Upload
muhd-afnan
View
144
Download
3
Embed Size (px)
Citation preview
INSTITUT
PERGURUAN TENGKU AMPUAN AFZAN
27200 KUALA LIPIS, PAHANG
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN
(SEKOLAH RENDAH)
PORTFOLIO
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)
SEMESTER 3
NAMA PELAJAR : MUHAMAD ASHRAF BIN MUSTAPHA
NO K.P. : 920203 – 03 -5687
UNIT : PISMP PAI SJKC
TARIKH PBS : 17 MAC – 21 MAC 2013
NAMA PENSYARAH : USTAZ KHAIRULAZAM BIN
SENARAI KANDUNGAN
SENARAI KANDUNGAN
1.0BIODATA
2.0PENYATAAN PROFESIONAL
2.1 Penyataan Sebelum PBS
2.2 Laporan Pelaksanaan Aktiviti yang difokus
2.3 Penilaian dan Laporan
3.0 INSTRUMEN PENGUMPULAN DATA
3.1 Pemerhatian
3.2 Senarai semak
3.3 Temu bual
3.4 Soal Selidik
4.0 KOLABORASI
5.0 ILMU/PENGETAHUAN BARU MELALUI
5.1 Pemerhatian
5.2 Senarai Semak
5.3 Temu bual
5.4 Soal selidik
6.0 REFLEKSI
6.1 Aktiviti
6.2 Perbincangan/Interaksi
7.0LAPORAN AKHIR
1.0. BIODATA
1) NAMA : MUHAMAD ASHRAF BIN MUSTAPHA
2) NO KAD PENGENALAN : 920203 - 03 - 5687
3) NO ANGKA GILIRAN :
4) MAJOR : PENDIDIKAN ISLAM (SJKC)
5) UNIT : PISMP PAI/AQ/BA
6) AMBILAN : JANUARI 2012
7) TARIKH PBS : 17 – 21 MAC 2013
8) ALAMAT SEKOLAH :SEKOLAH KEBANGSAAN PINANG TUNGGAL,
KEDAH DARUL AMAN
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
Pendahuluan
Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), merupakan satu program dan
modul yang telah disusun serta dijadikan sebagai salah satu daripada sukatan
pelajaran yang perlu dilaksanakan oleh semua guru pelatih yang membuat ijazah
perguruan di institut pendiidikan guru. Mereka yang terlibat dalam aktiviti ini ialah guru
pelatih daripada Program Ijazah Sarjana Muda Semester 1 sehinggalah semester 4 dan
ia menjadi suatu yang wajib kepada semua guru pelatih tersebut.
Pengalaman Berasaskan Sekolah ini perlu dijalanakan selama lima hari.
Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu program dimana guru pelatih
dikehendaki melakukan pemerhatian, kajian, analisis dan melaksanakan tugasan yang
diberi oleh pihak institut. PBS ini boleh dilaksanakan dimana – mana sekolah yang
dipilih oleh guru pelatih dan PBS ini boleh dijalankan sama ada secara persendirian
atau secara berkumpulan. Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk
membiasakan guru pelatih dengan alam persekolahan kerana mereka merupakan
bakal guru yang akan menceburi profesion keguruan setelah tamat pembelajaran kelak.
Saya, Muhamad Ashraf Bin Mustapha, guru pelatih Institut Pendidikan Guru
Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, daripada Unit PISMP PENGAJIAN
AGAMA ISLAM semester 2 Ambilan Januari 2012 telah menjalani PBS pada tanggal
26 ogos sehingga 30 ogos 2012. Sekolah yang dipilih oleh saya sebagai lokasi
menjalani PBS ialah Sekolah Kebangsaan kemumin, Kota Bharu Kelantan. Saya telah
menjalani PBS ini bersama rakan sebilik saya dan kawan-kawan yang lain.
2.0. PENYATAAN
PROFESIONAL /
KONTRAK TUGAS
2.1 ) PENYATAAN PBS
Fokus Tugasan
Bagi mengendalikan sesuatu kajian yang diberikan, terdapat beberapa perkara
yang harus diutamakan diantaranya kita perlu menetapkan terlebih dahulu fokus kajian
yang ingin kita lakukan supaya kita dapat mengetahui arah tuju kajian dan menjadikan
proses perjalanan kajian berjalan dengan teratur dan lancar.
Fokus kajian saya yang paling utama, ialah kaedah yang digunakan semasa
pengajaran dan pembelajaran. Bagi memastikan fokus ini dapat dipenuhi, saya akan
memastikan aktiviti sekolah yang dijalankan perlulah merangkumi aktiviti kurikulum dan
kokurikulum selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk
melahirkan insan yang seimbang dalam pelbagai segi sama ada sari segi jasmani,
emosi, intelek, rohani dan sosial.
Di samping itu juga, saya juga turut ditugaskan dengan beberapa tugasan
sampingan khusus bagi subjek Bahasa Arab (BAM 3102) .
Semua fokus yang dirancang ini haruslah dilaksanakan bagi memudahkan
segala urusan saya sewaktu berada di sekolah. Dengan adanya fokus ini, objektif dan
matlamat saya akan tercapai.
Strategi
Bagi melancarkan pelaksanaan kajian, saya telah merancang beberapa strategi
perlaksanaan supaya kajian yang akan dilakukan nanti dapat berjalan dengan teratur
dan lancar, agar tiada maklumat penting tertinggal. Hal ini demikian, tugasan yang
diterima melibatkan banyak perkara, dan saya telah membahagikan pelaksanaan
tugasan itu secara seimbang. Sebagai contoh, bagi mencari maklumat berkaitan
dengan aplikasi pengajaran dan pembelajaran akidah, saya telah melihat sendiri
bagaimana pengajaran dijalankan. Oleh hal demikian, saya perlu merancang masa
yang sesuai bagi melaksanakan sesi tersebut, kerana pada masa tersebut guru dan
murid disekolah tersebut sedang sibuk dengan Sambutan Merdeka dan Hari Persaraan
pekerja Am.
Saya juga telah melakar satu jadual kerja sebagai rujukan dan aturcara untuk
saya menjalankan tugasan atau kerja di sekolah nanti. Jadual kerja ini merangkumi
perkara-perkara yang akan saya lakukan mengikut masa atau hari yang telah saya
tetapkan. Jadual ini diharapkan dapat mengelakkan daripada timbulnya pergeseran
dalam melaksanakan tugasan, dan supaya tidak melakukan kajian yang sama secara
berulang-ulang. Jadual kerja ini juga berperanan sebagai suatu cara untuk memastikan
pelaksanaan kajian saya berjalan dengan lebih terancang, tepat dan sistematik.
SEBELUM PBS
Tiga minggu sebelum tarikh Pengalaman Berasaskan Sekolah tiba, semua guru
pelatih daripada semua unit Ambilan Januari 2012 perlu menghantar nama sekolah
yang ingin dijadikan tempat untuk melaksanakan Pengalaman Berasaskan Sekolah
(PBS). Hal ini demikian, pihak pengurusan telah memberi kebebasan kepada kami
untuk memilih sekolah pilihan kami sendiri agar kami dapat menjalankan PBS kami
dalam keadaan yang selesa.
Oleh hal demikian, saya telah Sekolah Kebangsaan Kemumin sebagai sekolah
pilihan saya. Bagi memastikan pelaksanaan PBS saya berjalan dengan lancar, saya
telah mencari sedikit maklumat umum berkaitan dengan sekolah tersebut. Antaranya,
berkaitan dengan keadaan semasa sekolah tersebut.
Di samping itu, sebelum menjalani PBS sayas, saya juga merancang apa yang
akan dibuat ketika berada di sekolah nanti untuk memudahkan lagi kerja saya supaya
tidak tertinggal perkara-perkara yang diperlukan.
SEMASA PBS
Di Negeri Kedah, sesi persekolahan bermula pada hari Ahad dan berakhir pada hari
Khamis. Oleh hal demikian, Saya akan memulakan PBS saya pada tarikh 17 MAC
hingga 21 MAC 2013. Justeru itu, saya telah menjalani PBS selama 5 hari, iaitu
bermula dari 17 MAC hingga 21 MAC 2013.
17 Mac 2013, Ahad
Pada 17 Mac 2013 iaitu hari Ahad saya telah menjalani pengalaman berasaskan
sekolah di Sekolah Kebangsaan Pinang Tunggal. Ini adalah sekolah yang pertama saya
menjalani PBS di luar negeri.. Perasaan Cemas, gembira, takut dan teruja merupakan
perasaan yang bercampur aduk di dalam diri saya yang membentuk satu perasaan
yang sukar untuk diluahkan. Namun, saya cuba menggagahkan diri untuk menghadapi
semuanya dengan sabar dan tabah.
Tepat pada jam 7.20 minit pagi, saya sampai di perkarangan sekolah. Setelah
sampai di perkarangan sekolah, terlebih dahulu saya mengikuti perhimpunan harian
sekolah, kerana semua guru dan pelajar akan berkumpul di tempat perhimpunan
tersebut. Saya mendengar beberapa taklimat dan beberapa penyampaian hadiah yang
diberikan kepada pelajar. Saya juga diminta memberi ucapan perkenalan diri kepada
semua murid ketika berada di perhimpunan. Setelah pehimpunan harian tamat, saya
terus bergerak ke pejabat dan telah berjumpa dengan Penolong Kanan 1 sekolah
tersebut iaitu Encik Sapia untuk melaporkan diri dan mendaftar masuk. Semasa saya di
dalam pejabat itu, saya telah dilayan dengan penuh ramah dan mesra oleh seorang
pembantu tadbir sekolah, iaitu Encik Saidi bin Jusoh.
Selain itu, tugasan kali ini adalah minor jadi saya telah diberikan seorang cikgu
bernama Ustaz Nizam seorang guru bahasa Arab.. Semasa sesi temu bual itu, saya
difahamkan perancangannya berjalan dengan baik dengan mengikut prosedur yang
telah disediakan. Perbezaan penilain murid dengan murid ialah baik,sederhana dan
lemah.
Antara aktiviti lain yang saya laksanakan pada hari pertama, ialah saya membuat
pemerhatian dengan meronda-ronda kawasan sekolah dan mengisi borang PBS yang
memerlukan kami untuk mencatat beberapa perkara, seperti infrastruktur dan
kemudahan yang terdapat di sekolah tersebut. Selain itu, juga cuba untuk berkenalan
dengan beberapa orang guru di sekolah tersebut. Saya juga telah melakukan temu bual
dengan beberapa orang guru, bagi mendapatkan beberapa maklumat sekolah yang
berkaitan.
18 Mac 2013, Isnin
Pada hari kedua PBS, setelah sampai di sekolah, saya mendaftarkan diri di
pejabat sebagai bukti kehadiran saya ke sekolah. Selepas itu, saya mengikuti satu
perhimpunan pagi yang dijalankan di dataran sekolah yang menerangkan tentang
peristiwa yang berlaku semalam. Ada beberapa orang guru berucap dan menegur
murid dan memberi nasihat kepada murid untuk tidak buat seperti hari kelmarin.
Di samping itu, setelah selesai perhimpunan pagi, saya pergi ke bilik guru untuk
berjumpa seorang guru yang bernama ustaz Nidzom seorang guru bahasa Arab untuk
menjalankan tugasan yang diberikan kepada saya. Saya menerangkan kepada guru itu
tentang tugasan yang diberikan untuk melihat guru itu mengajar bahasa Arab.
Selepas itu, kami diberikan oleh seorang guru untuk menjaga kelas di kelas 6
gigih. Kami beramah mesra dengan murid dan ada juga yang datang untuk bertanyakan
soalan tentang sunjek yang mereka tidak faham.
19 Mac 2013, Selasa
Pada hari ketiga PBS, kami sampai lebih awal daripada biasa kerana ingin
mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang suasana di alam persekolahan
sebelum proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Seperti biasa setiap pagi
akan diadakan satu perhimpunan pagi dan akan di akhiri dengan pembacaan doa.
Sepanjang perhimpunan tersebut, guru yang bertugas akan memberi sedikit
nasihat kepada murid – murid agar belajar dengan rajin dan tidak melakukan perkara
yang tidak elok. Sebaik sahaja perhimpunan pagi selesai, murid-murid diarahkan untuk
bergerak masuk ke kelas masing-masing dengan teratur melalui barisan.
Pada hari ini, saya hanya masuk satu kelas sahaja di tahun 2 Maju. Ketika itu
cikgu mengajar subjek Bahasa Arab. Saya telah mengambil beberapa catatan tentang
kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan oleh guru berkenaan.
20 Mac 2013, Rabu
Seperti hari-hari yang sebelumnya, sebaik sahaja kami sampai di sekolah, kami
akan ke perhimpunan pagi untuk mendengar satu taklimat daripada beberapa orang
guru yang bertugas untuk memberi beberapa taklimat kepada murid. Setelah itu kami
terus mendaftarkan kehadiran kami di pejabat sekolah.
Kami juga ada berbual dengan beberapa orang guru. Seperti guru Rashidi guru
Noorhayati, encik Safian dan sebagainya
Pada hari ini, saya telah merancang akan masuk beberapa buah kelas untuk
menyiapkan sedikit tugasan yang diberikan. Pada hari itu, saya telah masuk kelas 6
gigih, 2 gigih, 1 usaha dan 3 gigih. Saya telah mengambil beberapa kaedah pengajaran
yang digunakan oleh guru.
Sebelum pulang saya telah berjumpa dengan guru besar untuk memaklumkan
kepada beliau yang saya akan datang lewat pada esok hari.
21 Mac 2013, Khamis
Hari ini adalah hari terakhir saya berada di sekolah. Saya datang ke sekolah tepat jam
7.25. Dan pada hari ini juga saya mengenalpasti apa yang belum lengkap. Sebelum
pulang saya bersalaman dengan beberapa orang guru dan mengucapkan terima kasih
kepada mereka semua terutamanya kepada Ustaz Nidzom yang banyak membantu
dalam menyiapkan tugasan yang diberi.
SELEPAS PBS (REFLEKSI)
Selepas saya berjaya menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah dengan jayanya,
saya mula melakukan kerja pada peringkat seterusnya, iaitu menaip tugasan tersebut
dalam ‘Microsoft Word’.
Saya berasa sungguh bersyukur kepada Allah, kerana telah memudahkan tugas-
tugas saya semasa saya melakukan PBS di sekolah tersebut walaupun guru dan murid
disekolah tersebut sedang sibuk dengan persediaan Sambutan Hari Kemerdekaan dan
Hari Persaraan
Berdasarkan kajian yang saya lakukan, fokus tugasan yang saya tetapkan
berjaya dicapai seperti merekodkan dapatan mengenai program dan aktiviti serta
prasarana yang dibina dalam membantu perkembangan kanak – kanak di sekolah serta
tugasan-tugasan sampingan bagi subjek FPM dan PKK. Daripada pemerhatian saya,
Sekolah Kebangsaan Balai Besar adalah sebuah sekolah yang lengkap kerana memiliki
segala keperluan asas yang harus ada di sesuatu sekolah seperti makmal sains, kantin,
dewan, mural dan juga memiliki persekitaran yang menarik. Dari aspek penglibatan
pihak sekolah dalam kajian saya ini harus diberi setinggi-tinggi pujian kerana mereka
sama ada pihak pengurusan, guru-guru dan kakitangan bahkan murid-murid turut
memberi kerjasama yang positif dan yang tidak saya sangka-sangkakan. Segala urusan
dan tugasan saya berjalan dengan lancar tanpa menghadapi sebarang masalah. Aktiviti
temu bual, dan pemerhatian saya untuk mendapatkan data bagi perkembangan fizikal
dan kognitif serta urusan lain dapat saya laksanakan dengan baik kerana pihak sekolah
telah memberi bantuan yang sepenuhnya kepada saya serta saya tidak berasa seperti
disisihkan sepanjang saya menjalani PBS disekolah tersebut, bahkan kedatangan saya
sangat dialu-alukan oleh pihak sekolah.
Kesimpulannya, kajian saya pada kali ini berjalan dengan sempurna dan baik
walaupun ini adalah kali kedua saya melaksanakan PBS di sekolah. Namun begitu,
masih terdapat beberapa kelemahan yang harus saya baiki seperti melakukan
persedian yang lebih rapi dan perlu meningkatkan kemahiran sosial saya. Oleh itu, saya
berharap agar dapat melakukan yang lebih terbaik pada masa-masa akan datang.
2.2) LAPORAN PERLAKSANAAN AKTIVITI YANG DIFOKUS.
Sepanjang seminggu saya berada di Sekolah Kebangsaan Kemumin, pelbagai
aktiviti telah saya lakukan bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan. Antara
tugasan yang saya lakukan sepanjang berada di sana ialah mengumpul data berkaitan
dengan kemudahan prasarana, temu bual dengan pihak pengurusan, melakukan soal
selidik terhadap pelajar dan menilai tahap perkembangan murid-murid di sekolah
tersebut.
Pada 05 Mac 2012 iaitu hari pertama ke sekolah, perkara pertama yang saya
lakukan ialah dengan meninjau kawasan sekitar sekolah. Ini secara tidak langsung
dapat memberikan gambaran awal kepada saya tentang situasi sekolah yang sebenar.
Pada 06 dan 07 Mac 2010, sasya telah mengumpul data kajian dengan cara
memerhatikan persekitaran sekolah, kemudahan prasarana dan temu bual bersama
pihak pengurusan sekolah. Temu bual bersama pihak pengurusan ini, tidak dapat saya
lakukan pada hari yang sama, kerana mereka mempunyai tugas yang perlu disiapkan.
Oleh hal demikian, masa untuk melakukan temu bual ini bergantung kepada masa
pihak yang ingin ditemu bual. Jika mereka mempunyai kekosongan masa, baru aktiviti
temu bual bersama mereka akan dapat dilakukan.
Dapatan data yang memerlukan kaedah pemerhatian seperti kemudahan, saya
telah merekodkannya ke dalam bentuk jadual senarai semak dan mengambil beberapa
keping gambar sebagai bahan bukti kajian saya. Sepanjang pemerhatian, saya dapati
kemudahan prasarana yang terdapat di sekolah ini sudah mencukupi dan bertepatan
dengan garis panduan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia seperti pembinaan
makmal komputer, makmal sains, bilik J-Qaf dan juga infrastruktur lain. Suasana dan
iklim di dalam bilik darjah dilihat sungguh kondusif, selesa dan terkawal serta proses
pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lancar.
Pada hari Rabu 07 Mac 2012, saya telah melakukan soal selidik bersama murid-
murid dan menjalankan ”Piaget’s Conservation Task” ke atas murid-murid. Aspek
interaksi antara murid banyak diaplikasikan ketika ujian ini. Soal selidik ini berkaitan
dengan amalan murni yang mereka lakukan sepanjang berada di sekolah. Berdasarkan
hasil dapatan kajian saya, murid-murid di sini turut mengamalkan beberapa amalan
murni seperti bersalaman dengan guru sebelum pulang ke rumah, memberi salam
kepada guru apabila berjumpa dan mengucapkan salam dan selamat pagi kepada guru
sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P). ”Piaget’s Conservation
Test” pula merupakan satu ujian yang dilaksanakan bagi melihat tahap dan peringkat
perkembangan kognitif murid.
08 Mac 2012, Khamis merupakan hari terakhir saya melaksanakan PBS. Pada
hari ini, saya telah melakukan semua aktiviti yang masih belum lengkap, mengemaskini
maklumat dan data serta melakukan interaksi untuk kali terakhir. Saya juga
menyerahkan beberapa dokumen bagi mendapatkan pengesahan pihak sekolah dan
borang penilaian ke atas kami turut diserahkan kepada pihak sekolah untuk dinilai oleh
pihak sekolah sepanjang seminggu saya berada di sana.
2.3) PENILAIAN DAN LAPORAN
Program Pengalaman Berasaskan Sekolah merupakan salah satu aktiviti yang
bagus dan bermakna terutama kepada para bakal pendidik. Berdasarkan semua aktiviti
yang telah dijalankan sepanjang seminggu, saya telah mendapat banyak manfaat dari
segi pengetahuan mengenai cara pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Melalui pemerhatian dan aktiviti yang telah dijalankan oleh saya dalam tempoh
seminggu, saya telah dapat merasai dan menjangkakan apa yang akan bakal saya
harungi apabila saya berada di alam persekolahan kelak. Seseorang yang hanya
mempunyai kemahiran tetapi tiada kesabaran dan pengalaman tidak akan mampu
untuk menjadi seorang guru yang baik dan tidak akan mampu mengawal serta tidak
dapat berinteraksi dengan murid-murid dengan baik. Pendedahan ini merupakan
persiapan yang awal kepada saya sebagai bakal pendidik terhadap apa yang akan
saya hadapi apabila berada di alam persekolahan nanti. Selain itu, saya juga dapat
belajar bagaimana mengetahui cara-cara untuk menguruskan kelas semasa
menjalankan tugas sebagai seorang guru ketika melaksanakan aktiviti kumpulan.
Pembahagian kumpulan secara seimbang adalah sangat penting dalam proses
pengajaran dan pembelajaran dan hasil pembelajaran akan lebih baik daripada belajar
secara individu.
Disamping itu juga, penyediaan bahan mengajar seperti Alat Bantu Mengajar
juga sangat penting ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlaku, kerana bahan
bantu ini banyak membantu murid dalam memahami dan menguasai apa yang diajar.
Perkara sampingan yang sering kali dilupakan oleh guru ialah keadaan persekitaran
sekolah dan kelas. Suasana sekolah dan kelas yang ceria dan kondusif serta lengkap
turut memberi kesan kepada murid-murid terutama kepada murid-murid sekolah
rendah, kerana murid mampu untuk belajar dengan tenang, gembira dan tanpa ada
sebarang tekanan.
Perkara utama yang harus diambil berat oleh para guru dan pihak sekolah ialah,
hubungan antara murid dan pendidik haruslah dijaga. Kemahiran interaksi antara satu
sama lain adalah penting dan harus dikuasai oleh para pendidik. Interaksi antara guru
dengan murid dan interaksi murid dengan murid sendiri akan berlaku semasa
pembelajaran dan pengajaran dijalankan. Semasa pemantauan saya sempat
berinteraksi dengan murid sekaligus menjadikan hubungan kami menjadi lebih rapat
walaupun hanya beberapa hari berada di sana. Guru mestilah mempunyai hubungan
yang baik dengan murid sendiri untuk mengenali tahap, tingkah laku dan masalah
murid-murid di kelas. Secara tidak langsung, kemahiran komunikasi murid-murid juga
dapat ditingkatkan dan mereka akan lebih berkeyakinan untuk menghadapi masyarakat
luar.
3.0. INSTRUMEN
PENGUMPULAN DATA
BERHUBUNG TUGASAN
3.1) PEMERHATIAN
Pelbagai kaedah dan cara boleh dilaksanakan dalam mendapatkan maklumat
sewaktu saya berada di sekolah. Namun, saya telah memilih beberapa cara dalam
mendapatkan data dan menyiapkan tugasan. Kaedah pemerhatian merupakan salah
satu cara pengumpulan data yang telah saya laksanakan sama ada untuk
memperhatikan bagaimana program dan aktiviti yang dijalankan serta prasarana yang
sedia ada dalam membantu perkembangan kanak – kanak disekolah tersebut. Dalam
memerhatikan kemudahan prasarana yang terdapat di Sekolah Kebangsaan Balai
Besar, saya mendapati sekolah ini telah memenuhi syarat atau kriteria sebagai mana
ciri-ciri sekolah yang telah digariskan oleh pihak kerajaan. Kemudahan seperti dewan,
kantin, padang, makmal sains dan komputer dan sebagainya sudah terdapat di sekolah
ini. Namun, masih terdapat beberapa prasarana yang mengalami kerosakan. Justeru
itu, tindakan yang segera perlu diambil bagi mengelakkan daripada berlakunya perkara
yang tidak diingini terhadap pelajar sekolah tersebut.
Antara prasarana yang terdapat di sekolah SK Balai Besar yang membantu
perkembangan kanak – kanak, ialah :
I. UNTUK PERKEMBANGAN FIZIKAL MURID
a. Padang bola sepak
b. Gelanggang sepak takwra
c. Gelanggang bola tampar
d. Gelanggang futsal
e. Stor Sukan
II. UNTUK MEMBINA PERKEMBANGAN KOGNITIF DAN BAHASA MURID
a. Ruang panitia mata pelajaran
b. Bilik BBM
c. Pondok Bacaan
d. Pondok panitia
e. Perpustakaan
f. Bilik Aksess
g. Bilik Muzik
h. Bilik Pemulihan
i. Bilik Sains
III. UNTUK MEMBINA SOSIOEMOSI MURID
a. Bilik kaunseling
b. Taman Herba dan Taman Bunga
IV. UNTUK MEMBINA PERKEMBANGAN ROHANI DAN MORAL MURID
a. Surau
b. Bilik J – Qaf
c. Tandas
3.2) SENARAI SEMAK
Selain daripada kaedah pemerhatian, kami juga turut mengaplikasikan kaedah
senarai semak dalam mendapat dan mengumpulkan data-data yang perlu sepanjang
kajian. Sebelum saya melaksanakan ujian, kami telah menyediakan borang senarai
semak berkaitan dengan kemudahan prasarana yang perlu ada pada sesebuah sekolah
seperti kantin, bilik darjah, dewan, padang dan sebagainya. Sekiranya sekolah tersebut
memiliki prasarana yang berikut, saya akan menandakannya.
Selain daripada borang senarai semak untuk prasarana, saya juga menyediakan
borang senarai semak untuk mengenalpasti berkaitan persekitaran dan iklim bilk darjah.
Antara isi kandungan yang terdapat dalam borang tersebut ialah berkaitan dengan
paparan dalam kelas seperti jadual waktu, jadual tugas, bahan dan sumber pelajaran
serta kaedah ini turut dilaksanakan untuk mengenalpasti jenis bahan bantu mengajar
dan bahan bantu belajar yang digunakan oleh guru semasa aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dilakukan di dalam kelas. Dapatan data berkaitan dengan paparan-
paparan yang terdapat pada dinding sekolah juga turut saya dapati melalui kaedah
senarai semak seperti kata-kata hikmah, mural sekolah, Rukun Negara dan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
Bukan sahaja dari aspek pengumpulan data, saya juga turut melakukan kaedah
senarai semak terhadap strategi-strategi perlaksanaan yang telah kami rancang. Ia juga
disediakan dalam bentuk borang senarai semak. Hal ini bagi mengelakkan masalah
tugasan yang tidak terlaksana akibat kelalaian dan kecuaian saya.
MAKLUMAT UMUM SEKOLAH
1. ARAHAN : Lengkapkan maklumat yang disenaraikan dalam borang berikut:
Bil. Perkara Catatan / Data
1. Nama dan Alamat Sekolah SEKOLAH KEBANGSAAN BALAI BESAR, 23
000 DUNGUN, TERENGGANU
2. No. Telefon Sekolah 09 - 8453424
3. E-mail / Web Sekolah [email protected]
4. Lokasi (Bandar / Luar Bandar) LUAR BANDAR
5. Nama Guru Besar ENCIK RASYID BIN MOHD
6. Nama GPK Pentadbiran ENCIK ABDULLAH BIN CHE LONG
7. Nama GPK HEM PUAN ZALIHA BINTI CHE IDRIS
8. Nama GPK Kokurikulum PUAN RABIAH BINTI AHMAD
9. Nama Penyelia Petang MUHAMAD KHALID BIN SULAIMAN
10. Gred Sekolah GRED A
11. Bilangan Guru Lelaki : 12
Perempuan : 44
12. Kelayakan Profesional Guru Siswazah : 15
Bukan Siswazah : 41
13. Bilangan Kelas 24 BUAH (TIDAK TERMASUK 2 BUAH PRASEK)
14. Purata Saiz Kelas 24 X 30
15. Jumlah Murid Melayu Cina India Lain-lain
Lelaki 340 - - -
perempuan 258 - - -
16. Maklumat-maklumat lain yang menarik perhatian anda tentang sekolah ini :
UPSR cemerlang tahun 2011
Mendapat banyak pengiktirafan, contoh Bilik BOS terbaik, Surau tercantik dll
598 orang
Merancang pelbagai aktiviti yang menarik
Terdapat taman bunga dan taman herba yang tersendiri
3.3) TEMU BUAL
Kaedah temu bual ialah satu lagi instrumen yang saya laksanakan dalam mendapatkan
data untuk kajian. Sepanjang seminggu saya berada di sekolah ini, beberapa pihak
telah terlibat dalam temu bual saya ini. Antaranya ialah pihak pengurusan sekolah
seperti guru besar, guru-guru penolong kanan, guru panitia, guru kelas, kakitangan
sekolah dan juga murid. Antara perkara yang termasuk dalam temu bual saya ialah
berkaitan sejarah sekolah, tahap pencapaian kurikulum dan kokurikulum sekolah,
perlaksanaan KSSR dan keberkesanannya, fungsi setiap jawatan dan juga temu bual
yang berkaitan dengan tugasan terutama bagi tugasan berkaitan dengan aktiviti dan
program yang dirancang bagi membantu perkembangan kanak - kanak. Jika temu bual
yang dilakukan dengan murid-murid saya lebih banyak menemu bual berkaitan dengan
proses pembelajaran mereka dari aspek kefahaman, keselesaan dan juga keperluan
sepanjang proses pembelajaran mereka serta keadaan persekitaran sekolah tersebut.
Melalui kaedah temu bual ini, saya mendapat banyak data dan maklumat berkaitan
tugasan. Dan perkara yang menarik yang saya dapat semasa melaksanakan kaedah ini
ialah setiap pihak tanpa mengira jawatan akan menceritakan pengalaman mereka
sepanjang berada di alam pekerjaan dan juga sentiasa menasihati serta memberi
petua-petua apabila berada di alam pekerjaan kelak. saya amat berterima kasih kepada
semua pihak yang terlibat kerana sanggup meluangkan masa dan tenaga untuk
memberi kerjasama kepada saya.
Antara hasil yang diperolehi daripada kaedah temu bual, ialah :
A. PROGRAM DAN AKTIVITI SEKOLAH
I. UNTUK PERKEMBANGAN KOGNITIF DAN BAHASA MURID
a. Kejohanan Catur Terbuka SKBB (18 feb)
b. Pertandingan Bercerita Kisah Al –Quran (1 mac)
c. Majlis Pelancaran Program Nilam (26 feb)
d. Pertandingan sempena minggu Bahasa Inggeris – coral speaking, smarts
English, SIR, action song
e. Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu Peringkat Sekolah (27 Mac)
f. Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu Peringkat Daerah (22 Mac)
g. Pertandingan Pidato Peringkat Sekolah (Mac)
h. Pertandingan Pidato Peringkat Daerah (Mac)
i. Pertandingan Sajak dan Puisi sempena Bulan Bahasa Peringkat Sekolah
j. Story Telling (19 Mac)
k. Pertandingan Berbalas Pantun Tahap 2 (20 Mac)
l. Kempen Kelek Buku (25 Mac)
m. Kuiz Math (17 Jun)
n. Program 1 Hari 1 Sifir (Jan/Feb)
II. MEMPERKEMBANGKAN BAKAT DAN POTENSI MURID
a. Kejohanan Merentas Desa (22 Jan)
b. Watikah Perlantikan Pengawas PSS (9 jan)
c. Kejohanan Olahraga MSS Dungun kali ke-43 2012 (5 Mac – 8 Mac)
d. Pertandingan Kompang dan Formasi sekolah – sekolah peringkat daerah
2012
e. Pertandingan Memasak anjuran Kelab dan Persatuan
f. Pertandingan Memasak anjuran Unit Beruniform
g. Pertandingan Buku Skrap - SN (27 Mac)
h. Pertandingan Gubal Bekas Hantaran (29 Mac)
i. Anugerah Pengawas Pusat Sumber Terbaik Bulanan (1 April)
j. Pertandingan Buku Skrap – PJK (22 April)
k. Pertandingan Mencipta Kad Hari Guru – BBM (6 Mei)
l. Pertandingan Melukis Poster – KT (25 Jun)
m. Pertandingan Menulis Esei tentang tokoh (23 Sep)
III. MEMBINA MOTIVASI DAN SAHSIAH MURID
a. Bacaan Yassin setiap hari Khamis
b. Pertandingan Bercerita Kisah Al – Quran (1 mac)
c. Majlis Kesyukuran UPSR 2011 (22 Jan)
d. Sambutan Mauludul Rasul peringkat sekolah (16 Feb)
e. Pertandingan Tilawah dan Hafazan peringkat sekolah (27 Feb)
f. Pertandingan Tilawah dan Hafazan peringkat Zon Sura (21 Mac)
g. Pertandingan Nasyid peringkat Daerah (21 mac)
h. Motivasi Pembangunan Sahsiah anjuran Unit Beruniform (April)
i. Kem Pengurusan Masa - soalan peperiksaan (Feb)
j. Program Tasmik al – Quran
k. Program Jati Diri (setiap hujung minggu)
IV. LAIN – LAIN AKTIVITI UNTUK PERKEMBANGAN MURID
a. Perkhemahan Tahunan peringkat sekolah
b. Pertandingan Mewarna – Prasekolah (2 April)
c. Bengkel Proses Buku Perpustakaan (24 Mac)
d. Lawatan Murid – murid miskin (19 Jun)
e. Lawatan Anjuran Unit Beruniform (Nov)
f. Kelas Bimbingan Petang
g. Program Lawatan 1 Malaysia “Indahnya Bandarayaku Kuala Terengganu”
(20 Oktober 2012)
3.4) SOAL SELIDIK
Dalam melaksanakan tugasan bagi tugasan sampingan, saya telah memilih
kaedah soal selidik bagi menjalankan tugasan. Kaedah ini telah dilaksanakan pada
tugasan Perkembangan Kanak-kanak (PKK). Tugasan ini berkisar tentang kajian
perkembangan fizikal murid-murid dan juga perkembangan kognitif kanak-kanak. Bagi
mendapatkan data berkaitan dengan subjek PKK, saya telah menyediakan borang kaji
selidik berkaitan dengan perkembangan fizikal seperti ketinggian, berat dan saiz badan.
Beberapa orang murid telah dipilih untuk diukur berkaitan dengan perkara tersebut.
Hasil dapatan data kemudiannya direkodkan dalam borang tersebut.
Kemudian, bagi aspek perkembangan kognitif murid, saya telah menyoal selidik
murid berkaitan dengan ”Piaget’s Conservation Task”. Tiga jenis ujian diberikan kepada
murid iaitu Ujian Susunan Duit Syiling, Ujian panjang benang dan Ujian Jumlah Air
dalam Gelas. Bukti soal selidik, sila rujuk pada lampiran.
Bagi mengetahui tahap perkembangan kognitif murid, murid disoal berkaitan
dengan perbandingan antara dua bentuk berbeza bagi benda dan jumlah yang sama.
Kebanyakan murid sudah dapat mengenalpasti perkara tersebut dan dapat menjawab
dengan betul. Hasil jawapan murid kemudian direkodkan.
4.0. KOLABORASI
5.0. ILMU/
PENGETAHUAN
BARU
5.1) PEMERHATIAN
Pemerhatian merupakan satu kaedah yang saya laksanakan dalam mencari data dan
maklumat berkaitan sekolah yang dipilih. Melalui pemerhatian, pelbagai ilmu baru dapat
saya peroleh seperti setiap pekerjaan saya menjadi lebih senang dan lancar. Melalui
proses pemerhatian,saya tidak memerlukan sebarang alat sokongan dan perjalanan
proses tidak memerlukan sebarang protokol. Saya hanya melakukan pemerhatian
terhadap sesuatu perkara dan hanya mencatatnya di dalam buku nota. Sebagai contoh,
saya melakukan pemerhatian sewaktu pembelajaran berlaku. Melalui pemerhatian
saya, penggunaan alat bantu mengajar mampu menarik minat pelajar untuk lebih
memberi perhatian dan kerjasama sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran
berlaku. Manakala, pemerhatian kepada infrastrukutur sekolah membawa saya kepada
banyak perkara seperti peranan setiap infrastruktur dalam membentuk murid-murid
dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek makmal komputer digunakan sebaik
mungkin dalam mewujudkan sesi P&P yang lebih menarik dan berkesan.
Manakala, pemerhatian dari sudut integriti dan sahsiah warga sekolah juga
termasuk dalam skop pemerhatian saya. Melalui pemerhatian kami, amalan memberi
salam kepada guru diamalkan di sekolah ini. Tatkala bertembung dengan guru atau
pihak luar, ucapan salam dan ucapan selamat akan terus terpacul keluar dari bibir
murid-murid. Begitu juga ketika guru memasuki kelas, murid-murid akan berdiri dan
menjawab salam dan berterima kasih seusai proses pengajaran. Selain itu juga,
pemerhatian saya juga terarah kepada pihak pengurusan sekolah yang begitu mesra,
komited dan berdedikasi dalam menjalankan tugas. Status sebagai pentadbir sekolah
tidak menghalang mereka untuk duduk semeja dengan guru-guru lain dalam banyak
perkara, termasuklah ketika makan di kantin. Kemesraan dan keterbukaan yang
diwujudkan sebenarnya sangat membantu dalam membentuk satu organisasi kerja
yang kukuh.
5.2) SENARAI SEMAK
Selain daripada penggunaan kaedah pemerhatian, saya turut menggunakan
kaedah senarai semak. Antara perkara yang dapat saya peroleh daripada kaedah ini
ialah senarai semak amat penting sewaktu menjalankan sebarang kajian kerana ia
mampu melancarkan kajian kita. Sewaktu melaksanakan kajian, saya telah
menyenaraikan apa yang perlu dilaksanakan sepanjang kajian agar perjalanan kajian
kami berjalan dengan lancar dan tiada perkara yang terlepas pandang. Saya telah
membahagikan borang senarai semak ini kepada beberapa bahagian seperti borang
senarai semak infrastruktur dan borang senarai semak aktiviti yang dijalankan
sepanjang kajian. Sesunggunya, kaedah ini berkait rapat dengan kaedah pemerhatian.
Sebagai contoh, sewaktu saya memerhatikan kelengkapan prasarana yang terdapat di
sekolah, saya akan menandakannya di borang senarai semak.
5.3) TEMU BUAL
Temu bual merupakan satu kaedah yang penting dalam mendapatkan sesuatu
maklumat secara lisan. Banyak ilmu dan perkara baru saya peroleh melalui kaedah
temu bual seperti, saya dapat belajar tentang cara berkomunikasi dengan lebih baik,
mengikut kehendak situasi. Misalnya, dalam temu bual rasmi yang saya jalankan
bersama pihak pentadbir sekolah. Setiap ayat yang digunakan perlulah bersesuaian
lebih-lebih lagi saya sebagai anak muda dan orang baru di sekolah. Apa yang penting,
sikap hormat terhadap ketua itu yang perlu ada supaya tidak terlepas cakap lebih-lebih
lagi menyentuh hal-hal sensitif. Kaedah ini juga kami gunakan apabila bersama guru-
guru lain, pekerja sekolah dan murid-murid bagi mendapatkan maklumat yang lebih
meluas dan terperinci. Melalui kaedah temu bual juga saya mendapat perkara-perkara
yang tidak dibukukan secara formal seperti sejarah sekolah, dan juga pengalaman-
pengalaman guru-guru sepanjang bergelar seorang pendidik. Walaupun pengalaman
dan cerita dari bibir seorang guru ini tidak termasuk dalam skop tugasan kami, namun
melalui pengalaman inilah kami banyak belajar untuk menghadapi segala dugaan dan
cabaran apabila bergelar sebagai seorang guru. Kemahiran sahaja masih belum
mencukupi untuk bergelar sebagai guru contoh kerana perkara yang amat penting ialah
pengalaman. Selaras dengan ungkapan yang selalu kita dengar iaitu pengalaman
mendewasakan kita.
5.4) SOAL SELIDIK
Soal selidik yang saya jalankan adalah berdasarkan tugasan PKK yang
diberikan. Melaui soal selidik saya dapat mengetahui lebih lanjut tentang apa yang
dikehendaki oleh tugasan. Pada PBS kali ini, saya telah menjalankan soal selidik
berkaitan perkembangan kanak-kanak dari segi kognitif dan fizikal murid. saya dapat
melihat bagaimana pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak di awal kanak-kanak
iaitu ketika di alam sekolah rendah dan apakah penyebab kepada perkembangan
tersebut. Kajian kami terhadap perkembangan fizikal kanak-kanak mendapati
pertumbuhan kanak-kanak pada tahap pra sekolah kepada Tahun 1 adalah amat
perlahan.
Melalui soal selidik yang dijalankan juga saya mendapati murid pada peringkat
yang berbeza mempunyai pemikiran yang berbeza-beza. Ini disebabkan faktor
persekitaran sama ada disebabkan oleh pengaruh rakan sebaya atau latar belakang.
Apabila diajukan soalan untuk tahap 2, soalan itu mampu dijawab oleh murid tahap 1.
Di sini kami dapat lihat pengaruh latar belakang keluarga memainkan peranan yang
penting kerana murid tahap 1 tersebut berasal daripada keluarga yang berpendidikan.
Kesimpulannya, pemikiran kanak-kanak mudah dan boleh dibentuk kerana mereka
masih memerlukan sokongan dari luar untuk membentuk pemikiran mereka.
6.0. REFLEKSI
Alhamdulillah, Saya telah ditugaskan untuk menjalani program Pengalaman
Berasaskan Sekolah (PBS) di Sekolah Kebangsaan Kemumin, selama seminggu iaitu
bermula dari 26 Ogos 2012 sehingga 30 Ogos 2012. Pelbagai pengalaman baru yang
dapat saya rasai kerana ini adalah kali pertama saya menjejaki kaki ke sekolah sebagai
guru. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Puan Roselita binti Ali, Encik Faizal,
dan Puan Sabiah yang telah banyak memberikan bimbingan dan tunjuk ajar kepada
saya dan rakan-rakan lain.
Secara amnya, melalui tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah ini saya dapat
bermesra dengan ramai kanak-kanak terutama di dengan pelajar-pelajar di Sekolah
Kebangsaan Seri Cempaka. Murid-murid di sini rata-ratanya menunjukkan minat untuk
memajukan diri dalam pelajaran tetapi mereka memerlukan bimbingan secara khusus
dan lansung daripada guru. Sikap ibu-bapa turut mewarnai pengalaman saya ketika
menjalankan PBS di sekolah ini. Sepanjang sesi persekolahan yang berlangsung dari
Ahad hingga Khamis, pelbagai ragam dan gelagat murid-murid sekolah dapat dilihat.
Harapan saya agar dengan terlaksananya tugasan ini, saya dapat menimba ilmu
pengetahuan, pengalaman, semangat dan keyakinan yang tinggi terhadap kanak-
kanak. Sekurang-kurangnya apabila saya berhadapan dengan kanak-kanak sekolah
rendah kelak, saya tidak berasa pelik dan janggal. Di samping itu, saya juga cuba untuk
memahami dan menyesuaikan diri dengan budaya sekolah serta dalam masa yang
sama dapat menghayati kerjaya seorang guru.
Selain itu, saya dapat melihat kesungguhan rakan-rakan lain dalam
melaksanakan PBS ini., Ada yang menemui kanak-kanak di kantin sekolah, dan ada
yang menemui kanak-kanak di dalam kelas, ada juga yang menemuramah guru-guru
malahan semua perkara yang berkaitan dengan sekolah. Lantas, kesungguhan ini
memperlihatkan betapa mereka suka dan ikhlas melaksanakan PBS ini. Ini
membangkitkan lagi semangat saya untuk melaksanakan PBS yang diamanahkan
untuk mengkaji dan mengumpulkan maklumat yang diperlukan untuk saya siapkan
tugasan portfolio yang kami perlu hantar selepas menjalani PBS ini.
Saya mengambil peluang ini untuk menimba pengalaman sebagai seorang guru,
dengan memasuki kelas yang ketiadaan guru, di situ saya dan rakan-rakan mengambil
peluang untuk membiasakan diri dengan suasana pengajaran dan pembelajaran. Pada
permulaannnya, kami berasa sangat teruja dan seronok apabila dapat merasai
perasaan seorang guru mengawal kelas, akan tetapi timbul juga dalam hati kami,
bahawa sifat sabar amat perlu bagi seorang guru untuk menghadapi kerenah pelajar
yang berbagai-bagai.
Akhir kalam, saya sangat berterima kasih kepada rakan-rakan saya kerana
memberi kerjasama dan membantu saya menjalankan tugasan ini sebaik yang
mungkin. Tidak terkata rasa terima kasih kepada semua sokongan daripada pelbagai
pihak terutamanya kedua-dua ibu bapa saya yang sentiasa mendoakan kesejahteraan
saya dan memberi dorongan serta sokongan padu kepada saya. Tidak terhingga juga
kepada guru-guru Sekolah Kebangsaan Seri Cempaka, terutama kepada Guru besar
sekolah ini yang telah banyak memberi kata-kata perangsang untuk kami dan kerana
sentiasa memberi komitmen yang tinggi semasa saya menjalani Pengalaman
Berasaskan Sekolah ini. Saya amat berharap hasil kerja saya nanti akan dapat
memenuhi kehendak dan matlamat PBS ini diadakan.
Kesimpulannya dapat saya simpulkan di sini bahawa semua pengalaman di atas
adalah amat bermakna untuk saya pelajari dan jadikan tauladan. Semua ini juga
menjadi pembakar semangat untuk saya menjadi seorang guru yang cemerlang demi
menghasilkan modal insan selari dengan tuntutan falsafah pendidikan Negara dan
sepanjang tempoh saya menjalani PBS ini, saya dapat beroleh banyak iktibar dan input-
input yang boleh dijadikan teladan. Semoga ilmu yang saya peroleh bersama rakan-
rakan ini akan menjadi satu bekalan, terutama dalam melayari kehidupan sebagai
seorang guru pada masa akan datang, InsyaAllah.
Pengalaman Berasaskan Sekolah merupakan satu program yang baik dan harus
diteruskan terutama kepada bakal pendidik. Bagi saya sendiri, walaupun hanya berada
di alam persekolahan hanya buat seketika iaitu lima hari, namun banyak perkara dan
kesan positif dapat saya peroleh sama ada dari aspek pengalaman mahu pun aspek
ilmu baru. Dalam menjalankan kajian,beberapa kaedah dan proses telah saya pilih bagi
melancarkan lagi kajian iaitu kaedah pemerhatian, soal selidik, temu bual dan senarai
semak. Melalui kaedah-kaedah ini, saya dapat merasakan pemerolehan ilmu
pengetahuan yang begitu mendalam dan meluas. Saya dapat pengalaman baru
semasa PBS ini iaitu dapat menyaksikan dan mengalami sendiri suasana pembelajaran
murid sekolah rendah yang bakal saya tempuhi nanti.
Saya bersyukur kerana sepanjang saya melakukan PBS ini, tiada masalah yang
timbul sama ada dari diri saya, rakan-rakan mahupun dari pihak sekolah tersebut.
Warga Sekolah Kebangsaan Seri Cempaka telah memberikan kerjasama yang
sepenuhnya kepada saya. Murid-muridnya yang mempunyai sikap menghormati orang
lain serta guru-gurunya yang sudi berkongsi pendapat dan idea meningkatkan
semangat saya untuk terus menjadi guru yang baik.
Harapan saya semoga PBS pada masa akan datang memberikan sinar yang
baru kepada saya untuk melaksanakan tugasan dengan sempurna dan saya akan
gunakan peluang tersebut untuk menimba sebanyak ilmu keguruan dan seterusnya
menjadikan saya seorang guru yang sentiasa komited terhadap bidang tugas yang
mulia ini.
Secara kesimpulannya, program PBS ini telah menjadikan saya lebih
memahami budaya sekolah, memberi pendedahan dan penyesuaian diri di sekolah dan
di bilik darjah dengan lebih awal, mendapat pendedahan awal pembelajaran murid,
memahami pengurusan strategi pengajaran dan pembelajaran serta dapat membina
kemahiran berinteraksi dengan murid, guru dan kakitangan sekolah.
7.0LAPORAN
AKHIR
7.0LAPORAN AKHIR
Pengalaman Berasaskan Sekolah merupakan satu program yang baik dan harus
diteruskan terutama kepada bakal pendidik. Bagi saya sendiri, walaupun hanya berada
di alam persekolahan hanya buat seketika iaitu lima hari, namun banyak perkara dan
kesan positif dapat saya peroleh sama ada dari aspek pengalaman mahu pun aspek
ilmu baru. Dalam menjalankan kajian,beberapa kaedah dan proses telah saya pilih bagi
melancarkan lagi kajian iaitu kaedah pemerhatian, soal selidik, temu bual dan senarai
semak. Melalui kaedah-kaedah ini, saya dapat merasakan pemerolehan ilmu
pengetahuan yang begitu mendalam dan meluas. Saya dapat pengalaman baru
semasa PBS ini iaitu dapat menyaksikan dan mengalami sendiri suasana pembelajaran
murid sekolah rendah yang bakal saya tempuhi nanti.
Saya bersyukur kerana sepanjang saya melakukan PBS ini, tiada masalah yang
timbul sama ada dari diri saya, rakan-rakan mahupun dari pihak sekolah tersebut.
Warga SK Kemumin telah memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada saya.
Murid-muridnya yang mempunyai sikap menghormati orang lain serta guru-gurunya
yang sudi berkongsi pendapat dan idea meningkatkan semangat saya untuk terus
menjadi guru yang baik.
Harapan saya semoga PBS pada masa akan datang memberikan sinar yang
baru kepada saya untuk melaksanakan tugasan dengan sempurna dan saya akan
gunakan peluang tersebut untuk menimba sebanyak ilmu keguruan dan seterusnya
menjadikan saya seorang guru yang sentiasa komited terhadap bidang tugas yang
mulia ini.
Secara kesimpulannya, program PBS ini telah menjadikan saya lebih
memahami budaya sekolah, memberi pendedahan dan penyesuaian diri di sekolah dan
di bilik darjah dengan lebih awal, mendapat pendedahan awal pembelajaran murid,
memahami pengurusan strategi pengajaran dan pembelajaran serta dapat membina
kemahiran berinteraksi dengan murid, guru dan kakitangan sekolah.
8.0 LAMPIRAN
Pengajaran guru ketika kelas j-QAF
Ruang Pejabat Makmal Komputer Sekolah
Taman Sekolah
Mural
Pondok Jaga Makmal Sains
Pengajaran guru di dalam kelas
Bilik Guru
Pusat sumber
Bersama Murid Sekolah Kebangsaan Seri Cempaka
Sambutan hari Kemerdekaan di sekolah kebangsaan kemumin
Bengkel untuk pelajar tahun 6l