22
PENGENALAN Cetakan ialah proses terapan blok atau plat. Proses ini melibatkan penciptaan plat yang dapat menghasilkan pelbagai imej. Kesan permukaan yang dicetak itu boleh dilakukan ke atas bahan seperti linoleum, styrofoam, logam, kadbod dan bahan-bahan lain. Blok atau plat cetakan boleh disediakan dengan memotong, mengguris, etching, atau melukis. Kemudian dakwat diletakkan ke atas blok atau plat tersebut dengan pelbagai teknik. Kertas dicetak dengan cara menekap ke atas blok melalui gosokan tangan atau menggunakan mesin cetak. Cetakan mempunyai keistimewaan iaitu dapat menghasilkan beberapa keping hasilan yang sama disebut edisi. Tiga atau empat cetakan yang pertama, biasanya berbeza dengan edisi cetakan selepas itu. Cetakan pertama ini dinamakan 'artistÊs proofs' (AP). Bilangan siri cetakan ini dinamakan edisi dan proses cap-mengecap ini boleh menyebabkan blok atau plat rosak dan bilangan edisi dalam cetakan berakhir. Pada setiap bahagian bawah cetakan, akan terdapat bilangan edisi cetakan yang dihasilkan. Simbol yang mewakili cetakan adalah berupa simbol nombor seperti 5/25 yang merujuk kepada cetakan ke 5 daripada 25 cetakan. Di bahagian tengah ditulis tajuk cetakan dan di bahagian kanan tercatat nama artis dan tarikh cetakan itu dilakukan. T T o o p p i i k k 2 2 Cetakan HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Mengenal pasti apakah cetakan; 2. Menceritakan sejarah awal cetakan; 3. Membincangkan beberapa orang tokoh-tokoh cetakan tempatan dan luar negara; 4. Mengenal pasti beberapa teknik cetakan; dan 5. Membuat cetakan dan menghasilkan corak yang menarik.

13121604Topik2Cetakan

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: 13121604Topik2Cetakan

� PENGENALAN

Cetakan ialah proses terapan blok atau plat. Proses ini melibatkan penciptaan plat yang dapat menghasilkan pelbagai imej. Kesan permukaan yang dicetak itu boleh dilakukan ke atas bahan seperti linoleum, styrofoam, logam, kadbod dan bahan-bahan lain. Blok atau plat cetakan boleh disediakan dengan memotong, mengguris, etching, atau melukis. Kemudian dakwat diletakkan ke atas blok atau plat tersebut dengan pelbagai teknik. Kertas dicetak dengan cara menekap ke atas blok melalui gosokan tangan atau menggunakan mesin cetak. Cetakan mempunyai keistimewaan iaitu dapat menghasilkan beberapa keping hasilan yang sama disebut edisi. Tiga atau empat cetakan yang pertama, biasanya berbeza dengan edisi cetakan selepas itu. Cetakan pertama ini dinamakan 'artistÊs proofs' (AP). Bilangan siri cetakan ini dinamakan edisi dan proses cap-mengecap ini boleh menyebabkan blok atau plat rosak dan bilangan edisi dalam cetakan berakhir. Pada setiap bahagian bawah cetakan, akan terdapat bilangan edisi cetakan yang dihasilkan. Simbol yang mewakili cetakan adalah berupa simbol nombor seperti 5/25 yang merujuk kepada cetakan ke 5 daripada 25 cetakan. Di bahagian tengah ditulis tajuk cetakan dan di bahagian kanan tercatat nama artis dan tarikh cetakan itu dilakukan.

TTooppiikk��22 �Cetakan

HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Mengenal pasti apakah cetakan;

2. Menceritakan sejarah awal cetakan;

3. Membincangkan beberapa orang tokoh-tokoh cetakan tempatan dan luar negara;

4. Mengenal pasti beberapa teknik cetakan; dan

5. Membuat cetakan dan menghasilkan corak yang menarik.

Page 2: 13121604Topik2Cetakan

TOPIK 2 CETAKAN � 17

SEJARAH CETAKAN

Sejarah cetakan bermula pada tahun 3000 SM apabila cetakan timbul telah dihasilkan oleh orang Sumeria dengan salinan imej kulit kerang di atas tanah liat yang berbentuk empat segi. Teknik cetakan kayu ialah yang paling awal dan pertama kali muncul di Negara China pada kurun ke-8. Cetakan mula berkembang di Eropah sekitar tahun 1418 masihi dan digunakan untuk mencetak rekaan pada kain. Kemudian cetakan dikembangkan untuk kegunaan pendidikan, keagamaan, propaganda dan tekstil untuk pakaian. Cetakan berwarna diperkenalkan pada kurun ke-15 Masihi dan pada kurun ke 16, cetakan muncul mencapai status sebagai satu bentuk seni yang penting dengan penghasilan Karya Albrecht Durer dan karyawan seni daripada Eropah Utara. Di Malaysia, cetakan bermula dengan mencetak kain batik sarung. Secara umumnya, cetakan boleh dibahagikan kepada cetakan timbulan, benaman, cetakan planograf atau litografi dan cetakan stensil, saringrafi atau Sutera Saring. Cetakan blok kayu buatan tangan muncul pada abad ke-7 Masihi di China. Industri cetakan mono blok kayu buatan tangan muncul dan berkembang di negara Barat pada abad ke-14 Masihi. Pada masa tu, kemahiran mencetak digunakan untuk mencetak bahan-bahan keagamaan, untuk hiasan ilustrasi buku, poster untuk komunikasi, propaganda, bahan pendidikan, dan sebagainya. Penggunaan warna dalam cetakan diperkenalkan pada pertengahan abad ke-15. Di Malaysia, cetakan kayu digunakan untuk mencetak kain sarung (kain terap hitam) sebelum kaedah lilin dari Jawa diperkenalkan. Cetakan kemudian muncul menjadi salah satu cabang seni halus yang unik. Kini, Industri cetakan yang menggabungkan teknik canggih melalui pembantuan perisian komputer serta kemahiran seni grafik yang bermutu tinggi telah berjaya menjadikannya satu saluran seni yang agak unik. Sila lihat Rajah 2.1 dan 2.2.

2.1

Page 3: 13121604Topik2Cetakan

� TOPIK 2 CETAKAN 18

Rajah 2.1: Siri cetakan blok terawal di Barat (1474) untuk tujuan keagamaan

Rajah 2.2: Siri cetakan dari Dinasti Tang

Page 4: 13121604Topik2Cetakan

TOPIK 2 CETAKAN � 19

TOKOH CETAKAN (a) EEdvard Munch (1863 � 1944)

Edvard Munch dilahirkan di Loten, Norway pada tahun 1863. Beliau merupakan seorang pelukis catan aliran ekspresionisme. Dalam karyanya beliau lebih berfokus kepada figura manusia. Beliau juga terbabit dalam cetakan. Cetakannya bertajuk The Kiss (1902), telah mendapat perhatian para pengkritik, kerana cetakannya, mengekalkan kayu yang ada. Namun begitu karya ini telah menjadi karya agungnya yang terkenal. Pada tahun 1864, keluarganya berpindah ke Bandar Oslo. Di sinilah beliau mendapat latihan seni. Pada tahun 1879, beliau mendaftar di kolej teknikal dan mulai serius dalam menjalankan kerja dan menghabiskan masa di kolej teknikal. Setahun kemudian , pada tahun 1881 beliau masuk ke School of Design (Sekolah Reka Bentuk). Beliau mengambil lakaran freehand dan kelas modeling. Edvard Munch menyewa studio bersama enam orang pelukis lain. Pada tahun 1886, beliau menghasilkan lukisan bertajuk ÂThe Sick ChildÊ. Di dalam lukisan ini beliau ingin menceritakan tentang tragedi kematian kakaknya yang tragis apabila dia keluar ke tempat yang beliau suka dan selalu dikunjungi oleh kakak beliau. Pada tahun yang sama , Edvard Munch sempat juga menyiapkan beberapa versi siri The Sick Child. Beliau kemudian diperkenalkan dengan kumpulan yang menimbulkan kontroversi yang dipanggil Christiania � Boheme. Dari tahun 1889 hingga 1892, beliau mendapat biasiswa yang membolehkan beliau terus tinggal di Perancis. Edvard Munch suka dengan gaya teknik impresionis Perancis. Ini ialah asas lukisan baru dalam semua benda. Pemikiran tentang seni ini telah diluluskan oleh penjajahan gereja dan cadangan ini tertumpu untuk meletakkan kembali seni dengan simbol yang sukar difahami. Edward Munch ada siri lukisannya di Berlin pada tahun 1892. Siri lukisannya bertajuk ÂThe Frieze of LifeÊ. Lukisan ini banyak menggambarkan perasaannnya yang sengsara dan tertekan. Sesuatu yang menyedihkan dan kesakitan yang orang lain tidak faham. Kebanyakan orang takut akan kebenaran. Mereka berkata yang imej ini menakutkan dan mengancam. Kebenaran cerita Edvard Munch ada kesahihan yang beliau ingin luahkan. Pemikiriannya bercelaru apabila beliau kehilangan keluarga kerana meninggal dunia akibat serangan penyakit. Oleh itu beliau akan meluahkan perasaannya walau apa cara sekalipun. Ramai orang menghadiri pameran seni dan melihat banyak hasil seni, kemudian melihat satu luahan perasaan seorang lelaki yang pintar dalam seni. Lukisan-lukisan Edvard Munch merupakan sebahagian besar koleksi dalam Moden

2.2

Page 5: 13121604Topik2Cetakan

� TOPIK 2 CETAKAN 20

German Expressionism. Edvard Munch kelihatan tenang dalam kumpulan Expressionism yang di panggil Âder Blue ReiterÊ dalam Bahasa Inggeris bermaksud The Blue Raider. Pada tahun 1917, beliau menerbitkan buku di Berlin yang bertajuk Edvard Munch. Beliau banyak mengembara untuk mengembangkan seni dari seluruh dunia. Beliau banyak membuat pameran di setiap kawasan dan pameran menyeluruh di Nasional Galeri di Berlin. Keseluruhan 223 lukisan cat minyak dipamerkan. Pada tahun 1930, perkara yang mengerikan berlaku, beliau mengalami kesukaran untuk melihat. Pada tahun 1931, makciknya Karen Bjolstad meninggal dunia yang menyebabkan beberapa tahun selepas itu beliau menyepikan diri dan selepas keadaan menjadi tenang dan stabil beliau menyambung semula melukis dan membuat cetakan.

Rajah 2.3: Contoh Karya Edvard Munch

(b) RRedza Piyadasa (1939) Berikut adalah latar belakang pelukis tanah air kita, Redza Piyadasa:

� Dilahirkan di Kuantan, Pahang pada tahun 1939.

� Tahun 1958 mendapat pendidikan seni di Maktab Perguruan Brinsford Lodge, England.

� Tahun 1962 menuntut di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Kuala Lumpur.

Page 6: 13121604Topik2Cetakan

TOPIK 2 CETAKAN � 21

� Tahun 1963 � 1967 melanjutkan pengajian di Hornesy College of Art, London.

� Tahun 1975 � 1977 menuntut di University of Hawaii, Amerika Syarikat.

� Beliau pernah menjadi pensyarah seni di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

� Beliau terkenal sebagai seorang pengkritik seni halus yang sangat di segani.

� Karya-karya beliau banyak penerokaan dan cenderung kepada aliran konstruk. ‰Keluarga Baba‰ merupakan salah satu karyanya yang agung.

Rajah 2.4 dan 2.5 contoh karya Redza Piyadasa.

Rajah 2.4: Keluarga Baba, 1986

Rajah 2.5: The Haji Family, 1990

Page 7: 13121604Topik2Cetakan

� TOPIK 2 CETAKAN 22

Jadual berikut menceritakan latar belakang seorang lagi tokoh cetakan Malaysia, Juhari Muhammad Said.

Jadual 2.1: Latar Belakang Juhari Muhammad Said BIODATA: � Dilahirkan pada 6 januari 1961 di Gopeng, Perak.

PENDIDIKAN: 1979 � 1983

� Diploma Seni Halus, Kajian Seni Lukis dan Seni Reka, Institut Teknologi Mara (ITM), Shah Alam.

PEKERJAAN: 198319851985 �1989

1986

� Pelukis sepenuh masa.

� Ahli rekabentuk di agensi pengiklanan.

� Pensyarah sambilan di Kajian Seni Lukis dan Seni Reka, Institut Teknologi Mara.

� Pelukis sepenuh masa seni cetak.

PAMERAN: 1983

1985

1987 1987

1988

19891990

1991

� Lima pameran di ITM, Universiti Malaya, Hotel Hilton, Balai

Seni Lukis Negara ( BSLN )dan DBKL. � Dua pameran di BSLN atau satu Kompleks Antarabangsa.

Dua di BSLN dan Pesuruhjaya Tinggi Australia, Bank Negara dan Hotel Shangri-La.

� Pameran Seni Cetak ( Papan Lapis ) di Galeri Le Classique, � Pameran Terbuka, BSLN; Pameran Seni Jemputan

Aseambankers, BSLN; Post-Fukuoka Art Show, BSLN; Pameran Antarabangsa Seni Asian di Fukuoka, Jepun; Pameran Tan & Tan Development, Galeri 10 Kia Peng ; Pameran Motivasi.

� Pameran Asian Ke-4 di Muzium Seni Metropolitan, Seoul, Korea Selatan.

� Post-Seoul International Art Show di Pusat Kreatif KL. � Fiesta Seni, Kuala Terengganu. � Pameran Seni Antarabangsa Asian Ke-5 di BSLN. � Art Dokumenta 1991 di Wisma Loke, KL.

Page 8: 13121604Topik2Cetakan

TOPIK 2 CETAKAN � 23

JENIS-JENIS CETAKAN

(a) CCetakan Timbulan (Relief)

� Merupakan proses membuat cetakan dengan meletakkan dakwat atau warna pada permukaan tapak cetakan yang biasanya terdiri daripada blok kayu atau lino.

� Hasil permukaan acuan merupakan imej yang terhasil di permukaan kertas.

� Contoh cetakan jenis ini ialah:

(a) Cetakan Kayu

(b) Cetakan Lino

(c) Cetakan Kolograf

(d) Cetakan Kolaj (b) CCetakan Stensil atau Skrin

� Cetakan ini memerlukan kain sutera (organdi) yang direnggangkan di atas pemidang kayu.

� Cetakan Sutera Saring / Stensil / Sarigrafi.

� Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan dalam jenis cetakan ini iaitu:

(a) Kaedah Potongan Kertas Pendua

(b) Kaedah Filem Leker

(c) Kaedah Skrin Foto (c) CCetakan Lithografi / Planograf / Cetakan datar

� Juga dikenali sebagai cetakan Plonografi.

� Cetakan datar menggunakan blok batu kapur sebagai blok persembahan imej.

� Teknik yang digunakan ialah teknik penolakan minyak dengan air.

� Kekalisan antara air dan minyak dapat menghasilkan cetakan seakan-akan lukisan pensil.

� Cetakan dibuat menggunakan mesin cetak.

2.3

Page 9: 13121604Topik2Cetakan

� TOPIK 2 CETAKAN 24

(d) CCetakan Benaman (Intaglio)

� Berlawanan dengan cetakan timbulan. Bagi cetakan timbulan, dakwat atau pewarna di atas permukaan yang timbul manakala cetakan benaman pula dakwat atau warnanya di dalam ukiran turisan yang akan menjadi imej.

� Merupakan proses membuat cetakan melalui cara mengukir pada plat logam atau kayu dan meletakkan dakwat atau warna ke dalam hasil turisan. Contoh cetakan jenis ini ialah:

(a) Kaedah Turisan (engraving)

(b) Kaedah Gurisan Asid (etching)

(c) Kaedah Akuantin (aquantint)

(d) Kaedah Mesotin (mezzotint) (e) CCetakan Gurisan Asid

� Cetakan asid pertama kali digunakan pada awal kurun ke-16 selepas asid diketahui boleh digunakan untuk mengguris imej ke dalam kepingan logam.

� Rembrandt Van Rijn, Francisco Goya dan Pablo Picasso adalah antara artis yang menggunakan tekni ini untuk mencipta dan menghasilkan sebahagian daripada karya utama mereka.

� Corak gurisan yang dihasilkan diatas permukaan logam yang telah disapu dengan sejenis bahan yang kalis asid.

� Gurisan dibuat dengan jarum etching di atas permukaan logam.

� Mesin digunakan untuk menghasilkan cetakan jenis ini.

Rajah 2.6: Contoh cetakan gurisan asid

Page 10: 13121604Topik2Cetakan

TOPIK 2 CETAKAN � 25

(f) CCetakan Kayu

� Kaedah yang paling awal digunakan.

� Muncul di Negeri China pada kurun ke-8.

� Berkembang ke Eropah sekitar tahun 1418 Masihi dan digunakan untuk mencetak rekaan pada kain. Kemudian, cetakan dikembangkan untuk kegunaan pendidikan, keagamaan, propaganda dan tekstil untuk pakaian.

� Cetakan berwarna diperkenalkan pada kurun ke-15 Masihi. Manakala pada kurun ke-16, cetakan muncul dan mencapai status sebagai satu bentuk seni yang penting dengan penghasilan karya Albrecht Durer dan karyawan Eropah.

� Di Malaysia, cetakan bermula dengan mencetak kain sarung.

� Kaedah yang mudah dan murah kerana peralatan senang didapati.

� Cara dan teknik sama dengan cetakan lino. Perbezaannya hanya cetakan kayu menggunakan kayu yang kesan cetakannya berira manakala cetakan lino menggunakan lino kesannya yang licin.

� Permukaan kayu yang berira ini membawa kesan yang tersendiri yang amat menarik. Oleh itu seorang pencetak dari Eropah, Edvard Munch amat suka menggunakan teknik ini.

Rajah 2.7: Contoh cetakan kayu

Page 11: 13121604Topik2Cetakan

� TOPIK 2 CETAKAN 26

(g) CCetakan Lino

� Kaedah dan proses sama dengan cetakan kayu iaitu kaedah cetakan timbul.

� Bezanya hanya imej yang hendak di cetak di ukir dengan pahat pengukir di atas lino manakala kaedah cetakan kayu ukiran dibuat di atas blok kayu.

Rajah 2.8: Contoh Hasil Cetakan Lino

(h) CCetakan Lithografi

� Cetakan ini dicipta pada tahun 1798 oleh Aloys Senefelder.

� Pada tahun 1890-an, cetakan ini telah muncul dalam karya yang penuh artistik, iaitu dalam bentuk warna oleh Piere Bonnard dan Henri de Toulouse-Leutrec.

� Juga dikenali sebagai cetakan Plonografi.

� Cetakan datar menggunakan blok batu kapur sebagai blok persembahan imej.

� Teknik yang digunakan ialah teknik penolakan minyak dengan air.

� Kekalisan antara air dan minyak dapat menghasilkan cetakan seakan akan lukisan pensil.

� Cetakan dibuat menggunakan mesin cetak.

Page 12: 13121604Topik2Cetakan

TOPIK 2 CETAKAN � 27

(i) CCetakan Sutera Saring

� Pada sekitar tahun 1930-an, beberapa artis Amerika Syarikat memulakan hasil karya mereka dengan menggunakan teknik cetakan ini.

� Juga dikenali sebagai cetakan stensil dan sarigrafi.

� Cetakan ini memerlukan kain sutera (organdi) yang diregangkan pada pemidang.

� Imejnya dihasilkan melalui keratan kertas pendua, filem leker atau skrin foto.

� Berbeza dengan cetakan lain, ia menggunakan sekuji untuk menyapu dakwat atau warna di atas permukaan kertas.

� Terdapat pelbagai kaedah stensil. Di antaranya ialah:

(a) Kaedah Potongan Kertas Pendua

(b) Kaedah Filem leker

(c) Kaedah Lilin

(d) Kaedah Sutera Saring (j) CCetakan Stensil Kaedah Potongan Kertas Pendua

Kaedah ini ialah kaedah yang paling ringkas dan mudah. Sediakan sebuah pemidang skrin. Lukis dan gunting imej atas kertas pendua. Semasa mencetak, letakkan imej yang telah dipotong di atas kertas permukaan dasar yang hendak dicetak. Pemidang skrin diletakkan di atasnya sebelum dituangkan dakwat atau warna. Gunakan sekuji untuk meratakan warna di atas pemidang skrin. Angkat perlahan-lahan pemidang skrin. Biasanya imej yang dipotong itu akan terlekat pada belakang pemidang skrin. Cetakan ini tidak boleh menghasilkan edisi yang banyak kerana kertas pendua yang dipotong itu akan lembap dan menyebabkan dakwat atau warna terkeluar. Sila rujuk rajah-rajah berikut:

Page 13: 13121604Topik2Cetakan

� TOPIK 2 CETAKAN 28

Rajah 2.9: Imej pada kertas pendua yang RRajah 2.10: Hasil cetakan menggunakan digunakan imej kertas pendua

(k) CCetakan Stensil Kaedah Filem Laker

Langkah 1 : Sediakan lakaran imej. Kemudian lukis imej pada muka

belakang filem leker. Langkah 2 : Potong dan keluarkan bahagian-bahagian yang hendak

didakwatkan atau diwarnakan dengan pisau pemotong NT. Filem leker ini mempunyai dua lapisan. Satu lapisan berlilin dan satu lapisan kertas biasa. Bahagian yang dipotong ialah bahagian yang berlilin.

Langkah 3 : Setelah selesai mengeluarkan bahagian yang ditembusi

dakwat atau warna, kertas filem leker itu diletakkan di bawah pemidang yang telah tersedia dengan kain sutera. Kemudian, digosok dengan seterika elektrik yang sederhana panas. Semasa menggosok, bahagian yang berlilin (leker) akan melekat pada pemidang, sementara kertas biasa

AKTIVITI 2.1

Apakah yang anda faham tentang cetakan?

Page 14: 13121604Topik2Cetakan

TOPIK 2 CETAKAN � 29

(lutsinar) bolehlah ditarik keluar. Kerja ini hendaklah dilakukan dengan berhati-hati.

Langkah 4 : Kemudian, gamkan bahagian tepi leker dengan pepenjuru

kertas. Setelah selesai, pemidang filem leker boleh digunakan untuk mencetak.

Rajah 2.11: Contoh-contoh cetakan stensil kaedah filem laker

AKTIVITI 2.2

1. Hasilkan sebuah cetakan dengan menggunakan tema yang boleh menggambarkan budaya Melayu.

2. Huraikan fungsi garisan dalam kesan cetakan.

Page 15: 13121604Topik2Cetakan

� TOPIK 2 CETAKAN 30

PROSES MENCETAK CETAKAN LINO

Rajah-rajah berikut menunjukkan langkah-langkah dalam proses pencetakan cetakan lino.

Blok�Kayu�

Penggelek�Berus�

Lino�

Pahat�

Warna�Lino�

Sudu�

Kertas�

Penahan�

Rajah 2.12: Alat dan bahan untuk cetakan kayu dan lino

� Kertas keras, papan lapis, pisau pemotong, pembaris, gam digunakan untuk membuat alas untuk cetakan.

� Bahan ini sangat penting dalam proses mencetak kerana ia dapat membantu dan memudahkan kita membuat tindihan warna yang kedua.

2.4

Page 16: 13121604Topik2Cetakan

TOPIK 2 CETAKAN � 31

Rajah 2.13: Langkah 1

LANGKAH 1:

� Membuat lakaran dan mengukir di atas lino.

� Pastikan bahagian yang dibuang tidak akan menerima warna.

Rajah 2.14: Langkah 1 LANGKAH 2:

� Blok lino disapu dengan dakwat lino.

� Pastikan sapuan warna rata untuk mendapatkan kualiti cetakan yang bermutu dan kemas.

� Warna cerah digunakan untuk lapisan pertama.

Page 17: 13121604Topik2Cetakan

� TOPIK 2 CETAKAN 32

Rajah 2.15: Langkah 2

LANGKAH 3:

� Blok lino diletakan di atas penahan kemudian letakkan kertas diatasnya.

� Pastikan arah dan kedudukan yang betul mengikut sukatan yang ditelah dibuat pada penahan. Ini untuk memudahkan proses tindihan warna yang seterusnya disamping menjaga mutu dan kekemasan hasil cetakan.

� Dengan menggunakan sudu gosok berhati-hati diatas kertas tadi. Gosokan hendaklah rata dan tidak terlalu kuat.

Rajah 2.16: Langkah 3 LANGKAH 4: (TINDIHAN WARNA KEDUA)

� Blok Lino dicuci kemudian diukir semula.

� Ulang langkah dua dan tiga.

� Pastikan kedudukan kertas diatas blok lino sama dengan corak pertama.

� Warna yang lebih gelap digunakan untuk tindihan kedua.

Page 18: 13121604Topik2Cetakan

TOPIK 2 CETAKAN � 33

Rajah 2.17: Langkah 4

LANGKAH 5:

� Hasil cetakan digantung untuk mengeringkannya.

Rajah 2.18: Langkah 5

AKTIVITI 2.3 Hasilkan sebuah cetakan yang menarik dengan menggunakan bahan sayur-sayuran.

Page 19: 13121604Topik2Cetakan

� TOPIK 2 CETAKAN 34

CORAK MENGGUNAKAN TEKNIK CETAKAN

Rajah 2.18 adalah contoh-contoh yang menunjukkan corak yang meggunakan teknik cetakan.

2.5

Page 20: 13121604Topik2Cetakan

TOPIK 2 CETAKAN � 35

Rajah 2.19: Contoh-contoh corak yang menggunakan teknik cetakan

CETAKAN MENGGUNAKAN BAHAN ALAM (CETAKAN KENTANG)

Dengan berpandukan rajah-rajah di bawah, sila teliti prses cetakan menggunakan bahan-bahan alam (cetakan kentang).

RRajah 2.20: Rajah Bahan: Kentang, warna air dan kertas

Alatan: Gunting, pisau, berus dan span

2.6

Page 21: 13121604Topik2Cetakan

� TOPIK 2 CETAKAN 36

1. 2.

Rajah 2.21: Potong kentang kepada dua bahagian. Bentuk corak di permukaannya dengan menggunakan pisau

3. 4.

Rajah 2.22: Sapukan warna di permukaan kentang yang telah siap dibentuk coraknya

5. 6.

Rajah 2.23: Bentukkan aliran corak yang sesuai dengan mencetak di permukaan kertas

Page 22: 13121604Topik2Cetakan

TOPIK 2 CETAKAN � 37

7.

Rajah 2.24: Corak yang telah siap digunakan sebagai penghias balang

� Cetakan kayu mula dihasilkan di negeri China.

� Redza Piyadasa, Juhari Muhammad Said, Chew Teng Beng dikenali sebagai artis seni cetak di Malaysia.

� Cetakan timbulan, cetakan stensil, cetakan lithografi dan cetakan intaglio adalah jenis cetakan yang biasa dihasilkan oleh artis.

� Kaedah dalam cetakan terdiri daripada kaedah turisan, gurisan asid, akuantin dan mesotin.

Albrecht Durer

Etching

Intaglio

Juhari Muhammad Said

Linoleum

Lithografi

Redza Piyadasa

Styrofoam