Alam Sekitar Dan Kesihatan

  • View
    18

  • Download
    0

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Penerokaan alam sekitar semulajadi untuk aktiviti perbandaran telah menyumbang kepada merebaknya pelbagai jenis penyakit .

Text of Alam Sekitar Dan Kesihatan

  • ANEA 3306

    ALAM SEKITAR DAN KESIHATAN

    Tajuk: Aktiviti perbandaran menyumbang kepada merebaknya pelbagai jenis

    penyakit.Bincangkan.

    Fakulti Sastera dan Sains Sosial (FSSS)

    Jabatan Geografi dan Pengajian Alam Sekitar

    Universiti Malaya

    Kuala lumpur,Malaysia

    Sesi 2011/2012

  • Alam Sekitar & Kesihatan (Sesi 2011/2012) ANEA 3306

    Jabatan Geografi dan Pengajian Alam Sekitar ,Universiti Malaya, Kuala Lumpur 2

    ALAM SEKITAR DAN KESIHATAN

    SESI 2011/2012

    1. SOALAN TUGASAN 1

    Bincangkan bagaimana aktiviti perbandaran menyumbang kepada merebaknya

    pelbagai jenis penyakit.

    Arahan:

    1. 2000 2500 patah perkataan

    2. Sertakan gambar atau carta aliran yang sesuai

    3. Masukkan contoh-contoh kes (HINI, Bird flu, denggi dan sebagainya)

    4. Pastikan penulisan ditulis mengikut aturan penulisan yang betul perlu ada

    rujukan penulisan

    5. Tulis rujukan di bahagian akhir.

    6. TARIKH SERAHAN : MINGGU 9

  • Alam Sekitar & Kesihatan (Sesi 2011/2012) ANEA 3306

    Jabatan Geografi dan Pengajian Alam Sekitar ,Universiti Malaya, Kuala Lumpur 3

    2. PENGENALAN

    Sistem alam sekitar semula jadi terdiri daripada empat komponen utama iaitu

    komponen atmosfera, hidrosfera, litosfera dan biosfera, setiap komponen alam

    sekitar ini saling bertindak balas antara satu sama lain dan mewujudkan satu sistem

    alam sekitar yang seimbang dan memberi kesejahteraan kepada manusia ( merujuk

    gambar rajah 1). Hal ini demikian kerana, alam sekitar amat penting kepada manusia

    untuk hidup, manusia saling bergantung kepada alam sekitar bagi memenuhi

    keperluan mereka dan keperluan manusia terbahagi kepada dua iaitu keperluan

    biologi dan keperluan budaya. Keperluan biologi lebih merangkumi kepada satu

    bentuk keperluan asas seperti makanan, minuman dan oksigen untuk bernafas, bagi

    memenuhi keperluan biologi ini manusia tidak perlu melakukan perubahan terhadap

    alam sekitar tetapi alam sekitar akan bertindak secara semula jadi. Bagi keperluan

    budaya pula alam sekitar merupakan bukan satu keperluan asas tetapi lebih kepada

    kepentingan dalam memenuhi keselesaan hidup, biasanya melibatkan pelbagai

    aktiviti antaranya aktiviti yang berteraskan ekonomi, pendidikan dan pembangunan

    infrastruktur. Alam sekitar pada masa ini akan mengalami perubahan kerana telah

    diterokai oleh manusia.

  • Alam Sekitar & Kesihatan (Sesi 2011/2012) ANEA 3306

    Jabatan Geografi dan Pengajian Alam Sekitar ,Universiti Malaya, Kuala Lumpur 4

    Gambar rajah 1: Menunjukkan perhubungan antara empat komponen alam

    sekitar semula jadi.

    Pada awalnya alam semula jadi ini merupakan satu kawasan yang asli dan masih

    dara serta masih belum diteroka dan pada masa ini dikenali sebagai proses

    determinism. Pada masa ini juga alam sekitar masih belum terjejas dan masih 100%

    asli dan alam sekitar yang banyak mempengaruhi manusia. Banyak aktiviti manusia

    pada masa ini adalah terhad kerana pengaruh faktor alam semula jadi, manusia

    banyak menjalankan aktiviti yang hanya bagi memenuhi keperluan biologi mereka.

    Namun, pada era manusia maju dan kaya dengan kemahiran teknologi maka

    wujudnya konsep possibilisme di mana pada masa ini manusia yang banyak

    mempengaruhi alam semula jadi. Manusia pada masa ini mula membangunkan alam

    sekitar bagi memenuhi keperluan budaya mereka. Banyak kawasan alam semula jadi

    sudah mula diteroka oleh manusia antaranya bertujuan bagi melakukan aktiviti

    membangunkan kawasan bandar.

    SISTEM LITOSFERA

    SISTEM ATMOSFERA SISTEM HIDROSFERA

    SISTEM BIOSFERA

  • Alam Sekitar & Kesihatan (Sesi 2011/2012) ANEA 3306

    Jabatan Geografi dan Pengajian Alam Sekitar ,Universiti Malaya, Kuala Lumpur 5

    2.1 DEFINISI BANDAR DAN PERBANDARAN

    Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang membangun bagi menuju ke

    arah negara yang maju, dalam mencapai taraf menjadi sebuah negara maju

    Malaysia perlu mahir dan maju dalam pelbagai bidang bagi bersaing dengan negara

    maju yang lain. Setiap negara yang menuju ke arah negara maju ini biasanya akan

    mengalami proses perkembangan bandar yang pesat. Menurut seorang pengkaji

    geografi bandar Khatimah Rostam (1988) telah mendefinisikan sesuatu bandar itu

    dengan melihat dari segi aspek keadaan fizikal sesebuah bandar itu antaranya dari

    segi jumlah penduduk, kepadatan penduduk bagi setiap 1 kilometer persegi dan

    peratusan pekerja yang terlibat dalam pelbagai bidang dan sektor. Contoh situasi di

    Malaysia yang telah menetapkan bagi setiap kawasan yang telah mencapai bilangan

    penduduk seramai 10 000 orang maka kawasan ini boleh diiktiraf sebagai kawasan

    bandar dan turut berlaku transformasi dari segi tahap sesebuah kawasan itu

    daripada kawasan desa atau pekan berkembang dan berubah menjadi sebuah

    kawasan bandar, proses ini boleh dikenali sebagai proses perbandaran.

    Perbandaran adalah satu proses yang berlaku di sesuatu kawasan kerana

    kawasan tersebut telah menjadi tumpuan penduduk, pembangunan dan juga

    terdapat pelbagai keperluan dan juga kelengkapan kemudahan. Menurut Khatimah

    Rostam (1988) dalam bukunya Pengantar Geografi Bandar telah mentakrifkan

    perbandaran sebagai satu proses penumpuan penduduk yang mendiami sesuatu

    kawasan yang dikenali sebagai bandar. Perbandaran juga merupakan proses yang

    dipengaruhi oleh faktor pertumbuhan penduduk, kadar migrasi penduduk desa ke

    bandar, kawasan perniagaan. Perkhidmatan, industri dan juga keluasan bandar

    tersebut menurut seorang pengkaji bandar T.G Mc Gee.

  • Alam Sekitar & Kesihatan (Sesi 2011/2012) ANEA 3306

    Jabatan Geografi dan Pengajian Alam Sekitar ,Universiti Malaya, Kuala Lumpur 6

    Sulong Mohamad (1922) telah mendefinisikan bandar sebagai sebuah

    kawasan penempatan yang mempunyai ciri ciri dari segi saiz kepadatan pekerjaan

    dan juga fungsi fungsi dan nilai nilai masyarakat yang tertentu. Beliau juga turut

    memberi beberapa kriteria tentang bandar iaitu:

    Saiz minimum penduduk di sesebuah bandar. Contoh Malaysia saiz

    minimum penduduk di sesebuah kawasan bandar adalah seramai 10 000

    orang

    Mempunyai kepadatan penduduk. Contoh di India kepadatan

    penduduknya adalah 385 orang bagi setiap 1 km persegi.

    Peratusan pekerjaan bukan dalam sektor pertanian. Contoh di Amerika

    Syarikat di mana peratusan penduduk yang bekerja dalam sektor lain

    daripada pertanian adalah tinggi iaitu sebanyak 75 % daripada

    keseluruhan penduduk.

    Letakkan dan fungsi bandar sebagai kawasan pusat dari segi pelbagai

    aspek antaranya adalah aspek ekonomi, pentadbiran , dan budaya.

    Masyarakat di bandar gaya hidup lebih kepada pentingkan diri sendiri

    (individualistik), formal dan mempunyai hubungan kekeluargaan yang

    longgar

    Kebanyakan kawasan yang asalnya dibangunkan sebagai kawasan

    pertanian telah dibangunkan semula tapi bukan kegunaan untuk

    pertanian.

    Bandar menurut Melvin G. Marcus dan Thomas Detwyler adalah satu ciptaan

    yang terdapat pengaruh manusia ke atas sumber alam semula jadi dan merupakan

    tempat di mana manusia telah banyak melakukan perubahan terhadap pelbagai

  • Alam Sekitar & Kesihatan (Sesi 2011/2012) ANEA 3306

    Jabatan Geografi dan Pengajian Alam Sekitar ,Universiti Malaya, Kuala Lumpur 7

    sumber seperti air, organisma dan udara. Bandar juga merupakan satu ruang

    manusia memulakan dan mengawal perubahan yang berlaku dalam habitatnya.

    Proses pembandaran yang dilakukan oleh manusia telah membentuk dan

    mewujudkan satu ekosistem baru di mana terdapat interaksi antara manusia,

    pekerjaannya dan alam semula jadi, interaksi yang wujud adalah bersifat kompleks.

    3. AKTIVITI PERBANDARAN MENYUMBANG KEPADA PEREBAKAN

    PELBAGAI JENIS PENYAKIT

    Aktiviti perbandaran yang semakin pesat ini juga telah menyebabkan berlaku

    perubahan terhadap keseimbangan alam sekitar. Perubahan yang berlaku ini juga

    telah mendorong alam sekitar adaptasi perubahan yang dilakukan oleh manusia ini

    yang bagi memenuhi keperluan biologi dan budaya manusia. Hal ini telah

    menyebabkan pelbagai kesan yang akan timbul dan kesan tersebut sama ada kesan

    positif, negatif mahupun kesan yang berskala kecil atau besar kepada manusia

    kerana interaksi antara manusia dan alam sekitar. Pada kebiasaannya kesan negatif

    adalah lebih banyak daripada kesan positif, antara kesan negatif seperti

    menyumbang kepada pelbagai jenis penyakit sehingga dapat menggugat

    kesejahteraan kehidupan manusia.

    Alam sekitar bandar terdiri daripada tiga komponen utama iaitu alam sekitar

    sosial ekonomi, alam sekitar pembangunan dan alam sekitar semula jadi (merujuk

    gambar rajah 2). Komponen alam sekitar pembangunan merupakan komponen yang

    paling besar dan yang mendominasi alam sekitar semula jadi di kawasan bandar.

    Hal in telah menyebabkan komponen alam sekitar semula jadi yang terdiri daripada

    empat komponen semakin mengecil dalam alam sekitar bandar. Aktiviti manusia di

  • Alam Sekitar & Kesihatan (Sesi 2011/2012) ANEA 3306

    Jabatan Geografi dan Pengajian Alam Sekitar ,Universiti Malaya, Kuala Lumpur 8

    kawasan bandar yang telah mendo