7MEMASAK.doc

Embed Size (px)

Citation preview

GARIS PANDUAN KOKURIKULUM

LATAR BELAKANG1. Makanan merupakan asas kepada kehidupan manusia dalam konteks makan untuk hidup.Oleh itu pengetahuan memasak sangat penting kepada setiap murid.2. Makanan seimbang penting dalam membina kesihatan diri.3. Malaysia adalah sebuah negara yang berbilang kaum, oleh itu kepelbagaian kaum ini menjadikan masakan Malaysia beraneka cara dan cita rasa.

4.Untuk menghasilkan masakan yang berkualiti dan enak, murid-murid memerlukan kesenian memasak.

5.Dengan itu, bagi melengkapkan kemahiran memasak,murid-murid perlu mengetahui peralatan memasak,

bahan-bahan memasak, keselamatan di dapur serta tata rias di meja makan.

RASIONALBerdasarkan kepada pengalaman murid-murid, makanan dan masakan tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan seharian mereka, maka dengan itu kemahiran memasak seharusnya menjadi asas kepada semua murid untuk ikhtiar hidup.

MATLAMAT1. Murid-murid mendapat pengetahuan tentang asas memasak dan kepelbagaian cara memasak.

2. Pengetahuan memasak akan dapat membantu murid-murid apabila mereka memulakan hidup berdikari misalnya membantu ibu apabila ibu tiada di rumah ataupun apabila mula menjejaki menara gading.

OBJEKTIF

1.Mengetahui jenis-jenis peralatan memasak dan kegunaannya;2.Mengetahui bahan-bahan yang digunakan untuk memasak dan fungsi bahan-bahan tersebut;3. Mengetahui maksud makanan seimbang dan diet seimbang bagi mengekalkan kesihatan dan melahirkan

masyarakat yang sihat;4. Membolehkan murid-murid memasak sendiri makanan yang mereka gemari sama ada masakan tradisional, moden ataupun masakan pelbagai kaum;5. Memberi pengetahuan tentang tatarias di meja makan dan pengetahuan tersebut boleh diaplikasi oleh murid di rumah mereka;6. Selain boleh memasak, pelajar juga mendapat pengetahuan tentang keselamatan ketika memasak;7. Mewujudkan pengalaman memasak yang menyeronokkan.KURIKULUM

1. Peralatan memasak.2. Bahan-bahan untuk memasak.3. Masakan tradisional.4. Masakan moden.

5. Masakan ikhtiar hidup.

6. Masakan pelbagai kaum.

7. Tatarias di meja makan.

8. Masakan makanan seimbang dan diet seimbang.

9. Keselamatan di dapur.

PERUNTUKAN AKTA / SURAT PEKELILING IKHTISAS BERKAITAN1. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2 / 1986 Rekod kedatangan dan laporan gerak kerja dan kokurikulum pelajar.

2. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 6 / 1988 Panduan tajaan syarikat / badan perniagaan sekolah.

3. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 8 / 1988 Keselamatan Diri Pelajar Di Sekolah.

4. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 3 / 1997 Program dan Aktiviti Sekolah Yang melibatkan Dasar dan/ atau Pungutan Wang. 5. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 12 / 2000 Lawatan Pendidikan Murid di Hari Persekolahan.

PELAN PELAKSANAAN AKTIVITI KELAB MEMASAKPERJUMPAANTAJUKISI KANDUNGAN

PELAKSANAANCATATAN

1Mesyuarat Agung1. Memberi pengalaman

kepada murid-murid

tentang prosedur

mesyuarat agung.

2. Surat pelantikan rasmi

1. Pelantikan ahli

jawatankuasa

2. Pengagihan portfolio

3. Perbincangan aktiviti

sepanjang tahun

4. Penetapan yuran tahunan

Guru penasihat

2Tugasan Rutin1. Mempamerkan carta

organisasi

2. Menyenaraikan agihan

tugas jawatan kuasa1. Membersihkan bilik kelab memasak

2. Menyusun atur peralatan

3. Mengemas kini papan KenyataanSupaya bilik menarik

3Peralatan Memasak dan Cara Penggunaannya1. Periuk, kuali, semua jenis sudu, semua jenis pisau, semua jenis pinggan dan seumpamanya.

1. Memperkenalkan jenis

jenis peralatan memasak di bilik ERT / tayangan slaid atau 2. Penerangan peralatan berpandukan Media / bahan cetak.

3. Menjelaskan cara memasak seperti

mengukus, membakar,

memanggang,

menggoreng, merebus

dan mereneh.

4Bahan-bahan Memasak1.Tepung, gula, garam, rempah ratus, minyak dan seumpamanya.1. Memberi pendedahan kepada murid-murid

tentang bahan-bahan memasak yang lazim

dan sering digunakan.

5Masakan Tradisional1. Memperkenalkan kepada para murid tentang masakan tradisional1. Menyediakan bahan.

2. Tunjuk cara mengadun bahan.

3. Menyediakan peralatan yang sesuai

4. Memasak.

5. Menilai.

Menu dan resepi

Bahan di bawa oleh murid

6Masakan Moden

(Contoh:

Sandwic)1. Memperkenalkan murid

tentang masakan moden1. Menyediakan bahan.

2. Tunjuk cara mengadun bahan.

3. Menyediakan peralatan yang sesuai

4. Memasak.

5. Menilai.

Menu dan resepi

Bahan di bawa oleh murid

7Masakan Pelbagai Kaum

(Contoh kaum India-Masaravade)1. Memperkenalkan murid tentang masakan pelbagai kaum.1. Menyediakan bahan.

2. Tunjuk cara mengadun bahan.

3. Menyediakan peralatan yang sesuai

4. Memasak.

5. Menilai.

Menu dan resepi

Bahan di bawa oleh murid.

8Masakan Seimbang

(Contoh: Nasi Goreng)1. Memperkenalkan murid tentang masakan sembang.1. Menyediakan bahan.

2. Tunjuk cara mengadun bahan.

3. Menyediakan peralatan yang sesuai

4. Memasak.

5. Menilai.

Menu dan resepi

Bahan di bawa oleh murid

9Masakan Rimba(Memasak nasi dalam buluh)1. Memperkenalkan murid tentang masakan rimba (Aktiviti ikhtiar hidup / survival).1. Menyediakan bahan.

2. Tunjuk cara mengadun bahan.

3. Menyediakan peralatan yang

sesuai

4. Memasak.

5. Menilai.

Bahan-bahan masakan /

peralatan yang diperlukan

10Tatarias di Meja Makan1. Susun atur peralatan di meja makan1. Mengagihkan murid-murid dalam kumpulan.

2. Guru menunjuk cara tataletak peralatan

(sudu, garpu, pinggan, gelas,

cawan dan seumpamanya)

3. Murid mempraktikkan cara tataletak peralatan secara bergilir-gilir.

VCD/

majalah/

bahan edaran/

tunjuk cara

11Lawatan Sambil Belajar ke Dapur Hotel1. Mendapat pengalaman cara penyelenggaraan dan penyajian masakan di dapur hotel1. Menyediakan kertas cadangan lawatan

2. Membuat permohonan.

3. Menyediakan bas

4. Melawat ke dapur hotel

Senarai ahli / peserta lawatan

12Pertandingan Memasak Peringkat Sekolah1. Masakan tradisional

2. Masakan moden1. Menyediakan kertas cadangan pertandingan

2. Membuat permohonan.

3. Membuat hebahan

4. Menyediakan tempat pertandingan

5. Menyediakan hakim

6. Menyediakan hadiah

7. Memasak

8. Menilai

13Ceramah Memasak oleh Cef Jemputan

Petua-petua memasakSesi ceramah dan perkongsian ilmu

14Lawatan Sambil Belajar ke Restoran Terkenal1. Cara penyelenggaraan

dan penyajian masakan di restoran terkenal1. Menyediakan kertas cadangan lawatan

2. Membuat permohonan.

3. Menyediakan pengangkutan

4. Melawat ke dapur restoran t Terkenal

Senarai ahli / peserta lawatan

15Menghadiri Pameran Masakan anjuran TDC /

Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.

1. Memperoleh dapatan daripada hasil pameran tersebut.

2. Murid berinteraksi sesama mereka berkaitan dunia masakan.1. Menyertai pameran yang dianjurkan oleh pihak

sekolah / NGO / Badan-

badan tertentu / Hotel

16Pertandingan Buku Skrap1. Meningkatkan pengetahuan sedia ada murid

2. Mencungkil bakat dan daya kreativiti murid1. Mencari maklumat berkaitan

a) Resepi / menu masakan tradisional dan moden

b) Tokoh-tokoh cef terkenal

c) Hal-hal umum yang berkaitan dengan dunia

masakan.Buku skrap terbaik dipamerkan dan diberi insentif

17Perkhemahan Kelab Masakan1. Ikhtiar hidup dalam keadaan serba kekurangan.

2. Semangat kerjasama dan

saling membantu.1. Menyediakan kertas cadangan perkhemahan

2. Membuat permohonan.

3. Memasak survival.

Buluh /

unggun api / daun pisang / kayu dll.

18Folio Tokoh Masakan 1. Tokoh

2. Latar belakang, pencapaian, sumbangan, anugerah- anugerah yang diterima1. Mencari maklumat daripada pelbagai medium

( internet / surat khabar /

majalah dll).

2. Menghasilkan folio

3. Mempamerkan hasil folio dalam bilik masakan.

19Pameran 1. Folio

2. Bahan-bahan untuk memasak1. Murid memasak dan

mempamerkan masakan mereka kepada

pengunjung.

2. Mempamerkan folio yang telah dihasilkan. Hari kemuncak sekolah seperti Hari Kantin / Hari Kokurikulum / Hari Anugerah Sekolah

20Menyertai Pertandingan Memasak anjuran sekolah, PPD, JPN, KPM atau NGO1. Mencungkil bakat

2. Mempraktikkan ilmu yang telah dipelajari.Mengambil bahagian dalam pertandingan-pertandingan yang dianjurkan.

DISEDIAKAN OLEH :1.EN. MOHD ISAM B LEMBONG

SMK LABUAN, WP LABUAN2.PN. NOOR HAYATI BT ARSHAD

SMK PUTRAJAYA PRESINT 11(1)3.EN. MOHD GHAZALI B AB TALIB

SMK SEREMBAN 2, SEREMBAN4.CIK ROHANIZAH BT ABDUL RAHIM

SMK ABDUL RAHMAN TALIB, KUANTANPAGE 55