Upload
abdulaziz-abubakar
View
53
Download
8
Embed Size (px)
Citation preview
JUDUL: 1.4 g I If T
R~fV1AJA
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
BORANG PENGESARAN STATUS TESIS
P:f; N (,- A M ~ I LAN sA R f1 PAN P A b I
P I ~Vl L.-; M I \( E 0 tj J.l .
PUMS 99:1
IJAZAR: c;AI2.J4NA MyDA ~AIN S- AdA KANArv (M/HANAN g Pt/VIAkA-NAN
SESI PENGAJIAN :_--=-1. -=-o.....:.o.....:.~....!:/--'2.~o~o_4-L--__
Saya N \A Q \.1 L H \,( ~ N Ii e r M 0 H 0 ~ H ~ l<l~ I (HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (LPSI Sarjanal Doktor Falsafah) ini di simp an di Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah ha1anili~ Universiti Malaysia Sabah. 2. Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi.
4. ** Sila tandakan ( I ) (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di
SULIT dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukakan TERHAD oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
v I TIDAK TERHAD Disahkan oleh
~/ (TANDATANGANPENULIS) STAKAWAN)
AlamatTetap: 37, ktZ13UH NAJ(HODtl}
Tarikh: ___ 3=----M_I<._I_'J._O_O.,...:7 _____ _
PN . ((AMLAH 6-E"Df{ &,,8 MDHO ~oSLI Nama Penyelia
Tarikh: 3 M£ I 2DO 7 ------~--------
~ATAT AN: * Potong yang tidak berkenaan. * Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampiran surat daripada pihak berkuasaJorgansasi
berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT dan TERHAD.
* Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, ata disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan,. atau Laporan Projek Sarjana Muda (LPSM
TABIAT PENGAMBILAN SARAPAN PAGI DI KALANGAN REMAJA DI DAERAH KULIM, KEDAH
NURUL HUSNA BINTI MOHD SHUKRI
LATIHAN ILMIAH INI DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI SEBAHAGIAN SYARAT
MEMPEROLEHIIJAZAH SARJANA MUDA SAINS MAKANAN DENGAN KEPUJIAN DALAM BIDANG
SAINS MAKANAN DAN PEMAKANAN
'£RPUSTA lAM UNIY£RStTI MAlAYSIA SA9~"
SEKOLAH SAINS MAKANAN DAN PEMAKANAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
2007
ii
PENGAKUAN
Saya akui karya ini adalah hasil ke~a saya sendin kecuali sagala nukllan, rlngkasan dan rujukan yang tiap-tiap satunya tetah saya jelaskan sumbemya.
Tankh : 3 MEl 2007 (NURUL HUSNA BT MOHO SHUKRI)
HN 2003·2456
PERPUSTAKAAN ONfV£RSITI MALAYSIA SAR8 J1
iii
DIPERAKUKAN OLEH
Tandatangan
1. PENYELIA (PN. RAMLAH GEORGE @ MOHO ROSLI)
2. PEMERIKSA 1 (elK ADILAH BT MD RAMLI )
3. PEMERIKSA 2 (PROF. MADYA DR. MOHO ISMAIL ABDULLAH)
4. DEKAN (PROF. MADYA DR. MOHO ISMAIL ABDULLAH) ......
iv
PENGHARGAAN
Dengan nama Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Alhamdulliah, bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan
kumianya, dapat saya menyiapkan kajian penyelidikan ini tanpa sebarang masalah yang
tidak diingini. Diharap kajian ini dapat menjadi rujukan yang berg una di masa akan
datang. Saya juga Ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima
kasih khas kepada penyelia saya, Pn. Ramlah bt Mohd Rosli@George di atas segala
tunjuk ajar, pandangan, komen dan nasi hat sepanjang tempoh penghasilan tesis ini
dijalankan. Ucapan penghargaan dan terima kasih juga ditujukan kepada semua yang
tertibat dalam memberikan tunjuk ajar, bimbingan dan ilmu yang tidak temilai harganya
kepada saya sepanjang pengajian iaitu Profesor Madya Dr. Mohd. Ismail bin Abdullah
selaku dekan SSMP dan semua pensyarah, tutor serta kakitangan SSMP. Terima kasih
juga ditujukan kepada Jabatan Pendidikan Daerah Kulim, Syarikat Amalan Belajar Sdn
Bhd serta kesemua responden yang tertibat ke atas ke~asama dan bantuan yang diberi
dalam melangsungkan kajian ini. Setinggi-tinggi terima kasih kepada rakan-rakan
sepe~uangan khasnya Mimie dan Nabihah, serta semua yang tertibat secara langsung
dan tidak langsung dalam memberikan ke~asama dan galakan sehingga kajian ini
selesai dijalankan. Penghargaan istimewa kepada Dr. Shukri Abdullah, Along, Huserk,
Nicol Ann David dan Nurul Izzah Anwar sebagai sumber inspirasi dan semangat
pe~uangan tinggi. Akhir sekali, teristimewa buat mak, ayah dan sekeluarga, terima kasih
kerana sentiasa memberi sokongan, semangat, dorongan, kewangan, kebahagiaan dan
mendoakan kejayaan saya. Semoga Allah S.W.T Yang Maha Pengasih Lagi Maha
Penyayang memberi taufik dan hidayah kepada hamba-hambaNya yang beriman dan
bertakwa. Sekian, terima kasih daun keladi.
NURUL HUSNA BT MOHO SHUKRI
HN 2003-2456
v
ABSTRAK
Objektif utama kajian Ini ialah mengkaji tabiat pengambilan sarapan pagi dan corak pemakanannya di kalangan remaja di Kulim, Kedah. Pengedaran borang soal selidik serta pengukuran antropometri untuk pengiraan JJT dilakukan ke atas 350 responden, (n; Jelaki=147 orang, perempuan=203 orang). Borang soal selidik mempunyai enam bahagian iaitu demografi, tabiat pengambilan sarapan pagi, Borang Ingatan Semula Diet 24 Jam, Borang Kekerapan Pengambilan Sara pan Pagi, tahap pengetahuan pemakanan dan pengukuran antropometri. Data dianalisa menggunakan ujian statistik kolerasi Spearman's Rank Order, Khi Kuasa Dua dan Mann-Whitney U. Sebanyak 61.1% responden bersarapan pagi pada hari kajian. Sejumlah 40% responden dikategorikan sebagai pengamal sarapan pagi (bersarapan setiap hari atau 5-6 kali seminggu) dan 60% sebagai pengabai sarapan pagi (bersarapan kurang daripada 4 kali seminggu). Berasa lebih selesa selepas bersarapan dan dibiasakan oleh ibu bapa adalah dua sebab utama pengambilan sarapan pagi. Masa terhad dan tidak lapar adalah alasan utama responden melangkau sarapan pagi. Sebanyak 29% responden mencapai pengambilan kalori sarapan pagi iaitu 25 hingga 30% daripada pengambilan kalori harian yang disarankan. lima makanan paling kerap dimakan mengikut turutan ialah roti putih, telur goreng, karipap, nasi goreng dan nasi lemak. Minuman yang paling kerap diambil ialah air kosong dan minuman coklat. Kategori pengambilan sarapan pagi didapati mempunyai perkaitan signifikan dengan pengkelasan IJT (r=-0.159,p=0.03) dan juga tahap pengetahuan pemakanan <r=-0.20,p=0.00). Namun, kolerasi rendah menyebabkan perhubungan wujud lemah dan tidak mempengaruhi antara satu sarna lain. Kesimpulannya, tabiat pengambilan sarapan pagi di kalangan remaja Kulim agak kurang memuaskan dan am alan pengambilan sarapan pagi berkhasiat perlu dipertingkatkan.
ABSTRACT
THE BREAKFAST HABITS AMONG ADOLESCENT IN KULlM, KEDAH
vi
The main objective of this research was to evaluate the breakfast consumption habits and patterns among adolescents in Kulim,Kedah. Structured questionnaires consisting of questions on demographic, breakfast habits, 24-hour Recall, Food Frequency for Breakfast, nutrition knowledge were distributed to 350 respondents (n; males=147, females=203). Weight and height were carried out and body mass index were calculated. Respondents were categorized into breakfast regulars (consumed breakfast everyday or 5-6 times a week) of breakfast skipper (consumed <4 times a week). Data were analysed using SPSS software and include Spearman's Rank Order Correlation, Chi square and Mann-Whitney U. On the day that the study was carried out, 61.1% of respondents does take their breakfast. Only 40% of respondents were categorized as breakfastregulars, where as 60% were classified as breakfl)st skipper. Two main reasons for taking breakfast were parents' motivation and feeling good after breakfast. Time constraints and not feeling hungry were main influencing factors influencing in skipping breakfast. Only 29% of respondents met 25 to 30% calories of their recommended daily intakes from breakfast alone. Five most commonly consumed breakfast items were white bread, fried eggs, curry puff, fried rice and coconut rice. Drinks which most regularly taken were plain water and chocolate drink. There was a significant but weak correlation between frequency of breakfast intake and BMI (r=-0.159,p=0.03) and level of nutrition knowledge (r=-0.20,p=0.00). In conclusion, the breakfast habits and practices among adolescents In Kulim are not to par and must be improved by daily nutritious breakfast intake.
lSI KANDUNGAN
TAJUK
PENGAKUAN
PENGAKUAN PEMERIKSA
PENGHARGAAN
ABSTRAK
ABSTRACT
SENARAIKANDUNGAN
SENARAI RAJAH
SENARAI JADUAL
SENARAI SINGKATAN I SIMBOL
SENARAI LAMPIRAN
BAB1:PENDAHULUAN
1.1 Objektif Khusus
BAB 2 : ULASAN PERPUSTAKAAN
2.1 Definisi Sarapan Pagi
2.2 Memulakan hari yang sihat
2.2.1 Peringkat pertama: Air
2.2.2 Peringkat kedua: Oksigen
2.2.3 Peringkat utama: Sarapan Pagi Berkhasiat
2.2.4 Karbohidrat Kompleks dan Serat dalam Sarapan Pagi
2.2.5 KeperJuan Kalsium dalam Sarapan Pagi
2.2.6 KeperJuan Nutrisi dalam sarapan pagi
2.3 Tabiat dan Perilaku Pengambilan Sarapan Pagi
MIS
ii
iii
iv
v
vi
vii
xii
xiii
xiv
xv
1
4
6
6
7
7
8
8
9
12
12
13
vii
2.3.1 Pengabai Sarapan
2.3.2 Pengabai Sarapan dan Kaitannya dengan
Perubahan Perilaku Kesihatan Remaja
2.4 Faktor yang mempengaruhi sarapan pagi
2.4.1 Pengaruh keibubapaan dan kekeluargaan
2.4.2 Penyediaan Sarapan Pagi
2.4.3 Kemiskinan dan Sosioekonomi
2.4.4 Masa Terhad dan Alasan Individu
2.4.5 Diet dan Penjagaan bentuk badan
2.4.6 Kebolehdapatan Sarapan Pagi di Sekolah
2.5 Kepentingan Sarapan Pagi
2.5.1 Keperluan Nutrien pada Badan
2.5.2 Peningkatan dalam Pengambilan Nutrien
2.5.3 Mengekalkan Berat Badan yang Sihat
2.5.4 Kesihatan Berpanjangan
2.5.5 Kognitif dan Pembelajaran
2.6 Komposisi Sarapan • Saiz dan Masa
2.7 Pencapaian Skolastik dan Sekolah
2.7.1 Impak Program Bersarapan Sekolah
(School Breakfast Program)
2.7.2 Mekanisma Bagaimana Sarapan Memberikan
Banyak Manfaat Terhadap Hasil-hasil Bersifat
Pendidikan
BAB 3 : BAHAN DAN KAEDAH
3.1 Rekabentuk Kajian
14
16
18
18
19
20
20
21
22
22
23
23
24
26
27
28
30
30
32
33
33
viii
ix
3.2 Lokasi Kajian 33
3.3 Persampelan 33
3.3.1 Penentuan Saiz Sampel 33
3.3.2 Responden 34
3.4 Protokol 34
3.4.1 Pra-tinjauan 35
3.4.2 Penentuan nilai Cronbach's Alpha 35
3.4.3 Tinjauan Sebenar 35
3.5 Sorang Soal Selidik 37
3.5.1 Sahagian A : Demografi 37
3.5.2 Sahagian S: Tabiat Pengambilan Sarapan Pagi 37
3.5.3 Sahagian C : Sorang Ingatan Semula Diet 24 Jam 38
3.5.4 Sahagian D : Jadual Kekerapan Pengambilan
Sarapan Pagi Mingguan 38
3.5.5 Sahagian E: Tahap Pengetahuan Pemakanan 38
3.5.6 Sahagian F : Pengukuran Antropometri 39
3.6 Pemprosesan dan Analisis Data 40
3.6.1 Pengiraan Pengambilan Nutrien dalam Makanan 40
3.6.2 Pengiraan Kekerapan Pengambilan Sarapan
Pagi Mingguan 41
3.6.3 Pengiraan Skala bagi Soalan Pengetahuan Pemakanan 41
3.6.4 Taburan Frekuensi 42
3.6.5 Korelasi Speannan's Rank Order 42
3.6.6 Ujian Khi Kuasa Dua 43
3.6.7 Penentuan Min Sampel 43
3.6.8 Ujian Mann-Whitney U 43
BAB 4 : HASIL DAN PERBINCANGAN
4.1 Data Demografi Responden
4.2 Taburan Responden bagi Pengambilan Sarapan Pegi
Pad a Hari Kajian
4.3 Taburan Kekerapan Pengambilan Sarapan Pagi Mingguan
4.3.1 Perkaitan Sosiodemografi dengan Pengambilan
Sarapan Pagi
4.4 Tabiat pengambilan sarapan pagi
4.4.1 Pengaruh Keibubapaan terhadap Pengambilan
Sarapan Pagi
4.4.2 Penyediaan Sarapan Pagi
4.5 Nilai kalori pengambilan makanan
4.5.1 Penilaian kalori bagi pengambilan sarapan pagi
4.5.2 Penilaian kalori bagi pengambilan makanan sehari
4.6 Kekerapan Pengambilan Makanan Sarapan Pagi
4.7 Tahap Pengetahuan Pemakanan
4.7.1 Analisa kebolehpercayaan soal selidik
tahap pengetahuan
4.7.2 Soslan Tabiat Pemakanan
4.7.3 Soslan tentang pengetahuan nutrien makanan
4.7.4 Soalan tentang pemilihan makanan
4.7.5 Skala Skor Soalan Pengetahuan Pemakanan
4.8 Taburan Antropometri Responden
BAB 5 : KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Kesimpulan
5.2 Cadangan
44
44
47
48
51
52
52
54
60
60
63
66
68
68
69
70
71
72
75
77
77
79
x
RUJUKAN
LAMPIRAN
83
90
xi
No. Rajah
4.1
4.2
4.3
4.4
4.5
4.6
4.7
4.8
4.9
4.10
SENARAIRAJAH
Muka Surat
Senarai sekolah-sekolah menengah di Kulim serta jumlah pelajamya yang terfibat dalam kajian
Peratusan pengambilan sarapan pagi pada hari kajian berdasarkan perbandingan jantina
Peratus kekerapan pengambilan sarapan pagi responden dalam seminggu
Peratusan golongan sara pan pagi mengikut jantina responden
Peratus pengamal dan pengabai sarapan pagi berdasarkan faktor penyedia sarapan pagi
Pengelasan silang untuk status keadaan badan Responden sekiranya tidak bersarapan pagi
Kekerapan responden mengikut pengkelasan nilai kalori bagi pengambilan sarapan pagi pada hari kajian
Kekerapan responden mengikut pengkelasan nilai kalori bagi pengambilan pengambilan makanan dal~m sehari
Taburan kekerapan responden bagi pengamal dan pengabai responden mengikut kelas skor pengetahuan (baik, sederhana, lema h)
Perbandingan kekerapan peratus responden bagi nilai IJT di antara pengamal sarapan dengan pengabai sarapan pagi (n=350)
46
48
49
50
54
56
61
64
73
75
xii
xiii
SENARAI JADUAL
No. Jadual Muka Surat
3.1 Pengiraan keyakinan interval menggunakan Kalkulator sampel saiz 34
3.2 Pembahagian janis soalan pengetahuan pemakanan 39
3.3 Pengiraan indeks jisim tubuh (IJT) 39
3.4 Kategori Jisim Tubuh 40
3.5 Pengkelasan Kumpulan bagi Saranan Pengambilan Kalon Remaja Malaysia 41
3.6 Pengkelasan Skor Kategon Soalan Pengetahuan Pemakanan 42
3.7 lnterpretasi mengikut saiz pekali korelasi 42
4.1 Data demografi responden bagi jantina, umur, bangsa dan agama 45
4.2 Data latar belakang keluarga dan sosiodemografi responden 46
4.3 Pengelasan silang bagi taburan waktu ibu dan/atau bapa responden bertolak keluar pada waktu pagi dengan golongan pengambilan sarapan 53
4.4 Skor responden bagi sebab kenapa bersarapan pagi 57
4.5 Skor responden bagi alasan untuk tidak bersarapan pagi 59
4.6 Kekerapan responden mengikut jantina dan umur bagi pengkelasan nilai kalori ke atas pengambilan sara pan pagi pada hari kajian 61
xiv
4.7 Pengkelasan kumpulan bagi saranan pengambilan kalori remaja Malaysia 62
4.8 Kekerapan respond en mengikutjantina dan umur bagi· pengkelasan nilai kalori ke atas pengambilan makanan untuk satu hari 65
4.9 Item makanan/minuman mengikut skor frekuensi oleh responden (n=350) 66
4.10 Taburan responden yang menjawab soalan 1-4 dengan betul, (n=350) 69
4.11 Taburan responden yang menjawab soalan 5-8 dengan betul, (n=350) 70
4.12 Taburan responden yang menjawab soalan 9-12 dengan betul, (n=350) 72
4.13 Min skor peratus responden bagi soalan pengetahuan Pemakanan 72
4.14 Pengelasan silang bagi tahap pendidikan tertinggi ibul bapa responden mengikut taburan skala pengetahuan 74
xv
SENARAI SINGKA TAN DAN SIMBOL
ABSB Amalan Belajar Sdn Bhd
AFIC Asean Food Information Centre
BMI Body Mass Index
IJT Index Jisim Tubuh
r Korelasi
RNI Recommended Nutrient Index
SMK Sekolah Menengah Kebangsaan
SBP School Breakfast Programme
SO Standard Deviation
SPSS Statistic Package for the Social Science
USBP Universal-free Breakfast Programme
UPSR Unit Peperiksaan Sekolah Rendah
n Kekerapan
Ph.D Doktor Falsafah
PMR Penilaian Menengah Rendah
SPM Sijil Pelajaran Malaysia
STPM Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
% Peratus
WHO World Health Organization
Z Mann Whithey U
xvi
SENARAI LAMPI RAN
No. Lampiran Muka Surat
A 90
B 93
C 95
D 96
E 104
F 108
G 112
H 116
117
BABi
PENDAHULUAN
Dewasa ini, kebanyakan hasil tinjauan mendapati tabiat serta amalan pemakanan
kanak-kanak dan remaja mempunyai potensi ke atas kesan negatif kepada kesihatan
mereka. Ketidakseimbangan nutrien atau corak makanan yang tidak betul bermula
dari zaman kanak-kanak boleh mengakibatkan kesan buruk terhadap kesihatan pada
peringkat remaja dan seterusnya dewasa, yakni risiko untuk menghadapi sesuatu
penyakit adalah lebih tinggi. Oleh itu, pengambilan sarapan pagi adalah disarankan
terutamanya pada peringkat kanak-kanak dan remaja kerana ia memberi kesan
positif kepada pertumbuhan dan perkembangan serta kesihatan yang baik untuk
jangka masa panjang (Rampersaud et al., 2005).
Sarapan pagi merupakan hidangan yang paling penting dalam sehari.
Amalan pengambilan sara pan pagi pada setiap hari dapat memberi pelbagai
kebaikan dan impak positif ke atas kesihatan diri (Hobbiss & Mahdavi, 2000). 8anyak
hasil kajian telah membuktikan bahawa sarapan pagi yang berkhasiat merupakan
salah satu faktor ke arah pemakanan sihat iaitu penyumbang kepada keperluan
pengambilan nutrien serta jumlah tenaga harian yang mencukupi (Shaw, 1998).
Sarapan pagi perlulah merangkumi sebanyak 25 hingga 30 peratus daripada nilai
kalori dan nutrien harian berdasarkan saranan pengambilan nutrien harian remaja
(Miller et al. , 1998).
Encyclopedia of Human Nutrition (2005), mendefinisikan sarapan pagi
sebagai hidangan terawal dalam satu hari yang padat dengan nutrien, rendah lemak
dan serat tinggi, serta selalunya diambil oleh kanak-kanak dan remaja pada dua jam
terawal selepas bangun pagi. Sarapan pagi merupakan peluang pertama kepada
badan untuk meningkatkan semula paras glukosa setelah kira-kira lapan sehingga
12 jam tanpa pengambilan sebarang hidangan atau makanan pada waktu malam.
Glukosa adalah penting untuk keperluan otak dan merupakan sumber utama bagi
penghasilan tenaga. Oarah glukosa juga membantu menguatkan otot-otot untuk
penggunaan aktiviti fizikal sepanjang hari (Nabb & Benton, 2006). Sarapan pagi yang
berkhasiat dan perkaitannya dengan paras glukosa dalam badan banyak dibuktikan
memberi pelbagai faedah ke atas kesihatan, taraf pemakanan dan perkembangan
kognitif khususnya kepada kanak-kanak dan remaja. Oleh itu, pengambilan sarapan
pagi yang berkhasiat dapat memberi tenaga dan nutrien bagi memulakan hari
dengan lebih baik (Pollitt & Mathews, 1998).
Pelajar yang memulakan harinya dengan pengambilan sarapan pagl
berkhasiat dapat mengurangkan kadar keletihan serta kecenderungan untuk
mengantuk di dalam kelas dan sekaligus meningkatkan ketangkasan minda ke atas
pelajaran (Taras, 2005). Beberapa kajian meluas juga menunjukkan bahawa
pengambilan sarapan pagi memberi kesan balk ke atas memorl, penumpuan,
kecerdasan dan kelakuan di dalam kelas (Oani et al., 2005). Secara umumnya, telah
diterima oleh pakar-pakar pemakanan dan kesihatan bahawa sarapan pagi adalah
sajian yang paling penting dalam sehari (Sizer & Whitney, 2003).
Kajian terhadap kepentingan pengambilan sarapan pagi serta kesannya
terhadap kesihatan dan status pemakanan kanak-kanak dan remaja maslh kurang
dljalankan di Malaysia. Kajian ini penting untUk mengenalpasti sebab yang dlberikan
oleh golongan pelajar yang mengambil atau tidak mengambil sarapan pagi, serta
sejauh mana kesedaran mereka terhadap kepentingan pengambilan sarapan pagi
(Ng & Poh, 2004). Hasil kajian-kajian seumpama sebelumnya belum dapat memberi
pendedahan secukupnya kepada komuniti tempatan mengenai kesan sarapan pagi
2
samada ia perlu ataupun tidak untuk dipraktikkan sebagai amalan harian. Tambahan
pula, kesedaran tentang kepentingan sarapan pagi di Malaysia agak kurang dan
masih perlu mendapat perhatian lebih terutamanya daripada pihak kerajaan, sekolah
mahupun ibubapa (Noorazila, 2001).
Fenomena golongan pelajar sekarang yang tidak bersarapan pagi sebelum
ke sekolah telah dianggap sebagai perkara biasa. Remaja terdahulu sebelum tahun
1970-an khususnya di kebanyakan negara sedang membangun mempunyai tarat
pemakanan yang sangat rendah. Keadaan ini telah menyebabkan ramai kanak
kanak dan remaja mengalami kebantutan serta susut tubuh badan di mana turut
mempengaruhi beberapa tungsi kognitif apabila mereka tidak mengambil sarapan
pagi (Rampersaud et al., 2005). Malangnya, sesetengah remaja di Malaysia kerap
meninggalkan sarapan dengan alasan tiada selera makan pada waktu pagi atau
tidak sempat kerana bang un lambat sehinggakan sudah menjadi kelaziman untuk
langsung tidak mengambil sarapan pagi sebelum ke sekolah. Keluarga terutamanya
ibu bapa atau penjaga turut memainkan peranan penting terhadap penyediaan
sarapan pagi dan memantau pilihan makanan oleh golongan remaja (Tee, 1999).
Terdapat pelbagai kerenah golongan pelajar terhadap tabiat bersarapan pagi.
Sesetengah daripada mereka hanya bersarapan pagi pada sekitar jam 10 hingga 11
pagi semasa waktu rehat di sekolah (Molano et al., 2002). Pemilihan makanan
semasa sarapan pula hanya kepada makanan yang digemari dan agak kurang
berkhasiat yakni sesetengahnya tidak mengandungi ataupun sangat kurang
kandungan karbohidrat kompleks seperti roti serat dan bijirin yang merupakan
perangsang kepada tungsi otak. Tambahan lagi, bukanlah kebiasaan bagi
sesetengan pelajar untuk minum minuman berkhasiat seperti susu, soya, minuman
bijirin atau minuman berkhasiat lain sebagai sajian sarapan pagi. Sesetengahnya
3
telah menganggap sarapan pagi sebagai sesuatu yang asing dan tidak perlu
melakukannya sebagai rutin harian (Tee, 1999).
Tabiat serta pilihan makanan oleh golongan remaja mempengaruhi kesihatan
terutama pertumbuhan dan perkembangan tubuh badan serta minda mereka. Oleh
itu, pendidikan pemakanan adalah penting dalam mempengaruhi tabiat pemakanan
dan gaya hidup sihat serta meningkatkan tahap kesedaran tentang kepentingan
sarapan pagi. Oi sam ping itu, sosioekonomi juga turut memberi kesan terhadap
pemakanan dan status kesihatan remaja (Levchuck et al., 2000). Secara
keseluruhannya, sarapan pagi adalah penting dan memberi pelbagai kesan positif
kepada remaja khususnya ke atas kesihatan dan perkembangan kognitif mereka.
Tabiat pengambilan sarapan pagi, kesedaran tentang kepentingannya serta
pemakanan dan cara hidup sihat di kalangan remaja adalah dipengaruhi oleh
pelbagai faktor yang perlu dikenalpasti agar dapat menyelesaikan permasalahan
yang timbul dalam mewujudkan komuniti yang sihat.
Secara amnya, kajian ini bertujuan untuk menilai dan mengenalpasti tabiat
pengambilan sarapan pagi di kalangan remaja berdasarkan data daripada soalan kaji
selidik dan pengukuran antropometri.
1.1 Objektif khusus:
1. Mengenalpasti prevalens golongan remaja yang mengambil dan tidak
mengambil sarapan pagi serta sebab dan alasan utama mereka. Seterusnya
perkaitan dengan pembolehubah lain juga dikaji iaitu;
a) tahap pengetahuan
b) pengkelasan indeks jisim tubuh (body mass index)
4
2. Membuat penilaian jumlah kalori ke atas pengambilan sarapan pagi di
kalangan responden, iaitu samada memenuhi 25 hingga 30 peratus kalori
daripada keperluan pengambilan kalori harian ataupun tidak dengan
berdasarkan kepada Saranan Pengambilan Nutrien Harian Malaysia 2005.
3. Mengenalpasti jenis makanan dan minuman yang kerap, kadang-kadang dan
jarang diambil sebagai hidangan sarapan pagi responden dengan
menggunakan jadual kekerapan pengambilan makanan sarapan mingguan.
5
:z :::t
BAB2
ULASAN KEPUSTAKAAN
2.1 Definisi Sarapan Pagi
Sarapan pagj sepet1i yang didefinisikan oIeh kebanyakan kajian adalah hidangan
yang padat nutrien, serat tinggi, rendah lemak dan sangat penting diambil oleh
semua orang terutamanya golongan kanak-kanak dan remaja (Cox et al., 1993).
Sarapan pagi juga didefinisikan sebagai sebarang hidangan makanan yang diambil
pada waktu pagi yakni dalam lingkungan dua jam selepas bangun dari tidur (James,
2004). 'Breakfasf secara literasinya bermaksud 'break a fasf, yakni 'fasf yang
bermaksud puasa adalah membawa maksud satu jangka masa di mana tidak ada
sebarang makanan yang diambil iaitu semasa seseorang itu sedang tidur. Tubuh
badan memerlukan tenaga yang mencukupi pada waktu pagi bagi membantu
memperaktifkan lagi metabolisme badan. Maka, sarapan pagi penting dalam
membekalkan tenaga dan memperbaharui simpanan glukosa dalam badan
(Levchuck et al., 2000).
Hidangan sarapan pagi mestilah terdiri daripada pelbagai jenis makanan
berkhasiat yang kaya dengan nutrien tetapi tidak melebihi kalori yang diperlukan
badan. Pengambilan sarapan pagi adalah berhubung rapat dengan kesihatan dan
kesejahteraan hidup terutamanya pada golongan kanak-kanak dan remaja, yakni
faedahnya dapat dirasai pad a pelbagai golongan umur, demografi, dan kumpulan
sosioekonomi (Rampersaud et al., 2005).
2.2 Memulakan hari yang sihat
Memulakan hari dengan baik atau secara sihat adalah perkara yang sangat penting
dalam memperkukuhkan kesihatan dan vitaliti badan. Semasa tidur, badan
membaikpulih set-sel tubuh dan mernbuang toksin dalam badan lebih pantas
daripada waktu berjaga. Pada empat hingga lima jam pertama selepas bangun tidur,
badan masih manjalankan proses pembuangan toksin dan bahan sisa. Oleh itu,
tubuh badan perlu manjalankan aktiviti pembersihan yakni waktu pagi adalah waktu
yang sangat ideal dalam membantu proses ini. Maka, Jangkah awal ialah
pengambilan air kosong dan bekalan oksigen yang mencukupi pada awal pagi
sejurus selepas bang un tidur. Seterusnya, pengambilan makanan pada waktu pagi
iaitu sarapan pagi penting untuk membekalkan vital nutrien kepada sel-sel badan
agar dapat membantu meningkatkan Iagi proses sistem badan (WillCOX & Suzuki,
2001).
2.2.1 Peringkat pertama: Air
Air rnerupakan komponen penting dalam diet kerana lebih daripada 60% tubuh
manusia terdiri daripada air yakni digunakan untuk kesemua fungsi badan termasuk
proses pencemaan, penyerapan nutrien, sistem peredaran darah ·dan perkumuhan
(Napier, 1995). Oleh itu, pada waktu pagi, perkara pertama sekali yang perlu
memasuki sistem tubuh adalah segelas air kosong supaya dapat membantu proses
pembersihan tubuh badan. Ini kerana pada waktu malam, badan menyahtoksik dan
kehilangan air semasa proses berjalan dan selalunya melalui perpeluhan. Oleh itu,
pengambilan cecair tulen secara kerap dalam sehari adalah penting terutamanya
pada waktu pagi (Vale, 2002). Air yang singkirkan dan diambil dalam satu hari
adalah sekurang-kurangnya dari dua hingga tiga liter. Sebagai satu panduan, orang
dewasa memerlukan satu liter air bagi setiap 1 000 kcal tenaga dari pengambilan
makanan (Levchuck et al., 2000).
7
RUJUKAN
Aloulou, I., ~run, J.F. &. Mercier, J. 2~06. Evaluation of insulin sensitivity and glucose I
effectiveness dunng a standardized breakfast test: comparison with the minimal model analysis of an intravenous glucose tolerance test. Metabolism 55(5): 676* 690. '
Azizon Othman. 2003. Pemakanan Alaf Baru; Penyelesaian Moden kepada Permasalahan Moden. Seremban : Health Mastery Corporation Sdn. Bhd.
Barton, B.A, Eldridge, AL., Thompson, D., Affenito, AG., Moore, R.H., Franko, D.L., Albertson, AM. & Crockett, S.J. 2005. The Relationship of Breakfast and Cereal Consumption to Nutrient Intake and Body Mass Index: The National Heart, Lung, and Blood Institute Growth and Health Study. Journal of American Dietetic Association, 105: 138~1389.
Benton, D. & Jarvis, M. 2006. The role breakfast and a mid-morning snack on ability of children to concentrate at school. Physiology & Behavior, 90: 991-999
Berg, M.C., Jonsson, I., Conner, M.T. & Lissner, L. 2002. Relation between breakfast food choices and knowledge of dietary fat and fiber among Swedish schoolchildren. Journal of Adolescent Health, 31(2): 199*207.
Box, V. & Landman, J. 1994. Children who have no breakfast. Health Education, 94(4): 10*13.
Brown, J.E., Isaacs, J.S, Krinke, U.B, Murtaugh, M.A, Stang, J & Wooldridge, N.H. 2002. Nutrition Through the Life Cycle. USA: Wadsworthrrhomson Learning.
Bull, D. 1999. Vitality Plan, London: Dorling Kinderslay Limited.
Butcher-Poweff, L.M., Bordi, P.L., Borja, D.C, Cole, C. 2003. Factors affecting breakfast intake in children. TopiCS in Clinical Nutrition, 18: 130-136.
Caballero, B., Allen, L. & Prentice, A 2005. Encyclopedia of Human Nutrition. voI.1., pp. 4-7. UK: Elsevier Ltd.
Cartwright, M., Wardle, J., Stegg/es, N., Simon, AE., Croker H. & Jarvis, M.J. 2003. Stress and dietary practices in adolescents. Health Psychology, 22:362-369.
83
Chee, S,S'. Za~iah, H., Ismail, ~.N & Ng, K.K. Anthropometry, dietary patterns and nutnent Intakes of MalaysIa estate workers. 1996. Malaysia Journal of Nutrition 2: 112-126. '
Cox, B.D., Huppert, F.A. & Whichelow, M.J. 1993. The health and lifestyle survey: seven years on. England: Dartmouth Publishing Company Limited.
Dani, J., Demmig-Adams, B. & Burrill, C. 2005. The remarkable role of nutrition in learning and behavior. Nutrition & Food Science, 35(4): 258-263.
Dwyer, J.T., Hewes, ~.v., Mitchell, P.O., Nicklas: T.A., Montgomery, D.H., lytle, l.A., Snyder, M.P, live, M.M., Bachman, K.J, RICe, R. & Parcel, G.S. 1996. Improving School Breakfasts: Effects of the CATCH Eat Smart Program on the Nutrient content of School Breakfast. Preventetive Medicine,25: 413-422.
Eboh, l.O. & Boye, T.E. 2006. Nutrition knowledge and food choices of primary school pupils in the Niger-Delta region Nigeria. Pakistan Journal of Nutrition, 5(4): 308-311.
~ of Human Nutrition. 2005. Jld 1. UK: Elsevier ltd.
Foster, J.J. 2001 . Data analysing using spss for windows. london: Sage Publication.
Frost & SuONan. 2005. Breakfast habits, nutritional status, body weight and academic performance in children and adolescents. Nutrition Research Newsletter, 24:81
FUlkerson, J .A., Sherwood, N.E., Perry C.l., Neumark-Sztainer, D. & Story, M. 2004. Depressive symptoms and adolescent eating and health behaviors: a multifaceted view in a population-based sample. Prev Med 38:865-875.
Gibrey, M.J., Margetts, B.M., Kearney, J.M. & Arab, L. 2004. Public Health Nutrition; The Nutrition Society Textbook. Oxford: Blackwell Publishing.
Greer, FR. & Krebs, FN. 2005. Optimizing bone health and calcium intakes of infants, children, and adolescents. Pediatrics, 117(2): 578-585.
Helene, D., BenOist, B.D. & Klinger, D. 2005. Nutrition in adolescence - Issues and Challenges for the Health Sector Issues in Adolescent Health and Development. The World Health Organization.
84
HObbi~~: Mahdavi, R. 2000. Eat breakfast and eat well. British FOOd Journal, 97(9):
Hoglund, D., Samuelson, G. & Mark, N. 1998. Food habits in Sweedish adolescents in relation to socioeconomic conditions. European Journal of Clinical Nutrition 52(7): 784-789
Ingwersen, J., Defeyter M.A, Kennedy, D.O., Wesnes, K.A & Scholey AB. 2006. Influence of breakfast composition on children's attention and memory. Behavior Research & Therapy, 47(2):267-273.
Iran Herman. 2004. StatisUk dan Analisis Data Sains Sosial. (Cetakan 3rd) . Kedah. Penerbitan Utara.
James, D.C.S. 2004. Nutrition & WeI/-Being A to Z.Macmillan Reference USA vol 1., pp. 15-26. USA: Thomson Gale.
Jawatankuasa Penyelaras Makanan & Pemakanan Kebangsaan. 1999. Pemakan8n Sihat Lebih Mudah dengan Panduan Diet Malaysia. 1999.
Jennfer, A Dea, O. & CaptIti, P. 2001 . Association between socioeconomic status, weight, age and gender, and the body image and\~eight control practices of 6 to 19-year-old children and adolescents. Health Education Research, 16(5): 521-532.
Keshki-Rahkonen, A , Viken, R.J. , Kaprio, J., Rissanen, A & Rose, R.J. 2004. Genetic and envirorvnent factors in breakfast eating patterns. Behavior Genetics, 34: 503-514 .
Keshki-Rahkonen, A, Kaprio, J., Rissanen, A , Virkkunen, N. & Rose, R.J. 2003. Breakfast skipping and health-compromising behaviors in adolescents and adults. European Joumal of Clinical Nutrition 57(7): 842-853.
Khor, G.L. , & Tee E.S. 1997. Nutritional assessment of rural villages and estates in Peninsular Malaysia. Malaysia Joumal of Nutrition, 3: 21-47
Kilgore, C. 2006. No breakfast? Obesity risk is more than believed. Pediatrics News, 40(8): 47
levchuck, C.M., Drohan, M. & Kosek, J.L. 2000. Healthy Living. USA: Gale Company.
85
MakoWSke, M. & Feinman, R 2005. Nutrition education: a questionnaire for assessment and teaching. Journal of Nutrition, 4:2
Masheb, RM. & Gri/o, C.M. 2006. Eating patterns and breakfast; consumption in obese with binge eating disorder. Behavior Research and Therapy. 44(11): 1545-1553.
Mi, K.K. & Bo, Y.C. 2002. The influence of portion size data on the agreement of classifications of individuals according to nutrient estimates by food frequency questionnaire in a rural area of Korea. Nutrition Research, 22(3): 271-281.
MiCkelson, RA. 1999. The breakfast habits of middle school students. Wisconsin: University of Wisconsin.
Miller, B. 2005. Bruce Miller's Beffer Health Series: Why a Fiber Supplement. Dallas: Bruce Miller Enteprise Inc.
Miller, G.D., Forgac, T., Cline, T., & McBean, LD. 1998. Breakfast benefits children in the US and abroad. Joumal of the American College of Nutrition, 17(1):4-6.
Mimalini Kandiah, Za/ilah Mohd Shariff, Chan Y.M & Hazizi abu Saad. 2007. Handbook of Nutritional Assessment Methods. Selangor: August Publishing Sdn. Bhd.
Misra, R & Aguillon, S. 2000. Predictors of health behaviors in rural adolescents. Health Education, 101(1}: 22-31.
Mohd Konting Majid. 1994. Kaedah penyelidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia. ,
MOlano, W., Koon, P.B., Guldan, G. & Kijboonchoo, K. 2002. Focus on Tweenie Health. Food Fact Asia, issue 16.
MUijs, D. 2004. Doing quantitative research. London; Sage Publication.
Muthayya, S., Thomas, T., Srinivasa, K., Rao, K., Kurpad, AV., Klinken, J.W., Owen, G. & Bruin, E.A 2006. Consumption of a mid morning .snack improves memory but not attention in school children. Physiology & BehaVIor, 90(1): 142-150
86
Nabb, S. & Benton, D. 2006. The influence on cognition of the interaction between the macro-nutrient content of breakfast and glucose tolerance. Physiology & Behavior, 87(1):16-23
Napier, K.M. 1995. Fuctional of Nutrition. USA: liff Communication Company.
National Coordinating Committee of Food Science & Nutrition. 2005. Recommended NUtrient Intake for Malaysia 2005.
Ng, S.H. & Poh B.K. 2004. Breakfast consumption among preschool children: comparison of child versus parental report. Malaysian Joumal of Nutrition 10(1):106 '
Nicklas, T.A, O'neil, C. & Myers l. The important of breakfast consumption to nutrition of children, adolescents and young adults. Nutrition Today, 39: 30-10
Noorazila Osman. 2001. Kajian Pengambilan Sarapan Pagi dan Pencapaian Akademik di Kalangan Kanak-kanak Sekolah Rendah di Kuantan, Pahang DaruI Makmur Selangor: Universiti Putra Malaysia.
Parmenter, K. & Wardle, J. 1999. Development of general nutrition knowledge questionnaire for adults. Europian Joumal of Clinical Nutrition, 53: 298-30B.
P~jabat Pelajaran Daerah Kulim-Bandar Baharu, Enrolmen sekolah-seko/ah daerah Kulim2007.
POlitt, E. & Mathews, R. 1998. Breakfast and cognition: an integrative summary. American Joumal of Clinical Nutrition, 67: 804-813
Politt, E., Cueto, S. & Jacoby, E.R. 1998. Fasting in cognition in well- and undernourished schoolchildren: a review of three experimental studies. American Joumal of Clinical Nutrition, 67: 779-784.
Powell, C.A, Walker, S.P., Chang, S.M. & Grantham-McGregor, S.M. 1998. Nutrition and education: a randomized trial of the effects of breakfast in rural primary school children. American Journal of Clinical Nutrition, 68: 873-879.
Prattala, R. & Rose, E. 1999. From regional ethnographies to interdisciplinary approaches-research on meals in Finland. Appetite 32: 66-72
87
Raiha, T. , !~ssavainen, K., Turunen, H., Enkenberg, J. & Pirjo H. 2006. Adolescents' nutrition health issues: opinion Finnish seventh-graders. Health education 106(2): 114-132. '
Rampersa~d, G.C., Pereira, M.A, Girard, B.L., Adams, J. & Metz/, J.D. 2005. Breakfast habits, nutritional status, body weight and academic performance in children and adolescents. Joumal of the American Dietetic Association, 105: 743-760.
Rea-Jeng, Y .. Wang, K.E, Hsieh, Y.S. & Chen, M. Y. 2006. Irregular breakfast eating and health status among adolescents in Taiwan. Public Health,6: 295-311 .
RObin, M.M. & Carlos, M.G. 2006. Eating patterns and breakfast; consumption in obese patoents with binge eating disorder. Behavior Research and Therapy, 44(11): 1545-1553. .
RUbin, K.W. 2003. Start the day off right: healthy breakfast. Food Service Director: Nutrilian Guide, 16:38-40.
Sakamaki, R., Toyama, K., Amamoto,R.. Chuan-Jun. L. & Shinfuku, N. 2005. Nutritional knowledge, food habits and heafth attitiJde of Chinese u.niversity students. Nutrition Joumal4:4
Sandra, G.A, Thompson, D.R., Barton, B.A., Franko, D.L., Daniels, S.R., Obarzanek, E., Schreiber, G.B. & Striegel-Moore, R.H. 2005. Breakfast consumption by AfricanAmerican and White adolescent gins correlates positively with calCIum and fiber intake and negatively with body mass index. Joumal of American Dietetic ASSOCiation, 105: 938-945 .. ·
Shaw, M.E. 1998. Adolescent breakfast skipping: an Australian study. Adolescence, 33(132):851-861.
Sherina Mohd Sidik & Rozali Ahmad. 2004. Childhood obesity: contributing factors, COnsequences and intervention. Malaysian Journal of Nutrition. 10(1): 13-22
Sizer, F. & Whitney, E. 2003. Nutrition Concepts and Controversy (9th
edition). USA: WadsworthfThomson learning Inc.
Sjoberg, A. , Hallberg, L., Hoglund, D. & Hu/then, L. 2003. Meal pattern, food choice, nutrient intake and lifestyle factors in the Goteborg adolescence study. Europian Joumal of Clinical Nutrition, 57: 1569-1578.
88
Story, M., Sztainer, D.N. & French. 2002. Individual dan environmental influences on adolescent eating behaviors. Joumal of The American Dietetic Association 102 (3): 40-51. '
Taras, H. 2005. Nutrition and student perfonnance at school. Journal of School Health 75(6): 199-214. '
Tee E Siong, MI Noor, Azudin, M.N., &Idris, K. 1997. Nutrient Composition of Malaysian foods (4th edition). Malaysian Food Composition Database Programme c/o Institute of Medical Research, Kuala lumpur
Tee: E.S. 1999. Nutrition of Malaysian: where are we heading? Malaysian Journal of Nutrition, 5: 87-109.
T esser, K.A. 2003. The Everything Nutrition Book. USA: Adams Media Corporation.
The Survey System. 2007. USA: Creative Researcy System, http://www.survevsystem.comlindex.hfml.
(atas talian)
Unusan, N., Sanlier, N. & Danisik, H. 2006. Comparison of attitude towards breakfast by ' Turkish fourth graders living in Turkey and Germany. Appetite, 45(3): 248-253.
Vale, J. 2002. Slim for Life. London: Harper Collins Publisher Ltd.
Wagman, J.R. 1997. The New Complete Medical & Health Encyclopedia. vol 2. pp32-36. New York: Lexicon Publications.
Whati, L., Senekal, M., Steyn, N., Nel, J., lombard, C. & Norris, S. 2005. Development of a reliable and valid nutritional knowledge questionnaire for urban South African adolescents. Nutrition, 21(1): 76-85
Willcox, J . & Suzuki, M. 2001. The Okinawa Program. New York: Clarkson Publisher.
Zinczenko, D. 2004. The Abs Diet. USA: Rodale Inc.
ZUl/ig, K., Ubbes, V.A., Pyle, J. & Valois, R.F. 2006. Self-reported weight perceptions, dieting behavior, and breakfast eating among high school adolescents. Joumalof School Health, 76(3): 87-93.
89