Adab Berdoa

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Berdoa

Citation preview

Adab berdoa

1.Ketika berdoa, hendaklah dimulakan dengan memuji Allah. Kemudian diiringi dengan selawat kepada Nabi Muhammad () dan diakhiri dengan kedua-duanya juga.

2.Tekun dan berterusan berdoa serta tidak berputus asa.

3.Berdoa dengan suara yang perlahan atau sederhana antara kuat dengan perlahan.Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan.(al-Araf: 55)

4.Mengakui diri sentiasa berdosa, lalu bertaubat daripadanya dan mengakui nikmat kurniaan Allah serta bersyukur terhadap nikmat pemberian itu.

5.Tidak menggunakan bahasa yang berbelit-belit atau sukar difahami dalam berdoa.

6.Mengulangi doa sebanyak tiga kali.

7.Mengadap Kiblat.

8.Mengangkat kedua-dua tangan ketika berdoa.

9.Berwuduk terlebih dahulu sebelum berdoa.

10.Jika seseorang itu berdoa untuk orang lain, hendaklah dia berdoa untuk dirinya terlebih dahulu.

11.Berdoa dengan bertawassul menggunakan nama Allah yang mulia dan sifat-Nya yang Maha Tinggi atau dengan amal soleh yang dilakukan oleh pendoa itu.

12.Hendaklah pendoa itu memakai pakaian yang bersih, makan makanan dan minuman yang halal.

13.Ketika berdoa, hendaklah membaca syahadah dan meminta ampun terlebih dulu atau beristighfar.

14.Rendah diri, tawaduk, gigih serta bertakwa.

15.Memilih tempat juga waktu yang sesuai dan mustajab.

16.Berdoa dengan doa yang pernah diamalkan oleh Nabi Muhammad s.aw.

17.Berdoa dalam bahasa Arab atau menggunakan bahasa Arab (sebaik-baiknya.) Allah itu Maha Mengetahui.

18. Bersungguh-sungguh dalam berdoa dan berasa penuh yakin akan diperkenankan.

19. Berdoa disertai dengan kerendahan hati, khusyuk dengan jiwa yang tulus ikhlas, merendahkan suara di antara berbisik dan nyaring dan diiringi dengan perasaan takut azab Allah dan penuh harapan dengan limpah kurnia-Nya.

20. Tidak berdoa dengan sesuatu yang tidak selayaknya seperti perkara yang tidak munasabah dan mustahil.

Doa yang selalu dibaca Rasulullah ()

Diriwayatkan daripada Anas Radhiallahu anhu berkata, maksudnya: Adalah doa Nabi s.a.w yang banyak sekali (Baginda baca ialah):Ya Allah! Ya Tuhan kami! Kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharakanlah kami daripada azab api neraka.(Hadis riwayat Bukhari)

Antara waktu mustajab doa:1. Antara azan dan iqamah.2. Ketika sujud dalam solat dan selepasnya.3. Ketika mendengar kokokan ayam. (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)4. Ketika hujan mula turun.5. Ketika khatam al-Quran.Alkisahnya....|| Hamba atau Makhluk || Semasa kami menziarahi Al Arifbillah Syeikh Paksu Hamid(Paksu Mid), Paksu ada bagitahu yang ramai orang minta paksu untuk BERDOA minta dengan ALLAH supaya HAJAT mereka itu DIPERKENANKAN... Macam-macam yang mereka minta hingga ada yang tak patut diminta, Paksu marah dengan orang macam ni... Lalu Paksu suruh kami membuka tafsir Al Quran surah Al Baqarah ayat 186 yang bermaksud: "Dan apabila HAMBA-HAMBA-KU bertanya kepadamu tentang AKU, maka(jawablah), bahawasanya AKU adalah DEKAT. AKU MENGABULKAN PERMOHONAN orang yang BERDOA apabila ia memohon kepada-KU, maka hendaklah mereka itu MEMENUHI(segala perintah)KU dan hendaklah mereka BERIMAN kepada-KU, agar mereka selalu berada dalam KEBENARAN." Paksu bagi penerangan sikit tentang ayat ni: 1. Allah itu dekat dengan HAMBA-NYA, Allah tak bagitahu Allah dekat dengan makhluk-NYA. Paksu bertanya kepada kami: "Adakah kita benar-benar telah menjadi hamba Allah?". Kerana syarat DEKAT itu ialah hamba-NYA. 2. Allah kata, Allah mengabulkan permohonan orang yang berdoa tapi dengan syarat(dan siapa ada syarat ini, dialah hamba Allah): Memenuhi(segala perintahku), yakni semua hukum hakam Allah perlu dilaksanakan. Yakin dan kene beriman pada Allah. Dan sentiasa berada dalam kebenaran. Allah dekat dengan hambaNYA. Allah perkenankan doa hambaNYA. patuh, yakin, dan berada dalam kebenaran itulah hamba. Kalau hamba, mesti kerja dengan Allah baru dekat. Kita baru jadi makhluk Allah, belum jadi hamba Allah, macam mana Allah nak perkenankan permohonan kita?

Rujukan ini diceritakan oleh seorang sahabat yg menziarahi Tuan Guru PakSu Mid....moga bermanfaat..10 Sebab Doa Tidak Dimakbulkan!Terdapat satu kisah yang berlaku pada zaman tabiin , seorang ulama sufi yang terkenal, Ibrahim Adham pernah di tanya mengapakah doa-doa mereka langsung tidak dimakbulkan oleh Allah SWT.

Baca selanjutnyahttp://www.majalahniaga.com/antara-hikmah-pengajaran-10-sebab-doa-tidak-dimakbulkan-allah.html#ixzz3Rjv2dIkWFollow us:@majalahniaga on Twitter|majalahniaga on FacebookBeliau menjawab,Terdapat 10 perkara kenapa doa-doa mereka tidak di makbulkan oleh Allah SWT, antaranya ialah: Kamu kata kenal Allah SWT tetapi kamu tidak menunaikan hak-Nya (tanggung jawab kamu kepadaNya) Kamu membaca al-Quran, tetapi kamu tidak beramal dengan ajarannya. Kamu kata kamu kasihkan Rasulullah SAW, tetapi kamu tidak beramal dengan sunnahnya. Kamu kata syaitan itu musuh seterumu, tetapi kamulah karibnya dan patuh padanya. Kamu berdoa untuk masuk ke syurga Allah SWT, tetapi kamu tidak beramal dengan amalan yang membawa kamu ke syurga. Kamu berdoa minta di jauhkan dari api neraka, tetapi kamu beramal dengan amalan yang akan mencampakkan kamu ke neraka. Kamu kata mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia untuk menghadapinya. Kamu sibuk dengan keaiban saudaramu, tetapi kamu lupa dengan keaiban dirimu sendiri.

Baca selanjutnyahttp://www.majalahniaga.com/antara-hikmah-pengajaran-10-sebab-doa-tidak-dimakbulkan-allah.html#ixzz3RjvTiZJcFollow us:@majalahniaga on Twitter|majalahniaga on Facebook Kamu kuburkan saudaramu yang sudah mati, tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripadanya.Dengan itu maka taatlah akan Allah SWT,beramallah dengan Al-Quran, hidupkanlah amalan sunnah Rasulullah SAW, perangilah syaitan dengan penuh kesungguhan, berjalanlah di atas jalan menuju ke syurga, hindarilah dirimu dari masuk ke jalan ahli neraka.Bersedialah untuk menghadapi maut, perbaikilah keaiban dirimu. Banyakkanlah meminta ampun (istighfar) dan bersyukur. Ingatlah kamu bahawa setiap diri di ikat oleh maut. Insya Allah, jika engkau demikian, maka doamu sentiasa di terima Allah SWT.

Baca selanjutnyahttp://www.majalahniaga.com/antara-hikmah-pengajaran-10-sebab-doa-tidak-dimakbulkan-allah.html#ixzz3RjvcN5XFFollow us:@majalahniaga on Twitter|majalahniaga on FacebookHuraiannya :

Pertama : Doa orang tua kepada anaknya.

Doa ibu bapa kepada anak-anaknya tidak ada hijab disisi Allah SWT kerana reda Allah SWTkepada anak-anakadalah bergantung kepada reda kedua ibu bapanya . Oleh itu anak-anaktidak boleh sama sekali derhaka kepadakedua ibu bapanya.

Dari Abu Hurairah r.a berkata, bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :

"Ada tiga doa yang diterima oleh Allah secara langsung iaitu doa orang yang dianiaya, doaseorang musafir dan doa orang tua terhadap anaknya." (Hadis Riwayat Turmudzi, Ahmaddan Abu Daud)

Kedua : Doa seorang musafir sampai ia kembali dari perjalanannya.

Seorang yang bermusafir dengan tujuan baik kerana Allah SWT samaada untuk menuntutilmu, menziarahi saudara mara atau keluar rumah untuk mencari rezeki yang halal adalahperbuatan yang dikasihi oleh Allah SWT dan diberi ganjaran pahala dan doanya makbuldisisi Allah SWT. Kemuliaan yang Allah SWT berikan kepada seorang yang bermusafirsekiranya dia keputusan belanja maka wang zakat boleh diberikan kepadanya.

Dari Abu Hurairah r.a berkata, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

"Ada tiga doa yang diterima oleh Allah secara langsung iaitu doa orang yang dianiaya,doa seorang musafir dan doa orang tua terhadap anaknya."(Hadis Riwayat Turmudzi, Ahmad dan Abu Daud)

Ketiga : Doa orang yang dianiaya.

Allah SWT amat murka kepada sesiapa sahaja dikalangan hamba-Nya yang melakukankezaliman kepada hamba-Nya yang lain. Orang yang suka melakukan kezaliman dan aniayakepada orang lain akan mendapat balasan daripada-Nya di dunia lagi. Doa mereka yangdizalimi mustajab di sisi Allah SWT.

Dari Ibnu Umar r.a, Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : "Hendaklah kamu waspadaterhadap doa orang dizalimi. Sesungguhnya doa itu akan naik ke langit amat pantasseumpama api marak ke udara."(Hadis riwayat Hakim - sanad sahih)

Dari Khuzaimah bin Thabit r.a, Rasulullah SAW. bersabda maksudnya : " Hendaklah kamuwaspada terhadap doa orang yang dizalimi. Allah S.W.T. berkata : 'Demi kemulian dankeagunganKu, Aku pasti akan menolongmu walaupun setelah masa yang lama."(Hadis riwayat Tobrani - sanad hasan)

Keempat : Doa orang yang berpuasa sampai ia berbuka puasa.

Puasa adalah satu amalan yang sangat disukai oleh Allah SWT sehinggakan pahala orangyang berpuasa hanya Allah SWT sahaja akan berikan dan malaikat sendiri tidak tahu berapabanyak pahala yang hendak dicatatkan. Ada sebuah hadis qudsi yang berbunyi, Puasaadalah milik-Ku dan Akulah yang akan membalasnya.

Dalam hadis yang lain menyatakan bahawa doa orang yang berpuasa mustajab di sisi AllahSWT. Nabi SAW bersabda maksudnya : "Ada tiga jenis perkara yang tidak akan ditolak olehAllah SWT. iaitu doa orang yang berpuasa sampai berbuka, doa seorang pemimpin yang adildan doa orang yang dianiaya." (Hadis Riwayat Turmudzi)

Kelima : Doa seorang pemimpin yang adil.

Seorang pemimpin yang adil, mesra rakyat dan tidak membelakangkan kehendak dan suararakyat adalah makbul di sisi Allah SWT. Pemimpin seperti ini akan sentiasa dirahmati AllahSWT dan mendapat doa kesejahteraan daripada rakyat kerana keadilannya.

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Ada tiga jenis perkara yang tidak akan ditolak oleh AllahSWT. iaitu doa orang yang berpuasa sampai berbuka, doa seorang pemimpin yang adil dandoa orang yang dianiaya." (Hadis Riwayat Turmudzi)

Keenam : Doa seorang sahabat kepada sahabatnya dikejauhan yang keduanya saling bertemudan berkasih sayang hanya mengharap reda Allah SWT. semata.

Persahabatan dalam Islam adalah persahabatan kerana Allah SWT. Bertemu dan berpisahsemata-mata kerana Allah SWT untuk menjalankan kewajipan dakwah untuk amar makrufnahi mungkar. Doa di antara dua sahabat yang berkasih sayang dan menjalin ukhwah Islamiahadalah makbul disisi Allah SWT.

Dari Abu Hurairah r.a bahawasanya Nabi SAW. bersabda yang bermaksud :

"Doa seorang sahabat kepada sahabatnya yang lain kerana Allah dalam tempat yang berjauhanditerima oleh Allah SWT." (Hadis Riwayat Muslim)

Ketujuh : Doa anak yang soleh kepada kedua ibu bapanya.

Seorang anak yang soleh adalah anak yang taat dan patuh kepada Allah dan Rasul-Nya dankepadakedua ibu bapanya semasa kedua ibu bapanya masih hidup. Apabila kedua ibubapanyatelah meninggal dunia dia sentiasa bersedekah, membuat amal kebajikan dan mendoakanuntuk mereka. Doa anak yang soleh mustajab disisi Allah SWT.

Dari Abu Hurairah r.a. berkata Rasulullah SAW yang bermaksud :

"Apabila seorang diantara kamu meninggal dunia maka terputuslah semua amalnya kecualitiga perkara : sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang selalumendoakannya." (Hadis Riwayat Muslim)