19

adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan ... · ujian SEGAK pelajar. Selain itu, sistem ini menyediakan prosedur serta norma piawai yang digunakan dalam ujian SEGAK. Terdapat

  • Upload
    others

  • View
    30

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan ... · ujian SEGAK pelajar. Selain itu, sistem ini menyediakan prosedur serta norma piawai yang digunakan dalam ujian SEGAK. Terdapat
Page 2: adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan ... · ujian SEGAK pelajar. Selain itu, sistem ini menyediakan prosedur serta norma piawai yang digunakan dalam ujian SEGAK. Terdapat

i

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)

Tandatangan :

Nama Penyelia : EN SYAHRUL RIDHWAN BIN MORAZUKI

Tarikh : 30 APRIL 2009

Page 3: adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan ... · ujian SEGAK pelajar. Selain itu, sistem ini menyediakan prosedur serta norma piawai yang digunakan dalam ujian SEGAK. Terdapat

ii

PEMBANGUNAN PERISIAN SISTEM PENGURUSAN PANGKALAN DATA

UJIAN STANDARD KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN UNTUK MURID

SEKOLAH MALAYSIA (SEGAK)

UMMI NATRAH BINTI ABD RAHMAN

Laporan Ini DikemukanSebagai Memenuhi Syarat Penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

April 2009

Page 4: adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan ... · ujian SEGAK pelajar. Selain itu, sistem ini menyediakan prosedur serta norma piawai yang digunakan dalam ujian SEGAK. Terdapat

iii

“Saya mengakui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandangan :

Nama Penulis : UMMI NATRAH BINTI ABD RAHMAN

Tarikh : 30 April 2009

Page 5: adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan ... · ujian SEGAK pelajar. Selain itu, sistem ini menyediakan prosedur serta norma piawai yang digunakan dalam ujian SEGAK. Terdapat

iv

DEDIKASIDEDIKASIDEDIKASIDEDIKASI

Buat abahabahabahabah dan ibubububu tersayang

Abd Rahman bin AbdullahAbd Rahman bin AbdullahAbd Rahman bin AbdullahAbd Rahman bin Abdullah dan Noorliah binti RamliNoorliah binti RamliNoorliah binti RamliNoorliah binti Ramli

Buat abgabgabgabg dan adikadikadikadik

Khairil Hisham, Khairil Hadi, Khairil Muqrim,Khairil Hisham, Khairil Hadi, Khairil Muqrim,Khairil Hisham, Khairil Hadi, Khairil Muqrim,Khairil Hisham, Khairil Hadi, Khairil Muqrim,

Khairil Amini, Khairil Muhaimin, Khairil Amini, Khairil Muhaimin, Khairil Amini, Khairil Muhaimin, Khairil Amini, Khairil Muhaimin,

Khairil Naim dan Khairil AlimiKhairil Naim dan Khairil AlimiKhairil Naim dan Khairil AlimiKhairil Naim dan Khairil Alimi

Buat insaninsaninsaninsan tercinta

MuhammadMuhammadMuhammadMuhammad Effendy bin Nor AliEffendy bin Nor AliEffendy bin Nor AliEffendy bin Nor Ali serta keluargakeluargakeluargakeluarga

Buat pensyarahpensyarahpensyarahpensyarah yang dikasihi

En Syahrul Ridhwan bin MorazukiEn Syahrul Ridhwan bin MorazukiEn Syahrul Ridhwan bin MorazukiEn Syahrul Ridhwan bin Morazuki

Puan Asha Hasnimy binti HashimPuan Asha Hasnimy binti HashimPuan Asha Hasnimy binti HashimPuan Asha Hasnimy binti Hashim

Perhargaan yang tak terucap kuucapkan kerana banyak member tunjuk ajar yang amat berharga

dalam menjadi seorang insan dan bakal pemegang segulung Ijazah yang menjadi idaman setiap insan

Buat temantemantemanteman----temantemantemanteman seperjuangan

Terima kasih kuucapkan kepada kalian kerana selama ini yang banyak member dorongan dan

memberi semangat dalam mengharungi perjuangan ini

Jasa kalian amat kuhargai dan akan dikenang buat selama-lamanya…

Page 6: adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan ... · ujian SEGAK pelajar. Selain itu, sistem ini menyediakan prosedur serta norma piawai yang digunakan dalam ujian SEGAK. Terdapat

v

PENGHARGAAN

Segala puji hanya kepada Allah S.W.T., salam dan sejahtera kepada Junjungan

Besar Nabi Muhammad S.A.W. dan sekalian para sahabat baginda serta sekalian

Muslimin dan Muslimat. Amin………..

Alhamdulillah….Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan

kurnia-Nya, akhirnya saya dapat kami menyiapkan penyelidikan ini. Dengan rasa tulus

ikhlas, saya ingin merakamkan penghargaan kepada penyelia Projek Sarjana Muda saya

iaitu Puan Asha Hasnimy binti Mohd Hashim dan Encik Syahrul Ridhwan bin Morazuki

selaku penyelia Projek Sarjana Muda (PSM) saya, di atas segala bimbingan, tunjuk ajar,

teguran serta nasihat yang diberikan sepanjang penyelidikan ini dijalankan. Tidak lupa

juga kepada Puan Halijah binti Ibrahim yang turut membantu dalam menyumbangkan

idea dan pendapat semasa proses penyiapan projek ini.

Tidak lupa juga kepada rakan – rakan seperjuangan yang banyak membantu

(Mas, Ou, Faddy, Valli, Ana, Nor dan Alin) serta individu yang terlibat secara langsung

dan tidak langsung dalam penyelidikan ini. Buat insan yang paling tidak dilupakan dan

akan dikenang sepanjang hayatku, abah dan mak, segala doa, restu dan sokongan kalian

amat dihargai. Jasa baik serta doa abang-abang dan adik-adik juga tidak akan kulupakan.

Semoga usaha ini akan diberkati Allah S.W.T hendak-Nya.

Wassalam

Ummi Natrah Binti Abd Rahman

April, 2009

Page 7: adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan ... · ujian SEGAK pelajar. Selain itu, sistem ini menyediakan prosedur serta norma piawai yang digunakan dalam ujian SEGAK. Terdapat

vi

ABSTRAK

Perisian Sistem Pengurusan Pangkalan Data Ujian Standard Kecergasan Fizikal

Kebangsaan Malaysia (SEGAK) merupakan satu sistem pengurusan pangkalan data

yang digunakan untuk menganalisis data dan norma ujian kecergasan fizikal pelajar

sekolah yang berumur antara 10 hingga 17 tahun. Perisian ini dibangunkan

menggunakan perisian Macromedia Authorware 7 dan Microsoft Visual Basic 6.

Manakala, pangkalan data dibangunkan dengan menggunakan perisian Microsoft Access

2003. Pembangunan perisian ini bertujuan membina pangkalan data bagi memudahkan

guru dalam proses penganalisaan, penyimpanan dan pendokumentasian laporan data

ujian SEGAK pelajar. Selain itu, sistem ini menyediakan prosedur serta norma piawai

yang digunakan dalam ujian SEGAK. Terdapat lima item ujian dalam ujian SEGAK

kecergasan berdasarkan komponen kesihatan. Norma bagi setiap ujian mempunyai skor

iaitu lima, empat, tiga, dua dan satu, manakala, gred pencapaian keseluruhan ditetapkan

mempunyai lima iaitu gred A, B, C, D dan E. Gred pencapaian keseluruhan diperolehi

melalui nilai purata skor semua item ujian. Perisian ini mempunyai enam pautan utama

iaitu halaman utama, prosedur ujian, norma ujian, pendaftaran, skor ujian dan kredit

pembangun. Hasil kajian mendapati perisian ini dapat membantu guru dalam proses

penganalisaan, pengrekodan, penyimpanan serta laporan data ujian pelajar. Sistem juga

berupaya membantu guru mengendalikan ujian dan mengenalpasti prestasi pelajar

dengan pantas dan bersistematik.

Page 8: adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan ... · ujian SEGAK pelajar. Selain itu, sistem ini menyediakan prosedur serta norma piawai yang digunakan dalam ujian SEGAK. Terdapat

vii

ABSTRACT

Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Malaysia (SEGAK) database

management system software is defined as database management system which is used

to analyze data and norm of students aged around 10 to 17 years old. The software were

developed using Macromedia Authorware 7 and Microsoft Visual Basic 6. Whereas, the

development of database management system was developed by using Microsoft Access

2003. This software was developed to help teachers in data analyzing, storage and record

documentation for SEGAK test. Besides, the system provides the procedures and

standard norms for SEGAK test. There are five test items in SEGAK test which are

based on health-related fitness. Score norm for each test are five, four, three, two and

one. Whereas, the grades for overall achievement are A, B, C. D and E. The overall

achievement grades obtained from the average of all test item. The software consists of

six main links which are main page, test procedures, test norms, students registration,

test score and developer credit. Result of this study found that this software helped

teachers in students’ data analyzing, recording, storing and reporting the test results. The

system also helped teachers conducting the test and identify students performance

quicker and systematically.

Page 9: adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan ... · ujian SEGAK pelajar. Selain itu, sistem ini menyediakan prosedur serta norma piawai yang digunakan dalam ujian SEGAK. Terdapat

viii

ISI KANDUNGAN

BAB TAJUK MUKA SURAT

PENGAKUAN PENYELIA i

JUDUL ii

PENGAKUAN PENYELIDIK iii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

ISI KANDUNGAN viii

SENARAI LAMPIRAN x

SENARAI RAJAH xi

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Rasional Perlaksanaan Projek 7

1.6 Skop dan Batasan Kajian 7

1.7 Definisi Operasional 8

1.8 Kesimpulan 11

Page 10: adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan ... · ujian SEGAK pelajar. Selain itu, sistem ini menyediakan prosedur serta norma piawai yang digunakan dalam ujian SEGAK. Terdapat

ix

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Ujian Kecergasan Fizikal 12

2.2 Sistem Pengurusan Pangkalan Data 16

2.3 Kesimpulan 19

3 REKA BENTUK SISTEM

3.1 Fasa Analisis 20

3.2 Fasa Reka Bentuk 25

3.3 Fasa Pembangunan 32

3.4 Fasa Perlaksanaan 33

3.5 Fasa Penilaian 34

3.6 Kesimpulan 34

4 REKABENTUK PERISIAN

4.1 Pengenalan 35

4.2 Pakej Perisian 36

5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Perbincangan 51

5.2 Rumusan 58

5.3 Cadangan 59

5.4 Penutup 60

RUJUKAN 61

LAMPIRAN (A-N) 66

Page 11: adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan ... · ujian SEGAK pelajar. Selain itu, sistem ini menyediakan prosedur serta norma piawai yang digunakan dalam ujian SEGAK. Terdapat

x

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKASURAT

A Simbol Perwakilan Carta Alir 66

B Prosedur Ujian Komposisi Badan 67

C Prosedur Ujian Naik Turun Bangku 68

D Prosedur Ujian Tekan Tubi Suaian Lelaki 70

E Prosedur Ujian Tekan Tubi Suaian Perempuan 72

F Prosedur Ujian Ringkuk Tubi Separa 74

G Prosedur Ujian Jangkauan Melunjur 76

H Rujukan Norma Ujian Bagi Lelaki 78

I Rujukan Norma Ujian Bagi Perempuan 80

J Rujukan Norma Bagi Keseluruhan Ujian 82

K Borang Skor Ujian SEGAK Bagi Sekolah Rendah 83

L Borang Skor Ujian SEGAK Bagi Sekolah Menengah 85

M Pengesahan Pakar Bidang 88

N Contoh Pengaturcaraan Microsoft Visual Basic Bagi Perisian Sistem Pengurusan Pangkalan Data Ujian SEGAK 89

Page 12: adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan ... · ujian SEGAK pelajar. Selain itu, sistem ini menyediakan prosedur serta norma piawai yang digunakan dalam ujian SEGAK. Terdapat

xi

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKASURAT

3.1 Carta Alir Menu Utama 26

3.2 Carta Alir Sub-Menu (Pendaftaran Pelajar) 27

3.3 Carta Alir Sub-Menu (Skor Ujian) 28

3.4 Carta Alir Sub-Menu (Prosedur Ujian) 29

3.5 Carta Alir Sub-Menu (Norma Ujian) 30

3.6 Carta Alir Sub-Menu (Kredit Pembangun) 31

4.1 Paparan Halaman Montaj Sistem 36

4.2 Paparan Halaman Menu Utama Sistem 37

4.3 Paparan Halaman Pendaftaran 38

4.4 Paparan Halaman Pendaftaran Skor Ujian 39

4.5 Paparan Halaman Paparan 40

4.6 Paparan Halaman Tingkatan 3 40

4.7 Paparan Halaman Menu Prosedur Ujian 41

4.9 Paparan Halaman Prosedur Ujian Tekan Tubi Lelaki 43

4.10 Paparan Halaman Prosedur Ujian tekan Tubi Perempuan 43

4.11 Paparan Halaman Norma Ujian 44

4.12 Paparan Halaman Menu Norma Lelaki 45

4.13 Paparan Halaman Menu Norma Perempuan 45

4.14 Paparan Salah Satu Halaman Norma Ujian Lelaki 46

4.15 Paparan Salah Satu Halaman Norma Ujian Perempuan 47

4.16 Paparan Halaman Norma Keseluruhan 48

4.17 Paparan Halaman Kredit Pembangun 49

Page 13: adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan ... · ujian SEGAK pelajar. Selain itu, sistem ini menyediakan prosedur serta norma piawai yang digunakan dalam ujian SEGAK. Terdapat

xii

4.18 Paparan Pertanyaan Keluar 50

4.19 Paparan Penghargaan 50

Page 14: adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan ... · ujian SEGAK pelajar. Selain itu, sistem ini menyediakan prosedur serta norma piawai yang digunakan dalam ujian SEGAK. Terdapat

1

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Kecergasan yang optimum boleh membantu murid dalam melaksanakan aktiviti

harian dengan cekap dan berkesan tanpa berasa letih. Kecergasan fizikal sering kali

dikaitkan dengan keupayaan seseorang individu menggunakan masa senggang,

menentang penyakit hipokinetik dan menghadapi kecergasan (Helen Tan, 2002).

Sebelum ujian SEGAK diperkenalkan, terdapat beberapa ujian kecergasan lain

yang telah diimplementasikan di sekolah. Ujian Daya Tahan Asas (UDTA) mula

dilaksanakan pada tahun 2001. UDTA menggunakan ujian larian 1500 meter sebagai

item ujian untuk mengukur tahap kecergasan pelajar sekolah lingkungan umur 11 hingga

17 tahun. Namun, sehingga kini masih tiada kajian dari luar negara atau program-

Page 15: adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan ... · ujian SEGAK pelajar. Selain itu, sistem ini menyediakan prosedur serta norma piawai yang digunakan dalam ujian SEGAK. Terdapat

2

program kecergasan yang menggunakan ujian larian 1500 meter dalam program mereka.

Menurut Zolkifli Abd Ghani (2006), nilai kebolehpercayaan dan kesahan ujian ini,

bagaimana norma ujian dibina, serta bilangan subjek yang digunakan dalam kajian

tersebut tidak dijelaskan secara terperinci oleh Bahagian Pendidikan Jasmani.

Disebabkan terdapat kesangsian terhadap kebolehpercayaan dan kesahan ujian ini, Pusat

Perkembangan Kurikulum (PPK) telah memperkenalkan Ujian Kecergasan Jasmani

Kebangsaan (UKJK) diperkenalkan pada tahun 2003. Kemudian, pada tahun 2005, Ujian

Kecergasan Fizikal Malaysia (UKFM) diperkenalkan bagi menggantikan UKJK.

Peningkatan kepada sesuatu set aktiviti kecergasan dirancang dan dilaksanakan

untuk membantu pelajar mendapatkan keputusan kecergasan yang optimum mengikut

prosedur serta norma yang telah ditetapkan. Oleh itu, satu penilaian piawai dikenali

sebagai Program Penilaian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid

Sekolah Malaysia (SEGAK) diperkenalkan. Program ini dirancang ada tahun 2005 dan

telah dirangka untuk dilaksanakan mulai sesi persekolahan pada setiap tahun.

Walaubagaimanapun, ia mula dilaksanakan pada tahun 2008 dan ia telah menggantikan

UKFM. Program penilaian SEGAK ini dirancang selari dengan tunjang kecergasan yang

terkandung dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan

Sekolah Rendah dan Menengah. Pelaporan hasil SEGAK akan menjadi komponen

kecergasan kepada penilaian berasaskan sekolah. Komponen kecergasan yang diuji

dalam SEGAK adalah komponen kecergasan fizikal berasaskan kesihatan iaitu Indeks

Jisim Badan (BMI), kekuatan otot, daya tahan otot, kelenturan badan dan daya tahan

kardiovaskular.

Namun begitu, masih tiada suatu sistem pengurusan maklumat ujian kecergasan

yang dijalankan di peringkat sekolah. Sistem pengurusan maklumat merupakan satu

sistem yang menyediakan banyak ciri, walaupun bagi pekerja yang bukan teknikal untuk

membina, mengurus dan seterusnya menerbitkan pelbagai maklumat seperti teks, video,

gambar, atau dokumen yang ditentukan oleh peraturan, proses dan urutan secara

Page 16: adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan ... · ujian SEGAK pelajar. Selain itu, sistem ini menyediakan prosedur serta norma piawai yang digunakan dalam ujian SEGAK. Terdapat

3

berpusat bagi memastikan ianya lebih teliti dan terancang. Justeru itu, sistem pengurusan

maklumat ini memerlukan satu pangkalan data bagi merekod dan menyimpan data ujian

pelajar.

Pangkalan data adalah satu koleksi data dan program yang membolehkan

pengguna mencapai maklumat yang diperlukan bagi pelbagai tujuan. Antara sistem

pangkalan data yang ada ialah sistem maklumat pelajar di sekolah dan sistem maklumat

pesakit di klinik dan hospital. Kedua-dua sistem ini mempunyai ramai pelajar dan

pelanggan di mana masing-masing mempunyai akaun sendiri. Maka, data yang banyak

perlu disimpan dan pasti ianya memerlukan satu sistem pangkalan data yang

membolehkan pihak yang bertanggungjawab menyimpan, mengubah serta membuang

data yang ada.

Sistem pangkalan data merupakan satu sistem yang boleh membantu pengguna

menyimpan data secara sistematik. Untuk membuat capaian kepada pengkalan data

hendaklah menggunakan perisian yang dikenali sebagai Sistem Pengurusan Pangkalan

Data atau Database Management System (DBMS). DBMS adalah set satu aturcara yang

direkabentuk untuk menguruskan maklumat seperti menambah, mengemaskini dan

mendapatkan semula data yang sedia ada dalam pangkalan data. Terdapat lima

komponen utama dalam sistem pengurusan pangkalan data iaitu perkakasan, perisisan,

perisian data, prosedur dan orang. Antara contoh DBMS adalah Microsoft Access, SQL,

Fox Pro, C++, FOTRAN dan sebagainya.

Pengguna yang menggunakan sistem pangkalan data mampu mengubah,

memadam dan merekod data yang baru. Pengguna sistem boleh melaksanakan atau

meminta sistem untuk melakukan pelbagai operasi seperti memasukkan data ke dalam

fail sedia ada, menambahkan fail baru ke dalam pangkalan data, memperbaiki data

Page 17: adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan ... · ujian SEGAK pelajar. Selain itu, sistem ini menyediakan prosedur serta norma piawai yang digunakan dalam ujian SEGAK. Terdapat

4

daripada fail sedia ada, memadam dan menukar data sedia ada yang tidak diperlukan

daripada pangkalan data.

Sistem maklumat bermaksud satu kombinasi yang terdiri daripada manusia,

perkakasan, perisian, rangkaian dan data yang bertanggungjawab mewujud, mengumpul,

menukar dan mengagihkan maklumat dalam sesebuah organisasi. Ia juga boleh

dimaksudkan sebagai persekitaran proses mewujud atau memperolehi maklumat,

mengumpul maklumat daripada pelbagai bentuk, proses dan menukar bentuk maklumat

yang diperoleh dan dikumpulkan ke dalam bentuk yang diingini dan seterusnya

mengagihkan maklumat tersebut kepada pihak yang berkaitan untuk ambil tindakan.

1.2 Latar Belakang Masalah

Program Penilaian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid

Sekolah Malaysia (SEGAK) ini dirancang selari dengan tunjang kecergasan yang

terkandung dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan

Sekolah Rendah dan Menengah.

SEGAK mula diilhamkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun

2005. Ujian ini dirancang untuk dilaksanakan sepenuhnya kepada murid Tahun 4 hingga

Tingkatan 5 mulai sesi persekolahan tahun 2008. Pelaporan hasil SEGAK akan menjadi

komponen kecergasan kepada penilaian berasaskan sekolah.

Page 18: adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan ... · ujian SEGAK pelajar. Selain itu, sistem ini menyediakan prosedur serta norma piawai yang digunakan dalam ujian SEGAK. Terdapat

5

Rekod penilaian kecergasan memberi maklumat tentang tahap kecergasan murid.

Ujian yang dijalankan secara sistematik wajib diadakan dua kali setahun dan diharap

dapat memotivasikan murid mengamal gaya hidup sihat. Murid akan lebih bertanggung

jawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan

terhadap keharmonian dan kesejahteraan negara selaras dengan hasrat Falsafah

Pendidikan Kebangsaan ke arah merealisasikan Wawasan 2020.

Guru perlu merancang bagaimana hendak menguruskan semua pengendalian

ujian serta dokumentasi laporan keputusan ujian SEGAK. Guru perlu merancang tarikh

ujian, menyediakan tempat, alatan dan borang, memastikan aspek keselamatan,

mentadbir ujian, mengesahkan hasil ujian, merekod ujian dalam sistem maklumat murid,

menganalisa hasil ujian dan melaporkan hasil ujian dalam buku rekod kemajuan murid.

Maklumat keputusan skor ujian perlu dihantar kepada Jabatan Pelajaran Negeri (JPN)

setiap 6 bulan. Pengendalian laporan keputusan ujian juga dilakukan secara manual.

Kini, penggunaan teknologi komputer dan teknologi maklumat banyak

diaplikasikan dalam dunia pendidikan negara dan telah menjadi suatu aset yang penting

untuk meningkatkan sktruktur pengurusan sesuatu maklumat terutamanya maklumat

elektronik. Ini termasuklah dalam penyimpanan maklumat bagi ujian kecergasan fizikal

seperti FITNESSGRAM, BSDI Fitness Analyst, FITSTAT dan Senior Test Kit. Namun

begitu, sehingga kini masih tiada sistem pengurusan pangkalan data bagi ujian

kecergasan yang dijalankan kepada pelajar sekolah di Malaysia. Justeru itu, pembangun

melihat pengurusan yang lebih sistematik perlu dilakukan bagi mengendalikan urusan

penyimpanan dan percetakan laporan keputusan ujian SEGAK. Sejajar dengan itu,

kajian ini bertujuan untuk membina satu Sistem Pengurusan Pangkalan Data Ujian

SEGAK di peringkat sekolah.

Page 19: adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan ... · ujian SEGAK pelajar. Selain itu, sistem ini menyediakan prosedur serta norma piawai yang digunakan dalam ujian SEGAK. Terdapat

6

1.3 Pernyataan Masalah

Sehingga kini, pengurusan data ujian kecergasan diuruskan secara konvensional.

Kaedah konvensional yang menjadi amalan mempunyai banyak kelemahan terutama

dari segi kos, masa dan penggunaan borang yang banyak serta boleh mengundang

kepada kehilangan salinan borang data ujian pelajar. Selain itu, masalah lain yang timbul

adalah pemindahan data dari hardcopy kepada hardcopy. Ini kerana, guru sendiri

merekodkan keputusan ujian dengan tulisan tangan dan jika berlaku kesilapan semasa

merekod, pembetulan dilakukan di atas borang yang sama dan tidak kemas. Proses

pengiraan skor ujian secara manual mengambil masa yang sangat lama dan agak

membebankan guru yang bertanggungjawab.

1.4 Objektif Kajian

Berikut merupakan objektif-objektif kajian :

1.4.1 Membangunkan sebuah sistem maklumat berkomputer bagi Ujian Standard

Kecergasan Kebangsaan (SEGAK).

1.4.2 Membina sebuah sistem maklumat yang mampu melakukan proses pengrekodan

dan maklumat Ujian Standard Kecergasan Kebangsaan (SEGAK) seperti

penambahan, pembuangan dan pengemaskinian data.