingga 25 Julai 2012 dan cukup syarat berkhidmat sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut dibayar oleh jabatan pegawai sedang berkhidmat.

PSH yang telah tamat kontrak dan tidak berkhidmat di mana-mana jabatan tetapi cukup syarat berkhidmat sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut dalam tempoh 1 Januari hingga 25 Julai 2012 dibayar oleh jabatan terakhir pegawai berkhidmat. Jabatan hendaklah memastikan pegawai tidak menerirna bayaran imbuhan Tahunan 2012 dari jabatan lain.

3

Page 21: 113A (BGE)223/5/4-3

V I '01..01 4,1 1,4 VI 11 NV VI IV

BIG: STATUS KELAYAKAN

18. Kclayakan Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khan Prestasi bagi pegawai yang dalam prosiding rayuan tatatertib?

Perenggan 6 Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2012 (PP Bil. 5/2012) menjelaskan bahawa pegawai yang dikenakan hukuman tatatertib selain daripada amaran dalam tempoh 1 Januari hiugga 25 Julai 2012 tidak layak menerima Imbuhan Tahunan. Perenggan 7 pekeliling perkhidmatan yang sama menjelaskan bahawa pegawai yang telah dikeluarkan surat pertuduhan ditangguhkan pemberian Imbuhan Tahunan sehinggalah Pihak Berkuasa Tatatertib membuat keputusan ke atas pegawai. Pegawai akan dibayar Imbuhan Tahunan jika didapati tidak bersalah atau hanya dikenakan hukuman amaran setelah Pihak Berkuasa Tatatertib membuat keputusan.

Bagi pegawai yang sedang di dalam prosiding rayuan tatatertib, sekiranya pegawai tersebut mengemukakan rayuan bagi hukurnan selain daripada amaran, pembayaran Imbuhan Tahunan ditangguhkan sehingga Pihak Berkuasa Rayuan Tatatertib membuat keputusan ke atas rayuan pegawai.

Situasi berkaitan keputusan Pihak Berkuasa Rayuan dan status pembayaran Imhuhan Tahunan adalah seperti di Jadual 1 di bawah:

4

Page 22: 113A (BGE)223/5/4-3

Jadual 1: Situasi Berkaitan Keputusan Pihak Berkuasa Rayuan Dan Status Pembayaran Imbuhan Tahunan

Bil Keputusan Pihak Berkuasa Rayuan Status pembayaran

1 Mengesahkan dan mcngekalkan hukuman.

Pcgawai tidak-layak dibayar Imbuhan Tahunan.

2 Mengesahkan hukuman tetapi mengubah hukuman kepada hukuman yang lebih ringan (selain daripada Amaran).

Pegawai tidal: layak dibayar Imbuhan Tahunan.

3 Mengesahkan hukuman tetapi mengubah hukuman kepada hukuman yang lebih ringan

Pegawai layak dibayar Imbuhan Tahunan.

(Amaran).

4 Mengakas keputusan hukuman dan membcbaskan perayu.

Pegawai layak dibayar Imbuhan Tahunan.

5 Menghantar balik kes kepada Ditangguhkan pembayaran Imbuhan Tahunan Lembaga Tatatertib untuk sehingga Lembaga Tatatertib memutuskan ditimbang semula (remit). hukuman ke atas pegawai. Penentuan pembayaran

Imbuhan Tahunan ini akan dibuat selaras perenggan 7 PP Bil. 5/2012.

5