28
Kelompok Kata Tugas -Kata Prafrasa dan Kata Pascafrasa - Kata Pascakata Sabrina Eyna

16. gol. kata tugas!!!!!!!!!!!!!!.pptx

Embed Size (px)

DESCRIPTION

K

Citation preview

Page 1: 16. gol.  kata tugas!!!!!!!!!!!!!!.pptx

Kelompok Kata Tugas

-Kata Prafrasa dan Kata Pascafrasa- Kata Pascakata

Sabrina Eyna

Page 2: 16. gol.  kata tugas!!!!!!!!!!!!!!.pptx

Kata Prafrasa dan Pascafrasa• Kata yang hadir sebelum dan selepas Frasa (frasa nama, frasa

kerja, frasa adjektif atau frasa sendi nama)• Perkataan ini mendukung tugus menonjolkan maksud yang

terkandung dalam ayat, seperti tugas membantu, menguat,menegas,menafikan,memeri,menyediakan, menunjukkan arah dan membilang.

• Kata yang termasuk dalam prafrasa dan Pascafrasa ialah:* kata bantu * kata pemeri* kata penguat * kata sendi nama* kata penegas * kata arah* kata nafi * kata bilangan

Page 3: 16. gol.  kata tugas!!!!!!!!!!!!!!.pptx

Kata Prafrasa dan Kata Pascafrasa

1. Kata Bantu• Kata bantu bertugas membantu frasa kerja, frasa

adjektif dan frasa sendi nama dengan mewujudkan makna-makna tambahan dari aspek ciri waktu dan ragam

• Terdiri daripada Kata Bantu Aspek dan Kata Bantu Ragam

Page 4: 16. gol.  kata tugas!!!!!!!!!!!!!!.pptx

KATA PRAFRASA DAN KATA PASCAFRASA

a) Kata Bantu Aspek• Kata yang menimbulkan suasana perbezaan masa,

iaitu> Keadaan yang telah berlaku: sudah, telah, pernah> Keadaan yang sedang berlaku: sedang masih, tengah> Keadaan yang belum berlaku: belum, akan

* Orang itu telah mengetahui bahawa peria itu pahit.* Dia masih ingat akan kekasih lama.* Saya tidak muda lagi, tetapi saya belum tua.

Page 5: 16. gol.  kata tugas!!!!!!!!!!!!!!.pptx

KATA PRAFRASA DAN KATA PASCAFRASAKata Bantu Ragam• Kata yang menyatakan atau menerangkan ragam perasaan yang

berkaitan dengan perbuatan dan tingkah laku:

> menunjukkan kehendak: mahu, hendak, ingin> menunjukkan keupayaan: boleh, dapat, bisa> menunjukkan kebarangkalian: kemungkinan, mungkin,

barangkali> menunjukkan kemestian: mesti, wajib, harus, perlu, pasti,

patut, tentu, memang

* Suaminya hendak berkahwin lagi* Mahasiswa boleh pergi ke bulan* Orang itu mungkin sembuh daripada penyakit* Kita patut bersyukur kepada Tuhan

Page 6: 16. gol.  kata tugas!!!!!!!!!!!!!!.pptx

KATA PRAFRASA DAN KATA PASCAFRASA2. Kata Penguat• Perkataan yang mendahului atau mengikuti frasa atau kata adjektif

• Kata penguat hadapan: agak, begitu, demikian, kurang, lebih, paling, terlalu, cukup…

- Pokok di belakang rumahku terlalu tinggu untuk dipanjat

• Penguat belakang: benar, betul, nian, sekali.- Kelakuan budak-budak itu baik sekali

• Penguat bebas: amat, sangat, sungguh.-Pemandangan di perbatasan sungguh indah- Pemandangan di perbatasan indah sungguh

Page 7: 16. gol.  kata tugas!!!!!!!!!!!!!!.pptx

KATA PRAFRASA DAN KATA PASCAFRASA

3. Kata Penegas ( partikel/ kata penyerta)• Kata yang memberi penegasan pada bahagian

tertentu dalam ayat. Terdapat 2 jenis kata penegas iaitu:– Yang menegaskan hanya frasa perdikat atau

bahagiannya:• Contohnya, -kah, -tah, dan -lah

– Yang menegaskan kedua-dua bahagian ayat , iaitu subjek dan predikat:• Contohnya, juga, jua, pun, sahaja, lagi , dan memang.

Page 8: 16. gol.  kata tugas!!!!!!!!!!!!!!.pptx

KATA PRAFRASA DAN KATA PASCAFRASA• Contoh –kah, -tah dan –lah

a) Siapakah majikan kamu itu?b) Majikan kamu itu siapakah? (x)

a) Apatah daya kita?b) Daya kita apatah. (x)

a) Itulah rumah idamankub) Rumah idamanku itulah. (x)

Kedudukan kata penguat dalam ayat (b) menyalahi hukum tatabahasa, kerana bentuk yang menerima –kah, -tah dan –lah mesti dikedepankan.

Page 9: 16. gol.  kata tugas!!!!!!!!!!!!!!.pptx

KATA PRAFRASA DAN KATA PASCAFRASA

• Contoh kata penguat hanya, memang, juga, pun, jua, dan lagi bersifat bebas dari segi kehadirannya dalam ayat sama ada dalam subjek atau predikat.

Subjek PredikatHanya dia sahabat karib sayaBudak-budak memang suka akan

permainan ituKami juga ingin ke pekan

Page 10: 16. gol.  kata tugas!!!!!!!!!!!!!!.pptx

KATA PRAFRASA DAN KATA PASCAFRASA4. Kata Nafi• Kata yang hadir sebelum frasa, ialah perkataan yang menjadi

unsur nafi frasa predikat, iaitu FN, FKJ, FAdj, dan FSN• Ada 2 bentuk kata nafi, iaitu bukan dan tidak

a) Penafian FKJ dan FAdj: tidak- Saya tidak akan datang lagi

b) Penafian FN dan FSN: bukan.- Makanan itu bukan untuk Ratna

• Kata nafi bukan boleh juga hadir sebelum FKJ dan Fadj jika kedua-duanya mendukung maksud pertentangan maklumat. Contoh:- Mahasiswa itu bukan hendak berkahwin, tetapi main-main sahaja.

Page 11: 16. gol.  kata tugas!!!!!!!!!!!!!!.pptx

KATA PRAFRASA DAN KATA PASCAFRASA5. Kata Pemeri• Kata yang menerangkan hal (perkara atau peristiwa) atau

perangkai antara subjek dengan frasa utama dalam predikat dan bersifat pilihan.

• Kata pemeri dapat dibahagikan kepada dua, iaitu – Secara persamaan atara subjek dan predikat dengan

penggunaan kata pemeri ialah,– Secara huraian tentang subjek oleh perdikat, dengan

penggunaan kata pemeri adalah.

• Penggunaan kata pemeri ialah hadir dihadapan frasa nama seperti:- Bahasa Melayu ialah salah satu bahasa yang tergolong dalam keluarga Austronesia

Page 12: 16. gol.  kata tugas!!!!!!!!!!!!!!.pptx

KATA PRAFRASA DAN KATA PASCAFRASA• Penggunaan kata pemeri adalah pula yang hadir dihadapan

frasa adjektif dan FSN, seperti:- Makanan seimbang adalah baik untuk kesihatan badan

• Kata pemeri tidak boleh hadir di hadapan KKJ atau Frasa Kerja, dan dalam ayat nafi.

• Penggunaan kata pemeri adalah yang dianggap menyalahi tatabahasa bahasa Melayu.- Adalah diisytiharkan bahawa Hari Raya Puasa jatuh pada hari Isnin.- Dengan ini diisytiharkan bahawa Hari Raya Puasa jatuh pada hari Isnin.

Page 13: 16. gol.  kata tugas!!!!!!!!!!!!!!.pptx

KATA PRAFRASA DAN KATA PASCAFRASA6. Kata Sendi Nama• KSN ialah kata yang hadir di hadapan Frasa Nama. KSN

memerlukan FN untuk membentuk FSN supaya dapat berfungsi sebagai predikat.

• Fungsi KSN adalah berbeza berdasarkan penggunaannya ditentukan oleh peraturan yang khusus, yang dijelaskan seterusnya.

• Contoh Kata sendi nama:di, ke, dari, daripada, kepada, pada, bagi, demi, tentang, seperti, bagai, umpama, laksana, sejak, terhadap, akan, oleh, hingga, antara, untuk, dengan, dalam , sampai.

Page 14: 16. gol.  kata tugas!!!!!!!!!!!!!!.pptx

KATA PRAFRASA DAN KATA PASCAFRASA• KSN di digunakan untuk: tempat dan arah

- di bandar ini, dia dilahirkan

• KSN pada digunakan untuk: masa, orang, haiwan, dan benda mujarad- Pada masa ini, bapanya sedang bertapa.

• KSN ke digunakan untuk tempat, benda konkrit tak bernyawa, dan masa- Mahasiswa itu balik ke Terengganu

• KSN kepada digunakan untuk benda bernyawa, benda mujarad kecuali masa, pecahan dan perubahan keadaan-Dia menghantarkan surat itu kepada isterinya

Page 15: 16. gol.  kata tugas!!!!!!!!!!!!!!.pptx

KATA PRAFRASA DAN KATA PASCAFRASA• KSN dari digunakan dalam hal yang menunjukkan masa,

tempat dan arah- Sejarah hendaklah dinilai dari masa kini dan dini

• KSN daripada digunakan untuk hal yang lebih umum orang, perbandingan, asal kejadian, dan bahagian sesuatu- Hadiah diterima daripada putera itu

• KSN bagi digunakan untuk menyatakan hubungan yang membawa maksud untuk. Dalam konteks ini, untuk dan bagi boleh bertukar ganti berasaskan mana suka.

• KSN bagi tidak digunakan dengan kata kerja.- Gaji untuk / bagi bulan ini sudah dibayar kelmarin.

Page 16: 16. gol.  kata tugas!!!!!!!!!!!!!!.pptx

KATA PRAFRASA DAN KATA PASCAFRASA• KSN demi digunakan untuk maksud tujuan, penegas, dan urutan

- Demi kekasih tercinta, saya sanggup melakukan apa-apa sahaja

• KSN sejak/semenjak digunakan untuk waktu / masa- Sejak hari pernikahannya, dia tidak pernah berbual-bual dengan kita lagi.

• KSN dalam/antara digunakan untuk lingkungan yang tidak mempunyai jarak, dan jangka waktu- Dalam perkara ini, kita hendaklah bertindak bijak.

• KSN sebagai digunakan untuk menyatakan menjadi, selaku, seakan-akan, dan seumpama- Pemuda tampan itu telah dipilih sebagai ketua pasukan.

Page 17: 16. gol.  kata tugas!!!!!!!!!!!!!!.pptx

KATA PRAFRASA DAN KATA PASCAFRASA• KSN akan digunakan di hadapan kata untuk manusia, dan

penggunaannya terhad kepada kata adjektif yang bersifat emotif.- Mahasiswa itu amat rindu akan buah hatinya

• KSN dengan digunakan untuk menimbulkan maksud bersama/beserta, perbandingan, padanan/kesesuaian, kesan atau cara, alat- Ahmad berjalan dengan Aminah

• KSN hingga/sampai digunakan secara bergantian untuk menandakan hal peringkat had masa / waktu- Kedua-dua isterinya berjaga hingga /sampai pagi

Page 18: 16. gol.  kata tugas!!!!!!!!!!!!!!.pptx

KATA PRAFRASA DAN KATA PASCAFRASA

7. Kata Arah• Kata arah ialah kata yang hadir sebelum FN, dan

lazimnya hadir di belakang KSN untuk menunjukkan tempat sesuatu itu berada.

• Contoh kata arah: atas, tengah, timur, sisi, selatan, sudut, utara, barat, tepi, sebelah, hadapan, dalam, antara, penjuru, bawah, segi, utara

- Masalah itu dikaji dari sudut sosiologi.- Pasir roboh di tepi kali.- Di penjuru matamu kulihat bulan.

Page 19: 16. gol.  kata tugas!!!!!!!!!!!!!!.pptx

KATA PRAFRASA DAN KATA PASCAFRASA

8. Kata Bilangan.• Kata bilangan ialah kata penerang jumlah pada frasa

nama dan hadir sebelum frasa tersebut.• Kata bilangan terbahagi kepada enam jenis, iaitu:

a)Bilangan tentu: satu, tiga, lima, enam puluh satu…

b)Bilangan tidak tentu: semua, para, beberapa, sekalian, seluruh

c)Bilangan pisahan: setiap, tiap-tiap, masing- masing

d)Bilangan pecahan: separuh, setengah, tiga suku, satu perdua

Page 20: 16. gol.  kata tugas!!!!!!!!!!!!!!.pptx

KATA PRAFRASA DAN KATA PASCAFRASA

e)Bilangan himpunan: berjuta-juta, berguni-guni, berabad-abad, kedua-dua

f)Bilangan tingkat atau ordinal: pertama, kedua, ketiga, keenam

Page 21: 16. gol.  kata tugas!!!!!!!!!!!!!!.pptx

KATA PRAFRASA DAN KATA PASCAFRASA

9. Kata Adverba• Kata adverba ialah perkataan yang menerangkan

kata kerja, kata adjektif, kata nama dan frasa sendi nama dari segi cara, masa dan tempat.

• Bentuk kata adverba dapat digolongkan kepada 4 bentuk iaitu:a) Kata adverba jatib) Kata adverba yang asalnya kata adjektifc) Kata adverba yang asalkanya kata kerjad) Kata adverba bentuk gandaan.

Page 22: 16. gol.  kata tugas!!!!!!!!!!!!!!.pptx

KATA PRAFRASA DAN KATA PASCAFRASA

a) Kata adverba jati• Terdiri daripad perkataan yang sememangnya

berfungsi sebagai penerang kepada golongan kata yang terdiri daripada KK dan FK, KAdjk dan FAdjk atau FSN yang tidak termasuk ke dalam mana-mana golongan kata lain.

• Contohnya:- Pelancong itu akan tiba esok dari New Zealand.- Sejak peristiwa itu, dia sering kali sakit

Page 23: 16. gol.  kata tugas!!!!!!!!!!!!!!.pptx

KATA PRAFRASA DAN KATA PASCAFRASA

b) Kata adverba yang asalnya kata adjektif• Kata adverba jenis ini berasal daripada kata

adjektif yang berfungsi sebagai penerang kepada kata kerja, kata adjektif atau frasa sendi nama.

• Cth:- berjalan laju-Ketawa besar-Hampir terjatuh-Kurang berhati-hati

Page 24: 16. gol.  kata tugas!!!!!!!!!!!!!!.pptx

KATA PRAFRASA DAN KATA PASCAFRASA

c) Kata adverba yang asalnya kata kerja• Kata adverba jenis ini berasal daripada kata

kerja yang berfungsi sebagai penerang kepada kata kerja, kata adjektif atau frasa sendi nama.

• Cth:- berjalan mengiring-Terbang meninggi-Hitam berkilat-Merah menyala

Page 25: 16. gol.  kata tugas!!!!!!!!!!!!!!.pptx

KATA PRAFRASA DAN KATA PASCAFRASA

d) Kata adverba bentuk gandaan• Perkataan yang mengalami proses

penggandaan yang berfungsi menerangkan keta kerja, kata adjektif, atau frasa sendi nama.

• Terdapat 3 bentuk kata adverba berganda seperti yang berikut:

- Kata adverba penggandaan penuh- Kata adverba penggandaan separa- kata adverba penggandaan berentak.

Page 26: 16. gol.  kata tugas!!!!!!!!!!!!!!.pptx

KATA PRAFRASA DAN KATA PASCAFRASA

Kata adverba penggandaan penuh• Perkataan yang terhasil daripada proses menggandakan

seluruh kata dasarnya. Contohnya: betul-betul, pura-pura, cepat-cepat, sama-sama.

Kata adverba penggandaan separa• Perkataan yang terhasil daripada proses menggandakan

kata dasarnya, yang mengandungi imbuhan tanpa menggandakan imbuhannya.

• Terdapat 2 jenis penggandaan separa, iaitu:– Penggandaan separa berawalan: Berdikit-dikit, bermalam-

malam,sekali-kali– Penggandaan separa akhiran: gila-gilaan, kecil-kecilan, mati-

matian, besar-besaran.

Page 27: 16. gol.  kata tugas!!!!!!!!!!!!!!.pptx

Kata Pascakata• Dalam bahasa Melayu terdapat satu bentuk

kata yang hadir selepas perkataan. Bentuk itu ialah –nya yang berfungsi sebagai penekan dan pembenda.

Page 28: 16. gol.  kata tugas!!!!!!!!!!!!!!.pptx

KATA PASCAKATAKata Penekan• Kata yang memberikan penegasan kepada kata yang

bergabung dengannya. Contoh dalam ayat:– Lapisan ozon sesungguhnya semakin menipis– Sebenarnya, dia bukan adik Idris

Kata Pembenda• Kata yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukan

daripada kata nama sebagai kata nama, misalnya lajunya, sakitnya, lantangnya. Contoh:- Bukan Kepalang sakitnya- Datangnya secara mendadak