Aspek Perundangan Dan Kehakiman Dalam Sistem Kewangan Islam Di Malaysia

Embed Size (px)

Citation preview

PROGRAM BENGKEL EKSEKUTIF JAWATANKUASA FATWA NEGERI NEGERI

Aspek Perundangan Dan Kehakiman Dalam Sistem Kewangan Islam Di Malaysia Pn Hakimah Yaacob1

SISTEM KEWANGAN ISLAM

Perbankan Islam

Takaful

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

Pasaran Modal Islam

Dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia

Status Perundangan kewangan Islam di Malaysia Senarai 1 Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa hal ehwal kewangan adalah tertakluk di dalam bidang kuasa Parlimen dan kerajaan persekutuan. Disokong oleh Perkara 74. Seksyen 3 dan 5 Akta Undang undang Sivil menyatakan bahawa common law akan dirujuk dan digunapakai oleh mahkamah sivil ke atas isu isu berkaitan hal komersial (lex mercatoria) seperti perbankan, insurans, agensi, syarikat, urusan perdagangan dan lain lain. Senarai 2, Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan menetapkan beberapa isu mal sahaja serta pertikaian berkaitan orang Islam sahaja tertakluk kepada bidang kuasa Mahkamah Syariah.

3

Aturan 92, Kaedah 4 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980: Bagi menghapuskan keraguan maka adalah dengan ini diisytiharkan bahawa tiada apa-apa jua dalam kaedah-kaedah ini boleh disifatkan sebagai menghadkan atau menjejaskan kuasa-kuasa sedia ada Mahkamah untuk membuat apa-apa perintah sebagaimana yang perlu untuk mencegah ketakadilan atau untuk mencegah penyalahgunaan proses Mahkamah.

Kes Bank Islam Malaysia berhad vs. Adnan Omar [1994] 3 AMR 2291 Kes ini melibatkan pembiayaan secara BBA. Dalam kes ini Mahkamah Tinggi telah memutuskan bahawa mahkamah sivil mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan kes perbanbankan dan perkara yang berkaitan dengannya termasuklah perbankan Islam. Malah hakim telah tersilap dengan merujuk pembiayaan secara BBA sebagai pinjaman konvensional. Mahkamah juga telah menyatakan bahawa Bank Islam tidak termasuk dalam erti orang orang Islam yang boleh dibicarakan oleh mahkamah Syariah sepert yang dinyatakan dalam Senarai 2, Jadual Kesembilan perlembagaan Malaysia tetapi adalah merupakan badan korporat yang tidak mempunyai agama.

Kes Bank Kerjasama Rakyat Malaysia v. Emcee Corporation [2003] 1 CLJ 625 Kes ini juga melibatkan pembiayaan Islam secara BBA. Mahkamah telah memutuskan bahawa perbankan Islam juga tertakluk kepada undang undang yang sama dengan perbankan konvensional dan merujuk kepada Kanun Tanah Negara.

Majlis Penasihat Syariah Bank Negara (MPS) Majlis Pensaihat Shariah adalah autoriti tertinggi di dalam sitem kewangan islam Akta Bank Negara Malaysia 2009: Seksyen 55 Bank dan institusi kewangan hendaklah merujuk MPS Seksyen 56 Mahkamah atau Penimbangtara perlu merujuk MPS dalam isu Syariah Seksyen 57 Resolusi MPS adalah mengikat ke atas Mahkamah dan Penimbangtara Seksyen 58 Keputusan MPS lebih tinggi daripada komiti Syariah lain Seksyen 59(3) Tidak mematuhi resolusi MPS adalah suatu kesalahan dan boleh dihukum denda.

7

Seksyen 55Bank dan institusi kewangan Islam hendaklah merujuk kepada Majlis Penasihat Shariah55. (1)Bank hendaklah merujuk kepada Majlis Penasihat Shariah mengenai apa-apa perkara(a) yang berhubungan dengan perniagaan kewangan Islam; dan (b) bagi maksud menjalankan fungsinya atau melakukan urusan atau hal ehwalnya di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain mengikut Shariah, yang menghendaki penentuan hukum Syarak oleh Majlis Penasihat Shariah.(2)Mana-mana institusi kewangan Islam berkenaan dengan perniagaan

kewangan Islamnya, boleh(a) membuat rujukan untuk mendapatkan suatu keputusan; atau (b) mendapatkan nasihat,

Majlis Penasihat Shariah mengenai operasi perniagaannya bagi menentukan bahawa ia tidak melibatkan apa-apa unsur yang tidak selaras dengan Shariah.8

Seksyen 56Rujukan kepada Majlis Penasihat Shariah bagi keputusan daripada mahkamah atau penimbang tara56. (1) Jika dalam mana-mana prosiding yang berhubungan dengan perniagaan kewangan Islam di hadapan mana-mana mahkamah atau penimbang tara apa-apa persoalan berbangkit mengenai suatu perkara Shariah, mahkamah atau penimbang tara itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah(a) mengambil kira mana-mana keputusan Majlis Penasihat Shariah yang telah disiarkan; atau (b) merujukkan persoalan itu kepada Majlis Penasihat Shariah untuk keputusannya.

(2) Apa-apa permintaan untuk nasihat atau suatu keputusan Majlis Penasihat Shariah di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang lain hendaklah dikemukakan kepada urus setia.

9

Seksyen 57 dan 58Kesan keputusan Shariah57. Apa-apa keputusan yang dibuat oleh Majlis Penasihat Shariah menurut suatu rujukan yang dibuat di bawah Bahagian ini hendaklah mengikat institusi-institusi kewangan Islam di bawah seksyen 55 dan mahkamah atau penimbang tara yang membuat rujukan di bawah seksyen 56.

Keputusan Majlis Penasihat Shariah terpakai58. Jika keputusan yang dibuat oleh suatu badan atau jawatankuasa Shariah yang dibentuk di Malaysia oleh sesuatu institusi kewangan Islam adalah berbeza dengan keputusan yang dibuat oleh Majlis Penasihat Shariah, keputusan Majlis Penasihat Shariah hendaklah terpakai

10

Seksyen 59Bank hendaklah mengeluarkan pekeliling, garis panduan, dsb., mengenai perkara Shariah59. (1) Bank boleh mengeluarkan apa-apa pekeliling, garis panduan atau notis bertulis mengenai apa-apa perkara Shariah yang berhubungan dengan perniagaan kewangan Islam yang dijalankan oleh mana-mana institusi kewangan Islam mengikut nasihat atau keputusan Majlis Penasihat Shariah. (2) Sesuatu institusi kewangan Islam hendaklah mematuhi mana-mana pekeliling, garis panduan atau notis bertulis yang dikeluarkan oleh Bank di bawah subseksyen (1) dan dalam apa-apa tempoh yang dinyatakan dalam pekeliling, garis panduan atau notis itu. (3) Mana-mana orang yang tidak mematuhi mana-mana pekeliling, garis panduan atau notis yang dikeluarkan oleh Bank di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga juta ringgit.11

OBSERVASIPositif Keputusan MPS Mengikat Section 57 Akta Bank Negara 2009 Isu Syariah diputuskan pakar kewangan Islam yang arif tentang Syariah Diputuskan berdasarkan Syariah yang mengambil kiran peruntukan undang undang negara Kepastian dalam konflik kewangan Islam Keseragaman keputusan dan amalan kewangan Islam dalam negara Keyakinan terhadap sistem kewangan Islam

NegatifTiada Perbezaan (Mahkamah boleh tidak merujuk MPS) Jika mahkamah berpendapat bahawa kes tidak melibatkan isu Syariah Mahkamah sivil masih boleh melakukan semakan kehakiman berdasarkan inherent jurisdiction Dalam menegakkan keadilan (equity) Campurtangan terhadap prinsip Pembahagian Kuasa (Separation of Power) MPS adalah merupakan unit daripada Badan Eksekutif (Bank Negara) MPS tidak harus memiliki kuasa memberi keputusan muktamad seperti badan Kehakiman

12

Ketidakpastian Adakah mahkamah turut tertakluk di bawah seksyen 59(3) Akta Bank Negara 2009 ?

SISTEM PENGUATKUASAAN KEWANGAN ISLAMMahkamah Sivil Mahkamah Tinggi (Bahagian Dagang) kod 22A dan 24A Pusat Serantau Timbang Tara Kuala Lumpur (KLRCA), African Asian Legal Consultative Organisation (AALCO) Biro Perantaraan Kewangan (FMB).

PENYELESAIAN KES SECARA ALTERNATIF (ADR) Penyelesaian pantas untuk menangani konflik kewangan Islam Merupakan penyelesaian paling pantas untuk menanggani cabaran menyediakan forum terbaik untuk membicarakan kes kewangan Islam

Disokong kewujudan Pusat Serantau Timbang Tara Kuala Lumpur (KLRCA) dan Biro Perantaraan Kewangan (FMB) Perlu ada klausa dalam kontrak yang membenarkannya

KLRCA berupaya menyelesaiakn pertikaian antarabangsa di peringkat Asia. Para peguam perlu menasihati anak guam mereka untuk memilih atau mencuba kaedah ini terlebih dahulu, lebih jimat

Tidak perlukan rombakan terhadap sistem perundangan sedia ada

Perlu meliputi kaedah perdamaian (conciliation), pakar bebas (expert opinion), bicara mini (adjudication), perantara (mediation) dan timbang tara (arbitration) Kaedah penyelesaian pertikaian alternatif moden yang disenaraikan di atas boleh disertakan dalam sistem sulh mahkamah Syariah Pihak kontrak akan mempunyai pelbagai pilihan terhadap cara terbaik untuk menyelesaikan konflik mereka

PENUTUP Sistem perundangan negara berkaitan kewangan Islam serta kaedah penyelesaian pertikaian berkaitan dengannya perlu disemak semula. Sekiranya Mahkamah Syariah ingin membicarakan konflik kewangan Islam, perlbagai persiapan perlu dilakukannya Terdapat beberapa forum alternatif yang boleh dipertimbangkan Sistem perundangan dan forum terbaik perlu dikenalpasti kajian mendalam perlu dilakukan Wallahu alam