117
BUKU PANDUAN DISIPLIN BAGI INSTITUSI PENDIDIKAN DAN ASRAMA KEMENTERIAN PENDIDIKAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM 2007

Buku Panduan Displin

Embed Size (px)

Citation preview

  • BUKU PANDUAN DISIPLINBAGI

    INSTITUSI PENDIDIKAN DAN ASRAMA

    KEMENTERIAN PENDIDIKANNEGARA BRUNEI DARUSSALAM

    2007

  • Hak Cipta Pejabat Timbalan Setiausaha Tetap (PK)Kementerian Pendidikan, 2007

    Tel : (673) 2381823 Faks : (673) 2381707

  • iii

    Terlebih dahulu saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepadaahli-ahli jawatankuasa yang telah menyusun dan menggubal semula bukubertajuk Disiplin / Peraturan Sekolah dan Asrama Negara Brunei Darussalamserta menjemput saya untuk menyampaikan sepatah dua kata alu-aluan dalam buku yang mengumpulkan berbagai peraturan untuk sekolah dan asrama di seluruh negara.Saya juga tidak lupa mengucapkan tahniah atas kesabaran dan daya usaha mereka sehingga BukuPanduan Disiplin Bagi Institusi Pendidikan dan Asrama ini dapat digubal dan diterbitkan semula sebagai bahan rujukan kepada para pengetua, guru besar, guru disiplin, penjaga asrama dan merekayang diberi tanggungjawab mendidik dan menjaga pelajar-pelajar di institusi-institusi pendidikan danasrama.

    Saya percaya bahawa semua pegawai, pengetua sekolah, guru besar, guru dan sesiapa jua yang akanterlibat melaksanakan semua peraturan yang bersangkutan dengan hal-ehwal sekolah dan asrama iniakan sentiasa menyedari bahawa pelaksanaan yang kemas terhadap sebarang peraturan hendaklahterlebih dahulu memahami erti kata pendidikan yang sebenarnya serta menghayatinya dengan sempurna. Tujuan pendidikan dan asuhan sempurna ditekankan di semua peringkat sekolah ialahuntuk membolehkan pelajar-pelajar menjadi anggota masyarakat, warganegara dan pemimpin yangberguna dan bertanggungjawab.

    Semua peraturan yang digariskan dalam buku ini adalah selaras dengan peruntukan dalam Education(School Discipline) Regulations, 2004. Ke arah pelaksanaan yang berkesedaran ini, maka peraturanberkenaan haruslah difahami dengan bersungguh-sungguh dan dilutani pelaksanaannya dengan harapan dan doa semoga kita dapat membentuk disiplin, budi pekerti dan akhlak yang mulia di kalangan pelajar-pelajar kita. Hasrat kita ialah supaya amalan berdisiplin benar-benar menjadi sebahagian daripada latihan hidup berterusan yang berkesan dan bermanfaat bagi semua pelajar diinstitusi pendidikan dan asrama.

    Sebagaimana yang telah digariskan oleh ahli-ahli yang menggubal semula peraturan ini, saya jugaberharap supaya usaha-usaha dan proses pembentukkan akhlak, budi pekerti mulia dan pendidikansepanjang hayat sentiasa berpegang teguh kepada konsep kenegaraan kita sebagai sebuah negaraMelayu Islam Beraja (MIB). Ketiga-tiga konsep ini sudah kita yakini mempunyai kebaikan dan kebajikan yang bermanfaat tanpa merugikan mana-mana pihak jua pun.

    WassalamWabillahit Taufiq Walhidayah Wassalamu 'Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

    [ Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Rahman bin Taib ]Menteri Pendidikan

    Kementerian Pendidikan Negara Brunei Darussalam

    17 Jamadilakhir, 1428H / 2 Julai, 2007M

    KATA ALU-ALUAN

  • vDalam kesempatan ini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua pihakyang telah terlibat dalam menyediakan dan menerbitkan "Buku PanduanDisiplin Bagi Institusi Pendidikan dan Asrama." Saya difahamkan bahawabuku panduan tersebut telah digunakan sejak 20 tahun yang lalu, maka wajarlah ia diteliti dan dikemaskinikan sesuai dengan perkembangan semasa dan diterbitkan semulaoleh Kementerian Pendidikan untuk menjadi rujukan semua pihak di institusi pendidikan. Ini menunjukkan betapa pihak Kementerian Pendidikan sangat prihatin dan tidak lalai dalam memberikanasuhan dan didikan yang sempurna dengan memantau dan memimpin menerusi beberapa mekanismetermasuk buku panduan tersebut.

    Ugama Islam yang dianuti oleh majoriti penduduk di negara ini adalah satu ugama yang sangat menitikberatkan soal-soal disiplin. Antara ajaran indah dalam ugama ini ialah menghendaki semuapenganutnya berdisiplin dalam semua kegiatan kehidupan sama ada berbentuk kejasmanian mahupunkerohanian. Perkara asas dalam disiplin itu ialah mentaati dan mematuhi arahan pencipta dan penguasa disiplin, sebagaimana Firman Allah Subhanahu Wataala yang maksudnya :

    Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamukepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dan kepada ulil amri (pemegangkepimpinan) di kalangan kamu.

    (Surah An-Nisa, Ayat 58)

    Sehubungan dengan itu, pengurus institusi pendidikan adalah pihak yang berperanan penting dalammembentuk disiplin para pelajarnya. Kepatuhan para pelajar dan sokongan para penjaga serta ibubapa terhadap pelaksanaan disiplin yang digariskan itu sangat diperlukan bagi kelancaran sistem pengajaran dan pembelajaran supaya lebih teratur dan berkesan juga untuk membisaikan peribadi dankeolahan anak-anak kitani yang bakal menjadi warga yang berguna dan pemimpin masyarakat dannegara pada masa hadapan.

    WassalamWabillahit Taufiq Walhidayah Wassalamu 'Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

    [ Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abd. Rahman ]Timbalan Menteri Pendidikan

    Kementerian Pendidikan Negara Brunei Darussalam

    17 Jamadilakhir, 1428H / 2 Julai, 2007M

    MUKADIMAH

  • vii

    Memandangkan bahawa Buku Disiplin / Peraturan Sekolah dan AsramaNegara Brunei Darussalam tersebut telah diterbitkan lebih 20 tahun yang lalu,maka Kementerian Pendidikan berpendapat sudah tiba masanya peraturan-peraturan pendidikan yang terkandung di dalamnya perlu digubal semula dengan mengambil kira perubahan-perubahan terkini serta perkembangan semasa, khususnya peng-gunaan teknologi maklumat yang menyeluruh di dalam kehidupan pelajar-pelajar.

    Dalam hal ini, dari satu sudut adalah diakui bahawa penggunaan teknologi maklumat boleh membawa kepada banyak manfaat, bagaimanapun dari sudut yang lain, teknologi maklumat juga boleh disalah-gunakan sehingga menjejaskan keperibadian dan akhlak pelajar-pelajar. Justeru itu, KementerianPendidikan memikirkan bahawa perlu adanya garis panduan terkini yang dapat menangani berbagaimasalah disiplin di kalangan pelajar-pelajar di institusi pendidikan dan asrama.

    Buku Panduan Disiplin Bagi Institusi Pendidikan dan Asrama ini dihasratkan dapat digunakan sebagaigaris panduan dalam mendidik dan membentuk keperibadian pelajar-pelajar yang mulia. Namun begitu, buku tersebut hanyalah merupakan panduan sahaja dan pengetua, guru besar, guru disiplin,guru-guru dan penjaga asrama dinasihatkan untuk melaksanakan peraturan-peraturan dan disiplindengan penuh hikmah, bijaksana, adil serta saksama bagi mencapai hasil yang positif serta meng-elakkan perkara-perkara yang tidak diingini daripada berlaku. Umumnya, pihak sekolah adalahdigalakkan untuk mengadakan perundingan atau muzakarah sebelum sesuatu tindakan dikenakan keatas setiap kesalahan, umpamanya mengadakan pertemuan dengan ibu bapa / penjaga pelajar bagimengeratkan persefahaman / perhubungan serta kerjasama antara pihak institusi pendidikan denganibu bapa / penjaga.

    Dalam kesempatan ini juga, pihak-pihak berkenaan yang akan terlibat dalam pelaksanaan tindakan-tindakan disiplin di institusi-institusi pendidikan dan asrama adalah diingatkan untuk merujuk dan memanjangkan mana-mana perkara yang tidak terkandung dalam buku panduan ini kepada pihak-pihak tertentu / berkenaan di Kementerian Pendidikan. Rujukan hendaklah juga dibuat kepada pihakberkenaan dengan mengambil kira peruntukan-peruntukan perundangan yang terkandung dalammana-mana jua undang-undang yang berhubung kait dengan pendidikan di Negara BruneiDarussalam, khususnya Education Order 2003 dan peraturan-peraturan di bawahEducationRegulations 2004.

    Akhir kata, saya ingin menyampaikan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepadaJawatankuasa serta pihak yang telah menyumbang tenaga dan idea mereka sehinggalah buku inidapat diterbitkan semula. Mudah-mudahan segala sumbangan mereka akan mendapat ganjaran pahala berlimpah daripada Allah Subhanahu Wata'ala jua hendaknya. Amin.

    WassalamWabillahit Taufiq Walhidayah Wassalamu 'Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

    [ Dato Paduka Haji Sheikh Adnan bin Sheikh Mohammad ]Setiausaha Tetap

    Kementerian Pendidikan Negara Brunei Darussalam

    17 Jamadilakhir, 1428H / 2 Julai, 2007M

    MUKADIMAH

  • ix

    Kata Alu-Aluan

    Mukadimah

    Bahagian Pertama : Pendahuluan

    1. Definisi2. Tujuan, Matlamat dan Pengenaan Peraturan3. Pelaksanaan

    Bahagian Kedua : Butir-butir Peraturan Institusi Pendidikan

    1. Tatatertib2. Kedatangan Harian3. Waktu Belajar dan Berada Dalam Bilik Darjah4. Waktu Rehat5. Waktu Balik6. Pakaian7. Rambut8. Pejabat Pentadbiran Institusi Pendidikan9. Bilik Guru10. Bilik Khas (Makmal Sains / Makmal Komputer / Bengkel-Bengkel

    Pertukangan Kayu / Geografi / Sains Rumahtangga / AVA / LAC /Kaunselor / Persidangan dan lain-lain)

    11. Bilik Ibadat / Surau12. Tandas13. Perpustakaan / Pusat Sumber Institusi Pendidikan 14. Pemeliharaan Harta Benda / Peralatan Institusi Pendidikan15. Yuran Institusi Pendidikan / Bayaran Institusi Pendidikan / Asrama16. Kegiatan Luar Institusi Pendidikan / Tambahan (ECA) atau Kegiatan

    Kokurikulum (CCA)17. Lawatan-lawatan18. Papan Kenyataan19. Majalah Institusi Pendidikan20. Perhimpunan di Institusi Pendidikan21. Kebersihan dan Kesihatan22. Pelajar Berhenti / Bertukar Institusi Pendidikan23. Permohonan Pelajar Baru24. Kerja Kelas / Rumah25. Ujian dan Peperiksaan26. Pelajar yang Menaiki Bas atau Kenderaan Lain 27. Pelajar yang Menggunakan Kenderaan Sendiri 28. Hubungan Ibu Bapa / Penjaga dengan Institusi Pendidikan 29. Hal-hal Lain

    KANDUNGAN

    iii

    v, vii

    1

    123

    6

    67910101014141515

    151516171718

    18192020212123232324252526

  • xBahagian Ketiga : Peraturan Asrama

    1. Pendahuluan2. Kuat Kuasa Peraturan3. Perundingan dan Muzakarah4. Matlamat Asrama5. Tujuan6. Tatatertib7. Larangan8. Makan dan Minum9. Kebersihan dan Kesihatan10. Rujukan dan Tindakan Susulan11. Bilik Asrama12. Bilik Air (Kamar Mandi dan Tandas) 13. Jadual Pembelajaran14. Bimbingan Agama dan Ibadat15. Keluar Asrama16. Pelawat17. Kegiatan Luar18. Tempat Larangan19. Keselamatan Harta Benda dan Bangunan20. Mencegah Kebakaran21. Jenis-Jenis Kesalahan22. Tindakan dan Hukuman23. Rayuan-rayuan

    Bahagian Keempat : Tajuk-tajuk Kesalahan dan Tatacara Pelaksanaan Tindakan

    1. Pendahuluan2. Senarai Tajuk Kesalahan dan Pelanggaran Peraturan-peraturan Institusi

    Pendidikan dan Asrama3. Penutup

    Lampiran-Lampiran

    Lampiran 1 : Tatacara Tindakan Kes Ringan

    Lampiran 2 : Tatacara Tindakan Kes Berat

    Lampiran 3 : Contoh Surat Makluman / Peringatan / Amaran / Memanggil IbuBapa / Perjanjian / Keterangan Pengakuan Pelajar

    Lampiran 4 : Bidang Tugas Penjaga Asrama / Guru Pengawas / PengawasKeselamatan

    27

    2727272728292930313132323233333334343435353637

    38

    3838

    40

    41

    58

    87

    102

  • BAHAGIAN PERTAMA

    PENDAHULUAN

    1. DEFINISI

    1.1. Institusi Pendidikan :

    Institusi pendidikan bermaksud sesebuah institusi pendidikan termasukkelas prasekolah, tadika, sekolah rendah, menengah dan vokasional,maktab dan institusi-institusi pendidikan lain yang setaraf dengannyatetapi tidak termasuk Universiti Brunei Darussalam, Universiti IslamSultan Sharif Ali, Institut Teknologi Brunei dan Maktab JururawatPengiran Anak Puteri Rashidah Saadatul Bolkiah.

    1.2. Pelajar :

    Pelajar bermaksud seseorang dari sebarang umur yang diberikan pendidikan atau latihan di dalam sesebuah institusi pendidikan termasuk murid, penuntut dan pelatih.

    1.3. Asrama :

    Asrama bermaksud tempat-tempat kediaman pelajar yang di bawahpentadbiran guru-guru besar atau pengetua-pengetua atau pegawaiyang setanding dengannya bagi semua jenis institusi pendidikan seperti dalam perkara 1.1.

    1.4. Penjaga :

    Penjaga bermaksud keluarga terdekat yang bertanggungjawab terhadap hal-ehwal pelajar iaitu ibu dan bapa atau mana-mana orangyang mempunyai kawalan sebenar atau di sisi undang-undang ke atasseseorang pelajar.

    1.5. Pengetua / Guru Besar :

    Pengetua / guru besar bermaksud seseorang pegawai pendidikan yangdilantik dalam jawatan demikian bagi sesebuah institusi pendidikanyang bertanggungjawab terhadap disiplin pelajar-pelajar di institusitersebut dan mempunyai kuasa ke atas guru-guru lain dan pelajar dalamhal yang sama atau berkaitan.

    1.6. Guru :

    Guru bermaksud seseorang yang mengajar pelajar-pelajar di dalamsesebuah institusi pendidikan.

    1

  • 1.7. Kaunselor :

    Kaunselor bermaksud seseorang yang terlatih dalam bidang kaunselingdan sekurang-kurangnya memiliki kelulusan Sijil Kaunseling dariUniversiti Brunei Darussalam atau setaraf dengannya yang dipertanggungjawabkan untuk membantu mana-mana pelajar yang dirujuk kepadanya.

    1.8. Bilik Darjah :

    Bilik darjah mempunyai makna yang sama seperti kelas di dalam bukupanduan ini.

    1.9. Yuran Sekolah :

    Yuran sekolah (school fund) bermaksud bayaran yang dikutip darisemua pelajar pada permulaan penggal pertama persekolahan bagitahun akademik itu.

    1.10. Bayaran Sekolah :

    Bayaran sekolah (school fees) bermaksud bayaran bulanan yang di-kenakan kepada pelajar-pelajar yang bukan warganegara Brunei.

    2. TUJUAN, MATLAMAT DAN PENGENAAN PERATURAN

    2.1. Peraturan ini digubal :

    2.1.1. Untuk mendokumentasikan secara rasmi garis panduan tatacara pelaksanaan dan tindakan-tindakan untuk menanganiisu-isu disiplin di institusi pendidikan dan asrama.

    2.1.2. Untuk memupuk keperibadian pelajar supaya menjadi individuyang berdisiplin serta mewujudkan warga institusi pendidikandan asrama yang mampu hidup selesa, harmoni, bertoleransi,hormat-menghormati, bantu-membantu dan berakhlak mulia.

    2.1.3. Untuk menjadi bahan rujukan yang menjelaskan dan membezakan tentang betul atau salahnya sesuatu tindakanyang dilakukan oleh pelajar-pelajar. Ini adalah selaras denganhasrat para pendidik untuk menjadikan institusi pendidikan danasrama sebagai saluran pelajar mendapatkan ilmu pengetahuan dan menerima didikan serta asuhan hidup yangsempurna.

    2

  • 2.2. Matlamat peraturan ini ialah untuk membentuk para pelajar supayamenjadi anggota masyarakat Negara Brunei Darussalam yang terdidikdengan falsafah Melayu Islam Berajasebagai cara hidup atau pegangan yang berpandukan ciri-ciri kebruneian yang murni.

    2.3 Peraturan ini hanya terpakai bagi institusi pendidikan dan asrama Kerajaan sahaja.

    3. PELAKSANAAN

    3.1. Pengetua / guru besar, guru atau pegawai pendidikan yang dilantikkhusus oleh Menteri bagi sebab-sebab pelaksanaan peraturan ini diberikuasa oleh Menteri untuk melaksanakan disiplin / peraturan di institusipendidikan dalam aspek-aspek disiplin / peraturan yang meliputiperkara-perkara berikut :

    3.1.1. budi pekerti / tingkah laku ;3.1.2. kebersihan dan kesihatan (diri dan persekitaran) ;3.1.3. ketepatan masa ;3.1.4. kedatangan ke institusi pendidikan / bilik darjah ;3.1.5. potongan rambut ;3.1.6. pakaian seragam / pakaian institusi pendidikan ;3.1.7. penjagaan harta benda sendiri, institusi pendidikan, asrama

    dan awam ;3.1.8. keselamatan lalu lintas, kebakaran dan kecemasan ;3.1.9. keselamatan makmal sains / makmal komputer / pusat sumber /

    bengkel-bengkel dan sebagainya ;3.1.10. kegiatan-kegiatan luar bilik darjah seperti di perpustakaan /

    pusat sumber, kelab-kelab, persatuan-persatuan, permainansukan, dan olahraga, pancaragam institusi pendidikan,pasukan beruniform (kadet tentera, kadet polis, bomba, bulansabit merah, pengakap dan pandu puteri) ;

    3.1.11. pengelolaan lawatan ;3.1.12. penerbitan bahan bercetak ; dan3.1.13. penubuhan jawatankuasa institusi pendidikan.

    3.2. Institusi pendidikan menyediakan kegiatan-kegiatan berjadual dan terancang dengan tujuan untuk mewujudkan suasana pembelajaran daninteraksi yang harmoni dan tenteram, menimbulkan rasa tanggungjawabdi kalangan guru dan pelajar serta ibu bapa / penjaga dan membentukdisiplin yang lebih teratur yang akan membawa kesan-kesan yang lebihpositif.

    3.2.1. Mengadakan perhimpunan di institusi pendidikan berkenaan diantara pengetua / guru besar, guru-guru dan pelajar dengantujuan untuk :

    3

  • - memberi ceramah mengenai disiplin di institusi pendidikan ;- memberi ceramah / ucapan yang berbentuk nasihat

    akademik dan kerjaya ; dan- menyampaikan berita atau maklumat yang penting

    mengenai dengan institusi pendidikan berkenaan dansebagainya.

    3.2.2. Mengadakan aktiviti-aktiviti seperti :

    - perkumpulan pagi / petang ;- pementasan institusi pendidikan ;- sukan dan olahraga ;- kursus berbentuk sivik ;- aktiviti-aktiviti suaikenal / orientasi ;- kempen kebersihan ;- kem motivasi ;- konvokesyen ;- kegiatan luar yang merangkumi aspek-aspek jasmani,

    rohani dan akli ; dan - aktiviti Teknologi Info Komunikasi (ICT)

    3.2.3. Menubuhkan badan prefek / majlis pelajar.

    3.2.4. Menubuhkan jawatankuasa penasihat jika difikirkan perlu.

    3.2.5. Mengadakan perjumpaan dengan para ibu bapa untuk membincangkan hal-ehwal pembelajaran dan persekolahananak-anak mereka.

    3.2.6. Mengadakan mesyuarat-mesyuarat dengan :

    - guru-guru ;- kakitangan institusi pendidikan (yang bukan tenaga

    pengajar) ;- badan-badan / jawatankuasa disiplin ;- jawatankuasa asrama ;- jawatankuasa akademik termasuk ketua-ketua jabatan di

    institusi pendidikan-institusi pendidikan ; dan- jawatankuasa surau.

    3.2.7. Mengadakan hari terbuka / hari ibu bapa / hari guru dansambutan-sambutan lain yang dibenarkan oleh Menteri.

    3.2.8. Menyediakan pengurusan hal-ehwal pelajar melalui :

    - sistem fail persendirian pelajar ;- laporan pelajaran bulanan / penggal dan tahunan ; dan

    4

  • - menyediakan borang tindak balas yang mengandungimaklumat hal-ehwal diri pelajar.

    3.2.9. Lawatan muhibah pihak institusi pendidikan ke rumah (jikadifikirkan perlu).

    3.2.10. Menubuhkan persatuan atau kelab-kelab bekas pelajar / alumni.

    5

  • BAHAGIAN KEDUA

    BUTIR-BUTIR PERATURAN INSTITUSI PENDIDIKAN

    1. TATATERTIB

    1.1. Pelajar hendaklah sentiasa patuh kepada peraturan institusi pendidikanyang ditetapkan.

    1.2. Pelajar hendaklah mengamalkan nilai-nilai murni seperti taat kepadaraja, undang-undang negara, ajaran agama, ibu bapa, guru-guru danketua-ketua mereka.

    1.3. Pelajar hendaklah bercita-cita dan berkeyakinan bagi menjadikan dirimereka pelajar yang berdisiplin, bersopan santun, berbudi bahasa,bermoral tinggi dan sentiasa hormat kepada pengetua / guru besar,guru-guru dan kakitangan institusi pendidikan, orang yang lebih tuaserta rakan-rakan mereka.

    1.4. Pelajar hendaklah menghindarkan diri daripada pengaruh-pengaruhyang boleh merosakkan diri sendiri dan nama baik institusi pendidikan,keluarga, agama, bangsa dan negara.

    1.5. Pelajar lelaki dan perempuan (yang bukan mahram) adalah ditegahberdua-duaan, baik di dalam institusi pendidikan mahupun di luarkawasan institusi pendidikan termasuklah semasa membuat lawatansambil belajar.

    1.6. Pelajar adalah ditegah sama sekali melakukan perkara-perkara sepertiberikut :

    1.6.1. membawa / membuat / mengedar atau minum minuman kerasatau benda yang memabukkan ;

    1.6.2. membawa / menyimpan / memiliki / mengedar atau meng-hisap rokok / tembakau ;

    1.6.3. menyimpan, membeli, mengedar sebarang dadah atau ganja ;1.6.4. menyalahgunakan dadah / racun terkawal atau bahan inhalan ;1.6.5. melakukan sebarang jenis perjudian ;1.6.6. membawa, memiliki atau menampal, mengedar gambar atau

    mendengar kaset atau menonton video / CD / VCD / DVDlucah dan seumpamanya ;

    1.6.7. membawa / membuat bahan letupan / mercun, mancis /pemetik api dan meletupkannya ;

    1.6.8. membawa masuk atau menggunakan telefon bimbit (mobilephone) di dalam kawasan institusi pendidikan ;

    1.6.9. memakan chewing gum di institusi pendidikan dan di tempat-tempat perkumpulan rasmi ;

    6

  • 1.6.10. menggunakan bahasa / bahasa isyarat / perkataan-perkataankesat atau lucah ;

    1.6.11. membawa majalah atau buku-buku komik yang berunsur hiburan ataupun keganasan ;

    1.6.12. membawa alat permainan atau alat-alat media elektronik keinstitusi pendidikan ;

    1.6.13. melakukan perkara-perkara yang boleh merosakkan akidah ;1.6.14. ponteng dari institusi pendidikan ;1.6.15. keluar dari institusi pendidikan ketika waktu kelas

    pembelajaran sedang berjalan tanpa kebenaran atau atassebab-sebab yang tidak munasabah dan bercanggah denganperaturan-peraturan ini ;

    1.6.16. menyalahgunakan Internet / alatan permainan elektronik ataubahan multimedia ;

    1.6.17. menjadi ejen / penjual produk komersial dan sebagainyasemasa berada di institusi pendidikan.

    1.6.18. memeras ugut dan berkelahi ;1.6.19. memugut atau merosakkan harta benda awam; dan 1.6.20. melibatkan diri dalam sebarang kegiatan yang berunsur

    seksual.

    1.7. Pelajar hendaklah sentiasa mengamalkan sikap berjimat cermat,penyayang dan bertanggungjawab terhadap institusi pendidikan danharta benda di dalamnya.

    2. KEDATANGAN HARIAN

    2.1. Pelajar dikehendaki hadir ke institusi pendidikan pada hari dan waktuyang ditetapkan oleh institusi pendidikan dan pada hari-hari tersebutpelajar tidak dibenarkan keluar dari institusi pendidikan bersendiriankecuali diambil oleh ahli atau wakil keluarganya (dengan keterangan)atas sebab-sebab tertentu yang munasabah.

    2.2. Pelajar yang tidak dapat hadir ke institusi pendidikan kerana sakit atausebab-sebab yang tertentu, ibu bapa / penjaganya mestilah menulissurat atau memberi makluman kepada pengetua / guru besar denganmenyertakan salinan sick certificate / MC di mana berkenaan.

    2.3. Pelajar yang kurang sihat ketika dalam bilik darjah hendaklah melapordiri kepada pegawai kesejahteraan / pegawai kebajikan atau pengetua /guru besar melalui guru darjah atau guru mata pelajaran.

    2.4. Pelajar yang tidak hadir ke institusi pendidikan selama tiga (3) hari ataulebih berturut-turut dalam sebulan dengan tidak diketahui sebabnyaakan diberi peringatan bertulis.

    7

  • 2.5. Pelajar yang tidak hadir ke institusi pendidikan tujuh (7) hari atau lebihdalam sebulan dengan tidak diketahui sebabnya, nama pelajar berkenaan akan dikeluarkan sementara daripada buku pendaftaraninstitusi pendidikan.

    2.6. Pelajar yang kedatangan mereka kurang 85% yang dikira tujuh (7) harisebelum tarikh peperiksaan awam dimulakan akan dikeluarkan daripada senarai calon institusi pendidikan.

    2.7. Bagi pelajar sekolah rendah dan menengah yang menduduki peperiksaan sekolah yang kedatangan mereka kurang 85% yang dikiradari awal tahun sehingga tarikh akhir peperiksaan akhir tahun akan ditahan dalam darjah yang sama walaupun mereka lulus dalam peperiksaan.

    (Kecuali tidak hadir ke sekolah atas sebab-sebab munasabah yang tertentu seperti menunaikan fardhu haji, rawatan perubatan, menjadiwakil Kementerian Pendidikan / Negara Brunei Darussalam atau sebagainya).

    2.8. Pelajar yang tidak dapat menunjukkan rekod disiplin dan kedatanganyang baik, tidak akan dinaikkan darjah atau peringkat pendidikan padatahun berikutnya.

    2.9. Pelajar yang tidak hadir / ponteng satu-satu mata pelajaran dalam jadual sehari adalah dikehendaki untuk tunjuk sebab akan kepontengantersebut dan jika ia didapati tidak hadir / ponteng tanpa sebab-sebabyang munasabah, hendaklah juga diberi ingatan yang tegas oleh gurukumpulan / darjah di samping dicatat sebagai tidak hadir pada hari itu.Pihak institusi pendidikan tidak akan bertanggungjawab terhadap pelajar yang meninggalkan institusi pendidikan tanpa kebenaran.

    2.10. Pelajar yang lambat datang ke institusi pendidikan hendaklah melapordiri ke pejabat sekolah untuk mengisi borang lewat datangdan mendapat kebenaran dari pengetua / guru besar atau mana-mana pihakyang berkenaan sebelum masuk ke bilik darjah.

    2.11. Pelajar yang didapati tiga (3) kali datang lambat tanpa sebabmunasabah akan diberi amaran. Jika berterusan, pelajar berkenaanakan diambil tindakan sewajarnya.

    Peringatan :

    Peraturan dalam bilangan 1.5. hingga 1.9. bagi institusi pendidikan vokasionaldan teknik adalah dirujuk kepada peraturan Majlis Pendidikan Teknik danVokasional Negara Brunei Darussalam (Brunei Darussalam Technical andVocational Education Council BDTVEC) yang berkuat kuasa dari semasa kesemasa.

    8

  • 3. WAKTU BELAJAR DAN BERADA DALAM BILIK DARJAH

    3.1. Pelajaran dimulakan mengikut jadual waktu yang telah ditetapkan olehinstitusi pendidikan masing-masing.

    3.2. Doa hendaklah dibaca sebelum memulakan pelajaran.

    3.3. Semasa berada di bilik darjah pelajar mestilah patuh kepada arahanguru-guru dan bersedia untuk mengikuti pelajaran.

    3.4. Pelajar mestilah menjaga ketenteraman darjah masing-masing danbersedia untuk mengikuti pelajaran.

    3.5. Pelajar tidak dibenarkan keluar dari bilik darjah kecuali mendapat kebenaran guru yang mengajar.

    3.6. Jika ada pelajar yang tidak mengambil satu-satu mata pelajaran, pelajartersebut dibolehkan pergi ke perpustakaan atau tempat-tempat yangdikhaskan.

    3.7. Jika ada guru tidak masuk mengajar dengan tidak diketahui sebab-sebabnya, ketua darjah hendaklah melaporkan dengan segera kepadapengetua / guru besar.

    3.8. Ketua-ketua darjah ditugaskan menjaga ketenteraman darjah semasaketiadaan guru atas sebab-sebab tertentu.

    3.9. Pelajar yang lewat masuk bilik darjah mestilah meminta izin terlebihdahulu untuk masuk belajar dan menyatakan punca kelewatannyakepada guru yang mengajar ketika itu.

    3.10. Pelajar yang telah ditugaskan menjaga hari mestilah menyediakansegala kelengkapan yang perlu untuk menjaga kebersihan bilik darjah.

    3.11. Pelajar ditegah makan dan minum semasa waktu belajar di dalam bilikdarjah.

    3.12. Pelajar dilarang membawa apa jua jenis alatan permainan elektronikdan muzik kecuali jika ada kebenaran.

    3.13. Pelajar ditegah membawa telefon bimbit ke institusi pendidikan.

    3.14. Pelajar ditegah menggunakan telefon bimbit semasa waktu belajar dandalam majlis perhimpunan.

    9

  • 4. WAKTU REHAT

    4.1. Pada waktu rehat, pelajar dibenarkan keluar dari bilik darjah tetapi hendaklah sentiasa berada di dalam kawasan institusi pendidikan.

    4.2. Pelajar hendaklah berada di bilik darjah masing-masing selepas rehatpada waktu yang ditentukan untuk meneruskan pelajaran.

    5. WAKTU BALIK

    5.1. Sebelum meninggalkan bilik darjah, ketua darjah hendaklah memastikan yang bilik-bilik tersebut dalam keadaan kemas, bersih danteratur. Kipas angin, alat penghawa dingin, jendela dan pintu mestilahditutup / dikunci.

    5.2. Apabila loceng dibunyikan pada waktu yang ditentukan oleh institusipendidikan, pelajar akan mula bergerak meninggalkan bilik darjah masing-masing secara teratur dan berdisiplin.

    5.3. Pelajar-pelajar hendaklah mengikut peraturan-peraturan dan arahan-arahan yang telah ditetapkan oleh pihak institusi pendidikan demi menjaga keselamatan dan kesejahteraan pelajar-pelajar seperti peraturan-peraturan tentang menyeberang jalan raya, menaiki bas institusi pendidikan dan tempat menunggu kenderaan.

    5.4. Pihak institusi pendidikan terutama sekolah-sekolah rendah hendaklahmemastikan bahawa tidak ada pelajar yang ditinggalkan di kawasansekolah tanpa pengawasan guru / kakitangan sekolah.

    6. PAKAIAN

    6.1. Pelajar hendaklah sentiasa berpakaian kemas dan bersih dan bagisekolah-sekolah rendah dan menengah, dengan pakaian seragamsekolah yang lengkap.

    6.2. Kasut dan stoking hendaklah mengikut warna yang ditetapkan olehsekolah.

    6.3. Setiap pelajar mestilah memakai lencana institusi pendidikan yang diluluskan oleh Kementerian Pendidikan (bagi institusi pendidikan yangmempunyai lencana).

    6.4. Dalam pelajaran senaman / latihan jasmani dan mata-mata pelajarantertentu, pelajar hendaklah memakai pakaian yang bersesuaian, iaituselaras dengan falsafah Melayu Islam Beraja.

    10

  • 6.5. Pelajar ditegah bersolek, memakai barang-barang kemas dan lain-lainperhiasan semasa waktu persekolahan.

    6.6. Pelajar tidak dibenarkan memakai kaca mata hitam atau kanta matayang berwarna tanpa sebab yang tertentu.

    6.7. Memakai baju / kemeja-Tdalam yang beraneka warna atau corakadalah ditegah sama sekali.

    6.8. Memakai topi atau cap adalah ditegah semasa belajar.

    6.9. Jika memakai tali pinggang mestilah dari jenis biasa dengan bucklekepala yang tidak berhias (tali-tali pinggang yang berhias dan bucklekepalanya yang beraneka bentuk dan besar tidak dibenarkan).

    6.10. Seluar jenis jean tidak dibenarkan pemakaiannya semasa waktu pembelajaran sedang diadakan. Ukuran seluar panjang di pergelangankaki hendaklah bersesuaian.

    6.11. Ketua pelajar dan prefek digalakkan memakai tali leher.

    6.12. Baju kemeja hendaklah mempunyai kolar dan mengikut warna yangtelah ditetapkan oleh institusi pendidikan.

    6.13. Pelajar tidak dibenarkan berkuku panjang atau mewarnakannya.

    6.14. Pelajar perempuan tidak dibenarkan memakai baju yang beranekafesyen, jarang, bercorak-corak, ketat dan melanggar ciri-ciri falsafahnegara Melayu Islam Beraja.

    6.15. Pakaian Pelajar

    6.15.1. Pelajar lelaki :

    I) Semasa hadir di institusi pendidikan

    (a) Peringkat tadika / prasekolah :

    i. seluar pendek / panjang ;ii. baju kemeja ; dan iii. digalakkan bersongkok.

    (b) Peringkat sekolah rendah :

    i. seluar panjang ;ii. baju kemeja lengan pendek / panjang ;iii. digalakkan bersongkok ;iv. pelajar bukan berugama Islam adalah

    11

  • digalakkan untuk bersongkok mengikut ketetapan sekolah masing-masing ; dan

    v. kasut dan stoking seperti yang telah ditetapkanoleh sekolah.

    (c) Peringkat sekolah menengah, institusi pendidikanvokasional dan teknik :

    i. seluar panjang ;ii. baju kemeja lengan pendek / panjang / baju ala

    cara Melayu ;iii. digalakkan bersongkok ;iv. pelajar bukan berugama Islam adalah

    digalakkan untuk bersongkok mengikut ketetapan institusi pendidikan masing-masing ;

    v. kasut dan stoking seperti yang ditetapkan olehsekolah atau institusi pendidikan ; dan

    vi. semasa mengikuti latihan industri (industrialtraining), latihan amali atau dalam waktu-waktutertentu, pakaian adalah mengikut peraturaninstitusi berkenaan.

    II) Semasa latihan jasmani / bersukan

    (a) Peringkat tadika / prasekolah :

    i. seluar pendek / panjang :ii. kemejaT:iii. kasut sukan : daniv. stoking putih / sarung kaki.

    (b) Peringkat sekolah rendah, menengah dan vokasional :

    i. seluar panjang tracksuit ;ii. kemejaT;iii. kasut sukan ; daniv. stoking putih.

    III) Semasa penyertaan dalam acara-acara sukan kebangsaan

    Seluar panjang jenis tracksuit atau pakaian yang bersesuaian dengan peraturan-peraturan dan acara-acarayang dipertandingkan.

    12

  • IV) Semasa penyertaan dalam acara-acara antarabangsa

    Pakaian yang sesuai dengan peraturan-peraturan danacara-acara yang dipertandingkan.

    V) Rombongan keluar negara atau sebarang programpertukaran pelajar

    Semua ahli rombongan hendaklah bersongkok.

    6.15.2. Pakaian perempuan :

    I) Semasa hadir di institusi pendidikan

    (a) Peringkat tadika / prasekolah :

    i. gaun / baju kurung ;ii. kasut dan stoking seperti yang telah ditetapkan

    oleh sekolah ; daniii. digalakkan bertudung.

    (b) Peringkat sekolah rendah, menengah dan vokasional :

    i. baju kurung dan bertudung atau mengikut ketetapan institusi pendidikan masing-masing ;

    ii. tidak memakai kasut bertumit tinggi dan hanyadibenarkan memakai kasut bertumit rendah ;

    iii. sentiasa memakai tudung semasa berada dikawasan sekolah ;

    iv. pelajar tidak dibenarkan memakai baju dalamyang warnanya menjolok mata atau menarik perhatian ; dan

    v. semasa mengikuti latihan industri (industrialtraining), latihan amali, atau dalam waktu-waktutertentu pakaian adalah mengikut peraturansekolah / institusi berkenaan.

    II) Semasa latihan jasmani / bersukan

    (a) Peringkat tadika / prasekolah :

    i. seluar pendek / panjang ;ii. kemejaT;iii. kasut sukan ; daniv. stoking putih.

    13

  • (b) Peringkat sekolah rendah, menengah dan vokasional :

    i. seluar panjang tracksuit ;ii. baju lengan panjang ;iii. bertudung / menutup aurat mengikut kesesuaian

    aktiviti ;iv. kasut sukan ; danv. stoking putih.

    III) Semasa penyertaan dalam acara-acara sukankebangsaan

    Seluar panjang jenis tracksuit atau yang bersesuaian dengan peraturan-peraturan dan acara-acara yang dipertandingkan.

    IV) Semasa penyertaan dalam acara-acara antarabangsa

    Pakaian yang sesuai dengan peraturan-peraturan danacara-acara yang dipertandingkan.

    V) Rombongan keluar negara atau sebarang programpertukaran pelajar

    Semua ahli rombongan hendaklah bertudung.

    7. RAMBUT

    7.1. Pelajar lelaki tidak boleh berambut panjang sehingga menutupi telinga,mata atau kolar baju.

    7.2. Pelajar lelaki tidak dibenarkan mempunyai rambut yang berfesyen-fesyen, berwarna, berekor atau bertingkat-tingkat.

    7.3. Pelajar perempuan tidak dibenarkan mewarnakan rambut selain dariwarna asal.

    8. PEJABAT PENTADBIRAN INSTITUSI PENDIDIKAN

    8.1. Pelajar tidak dibenarkan masuk ke pejabat pentadbiran institusi pendidikan kecuali ada urusan tertentu.

    8.2. Pelajar hanya dibenarkan menggunakan telefon setelah mendapatkebenaran daripada pengetua / guru besar.

    8.3. Pelajar yang hendak berjumpa dengan guru besar, penolong guru besar

    14

  • / pengetua / timbalan pengetua hendaklah mendapat kebenaran terlebihdahulu daripada guru darjah atau guru yang mengajar pada masa itu.

    9. BILIK GURU

    9.1. Pelajar tidak dibenarkan masuk ke bilik kerja guru kecuali ada urusantertentu dan mendapat kebenaran daripada salah seorang guru.

    10. BILIK KHAS (MAKMAL SAINS / MAKMAL KOMPUTER / BENGKEL-BENGKEL PERTUKANGAN KAYU / GEOGRAFI / SAINS RUMAHTANGGA /AVA / LAC / KAUNSELOR / PERSIDANGAN DAN LAIN-LAIN)

    10.1. Pelajar adalah ditegah masuk ke bilik-bilik khas / makmal / bengkeltanpa kebenaran atau urusan tertentu.

    10.2. Setiap pelajar hendaklah patuh kepada peraturan bilik-bilik khas / makmal / bengkel berkenaan.

    10.3. Pelajar ditegah membawa masuk barang-barang persendirian selaindaripada yang dikhaskan / dibenarkan.

    10.4. Pelajar tidak dibenarkan mengganggu / menggunakan alatan atauperkakas di bilik-bilik khas / bengkel tersebut tanpa kebenaran.

    10.5. Pelajar ditegah membawa keluar sebarang peralatan bilik-bilik khas /makmal / bengkel tanpa kebenaran.

    10.6. Pelajar mestilah menjaga keselamatan alatan dan kebersihan bilik-bilikkhas / makmal / bengkel berkenaan.

    10.7. Pelajar-pelajar dikehendaki mengganti balik peralatan institusi pendidikan yang telah dirosakkan secara sengaja.

    11. BILIK IBADAT / SURAU

    11.1. Pelajar dikehendaki menjaga kebersihan dan kekemasan bilik ibadat /surau institusi pendidikan.

    11.2. Bilik ibadat / surau hanya boleh digunakan sebagai tempat beribadatdan aktiviti-aktiviti berkebajikan.

    12. TANDAS

    12.1. Pelajar hendaklah memastikan tandas sentiasa berkeadaan bersihselepas menggunakannya.

    15

  • 12.2. Pelajar tidak dibenarkan membuang sampah ke dalam sinki, tandas,atau mangkuk tandas.

    12.3. Pelajar ditegah menconteng / melukis atau seumpamanya pada dinding-dinding dan peralatan dalam tandas.

    12.4. Pelajar lelaki tidak dibenarkan masuk ke dalam tandas perempuan atausebaliknya.

    12.5. Pelajar tidak dibenarkan menggunakan tandas guru.

    13. PERPUSTAKAAN / PUSAT SUMBER INSTITUSI PENDIDIKAN

    13.1. Pelajar mestilah mematuhi peraturan-peraturan perpustakaan / pusatsumber institusi pendidikan.

    13.2. Pelajar adalah dikehendaki masuk ke dalam perpustakaan / pusat sumber institusi pendidikan mengikut jadual waktu yang ditetapkan ataupada waktu-waktu lain jika ada arahan atau kebenaran daripada guruuntuk berbuat demikian.

    13.3. Pelajar adalah ditegah berbuat bising atau mengganggu antara satudengan lain semasa berada di dalam perpustakaan / pusat sumber institusi pendidikan.

    13.4. Pelajar adalah dilarang membawa buku-buku atau barang-barang lainmasuk ke dalam perpustakaan / pusat sumber tanpa kebenaran, kecualibuku-buku atau barang yang berkaitan sahaja.

    13.5. Pelajar ditegah mengambil, menconteng, mengoyak atau memotonggambar-gambar yang ada dalam surat-surat khabar atau buku-buku danmajalah di perpustakaan / pusat sumber institusi pendidikan.

    13.6. Buku-buku yang hilang atau dirosakkan mestilah diganti sama ada dengan buku yang sama atau dengan wang tunai mengikut nilai hargabuku berkenaan.

    13.7. Pelajar tidak dibenarkan membawa keluar sebarang buku atau peralatan lain dari perpustakaan kecuali yang dipinjamkan kepadanya.

    13.8. Pelajar lelaki dan perempuan ditegah duduk berdua-duaan di perpustakaan / pusat sumber institusi pendidikan.

    13.9. Pelajar ditegah makan dan minum dalam bilik perpustakaan / pusatsumber institusi pendidikan.

    16

  • 14. PEMELIHARAAN HARTA BENDA / PERALATAN INSTITUSI PENDIDIKAN

    14.1. Setiap pelajar mestilah menjaga keselamatan dan kebersihan segalaharta benda / peralatan institusi pendidikan seperti bilik darjah, kerusi,meja, almari, peralatan pusat sumber institusi pendidikan, alat bantumengajar, buku-buku, peralatan keselamatan seperti pili bomba, alatpemadam api dan loceng kebakaran, peralatan sukan dan seumpamanya.

    14.2. Setiap benda / peralatan yang dipinjamkan kepada pelajar atau digunakan oleh pelajar hendaklah dijaga dengan cermat.

    14.3. Pelajar yang menghilangkan atau merosakkan peralatan yang dipinjamkan kepada mereka mestilah menggantikannya sama ada dengan benda / peralatan yang sama atau membayar dengan wangtunai mengikut nilai harga benda / alatan yang hilang / rosak.

    14.4. Pelajar ditegah mengoyak atau memotong sebarang gambar, melukisatau menulis sebarang perkataan di dalam buku teks atau sebarangbahan bacaan yang dipinjamkan kepada mereka.

    14.5. Pelajar mestilah mengembalikan semua buku-buku teks yang dipinjamkan kepada mereka dalam keadaan baik kepada guru darjah /guru pengawas pada setiap akhir tahun / penghujung pengajian.

    14.6. Pelajar yang gagal mengembalikan buku-buku teks yang dipinjamkankepada mereka, tidak akan diberikan kemudahan peminjaman bukuteks pada tahun / peringkat berikutnya.

    15. YURAN INSTITUSI PENDIDIKAN / BAYARAN INSTITUSI PENDIDIKAN /ASRAMA

    15.1. Setiap pelajar mestilah membayar, dalam tempoh yang ditetapkan,segala yuran atau bayaran-bayaran lain yang dikenakan oleh institusipendidikan / asrama.

    15.2. Surat makluman akan dikirim kepada ibu bapa / penjaga pelajar yangbelum menjelaskan yuran / bayaran institusi pendidikan / asrama mereka setelah tamat tempoh yang ditetapkan.

    15.3. Resit rasmi penerimaan pembayaran akan dikeluarkan oleh pihak institusi pendidikan.

    15.4. Pengetua / guru besar hendaklah menyerahkan separuh daripada yuran/ bayaran institusi pendidikan / asrama pelajar yang bertukar sebelumakhir bulan Jun kepada institusi pendidikan di mana pelajar berkenaanakan berpindah.

    17

  • 15.5. Pelajar yang tidak membayar yuran selama tiga (3) bulan berturut-turutakan dikeluarkan atau digantung dari pembelajaran sehingga bayaran-nya diterima secara rasmi oleh pihak institusi pendidikan.

    16. KEGIATAN LUAR INSTITUSI PENDIDIKAN / TAMBAHAN (ECA) ATAUKEGIATAN KOKURIKULUM (CCA)

    16.1. Pelajar dikehendaki mengikuti sekurang-kurangnya satu bahagian aktiviti luar bilik darjah yang dikendalikan oleh institusi pendidikan.

    16.2. Pelajar yang mengikuti kegiatan pasukan beruniform seperti pengakap,pandu puteri, kadet polis, kadet tentera dan lain-lain yang mengadakanaktiviti di luar kawasan institusi pendidikan umpamanya bagi perkhemahan, hendaklah mendapat persetujuan daripada pengetua /guru besar dan ibu bapa / penjaganya secara bertulis.

    16.3. Semasa perkhemahan, atau lain-lain kegiatan luar bilik darjah, pelajarhendaklah bersopan santun dan bertatatertib serta mengikut peraturanyang telah ditetapkan.

    17. LAWATAN-LAWATAN

    17.1. Lawatan ke luar negeri

    17.1.1. Pengetua / guru besar atau guru institusi pendidikan menjadiketua rombongan.

    17.1.2. Pengetua / guru besar, guru atau sebarang kakitangan institusipendidikan yang menyertai lawatan ini mestilah terlebih dahulu mendapat kebenaran keluar negeri daripada pihakatasan masing-masing.

    17.1.3. Kutipan wang daripada pelajar yang menyertai lawatan hanyaboleh dilakukan oleh pengetua / guru besar atau guru yangdiwakilkannya sahaja.

    17.1.4. Jika kutipan derma dilakukan oleh orang lain selain daripadapelajar yang mengikuti lawatan, kebenaran pihak yang berkenaan hendaklah terlebih dahulu diperolehi.

    17.1.5. Ketua rombongan hendaklah menyediakan kunci kira-kira yangmenyatakan butiran seperti berikut :

    (a) nama-nama pelajar, syarikat atau lain-lain(b) penderma serta jumlah kutipan(c) maklumat lengkap perbelanjaan

    18

  • 17.1.6. Kunci kira-kira wang yang dikutip seperti dalam perkara 17.1.5.hendaklah dihadapkan kepada pihak yang berkenaan.

    17.1.7. Sebelum mengadakan lawatan, pengetua / guru besar hendaklah memastikan perkara-perkara berikut :

    (a) setiap permohonan hendaklah dihadapkan kepada pengarah jabatan berkenaan melalui ketua bahagian masing-masing sekurang-kurangnya sebulan dari tarikhlawatan akan diadakan ;

    (b) mendapat kebenaran daripada pihak KementerianPendidikan, dengan menjelaskan tujuan lawatan, menyertakan senarai nama guru dan pelajar yang ikutserta, tempat dan tarikh lawatan diadakan ;

    (c) mendapat kebenaran bertulis daripada ibu bapa / penjagapelajar yang menyertai rombongan ; dan

    (d) mempunyai perlindungan insuran yang sah bagi setiaplawatan.

    17.2. Lawatan dalam negeri

    17.2.1. Lawatan hendaklah berkaitan dengan pelajaran, kegiatan luaratau kerjaya pelajar.

    17.2.2. Lawatan seboleh-bolehnya hendaklah tidak menjejaskanwaktu pembelajaran.

    17.2.3. Bagi lawatan ke luar daerah atau lawatan yang bermalam,kebenaran ibu bapa / penjaga pelajar hendaklah diperolehi terlebih dahulu.

    17.2.4. Lawatan yang diadakan semasa cuti penggal institusi pendidikan / cuti awam hendaklah juga mendapat kebenaranbertulis daripada ibu bapa / penjaga berkenaan.

    17.3. Kuasa pengetua / guru besar

    Pengetua / guru besar boleh menahan atau tidak membenarkan seseorang pelajar dari menyertai sesuatu lawatan atau kegiatan yangdianjurkan atas sebab-sebab tertentu yang munasabah.

    18. PAPAN KENYATAAN

    18.1. Pelajar digalakkan membaca segala siaran atau maklumat yang ditampalkan di papan-papan kenyataan institusi pendidikan.

    19

  • 18.2. Pelajar tidak dibenarkan menambah, menconteng, mengambil,memindah segala siaran atau maklumat yang terkandung dalam papankenyataan institusi pendidikan.

    18.3. Pelajar tidak dibenarkan melekat / menampal gambar atau sebarangjenis artikel di papan kenyataan institusi pendidikan tanpa kebenaranpihak berkenaan.

    19. MAJALAH INSTITUSI PENDIDIKAN

    19.1. Majalah institusi pendidikan bolehlah diusahakan sebagai penerbitaninstitusi pendidikan yang mengandungi warta / maklumat, laporan, teguran, nasihat atau lain-lain yang bertujuan mengajar, mendidik danmengasuh bakat pelajar dari segi mental, rohani dan jasmani.

    19.2. Institusi pendidikan yang berhajat untuk menerbitkan majalah atau terbitan-terbitan berkala seperti berita institusi pendidikan hendaklahmemohon kebenaran daripada pihak berkenaan dengan merujuk padasiaran atau syarat-syarat penerbitan yang dikeluarkan oleh KementerianPendidikan dan hendaklah patuh kepada tatacara penerbitan yangterkandung di dalam Education (Publications and Multimedia Materials)Regulations 2004.

    19.3. Segala majalah tidak dibenarkan untuk dicetak, dijual atau / dandiedarkan sebelum mendapat kebenaran daripada pengetua atau gurubesar institusi pendidikan tinggi berkenaan seperti yang diperuntukkandalam peraturan 4 dari Education (Publication and Multimedia Materials)Regulations 2004.

    20. PERHIMPUNAN DI INSTITUSI PENDIDIKAN

    20.1. Setiap pelajar hendaklah berada di tempat perhimpunan pada waktuyang telah ditetapkan oleh institusi pendidikan.

    20.2. Lagu kebangsaan hendaklah dinyanyikan beramai-ramai dan dihormati.

    20.3. Semasa membaca doa yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan,setiap pelajar hendaklah senyap. Bagi pelajar yang berugama Islamhendaklah menadah tangan dengan khusyuk dan tawaduk.

    20.4. Ikrar institusi pendidikan juga digalakkan untuk dibacakan pada setiaphari yang ditetapkan oleh institusi pendidikan masing-masing.

    20.5. Teks ikrar dan lirik lagu institusi pendidikan hendaklah terlebih dahuludiluluskan oleh Kementerian Pendidikan.

    20

  • 20.6. Semasa dalam perhimpunan pelajar hendaklah sentiasa bertatatertibdan bersopan santun.

    21. KEBERSIHAN DAN KESIHATAN

    21.1. Pelajar bertanggungjawab menjaga kebersihan diri / institusi pendidikanserta kesihatan tubuh badan.

    21.2. Semua guru bertanggungjawab mengawasi kebersihan di dalam danluar bilik darjah.

    21.3. Pelajar hendaklah membersihkan bilik darjah masing-masing mengikutjadual yang ditetapkan.

    21.4. Pelajar ditegah menconteng (melukis atau menulis) pada dinding-dinding bangunan dan harta benda institusi pendidikan.

    21.5. Pelajar hendaklah melibatkan diri dalam kempen-kempen kebersihaninstitusi pendidikan.

    21.6. Sampah sarap hendaklah dibuang ke dalam tong-tong sampah atautempat yang dikhaskan atau disediakan.

    21.7. Semua guru bertanggungjawab menegur atau mengarahkan pelajaruntuk mengutip sampah dan membuangnya ke tempat yang dikhaskanatau disediakan.

    22. PELAJAR BERHENTI / BERTUKAR INSTITUSI PENDIDIKAN

    22.1. Setiap pelajar yang akan bertukar atau berhenti dari institusi pendidikan,ibu bapa / penjaganya adalah dikehendaki berjumpa serta memohonsecara bertulis kepada pengetua / guru besar dengan menerangkansebab-sebab anak mereka akan bertukar atau berhenti dari institusipendidikan.

    22.2. Bagi kes-kes tertentu, hanya penjaga yang diberikan kuasa penjagaanoleh pihak berkenaan berhak memohon berhenti / bertukar bagi anak dibawah jagaan mereka.

    22.3. Permohonan untuk bertukar ke institusi pendidikan lain akan dipertimbangkan tertakluk kepada adanya kekosongan. Pelajar tidakdibenarkan bertukar sebelum ada kebenaran daripada pihak berkenaan.

    22.4. Bagi pelajar sekolah menengah, jika difikirkan layak bertukar sekolah,maka pelajar berkenaan dikehendaki mengisi borang pertukaran sekolah dengan lengkap, iaitu dengan menyertakan surat permohonandaripada ibu bapa / penjaganya.

    21

  • 22.5. Sebelum bertukar / berhenti daripada institusi pendidikan segala buku-buku teks atau peralatan institusi pendidikan yang dipinjamkan hendaklah dikembalikan terlebih dahulu. Buku atau peralatan sekolahyang hilang atau rosak hendaklah diganti sama ada dengan buku / alatyang sama atau wang tunai mengikut nilai harga buku / alat berkenaan.Segala pembayaran (yuran / bayaran institusi pendidikan / asrama)yang belum dijelaskan mestilah dilunaskan terlebih dahulu sebelum sijilberhenti / surat bertukar dapat diberikan.

    22.6. Jika seorang pelajar diberhentikan, sijil berhenti institusi pendidikanakan dikeluarkan atas pertimbangan pengetua / guru besar danjawatankuasa disiplin institusi pendidikan.

    22.7. Pelajar institusi pendidikan swasta yang terdiri daripada warganegaraBrunei Darussalam, yang hendak bertukar ke institusi pendidikan Kerajaan hendaklah mengisikan borang khas yang boleh diperolehi diinstitusi pendidikan / pejabat. Permohonan hendaklah dibuat sama adapada penghujung atau awal tahun persekolahan di institusi pendidikanberkenaan sebagaimana yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan.Setelah mendapat kebenaran daripada pihak berkenaan, sijil berhentiinstitusi pendidikan hendaklah diserahkan kepada pengetua / gurubesar.

    22.8. Pelajar dari luar negara yang berhajat untuk meneruskan pelajaranmereka di institusi pendidikan Kerajaan adalah dikehendaki menjalaniujian.

    22.9. Pelajar bukan warganegara Brunei Darussalam yang hendak bersekolah atau mendaftar diri di institusi-institusi pendidikan di negaraini hendaklah juga terlebih dahulu memohon kebenaran daripada Kementerian Pendidikan dengan mengisikan borang khasyang boleh diperolehi dari institusi pendidikan / pejabat.

    22.9.1. Setelah mendapat kebenaran daripada pihak berkenaan,pemohon hendaklah juga mendapatkan Surat Akuan Belajardari Bahagian Pengakuan Belajar, Jabatan Sekolah-Sekolahdan Pas Penuntutdi Bahagian Pas Penuntut, JabatanImigresen dan Pendaftaran Kebangsaan, Negara BruneiDarussalam.

    22.9.2. Sebelum mempunyai surat akuan belajar dan pas penuntutyang sah, pelajar berkenaan belum dapat diterima belajar dimana-mana institusi pendidikan.

    22.9.3. Surat akuan belajar hendaklah diperbaharui sebelum tarikhpas penuntutnya mansuh atau berpindah ke institusi pendidikan yang lain.

    22

  • 22.9.4. Pelajar yang belum / tidak membaharui surat akuan belajar,akan dikeluarkan sementara sehingga mendapat surat akuanbelajar dan pas penuntut yang sah.

    22.9.5. Pelajar yang sudah memiliki sijil kerakyatan, resident permit /entry permit hendaklah menghadapkan salinan surat beranak,sijil-sijil yang berkenaan dan surat akuan belajar yang terakhirkepada Bahagian Pengakuan Belajar, Jabatan Sekolah-Sekolah untuk dikecualikan dari membuat pas penuntut.

    23. PERMOHONAN PELAJAR BARU

    23.1. Setiap pemohon hendaklah mengisikan borang khas yang boleh diperolehi dari pejabat pengetua / guru besar dengan membawa sijilsurat beranak asal.

    23.2. Kanak-kanak yang boleh diterima ialah mereka yang mencapai umuryang ditetapkan pada awal tahun pembelajaran di institusi pendidikanberkenaan.

    23.3. Permohonan bolehlah dilakukan sebaik sahaja siaran atau surat pemberitahuan dikeluarkan oleh institusi pendidikan atau KementerianPendidikan.

    23.4. Permohonan yang lewat dari tarikh tutup pendaftaran hendaklah menghadapkan secepatnya kepada pengetua / guru besar secarabertulis dengan menyatakan sebab-sebab yang munasabah untukdipertimbangkan.

    24. KERJA KELAS / RUMAH

    24.1. Setiap pelajar adalah dikehendaki membuat kerja-kerja yang diberikankepada mereka.

    24.2. Setiap kerja yang diberikan hendaklah dihantar kepada guru berkenaanpada waktu yang ditetapkan.

    24.3. Ibu bapa / penjaga digalakkan untuk menandatangani kerja rumah pelajar dengan mencatatkan tarikh ianya disemak / diperiksa / dilihat.

    25. UJIAN DAN PEPERIKSAAN

    25.1. Setiap pelajar dikehendaki menduduki ujian-ujian dan peperiksaan-peperiksaan yang ditetapkan untuk mereka.

    23

  • 25.2. Peraturan peperiksaan adalah merujuk kepada peraturan peperiksaanyang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan.

    25.3. Ibu bapa / penjaga hendaklah menandatangani rekod kemajuan pelajarsetiap kali proses menandatangani rekod kemajuan diadakan.

    26. PELAJAR YANG MENAIKI BAS ATAU KENDERAAN LAIN

    26.1. Pelajar hendaklah membawa pas kenderaan masing-masing yang sahpada hari-hari persekolahan untuk ditunjukkan kepada pegawai yangbertugas, pemandu atau kelindan.

    26.2. Pelajar tidak akan dibenarkan menaiki bas atau kenderaan lain yangtelah disediakan oleh institusi pendidikan tanpa pas kenderaan ataukebenaran dari pihak Bahagian Biasiswa.

    26.3. Pelajar mestilah beratur dan tidak berebut-rebut semasa menaiki atauturun dari bas institusi pendidikan.

    26.4. Ketika dalam bas, pelajar hendaklah duduk dengan baik dan dilarangberbuat bising.

    26.5. Ketika di dalam bas institusi pendidikan pelajar adalah ditegah samasekali melakukan perkara-perkara seperti berikut :

    26.5.1. membawa, mengedar atau minum minuman keras ;26.5.2. membawa dan menghisap rokok / tembakau ;26.5.3. membawa, mengedar, memakan atau menghisap atau

    menghidu apa jua jenis dadah yang terkawal ;26.5.4. menampal sebarang gambar pada bas ;26.5.5. membawa, memiliki, atau mengedar kaset, kaset video, CD,

    VCD, DVD atau gambar lucah dan seumpamanya ;26.5.6. membawa atau meletupkan bahan letupan ;26.5.7. memakan chewing gum ;26.5.8. merosakkan harta-benda bas institusi pendidikan ;26.5.9. mengotorkan bas institusi pendidikan ;26.5.10.membunyikan / mengganggu punat kecemasan tanpa sebab

    tertentu ;26.5.11.membawa senjata / alatan berbahaya.

    26.6. Pegawai, pemandu atau kelindan yang bertugas hendaklah membuatlaporan kepada Ketua Unit Kenderaan dan Pengangkutan, pengetuaatau guru besar sekiranya mendapati pelajar melakukan mana-manaperkara dalam perkara 26.5.

    26.7. Pelajar dilarang membuang sampah dan sebagainya ke jalan raya ketika berada dalam bas institusi pendidikan.

    24

  • 26.8. Pelajar dikehendaki bersopan santun dan berbudi bahasa terutamakepada pegawai bertugas, pemandu, kelindan dan sesama mereka.

    26.9. Pelajar tidak dibenarkan mengarahkan pemandu bas institusi pendidikan untuk berhenti atau menuju ke destinasi lain.

    26.10.Pelajar lelaki dan perempuan hendaklah duduk berasingan (tidak bolehduduk bergandingan).

    26.11.Pelajar tidak dibenarkan menaiki mana-mana bas institusi pendidikanyang lain selain dari yang telah diaturkan oleh Unit Kenderaan danPengangkutan.

    26.12.Pengetua / guru besar / pegawai yang ditugaskan, diberi kuasa untukmemeriksa pelajar yang menaiki bas institusi pendidikan.

    26.13.Pelajar yang telah diaturkan menaiki bas institusi pendidikan pada sesipagi tetapi pelajar tersebut hendak balik ke rumah pada waktu petangatau sebaliknya, bagi perkara ini hendaklah terlebih dahulu mendapatkebenaran bertulis daripada pengetua / guru besar.

    26.14.Pelajar-pelajar yang didapati melanggar peraturan menaiki bas institusipendidikan, akan diambil tindakan yang bersesuaian.

    27. PELAJAR YANG MENGGUNAKAN KENDERAAN SENDIRI

    27.1. Pelajar tidak dibenarkan membawa kenderaan ke kawasan institusipendidikan tanpa kebenaran pengetua / guru besar.

    27.2. Pelajar tidak dibenarkan meletakkan kenderaan di kawasan yangdikhaskan untuk guru dan kakitangan institusi pendidikan.

    27.3. Pihak institusi pendidikan berhak melaporkan kepada pihak berkenaanmengenai dengan pelajar yang memandu kenderaan tanpa memilikilesen memandu yang sah.

    27.4. Pihak institusi pendidikan tidak akan bertanggungjawab terhadap kehilangan atau kerosakan kenderaan yang dibawa ke institusi pendidikan.

    28. HUBUNGAN IBU BAPA / PENJAGA DENGAN INSTITUSI PENDIDIKAN

    28.1. Ibu bapa / penjaga adalah digalakkan berjumpa / berbincang denganpengetua / guru besar mengenai hal-ehwal anak-anak mereka.

    25

  • 28.2. Ibu bapa / penjaga yang ingin berjumpa dengan anak-anak merekasemasa belajar mestilah terlebih dahulu mendapat kebenaran daripadapengetua / guru besar.

    28.3. Ibu bapa / penjaga yang menerima surat panggilan dari institusipendidikan dikehendaki hadir berjumpa pengetua / guru besar.

    28.4. Melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang ditubuhkan, institusi-institusi pendidikan dikehendaki mengadakan mesyuarat agung tahunan sekurang-kurangnya sekali dalam setahun untuk merancangdan melaksanakan aktiviti yang dapat memastikan kesejahteraan /kebajikan dan kemajuan pelajar-pelajar.

    29. HAL-HAL LAIN

    Jika terdapat peraturan-peraturan yang tidak berkenaan dengan sesebuahinstitusi pendidikan, perkara ini hendaklah dirujuk kepada peraturan tambahanyang dikeluarkan oleh institusi tersebut.

    26

  • BAHAGIAN KETIGA

    PERATURAN ASRAMA

    1. PENDAHULUAN

    Peraturan asrama ini disediakan sebagai panduan khusus untuk penghuni-penghuni asrama dan pihak-pihak yang mentadbir asrama institusi-institusipendidikan.

    2. KUAT KUASA PERATURAN

    2.1. Peraturan asrama adalah disediakan untuk mencapai matlamat bagimenjamin suasana yang aman dan teratur di asrama.

    2.2. Penghuni-penghuni asrama dikehendaki memahami dan mematuhi peraturan asrama. Di samping itu, mereka juga adalah tertakluk kepadapenguatkuasaan undang-undang negara dengan berlandaskan hakikatbahawa pelajar-pelajar merupakan orang awam yang mempunyai tanggungjawab yang sama di sisi undang-undang.

    2.3. Pengetua boleh membuat peraturan-peraturan tambahan yang bersesuaian dengan keadaan institusi pendidikan masing-masing demikebaikan pelajar-pelajarnya, dengan syarat peraturan-peraturan tambahan itu adalah mendapat persetujuan Kementerian Pendidikanterlebih dahulu.

    3. PERUNDINGAN DAN MUZAKARAH

    3.1. Pihak-pihak yang bertanggungjawab ke atas perjalanan asrama hendaklah sentiasa mengamalkan sikap bermuzakarah.

    3.2. Pihak-pihak yang bertanggungjawab hendaklah bertindak sebagaiindungkepada pelajar dengan memberi bimbingan dan asuhan melaluinasihat dan tunjuk ajar.

    4. MATLAMAT ASRAMA

    4.1. Asrama ditubuhkan bagi memberikan kemudahan tempat tinggal kepada pelajar-pelajar untuk memudahkan mereka mencapai kemajuandalam bidang pelajaran, membentuk rohani dan jasmani yang sihat danmempelajari hidup bermasyarakat mengikut ajaran Islam berlandaskanAhli Sunnah Wal Jamaah, dengan :

    27

  • 4.1.1. mewujudkan rasa kemesraan dan kekeluargaan di kalanganpenghuni-penghuni asrama ;

    4.1.2. mengembangkan asas-asas yang luhur dan baik dalam diripenghuni-penghuni asrama seperti didikan agama Islam dansifat-sifat kepimpinan ; dan

    4.1.3. membiasakan penghuni asrama untuk hidup berdisiplin danbertanggungjawab.

    (Bagi institusi pendidikan / maktab berasrama penuh, rujuk kepada peraturan berasingan).

    5. TUJUAN

    5.1. Untuk mencapai matlamat tersebut, maka langkah-langkah yang dibuatharuslah bertujuan memastikan hal-hal berikut bagi :

    5.1.1. memperolehi pencapaian yang maksimum dalam bidangakademik dan kegiatan tambahan untuk penghuni asrama ;

    5.1.2. menanamkan sikap toleransi di kalangan penghuni-penghuniasrama ;

    5.1.3. menanamkan sikap percaya pada diri sendiri dan berdikari dansikap yang membina, sentiasa berusaha sama ada secarabersendirian mahupun berkumpulan ;

    5.1.4. memberi peluang untuk melatih diri sebagai pemimpin padamasa akan datang ;

    5.1.5. menanamkan dan mewujudkan sikap bekerjasama dan memucang-mucang di kalangan penghuni asrama ;

    5.1.6. menanamkan sikap hidup sentiasa berusaha sama ada secarabersendirian ataupun berkumpulan ;

    5.1.7. menanam kesedaran terhadap kepentingan penjagaan kesihatan dan permakanan yang baik bagi membina jasmanidan mental yang sihat ; dan

    5.1.8. mengeratkan suasana muhibah dan silaturrahim yang mendalam di kalangan pelajar-pelajar.

    28

  • 6. TATATERTIB

    6.1. Penghuni asrama hendaklah :

    6.1.1. sentiasa memupuk semangat kemasyarakatan yang muhibah,hormat-menghormati dan bertolak ansur antara satu sama lain ;

    6.1.2. berusaha dan memberi kerjasama kepada pengetua, penjagaasrama, guru pengawas, kakitangan, ketua-ketua pelajar asrama dalam memastikan kesempurnaan dan keharmoniankeadaan di asrama ;

    6.1.3. sentiasa berakhlak dan berkelakuan baik, menjaga dan mengawasi rupa diri, tatatertib dan cara berpakaian yang bersesuaian dengan prinsip kebudayaan dan keagamaan sertamematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan olehKementerian Pendidikan ;

    6.1.4. membiasakan diri supaya menjadi ahli masyarakat yangbermoral dan bertatatertib ; dan

    6.1.5. mengawal penggunaan radio dan alat-alat muzik sepanjangmasa supaya tidak mengganggu ketenteraman orang lain.

    7. LARANGAN

    7.1. Penghuni asrama dilarang :

    7.1.1. melakukan sebarang jenis perjudian ;

    7.1.2. membawa, membuat, menyimpan, mengedar atau meminumminuman keras ;

    7.1.3. memiliki, membuat, membawa, menyimpan, mengedar danmenggunakan sebarang dadah dan peralatannya atau apa juabenda yang sejenis dengannya ;

    7.1.4. membawa radio yang mempunyai kuasa tinggi, telefon bimbitdan alat komunikasi media seperti televisyen, video player,VCD / DVD player ;

    7.1.5. memiliki, membuat, membawa, menyimpan, mengedar,menayang dan menonton filem, pita video, cakera padat (VCD/ DVD) lucah atau seumpamanya ;

    29

  • 7.1.6. memiliki, membawa, menyimpan, melihat atau menunjukkanobjek, gambar-gambar, risalah dan bahan-bahan lucah.

    7.1.7. merosakkan dan mencuri harta benda asrama / institusi pendidikan / maktab dan penghuni asrama yang lain ;

    7.1.8. melibatkan diri dalam sebarang kegiatan sosial dan kebudayaan dan perkara-perkara bertentangan dengan tatasusila kebruneian dan ajaran Islam ;

    7.1.9. membawa, menyimpan, mengedar dan menghisap rokok ;

    7.1.10. melakukan penganiayaan yang menjatuhkan maruah, perasugut dan penderaan ;

    7.1.11. membawa alat permainan atau media elektronik ke asrama ;

    7.1.12. melibatkan diri dalam sebarang perkara yang berunsur politikdan subversif ;

    7.1.13. membawa, menyimpan dan membuat bahan letupan / mercun,mancis / pemetik api dan meletupkannya ;

    7.1.14. memakan chewing gum di institusi pendidikan / asrama dantempat perkumpulan rasmi ;

    7.1.15. melakukan perbualan lucah atau menggunakan bahasaisyarat, perkataan-perkataan lucah atau kesat ; dan

    7.1.16. berada di asrama pada waktu belajar tanpa kebenaran.

    8. MAKAN DAN MINUM

    8.1. Penghuni asrama hendaklah :

    8.1.1. makan dan minum pada waktu dan tempat yang ditetapkan ;

    8.1.2. bertatatertib, memakai pakaian kemas dan menutup aurat(bagi yang beragama Islam) ;

    8.1.3. membaca doa sebelum dan selepas makan bagi pelajarberagama Islam dan yang bukan beragama Islam, hendaklahmenghormati sama ;

    8.1.4. mengisi borang yang ditetapkan supaya catuan makanannyadisimpan jika pelajar tidak berkesempatan makan keranasebab-sebab tertentu ;

    30

  • 8.1.5. bertanggungjawab bagi menjaga kebersihan bilik / dewanmakan ;

    8.1.6. hendaklah mendapat kebenaran daripada penjaga asramauntuk membawa makanan yang disediakan di dewan makanke bilik tidur ;

    8.1.7. tidak dibenarkan memasak kecuali di tempat yang dikhaskan ;dan

    8.1.8. tidak membawa keluar dari dewan makan, alatan seperti pinggan, mangkuk, gelas, sudu, garpu, jug dan lain-lainperkakas dapur tanpa pengetahuan dan kebenaran pihakberkenaan.

    9. KEBERSIHAN DAN KESIHATAN

    9.1. Penghuni asrama bertanggungjawab untuk sentiasa menjaga kebersihan dan kesihatan tubuh badan.

    9.2. Pakaian dan barang-barang kepunyaan diri hendaklah sentiasa bersih.

    9.3. Penghuni asrama ditegah menconteng pada dinding dan bangunan danmerosak harta benda institusi pendidikan / asrama.

    9.4. Sebarang penyakit dan kemalangan hendaklah dilaporkan segera kepada guru pegawas asrama / penjaga asrama.

    9.5. Ibu bapa atau penjaga penghuni asrama dikehendaki memaklumkankepada pihak institusi pendidikan atau penjaga asrama akan sebarangkeadaan kesihatan penghuni asrama tersebut yang memerlukan perhatian atau rawatan khusus yang telah dipreskripsikan oleh seorangdoktor atau pegawai perubatan Kerajaan seperti pengambilan ubat-ubatan yang tertentu, penyuntikan insulin dan seumpamanya.

    10. RUJUKAN DAN TINDAKAN SUSULAN

    10.1. Tiap-tiap kes sakit atau kecederaan sama ada serius atau tidak hendaklah dirujuk dengan segera kepada doktor melalui penjaga asrama dan hendaklah juga dimaklumkan kepada ibu bapa pelajarberkenaan secepat mungkin.

    10.2. Guru pengawas asrama / penjaga asrama hendaklah mengetahuilangkah-langkah tindakan susulan yang diperlukan sesudah penghuniasrama diberi rawatan oleh doktor / pegawai perubatan. Pihak asramahendaklah memastikan bahawa pelajar berkenaan mendapatkan

    31

  • rawatan berikutnya seperti yang dinasihatkan oleh doktor / pegawaiperubatan.

    10.3. Guru pengawas asrama / penjaga asrama hendaklah mengadakan satusistem penyimpanan rekod yang berkesan bagi kes-kes penyakit /kemalangan di kalangan penghuni asrama.

    10.4. Bagi membendung wabak penyakit berjangkit, penghuni asrama yangsakit hendaklah dirujuk kepada Kementerian Kesihatan dan nasihathendaklah didapatkan daripada pihak Kementerian Kesihatan.

    11. BILIK ASRAMA

    11.1. Penghuni asrama hendaklah sentiasa mengawasi kebersihan bilik dengan memastikan bilik kemas dan teratur sebelum meninggalkanasrama.

    11.2. Pakaian seperti baju dan seluar termasuk tuala, selimut, sarung bantal,cadar, selipar, kasut dan seumpamanya hendaklah sentiasa bersih dankemas serta disimpan dan diletak pada tempat yang disediakan.

    11.3. Pakaian yang basah atau kotor tidak boleh disimpan dalam bilik asramadan hendaklah dicuci dan dijemur atau disidai di tempat yang disediakan.

    11.4. Penghuni asrama tidak dibenarkan menampal, melekat gambar-gambaryang tidak sesuai dan menconteng dinding-dinding asrama.

    12. BILIK AIR (KAMAR MANDI DAN TANDAS)

    1 2 . 1 . Penghuni asrama tidak dibenarkan merendam kain / pakaian dalam sinki.

    12.2. Kebersihan bilik mandi dan tandas hendaklah sentiasa dijaga.

    12.3. Sampah hendaklah dibuang di tempat yang disediakan dan penghunidilarang membuang sampah dalam sinki dan mangkuk-mangkuk tandas.

    13. JADUAL PEMBELAJARAN

    13.1. Penghuni asrama hendaklah hadir di tempat belajar pada waktu yangditetapkan.

    13.2. Pada masa waktu belajar malam, penghuni asrama dilarang samasekali mengganggu penghuni lain.

    32

  • 14. BIMBINGAN AGAMA DAN IBADAT

    14.1. Penghuni asrama yang beragama Islam wajib menunaikan sembahyangfardhu lima waktu dan sembahyang fardhu Jumaat bagi penuntut lelaki.

    14.2. Penghuni asrama yang beragama Islam hendaklah mengikuti kegiatanyang bersangkut-paut dengan keagamaan seperti yang diaturkan olehpihak maktab / institusi pendidikan.

    14.3. Dalam bulan Ramadan, penghuni asrama hendaklah menjalankanamalan-amalan yang biasa dilakukan seperti bertadarus dan sembahyang Terawih.

    15. KELUAR ASRAMA

    15.1. Penghuni asrama tidak dibenarkan keluar dari kawasan asrama kecualitelah mendapat kebenaran dari guru pengawas asrama atau penjagaasrama terlebih dahulu.

    15.2. Penghuni asrama hendaklah berada di bilik tidur masing-masingsebelum atau pada jam 10.00 malam kecuali dengan kebenaran penjaga asrama atau ketua blok.

    15.3. Penghuni asrama dibolehkan pulang ke rumah masing-masingmengikut ketetapan yang telah dibuat oleh pihak berkenaan denganmengisi borang khas dan mendapat kebenaran penjaga asrama.

    15.4. Penghuni asrama yang hendak keluar pada hari-hari kelepasan awam,mestilah memaklumkan kepada penjaga asrama dengan mengisi bukukeluar / masuk asrama.

    15.5. Borang permohonan untuk keluar / meninggalkan asrama (balik kerumah) mestilah sampai ke tangan penjaga asrama selewat-lewatnya24 jam sebelum waktu yang dipohonkan untuk meninggalkan asrama.

    15.6. Penghuni asrama yang lewat balik ke asrama dari waktu yang telah ditetapkan oleh asrama hendaklah memaklumkan dan memberikanpenjelasan kepada guru pengawas asrama dan penjaga asrama.

    15.7. Penghuni asrama tidak dibenarkan keluar bersendirian kecuali diambiloleh ahli atau wakil keluarganya (dengan keterangan).

    16. PELAWAT

    16.1. Setiap pelawat yang ingin berjumpa dengan penghuni asrama hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran daripada guru pengawas asrama atau penjaga asrama.

    33

  • 16.2. Tetamu / pelawat-pelawat hendaklah mencatat nama-nama mereka danjuga nama penghuni asrama yang akan dijumpai atau dilawati dalambuku catatan pelawat-pelawat.

    16.3. Kebenaran masuk bagi pelawat hanya terhad di bilik tetamu / pelawatsahaja. Penghuni asrama tidak dibenarkan membawa tetamu / pelawatke dalam bilik asrama dan pelawat tidak dibenarkan membawa penghuni asrama keluar kecuali mendapat kebenaran daripada gurupengawas asrama atau penjaga asrama.

    16.4. Waktu melawat ditetapkan pada waktu yang ditentukan (mengikutpenyesuaian institusi pendidikan / maktab masing-masing).

    16.5. Penjaga asrama berhak tidak membenarkan pelawat-pelawat yangbukan diwakilkan oleh ibu bapa / penjaga untuk berjumpa denganpenghuni-penghuni asrama berkenaan.

    17. KEGIATAN LUAR

    17.1. Penghuni asrama hendaklah mengikuti pelbagai kegiatan luar yangdiaturkan atau disediakan oleh pihak institusi pendidikan atau asrama.

    17.2. Setiap penghuni asrama adalah digalakkan menyertai kegiatan-kegiatan riadah seperti sukan dan permainan, kelab dan persatuan diinstitusi pendidikan masing-masing.

    17.3. Aktiviti-aktiviti sukan dan permainan hendaklah diadakan hingga 6.00petang. Walau bagaimanapun, pemilihan aktiviti adalah bergantungkepada keadaan dan kemudahan yang ada dalam asrama.

    18. TEMPAT LARANGAN

    18.1. Penghuni asrama lelaki ditegah masuk ke kawasan asrama perempuandan begitu juga penghuni asrama perempuan ditegah masuk kekawasan asrama lelaki.

    18.2. Penghuni asrama juga tidak dibenarkan masuk ke dapur asrama kecualidengan kebenaran guru pengawas asrama atau penjaga asrama.

    19. KESELAMATAN HARTA BENDA DAN BANGUNAN

    19.1. Penghuni-penghuni asrama :

    19.1.1. bertanggungjawab menjaga keselamatan harta benda asramadan barang-barang mereka sendiri serta berjimat-cermatmenggunakan bekalan elektrik dan air ;

    34

  • 19.1.2. tidak dibenarkan membaiki atau menyambung atau mengubahsegala alat-alat elektrik dan lain-lain ;

    19.1.3. tidak dibenarkan membawa, menyimpan barang-barang yangboleh mendatangkan bahaya ;

    19.1.4. tidak digalakkan membawa, menyimpan atau menggunakanbarang-barang berharga ke asrama ;

    19.1.5. jika hendak berhenti dan keluar asrama hendaklah menyerahkan barang-barang atau peralatan asrama yang dipinjamkan kepadanya sebelum meninggalkan asrama ; dan

    19.1.6. tidak dibenarkan menukar, menambah semua kunci yangsedia ada.

    19.2. Barang-barang kepunyaan pelajar yang disimpan di asrama yang ditinggalkan lebih daripada dua (2) minggu akan dikira sebagai barangterbuang.

    19.3. Segala kerosakan hendaklah dilaporkan kepada penjaga asrama.

    20. MENCEGAH KEBAKARAN

    20.1. Pihak institusi pendidikan hendaklah memastikan bahawa institusi pendidikan masing-masing mempunyai pelan tindakan bagi mencegahkebakaran di institusi pendidikan dan asrama.

    20.2. Peraturan-peraturan keselamatan dan kecemasan hendaklah dimaklumkan kepada semua pelajar dan penghuni asrama.

    20.3. Penghuni asrama hendaklah mematuhi peraturan keselamatan dankecemasan.

    20.4. Penghuni asrama hendaklah mengikuti latihan mencegah kebakaranyang disusun oleh pihak asrama.

    20.5. Ketua bagi tiap-tiap bilik hendaklah dilantik untuk memastikan peraturanwaktu berlaku kebakaran dipatuhi oleh penghuni asrama.

    20.6. Latihan mencegah kebakaran hendaklah dijalankan sekurang-kurangnya sekali dalam setahun.

    21. JENIS-JENIS KESALAHAN

    Berdasarkan kepada peraturan-peraturan yang telah ditentukan, kesalahan-kesalahan akan diambil tindakan mengikut bahagian-bahagian seperti yang

    35

  • berikut :

    21.1. kesalahan tatatertib dan tidak mengikuti peraturan-peraturan, jadualserta arahan seperti ponteng dari asrama, keluar / balik kampung tanpamemohon kebenaran atau memaklumkan kepada penjaga asrama ;

    21.2. kesalahan kerana merosakkan harta benda asrama dan harta bendaorang lain ;

    21.3. kesalahan kerana mengambil harta benda asrama atau harta bendaorang lain tanpa kebenaran (mencuri) ;

    21.4. kesalahan menganiaya, mengancam, memeras ugut, menggangguorang lain, bergaduh atau menghasut seseorang dan termasuk mengadakan kumpulan / gangster atau berpuak-puak ;

    21.5. kesalahan-kesalahan kerana memiliki menyimpan, membawa,menayang, mengedar perkara-perkara berikut :

    21.5.1. benda-benda senjata yang membahayakan ;

    21.5.2. barang untuk sebarang bentuk perjudian ;

    21.5.3. dadah, minuman keras, rokok atau yang sebanding dengannyatermasuk peralatan yang berkaitan ; atau

    21.5.4. gam untuk dihidu atau bahan inhalan ;

    2 1 . 6 . kesalahan-kesalahan jenayah seperti mencuri, membunuh, membakar,merogol, melacur, memeras, merompak dan kesalahan-kesalahanjenayah yang bertentangan dengan undang-undang keselamatan negara ;

    21.7. kesalahan membawa kenderaan bermotor tanpa kebenaran ; dan

    21.8. kesalahan jenayah politik dan syari.

    22. TINDAKAN DAN HUKUMAN

    22.1. Tindakan-tindakan yang mesti diambil dan hukuman-hukuman ataudenda-denda yang dikenakan adalah di bawah budi bicara pengetuaatau guru besar institusi pendidikan atau maktab masing-masing dancara-cara berikut bolehlah dijadikan panduan :

    22.1.1. memberi nasihat ;

    22.1.2. memanggil ibu bapa atau penjaga untuk membuat perundingan ;

    36

  • 22.1.3. memberi amaran keras secara bertulis dan salinannya diserahkan kepada ibu bapa atau penjaga dan pihakKementerian Pendidikan ;

    22.1.4. menggantung penghuni asrama berkenaan dari tinggal di asrama tidak lebih dua (2) minggu (14 hari) dengan memberimakluman kepada pihak Kementerian Pendidikan ;

    22.1.5. mengeluarkan penghuni dari asrama atas kesalahan beratdengan mendapat kebenaran daripada pihak KementerianPendidikan ;

    22.1.6. mengenakan ganti rugi yang seimbang sama ada dengan nilaiwang atau barang-barang yang dicuri atau dirosakkan ;

    22.1.7. menghadapkan kepada pihak Kementerian Pendidikan untuktindakan jika sekiranya nilai barang yang dirosakkan atau dicuriitu melebihi $25.00 (dua puluh lima ringgit) ;

    22.1.8. menghadapkan kepada pihak Kementerian Pendidikan untuktindakan menarik balik dermasiswa asrama / pembelajarannyadi institusi pendidikan berkenaan ;

    22.1.9. menyerahkan kepada pihak polis semua alatan / benda curianyang membahayakan, lucah atau bertentangan dengan keselamatan negara ; dan

    22.1.10.menyerahkan pelajar-pelajar yang melakukan apa saja jeniskesalahan yang berunsurkan jenayah dan politik kepada pihakberkuasa yang berkenaan.

    23. RAYUAN-RAYUAN

    Penghuni asrama yang dikeluarkan dari asrama boleh membuat rayuan kepada pihak Kementerian Pendidikan melalui pengetua atau guru besar institusi pendidikan masing-masing supaya diberi pertimbangan untuk tinggalsemula di asrama dalam tempoh 21 hari dari tarikh beliau dikeluarkan dariasrama.

    37

  • BAHAGIAN KEEMPAT

    TAJUK-TAJUK KESALAHAN DAN TATACARA PELAKSANAAN TINDAKAN

    1. PENDAHULUAN

    1.1. Peraturan yang dibutirkan dalam buku ini adalah semata-mata bagimemenuhi keperluan institusi-institusi pendidikan dengan tujuan untukmengajar, mendidik dan mengasuh pelajar.

    1.2. Peraturan-peraturan yang dibutirkan adalah bagi keseragaman danpenyelarasan tatacara pihak-pihak yang diberi kuasa bertindak untukmenentukan tahap atau cara yang sebaik-baiknya membuat penyelesaian.

    1.3. Pihak institusi pendidikan adalah digalakkan untuk mengadakanperundingan atau muzakarah sebelum sesuatu tindakan dikenakan keatas setiap kesalahan umpamanya dengan mengadakan pertemuandengan ibu bapa / penjaga pelajar bagi mengeratkan persefahaman /perhubungan dan kerjasama antara institusi pendidikan dengan ibubapa / penjaga.

    2. SENARAI TAJUK KESALAHAN DAN PELANGGARAN PERATURAN-PERATURAN INSTITUSI PENDIDIKAN DAN ASRAMA

    2.1. Kes-kes Ringan

    2.1.1. Tidak hadir ke institusi pendidikan.2.1.2. Lambat datang ke institusi pendidikan.2.1.3. Ponteng dari institusi pendidikan / bilik darjah.2.1.4. Kesalahan dalam bilik darjah.2.1.5. Kesalahan bersabit dengan pakaian.2.1.6. Berambut atau berkuku panjang / berfesyen-fesyen / berekor

    / bertingkat-tingkat / berwarna dan sebagainya.2.1.7. Kesalahan bersabit dengan bilik-bilik khas / makmal / bengkel

    dan sebagainya.2.1.8. Kesalahan berkaitan dengan tandas.2.1.9. Tidak memulangkan barang / alatan yang dipinjam.2.1.10. Kesalahan bersabit dengan bayaran yuran institusi pendidikan

    / asrama.2.1.11. Tidak membuat surat akuan belajar.2.1.12. Tidak hadir / ponteng kegiatan tambahan / kokurikulum.2.1.13. Kesalahan bersabit dengan lawatan.2.1.14. Kesalahan bersabit dengan papan kenyataan institusi

    pendidikan.

    38

  • 2.1.15. Kesalahan bersabit dengan perhimpunan di institusi pendidikan.

    2.1.16. Kesalahan bersabit dengan kenderaan / bas institusi pendidikan.

    2.1.17. Kesalahan bersabit dengan penggunaan kenderaanpersendirian (pelajar).

    2.1.18. Kesalahan di kawasan institusi pendidikan.

    2.2. Kes-kes Berat

    2.2.1. Membawa / menyimpan / memiliki / mengedar / menghisaprokok / tembakau.

    2.2.2. Menggunakan bahasa / bahasa isyarat atau perkataan-perkataan kesat atau lucah.

    2.2.3. Melukis / menulis perkataan atau gambar lucah.2.2.4. Menipu / memalsukan keterangan / membuat tuduhan palsu /

    meniru tandatangan / cap institusi pendidikan / Kerajaan danlain-lain kes pemalsuan.

    2.2.5. Membawa, membuat, meletupkan mercun atau bahan letupan.2.2.6. Menjejaskan / menghalang kuasa pengetua / guru besar atau

    guru-guru menjalankan tugas.2.2.7. Memandu kenderaan atau menunggang motosikal tanpa

    lesen.2.2.8. Membunyikan alat amaran kecemasan tanpa sebab tertentu.2.2.9. Menulis / mengeluarkan kenyataan akhbar dengan niat untuk

    memburukkan guru atau institusi pendidikan.2.2.10. Membuat / mengedar surat layang.2.2.11. Membawa, membuat, mengedar atau minum minuman keras

    atau sebarang benda yang memabukkan.2.2.12. Membawa / menyimpan / mengedar / menonton filem atau

    video / VCD / DVD / gambar lucah dan sebagainya.2.2.13. Memakai pakaian institusi pendidikan lain (menyamar) atau

    menceroboh institusi pendidikan lain.2.2.14. Menyalahgunakan dadah / racun terkawal atau bahan inhalan.2.2.15. Menyalahgunakan Internet / alat permainan elektronik atau

    bahan multimedia.2.2.16. Merosakkan harta benda pelajar / guru / kakitangan institusi

    pendidikan / awam / bas institusi pendidikan.2.2.17. Mencuri / menyimpan barang curian.2.2.18. Memukul, mengancam, memeras ugut termasuk pembulian.2.2.19. Menganjur atau melibatkan diri dalam acara kebudayaan yang

    bertentangan dengan nilai dan falsafah Melayu Islam Beraja(termasuk pertandingan-pertandingan ratu cantik dalam danluar negara).

    2.2.20. Terlibat dalam kegiatan subversif / ajaran sesat.2.2.21. Membabitkan diri dalam tunjuk perasaan / perhimpunan

    haram / perkumpulan haram (samseng).

    39

  • 2.2.22. Membawa, membuat, mengedar, menggunakan senjata dan /atau alat berbahaya.

    2.2.23. Menipu dengan menggunakan nama institusi pendidikan untukkepentingan kumpulan / diri sendiri.

    2.2.24. Mempersendakan kalimah suci al-Quran / bendera NegaraBrunei Darussalam / luar negara / gambar wajah Kebawah DuliYang Maha Mulia / Kerabat Diraja / pembesar negara / institusipendidikan.

    2.2.25. Percubaan / membakar institusi pendidikan / harta benda /bangunan awam.

    2.2.26. Menjadi perempuan atau lelaki simpanan (GRO / Gigolo),melacur, bohsia, bohjan, menjadi ibu atau bapa ayam (pimp)dan terlibat dalam kegiatan tidak bermoral.

    2.2.27. Berkhalwat / bercumbu-cumbuan.2.2.28. Melakukan zina / liwat.2.2.29. Berjudi.2.2.30. Memeras ugut dan berkelahi.2.2.31. Mencabuli kehormatan guru / kakitangan / pelajar.2.2.32. Merogol / percubaan merogol.2.2.33. Mengandung.2.2.34. Kesalahan bersabit dengan peperiksaan.

    3. PENUTUP

    3.1. Peringatan Khusus

    3.1.1. Jika terdapat peraturan-peraturan yang tidak terkandungdalam buku ini, tindakannya adalah atas kebijaksanaan pengetua / guru besar atau merujuk terus kepada pihakKementerian Pendidikan.

    3.1.2. Jika terdapat peraturan yang bercanggah atau mendatangkankewahamam, maka pengetua / guru besar atau sesiapa jua diinstitusi pendidikan yang diberi kuasa hendaklah merujukkepada ketua-ketua bahagian / jabatan di KementerianPendidikan.

    3.1.3. Pelajar adalah dibenarkan untuk membuat rayuan kepadapihak Kementerian Pendidikan melalui sokongan pihak institusipendidikan untuk diterima belajar semula di institusi pendidikanberkenaan.

    40

  • 41

  • 42

  • 43

  • 44

  • 45

  • 46

  • 47

  • 48

  • 49

  • 50

  • 51

  • 52

  • 53

  • 54

  • 55

  • 56

  • 57

  • 58

  • 59

  • 60

  • 61

  • 62

  • 63

  • 64

  • 65

  • 66

  • 67

  • 68

  • 69

  • 70

  • 71

  • 72

  • 73

  • 74

  • 75

  • 76

  • 77

  • 78

  • 79

  • 80

  • 81

  • 82

  • 83

  • 84

  • 85

  • 86

  • 87

    CONTOH SURAT MAKLUMAN(Untuk Orang Islam)

    Letterhead Sekolah

    Yang MuliaNama ibu bapa / penjaga ________________________________________________________________________________________________

    Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh (jawi)

    Per : TIDAK HADIR SEKOLAH

    Dengan hormat adalah dimaklumkan bahawa anak / anak di bawah jagaan Pengiran/ Pehin / Dato / Datin / Awang / Dayang yang bernama ___________________________________________________ dalam Darjah / Tingkatan ________ telah didapatitidak hadir ke sekolah selama 3 hari mulai pada _____________________ hingga________________________ tanpa diketahui sebab-sebabnya.

    Demi kepentingan pelajaran dan masa depan pelajar berkenaan, pihak sekolah memohon kerjasama ibu bapa / penjaga, untuk memastikannya hadir belajar ke sekolah seperti biasa dan memberikan penjelasan secara bertulis sebab-sebab tidakhadir itu.

    Di atas kerjasama Pengiran / Pehin / Dato / Datin / Awang / Dayang itu nanti, pihaksekolah tidak lupa mengucapkan terima kasih.

    Wassalam (jawi)

    (_________________________________)Guru Besar / PengetuaSekolah Rendah / Menengah __________________________Negara Brunei Darussalam

    Lampiran 3 - A (i)

  • 88

    CONTOH SURAT MAKLUMAN(Untuk Orang Bukan Islam)

    Yang MuliaNama ibu bapa / penjaga ____________________________________________________________________________________________________________

    Per : TIDAK HADIR SEKOLAH

    Dengan hormat adalah dimaklumkan bahawa anak / anak di bawah jagaan Awang /Dayang yang bernama _____________________________ dalam Darjah / Tingkatan________ telah didapati tidak hadir ke sekolah selama 3 hari mulai_________________ hingga _____________________ tanpa diketahui sebab-sebabnya.

    Demi kepentingan pelajaran dan masa depan pelajar berkenaan pihak sekolah memohon kerjasama ibu bapa / penjaga, untuk memastikannya hadir belajar ke sekolah seperti biasa dan memberikan penjelasan secara bertulis sebab-sebab tidakhadir itu.

    Di atas kerjasama Awang / Dayang itu nanti, pihak sekolah tidak lupa mengucapkanterima kasih.

    Sekian.

    (_________________________________)Guru Besar / PengetuaSekolah Rendah / Menengah __________________________Negara Brunei Darussalam

    Lampiran 3 - A (ii)

  • 89

    CONTOH SURAT PERINGATAN KEDUA(Untuk Orang Islam)

    Yang MuliaNama ibu bapa / penjaga ________________________________________________________________________________________________

    Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh (jawi)

    Per : TIDAK HADIR SEKOLAH

    Dengan hormat adalah dimaklumkan bahawa anak / anak di bawah jagaan Pengiran/ Pehin / Dato / Datin / Awang / Dayang yang bernama ________________________dalam Darjah / Tingkatan _______ telah didapati tidak hadir ke sekolah selama 7 harimulai pada __________________ hingga _____________________ 2007.

    Demi kepentingan pelajaran dan masa depan pelajar berkenaan, pihak sekolah memohon kerjasama ibu bapa / penjaga untuk memastikannya hadir belajar ke sekolah seperti biasa.

    Jika sekiranya pihak sekolah tidak menerima maklum balas dalam tempoh satu minggu dari tarikh surat ini ditandatangani, tindakan disiplin terhadapnya akan diambil (dikeluarkan sementara dari daftar buku kedatangan).

    Sekian, terima kasih.

    Wassalam.

    (_________________________________)Guru Besar / PengetuaSekolah Rendah / Menengah __________________________Negara Brunei Darussalam

    Lampiran 3 - B (i)

  • 90

    CONTOH SURAT PERINGATAN KEDUA(Untuk Orang Bukan Islam)

    Yang MuliaNama ibu bapa / penjaga ________________________________________________________________________________________________

    Per : TIDAK HADIR SEKOLAH

    Dengan hormat adalah dimaklumkan bahawa anak / anak di bawah jagaan Awang /Dayang yang bernama ___________________________________________ dalamDarjah / Tingkatan ______ telah didapati tidak hadir ke sekolah selama 7 hari mulaipada __________________ hingga _____________________ 2007.

    Demi kepentingan pelajaran dan masa depan pelajar berkenaan, pihak sekolah memohon kerjasama ibu bapa / penjaga untuk memastikannya hadir belajar ke sekolah seperti biasa.

    Jika sekiranya pihak sekolah tidak menerima maklum balas dalam tempoh satu minggu dari tarikh surat ini ditandatangani, tindakan disiplin terhadapnya akan diambil (dikeluarkan sementara dari daftar buku kedatangan).

    Sekian, terima kasih.

    (_________________________________)Guru Besar / PengetuaSekolah Rendah / Menengah __________________________Negara Brunei Darussalam

    Lampiran 3 - B (ii)

  • 91

    CONTOH SURAT AMARAN KETIGA(Untuk Orang Islam)

    Yang MuliaNama ibu bapa / penjaga ________________________________________________________________________________________________

    Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh (jawi)

    Per : TIDAK HADIR SEKOLAH

    Dengan hormat adalah dimaklumkan sekali lagi bahawa anak / anak di bawah jagaanPengiran / Pehin / Dato / Datin / Awang / Dayang yang bernama ___________________________________________ dalam Darjah / Tingkatan ________ masih didapatitidak hadir ke sekolah sehingga ke hari ini.

    Jika pihak sekolah tidak menerima maklum balas dari pihak ibu bapa / penjaga, seminggu dari tarikh surat ini dikeluarkan, pihak sekolah akan mengambil tindakandisiplin dengan menggantung persekolahannya. Jika kedatangannya kurang 85%,pelajar berkenaan tidak akan dibenarkan menduduki peperiksaan akhir tahun /peperiksaan awam.

    Dari itu, demi kepentingan pelajaran dan masa depan pelajar berkenaan, pihak sekolah memohon kerjasama ibu bapa / penjaga untuk memastikannya hadir belajarke sekolah seperti biasa.

    Sekian, terima kasih.

    Wassalam (jawi)

    (_________________________________)Guru Besar / PengetuaSekolah Rendah / Menengah __________________________Negara Brunei Darussalam

    Lampiran 3 - C (i)

  • 92

    CONTOH SURAT AMARAN KETIGA(Untuk Orang Bukan Islam )

    Yang MuliaNama ibu bapa / penjaga ________________________________________________________________________________________________

    Per : TIDAK HADIR SEKOLAH

    Dengan hormat adalah dimaklumkan sekali lagi bahawa anak / anak di bawah jagaanPengiran / Pehin / Dato / Datin / Awang / Dayang yang bernama ___________________________________________ dalam Darjah / Tingkatan ________ masih didapatitidak hadir ke sekolah sehingga ke hari ini.

    Jika pihak sekolah tidak menerima maklum balas dari pihak ibu bapa / penjaga, seminggu dari tarikh surat ini dikeluarkan, pihak sekolah akan mengambil tindakandisiplin dengan menggantung persekolahannya. Jika kedatangannya kurang 85%,pelajar berkenaan tidak akan dibenarkan menduduki peperiksaan akhir tahun /peperiksaan awam.

    Dari itu, demi kepentingan pelajaran dan masa depan pelajar berkenaan, pihak sekolah memohon kerjasama ibu bapa / penjaga untuk memastikannya hadir belajarke sekolah seperti biasa.

    Sekian, terima kasih.

    (_________________________________)Guru Besar / PengetuaSekolah Rendah / Menengah __________________________Negara Brunei Darussalam

    Lampiran 3 - C (ii)

  • 93

    CONTOH SURAT MEMANGGIL IBU BAPA / PENJAGA(Untuk Orang Islam)

    Yang MuliaNama ibu bapa / penjaga________________________________________________________________________________________________

    Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

    Per : PERJUMPAAN DENGAN GURU BESAR / PENGETUA

    Dengan hormat sukacita menjemput Pengiran / Pehin / Dato / Datin / Awang / Dayanghadir ke sekolah ini untuk berbincang mengenai dengan hal-ehwal (nama anak)____________________________________________________, Darjah / Tingkatan_________ pada :

    Tarikh: _________________________________

    Jam : _________________________________

    Tempat : _________________________________

    Pihak sekolah berharap Pengiran / Pehin / Dato / Datin / Awang / Dayang akan dapatmeluangkan masa hadir ke sekolah pada masa dan tarikh yang ditetapkan. Walaubagaimanapun, jika Pengiran / Pehin / Dato / Datin / Awang / Dayang tidak dapat hadirpada masa yang ditetapkan, bolehlah menghubungi sekolah ini untuk membuat temujanji.

    Sekian, terima kasih.

    Wassalam.

    (_________________________________)Guru Besar / PengetuaSekolah Rendah / Menengah __________________________Negara Brunei Darussalam

    Lampiran 3 - D (i)

  • 94

    CONTOH SURAT MEMANGGIL IBU BAPA / PENJAGA(Untuk Orang Bukan Islam)

    Yang MuliaNama ibu bapa / penjaga______________________________________________________________