13

Assignment PSV Januari.doc

Embed Size (px)

Citation preview

PSV

_______________________________________________________________________________________________________________________________________

FAKULTI PENDIDIKAN, SASTERA DAN SAINS SOSIALPROGRAM SARJANA MUDA KEGURUAN DENGAN KEPUJIAN(SEMESTER JANUARI 2010)

__________________________________________________

HBAE 2103

CORAK DAN REKAAN(TUGASAN KURSUS)__________________________________________________

DISEDIAKAN OLEH:

MOHD. KHALDON BIN TALIB

- 711217-01-5117UNTUK PERHATIAN:

TN. HJ. MOHD JAMEL BIN HJ ISMAILPENGHARGAAN

1.0 PENDAHULUAN

2.0 KEISTIMEWAAN SENI CETAKAN DAN TOKOH SENI CETAKAN3.0 RUMUSAN4.0RUJUKANPENGHARGAAN

Setinggi-tinggi kesyukuran kepada tuhan atas segala rahmatNya untuk menyiapkan tugasan bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual yang telah diamanahkan kepada saya.

Pada kesempatan ini saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pensyarah Tn. Hj. Mohd. Jamel Bin Hj. Ismail, atas segala ilmu dan tunjuk ajar yang diberikan kepada kami. Semoga ilmu dan keikhlasan yang dicurahkan didahului dengan ucapan terima kasih..

Terima kasih juga ditujukan kepada para sahabat seperjuangan yang turut membantu dan memberi pandangan yang bernas dan logik serta kepada semua individu dan orang perseorangan sama ada yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam usaha memastikan tugasan ini dapat disiapkan dengan jayanya.

Akhirnya, terima kasih sekali lagi saya ucapkan atas segala nasihat dan teguran yang membina daripada kalian semua.

1.0 PENDAHULUANSeni cetak ialah proses penghasilan karya seni melalui teknik percetakan, biasanya di atas kertas. Kecuali dalam kes monotaip, proses ini mampu menghasilkan salinan karya yang sama dalam jumlah banyak, yang dikenali cetakan atau gambar teraan. Setiap kepingan karya bukanlah tiruan tetapi hasil asli kerana ia bukan diciplak daripada mana-mana karya seni yang lain dan secara tekniknya dikenali sebagai teraan. Ini berbeza dengan lukisan yang mencipta satu karya seni asli yang unik. Teraan dihasilkan dari satu permukaan asli tunggal, secara tekniknya disebut sebagai matriks. Matriks yang umum digunakan adalah seperti plat logam, biasanya tembaga atau zink untuk turisan atau goresan; batu untuk litografi; blok kayu untuk toreh kayu, linoleum untuk torehan lino dan plat fabrik untuk percetakan skrin. Masih banyak lagi bahan lain yang digunakan dalam karya seni ini, dan akan diterangkan di bawah. Karya yang dicetak dari satu plat tunggal membentuk satu edisi, dan di zaman mdoden ini selalunya ditandatangani dan dinomborkan untuk membentuk suatu edisi terhad. Teraan juga boleh diterbitkan dalam bentuk buku, sebagai buku artis. Satu teraan boleh terhasil dari satu atau beberapa teknik.

2.0 KEISTIMEWAAN SENI CETAKAN DAN TOKOH SENI CETAKAN2.1

KEISTIMEWAAN SENI CETAKAN

Pembuat cetakan berkarya menggunakan berbagai jenis media, termasuklah dakwat berasaskan air, cat air, dakwat berasaskan minyak, pastel minyak, dan pigmen padat yang larut dalam air seperti crayon Caran D'Ache. Karya seni cetak dilakarkan di atas permukaan yang disebut dengan plat. Teknik dengan menggunakan kaedah digital menjadi semakin popular saat ini. Permukaan atau hamparan yang digunakan dalam menciptakan karya cetakan meliputi papan kayu, plat logam, lembaran kaca akrilik, lembaran linoleum atau batu litografi. Teknik lain yang disebut dengan serigrafi atau cetak saring (screen-printing) menggunakan lembaran kain berpori yang direntangkan pada sebuah kerangka, disebut dengan screen. Cetakan kecil juga boleh dihasilkan dengan menggunakan permukaan kentang atau ketela.Pembuat karya grafis memberi warna pada cetakan mereka dengan menggunakan banyak cara. Seringkali pewarnaannya -- dalam etsa, cetak saring, cukil kayu serta linocut -- diterapkan dengan menggunakan plat, papan atau screen yang terpisah atau dengan menggunakan pendekatan reduksionis. Dalam teknik pewarnaan multi-plat, terdapat sejumlah plat, screen atau papan, yang masing-masing menghasilkan warna yang berbeza. Tiap plat, screen atau papan yang terpisah akan diberi tinta dengan warna berbeza kemudian diterapkan pada tahap tertentu untuk menghasilkan keseluruhan gambar.biasanya hampir 3 hingga 4 plat digunakan, tapi adakalanya seorang seniman grafis menggunakan sampai tujuh plat. Tiap penerapan warna akan berinteraksi dengan warna lain yang telah diterapkan pada kertas, jadi sebelum menerapkan warna, pemisahan antara warna perlulah difikirkan dahulu.Biasanya warna yang paling terang diterapkan lebih dulu kemudian ke warna yang lebih gelap Pendekatan reduksionis untuk menghasilkan warna dimulai dengan papan kayu atau lino yang kosong atau dengan goresan sederhana. Kemudian seniman mencukilnya lebih lanjut, memberi warna lain dan mencetaknya lagi. Bahagian lino atau kayu yang dicukil akan mengekspos (tidak menimpa) warna yang telah tercetak sebelumnya.Pada teknik grafis seperti chine-coll atau monotype, pegrafis kadang-kadang hanya mengecat warna seperti pelukis kemudian dicetak. Konsep warna subtraktif yang juga digunakan dalam cetak offset atau cetak digital, di dalam software vektorial atau bitmap ditampilkan dalam CMYK atau ruang warna lain. Keistimewaan cetakan ini ialah mampu menghasilkan banyak keping karya yang serupa dan semua hasil karya cetakan itu dianggap asliCetakan pada awalnya digunakan untuk pendidikan, propaganda, keagamaan dan seni tekstil. Cetakan berwarna muncul pada abad ke 15. Di Malaysia cetakan dihasilkan dengan menggunakan pelbagi teknik dan media. Antara media yang biasa digunakan ialah lino, syelek, lekar dan media campuran. Manakala teknik yang biasa dihunakan hdala seperti teknik timbulan, kolagraf dan cetakan saring. Proses menghasilkaan cetakan timbul ialah dengan meletakkan dakwat atau warna pada permukaan yang biasanya terdiri daripada blok kayu atau lino. Hasil permukaan acuan merupakan imej yang dikehendaki. Antara jenis-jenis cetakan ialah:1. Cetakan timbulan:Hasil imej berdasarkan kesan garisan di atas permukaan blok atau plat yang terlebih dahulu disapu dengan dakwat atau pewarna. Kaedah cetakan timbul ialah kolaj, lino, potongan kayu, kad bod bergelugor dan sayur-sayuran.

2. Cetakan benam:Imej terhasil berdasarkan garisan di dalam blok atau plat. Teknik yang digunakan ialah garisan asid, turisan, akuatin dan mesotin. Kaedah yang berlawanan dengan cetakan timbul.

3. Cetakan planograf:Dihasilkan melalui permukaan cetakan yang mendatar. Dikenali juga sebagai litografi. Ia adalah teknik sifat penolakan minyak dengan air. Menggunakan blok batu kapur. Ia kelihatan seolah-olah lukisan pensel.

4. Cetakan stencil (sarigrafi):Menggunakan kain sutera yang diregang pada kayu pemidang. Imej terhasil melalui potongan kertas pendua, filem laker atau skrin foto emulsi. Sekuji digunakan untuk menyapu dakwat di atas skrin pemidang.

2.2TOKOH SENI CETAKAN DI MALAYSIA Tokoh seni cetakan yang agak terkenal di Malaysia ialah REDZA PIYADASA. Beliau lahir pada tahun 1939 di Kuantan, Pahang. Berpendidikan awal di Sekolah Abdullah, Kuantan dari 1945 hingga 1956 dan menerima anugerah Cambridge Overseas School Certificate (Grade One) dalam tahun 1957.

Dari tahun 1958 hingga 1959, beliau menyambung pelajaran di Malayan Teachers' rd Lodge, England dan menerima Certificate in Education dari Institute of Education, University of Birmingham, England. Pengajiannya diteruskan di Hornsey College of Art, London, England dari 1963 hingga 1967 sehingga dianugerahkan Diploma in Art and Design (U.K.)

Beliau kemudiannya menjalani Post-Graduate Studies di Jabatan Seni University of Hawaii, di Honolulu, Hawaii dari tahun 1975-1977 dengan pengkhususan dalam bidang Asian Art History Studies dan Graduate Sculpture Studies sebelum dianugerahkan Master of Fine Arts Degree (M.F.A.)

Selain itu, Piyadasa juga merupakan Graduate-Student Participant Culture Learning Institute, East-West Center, Honolulu dari tahun 1975-1977 yang di akhirnya memberi anugerah Graduate Certificate of the East-West Center. Antara pencapaian tertinggi beliau adalah menerima Anugerah PRINCE CLAUS AWARD .

Tokoh yang seterusnya ialah Juhari Said. Keterlibatan Juhari Said sebagai seorang jurucetak atau printmaker yang khusus dan gigih tidak dapat disangkal lagi. Selama lebih dua puluh lima tahun menjadi seniman profesional dan mengkhususkan dirinya dalam ciptaan karya seni cetak, Juhari Said telah membina reputasi tinggi dalam bidang pengkhususannya itu. Semenjak penghujung dekad 1980-an sehingga kini, kesalingkaitan di antara seni cetak dan Juhari Said dalam bacaan sejarah perkembangan seni cetak negara amat-amatlah intim. Dengan mudah, pemerhati, peminat dan pengkaji akan membaca kesalingkaitan ini dengan begitu alami sekali. Tidak keterlaluan dikatakan bahawa apabila kita membahaskan soal seni cetak Malaysia, kita akan mengaitkan ia dengan susuk Juhari Said atau karyanya dan begitu jugalah sebaliknya. Keadaan tersebut berlaku kerana Juhari Said telah memberi keutamaan atau menetapkan pengkhususannya dalam bidang seni cetak secara tekal dan khusus. Penumpuan keutamaan ini adalah sesuatu yang tersendiri dan bagi sesetengah seniman hal tersebut bukanlah menjadi pilihan utama bagi mereka.

Namun sikap istiqamah atau ketekalan berterusan inilah yang sebenarnya membawa kesan panjang dan berterusan seperti yang disebutkan tadi. Apatah lagi jika ia diukur dalam skala tempatan, tidak ramai seniman yang memberi penumpuan khusus dalam genre penciptaan seni tertentu secara tekal. Ketekalan itulah sebenarnya yang menjadi pati atau inti kepada tahap kedudukan yang dimiliki oleh Juhari Said sekarang.

Karya ini telah dicipta dengan kesedaran untuk memberi dimensi baru kepada tafsiran seni cetak konvensional berasaskan kefahaman bahawa seni cetak terhasil dari tekanan blok atau matrik maka karya ini telah menumpukan usaha untuk mengetengahkan blok atau katrik itu sendiri sebagai satu bentuk seni cetak. Karya yang terhasil ini secara umum dipenuhi dengan tanda atau bekas yang lumrah diperkaitkan dengan blok atau matrik tersebut. Selain itu karya seni cetak ini juga telah memanfaatkan penggunaan kayu yang berbeza saiz dan bentuknya demi untuk memberi kesan yang berbeza kepada blok atau matrik itu sendiri.

Warna-warna yang digunakan dalam karya ini adalah alat simbolik trasmutasi yang mencerminkan cahaya minda dalaman. Ia merakamkan usaha peribadi manusia mencari makna ikatan yang tidak mungkin terurai antaranya dengan alam penciptanya. Juhari tampil denganj keunikan gaya tersendiri dalam membicarakan tantang nilai manusia dan alam. Menerusi teknik cetakan. Juhari melahirkan karya dengan warna figura untuk membicarakan hal-hal tersebut.Gambaran yang dihasilkan dalm karya ini juga merupakan kepekaanya dalam memilih lambang dan unsure yang paradox.Selain itu, di Malaysia juga terdapat ramai lagi tokoh-tokoh seni cetakan seperti Kim Ng, Izan Tahir, Zulkifli Yusoff dan Shahrul Jamili. Kesemua mereka banyak memberi sumbangan besar kepada perkembangan seni cetak kontemporari dalam gerakan seni tanah air. Hasil seni mereka telah membawa satu anajakan pardigma pemikiran tentang seni cetak sebagai satu bahan tara berciri dinamik dan inovatif yang memberikan kesan besar terhadap pergerakan kesenian di Malaysia hari ini.

Konsep asas karya mereka itu adalah bagi menyedarkan orang ramai bahawa wujudnya satu bentuk alternatif pada proses seni cetak biasa yang selalunya terhad pada penggunaan dakwat, blok cetak, kertas dan tindakan menghentak atas permukaan kertas. Melalui karya mereka juga. ia menggalakkan penggunaan bahan tara selain dakwat yang boleh diacu dan dibentuk kemudian dipadukan bersama bagi menghasilkan satu hasil karya seni baru yang unik.

Idea asas sebenar penghasilan hasil seni cetakan tersebut itu telah memberikan definisi baru tentang seni cetak. Karya tersebut turut menerokai penggunaan pelbagai bahan harian seperti konkrit, kayu, tanah dan lapisan logam sebagai bahan tara, selain menggunakan dakwat yang diacu ke dalam bentuk-bentuk tertentu secara berulang-ulang bagi mendapatkan hasil seni muktamad yang diinginkan.

Ketika secara tradisinya seni cetak berada pada tahap sekunder dalam konteks temporari di Malaysia, teknik-teknik serta cara penataan dalam seni cetak selalunya digunapakai dalam penghasilan rupa bentuk seni lain, misalnya lukisan, arca dan instalasi.

Peminjaman atau pertukaran teknik dan penataan itu menjadi bukti tentang pengaruh berterusan yang dimiliki oleh seni cetak dalam amalan seni kontemporari kini. Dalam pada itu, batasan atau sempadan peraturan-peraturan atau cabang-cabang seni yang dahulunya lebih jelas dan tersendiri kini menjadi semakin kabur.

Tokoh-tokoh ini merupakan antara yang berpengaruh dan berdedikasi dalam amalan seni kontemporari iaitu mereka bertanggungjawab untuk memecah batasan bagi menjadikan seni cetak lebih relevan pada masa kini.Ia merupakan satu amalan seni yang berkesan kerana mudah bagi orang ramai mengaitkannya dengan pengalaman mereka. Bagaimanapun, hasilan mereka juga umpama ingin mencabar pemikiran orang ramai terhadap kefahaman mereka tentang seni cetak, bukan sahaja cetakan blok atas selembar kertas, maksudnya kini lebih luas dan hanya terhad kepada daya imaginasi.RUMUSAN

Walaupun seni cetak dianggap mudah untuk orang ramai menghasilkannya serta tidak mahal kerana alatan dan bahan yang digunakan dikeluarkan secara besar-besaran, namun masih terdapat segelintir seniman Malaysia yang mampu mengguna pakai bentuk seni itu secara berkesan dan menjadikannya sebagai satu keistimewaan.

RUJUKAN

http://senivisual1.blogspot.com/search/label/cetakan#ixzz0gR3b5wgi

PAGE 2_________________________________________________________________________________________________________________________________MOHD. KHALDON BIN TALIB

- 711217-01-5117