30
PUMS 99:1 UNIVERSITI MALAYSIA SABAH BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS AZAH: .. fl:dA-N" S"AHJC n/DMl!{ Q..l SESI PENGAJIAN: - ;l-o I 0 )'a tNP- , BJ. f2-IR. to.- l 1 (HURUF BESAR) ngaku membenarkan tesis (LPSI Srujana/ Doktor Falsafah) ini di simpan di Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah ngan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Malaysia Sabah. 2. Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( I ) SULIT TERHAD /" TIDAK TERHAD ---- (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) (Mengandungi maklumat TERHAD yang teJah ditentukakan oleh organisasilbadan di mana penyelidikan dijalankan) Illat Tetap: SIf1U , I %lPfVC!r ..... . Ofl..· .9;ftA¥-t p..uOrN lb· IN) Nama Penyelia \. l' AN: * Potong yang tidak berkenaan. * Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampiran surat daripada pihak berkuasa/organsasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT dan TERHAD. * Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara keIja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek SaIjana Muda (LPSM).

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - eprints.ums.edu.my

  • Upload
    others

  • View
    13

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - eprints.ums.edu.my

PUMS 99:1 UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

~€~(J':!rl>l-N AZAH: ~A .. fl:dA-N" ~DJ>, S"AHJC M.~~A-~ Ot-f1~~N '~~PtJ 'a'~""'N O~ti' n/DMl!{

~\C-t.t~10C!;f ~~I'('''tN D~ Q..l ~fP-o~ SESI PENGAJIAN: ~e-o~ - ;l-o I 0

)'a tNP- ~tf../lN , BJ. f2-IR. to.- l 1 (HURUF BESAR)

engaku membenarkan tesis (LPSI Srujana/ Doktor Falsafah) ini di simpan di Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah ngan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Malaysia Sabah. 2. Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( I )

SULIT

TERHAD

/" TIDAK TERHAD

---- ~~GANPENUUS)

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

(Mengandungi maklumat TERHAD yang teJah ditentukakan oleh organisasilbadan di mana penyelidikan dijalankan)

J~EAL

Illat Tetap: ~~3, i-D~GNer ~1JJ1i't SIf1U ,

~£tlN'5t tov~ I ~OOO %lPfVC!r

~~.

~ ..... . Ofl..· .9;ftA¥-t p..uOrN lb· IN) a-~P-AN' Nama Penyelia

\. l' AN: * Potong yang tidak berkenaan. * Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampiran surat daripada pihak berkuasa/organsasi

berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT dan TERHAD.

* Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara keIja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek SaIjana Muda (LPSM).

Page 2: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - eprints.ums.edu.my

KAJIAN KE ATAS POTENSI SABAH SEBAGAI HAB HALAL

NUR RAZUANI BINTI RAZALI

LATIHAN ILMIAH INI DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT

MEMPEROLEHI DAZAH SARJANA MUDA SAINS MAKANAN DENGAN KEPUJIAN DALAM BIDANG

TEKNOLOGI MAKANAN DAN BIOPROSES

SEKOLAH SAINS MAKANAN DAN PEMAKANAN

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

2010

Page 3: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - eprints.ums.edu.my

PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali segala nukilan, ringkasan dan rujukan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

16 April 2010.

ii

Nu Razuan bt. Razali HN2006-1811

Page 4: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - eprints.ums.edu.my

PENGESAHAN

NAMA

NO. MATRIX

TAJUK

UAZAH

NUR RAZUANI BT RAZAU

HN2006-1811

KAlIAN KEATAS POTENSI SABAH SEBAGAI HAB HALAL

DAZAH SARJANA MUDA SAINS MAKANAN DENGAN KEPUllAN (TEKNOLOGI MAKANAN DAN BIOPROSES)

TARIKH VIVA : 12 MEl 2010

DISAHKAN OLEH

1. PENYEUA Prof. Madya Dr. Sharifudin b. Md. Shaarani

2. PEMERIKSA 1 Pn. Shalawati @ Salwa bt. Ibrahim

3. PEMERlKSA2 Prof. Madya Dr. Mohd Ismail b. Abdullah

4. DEKAN Prof. Madya Dr. Mohd Ismail b. Abdullah

iii

Page 5: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - eprints.ums.edu.my

PENGHARGAAN

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah Yang Maha Esa kerana dengan limpah dan kurnianya dapat saya menyiapkan projek penyelidikan ini dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan saya ingin ucapkan kepada Prof. Madya Dr. Sharifuddin b. Md Shaarani, selaku penyelia tesis yang banyak membantu dan membimbing saya sepanjang kajian dan penulisan dari awal hingga akhir.

Terima kasih juga kepada Prof. Madya Dr. Mohd Ismail b. Abdullah selaku dekan Sekolah Sains Makanan dan Pemakanan, serta semua pensyarah dan kakitangan Sekolah Sains Makanan dan Pemakanan Universiti Malaysia Sabah yang secara tidak langsung turut terlibat membantu dalam lain-lain perkara.

Penghargaan ini juga ingin saya tujukan kepada semua industri pemprosesan makanan halal di seluruh Sabah yang terlibat dengan kajian yang saya lakukan dan tidak lupa juga kepada personel-personel setiap institusi kerajaan yang telah saya menemu bual samada terlibat secara langsung atau tidak langsung.

Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung untuk membantu saya dalam menyiapkan tesis ini. Semoga jasa baik tuan/puan diberkati Allah S.W.T dan diberikan ganjaran oleh-Nya. Amin.

Nur Razuani bt. Razali 16 April 2010.

iv

Page 6: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - eprints.ums.edu.my

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bagi menilai potensi Sabah sebagai hab halal dari perspektif industri pemprosesan makanan halal di Sabah disamping mengenalpasti faktor-faktor dan pendedahan pembangunannya. Kajian ini menggunakan dua kaedah iaitu soal selidik dan temu bual. Soal selidik melibatkan 55 responden dari industri pemprosesan makanan halal di seluruh Sabah dan temu bual meJibatkan enam responden dari institusi jabatan kerajaan yang terJibat dengan pembangunan hab halal di Sabah. Potensi industri pemprosesan makanan halal dinilai dari enam aspek iaitu pensijilan, bahan mentah; ca aran perjanjian' AFTA dan WTO; sumber manusia; tahap teknologi dan penyelidikan dan pembangunan; dan pemasaran. Keputusan menunjukkan potensi pensijilan industri pemprosesan makanan halal di Sabah amat menggalakkan dengan seorang sahaja responden ditarik baJik pensijilan halal. Terdapat peningkatan terhadap permohonan pensijilan halal. Peratusan permintaan responden terhadap pensijilan lain seperti HACCP dan ISO amat tinggi. Didapati tidak terdapat hubungan signifikan diantara syarikat yang mempunyai pensijilan halal dengan jenis pendidikan pengusaha (p=O.748) dan jenis saiz syarikat (p=O.257). Sebanyak 98.2% responden menggunakan sumber bahan mentah tempatan dan 72.7% responden mengatakan sumber bahan mentah mereka mencukupi setiap permintaan. Didapati 56.4% responden menyedari cabaran perjanjian AFTA dan WTO dan wujud hubungan signifikan diantara kesedaran perjanjian ini dengan jenis saiz industri. Hanya 12.7% responden tidak mempunyai pekerja mahir. Bagi tahap teknologi mesin, 76.4% menggunakan mesin separa automatik. Terdapat perkaitan linear positif kuat diantara nilai pegeluaran produk tahunan dengan jenis mesin yang digunakan. Hanya 34.5% responden yang menjalankan aktiviti R&D. Pemasaran produk responden banyak tertumpu pada pasaran Sabah sahaja dan teknik e-dagang jarang digunakan. Bagi faktor-faktor pembangunan hab halal di Sabah didapati responden menyatakan "sangat setuju" bagi faktor "kehendak pengguna yang semakin mementingkan makanan selamat dan berkualiti". Cara pendedahan pembangunan hab halal banyak dilakukan secara pendidikan melalui seminar dan kursus oleh badan-badan yang terlibat.

v

Page 7: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - eprints.ums.edu.my

ABSTRACT

RESEARCH: STUDY OF SABAH POTEN77AL AS HALAL HUB

This research intends to measure Sabah potential as halal hub based on the perspective of food processing industry in Sabah. This study also identifies factors and exposure of the development of halal hub in Sabah. Two methods were used in this study which was survey and interview. A total of 55 respondents from halal food processing industrial in Sabah were involved in the survey and six respondents from government institution related to the development of halal hub in Sabah were interviewed The potential of halal food processing industry was measured based on six aspects; certification, raw materials, human resource, technology level and research and development (R&D), marketing, and challenges in AFTA and WT03' agreement. Result showed that the potential of halal food processing industry in Sabah is positive since the application for halal certification has increased and high percentage of respondents' application for HACCP and ISO's certification. No significance difference between the company which owned halal certification and manufacturers level of education (p=0.748) and the company size (p=0.257). 717ere were 98.2% respondents used local raw materials and 72.7% respondents agreed that the raw materials are enough sufficient to meet the demand There is 56.4% respondents were aware of the agreement between AFTA and WTO and there is Significance difference between the awareness of that agreement and the industry's size. Only 12.7% of the industry did not employed professional workers. Most of the respondent utilizes semi-automatic machine. 717ere is strong positive linear relation between yearly production and the machine being used There were not many respondent involved in R&D. 717e markets were only in Sabah and e-trading technique rarely used The respondents strongly agree with ''the consumers needs in the quality and safety for the food has increased'~ Most of the halal hub information was exposed to halal industry by some of organization in seminar.

vi

Page 8: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - eprints.ums.edu.my

TAlUK PENGAKUAN CALON PENGESAHAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI KANDUNGAN SENARAIlADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN BAB l:PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1.2 Objektif Kajian

lSI KANDUNGAN

BAB 2:ULASAN KEPUSTAKAAN 2.1 Pengertian Halal

2.1.1 Menurut Bahasa 2.1.2 Menurut AI-Quran 2.1.3 Menurut Hadith 2.1.4 Menurut Undang-undang

2.2 Hab Halal 2.3 Malaysia Sebagai Hab Halal

2.3.1 Initiatif Kerajaan 2.3.2 Kekuatan Malaysia Sebagai Hab Halal

2.4 Pasaran Halal 2.4.1 Faktor Pembukaan Pasaran Hab Halal 2.4.2 Populasi Penduduk Islam Dunia 2.4.3 Kawasan Pasaran Halal Malaysia

2.5 Pengenalan Kepada Negeri Sabah 2.6 Sabah dan Hab Halal 2.7 Kelebihan Sabah bagi Menjadi Hab Halal

BAB 3:BAHAN DAN KAEDAH 3.1 Persampelan

3.1.1 Saiz sampel 3.2 Kaedah

3.2.1 Borang Soal Selidik 3.2.2 Soalan Temu Bual Berstruktur

3.3 Ujian Pra-tinjauan 3.4 Analisis Data

3.4.1 Taburan frekuensi

Halaman I ii iii iv v vi

vii viii ix x

1 8

9 9 9 11 12 13 14 15 20 22 22 23 24 25 27 29

30 31 31 31 33 34 34 34

Page 9: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - eprints.ums.edu.my

3.4.2 Ujian Khi Kuasa Dua 35 3.4.3 Ujian Korelasi 35

BAB 4:HASIL DAN PERBINCANGAN 4.1 Tinjauan Kaji Selidik 36

4.1.1 Demografi 36 4.1.2 Menilai Potensi Industri Pemprosesan Makanan Halal

Sabah sebagai Hab Halal 38 a. Pensijilan 38 b. Bahan Mentah 40 c. Cabaran Perjanjian AFfA&WTO 42 d. Sumber Manusia 44 e. Tahap teknologi dan Penyelidikan dan Pembangunan 49 f. Pemasaran 52

4.1.3 Faktor Pembangunan Hab Halal 57 4.1.4 Pendedahan Mengenai Hab Halal 59

4.2 Temubual 62 4.2.1 Peranan Organisasi dalam Pembangunan Hab Halal 64 4.2.2 Potensi Sabah Sebagai Hab Halal 64

a. Pensijilan 64 b. Bahan Mentah 64 c. Cabaran Perjanjian AFfA&WTO 65 d. Sumber Manusia 65 e. Tahap Teknologi 65 f. Pemasaran 66

4.2.3 Faktor Pembangunan Hab Halal 66 4.2.4 Pendedahan Hab Halal 66

BAB 5:KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.1 Kesimpulan 67 5.2 Kekangan dan Cadangan 68

RUlUKAN 69

LAMPIRAN 74

Page 10: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - eprints.ums.edu.my

SENARAI lADUAL

Halaman

Jadual4.1 Kekerapan dan peratusan data demografi 37

Jadual4.2 Sebab-sebab responden ingin mendapatkan pensijilan yang 40 belum dimiliki

Jadual4.3 Masalah-masalah bahan mentah 42

Jadual4.4 Tindakan yang diambil untuk menghadapi perjanjian 44 AFrA& WTO

Jadual4.S Bilangan pekerja mahir mengikut kumpulan 47

Jadual4.6 Jenis latihan yang diikuti pekerja 48

Jadual4.7 Tujuan melakukan aktiviti R&D 51

Jadual4.8 Kaedah pemasaran 53

Jadual4.9 Teknik promosi 53

Jadual4.10 Pengskalaan faktor-faktor pembangunan hab halal di Sabah 58

JaduaI4.11 Pengskalaan mengenai faedah-faedah menyertai hab halal 61

Jadual4.12 Pengkelasan data temu bual 62

vii

Page 11: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - eprints.ums.edu.my

SENARAI RAJAH

Halaman

Rajah 4.1 Pensijilan yang diingini mengikut jenis-jenis sijil 39

Rajah 4.2 Lokasi sumber bahan mentah 41

Rajah 4.3 Bilangan pekerja mahir 45

Rajah 4.4 Bilangan pekerja mahir mengikut jenis saiz industri 46

Rajah 4.5 Jenis penggunaan mesin 49

Rajah 4.6 Bilangan komputer 50

Rajah 4.7 Kawasan pemasaran produk 55

Rajah 4.8 Syarikat yang berminat mengeksport produk 56

viii

Page 12: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - eprints.ums.edu.my

AFrA

APK

ASEAN

BIMP-EAGA

BITMB

BPIMB

CEPT

DEB

FAMA

FAO

GATT

GHP

GMP

HACCP

HDC

HRDC

ICT

IHC

1M

IK

SINGKATAN

ASEAN Free Trade Area (Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN)

Amalan Peningkatan Kualiti

Association of Southeast Asian Nations (Persatuan Negara­negara Asia Tenggara)

Brunei, Indonesia, Malaysia, Philiphine - East Asia Growth Area (kawasan Pembangunan Asia limur)

Bank Industri dan Teknologi Malaysia Berhad

Bank Pembangunan dan Infrastruktur Malaysia Berhad

Common Effective Preferential Tariff

Dasar Ekonomi Baru

Federal Agriculture and Marketing Authority (Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan)

Food and Agriculture Organization (Pertubuhan Makanan Sedunia)

General Agreement on Tariffs and Trade (Rundingan Umum Perdagangan dan Tarif)

Good Hygiene Practice (Amalan Kebersihan yang Baik)

Good Manufacturing Practice (Amalan Pengilang yang Baik)

Hazard Analysis Critical Control Points

Halal Industry Development Corporation (Perbadanan Pembangunan Industri Halal

Council of Human Resource Development (Majlis Pembangunan Sumber Manusia)

Information, Communication and Technology

International Halal Forum

Industri Multinasional

Industri Keeil

xi

Page 13: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - eprints.ums.edu.my

IKS

IPM

IS

IRS

ISO

ITAF

JAKIM

JHEAINS

JP

KDNK

MARA

MARDI

MATRADE

MIDA

MIHAS

Mm

NAFrA

OIC

PERLA

PROLUS

PTL

Idustri Kecil dan Sederhana

Industri Pemprosesan Makanan

Industri Sederhana

Inland Revenue Bank

International Organization for Standardization (Piawaian Operasi Antarabangsa )

Industrial Technical Assistance Fund (Tabung bantuan Teknikal Perindustrian)

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sabah

Jabatan Pertanian

keluaran Dalam Negara Kasar

Majlis Agama Rakyat

Malaysia Agricultural Research and Development Institute (Institut Penyelidikan dan Kemajuan pertanian Malaysia)

Malaysia External Trade Development Corporation (Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia)

Malaysia Industrial Development Authority (Lembaga Pembangunan Perindustrian Malaysia)

Malaysia Halal Showcase ( Karnival Halal Malaysia)

Ministry of International Trade and Industry (kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri)

North American Free Trade Agreement (Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara)

Organization of the Islamic Conference (Pertubuhan Persidangan Negara Islam)

Perjanjian Latihan dengan Penyelia Latihan

Program Latihan yang Diluluskan

Pelan Latihan Tahunan

xii

Page 14: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - eprints.ums.edu.my

POIC

SBl

SOC

SEDCO

SIRIM

SMIDEC

TBA

TBB

TBC

TBD

TBE

TBF

TBG

UDA

VHM

WHF

WHO

WHR

wro

Palm Oil Industry Corporation (Koperasi Industri Minyak Kelapa Sawit)

Skim Bantuan Latihan

Sabah Development Corridor (Coridor Pembangunan Sabah)

Sabah Economic Development Corporation (Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah)

Standards and Industrial Research Institute of Malaysia (Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia)

Small and Medium Industries Development Corporation (Perbadanan Pembangunan Industri Keeil dan Sederhana)

Temu Bual A

Temu Bual B

Temu Bual C

Temu Bual D

Temu Bual E

Temu Bual F

Temu Sual G

Urban Development Authority (Perbadanan Pembangunan Bandar)

Veterinary Health Mark (logo Kesihatan Verterinari)

World Halal Forum (Forum Halal Sedunia)

World Health Organization (Pertubuhan Kesihatan Sedunia)

World Halal Research (Kajian Halal Sedunia)

World Trade Organization (Pertubuhan Perdagangan Dunia)

xiii

Page 15: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - eprints.ums.edu.my

SENARAI LAMPIRAN

Halaman

LAMPlRAN A Definisi Hab Halal 7S

LAMPlRAN B Pasaran Makanan Halal 77

LAMPlRAN C Soalan Soal Selidik 78

LAMPlRAN D Contoh Scalan Temu Bual 90

LAMPlRAN E Hubungan Antara Syarikat yang 91 Mempunyai Pensijilan Halal Dengan Jenis Tahap Pendidikan

LAMPIRAN F Hubungan Antara Syarikat Yang Mempunyai 92 Pensijilan Halal Dengan Jenis Syarikat

LAMPIRAN G Hubungan Antara Kecukupan Bahan Mentah 93 Dengan Jenis Perniagaan

LAMPlRAN H Hubungan Antara Kesedaran Cabaran 94 Perjanjian AFTA/WTO Dengan Jenis Saiz Syarikat

LAMPIRAN I Hubungan Antara Keseclaran Cabaran 95 Perjanjian AFTA/WTO Dengan Jenis Tahap Pendidikan

LAMPlRAN J Hubungan Antara Bilanagn Pekerja Mahir 96 Dengan Jenis Saiz Industri

LAMPIRAN K Perkaitan Antara Bilangan Pekerja Mahir 97 Dengan Nilai Pengeluaran Tahunan

LAMPlRAN L Hubungan Antara Menghantar Pekerja 98 Mengikuti Latihan Dengan Jenis Saiz Syarikat

LAMPlRAN M Perkaitan Antara Nilai Pengeluaran Produk 99 Tahunan Dengan Tahap Mesin yang Digunakan

LAMPIRAN N Hubungan Antara Jumlah Produk Dengan 100 Menjalankan Aktiviti R&D

x

Page 16: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - eprints.ums.edu.my

LAMPlRAN 0 Hubungan Antara Syarikat yang Bercadang Mengeksport Dengan Nilai Pengeluaran Produk Tahunan

xi

101

Page 17: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - eprints.ums.edu.my

BABl

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Dunia semakin maju dan berkembang pesat dengan pelbagai evolusi, tranformasi, dan

rekacipta berteknologi yang canggih dan terkini. Hal ini demikian kerana pengguna

menjadi semakin bijak, yang mana menjurus kepada cita rasa yang tinggi dan

membuatkan mereka bersifat cerewet dalam semua aspek dalam penentuan kriteria­

kriteria barangan pilihan mereka. Bahkan pengguna masa kini bukan sahaja mahukan

sesuatu produk yang berkualiti tetapi juga menitik beratkan kualiti, kebersihan, dan

ciri-ciri keselamatan terhadap produk itu.

Oleh itu, apabila kerajaan mengambil langkah untuk menjadikan Malaysia

sebagai hab halal, keadaan ini menampakkan rasionalnya. Sebenarnya, kepentingan

industri halal ini telah disedari sejak 1959 dimana Malaysia dengan seriusnya

menumpu ke arah perlaksanaan nilai keislaman di dalam sektor ini. Manakala pada

tahun 2006, Malaysia telah mensasarkan bagi menjadi hab halal global pada tahun

2010 dan matlamat kerajaan adalah untuk menguasai sekurang-kurangnya lima

peratus daripada pasaran produk halal dunia (Noraini, et aI., 2007). Keadaan ini

menampakkan realistiknya kerana penduduk Islam dunia telah mencapai dua billion

orang iaitu kira-kira 25 peratus populasi dunia dan 60 peratus merupakan penduduk

Asia. Manakala, penduduk Islam di Malaysia sendiri meliputi setengah daripada 26 juta

penduduk Malaysia. Sehubungan itu juga, barangan halal juga turut menjadi tarikan

pengguna-pengguna bukan Islam yang mementingkan kualiti, kebersihan, dan

keselamatan produk terutama dalam produk makanan.

Page 18: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - eprints.ums.edu.my

Menurut laporan ekonomi 2004/2005, prospek pasaran industri makanan halal

dianggarkan dalam lingkungan RM1330 hingga RM1520 bilion setahun berdasarkan

penduduk Islam dunia yang mencapai 1.8 bilion (Norlaila, 2007). Keadaaan ini sedikit

sebanyak menjadi tarikan utama bagi Malaysia untuk menguasai lima peratus daripada

pasaran halal dunia pada tahun 2010 iaitu dengan mengwujudkan hab halal. Menurut

Kamarudin (2003), lima peratus daripada pasaran dunia dalam industri halal akan

meningkatkan pendapatan negara sebanyak AS$17 bilion. Selain tarikan pulangan

yang bakal diperoleh menjadi salah satu faktor tarikan pembukaan hab halal,

kewujudan hab halal ini juga adalah bertujuan menghasilkan produk-produk yang

mementingkan aspek kebersihan dan keselamatan produk itu sendiri seperti mana

yang dititik beratkan oleh Islam dalam aspek kehalalan thoyyiban bagi semua aspek

kehidupan seharian. Produk yang dihasilkan bukan sahaja mendapat tempat pengguna

Islam malahan menjadi tarikan kepada pengguna bukan Islam yang sedar dan

mementingkan aspek kebersihan dan keselamatan produk selain kualiti itu sendiri

(Hayati dan Khairul Anuar, 2009).

Hab halal telah menjadi tarikan banyak negara yang menyedari pembangunan

produk halal seperti Thailand, Singapura dan Rlipina malahan negara maju seperti

Amerika Syarikat dan Australia juga berebut-rebut mengambil kesempatan ini menjadi

pengeluar produk halal. Walaubagaimanapun keadaan Malaysia lebih cerah kerana

Malaysia adalah salah satu negara ahli Organization of Islamic Countries (OIC) dan

merupakan sebuah negara Islam yang dihormati diperingkat antarabangsa. Malaysia

juga merupakan negara Islam pertama yang mengubal piawaian halal iaitu "Malaysia

Standard MS150O, General Guidelines on the Production, Preparation, Handling, and

Storage Ha/al Food' dimana ini juga merangkumi keperluan Amalan Kebersihan yang

Baik (GHP) dan Amalan Pengilangan yang Baik (GMP). Oleh itu, piawaian baru ini akan

menguatkan lagi Pensijilan Halal Malaysia yang mana sememangnya telah dikenali dan

dipercayai serantau dunia selain daripada faktor-faktor signifikan yang lain (Nik

Maheran et aI., 2009).

2

Page 19: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - eprints.ums.edu.my

Usaha Malaysia dalam sektor industri makanan halal ini telah lama dilakukan.

Keadaan ini boleh dilihat di dalam pelan Induk Perindustrian II (1966-2005) dan diberi

penekanan dalam Dasar Pertanian Negara Ketiga (1998-2010) (Noraini et aI., 2007)

dan hasilnya sekarang Malaysia telah mempunyai hab halal yang pertama iaitu di Pulau

Indah, Klang, Selangor dan bagi negeri lain seperti Pahang, Melaka, Negeri Sembilan

dan Perlis juga dipilih sebagai zon pengeluaran makanan halal. Malaysia telah

memberikan pelbagai bantuan dan sokongan dalam merealisiskan hab halal di Malaysia

dengan memberi pelbagai intensif seperti potongan eukai bagi syarikat yang

memperoleh pensijilan halal dan pensijilan kualiti, pengecualian eukai import dan eukai

jualan, potongan cukai dua kali ganda untuk aktiviti penyelidikan dan pembangunan,

serta potongan eukai dua kali ganda untuk aktiviti mempromosikan pengekportan dan

jenama makanan Malaysia. Selain bentuk intensif, kerajaan juga menganjurkan

seminar, forum dan latihan, kepada industri-industri makanan yang berstatus lndustri

Keeil dan Sederhana (lKS) terutamanya untuk membantu mereka ini menjadi salah

satu industri yang akan menyumbang kepada hab halal di samping meningkatkan hasil

produktiviti mereka di peringkat antarabangsa.

Manakala di Sabah, cadangan penubuhan hab halal ini juga dibangkitkan.

Melihat kepada Sabah, negeri ini mempunyai sumber-sumber pengeluarannya yang

masih banyak belum diterokai dan belum dieksploitasi lagi. Kedudukan Sabah pula

termasuk di dalam Kawasan Pembangunan Asia Ttmur (BIMP-EAGA) bersama-sama

Brunei, Indonesia dan Filipina, memberi kelebihan kepada pasaran. Selain itu, Sabah

juga disahkan bebas daripada penyakit kuku dan mulut, nipah, antrax, rinderpest dan

rabies. Oleh itu, kesempatan ini harus diambil oleh Sabah untuk menjadi salah satu

hab halal makanan di Malaysia disamping melihat kepada pasaran global produk

makanan halal yang akan membawa pulangan yang lumayan sebanyak RM21.2 trilion

(Kosmo Online, 2009). Keadaan ini dapat meningkatkan hasil ekonominya dan

mengurangkan kebergantungan kepada hasil import serta berseiringan dalam

membantu Sabah dalam perancangannya di dalam Sabah Development Centre (SDC).

3

Page 20: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - eprints.ums.edu.my

Melihat kepada kewujudan industri rnakanan di Sabah, adalah kebanyakkannya

dari Industri Keeil dan Sederhana (lKS). Penubuhan hab halal rnelibatkan konsep "dari

ladang ke meja makan" iaitu dari sumber bahan yang digunakan untuk mernbuat

sesuatu produk itu, proses-proses yang terl i bat, bahan-bahan yang digunakan,

kawasan sekeliling dan sehinggalah sarnpai ke pengguna akhir, mestilah dari surnber­

sumber, alat-alatan dan eara yang halal. Selain itu, menurut Noraini et al (2007), bagi

mernastikan prod uk makanan halal negara lebih kornpetitif, beberapa aspek penting

seperti teknologi, kaedah pemasaran, kualiti sumber rnanusia, dan kewangan syarikat

mesti diuruskan dengan baik. Oleh itu di dalarn kajian ini ada beberapa faktor diberi

perhatian dalam menilai potensi Sabah sebagai hab halal yang mana wujud di dalam

industri pernprosesan rnakanan. Antaranya adalah:

a. Status Pensijilan Halal dan lain-lain Pensijilan (Intemational Standard

Operation (ISO), Hazard Analysis Control Critical Point (HACCP), Good

Manufacturing Practice (GMP)

Mendapat status halal adalah rnerupakan satu kernestian dalam menyertai hab

halal. Menurut Shahidan et al (2006), kebanyakkan pengusaha dan pernasar

rnenggunakan sijil dan logo halal untuk memberitahu dan rnenarik keyakinan

pengguna terutama pengguna Islam dan juga bukan Islam yang mana prod uk

rnereka adalah halal mengikut hukum syariah. Oleh itu status halal adalah

sangat penting berbanding pensijilan yang lain (Hayati, 2009). Manakala bagi

selain pensijilan halal, seperti ISO, HACCP dan GMP juga penting dalam

rnengeksport dan rnenarik keyakinan pengguna dalam konteks jaminan kualiti

dan jaminan keselamatan. Bagi industri pernprosesan makanan halal,

kepentingan terhadap aspek ini menjadi keutamaan memandangkan eita rasa

pengguna adalah tinggi yang mana tuntutan terhadap kualiti, keselarnatan dan

kebersihan adalah aspek uta rna pengguna kini.

4

Page 21: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - eprints.ums.edu.my

b. Bahan Mentah

Menurut Nor Aini (2007a), bahan mentah banyak bergantung kepada bahan­

bahan yang diimport kira-kira 70 peratus. Subsektor yang banyak bergantung

kepada bahan mentah tersebut termasuklah kilang tepung, makanan binatang

dan minuman. Hanya subsektor koko, daging, ikan, nanas, sayur-sayuran, dan

buah-buahan yang menggunakan bahan mentah tempatan, tetap subsektor ini

juga menghadapi masalah kekurangan penawaran bahan mentah oleh faktor­

faktor kekurangan tanah yang sesuai dan pengetahuan tentang pengeluaran

secara komersial. Menurut Faridah, (2007b) walaupun ini bukan masalah utama

pengusaha, namun segelintir pengusaha terpaksa menghadapinya disebabkan

oleh kesukaran mendapat bahan mentah tempatan, kesukaran mendapat

bahan mentah yang diimport, masalah kualiti bahan mentah dan bahan mentah

yang berrnusim. Keadaan ini menunjukkan bahan mentah merupakan aspek

penting dalam industri pemprosesan makanan halal.

e. Isu Sumber Manusia

Aset yang terpenting dalam organisasi adalah sumber manusia selain modal

dan sumber ftzikal. Faktor sumber manusia alah sumber yang strategik bagi

kejayaan sesebuah industri keeil dan sederhana (IKS). Sumber manusia akan

menentukan tahap daya saing sesebuah industri. Sumber manusia boleh

memberikan sumbangan terhadap daya saing melalui aspek dorongan motivasi,

penerapan kemahiran baru, keeekapan operasi, memudahkan interaksi dengan

teknologi dan proses baru, melakukan gerak balas secara berkesan dan

menepati piawaian tinggi dalam pasaran. IKS masa kini amat memerlukan

sumber manusia yang berkemahiran terutamanya dalam bidang teknologi

pengeluaran, pengurusan dan informasi, komunikasi dan teknologi (1C1). Bagi

menghadapi persaingan global, sumber manusia tersebut perlu dilatih dan

dibangunkan dengan kemahiran terkini (Ab Razak, 2007). Kewujudan tenaga

mahir ini mampu memberi sumbangan yang besar dari segi daya saing dan

buah ftkiran yang mantap menghadapi globalisasi perdagangan sekarang.

5

Page 22: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - eprints.ums.edu.my

d. Tahap Teknologi dan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D).

Mengikut kajian oleh Porter (1985), penguasaan teknologi adalah salah satu

faktor terpenting dalam menentukan keupayaan daya saing sesebuah industri.

Menurut Stewart (1987), teknologi merangkumi kemahiran, pengetahuan, dan

kaedah mengeluar serta menggunakan barangan. Manakala Rahmah (2000)

menyatakan apabila keadaaan ini bertambah baik, maka ia dikenali sebagai

kemajuan teknologi. Dleh itu, ini akan memberi kesan positif kepada industri

dan ekonomi (Norlaila, 2007). Manakala R&D merupakan salah satu perkara

terpenting bagi mencetuskan inovasi. Melalui R&D, usahawan dapat me menu hi

kehendak pengguna, mempelbagaikan produk, meningkatkan kualiti produk

dan perkhidmatan.

e. Pemasaran I Eksport

Menguasai pasaran antarabangsa adalah satu kejayaan yang besar dan

menguntungkan. Pengusaha harus bijak menggunakan kewujudan AFTA bagi

mengekploitasikan peluang pasaran yang semakin terbuka luas dan penuh

dengan persaingan dengan teknik-teknik pasaran yang efektif. Kebolehan

menjalinkan integrasi jaringan pasaran yang pelbagi akan membantu dalam

memasarkan produk dengan baik selain daripada menggunakan teknik promosi

yang efektif. Merujuk kepada perlaksanaan AFTA, teknik pemasaran, teknik

promosi bagi memasarkan produk dan juga pemilihan jaringan pemasaran

memainkan peranan yang penting untuk sesebuah syarikat terus bertahan dan

berdaya saing.

f. cabaran WTD - AFTA

Malaysia menandatangani perjanjian sebagai sebahagian daripada ahli World

Trade Oganization (WTD) semasa sidang kemuncak WTD di Singapura pad a

1996 iaitu dengan perjanjian ASEAN Free Trade Area (AFTA), selepas tahun

2010, semua sekatan perdagangan bukan tarif seperti subsidi, campur tangan

langsung dan tidak langsung kerajaan, dasar-dasar perlindungan dan imbuhan

6

Page 23: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - eprints.ums.edu.my

tidak langsung, tidak lagi boleh lagi diberi kepada mana-mana industri

tempatan oleh negara-negara ahli (Nor Aini, 2007b). Ini menunjukkan IKS

Malaysia terdedah secara langsung dengan persaingan terbuka dengan negara­

negara ahli. Oleh itu, jika industri makanan di Sabah dapat menangani cabaran

ini dengan baik dan efektif, potensi Sabah sebagai hab halal adalah besar.

Peranan beberapa institusi sebagai agen perantaraan antara pihak kerajaan

dengan swasta, terutamanya usahawan adalah amat penting demi meningkatkan

daya saing firma dalam ekonomi global. Beberapa institusi ini adalah seperti Halal

Industry Development Corporation (HDC), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),

Kementerian Industri Perdagangan Antarabangsa (Mm), Industri Penyelidikan dan

Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar

Malaysia (MATRADE) Lembaga Pemasaran Pertanian Perseketuan (FAMA) dan lain-lain

(Nor Aini, 2007d). Institusi-institusi ini yang bertanggungjawab mempertingkatkan

potensi-potensi di dalam industri makanan dengan pelbagai usaha selain

mengenalpasti dan mengekploitasi faktor-faktor pembangunan hab halal di Sabah.

Mereka juga berperanan memberi pendedahan hab halal kepada industri-industri

makanan yang mana pendedahan ini adalah amat penting dalam menyampalkan era

globalisasi baru yang berlaku dalam dunia perdagangan.

Secara dasarnya, kepentingan kajian ini adalah bagi membantu Sabah menilai

potensi-potensi yang wujud dalam negeri mereka terutamanya di dalam industri

pemprosesan makanan yang mana akan merealisasikan kewujudan hab halal dan

seterusnya menjana ekonomi Sabah dan kemajuannya. Kajian ini juga membantu

negeri Sabah, mengenal pasti faktor-faktor penting dan signifikan yang mana wujud di

dalam negeri mereka dalam pembangunan hab halal Sabah. Faktor-faktor yang dikenal

pasti ini bukan sahaja membantu pembangunan hab halal malah menyumbang kepada

pembangunan Sabah. Selain itu, kepentingan kajian ini boleh dilihat pada industri

pemprosesan makanan terutama golongan IKS yang banyak terdapat di Sabah dimana

mereka akan lebih terdedah dan faham akan hab halal ini. Secara tidak langsung

7

Page 24: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - eprints.ums.edu.my

penyebaran maklumat mengenai hab halal berlaku pada mereka yang seterusnya

golongan ini akan memperoleh manfaat dari segi pemasaran produk mereka yang akan

diperkembangkan diperingkat global dengan wujudnya hab halal di Sabah.

Seterusnya, kepentingan kajian ini juga boleh dilihat dari konteks pengguna,

dimana dapat membantu penduduk Islam Sabah yang mana sememangnya wajib ke

atas makanan halalan thoyyiban selain pengguna bukan Islam yang mementingkan

ciri-ciri makanan yang halal, bersih dan selamat. Dengan adanya kajian ini, dapat

membantu pengusaha memahami akan maksud halalan thoyyiban. Selain itu, apabila

wujudnya hab halal ini, semua makanan yang diperdagangkan disini akan memenuhi

kriteria-kriteria makanan halal. Keraguan yang selalu timbul terutamanya dikalangan

pelancong asing di bumi Sabah baik dari luar negara mahupun pelancong dari Malaysia

sendiri juga dapat dihakis.

1.2 Objektif Kajian

a. Menilai potensi Sabah sebagai hab halal berdasarkan industri pemprosesan

makanan halal di Sabah.

b. Mengenalpasti faktor-faktor pembangunan hab halal di Sabah.

c. Mengetahui pendedahan hab halal pada industri-industri pemprosesan

makanan halal di Sabah.

8

Page 25: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - eprints.ums.edu.my

RU1UKAN

Adam R.Z. 2006. KL Keen To TapLucrative Halal Industry. Businee TImes. (atas talian) htpp:/ /www.halaljournal.com/artman/publish/articJe_511.shtml. (5 Oktober 2009).

Ahemad Sade. Pusat Penyelidikan Perikanan Ukas, Jabatan Perikanan Sabah. Penolong Pengarah Akuakultur. 8 Febuari 2010.

Amat Kasim. Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Temak (JPHPT), Sabah. TImbalan Pengarah Verterinar dan Penguatkuasaan. 5 Febuari 2010.

Berita Harian. 2010. Industri Halal Diperkasa - HDC Diperbadankan, Pensijilan oleh JAKIM Dipertingkatkan. 240ktober: 9.

Bemama. 2008. Malaysia Has Big Potential To Be Global Halal Hub Product Manufacturer. 6 De<;ember.

Chua Van Piaw. 2006. Kaedah dan Statistik Penyelidikan (8uku 2) - Asas Statistik Penyelidikan. Kuala Lumpur: McGraw-Hili Education.

Chua Van Piaw. 2008. Kaedah dan Statistik Penyelidikan (8uku 3) - Asas Statistik Penyelidikan - Analisis Data Skala Ordinal dan Skala Nominal. Kuala Lumpur: McGraw-Hili Education.

Daily Express. 2006. Plan for Halal Abattoirs in Six Key Sabah Areas. 19 September 2006.

Department of Standard Malaysia. Halal Food - Production, Preparation, Handling and Storage - General Guidelines (Second Revision). 2009. MS1500:2009.

Faridah Shahadan. 2007a. Tahap Teknologi, Produktiviti, Inovasi, Penyelidikan dan Pembangunan. Dalam Norlaila, Noraini Hj. Idris, Ab. Razak Dan dan Mohd Ali Mohd Nor. Malaysia Ke Arah Hab Makanan Halal Dunia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, him 102-125.

Faridah Shahadan. 2007b. Kekuatan dan Kelemahan Rnna IKS Makanan Halal. Dalam Norlaila, Faridah Shahadan, Ab. Razak Dan, Mohd AI~ Mohd Nor dan Noraini Hj. Idris. Malaysia Ke Arah Hab Makanan Halal Duma. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, him 144-155.

Fink, A. 2003. How to Ask Surveys Questions. USA: Sage Publications, Inc.

69

Page 26: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - eprints.ums.edu.my

Fink, A. 2003. How to Manage, Analyze and Interpret Survey Data. USA: Sage Publications, Inc.

Fink, A. 2003. The Survey Handbook Second Edition. USA: Sage Publications, Inc.

Halal Industry Development Corporation. 2009. HDC Designated Halal Parks Development Guidelines.

Halal Industry Devlopment Corporation (HOC). Market Information. (atas talian) http://knowledge.hdcglobal.com/en/indices/index_5.html. Dicetak pad a 7 Ogos 2008.

Halal Industry Devlopment Corporation (HDC). What is Halalan Thoyibban. (atas talian) http://knowledge.hdcglobal.com/en/indices/index_12.html. Dicetak pad a 7 Ogos 2008.

Halimah Harun. 2007. Malaysia Sebagai Hab Produk Halal Dunia: Cabaran dan Harapan Usahawan Bumiputra. Convention of Islamic Entrepreneurships 2007 (iCEPS 2007). UKM.

Hayati@Habibah Abdul Talib dan Khairul Anuar Mohd Ali. 2009. An Overview of Malaysian Food Industry: The Oppurtunity and Quality Aspects. Pakistan JoumalofNutrition. 8 (5): 507-517.

IR Raslan Ahmad. 2005. Kertas Kelja 4: Hab Halal Selangor - Gerbang Ke Pasaran Global Prosiding Sesi II: Peneraju Potensi Pelaburan Baru. Selangor. 26 Mac 2005.

Irfan Sungkar. 2009. The Global Halal Food Industry - Revisited. The Halal Journal. Kuala Lumpur: KasehDia.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. (atas talian) http://Halaijakim.gov.my. (26 Ogos 2009).

Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak (JPHPT). (atas talian) http://www.sabah.gov.my/hwan/index3.html. (15 Febuari 2010)

Jamaluddin Kadir dan Irfan Sungkar. 2006. Memperkasakan Sektor IKS Dalam Industri Makanan. Kertas 8: Peluang Bisnes Dengan Prima Agri. Seminar Halal Food Standards Realisation (HAFSTAR) MS 1500:2004. Kota Kinabalu, Malaysia. 5 -6 Disember 2006.

Kementerian Malaysia. 2006. Rancangan Industri ke-3 2006-2020 (IMP3). Percetakan Nasional Malaysia Berhad. Kuala Lumpur.

70

Page 27: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - eprints.ums.edu.my

Keruak-Sabah News. 2006. Sabah Sebagai Hab Pengeluaran Makanan Halal. 20 Setember.

Kosmo Online. 2009. Meneari Daging Halal. (atas talian) http://kosmo.com .my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0519&pub=Kosmo&sec =Rencana_Utama&pg=ru_01.htm. (3 Ogos 2009).

Kosmo. 2010. Pentingnya Sijil Halal. 15 Febuari: 20-21.

Lay Yoon Fah dan Khoo Chwee Hoon. 2009. Pengenalan Kepada Ana/isis Data Berkomputerdengan SPSS 16.0 for Windows. Selangor: Venton Publishing.

Maa'mor Osman. 2003. Kepentingan Makanan Halal dan Selamat ke Arah Keharmonian Masyarakat dan Negara. Kertas Kerja dalam Seminar Kempen Makanan Halal dan Selamat. Kuala Lumpur. Januari 2003.

Marina Muhamad dan Rohaizad Hassan (eds). World Halal Research Summit 2009 -Preparations For The Future. 2009. Halal Industry Development Corporation. Issue 1.

Marina Muhamad dan Rohaizad Hassan (eels). World Halal Research Summit 2009 -Halal and The Current Economic Malaise. 2009. Halal Industry Development Corporation. Issue 1.

Marina Muhamad, Rohaizad Hassan (eds). World Halal Research Summit 2009 - Halal Certificatation Improvement Process. 2009. Halal Industry Development Corporation. Issue 1.

Mohd Ali Mohd Noor. 2007a. Modal dan Pembayaran. Dalam Norlaila, Faridah Shahadan, Ab. Razak Dan dan Noraini Hj Idris (eds). Malaysia Ke Arah Hab Makanan Halal Dunia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, him 58-79.

Mohd Ali Mohd Noor. 2007b. Penyelidikan dan Pembangunan (P&P) di Kalangan IKS Makanan Halal di Malaysia. Kuala Lumpur: UM.

Mohd Awang.labatan Hal Ehwal Islam, lHEAINS. Timbalan Pengarah Hal Ehwal Islam. 28 Disember 2009.

Mohd Sheffie Abu Bakar. 1991. Metodologi Penyelidikan. Edisi Keelua. Bangi: UKM.

Mokhtar Abdullah. 1994. Analisis Regresi. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur.

71

Page 28: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - eprints.ums.edu.my

NAM News Network. 2009. Malaysia ~ Sabah Stale ~ nts To Boost Food ports 111 East ASEAN Region. (atas tallan) http://WW''N.n mn n twork.org. k pada 8 Oges 2009.

Nik Maheran Nik Muhammad, Alzah Md !sa d n B din Ch WI. 2009. It onln9 Malaysia as Halal Hub: Integra on Rol of Suply Ch In S . Y nd Ii I I assurance System. Joumal of Asian Sod ISdn . (7).

Nor Alni Hajl Idris, Faridah Shah dan, Ab. Raza Mohd Nor. 2007. Rumusan dan Impl/ Makanan Halal Dunia. Kuala Lumpur: De 201.

Nor Ainl Hajl Idris, Mohd All Mohd Noor, Abdul ~ k 0 n, F rid h h hd n d n Norlaila Abu Bakar. 2007. Malaysia K4 rah If. b M. Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustak .

Nor Ain! Hajl Idrls. 2oo7c. Daya Salng Glo I: Tun n d n Faridah Shahadan, Ab. Razak D n d n Mohd All M h N Hab Makanan Halal Dun'lJ. Kual Lumpur: n h 156-184.

Nor Azman. Halal Industry Dev opm nt Corpo n (HOC), tu Pengarah Taman Hala!. 17 Janu 2010.

Noralsyah Mohd Yunus. Unit Peny IIdlk n rbl Penyelldlkan Penerbitan. 21 J nu ri 2010.

.h Unl

72

Page 29: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - eprints.ums.edu.my

Norlaila Abu Bakar dan Noraini Hj. Idris. 2007. Keupayaan Mengekport Produk Makanan Halal di Kalangan Pengusaha PKS di Malaysia. Bangi: Pusat Pengajian Ekonomi, UKM.

Norlaila Abu Bakar. 2007. Jaringan dan Pemasaran. Dalam Noraini Hj Idris, Faridah Shahadan, Ab. Razak Dan dan Mohd Ali Mohd Nor. Malaysia Ke Arah Hab Makanan Halal Dunia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, him. 126-143.

Porter M.E. 1985. Competitive Advantage, Creating and Sustaining Superior Performance. New York: The Free Press.

Rahmah Ismail. 2000. Kemajuan Teknologi dan Pembangunan Dalam Teori Pertumbuhan dan Pembangunan Ekonomi. UKM: Bangi.

Rancangan Malaysia Kesembilan (2006-2009). 2006. Jabatan Penerangan Malaysia.

Riaz, M.N. and Chaudry M.M. 2004. Halal Food Production. USA: CRC Press.

Sabah Development Corridor (SOC). 2009. Malaysia Poised To Be Global Halal Hub. (atas talian) http://www.sdc.gov.my (11 Jun 2009).

Shahidan Shafie dan Md Nor Othman. 2006. Halal Certificate: An International Marketing Issues and Challenges. (atas talian) http://www.ctwcongress.De/ifsam/download track_13/pap00226.pdf. Dicetak pada 30 Ogos 2009.

Sotimin Sarun. Unit Makanan dan Bahan Gunaan Islam (MGI). Pengarah MGI. 11 September 2009.

Stewart F. 1978. Technology and Under-Development London:Macmillan.

Suhaimi Untong. SEDCO. Pengurus Projek, Kualiti dan Pengurusan Tanah. 14 Januari 2010.

Sumali A. 2006. Halal-New Market Opportunities. The 9th ECR Conference, KLCC,

Malaysia. 15 November 2006.

The Halal Journal. Sabah Explores Agriculture-based Halal Food Market for BIMP-EAGA. Julai-Ogos 2009. Kuala Lumpur: KasehDia.

Unit Makanan dan Bahan Gunaan Islam (MGI). (atas talian) http://www.sabah.gov.my/halalsabah.htm. Dicetak pada 13 July 2009.

73

Page 30: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - eprints.ums.edu.my

Yaakob Che Man dan Mariam Abdul Latif. 2002. Malaysia Sebagai Pusat Pengeluar Makanan Halal Dunia: Potensi dan Cabaran. Kertas Kerja Dibentangkan Diseminar Peluang Perniagaan dalam Bidang Makanan Halal Peniagawati Malaysia. Kuala Lumpur. 21 Septemper.

Zainal Azman Haji Abu Kassim. 2003. Market, Potential and Challenges for the Halal Food Industries. Kertas kelja dalam Seminar Halal: The Concept and Its Bussiness Opportunities. Kuala Lumpur. (6-7 Mac 2003).

Zatina Zakaria. 2004. Keberkesanan Undang-undang Makanan dan Produk Halal di Malaysia. Jurnal Syariah. 12:2 [2004] 95-106.

Zalina Zakaria. 2008. Tapping Into The World Halal Market: Some Discussions on Malaysia Laws and Standard. Shariah Journal. Vol. 16. Special Edition (2008): 603-616.

74