20
MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA BiJ. 2 1. 2. ! I http://www.parlimen.gov.my HARI SELASA, 12 MAC 2002 PUKUL 10.00 PAGI 1 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LlSAN (PM #21324 v1) Tuan Haji Amihamzah bin Ahmad [Lipis) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah syarikat yang disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) dan menyatakan bilangan yang dijangkakan disenaraikan pada tahun ini dan apakah reaksi pelabur-pelabur terhadap penyenaraian syarikat-syarikat kebelakangan ini. (PM #20928 v1) Dr. Tan Seng Giaw [Kepong) minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah dasar baru terhadap pendatang asing dengan izin dan tanpa izin. Apakah bilangannya, implikasi dan konsekuensinya. (PM #21719 v1) Datuk Goh Siow Huat [Rasa h) minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah ada pegawai-pegawai Kerajaan yang didapati enggan/tidak bersetuju menandatangani 'Akujanji' mereka dengan Kerajaan yang dilaksanakan baru-baru ini. (PM #20972 v1) Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad [Jeli) minta MENTERI PERDAGANGAN ANT ARABAN GSA DAN INDUSTRI menyatakan pendekatan (approach) dan strategi Malaysia untuk menarik pelabur- pelabur asing yang mengubah aliran pelaburan daripada negara-negara ASEAN ke CHINA semenjak 19991agi. (PM #21821 v1) Tuan Mahfuz bin Omar [Pokok Sena) minta PERDANA MENTERI menyatakan mengapakah wujudnya perbezaan tempoh tinggal di Tanah Suci sehingga hari bagi jemaah haji Tabung Haji yang menggunakan penerbangan MAS berbanding dengan Air Asia dan Saudi Air sedangkan kosnya sama iaitu RM9,500.00.

ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my · Pantai menghadapi masalah Nelayan Pukat Apollo yang sering menghantui mereka sehingga menjejaskan pendapatan harian mereka. Apakah tindakan

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my · Pantai menghadapi masalah Nelayan Pukat Apollo yang sering menghantui mereka sehingga menjejaskan pendapatan harian mereka. Apakah tindakan

MALAYSIA

DEWAN RAKYAT

ATURAN URUSAN MESYUARAT

NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA

BiJ. 2

1.

2.

!

I

http://www.parlimen.gov.my

HARI SELASA, 12 MAC 2002 PUKUL 10.00 PAGI

1

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LlSAN

(PM #21324 v1) Tuan Haji Amihamzah bin Ahmad [Lipis) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah syarikat yang disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) dan menyatakan bilangan yang dijangkakan disenaraikan pada tahun ini dan apakah reaksi pelabur-pelabur terhadap penyenaraian syarikat-syarikat kebelakangan ini.

(PM #20928 v1) Dr. Tan Seng Giaw [Kepong) minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah dasar baru terhadap pendatang asing dengan izin dan tanpa izin. Apakah bilangannya, implikasi dan konsekuensinya .

(PM #21719 v1) Datuk Goh Siow Huat [Rasa h) minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah ada pegawai-pegawai Kerajaan yang didapati enggan/tidak bersetuju menandatangani 'Akujanji' mereka dengan Kerajaan yang dilaksanakan baru-baru ini.

(PM #20972 v1) Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad [Jeli) minta MENTERI PERDAGANGAN ANT ARABAN GSA DAN INDUSTRI menyatakan pendekatan (approach) dan strategi Malaysia untuk menarik pelabur­pelabur asing yang mengubah aliran pelaburan daripada negara-negara ASEAN ke CHINA semenjak 19991agi.

(PM #21821 v1) Tuan Mahfuz bin Omar [Pokok Sena) minta PERDANA MENTERI menyatakan mengapakah wujudnya perbezaan tempoh tinggal di Tanah Suci sehingga 1~ hari bagi jemaah haji Tabung Haji yang menggunakan penerbangan MAS berbanding dengan Air Asia dan Saudi Air sedangkan kosnya sama iaitu RM9,500.00.

Page 2: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my · Pantai menghadapi masalah Nelayan Pukat Apollo yang sering menghantui mereka sehingga menjejaskan pendapatan harian mereka. Apakah tindakan

2 AU M DR 12103/2002 (PM #22070 y 1 )

(PM #21227 v1) 6. Datuk Ahmad Zahid bin Hamidi [Bagan Datok] minta MENTERI

PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan:-

(a) sejauh mana kejayaan Perbadanan IKS dalam memainkan peranannya untuk mewujudkan usahawan-usahawan keeil dan sederhana; dan

(b) berapakah unjuran dari segi nilai aset dan unjuran dari segi jumlah usahawan yang akan diwujudkal ' menjelang tahun 2020.

(PM #20934 v1) 7. Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Harun [Rantau Panjang] minta

MENTERI LUAR NEGERI menyatakan berapakah jumlah bantuan kewangan seta kat ini yang telah diberikan kepada rakyat Afghanistan dan selain pihak Kerajaan berapa buahkah persatuan dari negara ini yang terlibat dengan bantuan tersebut.

(PM #21043 v1) 8. Tuan Robert Lau Hoi Chew [Sibu] minta MENTERI KEWANGAN

menyatakan:-

(a) sama ada Perdana Menteri sedar bahawa pelaksanaan projek-projek Kerajaan Persekutuan di bawah dasar "turn­key" adalah lebih mahal dari harga pasaran tender terbuka; dan

(b) langkah Kerajaan untuk memperbaiki kelernahan ini agar nilai peruntukan Kerajaan dapat dimaksimakan untuk manfaat rakyat.

(PM #21443 v1) 9. Tuan Alexander Nanta Linggi [Kapit] minta MENTERI PENDIDIKAN

menyatakan apakah langkah-Iangkah yang akan diarnbil oleh Kementerian bagi mengatasi masalah pelajar-pelajar yang tercieir (drop out) yang kian membimbangkan terutamanya di Sarawak.

(PM #21676 v1) 10. Tuan Kerk Kim Hock [Kota Melaka] minta MENTERI DALAM NEGERI

menyatakan sama ada Kerajaan telah mengenalpasti hubungan. aktiviti . operasi dan sel-sel AI-Oaeda di Malaysia dan apakah tahap penyiasatan seta kat ini. dan bilakah laporan sepenuhnya dijangka akan dibentangkan di Parlimen.

Page 3: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my · Pantai menghadapi masalah Nelayan Pukat Apollo yang sering menghantui mereka sehingga menjejaskan pendapatan harian mereka. Apakah tindakan

3 AUM DR 12103/2002 (PM #22070 v1)

(PM #20954 v1 ) 11 . Tuan Wan Nik bin Wan Yusoff [Bachok] minta MENTERI SUMBER

MANUSIA menyatakan jenis-jenis kursus yang ditawarkan di Institusi Latihan di bawah Kementeriannya. Apakah jenis kursus utama yang ditawarkan kepada pelatih wan ita dan bilangannya bagi kursus itu.

(PM #21367 v1) 12. Tuan Haji Mohamed Sayuti bin Said [Kuala Selangor] minta MENTERI

KEWANGAN menyatakan :-

(a) tahap kebenaran pemberian pelbagai insentif yang ditawarkan oleh setiap syarikat insurans; dan

(b) bentuk penguatkuasaan ke atas syarikat insurans yang membuat penipuan kepada pemegang polisi insurans berhubung dengan penawaran insentif.

(PM #21591 v1) 13. Tuan Jawah ak Gerang [Lubok Antu] minta MENTERI DALAM

NEGERI menyatakan:-

(a) bilangan penduduk khasnya di Sarawak dan Sabah yang belum mempunyai kad pengenalan dan sebab-sebab ini berlaku; dan

(b) bilangan penduduk yang belum menukar kad pengenalan lama kepada kad yang baru .

(PM #21293 v1) 14. Dato' Mohd. Sarit bin Haji Yusoh [Temerloh] minta MENTERI

KEWANGAN menyatakan pad a masa sekarang kadar NPL berada pada paras yang menghampiri situasi tahun 1998, apakah rancangan Kerajaan bagi menyekat ianya dari terus meningkat. Agaknya bilakah kadar NPL ini akan menu run.

(PM #21350 v1) 15. Tuan Philip Benedict Lasimbang [Penampang] minta PERDANA

MENTERI menyatakan statistik kakitangan daripada Semenanjung Malaysia serta Sarawak yang mengisi jawatan-jawatan Kerajaan Persekutuan di Sabah.

Page 4: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my · Pantai menghadapi masalah Nelayan Pukat Apollo yang sering menghantui mereka sehingga menjejaskan pendapatan harian mereka. Apakah tindakan

4 AUM DR 12/03/2002 (PM #22070 v1)

(PM #21392 v1) 16. Tuan Haji Mohamad bin Sabu [Kuala Kedah] minta MENTERI

KEWANGAN menyatakan:-

(a) berapakah jumlah syarikat disenaraikan di BSKL yang mengalami kerugian dan daripada jumlah itu berapa jumlah syarikat yang terlibat dalam dasar penswastaan; dan

(b) berapa pula jumlah syarikat yang disenaraikan di BSKL yang mengalami kerugian itu yang terpaksa dibant~ oleh Kerajaan.

(PM #21091 v1) 17. Drs. Haji Abu Bakar bin Othman [Jerlun] minta PERDANA MENTERI

menyatakan adakah Kerajaan bercadang mengadakan mekanisme baru yang lebih berkesan dan meyakinkan bagi memastikan pengaduan orang ramai berkaitan kes rasuah, salahguna kuasa dan sebagainya melibatkan pemimpin politik Kerajaan, pegawai polis dan lain-lain tidak berakhir tanpa penyelesaian undang-undang.

(PM #21274 v1) 18. Tuan Haji Husam bin Haji Musa [Kubang Kerian] minta PERDANA

MENTERI menyatakan jumlah pinjaman yang dibuat oleh Petronas, anak­anak syarikat dan syarikat usahasama dan mana-mana syarikat di mana Petronas mempunyai kepentingan di dalam dan luar negara.

(PM #20927 v1) 19. Dr. Tan Seng Giaw [Kepong] minta MENTERI KEWANGAN

menyatakan dasar dan langkah ekonomi yang diadakan untuk mengatasi kawalan modal, persaingan perdagangan dalam serta ruang untuk Malaysia di dalam globalisasi. Apakah hasilnya ekoran lawatan beliau ke New York pada bulan Februari tahun ini.

(PM #20978 v1) 20. Tuan Hoo Seong Chang [Kluang] minta MENTERI DALAM NEGERI

menyatakan:-

(a) jumlah permit pekerja asing yang diluluskan sehingga bulan Januari 2002 mengikut negara; dan

(b) berapakah jumlah kes jenayah pekerja asing yang dilaporkan mengikut negara sehingga bulan Januari 2002 dan apakah tindakan berkesan yang diambil oleh pihak berkuasa terhadap masalah ini.

Page 5: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my · Pantai menghadapi masalah Nelayan Pukat Apollo yang sering menghantui mereka sehingga menjejaskan pendapatan harian mereka. Apakah tindakan

5 AUM DR 12103/2002 (PM #22070 v1)

(PM #21006 v1) 21. Tuan Lee Kah Choon [Jelutong] minta MENTERI KEWANGAN

menyatakan:-

(a) apakah jumlah pelaburan KWSP di dalam pinjaman debentur dan ekuiti masing-masing seta kat 31 Disember 2001; dan

(b) berapakah jumlah pinjaman ini tidak dapat dikutip balik pad a 31 Disember 2001.

(PM #21051 v1) 22. Tuan Goh Kheng Huat [Nibong Tebal] minta MENTERI PERTANIAN

menyatakan sama ada sedar pihaknya bahawa sekarang ini Nelayan Pantai menghadapi masalah Nelayan Pukat Apollo yang sering menghantui mereka sehingga menjejaskan pendapatan harian mereka. Apakah tindakan Kerajaan untuk mengatasi masalah ini bagi membantu golongan Nelayan Pantai.

(PM #21052 v1) 23. Tuan Chow Kon Yeow [Tanjong] minta PERDANA MENTERI

menyatakan:-

(a) sama ada Kerajaan bercadang untuk membiayai sepenuhnya pembinaan Lebuhraya Lingkaran Luar Pulau Pinang dan bukan melaksanakannya melalui penswastaan bertol; dan

(b) tindakan yang diambil untuk menyelesaikan masalah pengambilan tanah pembangunan Strongkota Development yang terlibat dengan projek ini.

(PM #21076 v1) 24. Puan Chong Eng [Bukit Mertajam] minta MENTERI PERUMAHAN DAN

KERAJAAN TEMPATAN menyatakan perkembangan terbaru mengenai tindakan terhadap menara dan alat pemancar telekomunikasi haram. Adakah garis panduan yang baru telah siap dan digunapakai.

(PM #21137 v1) 25. Tuan Fong Kui Lun [Bukit Bintang] minta MENTERI KEWANGAN

menyatakan bilakah Sahagian Pinjaman Peru mahan Perbendaharaan Malaysia hendak diperbadankan dan adakah Kerajaan bercadang untuk memberikan kepada institusi kewangan lain untuk menguruskannya bila diperbadankan kelak.

Page 6: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my · Pantai menghadapi masalah Nelayan Pukat Apollo yang sering menghantui mereka sehingga menjejaskan pendapatan harian mereka. Apakah tindakan

6 AUM DR 12103/2002 (PM #22070 v1)

(PM #21255 v1) 26. Tuan M. Shukrimun bin Shamsuddin [Kuala Nerus] minta MENTERI

LUAR NEGERI menyatakan apakah bentuk bantuan yang disalurkan ke Afghanistan dalam usaha untuk membangunkan kembali negara tersebut.

(PM #21436 v1) 27. Tuan Lim Hock Seng [Bagan] minta MENTERI KERJA RAYA

menyatakan butir-butir mengenai Lebuhraya Lingkaran Luar Bandar Butterworth (BORR) iaitu berapa buah toldan lokasinya akan diadakan, kadar bayaran tol untuk setiap peringkat dan tempuh konsesi.

(PM #21456 v1) 28. Tuan Ronald Kiandee [Beluran] minta MENTERI DALAM NEGERI

menyatakan tindakan yang telah diambil terhadap Time Magazine berhubung dengan rencana dalam majalah tersebut yang mengkategorikan negara ini sebagai syurga bagi kegiatan pengganas, adakah hubungan Malaysia-Amerika te~ejas akibat rencana terse but.

(PM #21517 v1) 29. Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi [Kuala Terengganu] minta

MENTERI KEWANGAN menyatakan rasional penubuhan Jabatan Hal Ehwal Khas Negeri Terengganu dan perincikan jumlah peruntukan yang diberikan seta kat ini bagi mengendalikan Jabatan ini.

(PM #21578 v1) 30. Tuan Wilfred Madius Tangau [Tuaran] minta MENTERI DALAM

NEGERI menyatakan adakah Kerajaan sedar bahawa kehadiran 57,179 orang "Pelarian Filipina" serta anak-anak dan cucu mereka di negeri Sabah sejak tahun 1972 telah mengakibatkan pelbagai masalah kepada rakyat Malaysia di Sabah termasuklah masalah keselamatan dan ketenteraman awam. Jika sedar apakah tindakan Kerajaan untuk menyelesaikan perkara ini dan kenapakah perkara ini telah dibiarkan berlarutan sehingga sekian lama.

(PM #21616 v1) 31 . Dr. Tan Vee Kew [Klang] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan

bilangan dan jenis projek yang telah dilaksanakan di bawah Program Pembiayaan Wang Ehsan dan berapa ramai orang telah mendapat faedah daripadanya.

(PM #21628 v1) 32. Tuan Nasharudin bin Mat. Isa [Van] minta MENTERI SUMBER

MANUSIA menyatakan unjuran bilangan gunatenaga negara bagi tempoh 10 tahun akan datang mengikut bidang pengkhususan.

Page 7: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my · Pantai menghadapi masalah Nelayan Pukat Apollo yang sering menghantui mereka sehingga menjejaskan pendapatan harian mereka. Apakah tindakan

7 AUM DR 12103/2002 (PM #22070 v1)

(PM #21677 v1) 33. Tuan Kerk Kim Hock [Kota Melaka] minta MENTERI DALAM NEGERI

menyatakan siapakah bekas Menteri yang memberi sumbangan USD 10 juta kepada pertubuhan pelampau Islam di Amerika Syarikat seperti didakwa oleh Shaykh Muhammad Hisham Kabbani dan juga ahli politik yang telah memberi sumbangan kepada kumpulan KMM.

(PM #21725 v1) 34. Tuan Tiong Thai King [Lanang] minta MENTERI SUMBER MANUSIA

menyatakan Skim Latihan Peke~a yang diberhentikan ke~a dan penganggur dilaksanakan tepat pad a masanya dan adakah Kerajaan merancang mendirikan sebuah lagi pusat latihan di Negeri Sarawak bagi memudahkan penduduk di negeri ini mengikuti kursus latihan yang disediakan bawah skim ini.

(PM #21802 v1) 35. Tuan Haji Abdul Hamid bin Abdul Rahman [Sungai Benut] minta

MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah syarikat kewangan yang mengeluarkan kad kredit dan apakah bentuk pemantauan yang dijalankan bagi melindungi pengguna yang dikenakan caj dan faedah yang tinggi.

(PM #21709 v1) 36. Tuan Shaziman bin Abu Mansor [Tampin] minta MENTERI

PEMBANGUNAN USAHAWAN menyatakan sehingga 31 Disember 2001 berapakah bilangan peniaga-peniaga kecil yang telah menerima bantuan dari Program TEKUN (Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga) dan berapakah jumlah keseluruhan wang yang telah diagihkan.

(PM #21831 v1) 37. Dr. Maximus Johnity Ongkili [Bandau] minta PERDANA MENTERI

menyatakan apakah rasional Kerajaan mengurangkan kadar elaun peru mahan bagi kakitangan persekutuan yang bertugas di Sabah dan Sarawak dan adakah Kerajaan sedar implikasi tindakan tersebut kepada kebajikan dan taraf hidup kakitangan yang terlibat. Seterusnya apakah hasil kajian impak yang dijalankan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam baru-baru ini mengenai perkara ini.

(PM #21845 v1) 38. Tuan Dr. Yee Moh Chai [Tanjung Aru] minta MENTERI KERJA RAYA

menyatakan sama ada pihak Kerajaan akan memberikan sumbangan gran kepada Pihak Berkuasa Tempatan untuk membiayai bekalan elektrik lampu jalan raya. pembuangan sampah dan pemotongan rumput di jalan raya Persekutuan di Negeri Sabah supaya bayaran tersebut bukan dibiayai oleh Pihak Berkuasa Tempatan atau para pembayar cukai.

Page 8: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my · Pantai menghadapi masalah Nelayan Pukat Apollo yang sering menghantui mereka sehingga menjejaskan pendapatan harian mereka. Apakah tindakan

8 AUM DR 12103/2002 (PM #22070 v1)

(PM #21852 v1) 39. Puan Mastika Junaidah binti Hussin [Arau] minta MENTERI

PERT ANIAN menyatakan apakah usaha Kerajaan untuk menggalakkan Pertumbuhan Industri Memproses Makanan sebagai satu aktiviti ekonomi yang boleh membawa nilai tambah kepada sektor pertanian.

(PM #21866 v1) 40. Tan Sri Dato' Dr. K.S. Nijhar [Subang] minta MENTERI

PEMBANGUNAN LUAR BAN DAR menyatakan berapa banyak Tadika KEMAS yang akan diwujudkan oleh Kementerian dalam kawasan Parlimen Subang (PO 97) bagi tahun 2002.

(PM #21870 v1) 41 . Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad [Parit Sulong] minta MENTERI LUAR

NEGERI menyatakan apakah pendapat Malaysia terhadap kenyataan provokatif Presiden Amerika Syarikat, George W. Bush bahawa Iraq, Iran dan Korea Utara kononnya adalah 'axis of evil' atau paksi kedu~anaan .

(PM #21913 v1) 42. Dato' Ahmad Husni bin Mohd. Hanadzlah [Tam bun] minta MENTERI

KEWANGAN menyatakan apakah pendirian Kerajaan ke atas kenyataan Pengerusi Persatuan Urustadbir Korporat Malaysia yang mengaitkan kerugian puluhan syarikat korporat disenaraikan dalam BSKL berpunca dari kelemahan urustadbir korporat dan tidakkah kenyataan tersebut berbeza dengan penemuan Kerajaan.

(PM #21917 v1) 43. Tuan Chang See Ten [Gelang Patah] minta MENTERI PERDAGANGAN

ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah langkah-Iangkah yang lebih berkesan untuk memperbanyakkan perindustrian jenis teknologi tinggi supaya dapat bersaing dalam perindustrian dan perdagangan antarabangsa dalam era globalisasi terkini.

(PM #21346 v1) 44. Dato' Yap Pian Hon [Serdang] minta MENTERI KEWANGAN

menyatakan:-

(a) jumlah wang yang telah dialir keluar dari Malaysia oleh pendatang asing Indonesia, Filipina. Thailand, Myanmar dan Bangladesh pada tahun 2000/2001 ; dan

(b) jumlah wang yang telah terhutang kepada Hospital Malaysia oleh pendatang asing pada tahun 2000/2001.

Page 9: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my · Pantai menghadapi masalah Nelayan Pukat Apollo yang sering menghantui mereka sehingga menjejaskan pendapatan harian mereka. Apakah tindakan

9 AUM DR 12103/2002 (PM #22070 v1)

(PM#21184v1) 45. Tuan Alwi bin Jusoh [Pasir Puteh] minta MENTERI SUMBER

MANUSIA menyatakan apakah yang dimaksudkan skim latihan kemahiran khas untuk lepasan sekolah agama rakyat dan pondok di negara ini dan adakah ia telah diluluskan oleh Unit Perancang Ekonomi. Jabatan Perdana Menteri (JPM).

(PM #21983 v1) 46. Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh] minta PERDANA MENTERI

menyatakan peratusan kawasan hijau yang ada di Kuala Lumpur sekarang dan apakah DBKL akan mengadakan projek pembangunan di kawasan hijau di Kuala Lumpur dan sila namakan kawasan yang terlibat.

(PM #21985 v1) 47. Puan Chew Mei Fun [Petaling Jaya Utara] minta MENTERI

KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN PELANCONGAN menyatakan bagaimanakah sambutan terhadap Program Pelancongan Pelajar (Student Tourism Programme) yang dilaksanakan oleh Kementerian. Apakah peranan Kementerian Pendidikan dalam menggalakkan Program Pelancongan Pelajar ini.

(PM #22014 v1) 48. Tuan Saupi bin Daud [Tanah Merah] minta MENTERI DALAM NEGERI

menyatakan sejauh manakah hasil siasatan polis berhubung kes penyelewengan/salah guna wang Projek Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) berjumlah RM36.5 juta.

(PM #22043 v1) 49. Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis [Rompin] minta

MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah Kementerian berhasrat untuk mempelbagaikan pengambilan peke~a asing untuk sektor ladang.

(PM #21660 v1) 50. Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor [Pendang] minta MENTERI DALAM

NEGERI menyatakan siapakah bekas Menteri Kabinet yang dikatakan mendalangi pembiayaan beberapa organisasi pengganas Islam di Amerika Syarikat seperti yang didedahkan oleh Timbalan Perdana Menteri baru-baru ini.

(PM #21898 v1) 51 . Datin Paduka Hajah Seripah Noli binti Syed Hussin [Sepang] minta

MENTERI PENGANGKUT AN menyatakan senaraikan usaha-usaha terbaru yang dijalankan bagi mengurangkan masalah kegagalan calon­calon Ujian Memandu yang dikatakan begitu serius sehingga mencapai angka 75.000 orang.

Page 10: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my · Pantai menghadapi masalah Nelayan Pukat Apollo yang sering menghantui mereka sehingga menjejaskan pendapatan harian mereka. Apakah tindakan

10 AUM DR 12103/2002 (PM #22070 v1)

(PM #21430 v1) 52. Tuan Haji Taib Azamudden bin Md. Taib [Baling] minta MENTERI

PEMBANGUNAN LUAR BAN DAR menyatakan kriteria yang telah digunakan oleh pihak RISDA dalam memberi "Bantuan Sara Hidup" kepada mereka yang terlibat dalam sektor Pekebun Kecil Getah pada akhir tahun lalu dan awal tahun ini.

(PM #21038 v1) 53. Datuk Lau Ngan Siew [Sandakan] minta MENTERI KESIHATAN

menyatakan mengapakah elaun perumahan bClgi doktor-doktor dari Semenanjung telah dikurangkan kepada RM600. Tidakkah tindakan ini akan menyebabkan kurangnya minat doktor-doktor di Semenanjung untuk bertugas di Sabah. Apakah insentif-insentif yang akan diambil untuk menggalakkan perkhidmatan mereka dapat dikekalkan.

(PM #21647 v1) 54. Datin Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail [Permatang Pauh] minta

MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah peningkatan pendapatan Kerajaan berikutan kenaikan harga petrol sebanyak RMO.1 0 satu liter dan penurunan harga minyak mentah di pasaran dunia dari USD 27.00 satu tong kepada USD 17.00 satu tong. Apakah Kerajaan bercadang mengkaji semula kenaikan harga petrol yang membebankan rakyat.

(PM #21112 v1) 55. Tuan Mat Basir bin Rahmat [Parit] minta MENTERI LUAR NEGERI

menyatakan apakah langkah yang telah diambil oleh pihak Kerajaan dalam membantah dan menghalang Amerika Syarikat memberi layanan buruk terhadap tawanan Taliban dan AI-Qaeda yang ditempatkan di Kem X-Ray, Guantanamo, Cuba.

(PM #21377 v1) 56. Tuan Shim Paw Fatt [Tawau] minta MENTERI LUAR NEGERI

menyatakan apakah tindakan yang seterusnya terhadap pendatang tanpa izin (PATI) Filipina yang tanpa sebarang dokumen enggan diterima balik oleh Negara Filipina. Adakah perundingan atau kesefahaman baru diterima dari Negara Filipina terhadap penghantaran balik PATI ini.

(PM #21208 v1) 57. Tuan Haji Ismail bin Noh [Pasir Mas] minta MENTERI DALAM NEGERI

menyatakan statistik kemalangan jalan raya mengikut tahun dari tahun 1999 hingga 2001, dari jumlah tersebut berapakah kemalangan yang terlibat di tempat yang sama dan apakah tindakan Kerajaan bagi mengatasinya.

Page 11: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my · Pantai menghadapi masalah Nelayan Pukat Apollo yang sering menghantui mereka sehingga menjejaskan pendapatan harian mereka. Apakah tindakan

11 AUM DR 12103/2002 (PM #22070 v1)

(PM #21513 v1) 58. Tuan Liow Tiong Lai [Bentong] minta MENTERI· KEWANGAN

menyatakan hasil kajian terhadap penangguhan 5% cukai per1<hidmatan ke atas restoran, bar, "coffee house" yang terletak di luar hotel dan medan selera, adakah Kerajaan bersedia menghapuskan cukai per1<hidmatan ini memandangkan ia telah menimbulkan banyak masalah kepada pengguna dan tuan punya kedai.

(PM #21521 v1) 59. Datuk Haji Badrul Hisham bin Abdul Aziz [Hulu Langat] minta

MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah tindakan lanjut yang diambil terhadap pengikut dan pengaruh Ashaari Muhamad yang telah dibuang daerah ke Labuan termasuk tindakan terhadap mar1<as bekas pertubuhan AI-Arqam di Country Homes, Rawang dan organisasi komersial yang digunakan sebagai pembiayaan gerakan tersebut.

Page 12: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my · Pantai menghadapi masalah Nelayan Pukat Apollo yang sering menghantui mereka sehingga menjejaskan pendapatan harian mereka. Apakah tindakan

* Menandakan bahawa Rang Undang-undang ini akan dibawa pada semua peringkat di mesyuarat ini.

12 AUM DR 12103/2002 (PM #22070 v1 )

PADA PERMULAAN URUSAN MESYUARAT MENGEMUKAKAN RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN

UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA

1 . Menterl Kebudayaan. Kesenlan dan Pelancongan

• Rang Undang-undang Industri Pelancongan (Pindaan) 2002

2. Perdana Menteri

• Rang Undang-undang Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2002

3. Perdana Menteri

• Rang Undang-undang Pili han Raya (Pindaan) 2002

Page 13: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my · Pantai menghadapi masalah Nelayan Pukat Apollo yang sering menghantui mereka sehingga menjejaskan pendapatan harian mereka. Apakah tindakan

13 AUM DR 12103/2002 (PM #22070 v1)

ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. Menteri Oalam Negeri akan mencadangkan:-

Bahawa Majlis ini memerintahkan Ketua Polis Negara menjaga supaya selama Penggal Dewan Rakyat yang ada sekarang, jalan-jalan melalui lorong-Iorong menuju ke Dewan ini hendaklah sentiasa terbuka dan boleh dilalui dan jangan ada apa-apa halangan menghalang Ahli-ahli hendak pergi dan balik dari Dewan ini, jangan berlaku apa-apa kacau-bilau di jalan­jalan menuju ke Dewan ini, dan supaya jangan ada huru-hara di Bangunan Dewan ini dan berhampiran dengan bangunan ini; dan Setiausaha Dewan Rakyat hendaklah menyampaikan perintah ini kepada Ketua Polis Negara yang tersebut itu.

2. Oatuk Ahmad Zahid bin Hamidi [Bagan Oatok] akan mencadangkan:-

3.

4.

Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:

"Ampun Tuanku,

Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat di dalam Persidangan Parlimen memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak­banyak syukur dan terima kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Keempat Parlimen Yang Kesepuluh".

(D.R. 42/2001) Rang Undang-undang Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2001

(D.R. 47/2001) Rang Undang-undang Cukai Pendapatan (Pindaan) 2001

Bacaan Kali Yang Kedua

"

5. (D.R.41/2001) Rang Undang-undang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Pindaan) 2001

"

6. (D.R. 45/2001) Rang Undang-undang Majlis Peperiksaan Malaysia (Pindaan) 2001

7. (D.R. 49/2001) Rang Undang-undang Pendidikan " (Pindaan) 2001

Page 14: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my · Pantai menghadapi masalah Nelayan Pukat Apollo yang sering menghantui mereka sehingga menjejaskan pendapatan harian mereka. Apakah tindakan

14 AUM DR 12103/2002 (PM #22070 v1)

(PM #20935 v1) 8. Tuan Dr. Tan Seng Giaw [Kepong] akan mencadangkan:-

Bahawa Dewan ini akan membincangkan pelbagai masalah para pendatang asing dengan izin dan tanpa izin yang timbul dalam tempoh lebih dua dekad. Dewan akan membangkitkan kekurangan minat dan penyelewengan dalam penguatkuasaan undang-undang terhadap para pendatang. Dewan juga akan mengesyorkan penubuhan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat permasalahan yang sangat rumit ini serta implikasi dan konsekuensinya.

(PM #20965 v1 ) 9. Tuan Haji Che Ghani bin Che Ambak [Setiu] akan mencadangkan:-

Bahawa Dewan ini mengutuk dengan sekeras-kerasnya tindakan Kementerian Penerangan menyiarkan klip rakaman pembunuhan wanita Afghanistan dan peristiwa berdarah Memali sebagai bahan fitnah dan propaganda murah UMNO untuk menakutkan rakyat mendekati PAS dan Barisan Alternatif.

Dewan ini turut merasa kesal dengan Kerajaan yang didalangi UMNO dan BN menggunakan peristiwa ini untuk menyerang PAS dan mengesahkan penahanan zalim tanpa bukti mangsa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Maka dengan ini Dewan mengambil ketetapan supaya media massa milik Kerajaan haruslah bersifat adil dan bertanggungjawab serta membebaskan semua tahanan politik di bawah ISA yang ternyata tidak mempunyai bukti kukuh dan melenyapkan akta yang lapuk itu.

(PM #21542 v1) 10. Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad [Kuala Terengganu] akan

mencadangkan:-

Bahawa Dewan ini mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Naib Canselor UUM Datuk Dr. Fauzi Basri dan Naib Canselor UiTM Datuk Dr. Ibrahim Abu Shah yang telah menyalahgunakan kedudukan mereka sebagai penjawat jawatan universiti untuk menindas pensyarah-pensyarah serta pel ajar­pelajar yang dianggap tidak sealiran untuk kepentingan politik sempit mereka.

Bahawa Dewan ini menyedari akan kedudukan pendidikan negara yang tidak boleh dipolitikkan secara sempit oleh mana-mana pihak demi kepentingan agama. bangsa dan negara.

Page 15: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my · Pantai menghadapi masalah Nelayan Pukat Apollo yang sering menghantui mereka sehingga menjejaskan pendapatan harian mereka. Apakah tindakan

15 AUM DR 12103/2002 (PM #22070 v1)

Bahawa Dewan ini merasa amat kesal dengan tindak tanduk kedua-dua Canselor ini yang telah terbukti merupakan aktivis UMNO dan menggunakan kedudukan mereka untuk kepentingan palitik mereka serta membenarkan UMNO dan sayapnya seperti Pemuda dan Puteri UMNO menjalankan aktiviti secara berleluasa dikedua-dua universiti tersebut.

Dewan ini juga menyedari bahawa polisi Kementerian agar IPTA perlu bebas dari politik kepartian adalah tidak relevan apabila berlakunya sikap 'double standard' dan 'pilih bulu' dalam melaksanakan palisi ini.

Maka Dewan ini mengambil ketetapan agar mempertahankan polisi pendidikan- negara yang sedang tercabar dan cuba dipermainkan oleh tindakan politik kedua-dua Naib Canselor universiti berkenaan yang merupakan aktivis UMNO.

11. (PM #21543 v1) Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad [Kuala Terengganu] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman berbentuk terroris dan tindakan tidak berperikemanusiaan rejim Zion is Israel terhadap rakyat Palestin yang mengakibatkan ribuan nyawa yang tidak berdosa terkorban serta beribu-beribu lagi mengalami kecederaan.

Bahawa Dewan Inl menyedari akan kedudukan strategik kota Baitulmuqaddis yang mana terletaknya Masjid AI-Aqsa yang merupakan kiblat pertama umat Islam. Tindakan provokatif pemimpin Zionis Israel yang mencemar kesucian tempat ibadah umat Islam serta rancangan mereka untuk merobohkan Masjid AI-Aqsa adalah amat dikesali. Malahan rejim Zionis ini terus menerus mengenepikan segala bantahan antarabangsa terhadap tindakan kejam mereka serta tidak pemah menghormati sebarang resolusi yang dibuat oleh PBB yang mendesak mereka berundur dari wilayah yang dirampas sejak sekian lama.

Bahawa Dewan ini merasa amat kesal dengan sikap dingin Kuasa-kuasa Besar Barat khususnya Amerika Syarikat yang membisu terhadap kekejaman rejim Zionis ini terutamanya di bawah pimpinan Ariel Sharon yang merupakan seorang 'terroris' dan 'penjenayah perang' yang telah terlibat membunuh beribu-ribu umat Islam Palestin secara zalim.

Dewan ini juga menyedari isu ini bukan persoalan umat Islam semata-mata, tetapi juga berkaitan dengan persoalan kemanusiaan sejagat yang melewati batasan agama. kaum dan sempadan.

Maka Dewan ini mengambil ketetapan agar mempertahankan maruah umat Islam yang sedang tercabar ini.

Page 16: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my · Pantai menghadapi masalah Nelayan Pukat Apollo yang sering menghantui mereka sehingga menjejaskan pendapatan harian mereka. Apakah tindakan

16 AUM DR 12103/2002 (PM #22070 v1)

(PM #21558 v1) 12. Tuan Ramli bin Ibrahim [Kota Bharu] akan mencadangkan:-

Memandangkan kebebasan bercakap, mengeluarkan fikiran, berhimpun secara aman dan tidak bersenjata serta menubuhkan persatuan-persatuan adalah merupakan semangat dan roh asasi Perlembagaan Negara, seperti termaktub dalam bahagian 2 (10) (1) dan;

Memandangkan laporan yang dibuat oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) 1999, mengikut Akta (597) dalam laporannya, mengenai kebebasan berhimpun telah memperakukan supaya polis bertindak atas semangat Akta Polis 1967 seksyen 21, hendaklah mengeluarkan permit, mengadakan garis panduan kepada penganjur, mengelakkan pertelingkahan antara polis dan penganjur. Memandangkan tercetusnya huru-hara adalah berpunca dari layanan keras polis dan tidak ada garis panduan mengenai perhimpunan-perhimpunan yang diadakan serta,

Memandangkan imej Malaysia yang dilihat sebagai tidak demokratik oleh negara-negara luar, maka saya mencadangkan supaya semua sekatan dan larangan untuk mengadakan ceramah dibahas di dewan ini supaya dapat ditarik balik dengan seberapa segera.

(PM #21559 v1) 13. Tuan Ramli bin Ibrahim [Kota Bharu] akan mencadangkan:-

Bahawa Dewan ini mengutuk dengan sekerasnya kehadiran tentera Amerika di Selatan Filipina yang bercanggah dan bertentangan dengan hasrat cita-cita serta aspirasi pembentukan ASEAN yang ingin menjadikan kawasan ini bebas, aman dan berkecuali.

(PM #21563 v1) 14. Tuan Ramli bin Ibrahim [Kota Bharu] akan mencadangkan:-

Bahawa Dewan ini mengambil pend irian yang lebih tegas dan konsisten mengenai sokongannya kepada pembentukan negara Afghanistan yang merdeka dan bebas menentukan masa depannya sebagai sebuah negara Islam. Serta mengutuk dengan keras, sebarang campur tangan kuasa besar dunia, sehingga menjadikan negara itu sebagai medan percaturan politik dan ideologi bentuk baru di negara yang rakyatnya beragama Islam.

Page 17: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my · Pantai menghadapi masalah Nelayan Pukat Apollo yang sering menghantui mereka sehingga menjejaskan pendapatan harian mereka. Apakah tindakan

17 AU M DR 12103/2002 (PM #22070 v1 )

(PM #21999 v1) 15. Puan Teresa Kok 8uh 81m [8eputeh] akan mencadangkan:-

Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan supaya memulihkan Pilihanraya Kerajaan Tempatan dan memulangkan hak penduduk Kuala Lumpur untuk memilih Datuk Bandar dengan tujuan menlngkatkan keberkesanan Kerajaan Tempatan untuk memberi perkhidmatan yang lebih cekap kepada penduduk di kawasan berkenaan.

(PM #22001 v1) 16. Puan Teresa Kok 8uh 81m [8eputeh] akan mencadangkan:-

Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan untuk menghormati hasrat penduduk Kampong Damansara untuk membuka semula bangunan asal SJKC Damansara di samping menubuhkan cawangan tersebut demi kepentingan di kawasan Petaling Jaya yang lain dengan alasan (i) kawasan Petaling Jaya tidak mempunyai Sekolah Jenis Kebangsaan Cina yang cukup untuk menampung kehendak penduduk di kawasan tersebut, (ii) bangunan SJKC Damansara masih berada dalam keadaan yang baik, (iii) Laporan EIA yang diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar menunjukkan bunyi bising dan pencemaran udara di bangunan asal SJKC sebenamya telah jatuh berbanding dengan tempoh sebelum lebuhraya SPRINT dibina, (iv) SJKC Damansara merupakan Sekolah Rendah Cina yang tunggal dalam Seksyen 11,12, 13, 14, 16, 17 di Petalilng Jaya, (v) penduduk di Kampung Baru Damansara mempunyai keinginan yang kuat untuk mengekalkan Sekolah Rendah tersebut.·

(PM #22002 v1) 17. Puan Teresa Kok 8uh 81m [8eputeh] akan mencadangkan:-

Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan untuk memansuhkan perintah untuk memaksa para ahli akademik dan pelajar untuk menandatangani Surat Aku Janji di samping meminda Akta Kolej dan Kolej Universiti supaya memberi lebih ruang dan kebebasan kepada ahli akademik dan pelajar untuk meluahkan pandangan mereka di samping menganjurkan aktiviti kampus.

(PM #22003 v1) 18. Puan Teresa Kok 8uh 81m [8eputeh] akan mencadangkan:-

Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan untuk mengenepikan keputusan menggantungkan tugas dari jawatan dan elaun terhadap Yang Berhormat Kawasan Batu Gajah dan memulihkan tugasnya sebagai Ahli Parlimen sebagaimana yang dimandatkan oleh pengundi di kawasan Batu Gajah.

Page 18: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my · Pantai menghadapi masalah Nelayan Pukat Apollo yang sering menghantui mereka sehingga menjejaskan pendapatan harian mereka. Apakah tindakan

18 AUM DR 12103/2002 (PM #22070 v1)

(PM #22032 v1 ) 19. Tuan Muhamad bin Mustafa [Peringat] akan mencadangkan:-

Bahawa Dewan ini menggesa Kerajaan mengkaji semula semua elaun, kemudahan pinjaman dan kemudahan-kemudahan yang lain yang diberikan kepada Ahli Dewan Rakyat agar ianya bertaraf antarabangsa dan sesuai dengan kemajuan negara dan beban tugas wakil rakyat yang sentiasa bertambah berlipat ganda. Kadar kemudahan pinjaman kereta untuk ahli Dewan Rakyat yang ditetapkan sebelum ini sudah tirlak sesuai lagi dengan perkembangan harga kereta sekarang ini.

Kadar elaun lama perlu dikaji semula dan dipertingkatkan serta ditambah dengan beberapa jenis elaun baru yang perlu difikirkan agar jurang perbezaan di antara Ahli Dewan Rakyat yang memegang jawatan dalam Kerajaan dengan Ahli Dewan Rakyat yang tidak memegang apa-apa jawatan tidak begitu jauh bezanya.

(PM #22033 v1 ) 20. Tuan Muhamad bin Mustafa [Peringat] akan mencadangkan:-

Bahawa Dewan ini menggesa Kerajaan mengadakan sesuatu institusi khas yang berperanan merancang program untuk melahirkan masyarakat pengasih dan penyayang yang sebenar dengan ke~asama Kerajaan dan pihak swasta. Kampung-kampung, desa atau komuniti yang mundur dan miskin di seluruh negara hendaklah didaftarkan dan dijadikan kampung angkat atau sebagainya kepada badan-badan terse but di mana didikan, bimbingan serta bantuan-bantuan yang tertentu dapat disalurkan segera dan adil tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik demi kesejahteraan semua rakyat.

Dewan ini menggesa agar Kerajaan memainkan peranan yang bersungguh-sungguh dan berterusan agar kekayaan dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat dengan saksama.

(PM #22034 v1) 21. Tuan Muhamad bin Mustafa [Peringat] akan mencadangkan:-

Bahawa Dewan ini menggesa Kerajaan mengadakan rancangan dan langkah-Iangkah tambahan yang lebih serius dan menyeluruh untuk mempertingkatkan lagi keberkesanan tindakan pencegahan najis dadah.

Kerajaan perlu memikirkan satu pasukan pencegahan yang lebih berkesan bagi membanteras gejala rasuah disemua peringkat, penguatkuasaan perlu ditingkatkan sehingga ke akar umbi melalui pendekatan undang-undang, pendidikan agama .dan pemantauan yang berkesan dan berterusan dengan kerjasama erat di antara rakyat dan semua pihak yang bertanggungjawab untuk membanteras najis dadah.

Page 19: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my · Pantai menghadapi masalah Nelayan Pukat Apollo yang sering menghantui mereka sehingga menjejaskan pendapatan harian mereka. Apakah tindakan

V

19 AUM DR 12103/2002 (PM #22070 v1)

(PM #22035 v1) 22. Tuan Muhamad bin Mustafa [Peringat] akan mencadangkan:-

Bahawa Dewan menggesa Kerajaan agar berusaha bersungguh-sungguh untuk memulih kepercayaan dan penghormatan rakyat dan para pelabur asing terhadap institusi kehakiman negara, supaya institusi kehakiman negara kelihatan mulia, bersih dan bebas dari gejala rasuah serta bertakwa kepada Allah, serta bectanggungjawab terhadap rakyat dan negara.

Kerajaan mesti mengenalpasti rakyat yang menderita dan dinafikan hak undang-undang mereka di atas nama undang-undang dan kehakiman, di mana banyak kes-kes mereka tertunggak dan tertangguh bertahun-tahun lamanya disebabkan oleh karenah-karenah mahkamah dan pihak-pihak tertentu .

(PM #22036 v1) 23. Tuan Muhamad bin Mustafa [Peringat] akan mencadangkan:-

Bahawa Dewan menggesa Kerajaan supaya menjelaskan dengan rasmi di Dewan ini tentang falsafah, konsep, dasar, rujukan utama undang-undang dan tujuan Negara Islam Malaysia yang diisytiharkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini, agar Ahli Dewan ini dapat menilai dan menyatakan pandangan dan harapan rakyat serta mengemukakan persoalan-persoalan yang berbangkit hasil dari pengisytiharan itu.

Dewan ini juga menggesa agar Perdana Menteri menjelaskan kenapa beliau mengisytiharkan sendiri Negara Islam Malaysia sedangkan persoalan "Negara Islam" adalah dalam bidangkuasa Ketua Agama iaitu Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Bagindalah orang yang sepatutnya melakukan pengisytiharan ini bukannya Perdana Menteri. Adakah perkara ini sudah diangkat ke Majlis Raja-raja serta mendapat restu dari Majlis tersebut dengan rasminya. Kenapa PM bertindak mendahului Majlis Raja-raja dalam isu agama yang besar ini.

Page 20: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my · Pantai menghadapi masalah Nelayan Pukat Apollo yang sering menghantui mereka sehingga menjejaskan pendapatan harian mereka. Apakah tindakan

20 AUM DR 12103/2002 (PM #22070 v1)

RISALAT-RISALAT YANG DIBAWA MASUK KE DALAM MESYUARAT

TAHUN 2001

ST. 130

ST. 131

ST. 132

ST. 133

2002

ST. 1

RISALAT/DOKUMEN TARIKH DIBENTANGKAN

Laporan Tahunan dan Penyata 12 Mac, 2002 Kewangan Yayasan Pelajaran Persatuan Peladang dan Pertubuhan Peladang MADA bagi tahun 1999.

Laporan Tahunan Kewangan Institut Kemajuan Pertanian bagi tahun 1999.

dan Penyata Penyelidikan dan Malaysia (MARDI)

Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Bank Pertanian Malaysia bagi tahun 1999.

Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Jemaah Pemasaran Lada Hitam (JPLH) bagi tahun 1999.

Laporan Tahunan Kewangan Lembaga bagi tahun 2000.

dan Penyata Akreditasi Negara

12 Mac, 2002

12 Mac, 2002

12 Mac, 2002

12 Mac, 2002