6
TEKS UCAPAN YANG BERUSAHA : PN. JUARIAH BT. YUNUS - PENGETUA SMKA TUN PERAK, JASIN – SEMPENA MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN KEPIMPINAN PELAJAR – 2013 Bismillahirrahmanirrahim Terima kasih Saudara Pengacara Majlis YANG BERHORMAT : DATUK HJ. GHAZALEE BIN MOHAMMAD- ADUN KAWASAN SERKAM MERANGKAP TIMBALAN PENGERUSI J/KUASA NEGERI HAL EHWAL AGAMA,TANAH, KEWANGAN DAN EKONOMI NEGERI MELAKA. YANG DIHORMATI : EN.JOHARI BIN ABU BAKAR – GURU PENOLONG KANAN PENTADBIRAN SMKA TUN PERAK YANG DIHORMATI : PN.HJH.YAZIDAH BT.YAZID GURU PENOLONG KANAN HEM – SMKA TUN PERAK YANG DIHORMATI : TN.HJ.SAHARI BIN MD DERUS GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM BARISAN GURU KANAN MATA PELAJARAN GURU-GURU CEMERLANG GURU-GURU DAN PARA PELAJAR YANG DIKASIHI SEKALIAN Assalamuaalaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Melaka Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau dan Salam Satu Malaysia. 1. Alhamdulillah, terlebih dahulu izinkan saya memanjatkan rasa kesyukuran ke hadhrat Allah Taala kerana dengan izin dan InayahNya kita dapat berkumpul pada pagi ini bagi menyempurnakan Majlis Watikah Pelantikan Kepimpinan Pelajar SMKA Tun Perak bagi Sesi 2013.

122514300-

Embed Size (px)

DESCRIPTION

ERYERYER

Citation preview

Page 1: 122514300-

TEKS UCAPAN YANG BERUSAHA : PN. JUARIAH BT. YUNUS - PENGETUA SMKA TUN PERAK, JASIN – SEMPENA MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN KEPIMPINAN PELAJAR – 2013

BismillahirrahmanirrahimTerima kasih Saudara Pengacara Majlis

YANG BERHORMAT : DATUK HJ. GHAZALEE BIN MOHAMMAD- ADUN KAWASAN SERKAM MERANGKAP TIMBALAN PENGERUSI J/KUASA NEGERI HAL EHWAL AGAMA,TANAH, KEWANGAN DAN EKONOMI NEGERI MELAKA.

YANG DIHORMATI : EN.JOHARI BIN ABU BAKAR – GURU PENOLONG KANAN PENTADBIRAN SMKA TUN PERAK

YANG DIHORMATI : PN.HJH.YAZIDAH BT.YAZID GURU PENOLONG KANAN HEM – SMKA TUN PERAKYANG DIHORMATI : TN.HJ.SAHARI BIN MD DERUS

GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

BARISAN GURU KANAN MATA PELAJARAN GURU-GURU CEMERLANG

GURU-GURU DAN PARA PELAJAR YANG DIKASIHI SEKALIAN

Assalamuaalaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Melaka Negeriku Sayang, Negeri

Bandar Teknologi Hijau dan Salam Satu Malaysia.

1. Alhamdulillah, terlebih dahulu izinkan saya memanjatkan rasa kesyukuran ke

hadhrat Allah Taala kerana dengan izin dan InayahNya kita dapat berkumpul pada

pagi ini bagi menyempurnakan Majlis Watikah Pelantikan Kepimpinan Pelajar

SMKA Tun Perak bagi Sesi 2013.

2. Di sini saya mengambil kesempatan merakamkan rasa terima kasih kepada YB

Datuk Hj. Ghazalee bin Mohammad ADUN Kawasan Serkam Merangkap Timbalan

Pengerusi J/Kuasa Negeri bagi Hal Ehwal Agama, Tanah, Kewangan dan Ekonomi

Negeri Melaka, atas kesudian beliau untuk merasmikan Majlis Watikah Pelantikan

Kepimpinan Pelajar Sesi 2013 ini. Walaupun kita amat menyedari bahawa beliau

tentunya mempunyai pelbagai tugas resmi , namun masih berkesempatan

meluangkan masa untuk bersama-sama kita pada pagi ini. Sesungguhnya,

kehadiran beliau mencerminkan iltizam dan sikap prihatin beliau terhadap

pelajaran di Daerah Jasin amnya dan SMKA Tun Perak, khususnya.

Page 2: 122514300-

3. Untuk pengetahuan YB, Seramai 186 orang pelajar telah dipilih untuk

menganggotai Saf Kepimpinan Pelajar Sesi 2013 yang melibatkan :

Pengawas Sekolah seramai 60 orang, Pengawas Pusat Sumber 44 orang, Exco Asrama seramai 22 orang, Exco Badar seramai 32 orang dan Ketua Tingkatan 25 orang.

Tujuan utama pelantikan pengawas hari ini adalah untuk mengiktiraf peranan dan

fungsi pengawas sebagai pemimpin kecil yang dipertanggungjawabkan untuk

melaksanakan tugas membantu guru dan pentadbir sekolah agar dapat mewujudkan

suatu persekitaran sekolah yang lestari dan kondusif . Mereka merupakan ‘mata dan

telinga’ bagi pihak pentadbir bagi memastikan peraturan-peraturan [ Disiplin ] sekolah

dapat dipatuhi oleh pelajar-pelajar . Untuk tujuan itu juga , kita [pihak sekolah ]

menetapkan bahawa semua pengawas asrama adalah juga pengawas sekolah.

Gabungan kepimpinan yang senergi ini diharapkan mampu merungkai permasalahan

disiplin sama ada yang berlaku di sekolah ataupun di asrama.

4 Sesungguhnya dengan kemantapan disiplin dalam kalangan pelajar diharapkan dapat

menjulang prestasi pelajar dalam bidang akademik. Hal ini selari dengan Motto

Pengawas iaitu‘ Disiplin Mantap, Pelajar Cemerlang ’ bukan sahaja untuk

melahirkan sahsiah yang unggul ,malahan hebat dalam pelajaran. Semua ini mampu

dicapai seandainya para pelajar dilindungi dan dipayungi dengan disiplin yang ampuh

seterusnya dapat mensifarkan masalah pelanggaran disiplin dalam kalangan pelajar.

Kepada Kepimpinan Pelajar diharapkan mampu mendepani cabaran ini agar menjadi

kenyataan.

5. Yang Berhormat , para guru dan para pelajar sekalian,

Golongan pelajar hari ini adalah khazanah kepada negara kita kerana mereka

merupakan ‘human capital’ yang penting untuk masa depan negara. Melalui Projek

SUMUR [ Sahsiah Unggul Murid ] yang dijalankan oleh pihak sekolah merangkumi

pelbagai teras [ Modul ] utama iaitu ;

Modul Berbudi Bahasa, Modul Penampilan Diri,

Page 3: 122514300-

Modul Muhtadayyin dan Modul Jati Diri

Kesemua pelaksanaan model ini diharapkan dapat melahirkan pelajar yang

berketrampilan dan memiliki sahsiah yang unggul selaras dengan matlamat Falsafah

Pendidikan Negara. Kita tidak mahu hanya berjaya menjadikan pelajar yang cemerlang

keintelektualannya, tetapi tempang dari segi sahsiah dan perilakunya. Hanya hebat

dalam penerokaan ilmu tetapi miskin tentang nilai kerohanian dan jati dirinya. Hal ini

menggambarkan kegagalan kita dalam membentuk insan kamil dan jlwa rabbani

dalam kalangan pelajar. Oleh itu, sebagai salah satu sub dalam Projek SUMUR iaitu

aspek KEPIMPINAN, pihak sekolah mengharapkan agar Kepimpinan Pelajar pada

tahun ini akan benar-benar mampu menjadi role – modul dan suri teladan kepada

pelajar-pelajar yang lain.

. Kepimpinan melalui teladan perlu diamalkan dalam mematuhi seluruh

peraturan, disiplin dan undang-undang sekolah, demi tujuan akhirnya adalah untuk

mencapai visi dan misi sekolah. Kepada andalah diletakkan segala hasrat dan harapan

untuk melihat keunggulan kepimpinan Pelajar SMKA Tun Perak sama taranya dengan

sekolah-sekolah aliran Agama yang lain bukan sahaja di Negeri Melaka khususnya

bahkan di Malaysia amnya .

Bagi kami warga pendidik, semua ini bukan perkara mustahil atau angan-angan

Mat Jenin sahaja. Indah dilafazkan tetapi sukar dilaksanakan. Kami sebenarnya

menaruh sepenuh keyakinan dan segunung harapan bahawa tidak ada perkara yang

mustahil dalam era dunia tanpa sempadan ini. Syaratnya, kemahuan yang tinggi,

disiplin yang terarah, kefahaman yang selaras dan kebersamaan dalam tindakan

adalah resepi utama menjayakan visi dam misi sekolah ini. Oleh itu marilah kita

bersama-sama menempuh hambatan dan cabaran baru. Ibarat cangkat sama didaki,

lurah sama dituruni; kuah sama dihirup, sambal sama dicolek; terapung sama hanyut,

terendam sama basah; seliang bagai tebu, serumpun bagai serai'. Marilah sama-sama

kita merintis denai, menebas semak-samun agar kita sama-sama menggapai apa-apa

yang diimpikan.

      Sekian ,saya akhiri dengan lafaz yang mulia Assalamualaikum waruhmatullahi

wabarakatuh.Terima kasih.

Page 4: 122514300-