12
KOPERASI ................................................ ........................... BERHAD ATURAN AKTIVITI PERUNCITAN Tajuk dan tarikh kuatkuasa 1. (1) Aturan ini dinamakan Aturan Aktiviti Peruncitan. (2) Aturan ini diwujudkan di bawah fasal ............... undang- undang kecil Koperasi.............................. (3) Aturan ini hendaklah mula berkuatkuasa pada ................... Tafsiran 2. Di dalam aturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain- “Jawatankuasa” ertinya jawatankuasa peruncitan yang terdiri daripada kalangan Lembaga dan anggota yang dilantik untuk memantau aktiviti peruncitan; “konsainan” ertinya barangan milik pembekal untuk jualan yang diletakkan di premis Koperasi atau mana-mana lokasi yang menjalankan aktiviti peruncitan; 1

Aturan Aktiviti Pengguna-Pasar Mini Kedai Runcit - 6.11.2012 Langkawi Alter Later.ok

Embed Size (px)

DESCRIPTION

aturan koperasi

Citation preview

KOPERASI KAKITANGAN MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA BERHAD

KOPERASI ........................................................................... BERHAD

ATURAN AKTIVITI PERUNCITANTajuk dan tarikh kuatkuasa1. (1) Aturan ini dinamakan Aturan Aktiviti Peruncitan.(2) Aturan ini diwujudkan di bawah fasal ............... undang-undang kecil Koperasi..............................

(3) Aturan ini hendaklah mula berkuatkuasa pada ...................

Tafsiran2. Di dalam aturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain-

Jawatankuasa ertinya jawatankuasa peruncitan yang terdiri daripada kalangan Lembaga dan anggota yang dilantik untuk memantau aktiviti peruncitan;konsainan ertinya barangan milik pembekal untuk jualan yang diletakkan di premis Koperasi atau mana-mana lokasi yang menjalankan aktiviti peruncitan;peruncitan ertinya perniagan runcit iaitu pembelian dan penjualan barang secara sedikit-sedikit terus kepada pengguna; Tujuan3. Aturan ini disediakan bertujuan untuk menggariskan panduan pelaksanaan operasi peruncitan selaras dengan kehendak undang-undang kecil..........................Sumber kewangan4. (1)Modal untuk menjalankan aktiviti peruncitan ini boleh diperolehi dari sumber-sumber berikut:

(a) Sumber dalaman Koperasi; atau

(b) Sumber luaran.(2) Sumber dalaman boleh diperolehi daripada:(a) syer; dan(b) simpanan khas anggota.(3) Sumber luaran boleh diperolehi daripada bukan anggota tertakluk kepada kelulusan Suruhanjaya menurut perenggan 50(e) Akta Koperasi 1993.Terma dan syarat-syarat 5. Untuk melaksanakan aktiviti ini, terma atau syarat-syarat berikut perlu dipatuhi:-

(a) memiliki lesen perniagaan; (b) mempunyai premis perniagaan; (c) memiliki atau mendapatkan lesen runcit bagi penjualan barang-barang kawalan berjadual daripada Kementerian berkaitan; dan(d) mempamerkan tanda harga.Pentadbiran dan pengurusan6. (1)Lembaga mempunyai kuasa di bawah undang-undang kecil untuk melantik seorang Pengurus dan pekerja-pekerjanya atau menubuhkan Jawatankuasa di bawah undang-undang kecil . bagi melaksanakan aktiviti ini. (2) Jawatankuasa ini hendaklah dianggotai oleh orang dan komposisinya terdiri dari orang anggota Lembaga dan orang anggota.

(3) Jawatankuasa atau Pengurus hendaklah bertanggungjawab kepada Lembaga dari segi perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan pelaporan aktiviti peruncitan.

(4) Jawatankuasa atau Pengurus hendaklah bertanggungjawab bagi-

(a) menyelia dan memantau pekerja;(b) memastikan transaksi pembelian dan pembayaran dibuat secara teratur;(c) memastikan harga jualan yang betul mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan;(d) memastikan semua rekod disenggara dengan kemaskini dan semua dokumen disimpan dengan selamat;(e) memastikan pengiraan stok fizikal dibuat pada lat-lat tempoh yang munasabah;(f) memastikan rekod ambilan dikemaskini dan dilaporkan; (g) memastikan rekod jualan harian mengikut prosedur yang telah ditetapkan; (h) mengamalkan kod etika perniagaan; dan(i) memastikan keselamatan premis dan aset Koperasi dilindungi insuran;(j) membentangkan anggaran belanjawan aktiviti kepada Lembaga beserta unjuran jualan dan belian bagi tahun-tahun hadapan; dan(k) membentangkan laporan perniagaan di dalam Mesyuarat Lembaga bagi tiap-tiap bulan beserta dengan pandangan dan juga cadangannya.(5) Belian (a) Semua urusan pembelian hendaklah diuruskan oleh pegawai yang dipertanggungjawabkan;(b) Barang yang dibeli hendaklah berkualiti dengan harga yang berpatutan. Harga belian itu hendaklah tidak menjejaskan kadar keuntungan jualan barangan tersebut;(c) Jika belian dibuat secara kredit, harga yang ditawarkan dan tempoh kredit perlu diteliti bagi melindungi kepentingan perniagaan Koperasi;(d) Pesanan barangan hendaklah menggunakan Borang Pesanan yang disahkan oleh Pengurus atau pegawai yang dipertanggungjawabkan. (e) Apabila barangan pesanan sampai ke Koperasi, pegawai yang menguruskan belian hendaklah memeriksa barangan itu dengan

(i) menentukan jumlah, kualiti dan nilai barangan yang diterima; (ii) meneliti Borang Pesanan dan Invois atau Borang Hantaran yang diterima dari pembekal dan seterusnya membuat perbandingan dengan barangan yang diterima; dan(iii) membandingkan harga yang ditulis di dalam Invois atau bil dengan harga yang dipersetujui semasa membuat perundingan atau perjanjian dengan Pembekal. (f) Pegawai yang menguruskan belian hendaklah merekodkan semua penerimaan barangan yang dibeli dan disahkan oleh Pengurus.(6) Penerimaan Secara Konsainan(a) Pegawai yang menguruskan belian boleh menerima barangan dari pembekal secara konsainan untuk dijual, dengan syarat Koperasi tidak akan bertanggungjawab di atas barangan yang tidak dijual atau rosak;

(b) Suatu perjanjian boleh dibuat di antara pembekal dengan koperasi bagi mengelakkan pertikaian di antara kedua belah pihak; dan(c) Penerimaan barangan melalui cara ini hendaklah direkodkan di dalam buku stok konsainan.(7) Jualan(a) Semua jualan hendaklah secara tunai; (b) Jawatankuasa atau Pengurus bertanggungjawab untuk menentukan polisi penetapan harga;(c) Jawatankuasa atau Pengurus hendaklah mencadangkan harga jualan dengan mengambil kira kos belian, harga pasaran dan polisi harga; dan(d) Penetapan harga jualan hendaklah disahkan oleh Jawatankuasa atau Pengurus.(8) Penerimaan Wang Semua jualan tunai dan lain-lain penerimaan hendaklah direkodkan. Jawatankuasa atau Pengurus hendaklah memastikan semua terimaan wang sama ada secara tunai atau cek dimasukkan ke dalam bank dalam tempoh 24 jam dari tarikh penerimaan. (9) Kawalan Stok(a) Pegawai yang menguruskan belian hendaklah sentiasa mengawasi keperluan barang-barang yang hendak dibeli bagi menentukan bekalan kepada pelanggan tidak terputus; (b) Pegawai yang bertanggungjawab hendaklah sentiasa memeriksa stok untuk mengelakkan kesusutan, kehilangan dan kemusnahan;(c) Jawatankuasa atau Pengurus yang bertanggungjawab terhadap pengiraan stok pada tarikh akhir kewangan koperasi bagi menilai barangan yang ada di dalam stok; dan (d) Kehilangan atau kerosakan barangan hendaklah disiasat dan dilaporkan kepada Pengurus untuk diambil tindakan. Pengurusan Risiko

7. (1)Lembaga Koperasi atau Jawatankuasa Risiko, bertanggungjawab mengamalkan teknik pengurusan risiko yang berkesan dengan mewujudkan:(a) rangka kerja dan tatacara yang mencukupi bagi mengenal pasti, memantau dan mengawal risiko;(b) prosedur operasi aktiviti peruncitan yang mencukupi dan berkesan; dan(c) proses kawalan dalaman untuk menilai, mengukur, mengawal, memantau dan melaporkan segala jenis risiko.

(2) Pelan pengurusan risiko bencana alam, kebakaran dan kecurian boleh disediakan melalui caruman dalam skim takaful atau insuran setelah mendapat kelulusan Lembaga.(3) Dasar dan prosedur pengurusan risiko hendaklah diluluskan oleh Lembaga Koperasi dan didokumenkan.Akaun dan audit8.(1) Koperasi hendaklah menyenggara dengan sempurna dan kemaskini rekod perakaunan dan rekod lain mengenai tiap-tiap transaksi dan kedudukan kewangan berkaitan aktiviti peruncitan.

(2) Koperasi boleh menyenggara satu akaun bank yang khusus bagi aktiviti peruncitan.

(3) Catatan dalam rekod perakaunan dan rekod lain menurut perenggan (1) hendaklah dibuat dengan seberapa segera tetapi tidak lewat daripada tiga puluh hari dari selesai sesuatu transaksi.

(4)Penyediaan akaun aktiviti peruncitan hendaklah dibuat dengan seberapa segera tetapi tidak lewat daripada dua (2) bulan selepas tamatnya tahun kewangan supaya dapat diaudit bersekali dengan akaun-akaun lain Koperasi.

(5) Tahun kewangan bagi aktiviti peruncitan hendaklah mengikut tahun kewangan Koperasi.

Jawatankuasa Audit Dalaman9. Jawatankuasa Audit Dalaman Koperasi ini akan mengaudit akaun aktiviti sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh tiga bulan.

Kuasa mesyuarat agung10. Mesyuarat agung berkuasa untuk meminda, menambah, mengganti atau menarik balik aturan ini.Pertikaian11. Jika berbangkit sebarang perselisihan faham di atas tafsiran Aturan ini atau timbul apa-apa perbalahan mengenainya, maka pertikaian itu hendaklah dirujuk kepada Suruhanjaya untuk diputuskan mengikut fasal (1) undang-undang kecil ....... Koperasi ini.Akta, Peraturan Dan Undang-Undang Kecil12. (1) Aturan ini adalah tambahan kepada Undang-undang Kecil Koperasi ini dan hendaklah tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Akta Koperasi 1993 dan Peraturan-peraturan hendaklah dibaca bersekali.

(2) Satu salinan aturan ini hendaklah dikemukakan kepada Suruhanjaya dalam tempoh tiga puluh hari setelah diluluskan dalam mesyuarat agung Koperasi.

Diakui Aturan ini telah dibentang, dibincang dan diluluskan di dalam mesyuarat agung .................... pada ................... Tt

tt

tt

..............................

................................ ..........................

( Nama )

( Nama ) ( Nama )

Pengerusi Anggota Lembaga Anggota Lembaga

PAGE 1