16 Nilai Murni

Embed Size (px)

DESCRIPTION

nilai murni

Citation preview

Terdapat 16 nilai-nilai murni dalam P&P beserta dengan penerangan ringkas.

Baik hatiSikap sentiasa mengambil berat terhadap perasaan dan kebajikan orang lain secara tulus ikhlas. Sikap ini dilihat dengan menilai tindak tanduk seperti :aspek belas kasihan,bertimbang rasa,murah hati,saling faham memahamidansedia memaafkan.

BerdikariKebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain yang membawa pengertian :bertanggungjawab,berupaya bertindak sendiridanjaya diri dan yakin pada diri sendiri.

Hemah tinggiBerbudi pekerti dengan tingkah laku mulia dan lemah lembut yang patut diamalkan oleh seseorang individu dalam hubungannya dengan ahli masyarakat seperti :kesopanan,mengakui kesalahandan ramah mesra.

Hormat menghormatiMenghargai dan memuliakan seseorang dan institusi sosial dengan memberi layanan yang bersopan yang merangkumi :hormat dan taat kepada ibu bapa,hormat kepada orang yang lebih tua,guru,rakan,jiran tetangga dan pemimpin,hormat kepada Raja dan Negara,patuh kepada undang-undang,hormat kepada hak asasi,hormat kepada kepercayaan dan adat resam pelbagai keturunandanhormat kepada keperibadian individu.

Kasih sayangPerasaan cinta, kasih sayang yang mendalam dan berkekalan, lahir dari hati yang rela terhadap sesuatu, tanpa sebarang unsur kepentingan diri :sayang kepada nyawa,sayang kepada alam sekeliling,cinta kepada negaradancinta kepada keamanan dan keharmonian.

KeadilanPerlakuan, pertuturan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah.

KebebasanKebebasan yang tertakluk kepada peraturan dan undang-undang yang ditentukan oleh agama, masyarakat dan negara. Contohnya ialah :kebebasan di sisi undang-undangdankebebasan dalam sistem demokrasi.

KeberanianKesanggupan seseorang untuk menghadapi cabaran dengan yakin dan tabah hati yang perlu ada pada setiap orang. Tetapi ia harus tahu batas dan keupayaannya kerana keberanian yang melulu mengakibatkan bencana, Nilai ini merangkumi :berani dengan tidak membuta tuli,berani kerana benar,berani mempertahankan pendiriandanberani bertanggungjawab.

Kebersihan fizikal dan mentalKebersihan fizikal ialah kebersihan diri dan kebersihan persekitaran. Kebersihan mental pula merangkumi pertuturan, perlakuan, pemikiran dan kerohanian. Antaranya ialah :kebersihan diri,kebersihan persekitaran,pertuturan dan kelakuan yang bersopandanpemikiran yang sihat dan membina.

KejujuranSikap dan perlakuan yang menunjukkan niat baik, amanah dan ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan.

KerajinanUsaha berterusan yang penuh semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi dan daya usaha dalam melakukan sesuatu perkara.

KerjasamaUsaha baik dan membina yang dilakukan secara bersama pada peringkat individu, komuniti, masyarakat atau negara untuk mencapai sesuatu matlamat seperti persaudaraan, tanggungjawab bersama, gotong royong, ketoleranan dan perpaduan.

KesedaranSikap yang tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam pemikiran, pertuturan atau perlakuan supaya sesuai dengan norma dan nilai masyarakat. Ini termasuklah :sederhana dalam menimbangkan kepentingan orang laindantidak keterlaluan dalam pertuturan dan tingkah laku.

KesyukuranPerasaan dan perlakuan yang dilahirkan secara ikhlas di atas nikmat dan kesenangan yang diperolehi seperti berterima kasih, mengenang budi dan penghargaan.

RasionalBoleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya tanpa dipengaruhi oleh perasaan. Umpamanya seperti boleh membuat pertimbangan, berfikiran logik dan terbuka.

Semangat bermasyarakatKesediaan melakukan sesuatu untuk kepentingan bersama bagi mewujudkan keharmonian hidup dalam masyarakat seperti bermuafakat, kerajinan dan peka kepada isu-isu sosial dalam masyarakat.