BAB 2- Jabatan & Fungsi SCE 3112 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/30/2019 BAB 2- Jabatan & Fungsi SCE 3112 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber

    1/13

    Bab 2 - Organisasi Pendidikan Sains

    PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS10

    BAB 2

    JABATAN DI KEMENTERIAN PELAJARAN YANGBERKAITAN DENGAN PENDIDIKAN SAINS

    Pewujudan struktur organisasi di peringkat kementerian, jabatan pelajaran negeri, pejabatpelajaran daerah dan sekolah seharusnya berupaya menghasilkan sinergi untukmempertingkatkan pelaksanaan pendidikan sains yang cekap dan berkesan. Setiap jabatanmempunyai fungsi, peranan dan tanggungjawab secara khusus. Justeru, wargaKementerian Pelajaran, sama ada yang berada di upstream mahupun downstream,hendaklah termaklum akan fungsi dan peranan jabatan-jabatan berkenaan agar merekatidak tersalah arah dalam urusan tugas masing-masing.

    Bab ini menyenaraikan fungsi, peranan dan tanggungjawab jabatan-jabatan di bawahKementerian Pelajaran, meliputi bahagian kementerian, jabatan pelajaran negeri, pejabatpelajaran daerah dan sekolah, yang berkaitan dengan pendidikan sains di negara ini.

    2.1 Fungsi Bahagian-Bahagian Kementerian Pelajaran

    2.1.1 Bahagian Pembangunan Kurikulum

    i. Menggubal dan membangunkan kurikulum mata pelajaran sains.

    ii. Menyebar dan melaksanakan kurikulum mata pelajaran sains.

    iii. Mengesan dan memantau pelaksanaan kurikulum mata pelajaran sains.

    iii. Menyediakan bahan sokongan kurikulum mata pelajaran sains.

    v. Menjalankan penilaian untuk pembangunan kurikulum mata pelajaransains.

    iv. Menyediakan spesifikasi peralatan dan bahan sains berdasarkankurikulum mata pelajaran sains.

    vii. Menjalankan pemantauan dan bimbingan dalam pengajaran danpembelajaran sains serta kerja amali.

    viii. Menjalankan pemantauan peralatan dan bahan sains yang dibekalkan kesekolah.

    2.1.2 Bahagian Pendidikan Guru

    i. Menyediakan dasar latihan pendidikan keguruan, perancanganpendidikan keguruan dan unjuran keperluan ambilan calon guru termasukcalon guru sains.

    ii. Mengurus pengambilan dan penempatan calon guru sains di IPG.

  • 7/30/2019 BAB 2- Jabatan & Fungsi SCE 3112 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber

    2/13

    Bab 2 - Organisasi Pendidikan Sains

    PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS11

    iii. Merancang, mereka bentuk, melaksana, dan memantau pelaksanaankurikulum latihan guru sains.

    iv. Merancang, melaksana, dan memantau pelaksanaan praktikum gurupelatih sains.

    v. Merancang dan menyokong pelaksanaan program dan projek pendidikansains.

    vi. Melatih guru tentang kemahiran merancang, melaksanakan amali danmengendalikan peralatan dan bahan sains yang digunakan dalam amali.

    vii. Melatih guru tentang pedagogical content knowledge untuk pengajarandan pembelajaran sains yang berkesan.

    viii. Melatih guru aspek pengurusan, keceriaan dan keselamatan makmalsains.

    2.1.3 Bahagian Buku Teks

    i. Mengurus hal-hal dasar dan pemerolehan buku teks sains.

    ii. Mengurus pelaksanaan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) dan keperluanpasaran terbuka bagi buku teks sains.

    iii. Mengurus program penyelidikan dan pembangunan buku teks sains.

    iv. Menyebar dan melaksanakan penggunaan buku teks mata pelajaransains secara berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran serta amali.

    2.1.4 Lembaga Peperiksaan

    i. Menggubal dasar pengujian dan pengukuran pendidikan berasaskanFalsafah Pendidikan Kebangsaan dan matlamat kurikulum mata pelajaransains.

    ii. Menggubal alat pengujian dan pengukuran, kaedah pentadbirannya,bentuk pelaporannya dan kaedah pemarkahan menilai murid berdasarkankurikulum mata pelajaran sains.

    iii. Menyediakan rubrik untuk mentaksir kompetensi murid dalam kemahiransaintifik, kemahiran berfikir, sikap saintifik dan nilai murni.

    iv. Menjalankan pemantauan pelaksanaan Penilaian Kerja Amali (PEKA) disekolah.

    v. Menjalankan pentaksiran dari segi konten dan kemahiran tentang matapelajaran sains dalam peperiksaan umum.

    2.1.5 Majlis Peperiksaan Malaysia

    i. Menyediakan peraturan dan skema peperiksaan STPM bagi mata

    pelajaran Fizik, Kimia, dan Biologi.

  • 7/30/2019 BAB 2- Jabatan & Fungsi SCE 3112 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber

    3/13

    Bab 2 - Organisasi Pendidikan Sains

    PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS12

    ii. Mengkaji, mengemaskinikan, dan menggubal sukatan pelajaranpeperiksaan STPM bagi mata pelajaran Fizik, Kimia, dan Biologi.

    iii. Menggubal dan menyediakan kertas soalan dan bahan peperiksaanSTPM bagi mata pelajaran Fizik, Kimia, dan Biologi.

    iv. Menyediakan rubrik untuk mentaksir kompetensi pelajar Tingkatan 6dalam kemahiran saintifik melalui amali yang dijalankan.

    v. Menyediakan cadangan amali yang menggalakkan murid mempelajarisains dengan mengaplikasikan kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir.

    vi. Menyediakan spesifikasi bahan dan peralatan sains untuk mata pelajaranFizik, Kimia, Biologi Tingkatan 6.

    vii. Menjalankan pemantauan pelaksanaan amali untuk mata pelajaran Fizik,Kimia dan Biologi Tingkatan 6.

    viii. Menjalankan pemantauan peralatan dan bahan sains yang dibekalkan kesekolah.

    ix. Menjalankan pemantauan tentang pengurusan dan keselamatan makmalsains Tingkatan 6.

    2.1.6 Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti

    i. Melakukan penaziran sekurang-kurangnya sekali dalam selang tempoh 5tahun untuk mengupayakan sekolah mencapai kecemerlangan danstandard kualiti pendidikan sains yang tinggi.

    ii. Memantau dan membimbing sekolah menghayati Falsafah PendidikanKebangsaan dan melaksanakan dasar pendidikan sains negara.

    iii. Melakukan penaksiran dan penilaian kualiti pengajaran guru danpengurusan sekolah secara adil, saksama dan profesional.

    iv. Menjalankan pemantauan dan bimbingan tentang pelaksanaan kerjaamali dalam pengajaran dan pembelajaran sains dan PEKA.

    v. Menjalankan pemantauan dan bimbingan terhadap peralatan dan bahansains yang dihantar ke sekolah.

    vi. Menjalankan pemantauan dan bimbingan tentang pengurusan dankeselamatan makmal dan bilik sains.

    2.1.7 Bahagian Teknologi Pendidikan

    i. Merancang, menyediakan dan menerbitkan bahan pengajaran danpembelajaran sains dalam pelbagai media.

  • 7/30/2019 BAB 2- Jabatan & Fungsi SCE 3112 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber

    4/13

    Bab 2 - Organisasi Pendidikan Sains

    PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS13

    ii. Menyebarkan bahan pengajaran dan pembelajaran sains yang diterbitkanmelalui media cetak dan media elektronik.

    iii. Memantau, menilai dan mengkaji keberkesanan penggunaan teknologipendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sains.

    iv. Memberi khidmat kepakaran dan nasihat bagi menggalakkan penggunaanteknologi pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaransains.

    v. Menerbitkan bahan best practices dalam pelaksanaan amali sains.

    vi. Menerbitkan bahan tentang pengurusan dan keselamatan makmal sains.

    vi. Menerbitkan bahan tentang teknik pengendalian bahan dan peralatansains yang betul semasa menjalankan amali sains.

    viii. Memantau dan memberi bimbingan penggunaan bahan-bahan yangditerbitkan.

    2.1.8 Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

    i. Merancang, menyelaras dan memantau program-program berkaitan halehwal persekolahan dalam semua aspek terutama sains dan teknologi kearah meningkatkan kualiti pengurusan pelaksanaan Dasar PendidikanKebangsaan.

    ii. Melaksanakan dasar dan mengurus hal ehwal guru sains dalam aspekkeperluan guru, penempatan guru dan pertukaran guru.

    iii. Melaksanakan dasar, merancang, menyelaras dan mengurus hal ehwalmurid dalam aspek pembangunan murid, perkembangan personaliti muriddan kebajikan murid.

    iv. Menguruskan latihan untuk pembantu makmal sains.

    v. Menguruskan program star rating, bagi makmal dan bilik sains danmenyediakan instrumen penilaian.

    vi. Mengeluarkan Surat Pekeliling Ikhtisas dan Surat Siaran berkenaan

    pengajaran dan pembelajaran sains.

    vii. Mengumpulkan data daripada JPN untuk pembekalan dan penggantianbahan dan peralatan sains.

    viii. Mengeluarkan Surat Pekeliling Ikhtisas dan Surat Siaran berkenaanpengajaran dan pembelajaran sains.

    ix. Menjalankan pemantauan bahan dan peralatan sains yang dihantar kesekolah.

    x. Menjalankan pemantauan tentang pengurusan dan keselamatan makmal

    dan bilik sains.

  • 7/30/2019 BAB 2- Jabatan & Fungsi SCE 3112 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber

    5/13

    Bab 2 - Organisasi Pendidikan Sains

    PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS14

    2.1.9 Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional

    i. Melaksanakan program pendidikan Teknikal dan Vokasional selari

    dengan pendidikan sains yang sentiasa relevan dengan keperluan industridan negara.

    ii. Mempastikan bekalan staf sentiasa mencukupi dan sesuai dengankeperluan institusi pendidikan Teknikal dan Vokasional.

    iii. Mempastikan kemudahan fizikal (makmal-makmal sains) bagi institusipendidikan Teknikal dan Vokasional sentiasa mencukupi, lengkap danselesa serta mengikut piawaian yang ditetapkan oleh pihak agensi pusat.

    iv. Menguruskan latihan untuk pembantu makmal sains.

    v. Menguruskan program star rating, bagi makmal sains.

    vi. Mengumpulkan data daripada JPN untuk pembekalan dan penggantianbahan dan peralatan sains.

    vii. Menjalankan pemantauan pelaksanaan kerja amali dalam pengajaran danpembelajaran sains.

    viii. Menjalankan pemantauan terhadap bahan dan peralatan sains yangdihantar ke sekolah.

    ix. Menjalankan pemantauan dan bimbingan tentang pengurusan dankeselamatan makmal sains.

    2.1.10 Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh/ Kluster

    i. Memastikan cadangan-cadangan berkaitan pendidikan sains dalamPembangunan Pendidikan (2001-2010) dapat dilaksanakan dengan lebihberkesan.

    ii. Menyediakan garis panduan serta kriteria bagi mewujudkan sekolah-sekolah yang selaras dengan matlamat Wawasan 2020.

    iii. Meningkatkan tahap kemudahan fizikal (makmal sains) dan prasaranasekolah bagi mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yangkondusif.

    iv. Menempatkan guru sains yang memenuhi keperluan negeri dari segiopsyen dan bilangan.

    v. Meningkatkan keyakinan diri murid dalam bidang akademik, afektif,psikomotor, saintifik dan emosi melalui pelbagai program danpertandingan.

    vi. Menguruskan latihan untuk pembantu makmal sains.

  • 7/30/2019 BAB 2- Jabatan & Fungsi SCE 3112 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber

    6/13

    Bab 2 - Organisasi Pendidikan Sains

    PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS15

    vii. Menguruskan program star ratingbagi makmal sains.

    viii. Mengumpulkan data daripada JPN untuk pembekalan dan penggantianbahan dan peralatan sains.

    ix. Menjalankan pemantauan bahan dan peralatan sains yang dihantar kesekolah.

    x. Menjalankan pemantauan pelaksanaan amali dalam pengajaran danpembelajaran sains.

    xi. Menjalankan pemantauan tentang pengurusan dan keselamatan makmalsains.

    2.1.11 Bahagian Pendidikan Islam

    i. Memastikan murid SMKA mengikuti aliran Sains Tulen atau SainsTeknologi.

    ii. Merancang keperluan kelas dan guru, mengurus perolehan danpenyelenggaraan prasarana sekolah termasuk makmal-makmal sains.

    iii. Meningkatkan dasar 60:40 kepada 70:30 dalam kalangan murid SMKAdalam usaha menghasilkan generasi saintifik dan teknokrat kebangsaan.

    iv. Melaksana pemantauan, penyeliaan pengurusan dan pentadbiran semuabidang termasuk Bidang Sains dan Matematik di sekolah.

    v. Menguruskan latihan untuk pembantu makmal sains.

    vi. Menguruskan program star ratingbagi makmal sains.

    vii. Mengumpulkan data daripada JPN untuk pembekalan dan penggantianbahan dan peralatan sains.

    viii. Menjalankan pemantauan bahan dan peralatan sains yang dihantar kesekolah.

    ix. Menjalankan pemantauan pelaksanaan amali dalam pengajaran dan

    pembelajaran sains.

    x. Menjalankan pemantauan dan bimbingan tentang pengurusan dankeselamatan makmal sains.

    2.1.12 Bahagian Pendidikan Khas

    i. Memastikan semua dasar, program dan aktiviti yangdipertanggungjawabkan kepada Bahagian Pendidikan Khas dilaksanakanbertepatan dengan dasar dan Falsafah Pendidikan Khas.

    ii. Menyediakan pendidikan sains yang sesuai dan relevan kepada setiap

    murid dengan keperluan khas.

  • 7/30/2019 BAB 2- Jabatan & Fungsi SCE 3112 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber

    7/13

    Bab 2 - Organisasi Pendidikan Sains

    PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS16

    iii. Menyediakan peluang untuk mengembangkan bakat dan potensi muriddalam bidang sains dengan keperluan khas.

    iv. Menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran sains yang mencukupidan terkini.

    v. Menguruskan latihan untuk pembantu makmal dan bilik sains.

    vi. Menguruskan program star rating, bagi makmal dan bilik sains.

    vii. Mengumpulkan data daripada JPN untuk pembekalan dan penggantianbahan dan peralatan sains.

    viii. Menjalankan pemantauan pelaksanaan kerja amali dalam pengajaran danpembelajaran sains.

    ix. Menjalankan pemantauan terhadap bahan dan peralatan sains yangdihantar ke sekolah.

    x. Menjalankan pemantauan dan bimbingan tentang pengurusan dankeselamatan makmal sains.

    2.1.13 Bahagian Kewangan

    i. Menyelaras, mengurus dan mengawal Anggaran Belanja MengurusTahunan Kementerian Pelajaran Malaysia termasuk bidang sains diperingkat negeri dan kementerian.

    ii. Memastikan Anggaran Belanja Mengurus termasuk bidang sains disediadan diagih mengikut keperluan aktiviti/ program.

    iii. Memastikan agihan peruntukan termasuk bidang sains dibelanja secaraoptimum dan berhemah.

    iv. Menerima dan memproses permohonan pembelian bahan dan peralatansains yang berharga lebih daripada RM10,000.00 daripada sekolah.

    v. Memantau perbelanjaan kewangan yang diperuntukan untuk kegunaan

    dalam pengajaran dan pembelajaran sains seperti PCG.

    vi. Mengkaji dan membuat semakan semula peruntukan kewangan untukkegunaan dalam pengajaran dan pembelajaran sains seperti PCG darimasa ke masa.

  • 7/30/2019 BAB 2- Jabatan & Fungsi SCE 3112 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber

    8/13

    Bab 2 - Organisasi Pendidikan Sains

    PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS17

    2.1.14 Bahagian Pembangunan

    i. Menguruskan pelaksanaan projek-projek pembangunan pendidikan(makmal sains) dengan cekap dan sempurna berdasarkan kepada

    peruntukan dan projek-projek yang diluluskan oleh kerajaan.

    ii. Merancang, memproses, mengawal peruntukan pembangunan,melaksanakan serta memantau kemajuan projek serta menguruskeperluan bekalan Kementerian Pelajaran Malaysia.

    iii. Membina makmal dan bilik sains mengikut norma yang ditetapkan.

    iv. Membina makmal dan bilik sains mengikut spesifikasi yang ditetapkandan aspek keselamatan.

    v. Menaik taraf makmal dan bilik sains yang sedia ada jika ada permohonan

    dan keperluan.

    vi. Memantau keadaan bangunan makmal dan bilik sains terutamanya dariaspek keselamatan dari masa ke masa.

    2.1.15 Bahagian Perolehan dan Pengurusan Aset

    i. Merancang dan mengurus program/ aktiviti perolehan bekalan makmaldan perkhidmatan selaras dengan kurikulum mata pelajaran sains.

    ii. Menyediakan bekalan bahan dan peralatan makmal yang mencukupi danberkualiti bagi memenuhi keperluan pendidikan sains.

    iii. Memantau dan menilai program/ aktiviti perolehan bekalan makmal danperkhidmatan, penyelenggaraan prasarana dan aset.

    iv. Membuat pembekalan peralatan dan bahan sains ke sekolah baru.

    v. Menguruskan permohonan pelupusan dan hapus kira peralatan danbahan sains.

    vi. Menguruskan penggantian peralatan dan bahan sains yang telahdilupuskan dan dihapus kira.

    vii. Menawarkan kontrak kepada syarikat yang berjaya dalam tendermembekalkan peralatan dan bahan sains.

    vii. Memantau pembekalan bahan dan peralatan sains ke sekolah.

    2.1.16 Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

    i. Memastikan Kementerian Pelajaran Malaysia mempunyai strukturorganisasi yang mantap dengan bilangan personel, termasuk bagi bidangsains, di tahap optimum untuk mencapai objektifnya melalui pewujudan/pengisian jawatan mengikut keperluan/ norma yang ditetapkan.

  • 7/30/2019 BAB 2- Jabatan & Fungsi SCE 3112 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber

    9/13

    Bab 2 - Organisasi Pendidikan Sains

    PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS18

    ii. Memastikan Kementerian Pelajaran Malaysia mempunyai personel yangkompeten, berdisiplin dan bermotivasi melalui pengurusan sumbermanusia yang cekap dan berkesan.

    iii. Membuat pengambilan pembantu makmal dengan menentukan kelulusanyang sesuai.

    iv. Membuat pengagihan dan penempatan pembantu makmal mengikutkeperluan sekolah di setiap negeri.

    2.1.17 Bahagian Perancangan Penyelidikan Dan Dasar Pendidikan

    i. Merancang dan menyelaras brif piawai sekolah dan institusi pendidikan.

    ii. Merancang, menyelaras, memantau dan menilai perancangan dan dasarpendidikan kebangsaan termasuk program-program pendidikan sains.

    iii. Menentukan kadar PCG bagi setiap mata pelajaran sains.

    iv. Menentukan norma bilangan makmal dan bilik sains dengan bilanganmurid.

    v. Membuat pemantauan tentang penggunaan PCG di sekolah.

    2.1.18 Institut Aminuddin Baki

    i. Menyediakan program latihan dalam bidang pengurusan dan kepimpinanpendidikan yang berkualiti.

    ii. Memupuk budaya kerja yang profesional menerusi pengamal profesionallatihan dan pembangunan (master trainer) kepimpinan dan pengurusanpendidikan.

    iii. Membentuk sinergi jalinan perkongsian ilmu, kemahiran dan pengalamandi kalangan warga IAB yang boleh menyumbangkan ke arahpembangunan dan pembaharuan organisasi pendidikan yang berprestasitinggi.

    iv. Pembentukan budaya pembelajaran berterusan melalui mengwujudkan

    iklim tempat kerja yang boleh menjadi pemangkin ke arah peningkatanketrampilan individu, pembelajaran kolaborasi, amalan terbaik,perkongsian misi dan visi, serta aplikasi pendekatan sistem untukpenambahbaikan berterusan dan berfikiran terbuka memberikan idea,pandangan serta teguran bagi kemajuan organisasi dan Negara.

    v. Memberi pendedahan terhadap Pengetua, Guru Besar dan pentadbirsekolah tentang hasrat pendidikan sains khususnya dalam pelaksanaanamali dan kepentingan makmal dan bilik sains.

    vi. Mendedahkan kepada pentadbir sekolah tentang perbelanjaan PCGsecara efektif dan efieien untuk pelaksanaan amali.

  • 7/30/2019 BAB 2- Jabatan & Fungsi SCE 3112 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber

    10/13

    Bab 2 - Organisasi Pendidikan Sains

    PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS19

    vii. Melatih pentadbir sekolah aspek pengurusan dan keselamatan makmaldan bilik sains.

    2.2 Fungsi Jabatan Pelajaran Negeri Berkaitan Pendidikan Sains

    i. Merancang, mengurus dan melaksanakan dasar-dasar pendidikan sains yangtelah ditetapkan oleh kerajaan.

    ii. Merancang, menyelaras dan mengurus strategi pelaksanaan semua matapelajaran sains di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah.

    iii. Merancang, menyelia, memantau, mengesan dan membuat pengesahanpelaksanaan aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta pengurusankurikulum mata pelajaran sains di sekolah.

    iv. Membimbing dan memberikan panduan kepada guru-guru berkaitan urusanpengajaran dan pembelajaran serta pengurusan kurikulum mata pelajaran sainsdi sekolah.

    v. Merancang, menyelaras, mengurus dan menganalisis data dan maklumatberkaitan pelaksanaan program mata pelajaran sains untuk tindakan susulanbagi tujuan penambahbaikan.

    vi. Unit Pembangunan dan Perolehan di Jabatan Pelajaran Negeri adalahbertanggungjawab menyediakan senarai sekolah yang baru dibina dan sekolahyang mempunyai bilik makmal yang baru untuk dihantar ke BahagianPembangunan dan Perolehan Aset (BPPA).

    vii. Menguruskan latihan untuk pembantu makmal sains.

    viii. Menguruskan program star ratingbagi makmal sains.

    ix. Mengumpulkan data untuk pembekalan dan penggantian bahan dan peralatansains.

    x. Menjalankan pemantauan bahan dan peralatan sains yang dihantar ke sekolah.

    xi. Menjalankan pemantauan pelaksanaan amali dalam pengajaran dan

    pembelajaran sains.

    xii. Menjalankan pemantauan tentang pengurusan dan keselamatan makmal sains.

    xiii. Merancang dan melaksanakan tindakan susulan yang sesuai dan efektif untukpeningkatan dan penambahbaikan berdasarkan dapatan pemantauan.

    2.3 Fungsi Pejabat Pelajaran Daerah Berkaitan Pendidikan Sains

    i. Melaksana pemantauan instruksional dalam pengajaran dan pembelajaran sainsdi sekolah, pemantauan program-program KPM seperti Dasar 60:40, dasar

  • 7/30/2019 BAB 2- Jabatan & Fungsi SCE 3112 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber

    11/13

  • 7/30/2019 BAB 2- Jabatan & Fungsi SCE 3112 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber

    12/13

    Bab 2 - Organisasi Pendidikan Sains

    PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS21

    iii. Memberi nasihat kepada guru suipaya menghasilkan kerja yangberkesan.

    iv. Menyelesaikan masalah kerja guru.

    v. Menyelaraskan rancangan pengajaran guru.

    vi. Menyemak buku rancangan mengajar guru.

    vii. Memberi nasihat dan bimbingan kepada guru baru/sementara dengankerjasama guru kanan sains.

    2.4.3 Pengurusan Kakitangan Makmal

    i. Menyediakan senarai tugas kerja yang jelas, lengkap dan sistematis bagikakitangan makmal dengan kerjasama Guru Kanan Sains.

    ii. Mengawasi dan meniliti kerja-kerja kakitangan makmal dengan kerjasamaGuru Kanan Sains.

    iii. Mengadakan perjumpaan/mesyuarat dengan kakitangan makmal.

    iv. Memberitahu JPN mengenai kekosongan jawatan kakitangan makmal.

    2.4.4 Pengurusan Kurikulum Sains

    i. Mengetahui bahan/ sumber yang boleh membantu pelaksanaan kurikulumsains.

    ii. Merancang dan menentukan pelaksanaan kurikulum sains berasaskanPeraturan Kursus Pengajian Sekolah seperti jadual waktu, guru dankelas.

    iii. Meniliti dan menilai kerja murid.

    iv. Merancang dan menyelaraskan proses penilaian melalui ujian danpeperiksaan.

    v. Mengetahui dan mengikuti perkembangan aktiviti-aktiviti panitiasains

    dengan tujuan memberikan bimbingan ikhtisas.

    vi. Menguatkuasakan pekeliling-pekeliling dari JPN dan KPM, berhubungdengan keselamatan makmal.

    2.4.5 Pengurusan Ko-kurikulum Sains

    i. Mengetahui bahan-bahan sumber yang boleh membantu pelaksanaanKo-kurikulum sains.

    ii. Merancang dan menentukan pelaksanaan ko-kurikulum sains.

    iii. Meneliti dan menilai program ko-kurikulum sains.

  • 7/30/2019 BAB 2- Jabatan & Fungsi SCE 3112 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber

    13/13

    Bab 2 - Organisasi Pendidikan Sains

    PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS22

    iv. Meneliti dan mengawas perkembangan kegiatan ko-kurikulum sains.

    v. Menguatkuasakan pekeliling-pekeliling dari JPN dan KPM, berhubung

    dengan kegiatan ko-kurikulum sains.

    2.4.6 Pengurusan Bekalan, Peralatan dan Kemudahan Makmal

    i. Mengetahui keadaan bekalan dan peralatan sains di sekolah.

    ii. Melengkapkan makmal-makmal dengan bekalan dan peralatan yangberpatutan.

    iii. Membahagikan wang peruntukan sains secara adil bagi setiap matapelajaran sains.

    iv. Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan berdasarkan keperluan dankedudukan kewangan.

    v. Menggalakkan perhubungan yang berkesan dalam kalangan murid.

    2.4.7 Pengurusan Perhubungan Guru-Pelajar

    i. Menyelenggarakan rekod murid serta meniliti laporan berkala gurumengenai kemajuan murid.

    ii. Membantu guru mengurus masalah pembelajaran murid danmenggalakkan tindakan diambil berasaskan kepada sebab dan musababdan bukan simptom.

    iii. Menggalakkan perhubungan yang berkesan di antara murid denganmurid.

    2.4.8 Perhubungan dengan JPN/ PPD

    i. Mengetahui dan menggunakan saluran-saluran yang ada di JPN untukmembuat permintaan, aduan atau mendapatkan penjelasan.

    ii. Mengeksploitasikan perkhidmatan yang ada di JPN untuk membantu

    melaksanakan program, projek dan sebagainya dengan tujuan untukmemajukan pelaksanaan kurikulum sains.

    2.4.9 Pengurusan Perhubungan Awam

    i. Menggunakan PIBG/ masyarakat setempat bagi membantumenyelesaikan masalah sekolah.

    ii. Mengadakan sistem perhubungan yang berkesan di antara sekolah danpihak ibubapa berkaitan dengan pelajar.