4
8/7/2019 Apabila membicarakan tentang sistem perbankan Islam http://slidepdf.com/reader/full/apabila-membicarakan-tentang-sistem-perbankan-islam 1/4 Apabila membicarakan tentang sistem perbankan Islam, secara tidak langsung ia akan melibatkan prinsip transaksi yang berlandaskan Islam. Sejarah telah membuktikan bahawa transaksi Islam telah dipraktikkan di Tanah Melayu seawal abad ke-16 lagi. Prinsip ini dapat dilihat di dalam undang- undang Melaka.[i] Apa yang jelas, kebanyakan negeri-negeri ketika zaman sebelum kemerdekaan turut dipengaruhi oleh undang-undang Melaka termasuklah yang melibatkan aspek transaksi Islam sama ada secara langsung atau tidak langsung.[ii] Pelaksanaan undang-undang Islam di negeri-negeri tersebut berterusan sehinggalah campur tangan Inggeris. [iii] Walaubagaimanapun, undang-undang Melaka tidak banyak menyentuh perkara berkaitan dengan muamalat. Ia hanya dinyatakan dalam beberapa fasal sahaja iaitu bermula daripada fasal 29 hingga fasal 34.2.[iv] Namun apa yang menarik, ia ada memperuntukkan dalam satu fasal tentang larangan riba’ dalam soal jual-beli atau pertukaran iaitu dalam fasal 30 yang menyentuh undang-undang tentang penjualan dan larangan terhadap riba’ (usury) dalam urusniaga. Satu lagi bukti pemakaian prinsip transaksi Islam adalah amalan jual janji ( conditional sale). Salleh Buang menyifatkan jual janji menyerupai prinsip transaksi Islam yang dikenali sebagai al-bay’ al- Wafa’ [v] iaitu jualan dengan pilihan untuk membeli balik. [vi] Masyarakat Melayu terutamanya kepada para petani di Kedah, Perlis, utara Perak dan Kelantan sebelum zaman prapenjajah lagi telah mengamalkannya.[vii] Amalan tersebut diamalkan kerana mereka tidak mahu terlibat dengan pembiayaan pinjaman yang berasaskan bunga yang diuruskan oleh institusi ceti pada waktu berkenaan.[viii] Budaya akad jual janji ini telah mendapat perhatian dalam perundangan oleh hakim-hakim Inggeris dalam keputusan yang dibuat. Dalam kes Tengku Zaharah lwn. Che Yusuf [ix] , Hakim Briggs memutuskan bahawa tujuan transaksi jual janji ialah untuk mendapatkan kemudahan kredit (hutang) dan memberikan kepada pemberi pinjaman (pemberi tanah) bayaran gantirugi yang sepadan tanpa terlibat dengan amalan bunga (usury) yang mana orang Islam dilarang terlibat dengannya.[x] Manakala dalam kes Mohamed Isa lwn. Haji Ibrahim[xi] , Hakim Azmi telah membuat kenyataan yang sama dan amalan yang menjadi kebiasaan para petani Kedah pada dasarnya ialah transaksi jual janji di mana penjual mempunyai hak untuk membeli semula hartanya dan untuk membolehkan pembeli (peminjam wang) mengambil manfaat daripada transaksi yang sah menurut undang-undang Islam. Apa yang jelas, amalan jual janji ini sehingga kini masih lagi diterimapakai dan diiktiraf oleh undang-undang Malaysia dan diperuntukkan dalam Seksyen 4 (2) Kanun Tanah Negara. [xii] Dapat dirumuskan bahawa ketika zaman sebelum kedatangan penjajah sememangnya tidak wujud satu sistem perbankan Islam yang komprehensif. Malah sebuah institusi perbankan yang khusus juga masih belum wujud. Masyarakat ketika itu hanyalah mempraktikkan transaksi-transaksi ringkas dalam urusan harian mereka seperti jual beli, sistem tukar barang (barter ), jual janji dan lain-lain. Walaubagaimanapun, setelah kedatangan penjajah Barat pada abad ke-19, barulah sistem perbankan mula diperkenalkan. Institusi perbankan pertama sekali di Malaysia ialah ‘The Chartered Merchant Bank of India, London and China‘ yang telah ditubuhkan oleh penjajah Inggeris pada tahun 1859. Bank ini diwujudkan untuk membiayai aktiviti perlombongan dan perindustrian serta menawarkan beberapa kemudahan kewangan bagi perdagangan antarabangsa serta kemudahan lain pada masa itu. [xiii] Namun, ketika itu masih belum wujud satu institusi yang khusus mengaplikasikan konsep sistem perbankan Islam di Malaysia. Idea penubuhan perbankan Islam di Malaysia berlangsung secara beransur-ansur. Penubuhannya adalah hasil daripada pengalaman yang dilalui oleh beberapa institusi kewangan Islam lain di Malaysia.[xiv] Institusi yang pertama sekali yang mengamalkan konsep transaksi Islam ialah Lembaga Tabung Haji (LTH) atau sebelum ini dikenali sebagai Perbadanan Wang Simpanan Bakal- Bakal Haji.[xv] Ia ditubuhkan pada tahun 1969 dan berfungsi untuk membolehkan orang-orang Islam menyimpan wang secara beransur-ansur bagi memenuhi perbelanjaan menunaikan fardhu haji dan

Apabila membicarakan tentang sistem perbankan Islam

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Apabila membicarakan tentang sistem perbankan Islam

8/7/2019 Apabila membicarakan tentang sistem perbankan Islam

http://slidepdf.com/reader/full/apabila-membicarakan-tentang-sistem-perbankan-islam 1/4

Apabila membicarakan tentang sistem perbankan Islam, secara tidak langsung ia akan melibatkan

prinsip transaksi yang berlandaskan Islam. Sejarah telah membuktikan bahawa transaksi Islam telah

dipraktikkan di Tanah Melayu seawal abad ke-16 lagi. Prinsip ini dapat dilihat di dalam undang-

undang Melaka.[i] Apa yang jelas, kebanyakan negeri-negeri ketika zaman sebelum kemerdekaan

turut dipengaruhi oleh undang-undang Melaka termasuklah yang melibatkan aspek transaksi Islam

sama ada secara langsung atau tidak langsung.[ii] Pelaksanaan undang-undang Islam di negeri-negeri

tersebut berterusan sehinggalah campur tangan Inggeris.[iii]

Walaubagaimanapun, undang-undang Melaka tidak banyak menyentuh perkara berkaitan dengan

muamalat. Ia hanya dinyatakan dalam beberapa fasal sahaja iaitu bermula daripada fasal 29 hingga

fasal 34.2.[iv] Namun apa yang menarik, ia ada memperuntukkan dalam satu fasal tentang larangan

riba’ dalam soal jual-beli atau pertukaran iaitu dalam fasal 30 yang menyentuh undang-undang

tentang penjualan dan larangan terhadap riba’ (usury) dalam urusniaga.

Satu lagi bukti pemakaian prinsip transaksi Islam adalah amalan jual janji (conditional sale). Salleh

Buang menyifatkan jual janji menyerupai prinsip transaksi Islam yang dikenali sebagai al-bay’ al-

Wafa’ [v] iaitu jualan dengan pilihan untuk membeli balik.[vi] Masyarakat Melayu terutamanya

kepada para petani di Kedah, Perlis, utara Perak dan Kelantan sebelum zaman prapenjajah lagi telahmengamalkannya.[vii] Amalan tersebut diamalkan kerana mereka tidak mahu terlibat dengan

pembiayaan pinjaman yang berasaskan bunga yang diuruskan oleh institusi ceti pada waktu

berkenaan.[viii]

Budaya akad jual janji ini telah mendapat perhatian dalam perundangan oleh hakim-hakim Inggeris

dalam keputusan yang dibuat. Dalam kes Tengku Zaharah lwn. Che Yusuf [ix] , Hakim Briggs

memutuskan bahawa tujuan transaksi jual janji ialah untuk mendapatkan kemudahan kredit (hutang)

dan memberikan kepada pemberi pinjaman (pemberi tanah) bayaran gantirugi yang sepadan tanpa

terlibat dengan amalan bunga (usury) yang mana orang Islam dilarang terlibat dengannya.[x]

Manakala dalam kes Mohamed Isa lwn. Haji Ibrahim[xi] , Hakim Azmi telah membuat kenyataan

yang sama dan amalan yang menjadi kebiasaan para petani Kedah pada dasarnya ialah transaksi jual

janji di mana penjual mempunyai hak untuk membeli semula hartanya dan untuk membolehkan

pembeli (peminjam wang) mengambil manfaat daripada transaksi yang sah menurut undang-undang

Islam. Apa yang jelas, amalan jual janji ini sehingga kini masih lagi diterimapakai dan diiktiraf oleh

undang-undang Malaysia dan diperuntukkan dalam Seksyen 4 (2) Kanun Tanah Negara.[xii]

Dapat dirumuskan bahawa ketika zaman sebelum kedatangan penjajah sememangnya tidak wujud

satu sistem perbankan Islam yang komprehensif. Malah sebuah institusi perbankan yang khusus juga

masih belum wujud. Masyarakat ketika itu hanyalah mempraktikkan transaksi-transaksi ringkas

dalam urusan harian mereka seperti jual beli, sistem tukar barang (barter ), jual janji dan lain-lain.

Walaubagaimanapun, setelah kedatangan penjajah Barat pada abad ke-19, barulah sistem perbankan

mula diperkenalkan.

Institusi perbankan pertama sekali di Malaysia ialah ‘The Chartered Merchant Bank of India, Londonand China‘ yang telah ditubuhkan oleh penjajah Inggeris pada tahun 1859. Bank ini diwujudkan

untuk membiayai aktiviti perlombongan dan perindustrian serta menawarkan beberapa kemudahan

kewangan bagi perdagangan antarabangsa serta kemudahan lain pada masa itu.[xiii] Namun, ketika

itu masih belum wujud satu institusi yang khusus mengaplikasikan konsep sistem perbankan Islam di

Malaysia.

Idea penubuhan perbankan Islam di Malaysia berlangsung secara beransur-ansur. Penubuhannya

adalah hasil daripada pengalaman yang dilalui oleh beberapa institusi kewangan Islam lain di

Malaysia.[xiv] Institusi yang pertama sekali yang mengamalkan konsep transaksi Islam ialah

Lembaga Tabung Haji (LTH) atau sebelum ini dikenali sebagai Perbadanan Wang Simpanan Bakal-Bakal Haji.[xv] Ia ditubuhkan pada tahun 1969 dan berfungsi untuk membolehkan orang-orang Islam

menyimpan wang secara beransur-ansur bagi memenuhi perbelanjaan menunaikan fardhu haji dan

Page 2: Apabila membicarakan tentang sistem perbankan Islam

8/7/2019 Apabila membicarakan tentang sistem perbankan Islam

http://slidepdf.com/reader/full/apabila-membicarakan-tentang-sistem-perbankan-islam 2/4

melibatkan diri dalam bidang penanaman modal dalam lapangan perusahaan, perdagangan,

perladangan dan hartanah melalui cara yang halal di sisi Islam.[xvi]

Seterusnya, ekoran daripada kejayaan penubuhan bank-bank Islam di beberapa buah negara seperti di

Qatar, Mesir, Pakistan dan Iran, umat Islam di Malaysia juga telah menyuarakan hasrat supaya bank 

Islam ditubuhkan di negara ini.[xvii] Malah penulis berpandangan perkembangan perbankan Islampada akhir kurun ke-19 dan awal kurun ke-20 adalah kesan daripada proses islamisasi yang berlaku

hasil daripada tokoh-tokoh reformis Islam[xviii] ketika itu yang memberi impak kepada masyarakat

Islam untuk mengamalkan ajaran Islam secara total dalam kehidupan mereka meliputi soal politik,

sosial dan ekonomi.[xix] Maka kerana itulah juga wujud gelombang pembaharuan dikalangan umat

Islam untuk menubuhkan satu sistem perbankan Islam.

Oleh itu di Malaysia, beberapa pihak telah menyeru kerajaan menubuhkan sebuah bank Islam dan

meminta kerajaan mengambil tindakan segera menggubal undang-undang bagi membolehkan

penubuhan bank dan institusi kewangan yang beroperasi berlandaskan prinsip Islam.[xx] Maka pada

30 Julai 1981, kerajaan telah melantik Jawatankuasa Pemandu Kebangsaan Bank Islam (National 

Steering Committee) yang dipengerusikan oleh YM Raja Tan Sri Mohar bin Raja Badiozaman dan

LTH dilantik sebagai urusetia.[xxi]

Pada bulan Julai 1982, Jawatankuasa tersebut telah menyerahkan laporan mereka kepada kerajaan.

Disamping mencadangkan satu kerangka asas untuk sistem perbankan Islam di Malaysia, ia juga

membuat beberapa cadangan untuk pelesenan dan penyeliaan serta pengawasan sebuah bank Islam.

[xxii] Akhirnya bagi membuka jalan untuk penubuhan bank Islam di Malaysia, kerajaan telah

meluluskan Akta Bank Islam 1983 (ABI)[xxiii] dan mula berkuatkuasa pada 7 April 1983.[xxiv]

Dengan penggubalan Akta Bank Islam 1983, maka Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) telah

ditubuhkan pada Julai 1983 sebagai bank Islam pertama di Malaysia dan diperbadankan di bawah

Akta Syarikat 1965.[xxv] Objektif utama penubuhannya ialah untuk berusaha menjalankan operasi

sebagai bank perdagangan berlandaskan hukum Syarak dan menyediakan kemudahan kepada semua

rakyat negara ini.[xxvi] Seperti bank-bank lain, Bank Negara Malaysia (BNM) diberi kuasa di bawah

Akta Bank Islam untuk mengawal selia bank Islam.

Sejajar prinsip dan matlamat BNM untuk merealisasikan sistem perbankan Islam di seluruh Malaysia,

Skim Perbankan Tanpa Faedah (SPTF) telah diperkenalkan pada Mac 1993. Melalui skim ini, institusi

perbankan konvensional dibenar menawarkan produk dan perkhidmatan perbankan Islam dengan

menggunakan prasarana yang sedia ada termasuk kakitangan dan cawangan.[xxvii] Buat permulaan,

skim ini dianggap satu perintis yang melibatkan tiga buah bank.[xxviii]

Pada tahun 1998, BNM telah menjalankan satu kajian semula terhadap perbankan Islam dan

mendapati penggunaan istilah “SPTF” tidak mencerminkan penampilan sebenar operasi perbankan

Islam yang dilaksanakan oleh institusi perbankan. Oleh itu BNM telah menggantikan istilah “SPTF”dengan “Skim Perbankan Islam (SPI)” berkuatkuasa 1 Disember 1998.[xxix] Perkembangan sistem

perbankan Islam semakin berkembang apabila pada 1 Oktober 1999, sebuah lagi bank Islam bernama

Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB)[xxx] ditubuhkan. Ia dianggap sebagai bank Islam kedua

di Malaysia muncul setelah adanya usaha kerajaan untuk memperkukuhkan sektor perbankan Islam

bagi memenuhi pertambahan permintaan masyarakat terhadap perkhidmatan perbankan Islam.[xxxi]

Dapatlah dirumuskan di sini bahawa perkembangan sistem perbankan Islam di Malaysia adalah

berdasarkan dua bentuk utama iaitu institusi perbankan Islam secara total seperti BIMB dan BMMB

dan yang kedua ialah institusi perbankan konvensional yang menyertai SPI yang diperkenalkan

kerajaan.[xxxii] Apa yang jelas, sistem perbankan Islam di Malaysia semakin berkembang daripada

masa ke semasa. Ini juga selaraskan dengan aspirasi kerajaan bagi menjadikan Malaysia sebagai hub

perbankan dan kewangan Islam yang terulung di dunia.

Sejarah Perkembangan Perbankan Malaysia

Page 3: Apabila membicarakan tentang sistem perbankan Islam

8/7/2019 Apabila membicarakan tentang sistem perbankan Islam

http://slidepdf.com/reader/full/apabila-membicarakan-tentang-sistem-perbankan-islam 3/4

Sejarah awal kelahirannya, perbankan Islam di Malaysia telah dipengaruhi oleh faktor-faktor 

eksternal dan internal. Faktor-faktor ekternal yang mempengaruhi perkembangan bank Islam di

Malaysia adalah berdirinya Bank Islam yang pertama di dunia yaitu Dubai Islamic Bank di Dubai Uni

Emirat Arab dan Bank Pembangunan Islam (IDB) di Arab Saudi pada tahun 1975. Pada tahun 1976

hingga akhir 1985, terdapat banyak pendirian bank Islam secara pesat di seluruh dunia. Langkah-

langkah ini diikuti oleh beberapa negara Islam seperti Sudan, Pakistan dan Iran dengan menggantikan

sistem perbankan kepada sistem perbankan Islam. Sedangkan faktor internal yang memberikan peran

yang penting dalam pengoperasian sistem perbankan Islam adalah desakan masyarakat malaysia

untuk melakukan pembentukan bank syariah yang diilhami perkembangan perbankan syariah secara

pesat di timur tengah.

Selain itu perbankan syariah dianggap sebagai tindak lanjut dari pelaksanaan tabungan haji

yang sudah terbukti keberhasilannya dalam mengelola dana masyarakat muslim. Faktor internal

lainnya adalah adanya inisiatif yang aktif dari kerajaan Malaysia dalam memfasilitasi pengaturan

perbankan syariah di negara tersebut. Faktor-faktor tersebut menjadi pemicu penting dalam tonggak 

perkembangan perbankan syariah di negara Malaysia, yaitu dengan diundangkannya sebuat peraturan

bernama Akta Bank Islam 1983, serta dikeluarkannya Akta Pelaburan Kerajaan 1983. Untuk 

kemudian kedua undang-undang tersebut menjadi milestone pertumbuhan perbankan syariahMalaysia.

Undang-Undang tentang bank Islam di Malaysia (Akta Bank Islam 1983) yang disahkan pada 7

April 1983 telah memberikan kewenangan kepada Bank Negara Malaysia1 untuk memberikan izin

pendirian bank syariah dan melakukan pengawasan atas kegiatan operasional bank syariah. Secara

spesifik izin yang diberikan adalah layanan perbankan Islam yang tidak bertentangan dengan aturan

syariah Islam, dalam hal ini Bank Negara Malaysia selalu melakukan pemeriksaan on-site secara

berkelanjutan yaitu dengan melakukan audit syariah terhadap segala kegiatan operasional yang

dilakukan bank syariah. Dalam hal ini BNM senantiasa membuat evaluasi dan sertifikasi pemenuhan

aspek kesyariahaan pada setiap tahun, termasuk dalam pemberian izin untuk pembukaan cabang-

cabang baru dari bank syariah.Di samping itu Akta Bank Islam juga tetap membebankan kewajiban

standart perbankan guna memenuhi aspek kesehatan perbankan bagi bank syariah, seperti: CAR, SRR dan LRR, dengan demikian bank syariah tidak hanya berkewajiban memenuhi aspek ekonomis

perbankan saja akan tetapi harus tetap memegang prinsip pemenuhan aspek syariah.

Komitmen Kerajaan Malaysia terhadap pendirian perbankan syariah dibuktikan dengan

keluarnya Akta Pelaburan Kerajaan 1983 (APK), undang-undang ini memberikan peluang dan

fasilitas khusus kepada bank syariah untuk mendapatkan dana pinjaman secara syariah dari kerajaan

untuk membantu keuangan bank syariah tersebut. Tujuan dari diterbitkannya undang-undang ini

adalah untuk memberikan bantuan likuiditas kepada bank syariah agar dapat memenuhi kewajiban

pembayarannya kepada nasabah maupun kepada pihak ketiga. Salah satu bentuk pinjaman likuiditas

dari kerajaan Malaysia disebut dengan Sijil Pelaburan Kerajaan (SPK) yang dikeluarkan sejak 1983,

pembiayaan tersebut dilaksanakan berdasarkan konsep Qardhul Hasan.

Pendirian Bank Islam Malaysian Berhad (BIMB) pada 1 Juli 1983 sebagai Bank Islam pertama

merupakan langkah awal perkembangan perbankan syariah di Malaysia. Kegiatan operasional awal

Bank Islam Malaysian Berhad dari tahun 1983 hingga 1992 dianggap sebagai tahun-tahun monopoli

BIMB karena adanya keputusan kerajaan untuk memberi tenggang waktu selama 10 tahun kepada

BIMB untuk berkembang, dalam hal ini kerajaan memberikan kewenangan BIMB untuk beroperasi

tanpa saingan sehingga diharapkan pertumbuhannya akan berlangsung secara maksimal dan yang

terakhir memberikan peluang kepada Bank Islam untuk sebanyak mungkin membuat produk 

perbankan Islam. Ketika pada tahun 1990, Bank Negara Malasysia telah mengeluarkan suatu

keputusan untuk melaksanakan satu sistem perbankan syariah yang komperehensif dan beroperasi

secara berdampingan dengan sistem perbankan konvensional. Perkembangan BIMB sedemikian

cepat, setelah 10 tahun masa perkembangan eksklusif yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia, BIMBtelah memiliki 80 cabang dan 1,200 orang karyawan, dalam perkembangannya BIMB juga tercatat

dalam Main Board of the Kuala Lumpur Stock Exchange pada 17 Januari 1992.

Page 4: Apabila membicarakan tentang sistem perbankan Islam

8/7/2019 Apabila membicarakan tentang sistem perbankan Islam

http://slidepdf.com/reader/full/apabila-membicarakan-tentang-sistem-perbankan-islam 4/4

Perkembangan sistem perbankan ganda di Malaysia berlangsung dalam dua tahapan besar.

Tahapan pertama berlangsung pada tahun 1990, pada tahapan ini perbankan konvensional dan

perbankan syariah berjalan secara beriringaan dengan mekanisme pasar yang lebih terbuka. Tahap

kedua berlangsung sejak tahun 2001, dimana perbankan syariah menjadi bahan utama dari bangunan

keuangan nasional Malaysia. Perbankan syariah di Malaysia berkembang maju dan komperehensif 

sehingga dapat menyumbang pemasukan nasional secara kualitatif dan kuantitatif guna memenuhi

kebutuhan ekonomi negara.

Pembentukan sistem perbankan ganda merupakan suatu strategi dalam rangka meningkatkan

diversifikasi jenis produk dan layanan dari perbankan, dengan demikian ummat Islam sebagai

komponen terbesar masyarakat Malaysia akan dapat memilih dan menggunakan produk perbankan

yang sesuai dengan ajaran agamanya. Di samping itu, sistem ini dapat menyediakan suatu alternatif 

produk perbankan yang baru dan lebih luas kepada masyarakat, sehingga konsumen akan dapat

memilih untuk memanfaatkan layanan perbankan syariah ataukah konvensional. Sebagai dampak 

penggunaan sistem perbankan ganda, pemerintah Malaysia harus menyiapkan berbagai pranata

perbankan yang baru sebagai suatu upaya agar perbankan syariah akan dapat memeberikan layanan

secara komperehensif.

Pada tahun 1993, otoritas perbankan Malaysia mengeluarkan kebijakan yang disebut dengan

Skim Perbankan Islam (SPI). Program Skim Perbankan Islam dilaksanakan pada tahun 1993 hingga

2000 sebagai suatu upaya memperkuat jaringan pelayanan perbankan syariah, mentargetkan kenaikan

share market perbankan syariah hingga 5 % serta memperbanyak jenis layanan bank syariah. Di

samping itu dibentuklah Majlis Penasihat Syariah pada tingkat nasional dan pembuatan Jabatan

Perbankan Islam dan Takaful pada Bank Negara Malaysia.

Salah satu dari strategi yang digunakan untuk membangunkan sistem perbankan Islam adalah

dengan menambah jumlah peserta yang bergabung dalam Skim Perbankan Islam. Pelembagaan SPI

bertujuan untuk mensosialisasikan keberadaan perbankan syariah kepada masyarakat luas dalam

waktu yang singkat serta dengan biaya yang rendah. Dengan mengikuti keanggotaan Skim Perbankan

Syariah, bank konvensional diperkenankan memberikan pelayanan produk dalam bentuk syariahdengan menggunakan prasarana dan instrumen yang sudah ditetapkan. Bank Negara Malaysia secara

khusus telah memberikan guide line mengenai bank konvensional yang memberikan layanan produk 

syariah, antara lain aturan pada BAFIA pasal 32 yang tidak membenarkan bank melakukan investasi

pada sektor usaha yang bersinggungan dengan barang haram seperti arak dan judi. Pasal 124 BAFIA

juga mensyaratkan kepada bank konvensional yang memberikan layanan produk syariah, haruslah

membuat unit atau divisi perbankan syariah. Skim ini bersifat sukarela, namun pelaksanaannya

tunduk pada ketentuan yang diatur oleh BNM.

SPI ini adalah merupakan skim yang terbuka dan sukarela, BNM tidak memaksa semua bank 

untuk mengikuti skim tersebut. Apabila bank konvensional mengikuti program SPI, maka bank 

tersebut haruslah mengikuti semua petunjuk dan persyaratan standart yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia. Salah satu persyaratan yang diberikan oleh BNM kepada bank konvensional yang

hendak mengikuti SPI adalah pembentukan “Bahagian Perbankan Islam” (Islamic Banking Division),

lembaga ini harus diketuai oleh seorang yang memiliki kompetensi dan lisensi dalam bidang

perbankan syariah. Sementara itu, bank peserta SPI diwajibkan mencari dan mengelola dana layanan

perbankan syariah secara terpisah dari anggaran untuk perbankan konvensional. Bank-bank SPI

diwajibkan memberikan proposal pembuatan layanan syariah beserta jaminan kesyariaahan produk 

dan laporannya kepada BNM. Apabila kode rekening yang dimiliki oleh SPI mengikuti jaringan

RENTAS2 (Real Time Electronic Transfer of Funds and Securities) dan juga layanan SPICK (SistemPenjelasan Imej Cek Kebangsaan), maka haruslah Bank SPI tersebut mempunyai pelaporan statistik 

dalam bentuk dalam FISS (Financial Institutions Statistical System).