18

BUKU PANDUAN LATIHAN INDUSTRI · 2020. 6. 10. · BUKU PANDUAN LATIHAN INDUSTRI Edisi Kelima : Jun 2020 Hakcipta Terpelihara Maklumat yang terdapat di dalam buku ini adalah benar

  • Upload
    others

  • View
    37

  • Download
    1

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: BUKU PANDUAN LATIHAN INDUSTRI · 2020. 6. 10. · BUKU PANDUAN LATIHAN INDUSTRI Edisi Kelima : Jun 2020 Hakcipta Terpelihara Maklumat yang terdapat di dalam buku ini adalah benar
Page 2: BUKU PANDUAN LATIHAN INDUSTRI · 2020. 6. 10. · BUKU PANDUAN LATIHAN INDUSTRI Edisi Kelima : Jun 2020 Hakcipta Terpelihara Maklumat yang terdapat di dalam buku ini adalah benar

BUKU PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

Edisi Kelima : Jun 2020 Hakcipta Terpelihara

Maklumat yang terdapat di dalam buku ini adalah benar pada masa ia dicetak. Universiti berhak untuk membuat pindaan apabila dianggap perlu tanpa sebarang pengumuman terlebih dahulu. Hakcipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluarkan ulang dalam apa juga bentuk dan dengan apa cara juga sama ada elektronik, fotostat, rakaman, visual atau cara lain, mana mana bahagian artikel/ilustrasi/isi kandungan buku sebelum mendapat izi bertulis daripada Universiti Teknologi Malaysia.

Page 3: BUKU PANDUAN LATIHAN INDUSTRI · 2020. 6. 10. · BUKU PANDUAN LATIHAN INDUSTRI Edisi Kelima : Jun 2020 Hakcipta Terpelihara Maklumat yang terdapat di dalam buku ini adalah benar

PENDAHULUAN Buku panduan ini merupakan satu garis panduan bagi menjalankan Latihan Industri yang boleh digunakan oleh pihak Program Pengajian Diploma Sepenuh Masa, Program Diploma Separuh Masa dan Program Diploma Kerjasama. Di dalam buku ini diterangkan secara ringkas mengenai matlamat, program dan perlaksanaan Latihan Industri, PPD Kuala Lumpur. Diharapkan buku ini akan dapat membantu pihak organisasi memainkan peranannya dalam menjayakan program ini isamping memberi sumbangan kearah pembangunan negara. Jawatankuasa Latihan Industri, Pusat Pengajian Diploma, UTM Kuala Lumpur Jun 2020

Page 4: BUKU PANDUAN LATIHAN INDUSTRI · 2020. 6. 10. · BUKU PANDUAN LATIHAN INDUSTRI Edisi Kelima : Jun 2020 Hakcipta Terpelihara Maklumat yang terdapat di dalam buku ini adalah benar

1

BUKU PANDUAN LI

1.0 PENGENALAN

1.1 Tujuan buku panduan ini adalah untuk memberikan panduan kepada pelajar diploma di Pusat Pengajian Diploma (PPD) UTM bagi Program Diploma Sepenuh Masa, Program Diploma Separuh Masa dan Program Diploma Kerjasama agar mereka dapat menjalani Latihan Industri yang sistematik samada di dalam atau di luar kampus. Latihan Industri ini dianggap sebagai suatu pendedahan yang penting dan berguna kepada pelajar.

1.2 Program Latihan Industri merupakan kursus wajib yang telah

disenaraikan di dalam kurikulum dan perlu diikuti oleh setiap pelajar diploma. Ia terdiri daripada dua (2) kursus iaitu Latihan Industri (8 Kredit Hadir Wajib) dan Laporan Latihan Industri dan Seminar (4 Kredit Bergred).

1.3 Pelajar diploma juga digalakkan untuk menjalani Latihan

Kemahiran pada waktu cuti semester, dan ianya bukan merupakan kursus wajib.

2.0 VISI DAN MISI PUSAT PENGAJIAN DIPLOMA

VISI Renowned as a Center of Excellence in Continuing Education. MISI To be prominent in the development of creative and innovative human capital model through quality continuing education.

3.0 TUJUAN LATIHAN INDUSTRI DAN LATIHAN KEMAHIRAN

Latihan Industri dan Latihan Kemahiran ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada persekitaran industri sebenar berdasarkan bidang yang diikuti di PPD UTM bagi Program Diploma Sepenuh Masa, Program Diploma Separuh Masa dan Program Diploma Kerjasama.

Page 5: BUKU PANDUAN LATIHAN INDUSTRI · 2020. 6. 10. · BUKU PANDUAN LATIHAN INDUSTRI Edisi Kelima : Jun 2020 Hakcipta Terpelihara Maklumat yang terdapat di dalam buku ini adalah benar

2

BUKU PANDUAN LI

4.0 OBJEKTIF

Objektif bagi Latihan Industri dan Latihan Kemahiran ini adalah seperti berikut :

(a) Untuk membolehkan pelajar memerhati, memahami dan

mengambil bahagian dalam kerja sebenar selain daripada pelajaran teori yang didapati di dalam bilik-bilik kuliah.

(b) Untuk memberikan pelajar peluang bagi mempraktikkan

pengetahuan serta pertimbangan mereka sendiri dalam menjalankan tugas.

(c) Untuk memperkenalkan pelajar kepada struktur organisasi jabatan

atau firma tempat latihan industri dan mengenali peranan jawatan tertentu di dalam organisasi tersebut.

(d) Untuk melatih pelajar menulis laporan teknikal yang lengkap dan

teratur sebagai rujukan dan persediaan memasuki alam pekerjaan.

5.0 KELAYAKAN MENJALANI LATIHAN

5.1 Syarat kelayakan menjalani Latihan Industri:

(a) Telah lulus kesemua kursus yang perlu diambil. (b) Pelajar mendapat Kedudukan Baik (KB) pada peperiksaan

akhir semester semasa. (c) Pelajar yang gagal memenuhi Perkara 5.1(a) dan (b) di atas

perlu merujuk kepada Peraturan Akademik Bahagian VII Perkara 4 Peperiksaan Khas.

5.2 Pelajar yang tidak memenuhi syarat yang seperti Perkara 5.1,

tidak layak menjalani Latihan Industri, tetapi boleh dipertimbangkan kelonggaran syarat seperti berikut:

Page 6: BUKU PANDUAN LATIHAN INDUSTRI · 2020. 6. 10. · BUKU PANDUAN LATIHAN INDUSTRI Edisi Kelima : Jun 2020 Hakcipta Terpelihara Maklumat yang terdapat di dalam buku ini adalah benar

3

BUKU PANDUAN LI

(a) Sekiranya terdapat mana-mana kursus Umum Universiti yang ditawarkan yang belum diambil atau ditebus dan kredit kursus berkenaan tidak lebih daripada 2 kredit.

Atau

(b) Sekiranya terdapat mana-mana kursus teras semester bernilai

3 kredit yang masih belum ditebus atau diambil dan kursus tersebut bukan kursus studio.

Atau

(c) Yang dibenarkan oleh Jawatankuasa Latihan Industri SPACE.

5.3 Latihan Kemahiran :

(a) Masih ada sekurang-kurangnya satu semester pengajian lagi. (b) Mendapat Kedudukan Baik (KB) pada peperiksaan akhir

semester semasa. 6.0 PENGECUALIAN DARIPADA MENJALANI LATIHAN INDUSTRI

6.1 Pelajar yang mempunyai pengalaman kerja boleh memohon

untuk mendapatkan pengecualian daripada menjalani Latihan Industri. Tarikh permohonan perlu dikemukakan adalah sepertimana yang telah ditetapkan oleh Bahagian Akademik PPD.

Pengecualian akan diberi kepada pelajar yang memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh PPD seperti berikut:

(a) Mempunyai pengalaman kerja minimum dua (2) tahun dalam

bidang yang sama dengan bidang pengajian yang diikuti. (b) Menyerahkan satu laporan lengkap tentang pengalaman kerja

kepada Jawatan Kuasa Latihan Industri. Laporan tersebut hendaklah disahkan oleh majikan.

Page 7: BUKU PANDUAN LATIHAN INDUSTRI · 2020. 6. 10. · BUKU PANDUAN LATIHAN INDUSTRI Edisi Kelima : Jun 2020 Hakcipta Terpelihara Maklumat yang terdapat di dalam buku ini adalah benar

4

BUKU PANDUAN LI

(c) Berjaya dalam temuduga yang dikendalikan oleh Jawatan Kuasa Latihan Industri.

(d) Permohonan ini perlu dikemukakan pada Minggu 1 pada

Semester 4 yang ditentukan oleh Jawatan Kuasa Latihan Industri.

7.0 TAKLIMAT LATIHAN

Jawatan Kuasa Latihan Industri akan mengaturkan sesi taklimat latihan kepada semua pelajar yang menjalani Latihan Industri. Tujuan taklimat ini adalah untuk memberitahu pelajar berkenaan, segala butir-butir yang perlu diambil perhatian sebelum mereka menjalani Latihan Industri.

8.0 TEMPOH LATIHAN DAN PENEMPATAN

8.1 Tempoh Latihan:

(a) Latihan Industri :

Pelajar wajib menjalani Latihan Industri kerana ia adalah salah satu daripada kursus yang diwajibkan lulus bagi tujuan penganugerahan diploma. Tempoh Latihan Industri ini adalah selama 4 bulan (16 minggu) dan dijalankan dalam satu semester lazim pengajian.

(b) Latihan Kemahiran :

Pelajar digalakkan untuk menjalani Latihan Kemahiran. Latihan Kemahiran ini bukan kursus wajib bagi tujuan penganugerahan diploma. Tempoh latihan kemahiran yang minima ialah 2 ½ bulan (10 minggu) dan dijalankan semasa cuti antara sesi pengajian.

Page 8: BUKU PANDUAN LATIHAN INDUSTRI · 2020. 6. 10. · BUKU PANDUAN LATIHAN INDUSTRI Edisi Kelima : Jun 2020 Hakcipta Terpelihara Maklumat yang terdapat di dalam buku ini adalah benar

5

BUKU PANDUAN LI

8.2 Penempatan Latihan Industri melibatkan sektor awam dan swasta seperti jabatan-jabatan Kerajaan, badan-badan berkanun kerajaan, firma-firma perundingan, firma pemaju, firma pembinaan dan institusi kewangan yang menepati bidang kursus yang diikuti oleh pelajar.

8.3 Tempat Latihan Industri dan Latihan Kemahiran dicarisendiri

oleh pelajar dan mendapat perakuan daripada penyelaras/urusetia Jawatankuasa Latihan Industri. Pelajar tidak digalakkan mencari tempatlatihandi Sarawak dan Sabah kerana menyukarkan penyeliaan dibuat.

9.0 KEHADIRAN PELAJAR DI TEMPAT LATIHAN

9.1 Pelajar yang menjalani Latihan Industri dan Latihan Kemahiran

hendaklah sentiasa mematuhi peraturan hari dan waktu bekerja organisasi berkenaan. PPD membenarkan pelajar memohon maksimum lima (5) hari cuti tidak termasuk cuti umum bergantung kepada kelulusan pihak organisasi. Jika pelajar mempunyaisebarang masalah, pelajar perlu menghubungi atau kemukakan masalah kepada Jawatan Kuasa Latihan Industri.

9.2 Jawatan Kuasa Latihan Industri boleh mengambil tindakan

disiplin kepada pelajar yang tidak mematuhi peraturan kehadiran di tempat kerja dengan memberikan keputusan Hadir Gagal (HG) kepada pelajar.

10.0 TATATERTIB SEMASA LATIHAN

10.1 Semasa pelajar menjalani Latihan Industri dan Latihan Kemahiran ditempat-tempat yang ditentukan, pelajar hendaklah berkelakuan baik. Pelajar hendaklah bersopan santun, berpakaian kemas dan menunjukkan sifat-sifat keperibadian yang baik kepada staf-staf organisasi. Ini sangat penting demi menjaga nama baik Universiti dan pelajar.

Page 9: BUKU PANDUAN LATIHAN INDUSTRI · 2020. 6. 10. · BUKU PANDUAN LATIHAN INDUSTRI Edisi Kelima : Jun 2020 Hakcipta Terpelihara Maklumat yang terdapat di dalam buku ini adalah benar

6

BUKU PANDUAN LI

10.2 Semasa menjalani Latihan Industri dan Latihan Kemahiran, pelajar mestilah mematuhi segala peraturan organisasi. Pelajar dinasihatkan jangan melibatkan diri dalam kegiatan-kegiatan kesatuan sekerja di tempat latihan atau melakukan apa-apa yang dilarang oleh Akta Universiti. Walau apa juga keadaan yang mungkin terdapat di dalam organiasai itu, pelajar tidak boleh berdebat atau mempersoalkan sesuatu kepada pihak organisasi tersebut tanpa merujuk kepada pihak berkuasa Universiti.

10.3 Sebarang salahlaku hendaklah dilaporkan segera kepada Jawatan Kuasa Latihan Industri dan / atau organisasi tersebut.

11.0 INSURAN, RAWATAN PERUBATAN DAN SURAT INDEMNITI

11.1 Semua pelajar mempunyai insuran secara takaful berkelompok. Jenis perlindungan berdasarkan ‘Group Personal Accident Takaful’ (GPAT) yang meliputi kecederaan tubuh (bodily injury) yang mungkin dialami oleh pelajar, semasa menjalani Latihan Industri, tertakluk kepada syarat-syarat seperti yang terkandung dalam sijil GPAT.

11.2 Semasa menjalani latihan, jika pelajar memerlukan sebarang

rawatan perubatan, pelajar bolehlah mendapatkan rawatan di klinik atau hospital kerajaan. Dalam kes-kes kecemasan dan jika tiada klinik atau hospital kerajaan di daerah tempat latihan, pelajar boleh dibawa ke klinik atau hospital swasta untuk mendapatkan rawatan segera. Semua perbelanjaan yang mungkin dikenakan boleh dituntut semula dari pihak UTM dengan menyertakan resit/dokumen yang berkaitan.

11.3 Jawatan Kuasa Latihan Industri akan mengeluarkan Surat

Indemniti kepada organisasi yang menerima pelajar untuk menjalani Latihan Industri.

Page 10: BUKU PANDUAN LATIHAN INDUSTRI · 2020. 6. 10. · BUKU PANDUAN LATIHAN INDUSTRI Edisi Kelima : Jun 2020 Hakcipta Terpelihara Maklumat yang terdapat di dalam buku ini adalah benar

7

BUKU PANDUAN LI

12.0 PEMBERITAHUAN ALAMAT

Pelajar yang menjalani Latihan Industri di seluruh negara dikehendaki mengemukakan alamat tempat mereka menjalani Latihan Industri selewatlewatnya dua (2) minggu setelah melaporkan diri di tempat latihan dengan menggunakan Borang Pengesahan Melaporkan Diri yang disertakan dalam Buku Log. Pelajar tidak dibenarkan bertukar atau berpindah ke organisasi lain kecuali mendapat kebenaran daripada Jawatan Kuasa Latihan Industri.

13.0 LAWATAN PENYELIA LATIHAN INDUSTRI

13.1 Jawatan Kuasa Latihan Industri akan menentukan sesi lawatan

oleh penyelia yang terdiri daripada staf akademik untuk melawat organisasi semasa pelajar menjalani Latihan Industri.

13.2 Tujuan lawatan ini ialah untuk memantau dan memberi nasihat kepada pelajar serta berbincang dengan pelajar/majikan masalah yang tertentu semasa menjalani latihan. Lawatan ini juga bertujuan menjalinkan dan meluaskan jaringan antara Universiti dan organisasi.

13.3 Tuntutan dan bayaran elaun perjalanan dan lain lain elaun yang

berkaitan kerana menjalankan urusan rasmi penyeliaan Latihan Industri/Latihan Kemahiran akan disalurkan kepada PPD bagi pelajar pengajian sepenuh masa dan pejabat SPACE untuk pelajar separuh masa. Bagi penyeliaan pelajar program kerjasama UTM, tuntutan tersebut dikemukakan kepada kolej kerjasama yang berkenaan.

14.0 TUGAS PENYELIA LATIHAN INDUSTRI

14.1 Tugas penyelia adalah seperti berikut:Melawat pelajar di tempat

tempat latihan dan membuat laporan bertulis menggunakan borang-borang yang telah ditentukan mengenai lawatan ini dan menyerahkan laporan tersebut kepada Jawatan Kuasa Latihan Industri sebaik sahaja selesai lawatan tersebut dijalankan.

Page 11: BUKU PANDUAN LATIHAN INDUSTRI · 2020. 6. 10. · BUKU PANDUAN LATIHAN INDUSTRI Edisi Kelima : Jun 2020 Hakcipta Terpelihara Maklumat yang terdapat di dalam buku ini adalah benar

8

BUKU PANDUAN LI

14.2 Menyelaras, membimbing dan memberi panduan kepada pelajar yang sedang menjalani Latihan Industri.

14.3 Berusaha menyelesaikan masalah masalah yang dihadapi oleh

pelajar semasa menjalani latihan. Sekiranya masalah ini tidak dapat diselesaikan bersendirian, hendaklah dilaporkan kepada pihak urusetia Jawatan Kuasa Latihan Industri dengan segera.

14.4 Menyemak, memberi komen dan cadangan, menulis nama

penyelia, menulis tarikh mengadakan penyeliaan dan menandatangani buku log pelajar yang disediakan oleh PPD.

14.5 Berbincang dengan penyelia organisasi mengenai jadual latihan

pelajar di bawah penyeliaan mereka. 14.6 Berbincang dengan pelajar mengenai penyediaan laporan Latihan

Industri.

14.7 Menyemak laporan Latihan Industri pelajar selepas selesai latihan berkenaan.

14.8 Lain-lain tugas yang ditentukan dari semasa ke semasa.

15.0 PENILAIAN LATIHAN

15.1 Prestasi pelajar semasa menjalani Latihan Industri akan dinilai oleh penyelia daripada PPD / kolej kerjasama dan penyelia organisasi. Aspek yang dinilai ialah prestasi kerja, hasil kerja, sahsiah pelajar dan lain lain.

15.2 Pelajar yang menjalani Latihan Industri, akan dinilai berdasarkan

kepada :

(a) Laporan penyelia PPD / kolej kerjasama. (b) Laporan penyelia organisasi.

Page 12: BUKU PANDUAN LATIHAN INDUSTRI · 2020. 6. 10. · BUKU PANDUAN LATIHAN INDUSTRI Edisi Kelima : Jun 2020 Hakcipta Terpelihara Maklumat yang terdapat di dalam buku ini adalah benar

9

BUKU PANDUAN LI

(c) Pemeriksaan buku log oleh penyelia PPD / kolej kerjasama. (d) Pemeriksaan/pembentangan Laporan Akhir Latihan Industri

oleh pensyarah PPD.

15.3 Laporan Penyelia PPD / kolej kerjasama

(a) Prestasi pelajar semasa menjalani latihan dinilai oleh penyelia PPD / kolej kerjasama berdasarkan kepada temubual dengan pelajar berkenaan dan juga hasil maklumbalas dari penyelia organisasi. Antara aspek yang dinilai ialah kefahaman, komitmen, penyesuaian, tahap disiplin dan kualiti kerja yang diberikan.

(b) Borang yang digunakan untuk penilaian ini adalah Borang

LI/A. Borang yang telah diberikan markah oleh penyelia PPD / kolej kerjasama akan diserahkan kepada Jawatan Kuasa Latihan Industri sebaik sahaja kembali daripada membuat lawatan penyeliaan.

15.4 Laporan Penyelia Organisasi

(a) Penyelia Organisasi akan menilai pelajar dari segi prestasi

kerja, hasil kerja dan pembinaan sahsiah menggunakan Borang LI/B.

(b) Tarikh penyerahan laporan penyelia organisasi kepada

Urusetia Jawatan Kuasa Latihan Industri satu bulan sebelum tamat Latihan Industri. Walau bagaimanapun, pelajar dikehendaki meneruskan Latihan Industri sehingga tamat tempoh yang ditetapkan dan Penyelia Organisasi akan menilai pelajar menerusi Borang LI/C dan menyemak buku log sehingga Minggu ke 16.

Page 13: BUKU PANDUAN LATIHAN INDUSTRI · 2020. 6. 10. · BUKU PANDUAN LATIHAN INDUSTRI Edisi Kelima : Jun 2020 Hakcipta Terpelihara Maklumat yang terdapat di dalam buku ini adalah benar

10

BUKU PANDUAN LI

(c) Jika sekiranya selepas laporan Penyelia Organisasi dihantar kepada Urusetia Jawatan Kuasa Latihan Industri dan pihak organisasi mendapati pelajar bermasalah, perkara ini perlu dilaporkan oleh pihak organisasi dengan menggunakan borang khas yang disediakan seperti Borang LI/D.

15.5 Buku Log

(a) Buku log ialah catatan harian pelajar. Melalui buku log ini

penyelia dapat mengetahui kerja yang dilakukan oleh pelajar semasa menjalani Latihan Industri. Laporan ini mengandungi segala pengalaman pekerjaan, perbincangan dengan penyelia, komen, data dan maklumat yang dibenarkan oleh organisasi berkenaan.

(b) Tarikh penyerahan buku log kepada urusetia Jawatan Kuasa

Latihan Industri satu bulan sebelum tamat Latihan Industri. Walau bagaimanapun, pelajar dikehendaki menjalani Latihan Industri sehingga tamat tempoh yang ditetapkan.

15.6 Laporan Latihan Industri

(a) Pelajar juga dikehendaki menyediakan Laporan Latihan

Industri yang akan diberikan gred dan mempunyai nilai empat (4) kredit. Panduan dan format penyediaan Laporan Latihan Industri diberikan di dalam buku log pelajar.

(b) Tarikh penyerahan Laporan Latihan Industri kepada Jawatan

Kuasa Latihan Industri satu bulan sebelum tamat Latihan Industri.

(c) Laporan Latihan Industri mestilah dibuat dalam tiga salinan,

satu salinan untuk Jawatan Kuasa Latihan Industri, salinan kedua untuk makluman organisasi dan salinan ketiga untuk disimpan oleh pelajar sendiri. Sebelum menulis laporan, pelajar dinasihatkan supaya meminta pandangan dari pihak organisasi mengenai laporan yang akan disediakan agar ia selaras dengan polisi organisasi. Semua laporan hendaklah

Page 14: BUKU PANDUAN LATIHAN INDUSTRI · 2020. 6. 10. · BUKU PANDUAN LATIHAN INDUSTRI Edisi Kelima : Jun 2020 Hakcipta Terpelihara Maklumat yang terdapat di dalam buku ini adalah benar

11

BUKU PANDUAN LI

dihantar semasa pembentangan projek Latihan Industri. Laporanhendaklah ditandatangani terlebih dahulu oleh penyelia latihan di organisasi tempat pelajar menjalani latihan.

(d) Pecahan penilaian Latihan Industri adalah seperti di Jadual 1 dan Jadual 2 berikut:

Jadual 1 : Komponen Penilaian Latihan Industri 8 Kredit(Hadir Wajib)

Jadual 2 : Komponen Penilaian Latihan Industri 4 Kredit (Bergred)

16.0 SYARAT LULUS LATIHAN INDUSTRI DAN LAPORAN LATIHANINDUSTRI

16.1 Penyelia PPD / kolej kerjasama dikehendaki memperakukan status lulus/gagal bagi Latihan Industri dan gred bagi Laporan Latihan Industri yang dijalani oleh pelajar. Skala penilaian adalah

berdasarkan kepada Jadual 3 yang disertakan 16.2 Pelajar perlu lulus DUA (2) komponen kursus Latihan Industri iaitu kursus DDWX3908 dan DDWX3914

Komponen Penilaian Peratus (%) Buku Log 20% Laporan Penyelia UTM 30% Laporan Penyelia Organisasi 50%

Jumlah 100%

Komponen Penilaian Peratus (%) Laporan Akhir 70% Pembentangan 30%

Jumlah 100%

Page 15: BUKU PANDUAN LATIHAN INDUSTRI · 2020. 6. 10. · BUKU PANDUAN LATIHAN INDUSTRI Edisi Kelima : Jun 2020 Hakcipta Terpelihara Maklumat yang terdapat di dalam buku ini adalah benar

12

BUKU PANDUAN LI

Jadual 3: Syarat Lulus Latihan Industri dan Laporan Latihan Industri

Latihan Industri

(HW–8 kredit)

Laporan Latihan Industri

(Bergred–4 kredit) Keputusan

Lulus (≥ 50%)

D+ dan ke atas Lulus (Latihan Industri) dan Laporan Latihan Industri (bergred).

D dan ke bawah Membuat pembetulan, hantar dan pembentangan semula Laporan Latihan Industri dalam tempoh 2 minggu dari tarikh pembentangan dan lulus sekurang-kurangnya gred D+. Jika gagal, ulang kedua-dua kursus.

Gagal (< 50%)

Sebarang gred Gagal dan ulang kedua-dua kursus.

17.0 PLAGIAT / CIPLAK

17.1 Plagiat didefinisikan sebagai “menggunakan hasil kerja orang lain

tanpa memberi pengiktirafan kepada mereka, sebagai hasil kerja sendiri’. Idea dan penulisan yang diambil dari sesuatu sumber tanpa menyatakan sumber asalnya adalah plagiat.

17.2 Berikut adalah antara perkara-perkara yang dianggap plagiat:

(a) Peniruan bulat-bulat petikan dari teks seolah-olah penulisan sendiri. Petikan berkenaan mestilah diolah dengan menggunakan perkataan sendiri dan dinyatakan sumbernya.

(b) Maklumat lanjut berkenaan plagiat boleh dirujuk dalam Gaya

Dewan (1995). Plagiat merupakan salah laku akademik serius yang boleh dikenakan tindakan di bawah aedah Tatatertib Universiti.

Page 16: BUKU PANDUAN LATIHAN INDUSTRI · 2020. 6. 10. · BUKU PANDUAN LATIHAN INDUSTRI Edisi Kelima : Jun 2020 Hakcipta Terpelihara Maklumat yang terdapat di dalam buku ini adalah benar

13

BUKU PANDUAN LI

DDWZ

18.0 JAWATAN KUASA LATIHAN INDUSTRI PPD SPACE

KETUA PENYELARAS LI Program Diploma Separuh

Masa

PENGERUSI (Timbalan Pengerusi Akademik)

PENYELARAS LATIHAN INDUSTRI

DDWE DDWC DDWB DDWA DDWF DDWK DDWJ DDWG

DDWL DDWN DDWT DDWR DDWW DDWQ

URUSETIA (Pengurusan Akademik)

TIMBALAN PENGERUSI Pengurus Besar PPD

KETUA PENYELARAS LI Program Diploma Sepenuh

Masa

KETUA PENYELARAS LI Program Diploma

Kerjasama

Page 17: BUKU PANDUAN LATIHAN INDUSTRI · 2020. 6. 10. · BUKU PANDUAN LATIHAN INDUSTRI Edisi Kelima : Jun 2020 Hakcipta Terpelihara Maklumat yang terdapat di dalam buku ini adalah benar

14

BUKU PANDUAN LI

19.0 PENUTUP Melalui perlaksanaan Latihan Industri dan Latihan Kemahiran yang terancang, menepati bidang pengkhususan yang diikuti oleh pelajar semasa sesi pengajian, diharapkan semua pihak, pelajar, organisasi dan PPD, mendapat faedah serta dapat memainkan peranan masing-masing dalam memberi sumbangan ke arah pembangunan negara. Disediakan oleh : Jawatan Kuasa Latihan Industri Pusat Pengajian Diploma SPACE Universiti Teknologi Malaysia Jalan Sultan Yahya Petra, 54100 Kuala Lumpur. Segala pertanyaan hendaklah di kemukakan kepada : Pusat Diploma Sepenuh Masa No. Tel : 03 – 2615 4388/ 4710/ 4357 No. Faks : 03 – 2615 4990 Pusat Diploma Kerjasama No. Tel : 03 – 2615 4324/ 4328 Pusat Program Diploma Separuh Masa No. Tel : 03 – 2615 4937 Laman Web: https://space.utm.my

Page 18: BUKU PANDUAN LATIHAN INDUSTRI · 2020. 6. 10. · BUKU PANDUAN LATIHAN INDUSTRI Edisi Kelima : Jun 2020 Hakcipta Terpelihara Maklumat yang terdapat di dalam buku ini adalah benar