37
SURYATI BT. UDAI 701016135770002 1.0. PENGENALAN Menurut Haslinda Madon (2009), menggambar didefinisikan sebagai satu persembahan visual sesuatu imej yang dihasilkan di atas permukaan yang rata; ia mengandungi komposisi artistik yang dihasilkan dengan penggunaan warna pada permukaan rata; menggambar adalah gambaran mental yang jelas dan pemberitahuan imej mental seseorang individu; ilustrasi yang digunakan untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang sesuatu objek; gambaran huruf yang diterangkan dalam bentuk grafik; representasi visual yang dihasilkan dalam bentuk dua dimensi dan gambar sebagai satu artifak yang menunjukkan satu kecenderungan terhadap sesuatu imej atau objek. Bidang menggambar adalah satu daripada empat bidang dalam Pendidikan Seni Visual yang menegaskan perkembangan persepsi murid terhadap aspek melukis serta kegiatan menggambar menggunakan pelbagai media dan teknik yang menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi. Bidang ini juga memperkenalkan murid kepada pelbagai bahan dari segi sifat dan fungsinya. Kegiatan menggambar juga memberi peluang kepada murid mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman menggambar dengan kesan yang berbeza apabila menggunakan media serta teknik yang berlainan. Bidang menggambar merangkumi beberapa kegiatan seperti lukisan, catan, kolaj, montaj, cetakan, gosokan, resis, percikan dan mozek. Dalam tugasan ini, saya akan menghasilkan buku skrap bagi menggambarkan kegiatan-kegiatan tersebut. Buku skrap ini HBAE 1403 1 MENGGAMBAR

ASSIGNMENT MENGGAMBAR SEPT 2009.docx

Embed Size (px)

Citation preview

SURYATI BT. UDAI701016135770002

1.0.PENGENALANMenurut Haslinda Madon (2009), menggambar didefinisikan sebagai satu persembahan visual sesuatu imej yang dihasilkan di atas permukaan yang rata; ia mengandungi komposisi artistik yang dihasilkan dengan penggunaan warna pada permukaan rata; menggambar adalah gambaran mental yang jelas dan pemberitahuan imej mental seseorang individu; ilustrasi yang digunakan untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang sesuatu objek; gambaran huruf yang diterangkan dalam bentuk grafik; representasi visual yang dihasilkan dalam bentuk dua dimensi dan gambar sebagai satu artifak yang menunjukkan satu kecenderungan terhadap sesuatu imej atau objek.Bidang menggambar adalah satu daripada empat bidang dalam Pendidikan Seni Visual yang menegaskan perkembangan persepsi murid terhadap aspek melukis serta kegiatan menggambar menggunakan pelbagai media dan teknik yang menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi. Bidang ini juga memperkenalkan murid kepada pelbagai bahan dari segi sifat dan fungsinya. Kegiatan menggambar juga memberi peluang kepada murid mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman menggambar dengan kesan yang berbeza apabila menggunakan media serta teknik yang berlainan.Bidang menggambar merangkumi beberapa kegiatan seperti lukisan, catan, kolaj, montaj, cetakan, gosokan, resis, percikan dan mozek. Dalam tugasan ini, saya akan menghasilkan buku skrap bagi menggambarkan kegiatan-kegiatan tersebut. Buku skrap ini nanti, akan menerangkan enam daripada aktiviti-aktiviti dalam menggambar iaitu jenis lukisan, catan, kolaj, cetakan, resis, dan percikan.

2.0.BUKU SKRAP

2.1.LukisanKegiatan lukisan merupakan kegiatan awal menghasilkan kesan garisan bagi menimbulkan sesuatu imej menggunakan media kering atau basah (bukan sapuan). Kegiatan lukisan adalah kegiatan menggunakan media sama ada kasar, halus, lembut, keras atau tajam. Media yang sering digunakan adalah seperti pensel, pen, kapur, arang, krayon, pastel, marker pen, dan pensel warna. Bahan media tulis yang biasa digunakan akan meninggalkan kesan-kesan garisan dipermukaan yang digunakan. Penggunaan warna dalam lukisan adalah terhad. Bagi menghasilkan sesuatu lukisan, beberapa teknik boleh digunakan seperti teknik gurisan, lorekan, lakaran, titikan, gosokan, contengan dan lain-lain lagi. Teknik yang hendak digunakan, harus sesuai dengan media pilihan. Kesan-kesan garisan pula dipengaruhi oleh pilihan bahan dan tekanan pada permukaan yang digunakan. Hasil daripada penggunaan media tertentu akan meninggalkan kesan garisan yang berlainan. Berikut adalah contoh lukisan.

Rajah 1: Contoh kegiatan lukisan bertajuk Pemandangan sebuah rumah di tepi sungai.

2.1.1.TajukTajuk bagi kegiatan lukisan di atas ialah Pemandangan sebuah rumah di tepi sungai yang bertemakan lukisan lanskap.2.1.2.KategoriKategori lukisan ini adalah lukisan lanskap yang ditiru imejnya berdasarkan pemandangan di luar studio.2.1.3.Perasaan terhadap tajuk/idea tersebutPengkarya merasa seronok dan gembira semasa proses membuat kegiatan ini kerana aktiviti melukis dijalankan di luar studio. Kegiatan ini membolehkan kanak-kanak melakukan pemerhatian terhadap objek alam serta membolehkan murid merasai secara konkrit bagi mendapatkan imej mental. Kegiatan-kegiatan ini akan membantu terus menyelaraskan idea, imaginasi dan alam fantasinya ke arah perkembangan persepsi dan pemikiran abstrak.2.1.4.Bentuk, warna, corak, garisan, ton dan jalinanBentukLukisan ini berbentuk ilusi iaitu hanya boleh dilihat sahaja dan ia tidak dapat dirasa oleh deria sentuh. Jalinan dan ruang telah menimbulkan ilusi bentuk dalam karya berbentuk dua dimensi ini.WarnaWarna yang digunakan adalah terdiri dari skema warna harmoni, dari biru, biru hijau, hijau, dan kuning hijau. Warna ini berjaya mempengaruhi emosi kita kerana ia terdapat pada alam semulajadi.Corak berulang-ulang ditunjukkan pada daun-daun pokok dan rumput.GarisanGarisan jelas ditunjukkan dalam lukisan pemandangan ini. Terdapat bermacam-macam jenis garisan yang digunakan. Pemilihan jenis garisan untuk pemandangan ini adalah terdiri dari garisan-garisan tebal, nipis, beralun, dan juga bertitik. Garisan-garisan mewujudkan kesan ruang seperti yang tergambar pada garisan tersembunyi di alam sekeliling. Kesan ruang dapat dilihat melalui barisan pokok. Manakala, garisan menegak pada tebing sungai, rumah dan pokok jelas menunjukkan ruang kedalaman.

TonSangat pandai bermain dengan ton warna. Penampilan warna sejuk dalam karya lukisan ini juga menarik dan sesuai serta menyebabkan objek pokok kelihatan undur ke belakang ataupun berada pada jarak yang jauh seperti halnya dengan latar gambar pemandangan di atas. Warna sejuk ini juga membuatkan seolah-olah kita berada di alam persekitaran yang dipenuhi dengan tumbuh-tumbuhan hijau, kita akan berasa segar dan tenang. JalinanKesan jalinan pada lukisan menimbulkan jisim, rupa, bentuk dan ruang pada pokok, daun, rumput, dan rumah. Kesan jalinan juga berjaya menjadikan karya ini kelihatan lebih menarik dan realistik. 2.1.5.Kadar banding, saiz dan susunan corakKadar bandingSubjek utama dalam lukisan ini ialah rumah. Rumah ditempatkan di bahagian kiri iaitu lebih kurang 1/3 daripada ruang kertas lukisan. Semak dan barisan pokok serta tebing sungai dan sampan di sebelah kanan menyeimbangkan lukisan itu. Rumah, pokok, rumput, batuan, tebing sungai dan sampan telah dilukis dengan kadar banding yang sesuai. Lukisan objek-objek tampak harmoni dan seimbang.SaizSaiz objek yang dihasilkan di dalam lukisan ada dipengaruhi faktor jarak. Objek pokok berdekatan dengan rumah misalnya, dilukis besar kerana objek itu berada dekat dengan pengkarya. Manakala objek sebaris pokok yang berada di tempat yang jauh kelihatan kecil kerana berada di bawah garisan kaki langit.Susunan corakDalam lukisan pemandangan ini terdapat struktur tidak formal pada susunan corak yang diketengahkan. Corak yang dihasilkan adalah secara bebas dan secara tindanan. Corak ini jelas ditampilkan pada objek seperti pokok dan rumput.2.1.6.Penggunaan alat dan bahanPengkarya menghasilkan lukisan dengan menggunakan alat media kering seperti pensel dan oil pastel. Pensel di gunakan pada peringkat lakaran asas kemudian barulah diaplikasikan oil pastel ke atas lakaran gambar pemandangan yang telah siap. Bahan lain yang digunakan ialah kertas lukisan biasa, yang mempunyai permukaan yang sesuai untuk pensel dan oil pastel.2.1.7.Teknik-teknik dalam aktiviti yang dijalankanTeknik melukis yang digunakan oleh pengkarya ialah teknik garisan menyilang tidak menentu. Teknik yang menggabungkan olahan alat atau media oil pastel ini telah berjaya menimbulkan kesan estetik pada lukisan. Teknik ini juga mampu memberikan pencahayaan dan bayangan pada lukisan, yang merupakan elemen penting untuk menimbulkan bentuk sesuatu objek yang dilukis. Misalannya, berdasarkan gambar lukisan wujud ketentuan cahaya dari sebelah kanan ke arah kiri gambar.2.1.8.Usaha anda terhadap hasil kerja tersebutTempoh masa menyiapkan lukisan pemandangan ini mengambil masa lebih kurang dua jam setengah. Alat dan bahan mudah didapati serta berpatutan harganya. Penghasilan lukisan dengan oil pastel sangat mudah dan tidak rumit. Semasa menjalankan aktiviti di luar studio, apa yang guru-guru perlu ingatkan kepada murid-murid ialah mengenai penekanan kepada pemokusan dengan menggunakan tetingkap, dan melihat dari aspek perspektif serta pencahayaan. Aspek pengamatan juga perlu antaranya aspek ruang dan objek, subjek dan latar belakang serta saiz dan kadar banding.2.1.9.Cara-cara bagaimana idea tersebut boleh digunakan dalam berlainan mediaAktiviti lukisan ini boleh juga diaplikasikan dengan media lain, misalannya media oil pastel boleh digantikan dengan pensel warna. Penggunaan media pensel warna juga mudah serta berpatutan harganya. Pensel warna boleh didapati dalam dua jenis, iaitu jenis berkarbon (mata) keras dan jenis berkarbon (mata) lembut. Jenis keras tidak sesuai menggunakan teknik basuhan kerana warnanya tidak larut berbanding pensel warna jenis berkarbon lembut. Ada beberapa teknik yang boleh diaplikasikan dalam media pensel warna antaranya ialah teknik garisan silang, teknik garisan silang tidak menentu (pelbagai), teknik campuran warna, teknik garisan dan teknik basuhan.

2.2.CatanKegiatan catan merupakan proses melukis dengan menggunakan bahan pewarna yang diaplikasikan pada permukaan atau perantara seperti kanvas, kertas dan dinding. Media yang sering digunakan dalam catan adalah seperti cat air, cat minyak, akrilik dan tempera. Terdapat beberapa teknik mewarna dalam proses catan. Antaranya, teknik menggunakan warna cair seperti basah atas kering dan basah atas basah. Selain itu , teknik menggunakan warna pekat atau legap seperti impasto, scumbling, hard edge dan glazing turut menjadi pilihan ramai pelukis. Berikut adalah contoh catan.

Rajah 2: Contoh kegiatan catan bertajuk Buah-buahan.2.2.1.TajukKegiatan catan ini bertajuk Buah-buahan.2.2.2.KategoriKategori catan yang dihasilkan ini adalah berdasarkan tema aktiviti yang diketahui dan dilihat oleh pengkarya.2.2.3.Perasaan terhadap tajuk/idea tersebutKanak-kanak merasa seronok dan gembira semasa proses membuat kegiatan ini kerana aktiviti ini membolehkan mereka menghasilkan gambar buah-buahan yang mereka gemari. Pengalaman kanak-kanak terhadap subjek adalah luas kerana subjek itu mudah dilihat dan didapati di sekitar mereka. Pengetahuan sedia ada membantu mereka menyelaras idea dan menggambar imej.

2.2.4.Bentuk, warna, corak, garisan, ton dan jalinanBentuk catan yang dihasilkan ini adalah berbentuk ilusi yang bersifat dua dimensi.WarnaKombinasi warna di dalam catan di atas sangat menarik. Warna harmoni dihasilkan dengan kombinasi warna yang mempunyai suhu dan ton warna yang sama. Objek yang dihasilkan mudah dikenali melalui warnanya seperti hijau buah pisang dan oren buah oren. Warna-warna ini menimbulkan suasana dan perasaan yang selesa dan tenang. Warna latar yang digunakan memberikan penegasan kepada subjek yang digambarkan.Corak Corak buah-buahan yang menjadi subjek dan kajian utama diulang-ulang dalam dalam catan ini, misalannya corak buah pisang dan buah oren.GarisanCatan di atas mengandingkan sifat dan jenis garisan yang pelbagai seperti garisan tebal, nipis dan kasar. Olahan jenis-jenis garisan yang pelbagai ini telah menimbulkan bentuk buah-buahan itu seolah-olah mempunyai berat dan jisim. Sementara garisan yang berbeza dari segi saiz dan jarak telah mewujudkan ton gelap dan cerah. TonPengkarya berjaya menampilkan ton warna yang menarik. Ton warna merah dan oren pada buah oren yang dicampur dengan warna putih mendapatkan kesan terang, begitu juga halnya dengan warna hijau yang dicampur dengan warna putih untuk buah pisang. Sebaliknya warna latar yang menggandingkan warna coklat tua, warna coklat muda, dan warna putih akan mendapatkan kesan gelap apabila dicampukan dengan warna hitam. Berdasarkan gambar catan wujud kesan pencahayaan yang amat berguna untuk mencipta ruang dan bentuk.JalinanPelbagai kesan jalinan menggunakan media cat air diperoleh pada hasil catan ini. Karya catan ini menampilkan kesan jalinan tampak. Jalinan-jalinan warna pada buah-buahan membuatkan objek-objek kelihatan lebih cantik dan menarik.2.2.5.Kadar banding, saiz dan susunan corakKadar bandingSubjek utama yang ditampilkan adalah buah-buahan. Buah pisang di tempatkan di tengah-tengah kertas lukisan dengan taburan buah oren di kanan dan hadapannya. Sementara di sebelah kiri buah pisang ditempatkan sebiji bakul. Kehadiran buah oren dan bakul menyeimbangkan catan ini.SaizBuah-buahan terdapat dalam pelbagai saiz dengan susun atur yang sesuai. Buah pisang yang bersaiz besar ditempatkan di belakang sementara buah oren yang bersaiz kecil berada di hadapan. Objek bakul pula ditempatkan di belakang buah pisang. Susun atur sebegitu dapat menampakkan saiz sebenar buah-buahan. Susunan corakSusunan buah-buahan dalam catan adalah secara struktur tidak formal. Corak buah oren yang sama di susun bertindih dan bebas. Begitu juga dengan buah pisang.2.2.6.Penggunaan alat dan bahanCatan ini dihasilkan menggunakan alatan seperti berus lembut dengan saiz 3 dan saiz 6. Bahan warna dalam karya ini ialah pewarna dalam bentuk tiub. Kertas yang digunakan ialah kertas cat air serta pallet pembancuh warna.2.2.7.Teknik-teknik dalam aktiviti yang dijalankanLakar subjek pada kertas lukisan terlebih dahulu sebeluam sapuan warna dilakukan. Teknik pada catan adalah teknik basah atas kering yang melibatkan sapuan warna basah ke atas permukaan kering untuk menghasilkan kesan legap. Kemudian digunakan warna yang basah dan disapukan ke atas lapisan warna yang telah kering untuk mendapatkan kesan lutsinar. 2.2.8.Usaha anda terhadap hasil karya tersebutKarya catan ini dihasilkan lebih kurang lima jam dengan mengambil kira masa cat air kering sebelum aktiviti mewarna semula dilakukan. Menggambar melalui kegiatan catan agak rumit sedikit kerana terpaksa melakukan proses mencampur warna untuk menghasilkan warna yang sesuai yang diinginkan oleh pengkarya itu. Sikap kesabaran dan ketekunan seseorang individu boleh mempengaruhi hasil sesuatu catan. Peralatan, bahan dan media pula mudah didapati dipasaran dengan harga yang berpatutan. Terpulang kepada pengkarya untuk memilih bahan dan media yang difikirkan sesuai untuk karya catannya.2.2.9.Cara-cara bagaimana idea tersebut boleh digunakan dalam berlainan mediaAktiviti catan ini boleh juga diaplikasikan dengan media lain, misalannya media cat air boleh digantikan dengan cat poster. Penggunaan media cat poster agak mahal harganya. Peralatan yang diperlukan ialah warna poster dalam bentuk tiub atau botol, berus jenis lembut dan keras, pallet pembancuh warna, kertas cartridge yang tebal dan berpermukaan licin serta bekas air. Catan dengan media ini menghasilkan jalinan legap, tebal dan berlapis. Air yang digunakan dalam jumlah yang sedikit berbanding dengan catan menggunakan cat air. Warna cerah diperolehi dengan mencampur warna dikehendaki dengan warna putih atau warna terang yang lain. Untuk mendapatkan ton gelap, perlu dicampurkan dengan warna hitam. Warna latar didahulukan semasa proses catan dan sekiranya berlaku kesilapan warna diserap keluar dengan tisu atau pastikan warna tersebut kering kemudian barulah ditutup dengan warna lain.

2.3.KolajKolaj bermaksud mengumpul dan menampal bahan-bahan seperti perca kain, kertas, gambar, bahan-bahan kutipan dan sebagainya di atas permukaan tertentu mengikut rekaan corak atau menggambar yang dirancang. Tampalan untuk menghasilkan kolaj boleh disusun dan ditindih pada permukaan mengikut gambar atau rekaan corak yang hendak dihasilkan. Di bawah ialah contoh kolaj.

Rajah 3: Contoh kegiatan kolaj bertajuk Harimau.2.3.1.Tajuk Tajuk bagi kegiatan kolaj ialah Harimau.2.3.2.KategoriKategori lukisan ini adalah di peringkat tahap realistik.2.3.3.Perasaan terhadap tajuk/idea tersebutSungguhpun aktiviti ini agak rumit dan cerewet untuk disudahkan namun pengkarya berasa seronok dan gembira melihat hasil kolaj yang menarik dan cantik. Pengkarya mampu meluahkan perasaan secara factually oriented yang berasaskan kepekaannya terhadap persekitaran dan pengalaman. Aktiviti ini juga semestinya membuatkan pengkarya teruja kerana ia memerlukan kordinasi tangan dan mata serta sifat ketekunan dan kesabaran yang tinggi. 2.3.4.Bentuk, warna, corak, garisan, ton dan jalinanBentukKolaj di atas adalah berbentuk ilusi yang bersifat dua dimensi (2-D) melalui kegiatan kolaj. Teknik kolaj ini berjaya menggabungkan unsur-unsur seni seperti warna, jalinan, ruang, bentuk dan lain-lain untuk menimbulkan bentuk ilusi Harimau yang dikehendaki oleh pengkarya.WarnaWarna yang ditampilkan pada kolaj adalah warna harmoni yang memberi kesan kesatuan, ketenangan dan kelihatan selesa di pandang mata. Kombinasi warna oleh pengkarya juga berjaya menimbulkan bentuk, kesan jalinan, kesan ruang dan rupa, sinonim dengan objek alam sekeliling.Corak carikan, potongan dan tindihan kertas warna dilakukan berulang-ulang mengikut kehendak pengkarya.GarisanPengkarya mengaplikasikan kesan garisan tebal dan kasar dalam kolajnya. Penggunaan pelbagai teknik seperti carikan kertas warna menghasilkan garisan yang pelbagai saiz, sementara teknik potongan kertas warna pula menghasilkan garisan yang tebal. Teknik tindihan kertas warna menggunakan mata pensel pula menghasilkan titik-titik halus. Kesan garisan ini secara tidak langsung mewujudkan bentuk, rupa, jalinan dan ruang sinonim dengan objek alam sekeliling.

TonKolaj yang dihasilkan ada menunjukkan unsur ton warna, misalannya pada subjek utama iaitu harimau. Digunakan warna kuning gelap dan kuning cerah pada bulu harimau. Kemudian di tampal warna hitam gelap untuk menimbulkan corak belang pada badan harimau. JalinanAktiviti kolaj ini menampakkan unsur jalinan tampak daripada garisan untuk memberi kesan ton, bentuk, ruang dalam karyanya sehingga membuatkan objek objek tersebut cantik dan menarik.2.3.5.Kadar banding, saiz dan susunan corakKadar bandingSubjek utama dalam lukisan ini ialah harimau. Harimau ditempatkan di tengah ruang kertas lukisan. Rumput dan pokok di letakkan di sebelah kiri dan kanan subjek bagi menyeimbangkan kolaj itu. Di masukkan juga objek awan dan tanah untuk melengkapkan unsur harmoni dan seimbang pada kolaj. Semua ruang kertas digunakan oleh pengkarya dengan sesuai dan menarik sekali.SaizSaiz subjek utama (harimau) lebih besar berbanding dengan pokok dan objek lain sesuai dengan tajuk atau tema kolaj. Ia digubah sedemikian rupa untuk menunjukkan faktor jarak. Begitu juga halnya dengan saiz rumput lebih besar daripada awan untuk menunjukkan jarak dekat sementara awan pula bersaiz kecil bagi menunjukkan jarak jauh sesuatu objek itu.Susunan corakCorak yang ditampilkan dalam kolaj adalah jenis struktur tidak formal yang merujuk kepada susunan corak yang tidak mengikut garisan grid. Dengan erti kata lain susunan corak dibuat secara tindanan dan corak bebas.2.3.6.Penggunaan alat dan bahanAlat dan bahan yang digunakan untuk aktiviti ini adalah seperti gam, pensel, gunting, kerta warna dan kertas lukisan. 2.3.7.Teknik-teknik dalam aktiviti yang dijalankanAktiviti kolaj bertemakan Harimau ini, dimulakan dengan penyediaan koyakan, guntingan bahan kertas warna. Pelbagai kertas warna diguna untuk menimbulkan kesan jalinan, harmoni, bentuk, ton, dan kontra pada kolaj. Tindihan kertas menggunakan mata pensel juga digunakan. Lakaran objek di buat pada kertas lukisan untuk memudahkan kerja-kerja menampal. Sapuan gam pada permukaan kertas di buat secara beransur-ansur mengikut bahagian objek yang hendak ditampalkan dengan bahan-bahan kolaj. Pengkarya menampal cebisan kertas mengikut gaya tersendiri untuk mendapatkan hasil corak yang baik dan menarik.2.3.8.Usaha anda terhadap hasil kerja tersebutMedia seperti kertas warna dan bahan seperti kertas lukisan di dapati dengan mudah dan murah di pasaran. Gam yang digunakan hanyalah gam biasa sahaja. Kerja-kerja menampal media agak rumit serta memerlukan ketelitian.2.3.9.Cara-cara bagaimana idea tersebut boleh digunakan dalam berlainan mediaKegiatan kolaj menggunakan media kertas warna ini boleh diaplikasi dengan media daripada campuran biji kekacang yang mempunyai bentuk dan warna yang menarik. Misalannya warna biji jagung, padi, dan kacang hitam untuk bulu harimau, kacang hijau untuk daun pokok dan rumput manakala kacang merah untuk tanah. Teknik kolaj ini memerlukan alat dan bahan yang berlainan dari idea kolaj asal, contohnya gam gel, kertas kolaj papan pengalas dan hard board. Gabungan teknik sapuan warna pada latar kolaj juga boleh dilakukan dengan menggunakan cat air bagi mencantik dan memberi kesan harmoni pada kolaj.

2.4.ResisKegiatan resis ialah satu proses menghasilkan corak dengan menggunakan bahan-bahan yang tidak bercampur di antara satu dengan lain seperti cat air dengan cat minyak dan cat air dengan krayon atau lilin. Beberapa teknik yang mudah dan menarik boleh dijalankan dengan menggunakan pelbagai bahan yang diubahsuai. Contoh teknik resis ialah krayon resis dengan warna air, warna poster, warna tempera, dan dakwat basah. Selain itu juga boleh menggunakan teknik kertas lilin resis; resis dengan kain; krayon resis batik; resis warna air dengan lilin biasa; kapur dan lilin (cara positif) serta kapur dan lilin (cara negatif). Alat dan media yang digunakan pula ialah pelbagai lilin seperti lilin biasa, lilin paraffin dan krayon lilin; pelbagai kertas seperti kertas lukisan, kertas tebal, kertas kadbod dan manila kad; pelbagai kain seperti cotton poplin, cotton cambrich, rayon/fuji dan cotton lawn kima; pelbagai pensel, pelbagai warna dan dakwat basah.

Rajah 4: Contoh kegiatan resis bertajuk Flora

2.4.1.TajukTajuk bagi kegiatan resis di atas ialah Flora.2.4.2.KategoriKategori resis ini adalah pada tahap pengenalan.2.4.3.Perasaan terhadap tajuk/idea tersebutPengkarya pasti merasa seronok dan gembira semasa proses membuat kegiatan ini kerana aktiviti ini berbeza daripada proses menggambar yang telah diterangkan sebelum ini. Lagipun kegiatan menggambar yang lain pada kebiasaannya menggunakan alatan seperti pensel semasa membuat lakaran tetapi dalam aktiviti resis, alatan utamanya ialah lilin. Oleh itu pasti aktiviti ini tidak akan membosankan kerana ia membawa kelainan dan pembaharuan dalam hasil kerja seseorang pengkarya.

2.4.4.Bentuk, warna, corak, garisan, ton dan jalinanBentukKegiatan resis ini adalah berbentuk ilusi bersifat dua dimensi (2-D) melalui gabungan pelbagai garisan yang pelbagai saiz dan arah.WarnaWarna yang diaplikasikan dalam resis ini adalah gabungan warna harmoni dan warna penggenap. Warna harmoni yang ditampilkan menyatakan emosi pengkarya yang selesa dan tenang, namun dengan kehadiran warna penggenap memungkinkan perasaan pengkarya pada masa itu bercampur baur antara ketenangan dengan ketegangan. Walaubagaimanapun warna penggenap menimbulkan kesan kontra dan pergerakan pada hasil resis.Corak Pengulangan corak flora berlaku dalam karya resis, misalannya garisan-garisan beralun mewakili rumput dan garisan bujur serta bulat mewakili daun. GarisanGarisan yang wujud dalam karya resis ini amat menarik sekali. Garisan bermotifkan flora ini telah menghasilkan corak berulang. Garisan juga telah di lakar dalam pelbagai saiz. TonKesan warna terang dan sedikit gelap menimbulkan ton warna pada karya. Penggunaan warna terang seperti merah, kuning, jingga dan hijau kuning memberi kesan terang dan garang seperti api serta merangsang pandangan seperti matahari. JalinanJalinan garisan yang terdapat pada hasil karya resis ini merupakan jalinan tampak dengan menggunakan media lilin campuran rosin (damar), paraffin (lilin putih) dan minyak kelapa. Canting yang pelbagai saiz corong telah menghasilkan jalinan garisan yang tebal dan nipis serta halus. 2.4.5.Kadar banding, saiz dan susunan corakKadar bandingKeseimbangan ditunjukkan pada karya. Objek berbentuk daun yang besar saiznya di tempatkan di tengah-tengah kertas lukisan sementara di bahagian atas dan bawah ditempatkan jalinan garisan tebal dan halus dalam pelbagai arah memenuhi ruang kertas. Keseimbangan ini menampakkan keharmonian pada karya.SaizJalinan garisan yang pelbagai saiz membentuk pelbagai saiz flora yang dikehendaki oleh pengkarya. Saiz daun lebih besar dari rumput bagi membanding beza kedua jenis flora ini. Saiz yang pelbagai ini berjaya mewujudkan ruang dan bentuk yang menjadikan karya resis ini menarik dan cantik.Susunan corakSusunan corak yang ditampilkan oleh pengkarya adalah secara struktur tidak formal. Taburan corak daun dan rumput adalah secara bebas dan bertindan.2.4.6.Penggunaan alat dan bahanAlatan dan bahan yang digunakan untuk aktiviti resis ini ialah canting, periuk atau kuali, dapur atau plat pemanas, kertas lukisan, pelbagai jenis berus dan cat air. 2.4.7.Teknik-teknik dalam aktiviti yang dijalankanKegiatan ini menggunakan teknik resis dari warna air dan lilin campuran rosin (damar), paraffin dan minyak kelapa. Lakaran pensel dibuat terlebih dahulu untuk memudahkan kerja-kerja melakar bentuk objek flora menggunakan canting. Kemudian sapuan dan campuran warna dilakukan ke atas kertas mengikut kehendak pengkarya. 2.4.8.Usaha anda terhadap hasil kerja tersebutHasil karya ini dihasilkan dalam tempoh masa lebih kurang tiga jam. Proses mencanting memerlukan ketelitian supaya bentuk dan garisan yang dikehendaki memenuhi citarasa pengkarya. Bahan dan peralatan untuk kegiatan ini agak berpatutan harganya namun terdapat alternatif lain bagi menggantikan alat seperti canting dengan alat buatan sendiri yang jauh lebih murah. Misalannya, canting boleh ditukarkan dengan bahan buangan seperti bekas aluminium penutup tin.2.4.9.Cara-cara bagaimana idea tersebut boleh digunakan dalam berlainan mediaKegiatan resis dari media lilin dan cat air ini boleh juga diaplikasi dengan menggunakan media lain. Misalannya, media krayon digabung dengan warna poster. Krayon adalah bahan yang kalis air dan sama fungsinya dengan lilin untuk kegiatan resis. Warna poster pula bertindak sebagai bahan ganti kepada cat air. Proses penghasilan karya melalui teknik krayon resis dengan warna poster adalah sama, malah lebih senang dan tidak serumit media asal tadi.

2.5.PercikanKegiatan percikan adalah salah satu teknik hiasan catan dengan mendetik, mengetuk atau menjentik bahagian bulu berus yang akan menghasilkan kesan a speckled granite-style finishyang akan kelihatan lebih moden daripada kesan warna yang lain. Berikut ialah contoh percikan.

Rajah 5: Contoh kegiatan percikan bertajuk Kuda laut.

2.5.1.TajukTajuk bagi kegiatan percikan ini ialah Kuda laut.2.5.2.KategoriKategori lukisan ini adalah tahap pertengahan.

2.5.3.Perasaan terhadap tajuk/idea tersebutAktiviti percikan sungguh menggembira dan menyeronokkan. Aktiviti ini memberi kebebasan kepada pengkarya untuk melakukan percikan pada permukaan yang dikehendaki. Di sekolah murid-murid akan membuat aktiviti ini dengan dibimbing oleh guru dan mengikut tema atau tajuk yang diberi. 2.5.4.Bentuk, warna, corak, garisan, ton dan jalinanBentuk catan yang dihasilkan ini adalah berbentuk ilusi yang bersifat dua dimensi.WarnaWarna yang ditampilkan dalam kegiatan percikan ini adalah warna penggenap iaitu warna oren dan biru. Kombinasi dua warna ini adalah bertentangan antara satu sama lain yang menimbulkan kesan kontra dan pergerakan. Warna ini juga menggambarkan suasana yang tegang dan tegas. CorakPercikan menghasilkan corak titik dan garis halus secara berulang-ulang dan berselerak pada permukaan kertas. Corak titik halus dan rapat di sekeliling objek menonjol dan menegaskan imej bayangan putih yang menjadi tema atau tajuk percikan. GarisanAda terdapat gambaran pergerakan dalam percikan yang diwujudkan oleh garisan pepenjuru halus secara putus-putus pada sekeliling objek. Terdapat juga garisan tebal dan halus di kiri dan kanan subjek yang terbina dari gabungan teknik percikan dan tiupan. Garisan-garisan ini menggambarkan imej rumpair laut.TonKesan ton warna dihasilkan oleh jalinan titik-titik dan garisan-garisan putus. Ton warna gelap diwakili oleh sifat rapat antara titik dan garisan, Manakala ton cerah diwakili oleh jarak titik-titik dan garisan.JalinanPelbagai kesan jalinan menggunakan media cat air diperoleh pada hasil percikan ini. Karya percikan ini menampilkan kesan jalinan tampak. Sungguhpun hanya dua warna digunakan namun jalinan-jalinan garisan dan titik dalam kegiatan ini membuatkan objek-objek kelihatan cantik dan menarik.

2.5.5.Kadar banding, saiz dan susunan corakKadar bandingSubjek utama serta objek lain dalam hasil percikan ini adalah seimbang kedudukannya pada ruang kertas lukisan. Semua ruang kertas digunakan dengan baik malahan gabungan unsur-unsur seni seperti bentuk, jalinan dan warna menyebabkan pengkarya berjaya menimbulkan kesatuan dalam karyanya.SaizAda unsur jarak yang menggambar kedudukan jauh dan dekat, misalannya objek rumpair di kiri dan kanan ruang kertas di gambarkan besar menunjukkan objek berada dalam kedudukan dekat. Manakala subjek utama bersaiz kecil dari rumpair untuk menunjukkan kedudukannya di celah rumpair dan nampak seolah-olah terapung bagi menggambarkan suasana seolah-olah subjek bergerak di dalam air.Susunan corakSusunan corak yang dipersembahkan oleh pengkarya adalah secara struktur tidak formal. Taburan corak titik-titik halus sekeliling objek serta garisan-garisan rumpair adalah secara bebas dan bertindan.2.5.6.Penggunaan alat dan bahanAlat dan bahan yang digunakan ialah berus gigi, kertas lukisan, straw dan warna air.2.5.7.Teknik-teknik dalam aktiviti yang dijalankanHasil karya ini menggabungkan teknik percikan dan teknik bayangan putih untuk menghasilkan imej kuda laut. Teknik bayangan putih dihasilkan dengan cara bahagian imej dibuang atau tidak dipakai dan hanya bahagian luar objek digunakan. Percikan dimulakan untuk mendapat bentuk kuda laut. Kegiatan ini menggunakan berus gigi yang berbagai saiz bagi menghasilkan percikan. Berus gigi dicelupkan di dalam warna dan lalukan pada ranting kayu halus bagi menghasilkan percikan pada permukaan kertas. Percikan yang dihasilkan adalah secara tidak langsung dan tidak sekata. Kemudian setelah warna air kering barulah dititikkan warna basah ke atas kertas. Dengan menggunakan penyedut minuman tumpukan hujung penyedut minuman pada setiap percikan atau titikan warna lalu ditiup kuat ke pelbagai arah mengikut kehendak pengkarya maka terbentuklah objek rumpair.

2.5.8.Usaha anda terhadap hasil kerja tersebutBahan seperti kertas lukisan, warna air di dapati dengan mudah dan murah di pasaran. Sementara alatan berus gigi adalah antara bahan terbuang yang mudah didapati. Kerja-kerja membentuk imej bayangan putih agak rumit serta memerlukan ketelitian. Begitu juga halnya dengan aktiviti percikan. Kawalan penting semasa melakukan percikan agar semburan warna yang dikehendaki memuaskan pengkarya.Hasil kerja ini boleh diguna untuk membuat kad ucapan hari jadi, hari guru dan sebagainya dalam kegiatan membentuk dan membuat binaan.2.5.9.Cara-cara bagaimana idea tersebut boleh digunakan dalam berlainan mediaKegiatan percikan boleh diaplikasikan dengan media lain selain cat air seperti yang telah dibincangkan. Media lain yang sesuai untuk aktiviti ini ialah dakwat berwarna. Cara-cara yang sama diaplikasikan sepanjang proses percikan. Mula-mula disediakan bentuk kuda laut menggunakan teknik bayangan putih. Bentuk yang telah siap di letakkan di atas kertas lukisan. Berus gigi dicelupkan di dalam dakwat berwarna dan lalukan pada ranting kayu halus bagi menghasilkan percikan pada permukaan kertas. Percikan yang dihasilkan adalah secara tidak langsung dan tidak sekata. Setelah dakwat berwarna kering barulah dititikkan dakwat ke atas kertas. Dengan menggunakan penyedut minuman tumpukan hujung penyedut minuman pada setiap percikan atau titikan dakwat lalu ditiup kuat ke pelbagai arah mengikut kehendak pengkarya maka terbentuklah objek rumpai

2.6.CetakanKegiatan cetakan adalah kesan daripada gubahan yang dihasilkan pada sesuatu permukaan mengikut imej pada blok atau plat yang dipindahkan ke atas kertas. Beberapa ulangan dan salinan imej dapat dihasilkan dengan menggunakan blok yang sama. Corak dapat dihasilkan melalui ulangan cetakan timbulan (blok kayu dan linoleum), cetakan benam (plat logam yang nipis dan licin), cetakan litografi dan cetakan stensilan. Berikut ialah contoh kegiatan cetakan.

Rajah 6: Contoh kegiatan cetakan bertajuk Daun.

2.6.1.TajukTajuk bagi kegiatan cetakan ini ialah Daun.2.6.2.KategoriKategori lukisan ini adalah tahap pengenalan.2.6.3.Perasaan terhadap tajuk/idea tersebutPengkarya merasa seronok dan gembira semasa proses membuat kegiatan ini kerana aktiviti ini menggalak seseorang individu itu berinteraksi dengan objek alam sekeliling. Aktiviti yang melibatkan penerokaan alam sekeliling membantu menajamkan pengamatan malah boleh mengembangkan idea sesorang pengkarya.2.6.4.Bentuk, warna, corak, garisan, ton dan jalinanBentuk Kegiatan cetakan ini adalah berbentuk ilusi bersifat dua dimensi (2-D).WarnaPengkarya lebih banyak menggunakan warna cerah seperti merah, jingga dan kuning. Warna yang ditampilkan juga adalah terdiri dari warna penggenap yang menyebabkan wujudnya kesan aktif dan berkontra. Sifat warna seperti ini merangsang mata yang memandang karya ini. Warna yang dipilih oleh pengkarya agak tidak sesuai serta menyukarkan pengamatan kepada unsur bentuk yang hendak ditonjolkan.Corak daun yang menjadi subjek utama diulang-ulang dalam dalam cetakan ini. GarisanGarisan-garisan yang membentuk daun adalah garisan semulajadi yang ada pada daun tumbuh-tumbuhan. Daun-daun yang berlainan menghasilkan jalinan garisan yang berbeza. Jalinan garisan semulajadi yang pelbagai pada daun-daun mewujudkan corak yang menarik. Batang pula dibentuk menggunakan cetakan batang tumbuhan. Jalinan garisan pada batang tumbuhan dapat dilihat perbezaannya daripada jalinan garisan pada daun. Jalinan garisan dari cetakan batang tumbuhan adalah tebal manakala manakala jalinan garisan dari cetakan daun lebih nipis dan halus. Garisan kasar juga jelas kelihatan pada latar cetakan. Kesan ini berasaskan jenis berus serta sapuan warna yang tidak rata. Seelok-eloknya, sapuan warna untuk latar dibuat sebelum cetakan dilakukan.TonTon warna yang ditunjukkan dalam karya adalah dari warna harmoni. Ton warna juga terhasil berdasarkan kekuatan tekanan pada daun semasa cetakan dilakukan. Selalunya bahagian daun yang tidak berwarna akan menghasilkan warna asal pada kertas atau warna latar lain yang di sapu sebelum cetakan dimulakan. Ton warna yang wujud ini memberi kesan pencahayaan pada objek tumbuh-tumbuhan yang menjadi kajian utama pengkarya. JalinanJalinan yang ditunjukkan melalui hasil karya ini ialah jalinan tampak. Aktiviti cetakan ini mewujudkan jalinan berbentuk rapi dan berjarak. Jalinan berbentuk rapi jelas dilihat daripada cetakan batang tumbuhan manakala jalinan berjarak boleh di lihat daripada cetakan daun. Jalinan berbentuk rapi dan berjarak mampu mewujudkan kesan ton dan bentuk dalam karya cetakan ini.

2.6.5.Kadar banding, saiz dan susunan corakKadar bandingImej tumbuhan yang di hasilkan adalah tidak seimbang kerana berlaku pemberatan objek di sebelah kiri ruang kertas. Pada sebelah kanan ruang kertas perlu di tambah lagi cetakan objek daun agar karya yang di hasilkan seimbang dan harmoni.Saiz daun-daun pada karya terdiri daripada saiz kecil dan besar sinonim dengan susunan daun yang boleh dilihat pada objek alam. Susunan corakSusunan corak daun pada cetakan adalah secara struktur tidak formal dengan kata lain cetakan dilakukan secara bebas sinonim dengan objek alam. Susunan daun-daun dicetak mengikut urutan daun besar di bawah dan daun kecil ke atas.2.6.6.Penggunaan alat dan bahanAlat dan bahan yang diperlukan ialah pisau, kertas lukisan, cat air dan berus warna.2.6.7.Teknik-teknik dalam aktiviti yang dijalankanTeknik cetakan tumbuh-tumbuhan dimulakan dengan pemilihan daun yang berjalinan, tahan untuk dicetak dan senang dipegang semasa mencetak. Warnakan latar pada kertas lukisan terlebih dahulu sekiranya pengkarya mahukan warna latar yang berbeza selain warna putih kertas lukisan. Apabila sapuan warna latar kering barulah memulakan cetakan. Warna pekat hendaklah disapu rata di permukaan corak. Cetakan batang dilakukan dahulu diikuti dengan cetakan daun. Cetakan daun dan batang dibuat mengikut kehendak pengkarya. 2.6.8.Usaha anda terhadap hasil kerja tersebutKegiatan ini mudah dilakukan serta tidak mengambil tempoh yang lama untuk menyudahkannya. Bahan dan alat juga mudah diperolehi. Dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah kanak-kanak boleh membawa peralatan dan bahan sendiri dari rumah. 2.6.9.Cara-cara bagaimana idea tersebut boleh digunakan dalam berlainan mediaAktiviti cetakan menggunakan media daun ini boleh diaplikasi dengan media lain. Bahan sayur-sayuran seperti ubi kentang boleh diguna menggantikan media daun. Ubi kentang mempunyai permukaan rata apabila dibelah dua. Permukaan rata ini di ukir bentuk daun terlebih dahulu untuk menghasilkan bentuk timbul. Sapuan warna pekat sesuai pada permukaan ubiuntuk menghasilkan cetakan yang menarik. Proses cetakan adalah sama seperti penghasilan cetakan daun tadi.3.0.PENUTUPKegiatan menggambar mendedahkan kanak-kanak kepada pelbagai alat, bahan dan media untuk lukisan, catan, kolaj, resis, percikan serta cetakan. Begitu juga halnya dengan teknik-teknik bagi setiap enam bidang menggambar ini. Setiap kegiatan menggambar mempunyai pelbagai aktiviti-aktiviti mengikut perkembangan murid, daripada aktiviti tahap pengenalan kepada tahap lanjutan. Maka terpulanglah kepada guru-guru untuk memperkembang dan menggalakkan kanak-kanak supaya berlatih dan mencuba setiap medium yang diperkenalkan dalam buku skrap ini. Dalam buku skrap ini, terdapat beberapa teknik yang bertujuan untuk membolehkan kanak-kanak melihat perkaitan antara satu teknik dengan teknik yang lain. Disamping itu di huraikan juga unsur-unsur seni yang asas dalam bidang menggambar iaitu garisan, warna, jalinan, bentuk, ton dan corak. Unsur seni merupakan asas yang digunakan untuk menghasilkan sesebuah reka bentuk dalam seni tampak. Maka oleh itu pengetahuan tentang bidang menggambar dapat menyediakan asas yang kukuh yang akan berkembang secara semula jadi kepada tiga lagi bidang-bidang dalam Pendidikan Seni Visual iaitu bidang membentuk dan membuat binaan, bidang membuat rekaan dan corak serta bidang kraf tradisional.

BIBLIOGRAFI

Chong Hon Woon (2008). Teori Seni Visual Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Haslinda Madon (2009). Menggambar. Kuala Lumpur: Universiti Terbuka Malaysia.

Kathleen Chee (2008). Pendidikan Seni Visual SPM. Bangi: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Prof. Dr. Haji Abdul Shukor Hashim, et. al. (2007). Perkembangan Seni dan Kanak-kanak.Kuala Lumpur: Universiti Terbuka Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum (1998). Pendidikan Seni Visual: Modul Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum (2000). Huraian Sukatan Pelajaran: Pendidikan Seni Visual. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Bahan dan Media. Dipetik dari http://esenivisual.blogspot.com/2008/09/bahan-dan-media.htmlpada 28 Oktober 2009.

LAMPIRAN

1.Contoh kegiatan lukisan bertajuk Pemandangan sebuah rumah di tepi sungai.2.Contoh kegiatan catan bertajuk Buah-buahan.3.Contoh kegiatan kolaj bertajuk Harimau.4.Contoh kegiatan resis bertajuk Flora.5.Contoh kegiatan percikan bertajuk Kuda laut.6.Contoh kegiatan cetakan bertajuk Daun.

HBAE 140322MENGGAMBAR