35
PPGPJJ SEMESTER 1 SESI 2012/2013 KPF 3012: PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA: FALSAFAH DAN DASAR TAJUK ESEI ILMIAH TAJUK: 1. PENTERJEMAHAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MUZIK DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. MATRIK AMINAH TUN FAIZAH BT YEOP IBRAHIM D20112053359 PUSAT PEMBELAJARAN: EL – A02(A121PJJ)

Assignment Kpf 3012 Semester 2 Sesi 2012

Embed Size (px)

DESCRIPTION

BNMK

Citation preview

Page 1: Assignment Kpf 3012 Semester 2 Sesi 2012

PPGPJJ SEMESTER 1 SESI 2012/2013

KPF 3012: PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA:

FALSAFAH DAN DASAR

TAJUK ESEI ILMIAH

TAJUK: 1.

PENTERJEMAHAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DALAM PROSES

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI MATA PELAJARAN PENDIDIKAN

MUZIK

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO. MATRIK

AMINAH TUN FAIZAH BT YEOP IBRAHIM D20112053359

PUSAT PEMBELAJARAN: EL – A02(A121PJJ)

NAMA TUTOR E-LEARNING: EN ZAINI BIN ABDULLAH

TARIKH SERAH: 24 OKTOBER 2012

Page 2: Assignment Kpf 3012 Semester 2 Sesi 2012

PENTERJEMAHAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DALAM

PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI MATA

PELAJARAN PENDIDIKAN MUZIK.

1.0 PENGENALAN

Fa l sa f ah Pend id ikan Kebangsaan (FPK) pen t i ng da l am pe l aksanaan

pend id ikan nega ra . FPK men jad i panduan un tuk s emua p ihak un tuk

memas t i kan pen t e r j emahannya dapa t mencapa i ha s r a t pend id ikan nega ra

un tuk me lah i rkan wa rga nega ra yang cemer l ang . Pend id ikan ada l ah sua tu

p rose s penga j a r an dan pembe l a j a r an yang melibatkan perhubungan atau komunikasi

dan interaksi di antara individu dengan individu yang lain contohnya seperti seorang guru

dengan murid-muridnya ataupun seorang ibu dengan anaknya. Pendidikan merupakan proses

pembelajaran yang tidak akan pernah berhenti dalam kehidupan seorang manusia kerana

ia berlaku sepanjang hayat. Melalui pendidikan nilai-nilai murni dan aspek moral

diterapkan kepada semua p e l a j a r . I n i a d a l a h b e r t u j u a n u n t u k

m e l a h i r k a n p e w a r i s n e g a r a y a n g bertanggungjawab, berdisplin, mempunyai

jati diri yang kukuh, bersifat patriotik, berjaya dalam kehidupan serta memahami dan

mencintai budaya negara. Selain itu, ia juga penting untuk memupuk semangat setia kawan

dan perpaduan diantara berbilang kaum. Pendidikan juga merupakan suatu proses

berkomunikasi dan berinteraksi diantara manusia dengan persekitarannya seperti sekolah, tempat

tinggal, tempat kerja dan pekerjaannya serta institusi masyarakat yang lain. Komunikasi dan interaksi

diantara masyarakat yang baik dapat mengeratkan perpaduan dan sebagai salah satu cara hidup.

Esei ini akan membincangkan proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Muzik

berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

F A L S A F A H P E N D I D I K A N K E B A N G S A A N

Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini adalah digubal daripada usaha berfikir  yang

rasional dan kritis berlandaskan daripada ideologi negara sebagaimana yang telah

Page 3: Assignment Kpf 3012 Semester 2 Sesi 2012

dimanifestasikan dalam Laporan dan Dasar Pendidikan termasuk  Rukun Negara. Falsafah

Pendidikan Kebangsaan ini akan menjadi penyuluh yang memberi pedoman dan inspirasi kepada

segala usaha pendidikan sama ada di dalam institusi pendidikan atau di luar institusi

pendidikan. Jika dilihat daripada intipati Falsafah Pendidikan Kebangsaan, ia boleh

diterjemahkan sebagai suatu hasrat untuk memastikan usaha berterusan dalam pendidikan.

“ Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan

lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang

dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan

kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia

yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan

berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan

kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.” (KPM1996)

A n t a r a l a i n n y a , m e m p e r k e m b a n g k a n p o t e n s i i n d i v i d u

s e c a r a  berterusan melalui proses pendidikan. Proses pendidikan yang berlaku

seharusnya dapat mencakupi dari segi rohani, emosi, jasmani dan intelek.

Seterusnya, apabila rohani, emosi, jasmani dan intelek dapat disepadukan dalam proses

pendidikan maka akan lahirlah individu yang seimbang dan harmonis. Di akhir

matlamat atau hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini ada l ah un tuk me lah i rkan

i n san yang menghaya t i n i l a i -n i l a i agama dan  berpegang kepadanya.

Pembentukan FPK ini adalah berlandaskan Penyata Razak (1956), Ordinan Pelajaran

1957. Laporan Rahman Talib (1960), Akta Pelajaran 1961, Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979

dan Rang Undang-undang Pendidikan 1995.

Page 4: Assignment Kpf 3012 Semester 2 Sesi 2012

2.0 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) DAN PENTERJEMAHANNYA

DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.

 

(i) BENTUK PENDIDIKAN YANG ADA DI MALAYSIA

Sistem Pendidikan Negara telah mengalami evolusi penting sejajar dengan pembangunan dan

kemampuan negara. Evolusi pendidikan ini telah melalui lima fasa berikut:

Pendidikan era Masyarakat Melayu Tradisional;

Pada era ini, pendidikannya bersifat tidak formal. Penerapan budaya, adat-resam dan

agama amat dititikberatkan.

Pendidikan era Penjajahan (1511-1957);

Pendidikan Masyarakat Melayu tidak diendahkan. Wujudnya dasar “pecah dan perintah”

oleh penjajah yang hasilnya mewujudkan masyarakat majmuk. Pada ketika ini juga

berlakunya penghakisan budaya dan vernacular. Pendidikan ketika ini hanya untuk

mengekalkan kuasa penjajah sahaja.

Pendidikan era Sebelum Kemerdekaan (1946-1956);

Pendidikan untuk kesedaran kaum Melayu terutamanya. Ia juga untuk penyatuan rakyat

dan menuju kearah kemerdekaan.

Pendidikan era Selepas Kemerdekaan (1957- 1999);

Dasar pendemokrasian pendidikan bermula pada tahun 1962 dengan memberi penekanan

kepada pendidikan percuma untuk semua pelajar. Dasar ini diperluas dengan

mengadakan pendidikan universal selama sembilan tahun apabila peperiksaan pemilihan

masuk ke sekolah menengah dihapuskan pada tahun 1964. Pendidikan lebih ke arah

perpaduan, tenaga kerja dan pembangunan.

Page 5: Assignment Kpf 3012 Semester 2 Sesi 2012

Pendidikan era Millenium (2001-hingga sekarang).

Pendidikan dalam era milenium perlu bercirikan global dan pada masa yang sama tanpa

meninggalkan yang asal yang bersifat local atau biasa disebut sebagai glokal (global + local).

Pendidikan perlu mampu melahirkan warganegara Malaysia yang berupaya merancang masa

depan mereka; mampu menghadapi cabaran baru; dan berupaya membuat pilihan dengan bijak,

tepat dan sesuai dengan cabaran semasa yang akan dihadapi. Sehubungan itu pendidikan perlu

dikaitkan dengan senario semasa dan masa hadapan yang dapat dilihat daripada aliran

pembangunan dan kemajuan teknologi semasa khususnya ICT.

Dalam RMKe-9, pendidikan ialah bagi melahirkan modal insan yang mempunyai minda

kelas pertama dan bertaraf dunia. Tun Abdullah Ahmad Badawi iaitu Perdana Menteri Malaysia

pada masa itu inginkan agar pendidikan dapat melahirkan insan ulul albab. Bagi tujuan ini Pelan

Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 atau ringkasnya PIPP 2006-2010 diperkenalkan

dengan tema „Merintis Pembaharuan: Satu Misi Nasional‟. Dalam PIPP 2006-2010

pembangunan pendidikan ialah berdasarkan enam teras strategik seperti berikut:

Membina negara bangsa

Membangunkan modal insan

Memperkasa sekolah kebangsaan

Merapatkan jurang pendidikan

Memartabatkan profesion perguruan

Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan

Mulai tahun 2010, pendidikan memasuki era baru dengan diperkenalkan Kurikulum

Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan pelaksanaannya hanya berjalan mulai tahun 2011 bagi

murid tahun 1 dan tingkatan 1 pada tahun 2012. Ini bagi memastikan proses pendidikan

berjalan secara berterusan dengan melibatkan penggabungjalinan, penyerapan pengetahuan,

nilai murni dan kemahiran dalam 3 peringkat iaitu peringkat awal (bayi hingga ke pra

sekolah), peringkat sekolah ( 7 – 17 tahun) dan peringkat lepas sekolah.

Page 6: Assignment Kpf 3012 Semester 2 Sesi 2012

(ii) PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG DISARANKAN DALAM

FPK.

Antara proses pengajaran dan pembelajarah yang disarankan oleh FPK ialah:

a ) Mempunyai aktiviti yang pelbagai mengikut kesesuaian intelek, emosi, rohani dan

jasmani pelajar.

b ) Menggunakan set induksi yang mampu menarik minat pelajar.

c ) Menggunakan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran.

d ) Penggabungjalinan pengetahuan dan kemahiran pelajar.

e ) Menerapkan nilai murni kepada pelajar.

f ) Menggunakan bahan bantu belajar semaksimumnya.

g ) Menggalakkan murid berfikir secara kritis dan kreatif.

h ) Mampu menyebarkan ilmu kepada orang lain dan untuk manfaat diri sendiri.

(iii) MATLAMAT PENDIDIKAN YANG DIHASRATKAN DALAM FPK.

P e n d i d i k a n d i M a l a y s i a a d a l a h s u a t u u s a h a b e r t e r u s a n k e a r a h

l e b i h memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk

melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani

berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk

melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,berketrampilan, berakhlak

mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta

memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat

dan negara. Falsafah pendidikan yang menjadi panduan bagi semua aktiviti

pendidikan di Malaysia dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

Dengan adanya FPK, maka sistem pendidikan negara sebenarnya menganjakkan diri ke

kedudukan yang paling hadapan dengan mengungkapkan secara jelas prinsip dan nilai asas yang

mendasari dan membentuk sistem pendidikan Malaysia daripada peringkat yang paling rendah

hingga kepada peringkat tertinggi. FPK menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk

individu dan negara. Kedua-dua tujuan selaras, iaitu untuk melahirkan insan yang berilmu,

Page 7: Assignment Kpf 3012 Semester 2 Sesi 2012

be rakh l ak mu l i a dan be r t anggung j awab d imana i a akan men j ad i s eo rang

warganegara yang baik. Pendidikan merupakan proses asas dan utama untuk pembinaan

insan yang baik, seimbang dan bersepadu yang secara langsung merupakan saluran

utama dan yang paling penting untuk menjayakan hasrat dan cita-cita negara. Salah satu yang

terkandung dalam FPK adalah falsafah tentang manusia yang berasaskan kepercayaan

kepada Tuhan dan agama. Matlamatpendidikan adalah untuk membangunkan

semua aspek diri manusia secara harmonis dan seimbang supaya kesepaduan fitrah diri

manusia terpelihara. Berilmu dan berpendidikan harus menghasilkan budi pekerti yang

baik dan akhlak yangmulia sekaligus menjadi ciri-ciri asasi seorang ahli keluarga,

masyarakat dan w a r g a n e g a r a y a n g b a i k d a n t e r d i d i k . Satu konsep

asas yang terkandung dalam FPK ialah tentang ilmu, nilai ilmu dan peranan ilmu dalam

pembangunan insan dan masyarakat. Nilai ilmu terletak pada kebenaran kandungan yang

berfungsi bukan sahaja untuk memaklumkan dan mene rangkan kepada manus i a

akan s e sua tu , t e t ap i l eb ih pen t i ng l ag i i lmu mempengaruhi, mengubah dan membentuk

diri serta masyarakat manusia. FPK juga melihat individu itu dalam beberapa lapisan pertalian atau

perhubungan. Tujuan pendidikan bukan sahaja untuk pembangunan dan

kesejahteraan diri individu tetapi juga untuk pembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan

hubungan individu berkenaan bermula dengan keluarga, meluas kepada masyarakat dan

negara. Berdasarkan FPK, jelas bahawa tujuan pendidikan tinggi bukan hanya s e t a k a t

m e m p e r o l e h s e g u l u n g i j a z a h a t a u d i p l o m a , t e t a p i a d a l a h u n t u k

pembangunan diri manusia secara menyeluruh dan seimbang supaya menjadi seorang

insan, ahli keluarga, masyarakat dan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab,

berakhlak mulia dan berbakti.

Falsafah Pendidikan Negara yang dahulunya dikenali Falsafah Pendidikan telah digubal

semula. Berhubung dengan perubahan-perubahan ini maka terbentuklah satu kurikulum baru

iaitu Kurikulum Bersepadu sekolah Rendah. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)

ini telah dilancarkan dengan sepenuhnya pada tahun1983 . Pengguba l an ku r iku lum

in i ada l ah un tuk memas t i kan s emua mur id berpeluang untuk mendapatkan semua

kemahiran, pengetahuan, nilai-nilai, sikap dan juga segala amalan kehidupan yang diperlukan.

Page 8: Assignment Kpf 3012 Semester 2 Sesi 2012

  Dalam Falsafah KBSR ini, diberikan penekanan dalam kemahiran 3M iaitu membaca,

mengira dan menulis. Ini adalah pendidikan yang paling asas yang pe r l u d ike t ahu i o l eh

s emua mur id . Da l am KBSR in i , i a j uga t u ru t d ibe r i kan penekanan dalam

perkembangan diri individu secara seimbang dan menyeluruh dari aspek Jasmani, Emosi, Rohani,

Intelek dan juga Sosial. Selain itu juga dengan adanya aspek JERIS ini perkembangan dan

pemupukan bakat seseorang individu dapat ditonjolkan.

(a) Matlamat kepada individu (intrinsik)

Pendidikan bertujuan melahirkan individu yang seimbang daripada aspek intelek, rohani, emosi

dan jasmani. Potensi intelek perlu diperkembangkan kerana seseorang perlu mempunyai

kemampuan untuk berfikir secara logik dan rasional; membuat keputusan dengan tepat dan

menyelesaikan masalah dalam kehidupannya secara bijaksana. Ini terbukti dalam FPK dengan

pernyataan:

“ Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan

potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan

harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan

kepada Tuhan .”

Frasa di atas jelas sekali bertujuan untuk melahirkan individu yang mempunyai kriteria-kriteria

berikut:

Percaya dan patuh kepada Tuhan.

Berilmu pengetahuan dan berketerampilan.

Berakhlak mulia dan hidup bermasyarakat.

Bertanggungjawab dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

(b) Matlamat kepada sumbangan oleh individu kepada keluarga, masyarakat dan negara (ekstrinsik)

Page 9: Assignment Kpf 3012 Semester 2 Sesi 2012

Pendidikan juga merupakan mekanisme bagi pembangunan sesebuah negara. Matlamat

pendidikan adalah untuk membangunkan semua aspek diri manusia secara harmonis dan

seimbang supaya kesepaduan fitrah diri manusia terpelihara. Berilmu dan berpendidikan harus

menghasilkan budi pekerti yang baik dan akhlak yang mulia yang sekali gus menjadi cirri-ciri

asasi seorang ahli keluarga, masyarakat dan warganegara yang baik dan terdidik. Ilmu boleh

mengubah manusia dan masyarakat. Inilah yang menjadikannya sesuatu yang amat tinggi

nilainya. Pendidikan ialah satu proses dan aktiviti sepanjang hayat dan manusia sentiasa berada

dalam keadaan memerlukan perluasan, pendalaman dan pengesahan kepada ilmu yang ada.

Pembangunan rakyat dari sudut insaniah sahaja tidak mencukupi tanpa kesinambungannya ke

arah pembangunan negara. Tamadun sesebuah negara akan lenyap jika negara menjadi lemah

atau musnah. Justeru pendidikan perlu berkeupayaan memperkembangkan individu dari segi

fizikal dan mental untuk pembangunan negara. Pendidikan perlu ke arah melahirkan rakyat yang

yang mempunyai kualiti keterampilan diri yang tinggi untuk pembangunan negara selaras

dengan Dasar Pembangunan Negara (1991-2000) melalui pendidikan. Pembangunan untuk

negara boleh dilihat daripada aspek-aspek tumpuan taat setia rakyat kepada negara. Pendidikan

perlu membolehkan sesorang itu menghayati prinsip Rukun Negara bagi menghasilkan

warganegara yang lebih baik, iaitu warganegara yang progresif dengan jati diri yang tinggi.

Konsep negara bangsa sebagai yang digariskan dalam Teras Pertama PIPP (2006 – 2010) perlu

di capai melalui pendidikan. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan(PIPP) diperkenalkan dengan

tema ‘Merintis Pembaharuan: Satu Misi Nasional’ menggariskan 6 teras srategik iaitu :

Membina Negara bangsa

Membangunkan modal insan

Memperkasa sekolah kebangsaan

Merapatkan jurang pendidikan

Memartabatkan profesion perguruan

Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan

Negara bangsa yang dimaksudkan ialah warganegara yang mempunyai ciri patriotik, cinta

negara, glokal dan berdaya saing dengan meneruskan warisan budaya dan kesenian bangsa serta

menumpukan taat setianya kepada raja dan negara dengan ajaran agama sebagai pegangan.

Page 10: Assignment Kpf 3012 Semester 2 Sesi 2012

Membangunkan modal insan menghasilkan rakyat yang progresif, mahir serta cekap supaya

membolehkannya berupaya melaksanakan tugas secara produktif serta sempurna. Rakyat yang

mahir serta progresif dibina untuk membantu menaikkan taraf ekonomi negara. Matlamat ini

dapat dicapai berdasarkan pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu di sekolah dengan

menyediakan pelbagai jenis pengetahuan dan kemahiran seperti yang termaktub dalam

Kurikulum Kebangsaan. Selain itu juga FPK bertujuan untuk merapatkan jurang perbezaan

ekonomi dan social antara kaum untuk mewujudkan keharmonian dan kemakmuran negara.

(iv) PENTERJEMAHAN FPK MENERUSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Guru adalah tunjang kepada sistem pendidikan. Mereka merupakan golongan pelaksana

segala dasar dan matlamat yang telah di tetapkan oleh pihak kerajaaan melalui Kementerian

Pendidikan Malaysia (Warnoh dan Norasmah, 2003). Melaksanakan matlamat tersebut

sebenarnya bermula dengan kefahaman matlamat itu sendiri. Pada dasarnya, matlamat

pendidikan di Malaysia adalah berpaksikan kepada FPK yang telah diperkenalkan di dalam

sistem pendidikan di Malaysia bagi mendokong aspirasi serta falsafah negara. Melalui falsafah

pendidikan negara ini, tujuan pendidikan di Malaysia telah dinyatakan dengan jelas di mana

falsafah tersebut mencerminkan cita-cita yang didukung oleh guru dan pelajar yang banyak

terlibat di dalam proses pendidikan. Pernyataan FPK tersebut adalah seperti berikut:

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi

individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan

harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan

kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,

berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta

memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.”

(Sumber: Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan, 2001)

Pernyataan FPK yang penuh dengan maksud tersirat dan tersurat kadang kala dengan mudah

telah disalahertikan dan disalahtafsirkan. Guru yang profesional seharusnya mampu

menjelaskan FPK dengan mudah agar matlamat pendidikan yang hendak dicapai tidak berada di

Page 11: Assignment Kpf 3012 Semester 2 Sesi 2012

landasan yang salah yang boleh mengundang kepada pelbagai permasalahan dalam bidang

tersebut. Standard profesional ada menerangkan pelajar lulusan bidang pendidikan adalah

diharapkan untuk mengetahui dan menunjukkan dalam hal profesional mereka pengetahuan dan

amalan apabila memasuki profesion mereka (Watson, 2005). Bagi guru yang profesional pula,

kegagalan mereka mentafsir FPK merupakan kegagalan awal guru tersebut menginspirasikan

matlamat pendidikan. Nilai-nilai serta setiap elemen yang terkandung dalam FPK adalah kunci

kepada pentafsiran FPK yang betul. FPK yang mengandungi pelbagai dimensi nilai falsafah

menjadi salah satu asas kepada pembangunan matlamat pendidikan yang sebenar. Lima nilai

falsafah yang terkandung dalam FPK yang mesti disedari oleh setiap insan yang bergelar guru

termasuklah guru dalam bidang Pendidikan Muzik yang akan menghala guru ke arah matlamat

pendidikan sebenar yang boleh diterjemahkan melalui proses P&P mereka. Nilai pertama iaitu

nilai epistemologi menyentuh kepada persoalan apa yang benar? Apa yang benar (what is true)

telah disampaikan dengan jelas kepada guru iaitu memperkembangkan lagi potensi individu

secara menyeluruh dan bersepadu. Penghayatan guru muzik terhadap nilai epistemologi yang

terkandung dalam FPK akan dapat membantu pelajar menyedari potensi tersembunyi yang

wujud dalam diri mereka. Apabila segala potensi seseorang individu itu telah berjaya

dibangunkan secara menyeluruh maka barulah kebenaran itu dapat dikenalpasti dan diperolehi.

Nilai kedua adalah nilai metafizik (what is real) yang membawa guru mengetahui persoalan

mengenai di mana kebenaran itu berakhir? Dimana kebenaran itu berakhir turut dinyatakan

dalam FPK dengan jelas iaitu berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Tuhan

yang mempunyai Kuasa Infiniti adalah tempat dimana kebenaran itu berakhir. Kepercayaan dan

kepatuhan kepada Tuhan mampu membebaskan guru muzik dari dibelenggu falsafah barat yang

terlalu bersifat sekularisme sehingga kadangkala mereka menidakkan kewujudan kuasa Tuhan

yang benar. Nilai etika (what is right or wrong) membawa kepada mengenal mana yang betul

dan mana yang salah. Apa yang betul itu telah dinyatakan dengan jelas dalam FPK iaitu rakyat

Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan

mencapai kesejahteraan diri. Nilai-nilai seperti berakhlak mulia, bertanggungjawab serta nilai-

nilai yang baik itu adalah yang betul yang mesti disedari oleh guru dan diterapkan guru dalam

proses P&P. Nilai logik pula (intellectual knowledge) membuatkan manusia faham ilmu logikal

selain dengan ilmu logik akal. Untuk membuatkan guru faham ilmu logikal adalah dengan

mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Page 12: Assignment Kpf 3012 Semester 2 Sesi 2012

Apabila guru seimbang dari setiap aspek maka barulah guru tersebut dapat berfikir secara logik.

Akhir sekali, nilai estetika (menyatakan tujuan hidup manusia sebagai seorang pemimpin iaitu

khalifah) iaitu melibatkan keindahan dan keadilan amalan manusia dalam mencorak dan

mengubah dunia. Amalan bagi mengubah dunia adalah dengan memberi sumbangan terhadap

keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Dunia dalam konteks FPK disini adalah

dalam ruang lingkup negara Malaysia itu sendiri.

3.0 PENTERJEMAHAN PENGETAHUAN, KEMAHIRAN, NILAI-NILAI MURNI DAN ELEMEN MERENTAS KURIKULUM (EMK) MENERUSI TEMA/TAJUK NYANYIAN

3.1 PENGETAHUAN

a) Pengetahuan kandungan spesifik mata pelajaran.

1.1.4 Tempo ( ansur cepat dan ansur lambat)

- Mengenal pasti tempo lagu yang diperdengarkan dengan betul.

- Menyatakan jenis perubahan tempo dalam lagu yang diperdengarkan.

* Murid diperdengarkan dengan lagu “ Pekerti Mulia”

* Murid dapat mengenal pasti tempo lagu tersebut sama ada ansur cepat atau ansur lambat.

* Murid meneliti lirik lagu yang dipamerkan di slide.

b) Pengetahuan kandungan yang diserapkan dari mata pelajaran lain.

* Bahasa Malaysia.

* Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.

* Pendidikan Islam.

* Pendidikan Moral.

c ) Huraikan dan kaitkannya dengan matlamat pendidikan yang anda nyatakan dalam

tajuk matlamat pendidikan yang dihasratkan dalam FPK.

Page 13: Assignment Kpf 3012 Semester 2 Sesi 2012

Matlamat pendidikan yang dihasratkan dalam FPK ialah melahirkan rakyat Malaysia yang

berakhlak mulia yang menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni, bertingkah laku baik,

berdisiplin serta bersopan-santun. Ini bersesuaian dengan amalan budaya ketimuran. Selain itu,

pendidikan juga adalah berkaitan dengan hasrat untuk melahirkan rakyat Malaysia yang

bertanggungjawab serta amanah. Mematuhi peraturan dan undang-undang sebagaimana yang

dihasratkan dengan melahirkan rakyat Malaysia yang bertanggungjawab.

3.2 KEMAHIRAN

a ) Kemahiran spesifik mata pelajaran.

Nyanyian ( Lagu – Pekerti Mulia ))

2.1.1. Menyanyi dengan teknik yang betul.

- Membuat latihan postur, sebutan dan pernafasan yang betul.

- Membaca lirik lagu baris demi baris

- Menyanyi lagu rangkai demi rangkai

- Menyanyi keseluruhan lagu

b ) Kemahiran lain yang digabungjalinkan

* Bahasa Malaysia – sebutan dan bacaan.

* Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan – amalan nilai murni.

* Pendidikan Islam – amalan nilai murni.

* Pendidikan Moral - amalan nilai murni.

c ) Huraikan dan kaitkannya dengan matlamat pendidikan yang anda nyatakan dalam

tajuk matlamat pendidikan yang dihasratkan dalam FPK.

Matlamat pendidikan yang dihasratkan dalam FPK ialah melahirkan rakyat Malaysia yang

berilmu pengetahuan serta dapat menyebarkan ilmu pengetahuan yang didapatinya dengan

semanfaat yang mungkin bukan hanya untuk dirinya sendiri malahan untuk orang lain, masyarakat

dan negara. Sehubungan dengan itu juga, konsep “ pendidikan sepanjang hayat” diharap akan

menjadi amalan agar ia dapat diperkembangkan. Rakyat Malaysia diharapkan akan berfikiran luas

Page 14: Assignment Kpf 3012 Semester 2 Sesi 2012

dan terbuka dalam usaha kerajaan mencapai hasrrat matlamat pendidikan menjadikan warga

Malaysia warga yang berilmu pengetahuan.

3.3 NILAI-NILAI MURNI

Falsafah Pendidkan Negara menerapkan 16 nilai murni rakyat Malaysia dalam sistem pendidikan.Nilai-nilai murni ini merupakan kesepaduan antara nilai moral, nilai budaya, nilai agama dan nilaiEstetik.

Antara nilai murni yang boleh diterapkan dalam tajuk Nyanyian ( lagu –Pekerti Mulia) ini ialah :

(a) B a i k h a t i – b e r d a s a r k a n l i r i k l a g u y a n g d i n y a n y i k a n , n i l a i m u r n i i n i m e n g a j a r p e l a j a r a g a r m e m p u n y a i s i f a t bertimbang rasa, pemurah, saling faham-memahami dan pemaaf.

(b) Hemah tinggi – baris lagu “ sopan-santun dijaga di mana saja “menjadikan pelajar bertingkah laku mulia, menghargaimaruah sendiri, menyemai sifat kesopanan dan menginsafi diri sendiri dan mengakui kesalahan diri.

(c)Keberanian -melalui nilai murni ini keberanian yang ditekankan ialah dari segi menuntut kebenaran atau keadilan, menentang kesalahan,mempertahankan pendirian positif, berani bertanggungjawabdan bertindak secara rasional.

( d ) Ke ju ju r an -menyema i s i f a t amanah , be r cakap bena r , n i a t ba ik dan i kh l a s hati dalam diri dan kehidupan pelajar.

(e) Kebersihan fizikal dan mental - selain menjaga kebersihan dan kesihatan diri, pelajar juga akan turut mementingkan kelakuan sopan, emosi dan berpemikiran sihat.

Berdasarkan nilai-nilai murni yang dinyatakan, jelas sekali guru dengan sesungguhnya telah

menerapkan FPK yang bermatlamatkan kepada pembangunan insan dalam menghasilkan insan yang

seimbang dan harmonis secara menyeluruh dan bersepadu serta sempurna sahsiahnya menuju kearah rakyat

berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketerampilan, berilmu pengetahuan dan percaya serta patuh kepada

Page 15: Assignment Kpf 3012 Semester 2 Sesi 2012

Tuhan.

3.4 ELEMEN MERENTAS KURIKULUM (EMK)

Elemen Merentas Kurikulum ialah unsur nilai tambah yang diterapkan dalam

proses pengajaran dan pembelajaran selain yang ditetapkan dalam standard

kandungan. Elemen-elemen ini diterapkan bertujuan mengukuhkan

kemahiran dan keterampilan modal insan yang dihasratkan serta dapat

menangani cabaran semasa dan masa hadapan. Elemen merentas kurikulum

yang sedia ada adalah seperti Bahasa, Sains dan Teknologi, Pendidikan Alam

Sekitar, Nilai Murni dan Patriotisme.

Elemen merentas kurikulum yang baharu, iaitu Kreativiti dan Inovasi,

Keusahawanan, serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi dikenal pasti

sebagai pelengkap kepada usaha memantapkan kualiti pelaksanaan KSSR.

Guru perlu memastikan kesemua elemen merentas kurikulum diterapkan

secara efektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran demi melahirkan

insan yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Hubungan elemen merentas kurikulum yang sedia ada dan baharu dalam

pembangunan insan yang seimbang digambarkan melalui rajah di bawah.

Page 16: Assignment Kpf 3012 Semester 2 Sesi 2012

Guru hendaklah memastikan kesemua elemen merentas kurikulum diterapkan secara

efektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran demi melahirkan insan yang dihasratkan oleh

Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Elemen merentas kurikulum yang boleh digabungjalinkan

dalam tajuk ini ialah :

Bahasa

Nilai Murni

Kreativiti dan inovasi dan

Teknologi maklumat

Elemen Bahasa yang diterapkan bertujuan sebagai alat penyebar ilmu dan komunikasi serta

perpaduan kaum. Semangat kerjasama hasil dari perpaduan ini membantu wujudnya toleransi,

perasaan kekitaan serta hormat-menghormati. Di samping menjadi medium untuk

menyampaikan maklumat. Nilai murni pula penting melahirkan rakyat Malaysia yang

seimbang dan harmonis berdasarkan berakhlak mulia, percaya kepada Tuhan, berilmu

pengetahuan , bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama, dan negara.

Elemen kreativiti dan inovasi dan teknologi maklumat yang diterapkan sejajar dengan

hasrat FPK untuk menghasilkan modal insan berdaya cipta dan berkeupayaan menghasilkan idea

dan ciptaan yang berkualiti yang menjadi amalan dan budaya dalam kehidupan serta mampu

menyumbang ke arah pembangunan masyarakat, bangsa, negara dan agama. Selain dapat

mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran secara kritis dan kreatif, diharapkan mereka juga

dapat menyelesaikan masalah, membuat keputusan dan mengurus kehidupan harian secara

kreatif dan inovatif.

Kesimpulannya, matlamat ini dapat dicapai dengan pendidikan yang menyeluruh dan

bersepadu seperti yang termaktub dalam FPK.

4.0 PETA MINDA : HUBUNGKAIT ANTARA KOMPONEN PENGETAHUAN,

Page 17: Assignment Kpf 3012 Semester 2 Sesi 2012

KEMAHIRAN, NILAI-NILAI MURNI DAN EMK DALAM PENTERJEMAHAN FPK.

PENGETAHUAN KANDUNGAN

MATA PELAJARAN LAIN

* Bahasa Malaysia.

* Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.

* Pendidikan Islam.

* Pendidikan Moral.

KEMAHIRAN SPESIFIK

2.1.1. Menyanyi dengan teknik yang

PENGETAHUAN

SPESIFIK

1.1.4 Tempo

( ansur cepat atau

ansur lambat)

-

KEMAHIRAN PENGGABUNG JALINAN MATA PELAJARAN LAIN

Sebutan dan bacaan Amalan murni Amalan murni Amalan murni

KEMAHIRAN

Pendidikan Muzik

Tahun 4

Nyanyian

(Lagu – Pekerti Mulia)

PENGETAHUAN

KREATIF & INOVATIF

BAIK HATI

BAHASA

ELEMEN MERENTAS KURIKULUMNILAI

MURNIHEMAH

TEKNOLOGI MAKLUMAT

• Slide lirik lagu

KEBERANIAN

KEBERSIHAN MENTAL/FIZIKAL

KEJUJURANFALSAFAH PENDIDIKAN

KEBANGSAAN

Page 18: Assignment Kpf 3012 Semester 2 Sesi 2012

5.0 APLIKASI KOMPONEN PENGETAHUAN, KEMAHIRAN, NILAI-NILAI MURNI DAN EMK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DAN JANGKAAN TERHADAP PEMBANGUNAN MODAL INSAN.

Sebagai guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Muzik saya yakin dan percaya bahawa

matlamat pendidikan negara sebagaimana yang dihasratkan dalam FPK iaitu membina

warganegara yang baik boleh dicapai. Sebagai guru, saya sedar bahawa setiap murid yang saya

didik mempunyai potensi yang berbagai. Potensi tersebut merupakan modal insan yang dapat

dibentuk dan dikembangkan lagi untuk mengupayakan setiap murid nanti memberikan sumbangan

kepada pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara. Modal insan yang dinyatakan dalam

FPK mencakupi kecerdasan intelek, rohani, emosi dan kecergasan jasmani. Saya yakin dengan

mengaplikasikan secara berterusan, menyeluruh, bersepadu dan seimbang terhadap pengetahuan,

kemahiran, nilai dan EMK menerusi mata pelajaran Pendidikan Muzik, pembangunan modal insan

boleh dicapai.

6.0 PROSES MENTERJEMAHKAN KOMPONEN PENGETAHUAN, KEMAHIRAN, NILAI DAN EMK DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 4

Tarikh                    :          15.10.2012

Hari : Isnin

Masa                      :          12.30 -1.30 tengah hari

Kelas       : Tahun 4 Ibnu Sina

Subjek                   : Pendidikan Muzik

Tajuk                    : Nyanyian

Sub Tajuk             : Lagu Pekerti Mulia

Aspek : Pengalaman Muzikal

Hasil pembelajaran : 2.1.1 Menyanyi mengikut teknik yang betul.

1.1.4 Menyanyi mengikut tempo yang betul.

Pengetahuan Sedia Ada     : 1. Murid pernah belajar menyanyi mengikut teknik yang

betul.

Page 19: Assignment Kpf 3012 Semester 2 Sesi 2012

2. Murid pernah menyanyi mengikut tempo yang betul.

Pada akhir proses P & P, murid boleh:

2.1.1 Menyanyi mengikut teknik yang betul.

1.1.4 Menyanyi mengikut tempo yang betul.

Hasil Pembelajaran: Selepas pengajaran, pelajar dapat

1.       Domain Kognitif :

i. Menyatakan 2 daripada 4 nilai murni yang terdapat di dalam lagu yang dipelajari.

ii. Boleh menjelaskan maksud 2 daripada 4 nilai yang dipelajari.

2.       Domain Afektif

i. Bersifat jujur dalam melakukan sesuatu pekerjaan.

ii Bersikap baik hati dan ikhlas menolong orang lain..

3.       Domain Psikomotor

i. Menulis semula lirik lagu yang dipaparkan di slide.

ABM                       : Power point, kibod, kad solfa, lembaran kerja

Pengisian Kurikulum:

i. Ilmu.

* Bahasa

* Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

* Pendidikan Islam/Pendidikan Moral

ii. Nilai        

Baik hati

Hemah tinggi

Keberanian

Kejujuran

Page 20: Assignment Kpf 3012 Semester 2 Sesi 2012

Kebersihan Fizikal dan Mental

iii.       Elemen Merentas Kurikulum

a)       Bahasa

b)       Kreatif & Inovatif

c) Teknologi maklumat

Strategi                  : Pengajaran kumpulan

Berpusatkan murid

Pengetahuan Sedia Ada   :

1. Murid sudah tahu menyanyi mengikut teknik yang betul dari segi postur, sebutan dan

pernafasan.

2. Murid sudah mempunyai pengetahuan tentang menyanyi mengikut tempo..

 

KBKK : Konsepsi idea

LANGKAH AKTIVITI DAN STRATEGI CATATAN

Aktiviti Guru Aktiviti Murid

Langkah 1

Set Induksi

(10 minit)

1. Guru mengarahkan murid melakukan latihan humming dan pernafasan dengan memainkan kibod.

Murid melakukan humming dan latihan pernafasan dengan iringan kibod guru.

Murid melakukan

Integrasi:

Pendidikan Islam

BBM:

Kepingan kad

Page 21: Assignment Kpf 3012 Semester 2 Sesi 2012

2.

3.

Guru memanggil murid secara rawak untuk humming secara individu.

Guru beri pujian kepada murid yang berjaya humming dengan kaedah pernafasan yang baik.

“humming” dan pernafasan secara individu dengan iringan kibod guru.

solfa

Langkah 2

Pencetusan Idea

(10 minit)

.

1. Guru meminta murid membaca lirik lagu. Guru mendengar sebutan lirik lagu tersebut. Guru memainkan lagu dengan iringan kibod.

Guru menjadikan beberapa orang murid sebagai model dan meminta murid lain menyanyi mengikut murid yang terpilih itu.

Murid menyanyikan lagu mengikut tempo dengan iringan kibod guru .

Murid menyanyi mengikut tempo dengan iringan kibod guru mengikut model sambil menepuk tangan.

Integrasi

Bahasa Melayu

BBM

Senikata lagu “Pekerti Mulia”

menggunakan

TMK

Slide lirik lagu “Pekerti

Mulia”

Page 22: Assignment Kpf 3012 Semester 2 Sesi 2012

Langkah 3

Pengembangan Idea

(10 minit)

Guru bersoaljawab dengan murid tentang 4 nilai yang terdapat di dalam lagu “Pekerti Mulia”. .

Guru meminta murid memberikan maksud 2 daripada 4 nilai yang terdapat di dalam lirik lagu..

Murid mendengar penerangan guru. Murid berkongsi maklumat dengan rakan dan guru tentang 4 nilai murni tersebut.

Murid berlumba-lumba untuk memberikan maksud nilai kerana murid yang memberi jawapan yang betul akan diberi pujian.

Integrasi:

Bahasa Malaysia

EMK

Kreatif dan Inovasi

Langkah 4

Pengukuhan

(20 minit)

1.

2.

Murid dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu lelaki dan perempuan. Guru mengarahkan murid menyanyi berselangan rangkai lagu bagi setiap kumpulan.

Guru memberi penerangan untuk aktiviti yang hendak dijalankan.

Murid diminta menyanyi berselang rangkai tanpa iringn kibod.

Murid menyanyi berselang rangkai mengikut iringn muzik.

Integrasi :

Pendidikan Islam

Bahasa Melayu

BBM :

Lembaran kerja

Page 23: Assignment Kpf 3012 Semester 2 Sesi 2012

3. Guru mengedarkan lembaran kerja untuk menilai pemahaman murid

EMK

Kreatif dan Inovasi

Penutup

(10 minit)

1. Guru bersoal jawab dengan murid tentang nilai murni yang terdapat di dalam lagu.

Guru meminta murid menyanyikan lagu semula

Murid membuat kesimpulan tentang tajuk yang dipelajari.

Murid menyanyikan lagu dengan riang sambil membuat pergerakan

Integrasi:

Pendidikan Islam

RUJUKAN

Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman (2008). Falsafah Pendidikan dan Kurikulum ( Edisi kedua )

Tanjong Malim Perak Malaysia: Quantum Books

Abdullah Sani Yahaya (2003). Perkembangan Pendidikan di Malaysia. Bentong, Pahang: PTS

Pub & Distributor Sdn. Bhd.

Sheela Abraham (1993). Sejarah Perkembangan Negara. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti

Sdn. Bhd.

Tajul Ariffin Bin Nordin (1993). Perspektif Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Page 24: Assignment Kpf 3012 Semester 2 Sesi 2012

Abd Rahim Abd Rashid. (2001). Nilai Nilai Murni dalam Pendidikan Menghadapi Perubahan

dan Cabaran Alaf Baru. Siri Pengajian dan Pendidikan Utusan.

Mok Soon Sang. (2010). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Siri Pengajian Profesional.

Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001). Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat dan Misi.

Kementerian Pendidikan Malaysia

Warnoh Katiman dan Norasmah Hj. Othman. (2003). Program Pendidikan Guru Teknik Dan

Vokasional Yang Cemerlang. Fakulti Pendidikan : Universiti Kebangsaan Malaysia.