23
TUGASAN _____________________________________________________________________ HBAE 3103 KRAFTANGAN SEMESTER SEPTEMBER 2014 ________________________________________________________________ _______ NAMA : AMBIKIN BIN SALIWONG NO. MATRIKULASI : 680521-12-6007-001 NO. KAD PENGENALAN : 680521-12-6007 NO. TELEFON : 019-8106520 E-MEL : kend @oum.edu.my PUSAT PEMBELAJARAN : KENINGAU LEARNING CENTRE 1

680521-12-6007-001_TUGASAN HBAE3103

Embed Size (px)

DESCRIPTION

kraf

Citation preview

Page 1: 680521-12-6007-001_TUGASAN HBAE3103

TUGASAN

_____________________________________________________________________

HBAE 3103

KRAFTANGAN

SEMESTER SEPTEMBER 2014

_______________________________________________________________________

NAMA : AMBIKIN BIN SALIWONG

NO. MATRIKULASI : 680521-12-6007-001

NO. KAD PENGENALAN : 680521-12-6007

NO. TELEFON : 019-8106520

E-MEL : kend @oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : KENINGAU LEARNING CENTRE

1

Page 2: 680521-12-6007-001_TUGASAN HBAE3103

ISI KANDUNGAN

NO. PERKARA HALAMAN

1.0 PENGENALAN 3

2.0 KRAF-KRAF MELAYU, ANALISIS, MOTIF RAGAM HIAS 5

DAN PERKAITAN AKTIVITI MASYARAKAT MELAYU

3.0 KESIMPULAN 15

RUJUKAN 16

2

Page 3: 680521-12-6007-001_TUGASAN HBAE3103

1.0 PENGENALAN

1.1 Maksud Kraf

Kraf merupakan perusahaan iaitu kerja, seni dan sebagainya yang memerlukan kemahiran

terutamanya kemahiran menggunakan tangan. (Kamus Dewan Edisi Ketiga, 2002). Kraf

tangan pula merupakan perusahaan iaitu kerja, seni dan sebagainya yang memerlukan daya cipta

dan kemahiran menggunakan tangan. (Kamus Dewan Edisi Ketiga, 2002).

Menurut Peter Dormer dalam bukunya ‘The Culture of Craft’, makna kraf dikaitkan dengan

aktiviti berkemahiran yang berkaitan dengan proses membuat dekorasi atau membuat

sesuatu ke atas objek dengan menggunakan tangan. Kraf, merujuk kepada penciptaan

sesuatu objek yang asli melalui kepakaran seorang melakukan perubahan terhadap bahan.

Pengertian ini ada kaitannya dengan pendapat Edward Lucie-Smith dalam bukunya ‘The

Story of Craft’ yang menyatakan semua proses pembuatan menggunakan tangan sama ada

untuk tujuan ritual atau hiasan semata-mata adalah objek kraf.

Ini bermakna, kraf adalah hasil kerja yang menggunakan kemahiran tangan yang memerlukan

daya cipta yang tinggi. Biasanya kraf dihasilkan dengan menggunakan peralatan yang mudah

dan dijalankan secara persendirian. Antara hasil kerja tangan yang dimaksudkan seperti anyaman,

batik, gasing, songket, tenunan, tekatan, tembikar, ukiran, wau dan barang perhiasan. Kraf

yang dihasilkan ini mempunyai nilai estetik yang tinggi dan keistimewaan yang taraf dengan

seni budaya tamadun luar. Kraf sangat sebati dengan kehidupan masyarakat Melayu sejak zaman

berzaman dan merupakan warisan negara yang telah diperturunkan oleh nenek moyang dari satu

generasi ke satu generasi hingga kini.

Jika dilihat melalui bentuk, sifat, gaya, gerak, garis, dan warnanya, karf tradisional kaya

dengan unsur-unsur budaya masyarakat Melayu kerana ia dihasilkan mengikut alam Melayu.

Sumber yang digunakan untuk menghasilkan kraf juga tidak terhad dan kebanyakannya

terdapat di persekitaran mereka, cuma memerlukan ketekunan dan kreativiti si penciptanya.

Pada asalnya barang-barang kraf ini dihasilkan untuk kegunaan harian sahaja, tetapi tukang

pandai Melayu terus berusaha mencipta bahan yang menarik untuk pelbagai tujuan seperti

kelengkapan domestik, tempat kediaman, permainan, alat muzik, kenderaan dan alat

3

Page 4: 680521-12-6007-001_TUGASAN HBAE3103

perburuan.

Kraf yang dihasilkan bukan sahaja untuk memenuhi nilai-nilai estetika malahan ianya untuk

dihayati dan dinikmati. Kraf merupakan satu jelmaan dari unsur-unsur semulajadi kepada satu

bentuk seni rupa yang boleh dinikmati bersama. Seni kraf Melayu biasanya melambangkan

hubungan yang erat antara orang Melayu dengan kepercayaannya iaitu Islam. Setelah lama

menghuni alam Melayu, akhirnya mereka mula mengenali Islam lalu mengubah kepercayaan

mereka. Hasil dari kesedaran ini lahirlah ciptaan yang memenuhi keperluan kehidupan dunia

yang berkaitan dengan akhirat.

1.2 Kaitan Seni Kraf Dalam Konsep Islam Masyarakat Melayu

Masyarakat Melayu telah dapat menambah dan menghasilkan beraneka ragam kraf dan pada

waktu itu ciptaan seni kraf Melayu telah jelas menunjukkan pengaruh keIslaman terutama dari

segi motif dan ragam hias. Dalam kraf tradisional Melayu pada masa ini unsur-unsur figura

seperti manusia dan binatang sudah tidak digunakan lagi. Beberapa perubahan telah dibuat oleh

tukang Melayu dengan menggunakan motif fauna sebagai subjek hiasan di samping

mengstailisasikan bentuk asal fauna sehingga tidak jelas kelihatan lagi. Penggunaan arabes,

motif yang berulang dan unsur geometri digunakan secara meluas dalam ragam hias. Di

samping menggunakan ayat-ayat Quran, kraf Melayu juga banyak mengaplikasikan motif daun,

bunga serta geometri.

Seni Islam mementingkan niat atau tujuan dan nilai akhlak. Pencapaian yang dibuat oleh seni

Islam itu juga merupakan sumbangan daripada kewujudan tamadun Islam di mana tujuan seni

Islam ini adalah kerana Allah swt. Namun begitu berdasarkan Firman Allah swt yang bermaksud

"Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas." Bermakna Allah swt

melarang penciptaan seni yang melampaui batas. Allah swt bukan sekadar menjadikan manusia

sebagai makhluk yang terindah tetapi juga mempunyai naluri yang cintakan keindahan.

Perkembangan seni Islam mempunyai dasar yang menyeluruh dan meliputi aspek-aspek iman,

akhlak dan falsafah kehidupan manusia. Seni mestilah merupakan satu proses pendidikan yang

4

Page 5: 680521-12-6007-001_TUGASAN HBAE3103

bersifat positif , menggerakkan semangat, memimpin batin, membangunkan akhlak serta

mewujudkan ketaqwaan kepada Allah.

2.0 KRAF-KRAF MELAYU, ANALISIS, MOTIF RAGAM HIAS DAN PERKAITAN

MASYARAKAT MELAYU

Seni mempunyai kaitan dengan falsafah masyarakat Melayu. Setiap hasil ciptaan akan

diterjemah kepada falsafah dan budaya Melayu serta nilai estetika menggunung. Seni dan

masyarakat mempunyai jalinan kasih dari simbol dan makna yang diterjemah oleh seniman.

Menurut Muliyadi Mahamood:

”... seni mempunyai hubungan dengan masyarakat dan biasanya ia memiliki tujuan serta arah tertentu. Dalam memahami seni kita perlu terlebih dahulu memahami kedudukan seni dalam masyarakat serta perkembangan masyarakat itu sendiri. Ciri-ciri luaran dan dalaman seni saling berhubungan serta sama-sama penting dalam mengenengahkan perkara-perkara ini. Seni dan masyarakat amat sukar untuk dipisahkan.......”

2.1 Seni Bina

Reka bentuk seni bina Melayu lahir daripada bentuk rumah-rumah yang menjadi tempat

penginapan orang Melayu. Walaupun terdapat berbagai jenis rumah Melayu namun struktur

binaanya tidak banyak berbeza . Reka bentuk rumah-rumah Melayu juga meperlihatkan

wujudnya unsur-unsur seni bina dari daerah-daerah lain di alam Melayu atau dari luar alam

melayu. Contohnya rumah-rumah orang Melayu di Negeri Sembilan adalah bercorak seni bina

rumah Minangkabau.

Seni bina Melayu di Malaysia lebih awal mengalami proses Islamisasi berbanding dengan seni

bina di Indonesia. Elemen-elemen pepatungan dan motif-motif haiwan mitos dalam reka

bentuknya hampir tidak digunakan. Ini menguatkan hujah Syed Naquib Al-Attas(1972) bahawa

Hinduisme yang masuk ke alam Melayu cuma dalam kalangan golongan atasan di peringkat

kesenian sahaja tetapi bukan di peringkat falsafah.

5

Page 6: 680521-12-6007-001_TUGASAN HBAE3103

Seni bina masjid Seni bina rumah Melayu tradisional

2.2 Ukiran Kayu

Ukiran kayu merupakan seni penyobekan bongkah kayu atau permukaan papan yang dicorak

menggunakan motif tertentu. Sebelum proses penyobekan kayu dipilih untuk dijadikan

komponen bangunan atau kraf. Papan atau bongkah kayu di takek dengan kapak atau ceter lalu

dipahat atau ditoreh menggunakan pahat dan pisau wali mengikut ilham dan daya cipta

pengukir. Kemahiran menyobek dan mereka bentuk bunga ukir dipelajari dengan pengukir yang

mahir atau bakat semulajadi. Aktiviti mengukir dijadikan sebagai pekerjaan asas atau sambilan.

Komponen bangunan dan kraf ukiran kayu Melayu boleh diklasifikasi kepada empat jenis

termasuk senjata, komponen bangunan dan perahu, peralatan harian, dan peralatan muzik (Ismail

Said, 2000). Ukiran biasanya bermotifkan flora, fauna, khat, geometrik dan elemen kosmos.

Ukiran Melayu dibentuk dalam tiga  jenis rupa sobekan iaitu tebuk timbul, tebuk tembus dan

gabungan tebuk timbul dan tembus. Kehalusan ukiran atau saiz bunga ukir dipengaruhi oleh 

jenis komponen bangunan atau kraf. Ukiran berbunga kasar diterap pada komponen rumah

seperti daun pintu, sisir angin, buah buton dan dinding. Bunga ukiran yang halus dan rumit

disobek pada kraf kecil terutama hulu senjata, acuan putu, cepu, kotak rokok dan perabot rumah.

Motif yang serupa digunapakai pada sobekan kasar dan halus. Sobekan bermotif flora

mendominasi bunga ukiran pada komponen bangunan dan kraf di negeri Kelantan, Terengganu

dan Negeri Sembilan. Kewujudan komponen ukiran jelas mengindahkan rupabentuk dan

6

Page 7: 680521-12-6007-001_TUGASAN HBAE3103

menambahnilai  sesuatu bangunan. Ia bukan hanya sebagai elemen hiasan malah menjadi elemen

keperluan untuk menandakan senibina Melayu.

Contoh-contoh ukiran kayu

Seni ukiran kayu juga banyak terdapat pada bangunan-bangunan seperti di istana, muzium,

rumah-rumah tradisional dan juga pada mimbar masjid. Beberapa perkara dapat dilihat

khususnya dari aspek mimbar, arah kiblat, anjung dan serambi, tiang, mihrab, hiasan tepi kubah

dan sebagainya. Ini merupakan karektiristik seni bina masjid 

yang menggambarkan keunikan seni ukiran yang tersendiri

berbanding dengan seni bina yang lain. Selain itu, seni bina

ukiran kayu pada masjid banyak mengetengahkan bentuk-

bentuk silat yang sempurna dan mencerminkan kelembutan dan

kehalusan. Kebanyakan ukiran kayu ini bermotifkan awan larat

dan tumbuh-tumbuhan. Antara elemen yang dapat dikenal pasti

dalam kebanyakan ukiran adalah:

i. Rangka ukiran yang mencerminkan kawasan sempadan umpama undang-undang

atau garis panduan dalam kehidupan manusia.

ii. Batang utama atau corak bagi mencerminkan prinsip bebas untuk bergerak tetapi

terbatas kepada garis sempadan yang ditetapkan oleh agama dan budaya.

iii. Gubahan menggunakan motif bunga bagi mencerminkan sifat manusia seperti

pergaulan, disiplin diri, adab sopan, perwatakan yang menarik dan lain-lain.

iv. Silat mencerminkan kemantapan diri seseorang pengukir dalam mengolahkan motif

ukiran.

7

Page 8: 680521-12-6007-001_TUGASAN HBAE3103

Selain itu senibina ukiran kayu di masjid juga mengetengahkan motif arabes iaitu motif

pengulangan corak-corak bentuk geometri dan pola kombinasi yang pelbagai. Bentuk-bentuk ini

juga sering mengunakan tema flora. Arabes sering ditemui menghiasi dinding dan ukiran-ukiran

bahagian tertentu masjid. Pilihan bentuk-bentuk geometri diformat berdasarkan pada pandangan

Islam terhadap dunia. Kesalahan dalam pengulangan mungkin sengaja diperkenalkan sebagai

menunjukkan kerendahan hati si pengukir yang percaya bahawa hanya Allah yang boleh

menghasilkan kesempurnaan. Bagi para penganut Islam, Arabes adalah simbol iman mereka

bersatu dan cara di mana budaya Islam tradisional dipandang dunia.

Ukiran pada rehal yang bersilang dan berjejari mempunyai perlambangan tersendiri. Apabila

dibuka, bahagian atasnya seolah-olah "menadah tangan" yang membawa maksud sesuatu ilmu

yang turun dari langit seperti ayat-ayat suci Al-Quran adalah kalam Allah yang dibawa oleh

Malaikat Jibril kepada Rasulullah SAW. Falsafahnya, apabila berdoa kita menadah tangan yang

dirapatkan sebagaimana bentuk rehal. Rekaannya pula diperbaiki dari aspek ketinggian

bukaannya dan dihebahkan pengertian, falsafah tersurat serta tersirat disebalik reka bentuknya

yang mempunyai nilai estetika serta simbolik budaya Melayu.

2.3 Tekat

Tekatan merupakan hasil seni yang dibentuk dengan kertas yang sederhana tebal dan disalit

dengan benang emas di atas kain atau baldu yang lazimnya berwarna tua. Bentuk tekatan

menyerupai bentuk ukiran kayu tebukan tembus dan timbul. Perbezaan antara warna keemasan

pada corak dan warna tua kain atau baldu akan  menghasilkan  seni  rupa  yang  menekankan 

keindahan  tampak,  bentuk dan dimensi dengan menggunakan dua warna. Warna kain atau

baldu yang lazim digunakan ialah biru, merah dan hijau. Tekatan kelingkan menggunakan pita

kelingkan yang berkilat. Tekatan tebukan perada sejenis tekatan yang menggunakan tampalan

kertas perada di atas kain berwarna.

Tekat tergolong dalam seni sulaman tekstil iaitu proses menyulam benang emas ke atas dasar

kain atau baldu. Ada juga yang menamakan seni ini sebagai seni hias permukaan kain secara

timbul atau suji timbul (Tuji timbul) yang sering dikaitkan  dengan  sulaman  sutera.  Sama ada 

disulam,  ditekat  atau  disuji,  ragam  hiasannya  tetap timbul dari permukaan dasar kain kerana

8

Page 9: 680521-12-6007-001_TUGASAN HBAE3103

bahagian dalamnya diisi dengan mempelur. Tuji mengikut Kamus Dewan adalah perkataan lama

yang bermaksud melakukan sesuatu secara bertubi-tubi dan berturut-turut.

Seni tekat merupakan seni rupa yang bersifat dua dimensi hiasan seni ini digunakan untuk

barang-barang tiga dimensi seperti tudung saji, tepak sirih dan kasut. Corak tekat yang sering

digunakan adalah corak awan larat dan flora seperti yang terdapat pada ukiran kayu. Antara

motif yang  sering  digunakan  adalah  pucuk  rebung,  daun  keladi, daun  paku, daun peria, daun

bunga padi dan lain-lain lagi. Motif bunganya pula adalah seperti bunga cengkih. bunga lawang,

bunga pecah lima, bunga kekwa dan sebagainya. Terdapat juga motif ciptaan baru seperti bunga

cempaka, bunga lalang dan bunga raya.

Kehalusan dan keunikan seni tekat menampakkan mutu seni yang rumit, indah dan  mewah. 

Konsep  seni  bersifat  dua  dimensi  tetapi  kebanyakan  hasilnya tekatan digunakan untuk

penghasilan barangan tiga dimensi seperti tudung saji, sarung bantal, cadar tilam, kipas,ciur,

tepak sirih, kasut dan lain-lain lagi. Namun begitu, walaupun seni tekat telah dianggap sebagai

hasil kraf tangan, tetapi fungsinya masih terbatas dan kegunaannya adalah terhad.

(a) (b)

(c) (d)

9

Page 10: 680521-12-6007-001_TUGASAN HBAE3103

Gambar a,b,c dan d menunjukkan contoh-contoh tekat motif flora.

10

Page 11: 680521-12-6007-001_TUGASAN HBAE3103

Aktiviti menekat dilakukan

Gambar di atas menunjukkan peralatan menekat Kayu pemidang

(benang, pisau, jarum dan mempulur)

Jenis-jenis tekat yang biasa dihasilkan adalah

tekat timbul benang emas atau perak, tekat

gubah dan tekat perada.Flora merupakan motif

yang paling digemari kerana ia mudah dibentuk dan kelihatan menarik, apatah lagi sekiranya

motif tersebut kelihatan menjalar. Dalam mereka bentuk tumbuh-tumbuhan, terdapat dua

bahagian corak dalam motif ini iaitu bentuk daun atau pucuk, dan bunga atau buah. Bentuk daun

atau pucuk seperti pucuk paku, daun peria, daun padi dan pucuk rebung. Bunga pula adalah

seperti bunga cengkeh, bunga paya, bunga matahari dan buah delima. Selain itu, motif geometri bebas juga

sering digunakan seperti segitiga pucuk rebung, segiempat, garis lurus, catur dan kisi-kisi serta corak geometri dong-

son iaitu swastika dan huruf ‘S’. Motif haiwan kurang digunakan, cuma yang biasa digunakan adalah ayam, unggas,

rama-rama dan itik. Motif-motif ini pula dicampur dengan motif tumbuhan supaya motif haiwan tidak kelihatan

seperti bentuk asalnya. Walau pun begitu penggunaan motif ini tidak begitu meluas. Begitu juga motif abstrak

yang kurang digunakan dalam seni tekat.

Rupa bentuk tekatan terbahagi kepada dua iaitu dua dimensi dan tiga dimensi. Rupa bentuk dua dimensi

ialah seperti tikar, kipas dan penyangkut kelambu, selempang dan pelapik dulang. Rupa bentuk tiga

dimensi pula seperti tepak sirih, sarung bantal, kusyen, kasut dan tudung saji. Pada 1980-an,

terdapat rekaan motif-motif baru seperti bunga kerak nasi, bunga kerawang, bunga cempaka

hutan dan bentuk geometri corak Islamik.

2.4 Anyaman

11

Page 12: 680521-12-6007-001_TUGASAN HBAE3103

Anyaman bermaksud proses menyilangkan bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan untuk

dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan. Bahan-bahan tumbuhan yang boleh

dianyam ialah lidi, rotan, akar, buluh, pandan, mengkuang, jut dan sebagainya. Bahan ini

biasanya lembut dan mudah dikeringkan. Antara barang-barang hasil anyaman seperti tikar,

tudung saji, hiasan dinding, bakul, nyiru, lekar, bekas pakaian, beg dan banyak lagi. Terdapat

juga rumah-rumah masyarakat zaman dahulu di mana dinding rumah mereka dianyam dengan

buluh dan kehalusan seni anyaman itu masih bertahan sehingga ke hari ini.

Bahan daripada akar dan rotan adalah bahan asas yang awal digunakan untuk menghasilkan

anyaman. Menurut Siti Zainun dalam buku ‘Reka bentuk kraftangan Melayu tradisi’ menyatakan

bahawa pada zaman pemerintahan Long Yunus (1756-94) di Kelantan, anyaman hanya

digunakan oleh raja yang dipanggil sebagai ‘Tikar Raja’ yang diperbuat daripada pohon bemban.

Sehingga kini beberapa negeri masih terus aktif menjalankan kegiatan anyaman di peringkat

kampung seperti di daerah Rusila, Kampung Kijing, Cendering, Kampung Ru Renggoh, Dungun

dan Kuala Ibai di negeri Terengganu. Negeri-negeri lain yang masih menjalankan aktiviti

anyaman seperti Perlis, Perak, Selangor, Kedah, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan, Sabah dan

Sarawak.

Rumah berdinding buluh Contoh anyaman buluh untuk dinding rumah

12

Page 13: 680521-12-6007-001_TUGASAN HBAE3103

13

Page 14: 680521-12-6007-001_TUGASAN HBAE3103

nyiru barang perhiasan anyaman motif matahari

Kecanggihan menghasilkan objek seni seperti anyaman dan ukiran ini sepatutnya dikaitkan

dengan pemikiran saintifik dan pemikiran matematik kerana ia melibatkan ketajaman fikiran dan

daya kreativiti penghasilnya. Dan mereka juga perlu diberi pengiktirafan sebagaimana

pengiktirafan yang diberikan kepada ahli matematik Yunani, Pythagoras ataupun Archimedes.

Ukiran sering dikaitkan sebagai luahan daya kreativiti dan estetika sahaja seperti yang

dinyatakan oleh Siti Zainon (1986), iaitu:

seniman alam Melayu bekerja menghasilkan seni gunaan tetapi penuh daya kreativiti dan estetika yang memang telah teruji sejak berzaman. Mengukir bukan sekadar menggunakan bahan tetapi juga mengeluarkan buah fikiran dan perasaan”.

2.5 Tembikar

Tembikar dihasilkan dengan menggunakan tanah liat yang dibentuk, dibakar kemudian digilap

serta dijadikan sebagai alat keguaan harian seerti bekas simpanan air, pasu, balang dan

sebagainya. Pembuatan tembikar merupakan salah satu seni yang tertua di dunia selepas

penggunaan media batu. Seni tembikar telah wujud di Malaysia sejak beribu tahun dahulu. Ini

terbukti dengan penemuan tembikar di Gua Cha, Kelantan. Bukit Tambun di Perak, Bukit

Tengku Lembu, Perlis dan Ulu Tembeling, Pahang.

Kebanyakan tembikar yang dijumpai mempunyai ciri-ciri barangan harian. Tembikar berbentuk

periuk, belanga dan kukusan merupakan yang paling awal dicipta oleh tukang tempatan. Bentuk

14

Page 15: 680521-12-6007-001_TUGASAN HBAE3103

tembikar yang dijumpai mempunyai persamaan dari segi susunan motif, ketebalan dan dibuat

melalui teknik pembakaran  bersuhu  rendah  yang  berwarna  coklat,  hitam  dan  kelabu  gelap.

Walau bagaimana pun, barangan tembikar yang dihasilkan oleh setiap negeri mempunyai teknik

pembuatannya yang tersendiri serta dipengaruhi oleh budaya latar belakang si pembuat. Antara

jenis-jenis tembikar yang dihasilkan seperti geluk, buyung, labu, jambangan dan bekas bara

untuk membakar kemenyan.

Ragam hias merupakan aspek penting dalam tembikar tradisional. Motif yang digunakan

berdasarkan motif geometri dan organik. Motif ragam hias berunsurkan geometri terdiri daripada

garis, titik dan bentuk-bentuk yang berunsur garis seperti garis panjang yang melilit pada seluruh

permukaan tembikar dan bersilang antara satu sama lain). Motif organik juga digunakan seperti

sulur kangkung,bunga kedudut, bunga cengkih, tampuk manggis dan banyak lagi.

Penggunaan tanah liat dalam kebudayaan masyarakat Malaysia telah mula dikesan sejak dari

zaman Neolitik lagi. Menurut AdiTaha:

Tembikar merupakan satu unsur penting dalam memahami dan mengetahui perkembangan sejarah kebudayaan masyarakat kerana ianya melambangkan keupayaan manusia masa prasejarahmenembusi satu kaedah pembuatan dan pengeluaran atau teknologi bagi kesejahteraan masyarakat tersebut.

Penghasilan barangan tembikar bukan sekadar bentuk dan fungsinya tetapi turut memperlihatkan

luahan ekspresi estetika. Ragam hias pada tembikar prasejarah telah membuktikan bahawa

masyarakat ketika itu sudah mula berkomunikasi dengan mengapresasikan alam semula jadi

sebagai motif dan hiasan pada permukaan tembikar. Alam semula jadi dijadikan sumber luahan

perasaan. Penyataan ini disokong oleh catatan yang dibuat oleh N.A. Halim:

Manusia prasejarah telah mempunyai kebudayaan mencorakkankehidupan mereka, meskipun pada masa itu mereka tidak mempunyaikemahiran menulis. Namun, mereka mahir menggunakan alat-alat batu,pandai menghasilkan tembikar dan melukis pada dinding gua.

15

Page 16: 680521-12-6007-001_TUGASAN HBAE3103

Perubahan zaman telah mematangkan serta memaparkan satu rantaian kesinambungan seni

penghasilan tembikar di Malaysia. Setelah mendapat pengaruh agama Islam, masyarakat mula

mentauhidkan unsur-unsur Islam dalam penghasilan tembikar. Pegangan kuat pada ajaran Islam

sebenarnya telah turut mengembangkan lagi proses kreativiti dalam penghasilan tembikar.

Menurut Jumaat Mohd Noor:

Mereka telah meninggalkan pemujaan terhadap patung-patung dan tuhan–tuhan yang banyak. Mereka telah dapat membezakan ketuhanan dengan maujudat. Mereka menanggapi alam ini sebagai suatu hiasan yang berfungsi untuk menyerikan kehidupan sementara di dunia dan di akhirat. Dari tanggapan inilah lahirnya ciptaan–ciptaan yang bukan sahaja sebagai fungsi tetapi memenuhi keseriaan di dunia dan akhirat.

Seni kraf Melayu melambangkan hubungan yang erat antara orang Melayu dengan

kepercayaannya Islam. Mereka mula meninggalkan pemujaan patung-patung dan tuhan yang

banyak kerana menyedari tentang keesaan tuhan yang sebenar. Mereka menganggap alam ini

sebagai suatu hiasan yang berfungsi untuk menyerikan kehidupan sementara di dunia dan

kehidupan kekal di akhirat. Hasil ciptaan seni kraf Melayu semakin jelas menunjukkan

pengaruh Islam. Ini terbukti dengan penggunaan motif dalam penghasilan kraf yang

menunjukkan ciri-ciri keIslaman bersesuaian dengan aktiviti harian masyarakat tradisional

Melayu dahulu.

3.0 KESIMPULAN

Kesenian Melayu telah melalui beberapa perubahan setelah kedatangan Islam.Hasil-hasil seni

seperti kraf tangan telah menampakkan perubahan yang ketara daripada segi motif dan corak

16

Page 17: 680521-12-6007-001_TUGASAN HBAE3103

hiasan. Ia lebih menampakkan ciri-ciri keIslaman berbanding dengan sebelum kedatangan Islam

ke alam Melayu. Jika dilihat dalam konteks alam Melayu terutama di Indonesia dan Indochina,

motif dan imej-imej pra-Islam masih kelihatan agak ketara berbanding dengan apa yang terdapat

di Semenanjung Malaysia. Penelitian yang dibuat ke atas pintu gerbang menunjukkan

kebanyakan yang masih tinggal banyak menggunakan motif-motif bungaan dan kaligrafi ayat-

ayat Al-Quran. Reka bentuk kraf melayu jelas menunjukkan kesejajarannya dengan konsep

kesenian Islam.

Penggunaan reka bentuk flora, geometri dan arabes sangat meluas pada hiasan seni ukiran,

anyaman, binaan dan juga tembikar.Dalam kesenian Islam corak arabes sering dipergunakan

untuk melambangkan sifat Allah yang unggul dan Esa.

Secara keseluruhannya, dapatlah disimpulkan bahawa penghasilan kraf tradisional Melayu

mempunyai hubungan yang hampir sama dari segi pengolahan ragam motif, falsafah, maksud dan

nilai estetiknya. Dengan kata lain, kraf tradisional Masyarakat Melayu mementingkan cirri-ciri

keislaman dalam penghasilan motif yang lebih kepada subjek alam iaitu flora, arabes dan

geometri yang dikaitakan dengan aktiviti kehidupan seharian.

RUJUKAN

Abdul Halim Nasir. (1986). Ukiran Kayu Melayu Tradisi. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdul Halim Nasir. (1994). Rumah Melayu Tradisi, Fajar Bakti : Kuala Lumpur.

Dewan Budaya Sept. (1984). Seni Ukiran Kayu Tradisional Melayu di Semenanjung Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Engku Aziz.(1968). Chuah Thean Teng-Pelukis Tanah Ayer, dalam Teng-Master of Batik.

(nama tempat terbitan dan penerbit tidak dinyatakan). hlm.I.

Ismail Said, Ahmad Saifuddin Abdullah, Afira Diwati Adnan (2000). Kajian Klasifikasi Spesis- spesis Kayu dalam Seni Ukiran Melayu di Semenanjung Malaysia.

Research management Centre, Universiti Teknologi Malaysia.

17

Page 18: 680521-12-6007-001_TUGASAN HBAE3103

Kathleen Chee. (2006). SPM fokus U: Pendidikan Seni Visual. Bandar Baru Bangi: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2000). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah: Pendidikan Seni Visual. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

& Pustaka.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (1998). Buku Sumber Guru Pendidikan Seni Visual,

KBSR. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka

Lim Jee Yuan. (1987). The Malay House. Institut Masyarakat Pulau Pinang.

Mohd. Ridha Lua. (1990). Komposisi dan konsep pembentukan hulu keris, Kajian Topikal, Jabatan Senibina. Fakulti Alam Bina. Universiti Teknologi Mara.

Open University Malaysia. (2007). HBEF1403 Seni Dalam Pendidikan. UNITEM

Sdn. Bhd.

Siti Zainon Ismail. (1986). Rekabentuk kraftangan Melayu tradisi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Siti Zainon Ismail. (1989). Percikan seni. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Syed Ahmad Jamal. (1992). Rupa dan Jiwa. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zakaria Ali. (2005). Brosure Pameran Batik Painting & Painting Batik. Kuala Lumpur: Galeri Petronas.

Zulkifli Hanafi. (1996). Pembinaan Bangunan Tradisional Melayu. Amber-Solara Publication.

Zulkifli Hanafi. (2000). Pola-pola Hiasan Di dalam Bangunan Tradisional Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

18