14
Definisi Batik Ukiran Tenunan Anyaman kraf tradisional yang unik dan terkenal di Asia atau Gugusan Kepulauan Melayu. Keindahan coraknya mempamerkan kreativiti dan kehalusan seni tekstil yang tinggi. (indonesia) rintik-rintik putih yang ada pada kain yang berwarna atau bercorak. kehalusan seni tekstil yang tinggi. (Malaysia) titik manakala dalam bahasa Jawa pula batik bermaksud setitik lilin. penyataan daya cipta Melayu dalam bentuk tampak yang terdapat pada aneka benda seperti barang-barang kegunaan harian dan seni bina. dihasilkan daripada jalinan benang lonseng (yang menunggu) dengan benang pakan (yang mendatang). proses menjalin, atau menjaring-jaringkan atau menyilangkan helaian bahan- bahan daripada tumbuh- tumbuhan seperti daun buluh, rotan, lidi, bertam, paku pakis ribu-ribu dengan menggunakan teknik menyilang-nyelikan helaian antara satu sama lain untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan. Bahan tumbuh-tumbuhan yang boleh dianyam ialah lidi, rotan, akar, bilah, pandan, mengkuang dan lain-lain lagi yang dikeringkan. Tembikar Tekat Wau Gasing Menggunakan bahan tanah liat yang dibentuk, dibakar dan digilap untuk dijadikan alat kegunaan harian seperti bekas menyimpan air, balang dan lain- lain lagi. Ia juga dikenali sebagai porselin wares dan seramik. proses menyulam benang emas ke atas kain dasar iaitu baldu. seni hias permukaan kain secara timbul atau suji timbul (Tuji timbul) di kalangan pengusaha tekatan. hasil seni yang dibentuk dengan kertas yang sederhana tebal. seni rupa yang bersifat dua dimensi atau digunakan untuk hiasan barang-barang tiga dimensi seperti tudung saji, tepak sirih dan kasut. dan di salit dengan benang emas di atas lain atau baldu yang lazimnya berwarna tua. alat permainan yang dibuat daripada kertas, gentian atau kain yang berangka daripada buluh atau gentian. Wau yang berkepala, bersayap,berekor dan bertali teraju diterbangkan dengan bantuan angin. singkatan kayu dan ‘sing’ daripada perkataan pusing kerana gasing sifatnya berpusing.. Gasing merupakan permainan tradisional yang terkenal di kalangan penduduk kampung di Malaysia terutama sekali di pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu. Gasing hanya dimainkan oleh kaum lelaki sahaja.

Nota Padat Seni HBAE3103

  • Upload
    st3155j

  • View
    375

  • Download
    9

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Nota Padat Seni HBAE3103

Definisi

Batik Ukiran Tenunan Anyaman kraf tradisional yang unik

dan terkenal di Asia atau

Gugusan Kepulauan Melayu.

Keindahan coraknya

mempamerkan kreativiti dan

kehalusan seni tekstil yang

tinggi.

(indonesia) rintik-rintik putih

yang ada pada kain yang

berwarna atau bercorak.

kehalusan seni tekstil yang

tinggi.

(Malaysia) titik manakala dalam

bahasa Jawa pula batik

bermaksud setitik lilin.

penyataan daya cipta Melayu

dalam bentuk tampak yang

terdapat pada aneka benda

seperti barang-barang kegunaan

harian dan seni bina.

dihasilkan daripada jalinan benang

lonseng (yang menunggu) dengan

benang pakan (yang mendatang).

proses menjalin, atau

menjaring-jaringkan atau

menyilangkan helaian bahan-

bahan daripada tumbuh-

tumbuhan seperti daun buluh,

rotan, lidi, bertam, paku pakis

ribu-ribu dengan menggunakan

teknik menyilang-nyelikan

helaian antara satu sama lain

untuk dijadikan satu rumpun

yang kuat dan boleh digunakan.

Bahan tumbuh-tumbuhan yang

boleh dianyam ialah lidi, rotan,

akar, bilah, pandan, mengkuang

dan lain-lain lagi yang

dikeringkan.

Tembikar Tekat Wau Gasing Menggunakan bahan tanah liat

yang dibentuk, dibakar dan

digilap untuk dijadikan alat

kegunaan harian seperti bekas

menyimpan air, balang dan lain-

lain lagi.

Ia juga dikenali sebagai

porselin wares dan seramik.

proses menyulam benang emas

ke atas kain dasar iaitu baldu.

seni hias permukaan kain secara

timbul atau suji timbul (Tuji

timbul) di kalangan pengusaha

tekatan.

hasil seni yang dibentuk dengan

kertas yang sederhana tebal.

seni rupa yang bersifat dua

dimensi atau digunakan untuk

hiasan barang-barang tiga

dimensi seperti tudung saji,

tepak sirih dan kasut. dan di

salit dengan benang emas di

atas lain atau baldu yang

lazimnya berwarna tua.

alat permainan yang dibuat

daripada kertas, gentian atau

kain yang berangka daripada

buluh atau gentian.

Wau yang berkepala,

bersayap,berekor dan bertali

teraju diterbangkan dengan

bantuan angin.

singkatan kayu dan ‘sing’

daripada perkataan pusing

kerana gasing sifatnya

berpusing..

Gasing merupakan

permainan tradisional yang

terkenal di kalangan

penduduk kampung di

Malaysia terutama sekali

di pantai timur seperti

Kelantan dan Terengganu.

Gasing hanya dimainkan

oleh kaum lelaki sahaja.

Page 2: Nota Padat Seni HBAE3103

Jenis-

jenis

Batik Ukiran Tenunan Anyaman Terdapat 4 jenis teknik batik:

I. Batik blok yang menggunakan blok

kayu yang kemudian digantikan

dengan blok tembaga untuk

menghasilkan corak.

II. Batik skrin yang menggunakan

pemidang skrin dan corak

dihasilkan melalui leker.

III. Batik tulis atau canting yang

menggunakan alat canting dan

melilinkan bahagian untuk dibuat

corak.

IV. Batik pelangi (tanpa penggunaan

lilin).

Terdapat 4 jenis ukiran:

I. Layang - Ukiran ini dibuat pada

papan. Bahagian latar corak tidak

ditebuk. Silat dibuat hanya pada

corak.

II. Tebukan tembus (timbul silap) -

Ukiran jenis ini terbahagi pada 2

iaitu:

(a) bersilat , (b) tanpa silat

III. Timbul - Ukiran jenis ini dibuat

pada papan. Bahagian latar, corak

ditebuk. Corak ukiran lebih timbul

dan bersilat jika dibandingkan ukiran

layang.

IV. Alat dan bahan - Ukiran ini dibuat

pada batang kayu seperti tiang

tangga.

Terdapat 3 jenis tenunan yang popular di

Malaysia iaitu:

I. Tenunan Pahang : tenunan kain

yang bercorak ragi atau tanpa

corak yang tidak mempunyai

ragam hias.

II. Tenunan songket (kain benang

emas) : Menggunakan kaedah

tenunan asas (Tenunan Tabby)

iaitu tenunan asas, benang pakan

dan satu benang loseng. Terdapat

dua jenis songket: (i) Tekat 3 (ii)

Tekat 5

III. Tenunan Pua

Tembikar Tekat Wau Gasing

I. Geluk Pada asalnya diperbuat daripada

tempurung dan berfungsi sebagai bekas air.

Geluk mempunyai ragam hias dari motif-

motif yang kecil dan ringkas.

II. Buyung Pada asalnya buyung dibentuk

tanpa bahagian kaki seperti labu lesap.

Buyung berkaki hanya diperoleh dari

Sayong. Umumnya buyung mempunyai

bahagian leher dan badan. Kebiasaannya

permukaan buyung dibiarkan licin tanpa

dihias. Saiznya besar dan bahagian badan

atau perutberbentuk bulat penuh.

III. Jambangan berfungsi sebagai tempat

meletak bunga. Saiznya boleh mencapai

sehingga ketinggian 0.6 m -0.9 m. bahagian

badannya seperti labuyang ditinggikan

menjadi seperti tempayan atau buyung

berkaki.

IV. Labu Bentuk labu diilhamkan daripada buah

labu. Bahagian pucuk berbentuk separti

kubah masjid. Berfungsi sebagai bekas

untuk mengambil air atau menyimpan air.

Corak hiasan labu bersumberkan alam

sekeliling danberupa bentuk geometri. Labu

ini hanya dihasilkan oleh kaum wanita di

Sayong, Perak.

V. Bekas Perasapan/Bekas Bara Dalam

kepercayaan magis, digunakan untuk

membakar kemiyan. Ia masih digunakan

sehingga hari ini dalam upacara pengubatan

dankematian masyarakat tertentu.

Terdapat 3 jenis:

I. Tekat timbul benang emasa

atau perak – diuji beruang-ulang

dan berturut-turut di atas irasan

baldu, melangkahi mempulur

kertas yang digunakan sehingga

seluruh permukaan mempulur

kertas diliputi benang emas/

perak.

II. Tekat gubah – kain baldu / kain

biasa digunakan sbg kain dasar.

Benang ijuk urat / benang emas/

perak diatur dan ditindih ikat pd

kain dgn benang sutera berwarna.

Kedua-dua jenis sering diserikan dgn

manik dan labuci yg ditaburkan pd ruang2

kosong / tdk bertekat.

III. Tekat perada – kertas tebal

permukaan diliputi perada emas

tulen yg ditebuk berkerawang,

kemudian ditampal pd kain. Bhg

tepi kerrawang disusuri dgn

empat leambar benang emas,

ditindih ikat dgn benang sutera

merah. (tdk lagi diusahakan kini.)

layang-layang terbahagi kepada empat:

(a) Layang-layang laga

(b) Layang-layang anak

(c) Layang-layang hiasan

(d) Layang-layang atau wau

Berikut adalah jenis-jenis gasing:

(i) Gasing Pahang

(ii) Gasing Pari

(iii) Gasing Paying

(iv) Gasing Puyuh

(v) Gasing Loceng

(vi) Gasing Berembang

(vii) Gasing Botol

(viii) Gasing Bugis

(ix) Gasing Bunut

(x) Gasing Cina

(xi) Gasing Denak (xii) Gasing Jantung

(xiii) Gasing Kanak-kanak Johor

(xiv) Gasing Leper Kelantan

(xv) Gasing Loceng

(xvi) Gasing Merlimau

(xvii) Gasing Paku.

Page 3: Nota Padat Seni HBAE3103

Motif

Batik Ukiran Tenunan Anyaman Terdapat 5 motif:

(a) Unsur flora

(i) Untuk menghiaskan kain batik ela

(ii) Untuk menghiasi badan batik sarung.

(iii) Untuk menghiasi bahagian kepala kain

(gunung) biasanya motif pucuk rebung

(b) Unsur fauna

(c) Unsur geometri : Fungsinya -

i) utk hiasan kaki kain / gigi

ii) garis2 lurus yg direka @ disusun

menjadi motif

iii) utk menghiasi batik panjang

iv) motif ceplok dgn susunan segi empat yg

berisikan beberapa bentuk lain.

(d) Unsur benda buatan manusia

(i) fungsinya untuk hiasan batik ela

(e) Unsur Motif isen

untuk, memenuhi kain batik tradisional atau

sebagai latar belakang kepala sesuatu pola

corak.

10 jenis susunan motif pada lain batik, iaitu:

1. berdiri 2. berjalur

3. catur/ dam 4. kisi-kisi

5. melintang 6. menyeluruh

7. serong 8. tompok-tompok

9. ulang bersilang 10. ulang batu bata

Terdapat 6 motif ragam:

(a) Flora

(i) Daun: – bayam kukur, bayam

perasi, janggut keli, beremi, jari

buaya, ketola, ketumbit,

kangkung, pucuk kacang, pucuk

rebung, pucuk paku, piya, pulut,

setulang, selit, ringgit dan lain-

lain.

(ii) Bunga: – cempaka, ketumbit,

kecubung, kundur, kala bukit,

kemunting, kedup. Ladu, lawang,

pecan, raya, ros, teratai, manggis,

tanjung, matahari, cengkih dan

lain-lain.

(b) Seni Khat

(i) ayat-ayat Al-Quran

(c) Fauna

(i) itik pulang petang

(d) Awan Larat

(i) awan yang bergerak di langit.

Awan ini melarat-larat ditiup

angina sehingga menghasilkan

pelbagai bentuk yang indah.

(e) Kosmos

Matahari, bulan, bintang, awan,

gunung, bukit, logam dan lain-lain.

(f) Geometri

Corak berupa corak geometri dan

unsur lain yang disusun dalam rupa

bentuk geometri. Huruf-huruf Arab

dan tulisan jawi juga digunakan.

Terdapat tiga jenis motif dalam ragam hias

songket:

(i) Motif berasaskan Flora

Pucuk rebung Bunga tanjung

Bunga gorek Bunga cengkah

Bunga telepok Bunga lawang

Bunga kunyit Bunga baling-

baling

Bunga Cina Bunga tampak

berembang

Bunga tampak Manggis

ii) Motif berasakan fauna

Lawi ayam Kuda laut

Kupu-kupu Ayam jantan

Burung merak Gigi belalang

Dada kaki lipan Siku keluang

besar/ kecil

iii) Motif berasaskan geometri

Bintang pecah

lapan

makhota

Struktur ragam hias songket:

(a) Kepala kain - Biasanya menggunakan

motif Pucuk Rebung dan Lawi Ayam

(b) Badan kain - Motifnya bebas

(c) Kaki kain - bahagian ini dihiasi

dengan motif Pucuk Rebung dan Lawi

Ayam, atau motif yang disusun secara

berbaris (melintang) serta diapit oleh tali air

secara berlapis.

3 jenis susunan :

(i) Susunan Bunga Penuh.

(ii) Susunan Bunga Tabur.

(iii) Susunan bercorak.

Page 4: Nota Padat Seni HBAE3103

Tembikar Tekat Wau Gasing Motif ragam hias berunsurkan geometri

terdiri daripada garis, titik dan bentuk-

bentuk yang berunsur garis (contohnya

susunan garis panjang yang melilit pada

seluruh permukaan tembikar dan

bersilang antara satu garis dengan garis

yang lain) selalunya dijadikan motif

tembikar.

(a) Motif Geometri

Titik susun

kisi2

Titik tahi alat

Garis keluh Garis berkotak

Garis tulang

ikan

Garisan

bersilang-seli

Bentuk potong

wajik

Bentuk segi

tiga

Bentuk bujur Balung kuku

Pusuk rebung Rantai perak

Susur kepala Siku keluang

(b) Motif Gayaan Organik

Bunga cengkih Bunga pecah lapan

Bunga kedudut Bunga tanjung

Bunga lawing Belalang bercula

Kelopak Sambas

Tapak pelanduk Tampuk manggis

Sulur kakung

Corak hiasan wau

(i) Corak wau tradisional biasanya

digubah halus dan padat dengan

awan larat yang motifkan tumbuh-

tumbuhan.

(ii) Corak berulang pada birai (tepi)

bingkai wau juga disusun rapat.

(iii) Bagi melahirkan corak yang

jelas, keseluruhan corak diukir

(Tebuk). Tidak sekali-kali dilukis

dengan mrenggunakan berus dan

semburan warna.

(iv) Setelah diukir, barulah ditampal

pada kertas warna.

(v) Beberapa lapisan warna

digunakan dalam wau.

Jenis-Jenis Motif

(i) Bunga matahari

(ii) Daun ketumbit

(iii) Ketamguri.

(iv) Pucuk rebung

(v) Itik pulang petang

(vi) Badak mudik

Berikut adalah bahagian-bahagian

tubuh gasing.

(a) Paksi

Bahagian gasing berupa logam yang

dipasakkan pada patak untuk

meligatkan gasing dan juga berfungsi

sebagai sangga tuas.

Paksi melambangkan kalbu kerana

paksi ialah tempat gasing berpusing.

Paksi terletak di bahagian tengah

sebelah bawah gasing dan diperbuat

daripada besi waja.

(b) Patak

Bahagian di antara tubuh dengan paksi

gasing.

Patak melambangkan roh.

(c) Labu

Bahagian antara bahu dengan patak

untuk lilitan gasing

Labu melambangkan nafsu.

(d) Kepala

Bahagian atas tubuh gasing yang bulat

dan kecil

Kepala melambangkan akal.

(e) Leher

Bahagian lekuk di antara kepala dengan

bahu untuk melekatkan hujung tali

gasing

(f) Bahu

Bahagian atas tubuh gasing sebagai

tempat melilit tali

(g) Pemotek

Hiasan kepala gasing uri daripada

sebarang logam atau plastik yang

dilekapkan pada kepala gasing uri.

Pemotek melambangkan iman.

(h) Turap

Dipasang pada kepala gasing untuk

menjaga bahagian kepala supaya tidak

retak, tanggal dan mengelakkan dari

pecah

Page 5: Nota Padat Seni HBAE3103

JENIS TEKNIK PENGHASILAN BATIK

Batik blok Batik Tulis Batik Skrin

Teknik

Alat

Skrin

Sekuji

Meja mengecap

Kelongsong stensil

Kain putih

Bahan pewarna

Bahan lekar

Proses

Page 6: Nota Padat Seni HBAE3103

Jenis Penghasilan Anyaman

Membuat Anyaman Mengkuang/ Pandan Membuat bakul rotan

Alatan

1. Parang 2. Penyisip 3. Pisau

4. Palurus 5. Jangka 6. Daun mengkuang/ pandan

Proses Penyediaan:

(i) Menetak

Daun

Mengkuang atau pandan ditetakkan setelah daun matang.

Daun diambil dengan secara menetak di bahagian pangkal daun

tersebut.

(ii) Melayur Daun dilayur di atas bara api sehingga menjadi kekuningan.

Proses ini dilakukan bagi tujuan melambutkan daun dan tahan lebih

lama.

Proses menjangka akan menjadi lebih mudah apabila daun tersebut

menjadi lembut.

(iii)

Menjangka

Daun dijangka dengan menggunakan alat penjangka. Tujuan

menjangka ialah untuk mendapat beberapa lembaran yang lebih

kecil dan seragam.

Bagi pandan berduri seperti mengkuang, proses ini turut dapat

membuang duri di tepi.

(iv) Menitik

Proses menitik mengkuang dilakukan oleh dua orang.

Seorang menitik dan seorang lagi memintal.

Ia dimulakan dari bahagian pangkal hingga ke bahagian hujung.

Anggaran helaian mengkuang semasa menitik ialah kirakira

secekak

(a) Rotan pulor 2 mm digunakan untuk membentuk jalinan dipermukaan bakul

(b) Rotan pulor 3 mm digunakan untuk dijadikan asas tiang atau rangka bakul

(c) Rotan sega digunakan untuk pembentukan bingkai dan tangkai.

Gunting besi , Ragum atau playar memotong, Penyucuk ais (penyisip rotan),

Penyembur air (melembutkan rotan) ,‘Blow torch’ (mengemaskan permukaan hasilk

anyaman), Pita pengukur (mengukur saiz anyaman), Penukul dan paku kecil, Pelarut

(meluruskan rotan) , Pisau raut, Paku dan Lilin

Teknik

Dan

Proses

Terdapat tiga peringkat kerja yang mesti dilakukan di dalam proses pembuatan

bakul, iaitu:

Rotan direndam terlebih dahulu di lama air untuk melembutkannya sebelum

proses menganyam bakul bermula.

(a)

Tapak

bakul

(i) Penyediaan tapak bakul bermula dengan potongan-potongan rotan

berukiran 3 mm dan panjangnya dianggaran 3 kali daripada

ketinggian ukiran bakul.

(ii) Rotan berukiran 2 mm pula akan dibentuk dua dan dimasukkan ke

salah satu bicu asas tapak tersebut.

(iii) Kedua-dua jalinan ini dibentuk sebanyak 3 kali lilitan. Setelah itu

tiang-tiang rotan dipecahkan sama rata menjadi 10 tiang rangka yang

berkembar dua. Ini diikuti jalinan turun-naik seperti mana yang telah

dibuat sebelum ini, sehingga mencukupi ukuran tapak yang

diperlukan.

(iv) Tiang-tiang rangka tapak diperkemaskan dengan jalinan pintal

sebanyak 2 lilitan. Kemudian tiap-tiap rangka dinaikkan 90% untuk

dijadikan bahan.

(b)

Badan

bakul

(i) Jalinan badan bakul dibentuk denganmenggunakan anyaman 2

serentak berpintal iaitu menngunakan 2 rotan untuk dijalinkan sekali.

(ii) Ketika proses ini, pembentukannya perlu dikawal untuk mendapatkan

90% lurur tiang rangka.

(iii) Setelah mencapai ketinggian ukuran bakul, ianya dimatikan

hujungnya dengan menyelitkan di antara satu sama lain.

(c)

Bingkai/

Tangkai

bakul.

(i) Rotan sega yang dibelah dua digunakan untuk mendapat bingkai yang

kukuh. Panjangnya bergantung kepada lilitan garis pusat bakul yang

dikehendaki. Kedua-dua bilah rotan sega dicantumkan dengan paku

kecil.

(ii) Setelah siap dipaku ianya dililit dengan rotan isi (2mm) sehingga

menutup bingkai bakul.

(iii) Bagi tangkainya pula rotan yang telah dibentuk dan ukur, hujungnya

diraut hingga nipis.

(iv) Tangkai tersebut kemudiannya dililit dengan rotan isi seperti mana

yang dilakukan kepada bingkai tadi.

(v) Lilitan tersebut dimatikan di sebelah hujungnya.

(vi) Bakul rotan yang telah siap akan dibuang bulu-bulu yang terdapat

pada rotannya. Kebiasaannya api digunakan untuk membuangnya.

(a)

Lagang

(proses

menaja)

(i) Lagang ialah tulang sesuatu ciptaan anyaman

(iii) Ukuran panjang tikar bergantung kepada ukuran lagangnya.

(iv) Setiap bilah daun berbventuk seperti huruf ’V’ di tengahnya,

iaitu tempat anyaman bermula.

(b)

Menganya

m

i) anyaman tengah – daun diselang seli scr menegak dan melintang

dhn sehelai di atas dan sebelai lagi di bawah.

ii) mengepai – proses mematikan tepi anyaman tikar spy tdk terburai

iii) anyaman sudut (anyaman bucu)- dilakukan pd anayaman

berbantuk arca / 3D.

(c) Pepeh

atau lepih

(i) anyaman mati pada tepi tikar untuk mengakhiri kerja anyaman.

(ii) Pepeh juga boleh dianyam secara berasingan, kemudian dijahit

pada barang yang dikehendaki.

(d) Sisip (i) Proses mengelakkan anyaman daripada terburai.

(ii) Alat peyisip (biasanya diperbuat daripada buluh) digunakan.

(iii) Hujung lebihan daun direncongkan untuk memudahkan kerja

sisipan.

(e) Kerat (i) Pisau kecil yang tajam digunakan dalam proses ini.

(ii) Lebihan atau baki bilah anyaman dipotong supaya hasil kelihatan

lebih kemas dan menarik.

Page 7: Nota Padat Seni HBAE3103

Ukiran

Peralatan dan Bahan Proses dan Teknik Mengukir: Berikut adalah peralatan yang

digunakan:

(i) Gergaji

– potong

– belah

(ii) Alat perata permukaan kayu

– ketam perata

– ketam golek

(iii) Pahat

– rata

– kuku

(iv) Tukul kayu

(v) Pisau wali atau pisau ukir

(vi) Kikir pari

(vii) Kikir

(viii) Berus dan syelek

(ix) Cetar

Berikut adalah bahan yang

digunakan:

(i) Kayu

(ii) Pewarna

(iii) Gam

(a) Penyediaan kayu (i) Pilih papan yang sesuai.

(ii) Potong mengikut ukiran yang dikehendaki.

(iii) Ketamkan permukaan.

(b) Melukis corak di

atas permukaan kayu

Terdapat beberapa teknik melukis corak pada permukaan papan

(i) Melukis terus pada permukaan papan.

(ii) Tekap.

(iii) Tampal kertas bercorak atas permukaan papan.

(c) Mengukir (i) Ukiran layang

Bahagian latar corak tidak ditebuk. Silat dibuat hanya pada

corak.

(ii) Ukiran bunga timbul

Bahagian latar corak ditebuk. Diukir menyerong pada corak

untuk menimbulkan silat.

(iii) Ukiran tebuk tembus

Bahagian latar ditebuk tembus dan menyerong pada corak

dan latar untuk menimbulkan silat. Bahagian latar tembus

menghasilkan corak dan bunga ukirnya tanpa silat.

(iv) Ukiran larik Diukir pada batang kayu untuk mendapatkan bentuk.

(d) Menyilat Menimbulkan bentuk pada corak. Keindahan ukiran terletak pada jenis silat yang sesuai.

Gubahan silat-silat yang sesuai bagi menampakkan pergerakan dan menimbulkan bentuk.

Menyilat juga untuk menampakkan konsep tinggi dan rendah dalam kedudukan aras dan ruang

yang terdapat pada corak.

PENGGUNAAN WARNA

Pada kebiasaannya ukiran Melayu tidak menggunakan warna tetapi di pantai timur didapati penggunaan warna terdapat pada ukiran bangau perahu dan

ukiran alat muzik seperti rebab.

Cat dan air perada emas digunakan juga di mihrab, mimbar dan ukiran khat pada bangunan masjid di seluruh Semenanjung.

Pada keseluruhannya ukiran kayu Melayu menegaskan sifat keaslian bahan kayu yang digunakan yang memaparkan jalinan selain kemasan.

Page 8: Nota Padat Seni HBAE3103

Tenunan

Alatan dan bahan

Terdapat tujuh jenis kain

tenunan:

1. Kain bujang atau Samping

2. Kain sarung tenunan corak

berang

3. Kain sarung

4. Kain kampuh

5. Kain lepas

6. Kaindestar/Tanjak/Tengkolok

7. Kain selendang

Berikut adalah bahan-bahan

yang digunakan:

i. Benang

ii. Benang loseng

iii. Benang pakan

iv. Bahan pewarna

Berikut adalah alatan yang

digunakan:

(i) Kek (loom)/tumpoh/kek pua

(ii) Anak geliging

(iii) Lidi

(iv) Belira

(v) Torak, cubaan dan pelting

(peleting)

(vi) Pasong dan papan gulung

A. Proses menenun songket

Benang dan bahan pewarna merupakan bahan asas untuk menghasilkan tekstil melalui proses tenunan dengan

menggunakan alat seperti kek tumpoh atau kek injik kaki.

Benang diwarnakan dengan warna pencelup yang dipilih bagi menentukan reka corak permukaan sehelai kain.

B. Persediaan sebelum menenun

(i) Menerai

benang

Mencerai benang-benang dari tungkulan besar dengan menggunakan alat rahat dan ruwing.

Benang-benang dililitkan kepada peleting buluh atau besi (bobbin) untuk digunakan sebagai

benang atau loseng untuk proses menganing.

(ii)

Menganing

Proses menyusun benang loseng dalam pemidang anian bagi mendapatkan panjang kain dan

corak tanah kain.

(iii)

Menggulung

benang losing ke

papan gulung

Benang yang telah siap proses menganing dipindahkan ke papan gulung melalui proses

menggulung.

Benang yang telah siap digulung pada papan gulung digantung pada kayu pasung yang

terletak di hujung kek.

Benang daripada papan gulung ini dinamakan benang loseng.

(iv)

Menyapuk

Proses jentera menarik benang dari papan gulung untuk dimasukkan ke gigi jentera dengan

menggunakan jarum di mana proses ini dinamakan proses menyapuh/menyapuk.

(v)

Mengarat

Proses membentuk dua lapisan loseng melalui proses jalinan karat.

Benang loseng akan berada di dalam mata karat secara mata karat berselang seli pada baris

barisan karat depan atau karat belakang.

(vi)

Menenun

Poses menenun dikenali sebagai mengarat.

Ia dimulakan dengan benang loseng digerakkan turun naik silih berganti apabila jijak karat

ditekan serta torak dilancarkan dari kiri ke kanan atau sebaliknya bereulang-ulang kali.

Setiap kali torak dilancarkan, selembar benang akan ditenun.

Ia perlu diketatkan dengan asakan alat jentera.

Proses ini dibuat berulang kali sehinggalah helaian kain terbentuk.

C. Proses menyungkit corak

i. Sebelum menyusun lidi atau bilah nibung, saiz reka bentuk motif perlu ditentukan dengan mengambil kira saiz gigi

belalang.

ii. Saiz gigi belalang terdiri daripada songketan tekat tiga atau songketan lima.

iii. Setelah itu lidi atau bilah nibung dimasukkan ke celah benang loseng mengikut bacaaan geraf setiap corak.

iv. Proses ini juga dikenali sebagai menyolek. Ia bertujuan untuk menyediakan benang butang.

v. Benang butang ini akan diangkat semasa proses menenun bagi menimbulkan corak songket.

Page 9: Nota Padat Seni HBAE3103

Tembikar

Bahan-bahan Tanah liat Piring Pisau buluh Penepek berukir Batu sungai

Tanur pembakaran Damar Dawai pemotong Jarum Sekam padi

Teknik membentuk Langkah 1: Picitan

Langkah 2: Lingkaran

Langkah 3: Kepingan

Langkah 4: Lempar alin

i. Penyediaan

tanah liat

1. Tanah liat diambil dari tanah busu, tebing sungai dan sawah padi.

2. Mengasiangkan benda asing/ organik yg tdk diperlukan dari tanah liat.

3. Dijemur utk kering.

4. Ditumbuk dgn lesung kaki hingga menjadi serbuk.

5. Serbuk halus yg dihasilkan diayak dgn ayak tepung.

6. Dicampurkan dgn air daun pepulut (25% air 1:4) dan dipernam semalaman.

ii. Proses menguli

tanah

Tanah liat diuli agar sebati utk mengingkirkan gelembung udara yg terperangkap. - 2 Teknik menguli: spiral dan bullhead.

Tanah liat dipotong dgn dawai utk memastikan tiada gelembong udara dan bendasing.

iii. Proses

membentuk 1. Secara

picitan

- Membuat lengkaran dan diletakkan di dalam pinggan untuk membuat bahagian badan.

– Tembikar dibentuk dari bawah dan bergerak ke atas tahap demi tahap.

– Semasa membentuk, permukaan tanah liat ditekan dengan kayu di sebelah dalam dan ditahan dengan tangan untuk menguatkan tembikar.

– Pisau buluh digunakan untuk melicinkan permukaan tembikar. – Tekan dan gerakkan bahagian mata pisau dari bawah ke atas.

– Tapak atau kaki tembikar yang telah dibuat secara berasingan dicantumkan kepada bahagian badan tembikar yang telah siap dibuat semasa tanah liat

tersebut dalam keadaan separuh kering. – Sambung bahagian tengkuk dan muncung tembikar.

– Rata dan kemaskan bahagian muncung tembikar. – Potong lebihan muncung tembikar untuk kemasan

2. secara

lingkaran

-Tekan dan ratakan bentukan kepingan untuk dijadikan tapak.

-Membuat lingkaran tanah liat dengan kedua belah tangan di atas permukaan datar seperti meja.

- Guris bahagian tepi tapak dan bahagian lingkaran dengan jarum,sapu dengan lumpur tanah liat (slip) menggunakan berus.

- Cantumkan lingkaran dan tekan pada bahagian tapak.

- Ulang proses ini sehingga mendapat bentuk yang dikehendaki. - Ratakan bahagian

3. secara

kepingan

– Membuat templet daripada kadbod mengikut skala sebagai panduan.

– Buat kepingan tanah liat dengan penggelek setebal 2 kepingan kayu yang diletakkan di kiri kanan tanah liat.

– Letakkan templet di atas kepingan tanah liat dan potong. – Potong bahagian tepi kepingan secara menyerong 45 darjah.

– Guris bahagian-bahagian tepi yang akan disambung dengan menggunakan jarum.

– Sapu/celup bahagian-bahagian hujung yang akan disambung dengan Lumpur tanah liat (slip).

– Sambungkan bahagian-bahagian kepingan yang telah disediakan sehingga menjadi bentuk yang dikehendaki.

– Tekan bahagian sambungan di sebelah dalam supaya rata, kemudian tambahkan lingkaran kecil pada bahagian sambungan tersebut dan ratakan.

– Ratakan seluruh permukaan dengan menggunakan span basah.

iv. Proses Hiasan Ragam hias dibuat dengan menggunakan penepek berukir, sewaktu permukaan masih dalam keadaan lembut.

v. Proses melicinkan Kemudian dilicinkan dengan batu sungai tembikar yang telah siap dibiarkan kering sebelum dibakar.

vi. Proses pembakaran

vii. Proses

mewarna

Apabila tembikar itu telah masak, dalam keadaan yang masih panas ia dikeluarkan daripada tanur dan dimasukkan ke dalam sekam padi

selama 10 minit sehingga menjadi hitam seakan-akan sepuh. Damar disapu di bahagian bawah tembikar untuk menghindarkan ketelapan.

Page 10: Nota Padat Seni HBAE3103

Tekatan

Alatan Proses membuat tekat dengan menggunakan benang mengait

(a) Pemidang kayu

Terdapat dua jenis pemidang kayu, iaitu yang berkaki dan tidak

berkaki.

Tujuannya ialah meregang kain dan memudahkan tekatan dengan

menggunakan peregang, akan memudahkan bahagian tepi kain

digunting.

(b) Cuban dan benang emas

Dalam proses tekat Cuban dianggap sebagai jarum besar untuk

melilit benang emas.

Cuban diperbuat daripada buluh yang diraut, kayu bercabang, perak

atau tanduk berukir.

Cuban diperbuat daripada dua keratin buluh yang diikat dalam

bentuk palang.

(c) Irasan atau kain dasar

Merupakan kain yang dijadikan dasar tekatan atau sulaman kain

baldu untuk tekatan dan kain kapas untuk sulaman.

(d) Benang putih atau benang kapas

Digunakan untuk mengetatkan kedudukan tekat benang emas pada

mempulur.

Benang ini tidak kelihatan di permukaan kain kerana benang ini

seolah menyambut benang emas dan mengetatkan atau

mengemaskan tekatan.

Jarum digunakan bagi mengait dan mendapatkan jarak tekatan yang

rapat.

(e) Mempelur

Adalah isi tekat yang bermotif. Biasanya dibuat daripada kertas tebal

dan dipotong sehingga meninggalkan bentuk.

Bentuk motif ini dilekatkan atas kain dasar tekat sebelum proses

menyulam benang emas dimulakan.

(i) Corak dilukiskan ke atas ke atas kad bod dan dipotong hingga menjadi satu mempulur.

(ii) Kain diregangkan pada pemidang kayu.

(iii) Mempulur diletakkan di atas kain dasar tersebut.

(iv) Cuban yang dililitkan dengan benang kait akan merintasi bahagian batang mempulur bawah

kain.

(v) Benang kait tersebut ditindih dan diikat serta dijahit dengan benang putih.

(vi) Kemudian benang kait tadi akan ditindih dan diikat serta dijahit dengan benang putih.

(vii) Tiap kali merintas, benang kait mesti disusun rapi supaya batang mempulur tidak kelihatan.

(viii) Proses diulang sehingga seluruh mempulur tertutup dengan sulaman.

Page 11: Nota Padat Seni HBAE3103

Wau (layang-layang)

Ciri-ciri utama wau

Mesti mempunyai kepala, sayap dan ekor. Jenis kegunaan wau adalah:

(i) untuk dilayangkan di udara.

(ii) untuk mempertandingkan keindahan hiasannya.

(iii) untuk hiasan dinding dan dijual kepada pelancong.

Alatan dan Bahan Proses Membuat Wau

(i) Alat

Pisau kecil, pisau raut, pisau pemotong, pensil dan gunting

(ii) Bahan

Buluh (jenis yang kuat, liut dan ringan seperti buluh duri), kertas minyak atau

kertas warna, gam dan benang

(i) Ambil beberapa kepingan buluh yang telah diurut.

(ii) Ikat buluh yang telah diraut untuk dijadikan bingkai wau.

(iii) Ambil beberapa helai kertas warna mengikut warna kehendak kita.

(iv) Lipat dua helai kertas warna tadi dan tekap bentuk wau tersebut.

(v) Lipat bahagian atas kertas menjadi 1/4 dan lukis ukiran awan larat.

(vi) Potong dan sobek bahagian awan larat yang telah dilukis.

(vii) Bahagian yang telah dilsobek itu harus ditampal pada kertas warna.

(viii) Tampal kertas tersebut untuk dihiasai pada rangka wau.

Aktiviti latihan pembelajaran membuat wau hiasan:

Page 12: Nota Padat Seni HBAE3103

Gasing

Fungsi Gasing

Bahan Membuat Gasing

Proses Membuat Gasing

(a) Kayu yang dipilih ditarah dengan kapak untuk membentuk

rangka kasar gasing yang berbentuk seakan-akan dua piring

bertangkup dua.

(b) Gerudi digunakan untuk menebuk lubang di bahagian pusat

kayu.

(c) Paku berukuran kira-kira 9cm panjang dibenamkan dan

meninggalkan kira- kira 2cm di bahagian luar.

(d) Proses melirik, iaitu proses membuat gasing mengikut bentuk

dan saiz yang dikehendaki.

(e) Kertas pasir digunakan untuk menggilap. Gasing boleh

terus digunakan atau pun dicat dan diwarna terlebih dahulu

supaya kelihatan lebih menarik.

(f) Gasing yang telah siap menampakkan keindahan dan seni

cipta yang bermutu tinggi.

Page 13: Nota Padat Seni HBAE3103

Perhiasan Diri I. Amalan menghias diri telah bermula sejak zaman primitif lagi.

II. Masyarakat pada zaman itu menggunakan pelbagai warna untuk mewarnai tubuh badan mereka sebagai hiasan diri.

III. Faktor kepercayaan dan kebubayaan menentukan cara penghiasan diri bagi sesuatu kumpulan manusia.

IV. Apabila manusia bertamadun, rekaan pelbagai alat perhiasan diri mula dicipta dengan menngunakan pelbagai bahan yang berharga seperti emas, perak dan batu permata.

V. Pada zaman kegemilangan Raja-Raja Melayu pembuatan barangan kemas adalah untuk memenuhi keperluan dan kegunaan keluarga di raja.

VI. Oleh yang demikian, penghasilan barangan kemas pada zaman dahulu adalah di bawah naungan istana.

VII. Antaranya ialah hiasan kepala, telinga, leher, tangan dan kaki serta hiasan di kepala.

HIASAN KEPALA

Cucuk

sanggul

Kebanyakan wanita Melayu zaman dahulu menyimpan rambut

panjang dan membuat sanggul.

diperbuat daripada buluh, tembaga, perak, suasa dan emas.

untuk menyemat dan menahan sanggul supaya tidak terburai.

berfungsi sebagai hiasan yang menambahkan seri kepada si

pemakai.

dihias dengan batu-batu permata beranika warna.

Wanita nyonya dan ceti di Melaka menggunakan beberapa cucuk

sanggul yang menyerupai ekor merak yang kembang.

Sikat

atau

sisir

rambut

alat untuk mengemas dan merapikan rambut.

untuk menyisir rambut

digunakan sebagai hiasan kepala yang telah disematkan pada

sanggul dalam kedudukan tertentu.

Sikat dibuat daripada bahan seperti kayu, tanduk, buluh, tulang,

gading dan kulit.

Bahagian atas mata sisir dihiasi dengan ukiran yang menarik.

Penutup

Kepala

o kelaziman bagi orang Melayu zaman dahulu sama ada lelaki dan

perempuan.

o Orang lelaki memakai tenggolak. Tenggolak golongan bangsawan

dan pengantin lelaki biasanya dihiasi dengan barang kemas yang

diperbuat daripada emas bermotifkan flora dan fauna dalam

berbagai bentuk.

o Mahkota digunakan dalam adat istiadat di raja atau dipakai oleh

pengantin. Ia diperbuat daripada logam biasa atau emas bertahtakan

intan permata. HIASAN PINGGANG

o Hiasan ini terdiri daripada tali pinggang dan pending.

o Tali pinggang direka dalam pelbagai jenis dan bentuk untuk menjadikan seseorang

enakainya lebih bergaya dan menarik dengan memakai pending sebagai kepala tali

pinggang.

o diperbuat daripada emas, perak dan tembaga.

o Pending dihiasi dengan motif-motif flora dan fauna yang amat halus dan

menarik buatannya.

HIASAN LEHER

Rantai rantai pendek dan rantai labuh.

Rantai diperbuat daripada emas, suasa atau perak yang bermotifkan

awan larat atau !ora.Kadang kala ia diikat denga intan atau berlian.

Loket Loket hanya dipakai bersama rantai.

bermotifkan flora dan fauna dan dibentuk dalam pelbagai rupa seperti

geometrik dan organik.

diikat dengan batu permata atau mutiara sebagai hiasan.

Dokoh Dokoh terkenal di kalangan penduduk di Pantai Timur

Semenanjung Malaysia.

bermotifkan alam semulajadi seperti bentuk daun dan

dicantumkan bertingkat-tingkat pada seutus rantai.

dokoh mempunyai tiga tingkat.

Kalung (aguk)

Kalung dipakai oleh pengantin.

Ia diperbuat daripada emas atau perak.

Bentuknya berjalur dan bertingkat-tingkat hasil daripada sususan

rantai halus.

Terdapat dua jenis kalung iaitu kalung panjang dan kalung

pendek dan selalunya leper.

HIASAN TELINGA o Terdapat tiga jenis hiasan telinga tradisional Melayu, iaitu anting-anting (subang

jurai), kerabu dan sunting malar. o Anting-anting diperbuat daripada emas dan suasa yang dibuat dengan teliti dan

halus. Ia dipakai oleh pengantin perempuan dan wanita untuk ke majlis tertentu.

Bentuk anting-anting selalunya berjurai dan labuh.

o Kerabu ialah subang yang melekat pada telinga yang dibuat dalam pelbagai

bentuk seperti geometric,flora dan diikat dengan sebutir batu permata atau mutiara.

o Sunting malar merupakan satu hiasan yang digantung di telinga dan berjurai

ke bawah. Biasanya wanita yang memakai sunting malar akan menyanggul

rambut agar kelihatan lebih berseri.

HIASAN TANGAN DAN LEHER

Alat hiasan diri ialah benda yang disarung pada bahagian anggota badan

khususnya pada jari, pergelangan tangan dan kaki seperti cincin,gelang tangan,

dan kaki.

Page 14: Nota Padat Seni HBAE3103