Document1

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Unit 13 – Long long agoReading

Citation preview

Kita juga boleh mengamalkan budi bahasa sendiri dengan membantu orang buta melintasi jalan,memberi tempat duduk kepada orang tua dan wanita yang hamil semasa daalam bas atau dalam LRT dan sebagainya.Sebagai seorang anak ,kita harus barsapa kepada orang dewasa,tidak bercakap kasar kepada mereka dan tidak bercakap pada masa makan.Semasa berada di sekolah,kita harus menghormati guru-guru, membantu guru mangangkat barang dan lain-lain.

Kesimpulannya,amalan berbudi bahasa dapat merapakan jurang antara lapisan masyarakat dan penting untuk mengimbangi keperluan antara nilai kehidupan dengan kualliti kemanusiaan.Oleh itu,diri,ibu bapa dan angagota keluarga berwajiban mendidik anak-anak berbudi bahasa agar kewibawaan mereka tidak dipertikaikan dan tidak wujud bangsa yang biadab.

Senyuman juga membantu proses interaksi dan sosial sesama individu dengan mewujudkan suasana yang mesra. Dalam bidang perniagaan pula, sebarang urusan yang dimulakan dengan senyuman adalah menggambarkan layanan yang baik serta keikhlasan dalam menjalankan urusan.Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Kementerian Kebudayaan, Kesenian, dan Warisan telah melancarkan dan menggerakkan jentera kempen Budi Bahasa Budaya Kita di peringkat kebangsaan. Kempen ini diwara-warakan melalui pelbagai media sama ada media elektronik mahupun media cetak. Kempen yang mungkin menelan belanja yang bukan sedikit ini juga digerakkan melalui pelbagai jabatan kerajaan di peringkat pusat dan negeri bertujuan murni bagi menyemaikan dan memupuk budaya berbudi bahasa dalam kalangan rakyat yang berbilang bangsa di negara kita. Negara maju yang menjadi impian tidak akan membawa apa-apa makna jika masyarakat dan rakyat Malaysia meletakkan amalan berbudi bahasa di takuk yang paling bawah.Pelbagai kepentingan amalan berbudi bahasa yang dipraktikkan dalam kehidupan bermasyarakat.

Amalan berbudi bahasa menjadi teras mapan kepada pembentukan semangat perpaduan antara kaum yang padu di negara kita. Seperti diketahui umum, negara Malaysia merupakan satu-satunya negara yang memiliki rakyat yang terdiri daripada berbilang kaum, mengamalkan pelbagai cara hidup dan budaya serta menganut pula pelbagai agama dan kepercayaan tapi mampu hidup bahu-membahu dalam suasana yang aman dan makmur. Kita ambil satu contoh atau dalil yang mudah, jika setiap ahli masyarakat yang membentuk entiti kependudukan negara ini mengamalkan budi bahasa ketika berkomunikasi, maka tidak akan ada sesiapa yang akan tergores perasaannya. Maka tidak ada ada perasaan benci-membenci. Maka tidak akan ada syak wasangka antara kaum. Situasi ini akan lebih mendorong masyarakat saling memahami dan saling menghormati antara satu dengan yang lain.

Jabatan kerajaan terutamanya yang menyediakan perkhidmatan secara langsung kepada masyarakat jika pegawai-pegawainya menjadikan amalan berbudi bahasa sebagai teras dalam perkhidmatan, maka segala urusan rasmi ataupun tidak rasmi akan menjadi lebih lancar. Seseorang yang sedang menghadapi kesulitan dan berurusan dengan kakitangan kerajaan akan berasa lebih selesa jika dirinya dilayan dengan sopan serta berbudi bahasa. Masalah serta kesulitan yang membelenggunya selama ini akan menjadi lebih ringan dan mudah untuk diselesaikan melalui pengamalan sikap berbudi bahasa oleh kakitangan kerajaan.

Antara idea lain ialah:- Amalan berbudi bahasa merupakan cerminan diri seseorang. Amalan budi bahasa mampu mengeratkan hubungan diplomatik antara dua buah negara. Amalan budi bahasa mampu merancakkan industri pelancongan negara dengan menungkatnya jumlah kemasukan pelancong asing dan domestik.

Rakyat Malaysia telah lama terkenal dengan amalan berbudi bahasa. Tetapi lama-kelamaan budaya ini kian luntur kerana arus kemodenan. Jika kita lihat remaja-remaja sekarang khususnya kurangnya amalan berbudi bahasa dalam diri mereka. Oleh itu, kerajaan Malaysia mengambil inisiatif untuk memulihkan semula amalan berbudi bahasa dalam kalangan masyarakat Malaysia khususnya golongan remaja.t Malaysia telah lama terkenal dengan amalan berbudiAntara Amalan Berbudi Bahasa :Menghormati orang lain walau di mana kita berada.Beratur ketika di jalan raya.Beratur ketika menaiki kenderaan awam.Menghormati orang yang lebih tua.Membantu orang kurang upaya melintas jalan.

DIRI :Diberi petunjuk di dunia dengan ucapkan kata-kata yang baik.Sikap yang kasar dan keras hati akan menyebabkan orang akan menjauhkan diri daripada kita.Mengamalkan amalan berbudi bahasa akan mencerminkan keperibadian seseorang.

MASYARAKAT:Mendapat layanan yang baik daripada masyarakat.Melahirkan masyarakat yang baik,bertanggungjawab dan amanah.Menzahirkan rasa hormat antara satu sama lain.NEGARA:Menjadi khazanah yang boleh diwarisi.Mengeratkan hubungan silaturrahim serta menyemarakkan lagi semangat muhibbah.Melahirkan bangsa yang penyayang.

DIRI:Kurangnya kesedaran sivik terhadap harta benda awam.Dipandang serong oleh masyarakat.Tidak dipercayai oleh orang sekeliling.MASYARAKATKeruntuhan akhlak dalam kalangan masyarakat.Wujudnya jurang antara golongan tua dengan golongan muda.Berlakunya perbalahan antara masyarakat.NEGARA:Pembangunan negara akan terbantut kerana tiada persefahaman antara masyarakat.Meningkatkan kes jenayah dalam negara.Pandangan serong daripada masyarakat luar.

Ibu bapa wajib mendidik,membimbing dan mengatur anak-anak supaya bertutur dengan baik dan betul serta mempunyai kelakuan terpuji.Antaranya :Patuh, taat, hormat dan menyayangi mereka.Menghormati orang lain, menghargai alam sekitar, tumbuh-tumbuhan dan haiwan.Beradab, bertingkah laku sopan dan tertib dalam semua situasi.Menjaga kebersihan diri, pakaian dan persekitaran.Antara Adik-Beradik :Hubungan antara adik-beradik disusun oleh aturan kelahiran dari sulung kepada tengah dan bongsu.Yang muda mesti menghormati yang tua, adik menghormati kakak dan abang dengan memanggil secara baik gelaran atau pangkat yang lazim dalam masyarakat kita.Antaranya ialah:Gelaran abang long, abang ngah, kak cik atau sebagainya.Pergaulan dan kelakuan antara adik beradik perlulah bersopan-santun.Rasa hormat-menghormati dan setiakawan serta saling bantu-membantu.

Antara Saudara-Mara :Hubungan darah dan perkahwinan dengan saudara-mara sebelah ibu dan bapa, ipar dan mentua dan sebagainya hendaklah berasaskan rasa hormat, bersopan-santun melalui tegur sapa dan panggilan mereka.Komunikasi dan pergaulan saudara-mara juga harus berasaskan rasa hormat dan bersopan-santun.Kunjung-mengunjungi antara saudara-mara adalah amat baik dan dapat mengeratkan hubungan silaturrahim.Institusi Kemasyarakatan dan Masyarakat Umum :Antara generasi tua dan generasi muda.Hubungan antara tua dan muda sentiasa berada dalam suasana hormat-menghormati, sayang-menyayangi dan bertatasusila.Antaranya:Mendahulukan yang tua.Bertegur sapa dengan panggilan pakcik atau makcik atau kakak atau adik jika lebih muda.Bertutur, bercakap atau berbual dengan nada suara lembut,bersopan dan rendah diri.Tidak berjenaka sesuka hati, memerli atau memandang rendah,membantah dan bermegah-megah.Orang muda diberi peluang untuk memberi pendapat atau pandangan.

Pemimpin Masyarakat dan Orang Awam :Hidup bermasyarakat memerlukan tutur kata yang sopan dan berbudi pekerti yang mulia.Antaranya :Menghormati seseorang yang dipilih menjadi pemimpin.Bekerja bersama-sama, bermuafakat dan berunding.Semangat bergotong royong.

Masyarakat Umum :Anggota masyarakat yang berbudi adalah orang yang menunjukkan perangai, kelakuan serta peribadi yang baik dan sentiasa menjaga dirinya dari segala macam perlakuan buruk yang tidak disetujui masyarakat.Antaranya :Memberi bantuan terutama kepada warga tua, warga istimewa, wanita dan kanak-kanak.Bertimbang rasa, sabar dan baik hati.Mengelak dari membuang sampah dan melakukan kekotoran.

Institusi Pembelajaran :Antara Guru-Pelajar.Guru mendidik pelajar termasuklah amalan berbudi bahasa dan berakhlak mulia.Antaranya :Berdisiplin.Bertegur sapa dengan penuh hormat dan bersopan-santun.Menggunakan bahasa yang sopan dan beradab.Berani mengakui kesilapan dan kesalahan sendiri.Antara Pelajar-Rakan Sebaya :Saling menghormati sesama rakan.Antaranya :Membiasakan diri mengucapkan salam atau ucap selamat.menghargai perbezaan beragama, latar belakang masyarakat dan budaya masing-masing.menghargai idea, fikiran dan pendapat serta hak milik rakan sebaya.Institusi Perkhidmatan :Antara Ketua-Anggota yang Dipimpin Ketua.Layanan baik dan berbudi oleh ketua terhadap kakitangan bawahan akan menimbulkan rasa mesra dan mendorong semua kakitangan berusaha keras untuk membantu ketua mencapai matlamat organisasi.

Antara Rakan Sekerja :Sesama rakan sekerja perlulah menunjukkan budi pekerti yang mulia dan bahasa yang halus serta bertimbang rasa akan sentiasa menarik rakan sekerja untuk bersama menjalankan kerja yang bermutu, membina kesatuan organisasi dan juga mencapai matlamat dan misi organisasi.

Antara Organisasi- Pelanggan :Anggota perkhidmatan yang berkhidmat di kaunter-kaunter barisan hadapan dan perkhidmatan telefonis menjadi cermin kepada seluruh organisasi yang diwakilinya.Individu :Dipandang serong oleh masyarakat.Mudah mendapatkan pertolongan ketika berada dalam kesusahan.Mudah didampingi oleh orang lain.Melahirkan individu yang beretika dan bersopan-santun.

Masyarakat :Mewujudkan perpaduan antara masyarakat berbilang kaum.Mengelakkan perbalahan sesama masyarakat.Melahirkan masyarakat yang bertamadun.

Negara :Mempamerkan nilai-nilai positif kepada pelancong asing.Menarik minat pelancong asing untuk sentiasa berkunjung ke negara kita.Meningkatkan pendapatan negara.