Upload
vongoc
View
226
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
Jamak & Qasar Seorang pelajar di Kuala Lumpur balik ke kampungnya sekadar tiga hari sahaja. Kemudian ia akan datang pula ke Kuala Lumpur, bolehkah dia jamak atau qasar selama
tiga hari di kampungnya itu? Tidak boleh, bahkan apabila dia masuk sahaja sempadan perkampungannya atau taman perumahannya itu ta-matlah safarnya, kerana kampung halaman itu adalah wa-
tannya sendiri dan dia tidak lagi dianggap musafir sewaktu be-rada di kampung sendiri.
Ruj: Panduan Solat Musafir, Jama’ dan Qasar.
MUTIARA
HIKMAH Berkata Saidina Ibnu Ab-as ra: Seekor anjing yang jujur lebih baik daripada manusia yang khianat.
Ayuh kita meriahkan program
kerohanian…
Setiap Selasa dan Rabu–
KELAS TAHSIN AL
QURAN
Setiap Rabu– KELAS
ASAS TAJWID MUSLIMAT
Khamis (minggu 1&4) -
DAURAH ILMU
Selasa (minggu kedua dan
keempat)- PENGAJIAN
FARDHU AIN
Ahad- Khamis BIMBINGAN
AL QURAN INDIVIDU Khamis - RAWATAN IS-
LAM DARUL SYIFA’ Mulai 24 Januari 2014-
KURSUS HAJI BERSIRI 6-7 Mac 2014 - KEM AL
MUQARRABIN 11 Mac 2014 - TOT PEN-
GURUSAN JENAZAH 12 Mac 2014 - CERAMAH
FIQH WANITA 16 Mac 2014– BICARA
KELUARGA 21-24 Mac 2014– KEMBA-
RA UKHUWWAH PADANG
BUKIT TINGGI, SU-
MATERA INDONESIA Hubungi talian:
049282567/60/58/69/66/6
3
Dan layari…
www.pusatislam.uum.edu.my
Fb : Pusat Islam UUM
AGAMA
m/s 4
S
J
TERBITAN: UNIT PENERBITAN, PENYELIDIKAN DAN PERUNDINGAN PUSAT ISLAM UUM 2014
Syeikh Ibn „Atha‟illah as-Sakandari hidup di Mesir di masa
kekuasaan Dinasti Mamaluk. Ia lahir di kota Alexandria (Iskandariyah),
lalu pindah ke Kaherah. Julukan Al-Iskandari atau As-Sakandari meru-
juk kota kelahirannya itu. Di kota Kaherah inilah beliau menghabiskan
hidupnya dengan mengajar fiqh mazhab Imam Maliki di pelbagai tem-
pat, antara lain masjid Al-Azhar. Di waktu yang sama dia juga dikenali
dalam bidang tasawuf sebagai seorang “master” (syeikh) besar ketiga di
lingkungan tarekat sufi Syadziliyah.
Sejak kecil, Ibnu Atha‟illah dikenal gemar belajar. Ia menimba
ilmu dari beberapa syekh secara bertahap. Gurunya yang paling dekat
adalah Abu Al-Abbas Ahmad ibnu Ali Al-Anshari Al-Mursi, murid dari
Abu Al-Hasan Al-Syadzili, pendiri tarikat Al-Syadzili. Dalam bidang
fiqh ia mengikuti Mazhab Maliki, sedangkan di bidang tasawuf ia terma-
suk pengikut sekaligus tokoh tarikat Al-Syadzili. Beliau tergolong ulama
yang produktif. Tak kurang dari 20 karya yang pernah dihasilkannya.
Meliputi bidang tasawuf, tafsir, aqidah, hadits, nahu, dan usul fiqh. Kar-
yanya yang paling terkenal adalah kitab al-Hikam. Kitab itu sudah be-
berapa kali disyarah. Antara lain oleh Muhammad bin Ibrahim ibn Ibad
ar Rundi, Syaikh Ahmad Zarruq, dan Ahmad ibn Ajiba.
Ibn „Atha‟illah as-Sakandari meninggal dunia pada tahun 709 H
di Kaherah . Ribuan manusia dari Kaherah dan sekitarnya mengiring
kekasih Allah ini untuk dimakamkan di pemakaman al-Qorrofah al-
Kubro.
AZ
BERIMAN DENGAN ALLAH S.W.TBERIMAN DENGAN ALLAH S.W.TBERIMAN DENGAN ALLAH S.W.T
PERBICARAAAN SIFAT WAJIB BAGI ALLAH S.W.T Ilmu, Hayat Ilmu, Hayat Ilmu, Hayat (((SIFAT MA’ANISIFAT MA’ANISIFAT MA’ANI)))
Mengetahui Allah S.W.T Allah S.W.T Maha Mengetahui segala-galanya samada yang lepas, yang se-
dang dan yang akan berlaku. Mengetahui semua perkara yang berlaku di bumi dan dilangit, tiada sebesar zarrahpun yang luput dari pengetahuan Allah S.W.T. Malah Allah S.W.T mengetahui je-jak kaki semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang gelap. Allah mengetahi yang terang dan yang sulit, Dia mengetahui bisikan hati, lintasan fikiran dan apa yang terpendam di dalam lubuk jiwa,Dia mengetahui seluruhnya dengan ilmuNya yang qadim dan azali. Allah S.W.T mengetahui bukan dengan pengetahuanNya yang baharu berlaku pada zatNya dengan sebab berlainan kedudukan dan perpindahan seperti yang berlaku kepada makhluk. Firman Allah S.W.T dalam surah Mujadalah ayat 7 bermaksud: “Tidakkah engkau memikirkan, bahawa sesungguhnya Allah mengetahui segala yang ada di langit dan yang ada di bumi? Tiada berlaku bisikan antara tiga orang melainkan Dia lah yang keempatnya, dan tiada (berlaku antara) lima orang melainkan Dia lah yang keenamnya, dan tiada yang kurang dari bilangan itu dan tiada yang lebih ramai, melainkan Ia ada bersama-sama mereka di mana sahaja mereka berada. Kemudian Ia akan memberi tahu kepada mereka - pada hari kiamat - apa yang mereka telah kerjakan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.” Sifat Ilmu ada satu ta’luq sahaja Tanjizi QadimTanjizi QadimTanjizi Qadim: Ertinya terlaksana pengetahuan Allah terhadap sesuatu itu pada azali lagi, sep-erti pengetahuan Allah tentang keadaan di mahsyar telahpun wujud sebelum dijadikan sesuatu lagi.
Allah S.W.T Hidup Hidup Allah S.W.T adalah hidup yang paling sempurna dan tidak diketahui
hakikatnya. Allah hidup tidak seperti hidup makhluk. Allah hidup tidak melalui apa-apa peranta-
raan sepert daging, darah, udara, bernafas dan lain-lain. Hidup Allah tidak ada permulaan dan
kesudahan. Adanya segala sifat kesempurnaan bagi Allah S.W.T itu memastikan Allah itu bersifat
dengan hayat. Seluruh alam tidak akan wujud
melainkan kerana wujudnya sifat hidup-Nya.
Sifat hayat tidak berta’luq dengan sesuatu apa-
pun samaada yang wujud atau yang tidak
wujud. Wallahua’lam
Sidang Redaksi
Pengarang:
Unit Penerbitan, Penyelidikan dan Perundingan, Pusat Islam UUM Dengan kerjasama:
Bahagian Hal Ehwal Masjid , Pusat Islam UUM
04-9285867/64/60/03/06
BIL 17/2014
Ilmu
Hayat
Gema Jumaat
m/s 2
Orang Mukmin Yang TenangOrang Mukmin Yang TenangOrang Mukmin Yang Tenang
Daripada Ibnu Umar ra katanya, bersabda Rasulullah S.A.W, "Orang mukmin sentiasa be-
rada di dalam ketenangan agamanya (dengan mengharapkan rahmat Allah) selagi
dia tidak menumpahkan darah secara haram (tidak pernah membunuh melainkan
dengan kebenaran yang hak)". Riwayat Bukhari
Huraian:
Orang mukmin yang tenteram ialah orang mukmin yang sentiasa menjaga haknya
dengan Allah S.W.T dan menjaga hak sesama makhluk-makhluk yang lain.
Memelihara hak Allah S.W.T dengan mentaati segala suruhan dan meninggalkan
segala larangan-Nya walaupun hanya dosa kecil. Hal ini kerana setiap dosa yang
kita lakukan akan menyebabkan hati kita menjadi kotor dan hidup kita tidak akan
aman atau tenteram.
Memelihara sesama makhluk yang lain dengan tidak menzalimnya, menyeru kepada
ma‟ruf dan mencegah kemungkaran.
Manusia itu sentiasa di dalam keadaan keluh kesah apabila menghadapi suatu ujian
melainkan orang yang benar-benar beriman kepada Allah dan menjaga hak-hak
yang disuruh oleh Islam.
Membunuh tanpa hak adalah dosa besar yang menutup harapan rahmat Allah dan
menyebabkan pelakunya termasuk golongan orang yang putus asa daripada rah-
mat sekiranya dia tidak bertaubat.
MAKHRAJ HURUF (TEMPAT KELUAR HURUF)
MAKHRAJ AM DAN MAKHRAJ KHAS
Berdasarkan kepada apa yang telah disepakati oleh para Qurra‟ (ulama tajwid) dan Lughawiyin
(ulama Bahasa Arab) yang diterajui oleh Imam Al-Jazari (wafat 833H) dan Al-Khalil bin Ahmad
(wafat 170H/791M), sebutan suara huruf-huruf al-Quran itu terbahagi kepada Lima anggota
Makhraj Am dan Tujuh Belas Makhraj Khas. Lima makhraj am itu ialah: Dua bibir (syafataan),
Lidah (lisan), Kerongkong (halq), Rongga (jauf) dan Pangkal hidung (khaisyum).
Makhraj-makhraj am ini adalah anggota tempat keluar huruf itu secara am dan ia mempunyai
cara penyebutan setiap satu yang memperjelaskan tempat keluar huruf itu secara terperinci. Ini
dinamakan sebagai makhraj khas. Pembahagian 5 makhraj am kepada 17 makhraj khas boleh
dijelaskan seperti berikut: -
Makhraj Am Makhraj Khas Huruf
Syafataan (dua bibir) 2 cara sebutan 4 huruf
Lisan (lidah) 10 cara sebutan 18 huruf
Halq (kerongkong) 3 cara sebutan 6 huruf
Jauf (rongga) 1 cara sebutan Suara Mad
Khaisyum (pangkal hidung) 1 cara sebutan Suara Dengung
5 anggota 17 cara sebutan 30 suara huruf
“
m/s 3
“PERMASALAHAN UMAT”“PERMASALAHAN UMAT”“PERMASALAHAN UMAT”
Marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah S.W.T dengan sebenar-
benar takwa serta melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala
larangan-Nya.
Salah satu permasalahan yang paling penting untuk kita sedari sebagai
umat Islam ketika ini ialah tentang ghazwul fikri yakni penjajahan pemikiran
yang berkait dengan pelbagai kehidupan manusia. Terjadinya permasalahan
tersebut kerana jauhnya umat Islam dari Kitabullah dan Sunnah Rasulullah
S.A.W. Justeru itu mereka tidak dapat menilai pertembungan antara yang hak
dan batil iaitu keimanan dan kekufuran, kemudian wujud pula Tafriqah iaitu ter-
jadinya perpecahan di kalangan umat itu sendiri dan Taklidiah iaitu ada ka-
langan umat Islam yang mengikut tanpa berpegang kepada prinsip Islam yang
sebenar. Syaitan pula memainkan peranan menyesatkan lagi manusia seper-
timana firman Allah dalam surah Al- Mujadalah ayat 19 yang bermaksud,
“Syaitan telah menguasai dan mempengaruhi mereka, sehingga me-
nyebabkan mereka lupa mengingati (ajaran dan amaran) Allah; mereka itulah
puak syaitan. Ketahuilah! Bahawa puak syaitan itu sebenarnya orang-orang
yang rugi. ”
Modal insan yang cemerlang hanya dapat dilahirkan jika anugerah Allah
S.W.T yang paling bernilai iaitu „akal‟ dimanfaatkan dengan baik. Amalan
memelihara akal dapat dilakukan dengan penghayatan ilmu yang terkandung
dalam al-Quran di samping mempraktikkan Sunnah Rasulullah S.A.W.
Justeru, mimbar menyeru kepada seluruh umat Islam sekalian, agar
menghindar sifat-sifat keji dan hina seperti malas bekerja, saling melemparkan
fitnah, mengadu domba, banyak berangan-angan, terlibat dengan aneka
ragam kemaksiatan dan terpengaruh dengan ajaran-ajaran sesat dan
meragukan serta terikut-ikut dengan budaya barat yang merugikan.
Jadilah kita sebagai orang-orang mukmin yang menepati firman Allah seperti
berikut,
“Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah
orang-orang yang percaya kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka
(terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan
harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang yang
benar (pengakuan imannya) ”.