Upload
ibrahim-kamal
View
72
Download
8
Embed Size (px)
DESCRIPTION
CTU551
Citation preview
Faktor-faktor kejatuhan sesebuah Tamadun
Setiap tamadun sememangnya akan mengalami kemerosotan dan ada pula yang runtuh
secaramendadak. Pendapat ini telah ditegaskan oleh Ibn Khaldun. Menurut beliau, sesebuah
tamadun dapat disamakan dengan usia seorang manusia yang akan melalui tempoh kanak-
kanak, remaja, dewasa dan tua.Beliau turut membahagikan kadar tempoh sesebuah peradaban
kepada empat generasi iaitu:
a. Generasi pengamal
b. Generasi pengikut
c. Generasi pemelihara tradisi
d. Generasi pemusnah tradisi
Keruntuhan akhlak
Keruntuhan akhlak dalam masyarakat khususnya di kalangan pemimpin adalah faktor
antara kemerosotan sesebuah tamadun. Penghayatan nilai-nilai murni tidak dipedulikan
lagi. Sikap berfoya-foya, amalan rasuah, tamakkan kuasa berlaku secara berleluasa.
Contohnya empayar moghul dan kesultanan Delhi.
Perpecahan di kalangan masyarakat
Perpecahan di kalangan masyarakat turut membantutkan perkembangan tamadun.
Contohnyapertentangan antara kaum mawali berbangsa Parsi dengan Bani Umaiyah
menyebabkan kerajaan BaniUmaiyah merosot.
Ketidakadilan
Ketidakadilan yang berlaku seperti wujudnya jurang perbezaan yang ketara antara
golongan kaya dan miskin juga menjadi punca kemerosotan sesebuah tamadun.
Contohnya di Yunani terdapat golongan hamba abdi yang hidup melarat yang ditindas
dan dikerah untuk mengusahakan tanah golongan berharta telah menyebabkan
pemberontakan di kalangan masyarakat bawahan.
Ketidakstabilan Politik
Perpecahan dikalangan negara kota dan wilayah-wilayah yang dijajah.
Bencana alam atau malapetaka
Menyebabkan berlaku kerosakan harta benda secara besar-besaran seperti banjir,
wabak penyakit dan sebagainya. Contoh Athens – serangan wabak penyakit yang
mengakibat kematian penduduk dan pemerintahnya iaitu Pericles.
Penerimaan perubahan
sikap tidak mahu menerima perubahan juga boleh membantutkan perkembangan
tamadun. Sikap seperti ini merencatkan daya kreativiti dan inovasi sesebuah
masyarakat yang seterusnya membawa kepada masyarakat berkeadaan beku atau
statik berpanjangan. Contohnya kerajaan Turki Uthmaniyyah