Assignment

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Assignment

Citation preview

1.0 DEFINISISecara amnya, ulasan artikel yang saya boleh ulaskan disini ialah mengenai obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam badan seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabilatisu-tisu lemak menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yangserius.Selain daripada menghadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangka hayat penghidapnya jugasemakin pendekMenurut Dictionary of Biology pula, obesiti adalah lebihan berat badan. Obesiti adalah hasil daripada lebihan simpanan tenaga untuk satu jangka masa yang lama yang menyebabkan peningkatan jisam badan. 2.0 FAKTOR OBESITITerdapat banyak faktor yang memungkinkan kepada obesiti seperti faktor keturunan atau genetik, yang mana pelajar mewarisinya daripada keluarga. Faktor lain adalah amalan pemakanan seperti pengambilan makanan yang tidak seimbang dan berlemak. Pengumpulan lemak ini akan menyebabkan obesiti. Ditambah pula dengan kurangnya bersenam ataupun melakukan aktiviti fizikal yang boleh membakar lemak. Selain itu, tidak gemar bersukan atau melakukan aktiviti luar disogok pula dengan peralatan teknologi yang menggalakkan aktiviti santai tanpa melakukan sebarang aktiviti. Faktor persekitaran seperti ini meninggikan lagi risiko peningkatan lebihan berat badan sekiranya pelajar tersebut merupakan remaja yang mengalami masalah obesiti yang diwarisi secara genetik. Faktor lain adalah keadaan kemajuan yang negara hadapi di mana pelajar sekarang tidak perlu melakukan banyak perkara untuk menyelesaikan tugas. Kebanyakkan kerja sudah dilakukan oleh mesin berteknologi tinggi yang dicipta manusia dengan tujuan untuk memudahkan manusia, namun memberi kesan negatif terutama kepada masalah obesiti. Teknologi yang semakin maju menampilkan alat komunikasi yang canggih seperti televisyen, komputer, permainan video dan sebagainya. Penciptaan ini boleh membuatkan ramai orang terutamanya pelajar untuk menambah berat badan dengan hanya duduk menghabiskan masa hampir berjam-jam tanpa melakukan apa-apa aktiviti. Pengaruh lain yang juga disebabkan televisyen juga adalah seperti pengaruh iklan yang ditayangkan di televisyen. Iklan makanan yang ditunjukkan menarik minat pelajar untuk mencuba dan menikmatinya. Bukan itu sahaja, ketika menonton, makanan yang mengandungi garam dan gula berlebihan menjadi menu utama. Ini akan menyebabkan masalah obesiti semakin serius. Peranan ibu bapa juga penting kerana pemakanan yang sihat bermula di rmah. Pengambilan makanan yang tidak sihat oleh pelajar dan tanpa kawalan daripada ibu bapa turut menyumbang kepada obesiti. Ibu bapa juga perlulah mendidik anak-anak tentang pemakanan sihat dan seimbang. Peranan ibu bapa tidak berhenti di situ, ibu bapa perlu melatih dan mengawal pemakanan anak-anak agar mereka tahu apa yang mereka makan dan kesan yang akan mereka hadapi dalam kesihatan. Pandangan daripada orang di sekeliling juga menjadi faktor, di mana ada keluarga yang tidak kisah dengan masalah obesiti yang dialami dan ini boleh menyebabkan masalah obesiti terus meningkat kerana mereka ini gagal untuk melaksanakan gaya hidup yang sihat. 3.0 KESAN OBESITIKesan obesiti terhadap kesihatan pelajar di Malaysia terbahagi kepada dua iaitu kesan jangka pendek dan kesan jangka panjang.3.1 Kesan jangka masa pendekKanak-kanak dan remaja obes berisiko tinggi menghidap pelbagai penyakit kardiovaskular seperti tinggi kolestrol, strok atau angin ahmar, diabetes, gout, sakit belakang, gangguan pernafasan (sukar bernafas), sakit lutut dan pinggang, gangguan pembuangan air kecil, penyakit hati, barah usus dan tekanan darah tinggi. Kajian menunjukkan 70% individu berumur 5-17 tahun mempunyai sekurang-kurangnya satu faktor risiko. Kesan obesiti lain terhadap kanak-kanak ialah meningkatnya risiko kejadian buli dan ejek mengejek. Walaupun kesan jangka panjang obesiti terus dikaji, kanak-kanak dan remaja yang obes dikatakan mempunyai tahap penghargaan kendiri yang rendah berbanding rakan-rakan mereka yang tidak obes selain berisiko tinggi mendapat masalah tulang dan sendi, apnea tidur, masalah sosial dan psikososial seperti rendah diri dan kurang keyakinan diri 3.2 Kesan jangka masa panjangKanak-kanak dan remaja obes lebih cenderung untuk menjadi obes semasa dewasa. seterusnya, berisiko tinggi mendapat masalah kesihatan semasa dewasa seperti penyakit jantung, kencing manis jenis 2, strok, beberapa jenis kanser dan osteoartritis. kajian menunjukkan kanak-kanak yang obes seawal usia 2 tahun mempunyai risiko obes yang tinggi semasa dewasa. Berlebihan berat badan dan obesiti dikaitkan dengan risiko kanser, termasuk kanser payudara, kolon, endometrium atau rahim, esofagus, buah pinggang, pankreas, pundi kencing, tiroid, ovari, serviks dan prostat termasuk myeloma dan limfoma Hodgkin's.4.0 CARA MENGATASI OBESITI4.1 PerubatanTujuan utama rawatan perubatan bagi mengelakkan penyakit berkaitan obesiti. Perkara berikut perlu dilakukan secara berterusan, iaitu memantau ketinggian, berat badan, indeks jisim badan(BMI), tekanan darah dan penentuan parameter makmal secara berterusan.(kolesterol, trigliserida, High Density Lipoprotein(HDL), Low Density Lipoprotein(LDL), Very Low Density Lipoproetein(VLDL), elektrolit, asid urik, Glutamyl Pyruvic Transaminase(GPT), Glutamyl Oxaloacetic Transaminase(GPT), apolipoprotein A1 dan B, hematologi, dan perbezaan kiraan darah), pengukuran parameter vaskular, dan penilaian kriteria dalam kes-kes sindrom ovari polisistik terhadap kanak-kanak perempuan.4.2 PemakananJenis nutrien (makro dan mikronutrien), bekalan dan penggunaan tenaga, makronutrien yang ditunjukkan oleh contoh-contoh praktikal dan bahan ilustrasi(piramid makanan). Melaksanakan latihan, arahan semasa memasak perlu diberikan, ianya direka bagi menunjukkan bahawa makanan berkalori rendah dan keseronokan memakannya tidak ada perbezaan. Kaunseling perubatan diatetik dianggap sebagai penghantar maklumat, sokongan dan bantuan dengan tujuan untuk menukar tabiat makan kepada makanan yang rendah lemak, buah-buahan, dan sayur-sayuran yang banyak khasiat. Mempunyai satu protokol diet harian anda bagi menilai tabiat pemakanan anda merupakan salah satu elemen utama rawatan. 4.3 PsikologikalRawatan obesiti diperingkat kanak-kanak adalah terapi jangka panjang dan mungkin sepanjang hayatnya. Ahli keluarga juga perlu menyertai bersama rawatan ini bagi mencapai matlamat rawatan yang dicita-citakan. Tujuan utamanya adalah untuk mencari bersama-sama dengan kanak-kanakdan remaja, corak tingkah laku individu yang membawa kepada pengambilan makanan yang berlebihan. Pengurusan konflik yang berbeza membantu menghadapi situasi yang berpotensi bermasalah. Pesakit diarahkan untuk mengkaji adab dan tingkah laku yang baru dan disokong bagi merealisasikan tingkah laku yang sihat. Pelan kaunseling individu perlu berdasarkan gaya hidup. Strategi yang penting ialah dengan menggalakkan kawalan kendiri, kesedaran diri, interaksi sosial serta strategi yang positif.4.4 Aktiviti FizikalTerapi fizikal mampu membantu kanak-kanak atau remaja gemuk bagi mendapatkan perasaaan serta pemahaman yang baik tentang badan mereka. Mereka patut mendapat keseronokan semasa bersukan. Sehubungan itu, jurulatih perlu bertanggungjawab terhadap semua keperluan individu kanak-kanak dan tiada keperluan yang berlebihan. Mereka boleh terdorong untuk menyimpan kalendar bagi menulis segala aktiviti sukan yang dijalankan. Kalendar ini akan memberikan gambaran keseluruhan berkenaan masa, jenis, dan kepelbagaian aktiviti-aktiviti yang digunakan secara berkesan dalam psikologi kaunseling.4.5Bersenam Bersenam perlu diamalkan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu dengan sekurang-kurangnya 20 minit satu sesi. Bersenam dapat melancarkan perjalanan darah. Apabila perjalanan darah lancar, organ-organ badan dapat menerima oksigen dengan mencukupi dan dapat menjalankan berfunginya dengan baik. Salah satu sebab masalah kegemukan berlaku apabila organ-organ yang terlibat dengan kerja-kerja memproses makanan dalam badan tidak dapat berfungsi dengan baik akibat kekurangan bekalan oksigen

4.4 KeluargaDengan mengambil kira rawatan obesiti kanak-kanak, kemasukan ahli keluarga terdekat merupakan satu parameter yang penting dalam menentukan kejayaan rawatan obesiti. Didikan ibu bapa perlu membawa kepada penubuhan persekitaran rumah yang sihat dimana pemakanan yang sihat disediakan, gaya hidup yang aktif dilakukan dan mengelakkan faktor yang menggalakkan obesiti seperti menonton televisyen. Galakan yang positif daripada ibu bapa sangat membantu kanak-kanak bagi menghadapi semua cabaran.5.0 KESIMPULANSebagai kesimpulannya, apa yang boleh saya ulaskan disini ialah kesihatan diri bagi kanak-kanak pada awal usia merupakan harta yang paling paling berharga serta sangat penting, namun ramai yang tidak menyedarinya sehingga anak-anak mereka ditimpa sesuatu penyakit yang tenat. Ramai juga yang tidak menyedari akan peranan pengambilan makanan yang berkhasiat untuk kanak-kanak bagi memastikan kesihatan yang baik untuk mereka. Selain itu, apa yang dapat saya tegaskan disini ialah corak pengambilan makanan yang teratur sepatutnya dimulakan sejak awal lagi. Pepatah ada mengatakan, Diri Anda ialah Apa Yang Anda Makan dan kenyataan ini benar dalam soal kesihatan. Corak pemakanan menentukan keadaan kesihatan kanak-kanak mahupun orang dewasa, kerana diet yang tidak teratur akan memburukkan kesihatan. Oleh itu, ibu bapa, guru dan masyarakat di sekeliling perlulah mendidik kanak-kanak makan makanan yang seimbang, berkhasiat dan baik untuk kesihatan. Kanak-kanak yang cergas dan cerdas adalah bermula daripada pemakanan yang baik.Masalah obesiti hendaklah diatasi untuk mengelakkan perkara buruk yang timbul sebagai akibatnya. Obesiti yang berpunca daripada pemakanan tidak sihat dan kurang bersenam dapat dielakkan jika kita mengubah pengambilan makanan, cara memasak dan lebih kerap bersenam. Membuang lemak dalam badan bukan perkara mudah untuk dilakukan. Usaha ini memerlukan kesabaran dan kesungguhan. Pengurusan masa kurang memberikan kesan kepada berlakunya masalah berat badan. Namun begitu jika ia tidak diberikan penekanan pastinya akan menjadi masalah yang tidak disedari sebagai punca kepada menyumbangnya masalah berat badan dan kesihatan.Budaya makan makanan segera yang sebahagian besarnya datang dari negara luar hakikatnya tidak sesuai dengan budaya kita. Ini kerana makanan segera lazimnya berkalori tinggi yang mungkin menjadi keperluan penduduk negara sejuk tetapi bukan di Malaysia. Ibu bapa harus memainkan peranan mendidik anak-anak agar tidak bergantung kepada makanan segera. Nikmati makanan yang dimasak sendiri di rumah kerana kita dapat mengawal kandungan kalori, lemak dan sebagainya di dalam makanan. Satu lagi punca obesiti tanpa disedari ialah budaya atau tabiat suka makan pada waktu malam. Restoran dan gerai-gerai yang berselerak di Kuala Lumpur yang dibuka 24 jam membuatkan ramai yang menghabiskan waktu santai mereka makan dan minum sehingga lewat malam. Memetik kata-kata mantan Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar yang pernah penulis temui tidak lama dulu, banyak negara yang telah dikunjunginya dan puas mengelilingi dunia, tiada negara yang restoran atau gerai makan yang dibuka 24 jam kecuali Malaysia. Penduduk negara ini memang bertuah kerana boleh makan 24 jam atau lebih tepat jika dikatakan Malaysia sebagai syurga makanan. Keistimewaan ini juga yang menarik ramai pelancong ke negara ini kerana mereka boleh makan sehingga lewat malam.

5