9
ILUSTRASI

Bab 2 Ilustrasi

Embed Size (px)

DESCRIPTION

reka cipta

Citation preview

ILUSTRASI

ILUSTRASILakaranSatu proses melukis dengan bebas dan ringkas, tanpa ukuran tertentu tetapi memerlukan kreativiti imaginasi. Elemen penting untuk memvisualkan rupa dan bentuk sesuatu idea.Lakaran bermula dengan membina satu garisan dan diikuti dengan garisan-garisan lain seterusnya membina satu rupa yang akan menghasilkan bentuk.ContohGarisanRupa (2D)Bentuk 3DLakaran 2DLakaran yang menunjukkan rupa.Ia menunjukkan sama ada pandangan atas, pandangan hadapan atau pandangan sisi.Lakaran ini menunjukkan panjang dan lebar objek.Lakaran 3DLakaran dibuat dengan menunjukkan ketiga-tiga pandangan ortografik yang melibatkan panjang, tinggi dan lebar sesuatu objek.

Teknik yang digunakan untuk menghasilkan lakaran hidup dan menarik.Medium yang digunakan untuk tujuan rendering ialah:- Pensel warna- Pen dan dakwat- Pen marker- Pastel kapur.Lukisan Rendering

Proses rendering perlu mengambilkira arah sumber cahaya dan kedudukan bayangnya.Proses rendering perlu dilakukan dengan berhati-hati kerana kesan cahaya dan bayang boleh mengubah objek.Kesan Cahaya Dan Bayang

Rajah A adalah mewakili garis lurus. Ton atau bayang- bayang untuk objek yang bergaris lurus atau bersegi kebiasaannya adalah sekata atau rata. Rajah B adalah mewakili garis lengkung. Ton atau bayang-bayang untuk objek melengkung kebiasaannya adalah gelap yang semakin lama semakin terang sepertimana contohKesan Cahaya Dan Bayang

Objek A berbentuk silinder. Oleh kerana permukaan objek A adalah melengkung, maka ton atau bayang-bayangnya agak gelap di bahagian tengah tetapi semakin cerah di bahagian tepi. Tidak ada garis luar yang jelas pada ton atau bayang-bayangnya. Objek B berbentuk kon. Cuba lihat bentuk kon tersebut yang mana ton atau bayang-bayangnya bertemu di satu titik di puncak kon. Objek C berbentuk kiub dan objek D berbentuk piramid. Oleh kerana objek tersebut mempunyai permukaan rata dan bergaris lurus maka ton atau bayang-bayangnya kelihatan sekata dan mempunyai garis luar yang jelas.