18
BON PELAKSANAAN By: Pn Hjh Zahurin Husin

Bon Pelaksanaan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

bon

Citation preview

BON PELAKSANAAN

BON PELAKSANAANBy: Pn Hjh Zahurin HusinTakrifMartin mentakrif BON sebagai akujanji bertulis di mana seseorang itu mengikat dirinya kepada pihak lain untuk melakukan sesuatu. BON PELAKSANAAN pula ialah satu bon yang menjamin dengan teguh bagi pelaksanaan sesuatu kontrak, dan biasanya termasuk juga tempoh menanggung kecacatan

TakrifVictor mentakrifkan BON PELAKSANAAN sebagai akujanji untuk membayar apabila kontraktor gagal melaksanakan kerja, iaitu akujanji untuk membayar amaun yang dinyatakan kecualilah pelaksanaan tercapai, dan ia berkaitan masa dan harga. Bon pelaksanaan diberikan sama ada oleh bank atau syarikat insuransPengenalanBon Pelaksanaan adalah merupakan suatu aku janji tidak bersyarat (unconditional undertaking) oleh sesuatu institusi kewangan yang dibenarkan oleh Perbendaharaan untuk membayar kepada Kerajaan satu amaun tertentu atas tuntutan sekiranya kontraktor tidak/gagal mematuhi dan melaksanakan obligasinya di bawah kontrak.PengenalanBon Pelaksanaan ialah satu bentuk jaminan yang wajib dan perlu disediakan oleh pihak kontraktor yang telah disetujuterima oleh pihak klien iaitu pihak kerajaan sebelum ia memulakan kerja di tapak

PengenalanBagi kontrak antarabangsa bon pelaksanaan adalah dalam bentuk Jaminan Bank dalam matawang yang ditetapkan bagi harga Kontrak daripada bank yang berlesen di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 yang beroperasi di Malaysia.PengenalanBon Pelaksanaan hendaklah dikenakan bagi perolehan bekalan, perkhidmatan dan kerja yang bernilai melebihi RM200,000 mengikut peraturan yang berkuat kuasa. Bagi perolehan yang bernilai sehingga RM200,000 Bon Pelaksanaan adalah dikecualikan. PengenalanSekiranya kontraktor tidak mengemukakan bon pelaksanaan bagi kontrak kerja, kaedah Wang Jaminan Pelaksanaan (WJP) hendaklah diguna pakai seperti mana ditetapkan dalam peraturan mengenai tatacara pengurusan tender yang berkuat kuasa.PengiraanBagi kontrak kerja yang MELEBIHI RM200,000 bon pelaksanaan ialah 5% daripada jumlah harga kontrak.Bon pelaksanaan TIDAK dikenakan untuk apa-apa kontrak di bawah RM200,000.Contoh pengiraan adalah seperti berikut:

Jenis Bon Pelaksanaan Bon Pelaksanaan hendaklah dikemukakan dalam Ringgit Malaysia (RM) dari bank-bank atau institusi-institusi kewangan yang dibenarkan oleh Perbendaharaan sama ada dalam bentuk:Jaminan Bank/Syarikat Kewangan yang dikeluarkan oleh bank-bank/ syarikat kewangan berlesen di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 yang beroperasi di Malaysia; atauJaminan Insurans yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat insurans yang berlesen di bawah Akta Insurans 1996 yang beroperasi di Malaysia; atauJenis Bon Pelaksanaan Jaminan Takaful yang dikeluarkan oleh Syarikat Takaful yanberdaftar di bawah Akta Takaful 984 yang beroperasi di Malaysia; atauJaminan yang dikeluarkan oleh Bank Pembangunan M alaysia Berha (BPMB) Bank Perusahaan Kecil & Sederhana Malaysia (SME Bank); atauWang Jaminan Pelaksanaan (untuk perolehan kerja sahaja).Jenis Bon Pelaksanaan Wang Jaminan Pelaksanaan (WJP) pula ialah satu kaedah alternatif penyediaan bon pelaksanaan sekiranya kontraktor gagal atau tidak dapat mengemukakan bon dalam bentuk jaminan bank. Cara pelaksanaan kaedah ini ialah melalui pemotongan bayaran interim sebanyak 10% sehingga ia mencapai nilai 5% daripada harga kontrak.

Tempoh Sah Laku Bon PelaksanaanSah laku bon pelaksanaan bagi KONTRAK KERJA ialah:Tempoh kerja membina + tempoh tanggungan kecacatan.Pelepasan Bon PelaksanaanBon Pelaksanaan ini hanya boleh dituntut oleh pihak kontraktor apabila Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC) dikeluarkan oleh pihak klien.

Walaubagaimanapun nilai yang boleh dituntut hanya adalah separuh atau 2.5% dari nilai 5%.

Manakala baki 2.5% nilai bon pelaksanaan hanya boleh dituntut oleh kontraktor selepas pengeluaran Sijil Siap Memperbaiki Kecacatan (CMGD).

Pelepasan Bon PelaksanaanSekiranya pada tempoh Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC) dikeluarkan oleh pihak klien dan didapati pihak kontraktor mengemukakan bon pelaksanaan melalui Jaminan Bank, Ia perlu mengemukakan jaminan bank baru yang bernilai 2.5% dari harga kontrak yang merangkumi dari Tempoh Siap Kerja sehingga Tempoh Kecacatan (DLP) berakhir.

Pelepasan Bon PelaksanaanSetelah PERAKUAN SIAP KERJA DIKELUARKAN, P.P. boleh MELEPASKAN 50% daripada nilai Jaminan Bank/Syarikat Kewangan atau Wang Jaminan Perlaksanaan.

Baki (50%) akan dilepaskan setelah PERAKUAN SIAP MEMBAIKI KECACATAN dikeluarkan

Bagi pelepasan, P.P hendaklan menyediakan surat kepada PENJAMIN (Bank/Syarikat Kewangan) yang menyatakan tujuan berkenaan.

Kontraktor harus menggantikan Jaminan asal dengan Jaminan baru yang bersamaan dengan 50% daripada Jaminan asal sebelum Jabatan memulangkan jaminan asas.Pelepasan Bon PelaksanaanTuntutan pelepasan Bon Pelaksanaan oleh pihak kontraktor telah dibenarkan oleh pihak kerajaan melalui pengeluaran Surat Pekeliling Perbendaharaan (SPP) No. 5 Tahun 2007 http://www.treasury.gov.my/pekeliling/spp/spp052007.pdfThank You