Upload
alif-adham-arif
View
636
Download
5
Embed Size (px)
DESCRIPTION
EDUCATION
Citation preview
OLAHRAGA: LARI PECUT
ISI KANDUNGAN
BIL TAJUK
MUKA
SURAT
1.0 Pengenalan Olahraga
2.0
Sejarah Dan Perkembangan Olahraga Di Malaysia Dan
Antarabangsa
3.0 Kepentingan Sukan Olahraga Dalam KBSR
4.0 Pengenalan : Larian Pecut
5.0 Sejarah Lari Pecut
6.0 Peralatan Larian
7.0 Latihan Ansur Maju
8.0 Fasa-Fasa Ansur Maju
9.0 Teknik-Teknik Dalam Lari Pecut
10.0 Prinsip-Prinsip Mekanik
11.0 Peraturan Bagi Pelari Pecut
12.0 Kesalahan-Kesalahan Biasa
13.0 Aktiviti-Aktiviti Senaman Bagi Kemahiran Larian Pecut
14.0 Penutup
15.0 Refleksi
16.0 Rujukan
17.0 Lampiran
WAJ 3112 – Kokurikulum Olahraga ms 1
OLAHRAGA: LARI PECUT
1.0 PENGENALAN OLAHRAGA
Olahraga adalah satu koleksi acara sukan yang melibatkan larian, balingan dan
lompatan. Nama olahraga berasal daripada perkataan Greek “athlos” bermaksud
bertanding. Olahraga juga merupakan aktiviti fizikal yang mewujudkan
persaingan antara individu dan kumpulan. Dalam aktiviti olahraga kita tidak akan
berlawan secara terus dengan individu atau kumpulan sebaliknya kita akan
berlawan dengan catatan masa dan keupayaan kita untuk menjadi juara dalam
perlawanan tersebut. Oleh itu olahraga merupakan asas penting dalam sukan.
2.0 SEJARAH DAN PERKEMBANGAN OLAHRAGA DI MALAYSIA
DAN ANTARABANGSA
Olahraga merupakan sukan tertua di dunia di mana ia dipercayai bermula di
Greece Kuno 1000 tahun sebelum masihi. Pada peringkat awal olahraga
merupakan satu bidang seni bukan satu bidang sukan. Sukan Olimpik Kuno
diadakan pada tahun 776 sebelum masihi di Greece Kuno yang merupakan
tempat bermulanya sukan olahraga dalam tamadun manusia. Pada tahun 1896
Sukan Olimpik Moden bermula di Athens dan juga wujudnya IAAF (Pertubuhan
Olahraga Amator Antarabangsa) dalam tahun 1912. Sejak itu olahraga telah
menjadi acara wajib sehinggalah sekarang. Sukan olahraga bukan sahaja
terkenal dan menjadi sukan wajib di olimpik, malah dalam kejohanan sukan
seratau olahraga telah menjadi acara utama seperti Sukan Sea, Sukan Asia dan
lain-lain lagi.
3.0 KEPENTINGAN SUKAN OLAHRAGA DALAM KBSR
Membangunkan dan meningkatkan keupayaan fizikal dan kecergasan.
Membangunkan kemahiran pergerakan asas.
Memberi kefahaman kepada murid tentang keselamatan diri, alatan dan
tempat beraktiviti.
Memberi peluang dan ruang kepada murid mengenali dirinya.
Menyemai budaya bergiat cergas sepanjang hayat.
Mengetahui isu-isu berkaitan Pendidikan Jasmani dan sukan yang boleh
memperbaiki dan mempengaruhi gaya hidup.
WAJ 3112 – Kokurikulum Olahraga ms 2
OLAHRAGA: LARI PECUT
4.0 PENGENALAN: LARIAN PECUT
Lari pecut 100m ialah acara olahraga jarak dekat yang memerlukan tenaga tinggi
seperti tenaga anerobik untuk membuat larian sepantas mungkin. Lari pecut ialah
berlari dengan pantas dan memerlukan koordinasi bahagian-bahagian anggota
badan, iaitu ayunan tangan dan kaki. Lari pecut juga adalah acara olahraga jarak
dekat (100m, 200m dan 400m) yang memerlukan tenaga tinggi untuk membuat
larian yang pantas.
Dalam pelajaran Pendidikan Jasmani, guru hendaklah menerangkan tentang
cara pergerakan yang betul kepada pelajar mereka. Prinsip-prinsip asas acara
lari pecut adalah berlari di atas hujung kaki, bukan di atas tapak kaki, kaki
belakang diluruskan setiap kali mengakhiri tolakan yang dibuat oleh kaki
tersebut, tangan digerakkan dengan pantas, leher dan bahu hendaklah dalam
keadaan selesa (tidak ditegangkan). Bagi seorang atlet, teknik dan gaya larian
merupakan faktor utama yang sangat penting. Lari pecut dalam sukan olahraga
adalah larian terpantas dibandingkan dengan acara lain. Larian pantas ini
bergantung pula kepada beberapa faktor seperti jarak, kelajuan angin,
permukaan balapan, jenis kejohanan dan taraf pelari yang mengambil bahagian
dan insentif yang ditawarkan.
Berlari merupakan aktiviti yang sihat dan menyeronokkan. Seseorang pelari
berasa amat sukar untuk berlari dengan pantas sekiranya tidak mempunyai ciri-
ciri yang membolehkan dia bertindak sedemikian. Seseorang perlu kemahiran
yang tinggi, fikiran dan kebolehan, dan sebaik-baiknya adalah kebolehan semula
jadi untuk berlari dengan pantas. Latihan yang teratur dan berjadual akan
membolehkan seseorang menjadi pelari yang baik menerusi potensi sedia ada
dalam diri seseorang. Terdapat dua faktor yang boleh dikuasai oleh pelari-pelari
pecut iaitu faktor kelajuan dan jarak langkah semasa berlari. Pelari haruslah
mempunyai koordinasi, kelenturan yang tinggi dan keupayaan merehatkan diri
atau badan semasa berlari untuk menguasai kelajuan kaki. Faktor jarak langkah
pula bergantung kepada panjang kaki, kekuatan dan mobiliti semasa bergerak.
Pelari biasanya mempunyai jarak langkah 1.5 meter hingga 2 meter. Jarak
langkah boleh ditingkatkan dengan latihan yang menekankan kepada latihan
pergelangan kaki, lutut dan sendi pinggang.
WAJ 3112 – Kokurikulum Olahraga ms 3
OLAHRAGA: LARI PECUT
5.0 SEJARAH LARI PECUT
Lari pecut merupakan salah satu acara terawal dalam pertandingan olahraga
yang pernah dicatatkan. Pada zaman moden, antara rujukan terawal ialah
pertandingan dalam kalangan pekerja serta orang suruhan bangsawan. Pada
abad ke-19 lari pecut menjadi semakin popular. Acara ‘stade’ adalah antara
acara yang mula-mula dipertandingkan dan melibatkan jarak 192 meter. Jarak ini
juga merupakan panjang stadium yang digunakan. Berikutan ini acara ulang alik
yang dinamakan ‘dialos’ berjarak 384 (192 meter x 2 ) diadakan.
Pada zaman Olimpik kuno, larian bermula dengan blok permulaan yang
dibina melintang keluasan stadium berkenaan. Blok permulaan diperbuat
daripada ketulan batu marmar. Blok permulaan disediakan dengan lubang saiz
tapak kaki. Semua atlet menggunakan blok yang tetap walaupun saiz kaki
mereka berbeza. Pagar permulaan yang dinamakan ‘husplex’ digunakan untuk
memulakan perlumbaan. Perkembangan lari pecut pada abad 19 terbatas kerana
tiada undang-undang dan peraturan-peraturan, prosedur permulaan dan
penjagaan masa yang tepat. Pelbagai cara permulaan digunakan dan menjadi
masalah mengenai cara mana yang sesuai.
Walau bagaimanapun persetujuan dibuat untuk menjadikan cara
permulaan berdiri sebagai cara permulaan yang paling baik dan diterima oleh
semua pihak. Pada tahun 1880an ramai jurulatih membuat percubaan cara
memulakan sesuatu larian. Antara permulaan awal ialah “pencil start”, di mana
para atlet berlari 20 meter pertama dengan memegang pensel. Permulaan
dimulakan dengan persetujuan dan tembakan. Kemudian wujudlah gaya dekam
pada tahun 1884. Di Australia gaya ini dikenali sebagai kangaroo start. Sebelum
tahun 1921 kebanyakan pertandingan hanya untuk lelaki sahaja, pertandingan
pertama untuk wanita telah diperkenalkan pada tahun 1921 di Monte Carlo.
WAJ 3112 – Kokurikulum Olahraga ms 4
OLAHRAGA: LARI PECUT
6.0 PERALATAN LARIAN
Rajah 2
Rajah 3
Rajah 4
WAJ 3112 – Kokurikulum Olahraga ms 5
Blok Permulaan/ “Starting Blok”
Trek Larian/ balapan
Kasut Berpaku/ “Spike”
OLAHRAGA: LARI PECUT
7.0 LATIHAN ANSUR MAJU
i. Latihan Mendorong
Berlari dalam kawasan terhad dan menyentuh objek yang
dimaklumkan.
Berlari mengutip pundi saga/kacang secara berganti-ganti dalam
kumpulan.
Larian bayang-bayang: secara berpasangan, seorang mengejar
dan seorang lagi untuk mengelakkan diri disentuh.
Lari berganti-ganti ulang-alik: larian 20 meter berkumpulan.
ii. Latihan Teknik Pecut
Rajah 1 Berlari dengan melangkah panjang.
WAJ 3112 – Kokurikulum Olahraga ms 6
OLAHRAGA: LARI PECUT
Rajah 2 Berjalan dengan lutut tinggi; berlari dalam kumpulan, mengangkat lutut.
Rajah 3 Berjalan dengan lutut tinggi dan diikuti dengan bahagian bawah kaki diluruskan.
WAJ 3112 – Kokurikulum Olahraga ms 7Rajah 4 Berlari skip dengan bahagian bawah kaki diluruskan.
OLAHRAGA: LARI PECUT
WAJ 3112 – Kokurikulum Olahraga ms 8
Rajah 5 Berlari dengan lutut tinggi dan diikuti dengan bahagian bawah kaki diluruskan.
Rajah 6 Berlari menyepak ke belakang.
Rajah 7 Berlari dengan lutut tinggi dan memecut
OLAHRAGA: LARI PECUT
Rajah 8 Latihan pergerakan tangan; berkumpulan berlatih menggerakkan tangan 90 darjah di siku dan bergerak dari pinggul ke paras hidung.
iii. Latihan Kekuatan Kaki Dan Latihan Pecutan
Melonjak untuk jarak.
Rajah 9
WAJ 3112 – Kokurikulum Olahraga ms 9
OLAHRAGA: LARI PECUT
Melangkah panjang.
Melonjak dan melangkah melepasi halangan.
WAJ 3112 – Kokurikulum Olahraga ms 10
Rajah 10
Rajah 11
OLAHRAGA: LARI PECUT
Melompat, memusing, mendekam dan memecut.
Berpasangan: Berlari dengan halangan oleh tarikan rakan.
WAJ 3112 – Kokurikulum Olahraga ms 11
Rajah 12
Rajah 13
OLAHRAGA: LARI PECUT
8.0 FASA-FASA ANSUR MAJU
8.1FASA PERMULAAN
Bukan semua atlet adalah sama dari segi teknik permulaan. Walaupun
terdapat banyak variasi, pada amnya terdapat tiga cara iaitu:
1. Gaya Peluru (Bullet/Bunch/ Kangaroo Start)
2. Gaya sederhana (Medium Start)
3. Gaya Panjang (Elongated Start)
10.1.1 Memulakan Larian Tanpa Blok Permulaan
1. Gaya peluru
a) Berdiri rapat kepada garisan dan kira 2 atau 1 ½ tapak.
b) Hujung tapak kaki belakang segaris dengan hujung tapak kaki
hadapan.
2. Gaya sederhana
a) Berdiri rapat kepada garisan dan kira 2 atau setengah tapak kaki.
b) Lutut tapak kaki belakang segaris dengan hujung tapak kaki
hadapan.
c) Ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.
3. Gaya panjang
a) Berdiri rapat kepada garisan dan kira 2 atau l ½ tapak.
b) Lutut tapak kaki belakang segaris dengan hujung tumit kaki
hadapan.
c) Ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.
WAJ 3112 – Kokurikulum Olahraga ms 12
OLAHRAGA: LARI PECUT
10.1.2 Memulakan Larian Dengan Blok Permulaan
Blok permulaan membantu pelari untuk memulakan larian dengan
cepat. Terdapat banyak variasi yang dicadangkan oleh ramai jurulatih
tetapi kita akan melihat gaya, yang dicadangkan oleh Mach seorang atlit
dan jurulatih yang berwibawa (dalam Payne, 1985).
a) Gaya larian
1) Gaya peluru
Dalam gaya ini blok permulaan adalah rapat dengan garis
permulaan. Blok hadapan diletak dua tapak dari garis permulaan
dan blok belakang setapak dari bahagian hadapan blok hadapan.
2) Gaya sederhana
Gaya ini meletakkan blok pertama dua tapak dari garis
permulaan dan blok belakang dua tapak dari bahagian hadapan
blok hadapan.
3) Gaya panjang
Blok hadapan diletak dua tapak dari garis permulaan dan blok
belakang tiga tapak dari bahagian hadapan blok hadapan.
b) Penempatan Blok Permulaan Yang Lebih Tepat
Chris Brooks (1981) dalam bukunya bertajuk Women’s hurdling: Novice,
to championship mengemukakan satu cara penempatan blok yang Iebih
tepat. Cara ini melibatkan ukuran panjang kaki.
Panjang kaki Dari Trochanter ke tanah
Penempatan blok hadapan Panjang kaki ____ × 0.55
Jarak antara blok Panjang kaki ____ × 0.42
Contoh = 86 cm
Penempatan blok pertama = 86 × 0.55 = 47.30 cm
WAJ 3112 – Kokurikulum Olahraga ms 13
OLAHRAGA: LARI PECUT
Jarak antara blok = 86 × 0.42 = 36.12 cm
8.2FASA PECUTAN
Selepas arahan pelepas ‘ke garisan' diberi, pelari mengambil tempatnya
di blok permulaan.
i. Kedudukan Tangan:
Tangan adalah lurus dan dibuka seluas bidang bahu individu. Ibu
jari dan jari penunjuk dibuka dengan luas dan jari-jari lain adalah
rapat di antara satu sama lain, diletak di belakang garis mula.
ii. Kedudukan Leher dan Kepala:
KepaIa dari Ieher di dongak sebagai sebahagian dari 'torso'.
Mata pandang ke hadapan dengan penuh tumpuan. Selepas
arahan 'sedia' diberikan,pinggul diangkat tinggi dan badan
condong ke hadapan.
iii. Pergerakan Tangan dan Kaki:
Selepas 'bang' atau tembakan pistol, pergerakan ke hadapan
(bukan ke atas) dimulakan. Diikuti dengan pergerakan kuat
tangan dan kaki. Tangan yang bertentangan dengan kaki
belakang memulakan pergerakan ke hadapan. Tangan lain
digerakkan: ke belakang dengan kuat. Tangan dibengkokkan 90
darjah.
iv. Lutut:
Lutut belakang digerakkan ke hadapan dengan cepat dan pada
tahap rendah. Kaki hadapan diluruskan sepenuhnya. Fasa pecutan
melibatkan larian dalam jarak di antara 30 hingga 60 meter,
kedudukan badan berubah dari rendah ke condong ke hadapan.
Jarak langkah juga turut bertambah dalam fasa ini.
WAJ 3112 – Kokurikulum Olahraga ms 14
OLAHRAGA: LARI PECUT
v. Teknik Kelajuan Maksimum dan Pengekalan Kelajuan
Fasa pecutan berlaku di antara jarak 30 meter dan 60 meter.
Dalam lari pecut, pecutan berlaku awal dalam
larian. Sebenarnya 95% daripada kelajuan maksimum dicapai
pada kira-kira 18 meter. Apabila seorang atlet mencapai
kelajuan maksimum, kadar pecutannya akan ditentukan oleh
tahap daya tahan ototnya. Tambahan pula seseorang atlet tidak
mungkin boleh berlari pada kelajuan maksimum lebih dari jarak
14 - 18 meter, maka apa yang diperlukan oleh atlet ialah untuk
mengekalkan kelajuan yang lebih rendah dari kelajuan
maksimum.
8.3FASA PENAMAT
Faktor yang paling penting untuk menamatkan sesuatu larian ialah atlet
berlari 10 meter lebih dari jarak lariannya; sebagai contoh 110 m untuk
100 m dan 210 m untuk 200 m. Jadi dengan itu adalah mustahak bagi
seorang atlet untuk terus pecut sehingga melewati garis penamat. Cara
yang paling baik untuk menamatkan larian ialah untuk menonjolkan
bahagian torso ke hadapan, mengangkat bahu ke atas dan menarik
tangan ke belakang.
\
WAJ 3112 – Kokurikulum Olahraga ms 15
OLAHRAGA: LARI PECUT
9.0 TEKNIK-TEKNIK DALAM LARI PECUT
9.1 GAYA BERDIRI
Rajah 14 Gaya Berdiri
Gaya berdiri biasanya dipraktikkan oleh para pelajar sekolah dalam
mata pelajaran pendidikan jasmani atau dalam gerak kerja
kokurikulum (gerko). Gaya ini paling digemari di sekolah rendah
kerana ia merupakan gaya yang paling berkesan. Walau
bagaimanapun ia tidak digunakan untuk acara ini dalam
pertandingan rasmi.
a) Persediaan
Peserta bersedia beberapa meter di belakang garisan mula
sebelum arahan ke garisan diberi.
b) Ke garisan
Kaki hadapan diletakkan seberapa dekat yang boleh dengan
titik atau garis mula tanpa menyentuhnya manakala kaki
belakang sedikit ke belakang (30-40cm) dan
mengimbangkan badan.
Bengkokkan sedikit kaki hadapan.
WAJ 3112 – Kokurikulum Olahraga ms 16
OLAHRAGA: LARI PECUT
Berat badan ketika membuat persediaan hendaklah terasa
seperti telah terkumpul di kaki hadapan.
Condongkan badan ke hadapan.
Kedua-dua belah tangan bersedia di sisi dengan tangan
bertentangan dengan kaki hadapan. Jika kaki kiri di hadapan
maka tangan kanan mesti diletakkan di hadapan.
c) Sedia
Condongkan badan ke hadapan.
Tangan hendaklah dalam keadaan bersedia untuk bergerak.
Bengkokkan lutut kaki hadapan.
Kaki belakang tolak ke tanah.
Badan tidak bergerak dan tumpu perhatian kepada tembakan
pistol ataupun tiupan.
d) Bang
Pelari mula bergerak bila dengar tembakan dengan menolak
kuat kaki hadapan.
9.2 GAYA DEKAM
Sejak Sukan Olimpik Moden pada 1896, teknik lari pecut tidak
berubah pada prinsipnya. Pemenang acara 100m, Thomas Burke
dari Amerika Syarikat menggunakan gaya dekam yang serupa
dengan gaya peluru pada masa ini.Gaya dekam ini sangat rumit
tetapi boleh diajar kepada pelari baru. Gaya ini boleh dibahagikan
kepada tiga iaitu:
a) Gaya Pendek atau Peluru (Bullet/Bunch/ Kangaroo Start) -
kedua-dua belah kaki peserta dirapatkan, iaitu hujung kaki
belakang ditempatkan selari dengan bahagian tumit kaki
hadapan.
b) Gaya Sederhana (Medium Start) - lutut kaki belakang selari
dengan hujung kaki hadapan.
WAJ 3112 – Kokurikulum Olahraga ms 17
OLAHRAGA: LARI PECUT
c) Gaya Panjang (Elongated Start) - lutut kaki belakang selari
dengan bahagian tumit kaki hadapan.
9.2.1 Memulakan Larian Tanpa Blok Permulaan
i. Gaya peluru
a. Berdiri rapat kepada garisan dan kira 2 atau 1 ½ tapak.
b. Hujung tapak kaki belakang segaris dengan hujung tapak
kaki hadapan.
ii. Gaya sederhana
a. Berdiri rapat kepada garisan dan kira 2 atau setengah
tapak kaki.
b. Lutut tapak kaki belakang segaris dengan hujung tapak
kaki hadapan.
c. Ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku
penumbuk.
iii. Gaya panjang
a. Berdiri rapat kepada garisan dan kira 2 atau l ½ tapak.
b. Lutut tapak kaki belakang segaris dengan hujung tumit
kaki hadapan.
c. Ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku
penumbuk.
9.2.2 Memulakan Larian Dengan Blok Permulaan
Blok permulaan membantu pelari untuk memulakan larian
dengan cepat.
Gaya larian juga melibatkan tiga gaya:
i. Gaya peluru
a) Dalam gaya ini blok permulaan adalah rapat
dengan garis permulaan.
WAJ 3112 – Kokurikulum Olahraga ms 18
OLAHRAGA: LARI PECUT
b) Blok hadapan diletak dua tapak dari garis
permulaan dan blok belakang setapak dari
bahagian hadapan blok hadapan.
ii. Gaya sederhana
a) Gaya ini meletakkan blok pertama dua tapak dari
garis permulaan dan blok belakang dua tapak dari
bahagian hadapan blok hadapan.
iii. Gaya panjang
a) Blok hadapan diletak dua tapak dari garis
permulaan dan blok belakang tiga tapak dari
bahagian hadapan blok hadapan.
9.2.3 Penempatan Blok Pemulaan
Mengikut Chris Brooks (1981) dalam bukunya bertajuk
Women’s hurdling: Novice, satu cara penempatan blok
dengan ukuran panjang kaki. Bagi acara larian 200 m dan
400 m melibatkan bahagian selekoh dan dengan itu
penempatan blok permulaan adalah berbeza berbanding
dengan acara 100m. Blok diletakkan berhampiran dengan
garis luar lorong dan bahagian hadapan ditujukan ke garis
dalam Iorong supaya bahagian dalam blok adalah tangen
kepada garis dalam.
Terdapat 3 fasa dalam gaya dekam ini. Antaranya:-
a) Fasa Permulaan
Keadaan “ke garisan”
Berjalan menuju ke blok mulaan dan berdiri dengan blok
itu berada di bawah
kedua-dua belah kaki yang dikangkangkan.
WAJ 3112 – Kokurikulum Olahraga ms 19
OLAHRAGA: LARI PECUT
Dekam dan letakkan hujung kedua-dua belah kaki ke
atas blok.
Letakkan kedua-dua belah tangan di belakang garis
mula. Jarak di antara
kedua-dua belah tangan hendaklah sama luas dengan
bidang bahu.
Sesuaikan kedudukan badan untuk mendapatkan
keselesaan dan keseimbangan yang maksimum.
Keadaan “sedia”
Tinggikan sedikit bahagian pinggang dari aras bahu.
Luruskan tangan dan gerakkan bahu ke hadapan
garisan.
Tekankan kedua-dua belah kaki dengan kuat ke atas
blok mulaan.
b) Fasa Pecutan
Pergerakan Tangan dan kaki
Selepas 'bang' atau tembakan pistol, pergerakan ke hadapan
(bukan ke atas) dimulakan. Diikuti dengan pergerakan kuat
tangan dan kaki.
Tangan yang bertentangan dengan kaki belakang
memulakan pergerakan ke hadapan.
Tangan lain digerakkan: ke belakang dengan kuat.
WAJ 3112 – Kokurikulum Olahraga ms 20
Rajah 15
OLAHRAGA: LARI PECUT
Tangan dibengkokkan 90 darjah.
Lutut
Lutut belakang digerakkan ke hadapan dengan cepat dan
pada tahap rendah.
Kaki hadapan diluruskan sepenuhnya.
Fasa pecutan melibatkan larian dalam jarak di antara 30
hingga 60 meter, kedudukan badan berubah dari rendah ke
condong ke hadapan.
Jarak langkah juga turut bertambah dalam fasa ini.
Teknik larian di selekoh
Pada bahagian selekoh, semakin laju atlit berlari, semakin
kuat kuasa 'centrifugal'.
Untuk memastikan larian selekoh adalah berkesan ataupun
untuk rnengimbangkan kuasa 'centrifugal', seorang pelari
seharusnya merendahkan badan ke arah dalam.
Tangan kiri terus dihayun lurus, manakala tangan kanan
menyilang badan mengarah ke dalam.
WAJ 3112 – Kokurikulum Olahraga ms 21
OLAHRAGA: LARI PECUT
Rajah 16
c) Fasa Penamatan
Pelari tidak digalakkan melompat ke garis tersebut,
sebaliknya dia hendaklah terus berlari tanpa mengurangkan
kepantasannya.
mendepakan tangannya ke belakang dan badannya
(bahagian torso) digerakkan ke hadapan.
memusingkan sebelah bahunya ke hadapan pada saat-saat
akhir.
menundukkan bahagian kepalanya.
kedudukan pelari-pelari akan ditentukan mengikut susunan
bahagian tubuh mereka iaitu bahagian torso yang jelas
mencecah alur menegak terdekat garisan penamat.
WAJ 3112 – Kokurikulum Olahraga ms 22
Rajah 17
OLAHRAGA: LARI PECUT
10.0 PRINSIP-PRINSIP MEKANIK
Ada beberapa aspek penting yang harus diberikan tumpuan oleh pelari
pecut semasa melakukan larian dan pecutan. lni termasuklah pergerakan
tangan, pergerakan kaki, kedudukan badan dan tumpuan fikiran. Perlu
diingat juga selain aspek-aspek yang hanya dimunculkan oleh pelari itu
sendiri, terdapat beberapa aspek luaran yang boleh menjejaskan larian dan
pecutan jika pelari tidak dapat menangani masalah tersebut. lni termasuklah
saingan dan tekanan psikologi daripada peserta lain, sorakan dan ejekan
penonton, peralatan dan pakaian yang kurang selesa , pemakanan yang
tidak seimbang, kecederaan tertentu, serta masalah-masalah lain yang
boleh menjejaskan prestasi pelumba.
i. Pergerakan Tangan
Dalam larian pecut, pergerakan tangan pelumba adalah penting.
Dalam hal ini pelari hendaklah menghayun tangan , khususnya
sikunya ke belakang dan ayunan tangan ke hadapan tidak
semestinya melepasi bahu. Ada juga pelari yang meluruskan tangan
semasa menghayun ke belakang. Walau apa cara pun ayunan
tangan dapat mempengaruhi kepantasan pecutan dan larian. Tanpa
ayunan tangan sepenuhnya seorang pelari tidak akan berjaya
mengerak kakinya dengan pantas.Ini bermakna pergerakan tangan
dan kaki adalah gabungan penting dalam menentukan kederasan
larian pecut.
Tangan pelari terayun ke belakang, akan membawa ke arah
siku semasa pelari memecut. kelihatan ketara semasa tangan
melepasi pinggang. Sudut ini akan berkurangan sehingga mencapai
WAJ 3112 – Kokurikulum Olahraga ms 23
OLAHRAGA: LARI PECUT
90 darjah. Ayunan tangan juga membantu mengelakkan peredaran
yang tidak diperlukan akibat pergerakan kaki. Pergerakan pantas
serta cergas daripada paha menyebabkan badan pelari berputar ke
arah belakang, dan ini harus dielakkan atau dikurangkan oleh
pergerakan tepi siku.
Bahagian Ieher dan bahu pelari yang sedia tertekan meningkat
semasa memecut. Kedudukan tangan hendaklah dalam keadaan
tegang, kerana ini boleh membantu pelari merehatkan badan.
Tangan pelari pula tidak seharusnya berada dalam keadaan yang
menegang kerana ketegangan ini boleh dipindahkan ke dada dan
bahu. Pelari boleh memilih sama ada jan-jan tangan terbuka atau
digenggam semasa membuat ayunan ketika berlari. Perkara yang
penting sebarang kedudukan tangan pelari hendaklah
menjadikannya semasa untuk berlari dan memecut.
ii. Pergerakan Kaki
Pergerakan kaki dan ayunan tangan dapat menentukan kederasan
larian pelari. Dalam pergerakan kaki terdapat dua perkara yang harus
diberikan perhatian dalam larian pecut. Pertama ialah mengangkat
lutut pada kedudukan yang tinggi dan kedua ialah penamatan atau
penghabisan perlakuan drive semasa melangkah. Perlu diingat iaitu
keseluruhan drive adalah berpunca daripada bahagian belakang
badan. Kaki yang membuat drive hendaklah diregang penuh ke
belakang badan. Selain itu pelari juga hendaklah berlari dengan
mengangkat pinggangnya ke atas bagi membantu melengkapkan
drive kerana biasanya adalah sukar untuk memindahkan kaki
daripada tanah apabila pemegang berada dalam kedudukan yang
tinggi. Kedudukan badan hendaklah condong sedikit ke hadapan
semasa berlari. Pelan seharusnya menggunakan bahagian hadapan
tapak kaki untuk mendarat dan memecut.
iii. Menamatkan Larian Pecut
WAJ 3112 – Kokurikulum Olahraga ms 24
OLAHRAGA: LARI PECUT
Matlamat setiap pelari termasuklah menghabiskan larian dalam masa
yang sesingkat yang boleh dan lebih dahulu daripada pelari lain yang
sama-sama bertanding. Semasa menuju ke garisan penamat pelari
tidak seharusnya cuba memperlahankan larian atau membuat
lompatan untuk mencapai pita penamat. Pelari hendaklah terus
berlari dengan lebih pantas dan tidak perlu sama sekali
memperlahankan lariannya. Dengan membuat diving juga tidak akan
membantu pelari sebaliknya perbuatan itu belum menjamin
penamatannya malah mungkin akan membahayakan diri sendiri
sahaja.
Apabila tiba ke garisan penamat, biasanya pelari akan
mendepakan tangannya ke belakang dengan membiarkan bahagian
dadanya ditonjolkan ke hadapan. Cara ini adalah digalakkan untuk
larian pecut. Sesetengah pelari pula gemar menamatkan larian
dengan menundukkan kepalanya untuk mencecah pita penamat.
Tindakan begini mungkin akan menghalang penglihatan pelari atau
memudahkan pelari terjatuh. Satu cara lagi pelari menamatkan
lariannya ialah dengan memusingkan salah satu bahunya untuk
mencecah garisan penamat. Cara ini juga mungkin akan
melambatkan larian kerana mungkin pelari akan mengambil masa
untuk memusingkan bahunya.
Sudah tentulah pelari yang lebih awal mencecah garisan
penamat akan dikira pemenang, manakala pemenang kedua, ketiga
dan seterusnya ditentukan oleh pencatat masa atau pegawai
penamat. Dalam kebanyakan perjumpaan olahraga khususnya di
peringkat antarabangsa, sering berlaku pemenang acara pecut tidak
dapat diputuskan oleh pencatat masa atau pegawai penamat
disebabkan beberapa pelari mencecah garisan penamat pada masa
yang hampir sama. Jika berlaku perkara sedemikian pemenang
acara tersebut terpaksa ditentukan dengan menggunakan kaedah
photo finish. Menerusi kaedah ml pemenang acara itu akan
diputuskan setelah pegawai meneliti rakaman foto yang dikeluarkan
selepas Iarian itu. Kini penggunaan peralatan elektronik
WAJ 3112 – Kokurikulum Olahraga ms 25
OLAHRAGA: LARI PECUT
menggantikan penggunaan catatan tangan yang mungkin kurang
tepat. hal mi perlu khususnya untuk acara seperti 100 meter dan 200
meter.
11.0 PERATURAN BAGI PELARI PECUT
Arah larian mestilah mengikut arah bahagian kiri di sebelah dalam balapan.
(Peraturan 163.1)
Mana-mana atlit yang menyigung atau menghalang atlit lain yang
mengganggu pergerakan atlit tersebut hendaklah dibatalkan dari acara
tersebut. (Peraturan 163.2)
Pelari yang didapati bersalah kerana menghalang laluan larian peserta lain,
akan dibatalkan penyertaan. Dalam kes ini, acara larian akan dilakukan
semula atas budi bicara pengadil. Sepatutnya peserta hendaklah berlari
mengikut lorong masing-masing. (Peraturan 163.3)
Pelari tidak dibenarkan untuk berlari di kawasan lorong orang lain atau pun
di atas bendul lorong orang lain. (Peraturan 163.3 (b))
Pemantau teknikal akan memantau perlumbaan pada peringkat saringan,
suku akhir dan separuh akhir. (Peraturan 166)
Panjang dan lebar trek larian perlu mengikut piawaian IAAF: International
Association of Athletic Federation. (Peraturan 160.2)
Peserta hendaklah mula berlari setelah bunyi tembakan. Pelari yang “false
start” akan diberi amaran sekali. Jika pelari itu melakukan kesalahan
kedua, penyertaannya akan dibatalkan.(Peraturan 162.8)
Jika seseorang pelari secara sukarela meninggalkan balapan, tidak
dibenarkan meneruskan acara tersebut. (Peraturan 163.6)
Kiraan masa dihitung menggunakan alatan yang diperakukan. (Peraturan
165.25)
WAJ 3112 – Kokurikulum Olahraga ms 26
OLAHRAGA: LARI PECUT
Jika dalam sebuah perlumbaan mempunyai lebih daripada 10 orang
peserta, saringan akan dilakukan. Peserta yang teratas dalam perlumbaan
saringan akan bertandingan dalam perlumbaan seterusnya.(Peraturan 166)
Blok permulaan atau plat pelepasan hendaklah digunakan semasa
pertandingan. (Peraturan 161.1).
12.0 KESALAHAN
Terdapat enam fasa dalam mengenal pasti punca kesalahan dan membuat
pembetulan terhadap larian atlet. Enam fokus tersebut ialah:
1. Kedudukan badan (Body Position) – ianya adalah menjadi fokus perubahan
yang utama dalam model teknik ini untuk meningkatkan pencapaian. Jika atlet
tidak boleh melakukan kedudukan badan yang betul, hampir tidak mungkin untuk
melakukan lima fokus yang lain.
2. Mekanisme Pemulihan (Recovery Mechanics) – Ianya ialah fasa pertama dalam
pergerakan lari pecut. Dahulu dikenali sebagai pergerakan pasif dan tradisional
dan dipanggil fasa kayuhan.
3. Fasa Transisi (Transition Phase) – ianya berlaku pada fasa larian di mana
perubahan yang tiba-tiba dalam pergerakan anggota (tangan dan kaki)
berlaku. Kesalahan kerap dikenal pasti dalam fasa ini, tetapi atlet kerap
melakukan kitaran larian 180° pada fasa ini.
4. Fasa Persediaan Awal (Ground Preparation Phase) - Fasa ini memerlukan atlet
secara aktif menyediakan kaki dan tangan untuk memulakan larian. Persediaan
ini penting untuk menentukan hasil persembahan. Fasa ini adalah kedua penting
dalam kitaran fasa larian.
5. Fasa Permulaan (Ground Phase) – Fasa ini yang paling penting dalam kitaran
larian. Apabila atlet memulakan larian, fasa penerbangan di mana kedudukan
WAJ 3112 – Kokurikulum Olahraga ms 27
OLAHRAGA: LARI PECUT
pusat anggota tidak boleh diubah sehingga langkah terjahan larian seterusnya
diaplikasikan. Fasa permulaan yang betul adalah perlu.
6. Aksi Kaki dan Tangan (Arm Action) - Terdapat dua pendapat dalam hal ini
dalam kalangan ahli biomekanik dan jurulatih. Ahli biomekanik berpendapat
bahawa keseimbangan ayunan tangan membawa kepada kaki untuk
mengekalkan tubuh badan dalam kedudukan betul. Manakala jurulatih
berpendapat bahawa ayunan tangan akan mengawal kaki dan akan
menghasilkan kesan yang positif pada persembahan. Kedua-dua pendapat ini
haruslah diambil kira kesahihannya.
Senarai Kesalahan dan Pembetulannya :
Kesalahan Pembetulan
1 Badan tegak semasa mula berlari. Badan perlu dicondongkan ke hadapan semasa
dalam jarak 20-30 meter pertama.
- Teknik ini adalah bertujuan untuk
menghasilkan kelajuan maksimum dan
mengekalkan kelajuan tersebut selama
yang boleh.
WAJ 3112 – Kokurikulum Olahraga ms 28
OLAHRAGA: LARI PECUT
2 Berlari di atas tapak kaki. Berlari perlu menggunakan hujung kaki.
- Menjadikan daya tujahan lebih tinggi dan
mengurangkan rintangan.
3 Kedua-dua belah tangan dihayun
menyilang badan.
Tangan diayunkan ke sisi badan.
- Bertujuan supaya ayunannya lancar dan
tidak menghalang pergerakan badan.
4 Kedua-dua belah tangan
diluruskan semasa menghayun.
Tangan dibengkokkan semasa ia diayun.
- Tangan digerakkan ke hadapan dan
belakang dengan kuat bagi mendapatkan
daya.
- Tangan yang diayun dengan laju akan
WAJ 3112 – Kokurikulum Olahraga ms 29
OLAHRAGA: LARI PECUT
membantu kaki bergerak dengan lebih
pantas.
- Siku dibengkokkan 90 darjah
5 Tidak mendahulukan torso
semasa melintasi garisan
penamat.
Mendahulukan torso semasa melintasi garisan
penamat.
- Bahagian torso pelumba yang pertama
melintasi garisan penamat dikira sebagai
pemenang.
- Bahagian badan lain yang melintasi
garisan penamat dahulu selain daripada
torso tidak dikira.
- Ini bertujuan untuk memudahkan hakim
bagi menentikan pemenang.
WAJ 3112 – Kokurikulum Olahraga ms 30
Rajah 18
OLAHRAGA: LARI PECUT
13.0 LATIHAN-LATIHAN SPESIFIK
AKTIVITI-AKTIVITI SENAMAN BAGI KEMAHIRAN LARIAN PECUT
Lari naik bukit yang berlereng curam.
Tujuan : membina daya tahan otot yang tinggi.
Lari secara melompat (“bounding”) – langkah panjang dan lutut
diangkat tinggi.
Tujuan : Meningkatkan kelajuan, kekuatan dan
stamina ke tahap yang lebih baik.
WAJ 3112 – Kokurikulum Olahraga ms 31
OLAHRAGA: LARI PECUT
Naik-turun dari bangku.
Tujuan : untuk meningkatkan daya tahan kardiovaskular dan daya tahan otot.
Lompat skip.
Tujuan : untuk membina daya lonjatan dan kekuatan otot quadrisep dan gastrocnemius
WAJ 3112 – Kokurikulum Olahraga ms 32
OLAHRAGA: LARI PECUT
Memikul kawan dan berlari.
Tujuan : meningkatkan kekuatan otot badan dan kaki yang
digunakan semasa larian dengan mengenakan beban.
Pecutan dengan halangan
Tujuan : meningkatkan kekuatan otot kaki dan badan yang
digunakan semasa larian, melatih postur badan supaya
condong ke hadapan serta meningkatkan daya pecutan.
WAJ 3112 – Kokurikulum Olahraga ms 33
OLAHRAGA: LARI PECUT
Lari di atas pasir / di dalam air di mana paras air bawah lutut.
Tujuan : senaman yang lebih intensif berbanding berlari di
atas trek kerana dapat membakar lebih banyak kalori kerana
memerlukan lebih banyak kalori dan ianya lebih sukar.
14.0 PENUTUP
Kesimpulannya, olahraga merupakan satu bahagian daripada aktiviti
bersukan. Ibu bapa dan pihak sekolah harus memainkan peranan yang
penting supaya murid sekolah bergiat cergas dalam aktiviti bersukan. Mereka
seharusnya memberi sokongan moral dan juga menggalakkan mereka terlibat
dalam olahraga bertanding di persada dunia dan mengharumkan nama baik
negara. Hal ini demikian kerana aktiviti ini dapat melahirkan murid yang
berminda cerdas dan berbadan cergas. Oleh itu, semua murid dikehendaki
menyertai dalam olahraga supaya dapat menghasilkan pelajar yang inovatif,
berdaya saing, berketerampilan dan kreatif.
15.0 REFLEKSI
WAJ 3112 – Kokurikulum Olahraga ms 34
OLAHRAGA: LARI PECUT
.
15.0 RUJUKAN
WAJ 3112 – Kokurikulum Olahraga ms 35
OLAHRAGA: LARI PECUT
Noorasikin (2008). Lari Pecut Teknik Dan Aplikasi.
http://ms.shvoong.com/medicine-and-health/1748173-lari-pecut-
teknik-dan-aplikasi/ . Diakses pada 2 Mac 2013
Weng Eng Hoe (2009). 9th Edition , Panduan Pengajaran Olahraga -
Kejurulatihan dan Kepegawaian. Selangor : Karisma Publication.
Amran, Lee, Abdullah, P.Sundralingam (2007). 1st Edition, Siri Pendidikan
Jasmani dan Sukan Olahraga. Selangor : Putra Padu Sdn. Bhd
WAJ 3112 – Kokurikulum Olahraga ms 36
OLAHRAGA: LARI PECUT
WAJ 3112 – Kokurikulum Olahraga ms 37
LAMPIRAN
OLAHRAGA: LARI PECUT
WAJ 3112 – Kokurikulum Olahraga ms 38