12
BIL. 3/2010 TEKNOLOGI UNTUK PENDIDIKAN BESTARI KEDAH “YANG PATAH AKAN TUMBUH YANG HILANG AKAN BERGANTI”- Terima kasih kepada kakitangan yang bertukar atau bersara dan selamat datang kepada kakitangan baru BTPN/PKG PPP Out Reach Campus Astro Penggunaan fotografi dalam pendidikan. BTPN & PKG NEGERI KEDAH KE ARAH MS-ISO 9001: 2008 Digital Story Telling....... ISSN : 2180 - 4796 Peristiwa Bergambar Pelaksanaan Sistem Pengu- rusan Kualiti Adalah Proses Penambahbaikan Yang Berterusan”

Buletin Bil 4 Tahun 2010

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Buletin Bil 4 Tahun 2010

BIL. 3/2010

TEKNOLOGI UNTUK PENDIDIKAN BESTARI

KEDAH

“YANG PATAH AKAN TUMBUHYANG HILANG AKAN BERGANTI”- Terima kasih kepada kakitangan yang bertukar atau bersara dan selamat datang kepada kakitangan baru BTPN/PKG

PPPOut Reach Campus Astro

Penggunaan fotografi dalam pendidikan.

BTPN & PKG NEGERI KEDAHKE ARAH MS-ISO 9001: 2008

Digital Story Telling.......

ISSN : 2180 - 4796

Peristiwa Bergambar

“Pelaksanaan Sistem Pengu-rusan Kualiti Adalah Proses Penambahbaikan Yang Berterusan”

Page 2: Buletin Bil 4 Tahun 2010

Aktiviti Unit Promosi, Inovasi, dan Media - m.s. 4

Dari Meja

Ketua Penolong PengarahSIDANG PENGARANG

PenasihatTuan Haji Md Zin bin Abu Bakar

Ketua Penolong PengarahBTPN Kedah Darul Aman

Ketua PengarangPuan Hajah Dina bt Harun

Penolong PengarahUnit Promosi, Inovasi, dan Media

BTPN Kedah Darul Aman

Sidang PengarangEn. Ahmad Zaki bin Yaacob

En. Zahari bin AwangEn. Misnadi bin A.Khalid

En. Omar bin Hassan

Semakan dan SuntinganPuan Rosnah bt SaadEn. Omar bin Hassan

FotografiEn. Omar bin Hassan dan

Pegawai Teknologi Pendidikan PKG

Reka Bentuk Grafik danSusun Atur

En. Omar bin Hassan

Penerbitan dan PengedaranEn. Omar bin Hassan

Tn Hj Izham bin HussainEn. Mhd Yusup bin Ishak

JurutaipEn. Omar bin Hassan

Telefon+604 - 731 3446+604 - 731 3448

Faks+604 - 730 8909

Dicetak OlehInfografik

No.333-F, Floor 1&2Jalan Teluk Wanjah, P.O. Box 244

05200 Alor Setar, Kedah

Muka Surat 2

Dari Meja KPP BTPN Kedah m.s. 2

MS ISO 9001:2008-m.s. 3

Digital Story Telling Video - m.s. 5

Karnival ICT Kubang pasu - m.s. 6

Out reach Campus Astro - m.s. 6

Karnival Buku Kedah - m.s. 7

Khidmat Bantu Pusat Sumber - m.s. 7

Program Perkongsian Amalan Terbaik Pendidikan Bestari - m.s. 8

Jasamu Dikenang - m.s. 9 Fotografi Dalam Pendidikan - m.s. 10

Berita Bergambar - m.s. 11 Bahan Promosi/Berita Dari Galeri - m.s.12

K A N D U N G A N & M U K A S U R A T

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera,Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya jua , buletin ini dapat terus diterbitkan. Tahniah dan terima kasih kepada sidang pengarang, yang memberikan komitmen yang begitu tinggi, membuat penambahbaikan sehingga berjaya memperlihatkan kemajuan dan hasil yang lebih berkualiti. Susun atur dan tema yang dibawa dapat memberikan gambaran menyeluruh tentang perjalanan aktiviti sepanjang tempoh penerbitan kali ini.

Wahana penerbitan kali ini, telah menampakkan peranan BTPN sebagai agensi sokongan untuk menja-dikan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) lebih berkesan, terutama melalui usaha menghasilkan bahan bantu mengajar dan bahan bantu belajar di bilik darjah. BTPN juga diperlihatkan berperanan me-mastikan PSS di sekolah berfungsi sebagai pusat pembelajaran dan sumber maklumat yang utama dan manjadi nadi dalam sesebuah sekolah selain membantu memperkembangkan budaya ICT terutamanya dalam proses P&P di setiap sekolah.

Untuk merealisasikan peranan tersebut, pelbagai aktiviti dan program telah dijalankan. Antaranya ialah Program Khidmat Bantu PSS, Program Pemangkin Pembestarian Pendidikan bersama Multimedia Development Corporation (MDec), menjayakan Out Reach Campus ASTRO, Karnival ICT dan Kar-nival Buku Peringkat Negeri , Program Digital Story Telling Video , Seminar Perkongsian Amalan Terbaik Pendidikan Bestari, Kursus EduWebTV, penggunaan media dan fotografi dalam P&P, serta beberapa penerbitan bahan cetak, audio dan video untuk membantu sekolah-sekolah ke arah P&P yang berkesan.

BTPN Kedah yang sedang mengamalkan Sistem Pengurusan Berkualiti, MS ISO 9001:2008, berusaha menjadikan organisasi ini setaraf dengan organisasi lain yang bertaraf dunia. Dan InsyaAllah pada tahun 2011, pengurusan semua Pusat Kegiatan Guru Kedah juga akan mengamalkan standard kualiti yang sama iaitu MS ISO 9001:2008. Dengan amalan yang sedemikian, mudahan-mudahan BTPN dan PKG akan terus memberikan sumbangan yang optimum kepada sekolah-sekolah di negeri Kedah ini.Akhir kata sekali lagi saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat dalam mener-bitkan buletin ini. Semoga usaha murni itu menjadi ibadah di sisi Allah jua.

“Mulakan Tugas dengan Niat Kerana Allah”“Tugas Kita Adalah Amal Ibadah Kita”“B.E.R.S.A.M.A Teras Kejayaan Kita”.

Sekian , terima kasih.

Haji Md.Zin bin Abu BakarKetua Penolong PengarahBahagian Teknologi Pendidikan NegeriKedah Darul Aman.

Page 3: Buletin Bil 4 Tahun 2010

Kursus Audit Dalaman MS ISO 9001:2008 telah diadakan di Bilik Seminar Teratai pada 20-22 Julai 2010. Penceramah kursus ini ialah En. Addnan bin Abdul Hamid, Penolong Pengarah, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pulau Pinang.

Pengisian kursus ini ialah sesi ceramah, bengkel, dan simulasi proses audit. Tujuan kursus ini adalah untuk melatih pegawai-pegawai BTPN dan PKG Negeri Kedah supaya kompeten terhadap proses audit dalaman.

MS ISO 9001 : 2008

P e s e r t a

yangtelah menghadirikursus berkenaanselama tiga hari

di BTPNKedah

Pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti di BTPN Kedah telah bermula sejak 1 Mei 2007. Bahagian Teknologi Pen-didikan Negeri Kedah telah dianugerahi pensijilan MS ISO 9001:2000 oleh SIRIM QAS International Sdn. Bhd. mulai 28 Disember 2007. Penambahbaikan telah dilaksanakan dari masa ke masa. BTPN Kedah telah dianugerahi Sijil Versi MS ISO 9001:2008 pada tahun 2009.

Skop Pensijilan meliputi:

PROSEDUR KUALITI PROSESPKP-01: Pengurusan Pemantauan Pusat Kegiatan GuruPKP-02: Pengurusan Khidmat Bantu PSSPKP-03: Pengurusan Pemilihan Tokoh NILAM NegeriPKP-04: Pengurusan Pentadbiran dan Perkhidmatan BTPN KedahPKP-05: Pengurusan Kewangan dan Akaun BTPN Kedah

PROSEDUR KUALITI PENGURUSAN SOKONGANPKPS-01: Kawalan DokumenPKPS-02: Kawalan Rekod

“Pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti Adalah Proses Penambahbaikan Yang Berterusan”

PKPS-03: Audit DalamanPKPS-04: Kawalan ke atas Perkhidmatan yang Tidak Memenuhi Keperluan yang DitetapkanPKPS-05: Tindakan PembetulanPKPS-06: Tindakan PencegahanPKPS-07: Pengurusan LatihanPKPS-08: Aduan dan Maklum Balas PelangganPKPS-09: Pengurusan PerolehanPKPS-10: Penyenggaraan dan Baik Pulih

Sebagai penambahbaikan, pelaksanaan MS ISO 9001:2008 akan diperluas ke semua Pusat Kegiatan Guru di seluruh negeri Kedah mulai tahun 2010 dan insyAllah akan dianugerahkan pensijilan kepada PKG mulai tahun 2011 nanti. Skop tambahan kepada PKG ini ialah PKP-06: Pengurusan Pentadbiran dan Perkhidmatan PKG Negeri Kedah.

Pegawai Teknologi Pendidikan PKG dan BTPNK sedangmengikuti Kursus Audit Dalaman sebagai persediaan mendapat-kan pensijilan Audit Dalaman MS ISO 9001:2008

Penyerahan Laporan Audit oleh YM Tengku Aidil Al Haj Tengku Amiruddin (SIRIM QAS Internasional Sdn Bhd) kepada Tuan Hj Md Zin bin Abu Bakar, KPP BTPN Kedah.

Muka Surat 3

Page 4: Buletin Bil 4 Tahun 2010

Memberi kursus pendek Fotografi Digital di Kolej PTPL SungaiPetani oleh En Omar b. Hassan dan En Misnadi b. A.Khalid

En Omar b. Hassan memberikan bimbingan kepada pelajar praktikumdari UITM cara penggunaan ‘studio lighting’ yang betul.

Membantu mempromosikan produk BTP di pameran ICT di SMKAyer Hitam bersama Unit Perkhidmatan ICT BTPNK.

Membuat rakaman luar di bawah pengarahan En Mohammad Jafferi b. Mohd Jamel bersama pelajar praktikum sempena Majlis

Persaraan Pengarah Pelajaran Negeri Kedah

Fungsi Unit Promosi, Inovasi, dan Media

1. Melaksanakan aktiviti penghasilan bahan bantuan mengajar dalam pelbagai bentuk sama ada bahan audio, video, dan bercetak.

2. Merancang dan menerbitkan Rancangan EduWebTV yang berkualiti, menarik, dan berkesan.

3. Membimbing guru-guru membina bahan-bahan bantuan mengajar dalam pelbagai bentuk sama ada bahan audio, video, dan bercetak.

4. Memantau dan mengumpul maklumat dan data EduWebTV dan ASTRO dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

5. Memberi bimbingan dan khidmat nasihat tentang penggunaan EduWebTV dan ASTRO dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

6. Membuat liputan berita dan mendokumentasikan aktiviti-aktiviti pendidikan peringkat negeri dan kebangsaan sahaja.

7. Memperbanyak dan menyebarkan koleksi bahan media pendidikan.

8. Menyelenggara dan mengemas kini bahan untuk ruang galeri BTPN Kedah.

9. Bertindak sebagai unit sokongan di BTPNK dan membantu agensi dan institusi pendidikan yang lain dalam bidang media dan penerbitan di peringkat negeri dan kebangsaan.

Bersama pelajar UITM Syah Alam (Rini dan Zura) membuat penggambaran pegun untuk Projek Koleksi Imejan.

Pemantauan dan khidmat bantu EduWebTV dilakukan oleh En Misnadidan En.Mhd Yusup di beberapa buah sekolah di negeri Kedah.

Muka Surat 4

Page 5: Buletin Bil 4 Tahun 2010

Kursus Digital Story Telling Video telah diadakan pada 27 hingga 29 Julai 2010 bertempat di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kedah, mulai pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Seramai 46 orang murid dan guru dari sekolah dalam kelompok pemangkin yang akan dinaikkan ke tahap 5 bintang dalam daerah Kuala Muda Yan telah menghadiri kursus berkenaan. Kursus tersebut dikendalikan oleh empat orang fasili-tator dari Multimedia Development Corporation (MDec).

Tujuan utama program ini adalah untuk menerapkan pembudayaan ICT di sekolah. Justeru, pengisian program yang disusun telah memberikan peluang kepada para peserta mendapat maklumat mengenai bahan video dan audio yang boleh digunakan untuk membantu mengoptimumkan penggunaan ICT di sekolah di samping fungsi utamanya sebagai bahan sokongan pengajaran dan pembelajaran yang sangan berkesan.

11 buah sekolah yang tersenarai dalam kelompokpemangkin yang akan dinaikkan ke tahap 5 bintang dalam daerah Kuala MudaYan:

1. SM Sains Sultan Moham- mad Jiwa2. SMK Sungai Pasir3. SK Bakar Arang4. SJK (C) Sin Kwang5. SK Tasek Apong6. SMK Sungai Layar7. SMK Agama Yan8. SK Guar Chempedak9. SMK Guar Chempedak10.SK Tunjang11.SMK Sin Min

DIGITAL STORY TELLING VIDEO

Programkerjasama antara

Multimedia DevelopmentCorporation (MDec) dengan

Bahagian Teknologi Pendidikan

Kementerian PelajaranMalaysia, Bukit Kiara,

Kuala Lumpur.

Muka Surat 5

AUDIO

TEKS ANIMASI

GRAFIK VIDEO

TEKNOLOGI M U L T I M E D I A

DALAM PENDIDIKAN

Untuk maklumat lanjut sila layari laman web http://www.jz-media.com

Perubahan dalam teknik pengajaran dan pembe-lajaran berbantukan teknologi pendidikan.

‘Chalk and Talk’ Berbantukan Teknologi Sisipan Ilmu

Page 6: Buletin Bil 4 Tahun 2010

Karnival ICT Kubang Pasu

Karnival berkenaan telah diadakan di SMK Ayer Hitam pada 5 Ogos 2010 yang lalu. Karnival ini dian-jurkan oleh Fasilitator SchoolNet Daerah Kubang Pasu dengan kerjasama PPD Kubang Pasu dan SMK Ayer Hitam. Matlamat penganjuran Karnival ICT tersebut adalah bagi mendedah dan membudayakan peng-gunaan ICT dalam kalangan pelajar.Program ini juga dapat menarik minat komuniti mendapatkan maklumat tentang perkembangan ICT terkini. Lebih daripada 10 ruang pameran disediakan oleh pihak penganjur yang mensasarkan warga pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah daerah Kubang Pasu serta daerah-daerah berhampiran, termasuk guru-guru dan komuniti setem-pat. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ketua Sektor Pengurusan Maklumat dan ICT, Jabatan Pelaja-ran negeri Kedah.Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kedah juga turut serta dalam program tersebut dengan mengada-kan pameran yang diurusetiakan oleh Unit Promosi, Inovasi, dan Media serta Unit Pendidikan Bestari. Tuan Haji Md Zin bin Abu Bakar, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendididkan Negeri Kedah telah turut sama hadir dalam karvinal berkenaan.

Program Out Reach Campus ASTRO telah dijalankan di negeri Kedah pada bulan Julai 2010 yang lalu. Tu-juan program adalah untuk memberikan pendedahan kepada pelajar dan guru-guru sekolah mengenai perkh-idmatan siaran yang boleh digunakan untuk tujuan pendidikan melalui siaran Campus ASTRO.Program tersebut telah mendapat sambutan yang meng-galakkan daripada pelajar dan para pendidik di lokasi yang dilawati seperti berikut: 25 Julai 2010 (Daerah Kota Setar) di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kedah. 26 Julai 2010 (Daerah Pendang) di SK Hj Abdul Rahman, Tokai. 27 Julai 2010 (Daerah Kuala Muda/Yan) di SK Gurun Pusat 28 Julai 2010 (Daerah Baling/Sik) di SK Sik.Para pendidik dan pelajar yang ditemui melahirkan rasa gembira dan menyifatkannya sebagai satu pendeda-han yang berkesan untuk meningkatkan minat mereka dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran sama ada di sekolah atau di rumah. Kejayaan program tersebut adalah atas kerjasama pegawai-pegawai dari Pusat Kegiatan Guru yang menyelaraskan kehadiran warga sekolah dalam kelompok masing-masing.

Out Reach Campus ASTRO

C a m p u s ASTRO

Menggalakkanpelajar dan guru untuk

menggunakan siaran yangdisediakan sama ada di rumahatau di sekolah dengan cara

yang lebih menarik danberkesan.

Unit Promosi,Inovasi, dan Media

serta Unit PerkhidmatanICT bergabung tenagamenjayakan pameran

berkenaan di SMKAyer Hitam

Muka Surat 6

Page 7: Buletin Bil 4 Tahun 2010

Yayasan Pembangunan Buku Negara dan Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah dengan kerjasama Kera-jaan Negeri Kedah Darul Aman, Jabatan Pelajaran Negeri Kedah, Koperasi Pekan Rabu Alor Setar Berhad, dan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kedah telah berganding bahu menganjurkan Karnival Buku berkenaan.Antara aktiviti sepanjang tempoh karnival itu berlang-sung ialah pameran buku, jualan buku dengan poton-gan harga yang istimewa serta pertandingan mewarna untuk pelajar prasekolah. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Dr. Hj. Hamdan bin Mohamed Khalib, Exco Belia dan Sukan, Kesenian dan Warisan, Kebudayaan Negeri Kedah Darul Aman, mewakili Menteri Besar Kedah Darul Aman pada 25 Mei 2010.Seramai lebih daripada 300 orang tetamu telah meng-hadiri majlis perasmian tersebut.

KARNIVAL BUKU KEDAH

2010Karnival ini telah diadakan pada 25 Mei hingga 30 Jun 2010 di Kompleks Pekan Rabu Alor Setar. Tu-juannya adalah untuk memberi peluang kepada ma-syarakat setempat dan kaum pendidik mendapat bahan bacaan dan rujukan yang berkualiti pada harga yang berpatutan. Selain itu, karnival ini juga diharap dapat membina dan memantapkan tabiat membaca yang berterusan sebagai teras budaya ilmu dan pembelaja-ran sepanjang hayat dalam kalangan pelajar.

Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan telah menjalankan beberapa aktiviti bagi membantu sekolah mencemerlangkan pusat sumber sekolah. Pada sesi ini tiga buah sekolah telah terpilih untuk Program Khidmat Bantu. Sekolah-sekolah tersebut ialah SABK Makarimul Akhlak, Langgar, SK Seri Bayu, Baling, dan SK Seberang Nyonya, Kuala Kedah. Setiap kali program ini dilaksanakan, empat aspek utama telah diberikan perhatian iaitu:i. Kemudahan Fizikal, melibatkan susun atur dan keceriaan.ii. Pengurusan dan pengelolaan PSS.iii.Penggunaan PSS, membabitkan rekod- rekod penggunaan serta aktivitiiv. Pelaksanaan Program Galakan Mem baca.Selaras dengan penarafan PSS dan NILAM secara atas talian, khidmat bantu kali ini juga memasukkan sesi taklimat tata-cara pengisian data menggunakan iQ-PSS dan i-NILAM.

KHIDMAT BANTU PUSAT SUMBER SEKOLAH

Muka Surat 7

Page 8: Buletin Bil 4 Tahun 2010

Program Perkongsian

Amalan Terbaik Pendidikan

Bestari

Program berkenaan telah diadakan pada 8 Julai 2010 (Khamis) bertempat di Bilik Seminar Teratai BTPN Kedah. Objektifnya, untuk berkongsi pengala-man dan amalan terbaik kepada sekolah-sekolah ‘mentee’ dalam komponen berikut:• Penggunaan ICT dalam P&P.• Pembangunan modal insan.• Penggunaan aplikasi • Jaringan perkongsian pintar dengan komuniti.• Briged Bestari

Sinopsis :

1. Konsep dan strategi peluasan pembestarian pendi- dikan oleh Y.Bhg. Datin Dr. Fowzia bt. Osman Ketua Sektor Pembestarian Sekolah BTP KPM• Fasa Pembestarian Pendidikan dan Pelaksanaanya.• Penarafan Bintang menggunakan instrumen SSQS 2009 serta analisa keputusan• Strategi merapatkan jurang dalam pembestarian pendidikan• Sekolah pemangkin dan sekolah kelompok

2. Smart School Qualifications Standard (SSQS) oleh Pn. Hjh Maimunah bt. Tahir, Penolong Pengarah Sektor Pembestarian Sekolah BTP KPM• Penerangan tentang penarafan sekolah menggunakan sistem SSQS• Penjelasan tentang item-item yang terdapat dalam sistem SSQS

3. Amalan Pembestarian Sekolah Bestari oleh Pn. Azizah bt. Rasol, Pengetua SMK Sultan Badlishah.• Berkongsi pengalaman menguruskan Sekolah Bestari.• Menceritakan program-program khas yang dijalankan di sekolah untuk dikongsi bersama seperti Program Project Based Learning, Facebook dan Formula – One.

4. Pengurusan Kurikulum melalui ICT : Sistem Kod Warna oleh En. Teh Cheng Chye, Pengetua SMK Tunku Putra• Pengurusan kurikulum sekolah berasaskan penjena- maan warna kepada pencapaian pelajar dalam peperiksaan. Melalui sistem ini perkembangan prestasi pelajar dan pencapaian mata pelajaran dapat dipantau.

5. Sikap Cemerlang Sasiah Terbilang, Guru Terbilang :Penerapan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran oleh En. Ahamad b. Daud Guru SM Teknik Kulim• Kepelbagaian kaedah pengajaran dengan memuat turun bahan dari internet.• Kaedah memanipulasikan bahan video, audio, dan laman web untuk dijadikan bahan p&p.

6. Penggunaan e-mel dalam Pengajaran dan Pembela jaran oleh En. Lim Poh Lee Guru SMK Chio Min• Menyediakan tugasan interaktif melalui e-mel, dan pelajar dapat mengakses serta memberi respon.• Tugasan pelajar dapat dipantau oleh waris.

Sebahagian daripada peserta program

KPP BTPN Kedah sedang membincangkan sesuatu dengan salah seorang fasilitator.

Majlis Penutupan dihadiri oleh KPP BTPN Kedah dan Penolong Pengarah Unit Pendidikan Bestari BTPN Kedah.

Ucap utama oleh Y.BhgDatin Dr Fowzia bt Osman Ketua Sektor Pembestarian Sekolah BTP KPM

Muka Surat 8

Page 9: Buletin Bil 4 Tahun 2010

JASAMU TETAP DIKENANG WARGA BARU PKG & BTPN

Osman bin Shaari mula ber-tugas di BTPN Kedah pada 1.6.2006, bertukar ke Sekolah Model Khas Bukit Jenun seb-agai Pengetua mulai 16.7.2010

Tn. Hj Harun bin Salleh, mula bertugas di PKG Kuala Pegang pada 16.1.1995, bertukar ke BTPN Kedah pada 16.8.2004, bertukar ke PKG Baling mulai 1.7.2005, dan akan bersara mu-lai 20.10.2010.

Tn. Hj Hang Tuah bin Abd Wa-hab mula bertugas di PKG Tokai pada 1.7.1992, bertukar ke PKG Alor Janggus mulai 24.7.2005. dan bersara mulai 29.6.2010.

Mhd Yusup bin Ishak mula ber-tugas di PKG Padang Serai pada tahun 1995, bertukar ke BTPN Kedah mulai tahun 2000 dan mu-lai bersara pada 24.10.2010.

Maslinda Ahmad Mokhtar mula bertugas di BTPN pada 16.8.2009, bertukar ke IAB Jitra mulai 16.8.2010.

Mohamad Shukri bin Baharom dari SK Hj Omar Tahir ber-tukar masuk ke PKG Bujang mulai 16.6 .2010 sebagai PTP DGA32 KUP

Nurul Hidayah bt Abd Hamid dari JPN Pulau Pinang bertu-kar masuk ke PKG Simpang Empat mulai 26.4.2010 seb-agai PT N17

Mohamad Zamani bin Zakaria dari SK Ceras Indah Kuala Lumpur bertukar masuk ke PKG Tunjang mulai 1.5.2010 sebagai PTP DGA29

Ishak bin Mat Isa, Penolong Kanan HEM SK Hj Ismail, Kuala Kedah bertukar masuk ke Unit Perkhidmatan ICT mulai 1.8.2010 sebagai Pegawai Teknologi Pendidikan DGA32.

Tn. Hj Abd Talib bin Hj Abdul-lah mula bertugas di PKG Kuala Ketil pada tahun1992,bertukar ke BTPN Kedah mulai tahun 2003 dan akan bersara mulai 7.12.2010

Shaharudin bin Mohd Shah dari SK Kuala Kuang bertukar masuk ke PKG Baling mulai 1.4. 2010 sebagai PTP DGA32 KUP.

Musa bin Ismail dari SK Francis Light Pulau Pinang bertukar masuk ke PKG Kulim mulai 15.3.2010. sebagai PTP DGA29

Muka Surat 9

Nik Hassan bin Mat Ali dari SK Hj Abd Rahman Tokai bertukar masuk ke PKG Tokai mulai 1.9.2010 sebagai PTP DGA29Tuan Haji Shahidan bin Abd Rahman, Pengarah Pelajaran

Negeri Kedah, bersara pada 18 Oktober 2010 ~ Terima kasih atas jasa dan sumbangan yang diberikan. Jasamu tetap dikenang!

Page 10: Buletin Bil 4 Tahun 2010

Fotografi adalah salah satu cabang teknologi yang hasilnya banyak digunakan oleh warga pendidik dalam menyediakan bahan bantuan mengajar di sekolah pada masa ini. Selain video, gambar pegun yang di-hasilkan dapat dimanipulasikan dalam banyak pro-gram komputer bagi membantu memudahkan dan menarik minat guru mengajar serta murid belajar.

Pelbagai jenis dan jenama kamera yang ada di pasaran sama ada dalam bentuk digital kompak dan DSLR yang ditawarkan pada harga ratusan hingga ribuan ringgit. Ini bergantung kepada minat, keperluan, dan kemampuan anda untuk membelinya. Antara jenama yang terdapat di pasaran ialah Canon, Nikon, Olympus, Sony, Pentax, Fuji, Samsung, Panasonic Lumix, Kodak, dan seumpamanya.

Bagi yang berminat tetapi kurang berkemampuan un-tuk memiliki kamera DSLR, maka disyorkan anda mendapatkan kamera kompak yang mempunyai ciri-ciri manual, apature priority, shutter priority dan pro-gram serta mempunyai hot shoe untuk optional flash yang harganya antara RM 1,200 hingga RM 2,800. Sebaliknya jika anda tidak berminat dengan seni fotografi, tetapi ingin menggunakan kamera seka-dar untuk koleksi peribadi, anda disyorkan memilih kamera kompak yang harganya di bawah RM1,000.

Antara ciri lain yang menjadi pilihan ialah jumlah megapixel yang digunakan sebagai sensor merakam-kan objek (seperti filem sebelum era digital). Semakin tinggi megapixelnya maka semakin jitu gambar yang dirakamkan. Pada kegunaan biasa kamera yang mem-punyai 6 hingga 10 megapixel adalah memadai. Ke-mudahan lensa zoom juga dapat membantu jurufoto semasa mengambil gambar, selain kemudahan macro, built in flash dan jangka hayat bateri yang panjang.Terdapat juga kamera yang boleh mengambil gam-bar sehingga kedalaman 6 meter di dalam air.

Bagi jurufoto yang lebih serius, mereka boleh mendapat-kan kamera DSLR (Digital Single Lens Reflex) dari harga RM1500 hingga puluhan ribu ringgit. Kamera ini mem-punyai ciri lensa yang boleh ditanggalkan dan diganti dengan lensa lain jika perlu serta mempunyai termi-nal-terminal yang lain untuk alat tambah yang canggih dan mengikut keperluan. Kamera jenis ini lebih laju kerana tiada shutter lag dan gambar dapat dirakam se-cara spontan. Kamera ini juga mempunyai ISO yang tinggi dan dapat merakamkan objek di tempat kurang cahaya dengan noise yang rendah, mudah dikendalikan terutama bagi jurufoto professional, tahan lasak dan mempunyai jangka hayat bateri yang lebih panjang.

Terdapat juga kamera medium format yang mempunyai sensor yang lebih besar yang selalu digunakan oleh juru-foto professional untuk iklan dan modeling seperti Mami-ya dan Hasselblad yang mempunyai keupayaan sensornya sehingga 36 megapixel pada harga sehingga RM50,000.Pelbagai jenis lensa ditawarkan untuk diguna pakai bagi kamera DSLR seperti wide angle termasuk fisheye, normal lens, telefoto, super telefoto, macro, potret dan zoom. Pada masa sekarang, lensa zoom adalah sangat popular kerana dengan sebatang lensa tersebut anda akan dapat men-gambil gambar dalam pelbagai keadaan seperti gambar sudut luas atau pemandangan, potret, haiwan, sukan, dan ada yang menawarkan macro pada lensa tersebut tanpa perlu menukar kepada lensa yang lain.

Bagi tujuan pendidikan artikal ini akan menerangkan ciri-ciri asas fotografi dalam bentuk manual melalui bu-letin keluaran yang akan datang. Oleh itu, dialu-alukan warga pendidik untuk merujuk kepada kamera yang ber-cirikan manual sama ada kamera kompak atau DSLR su-paya dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh nanti dapat digunakan untuk menghasiklan gambar yang lebih bermutu. Jumpa lagi…..

FOTOGRAFI DALAM PENDIDIKAN oleh Omar bin Hassan

Siri 1 (Pengenalan)“Bagaimana memilihkamera yang sesuai “

Kamera Kompak Kamera DSLR

Unit sensor di dalam kamera Tombol pilihan mode penggam-baran pada kamera

Penggambaran sudut luas Penggambaran Macro

Kamera Medium Format Lensa zoom yang berharga RM80,000

Muka Surat 10

Page 11: Buletin Bil 4 Tahun 2010

Muka Surat 11

Peristiwa Bergambar

Sebahagian daripada wakil BTPN Kedah semasa Majlis Perasmian Karnival Buku di Kompleks Pekan Rabu Alor Star.

Antara kakitangan BTPN Kedah yang men-jalani latihan memadam kebakaran dengan tunjuk ajar Pasukan Bomba Alor Setar

Antara kakitangan pembersihan kawasan BTPN Kedah sedang mendengar taklimat daripada KPP BTPN Kedah.

Majlis ‘send off’ Encik Mohd Radzif bin Ismail yang bertukar ke BTPN Perlis sebagai Penolong Pengarah.

Encik Ching Shiuh Kang sedang mencatat minit taklimat pagi yang diadakan pada setiap hari Khamis di surau BTPN Kedah.

Pengarah JPN Kedah sedang berucap di Ma-jlis Sambutan Kemerdekaan Warga Kompleks Pendidikan di perkarangan Dewan Al Farabi BTPN Kedah.

Sebahagian daripada kontingen perarakan ke-merdekaan , warga BTPN Kedah yang diketuai oleh Tuan Hj, Md Zin bin Abu Bakar.

Majlis Khatam Al-Quran dan Berbuka Puasa Warga BTPN Kedah pada 2 September 2010 dihadiri lebih daripada 200 orang kakitangan serta ahli keluarga.

Sebahagian daripada makmum muslimah yang bersama-sama mengerjakan solat tarawih semasa Majlis Berbuka Puasa Warga BTPN Kedah.pada 2 September.

“Selamat Pengantin Baru”, Tuan Haji Abd Talib bin Hj Abdullah, PTP BTPN Kedah bersama isterinya Puan Shafiza bt Salleh, semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.Murid -murid dari SJKT Barathy dalam Perara-

kan Kemerdekaan dengan pakaian yang meng-gambarkan masyarakat majmuk di Malaysia.

Page 12: Buletin Bil 4 Tahun 2010

Tujuan Penubuhan BTPN (PSPN)

PSPN Kedah (sekarang ini dikenali sebagai BTPN atau Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri) ditubuhkan pada 1 Januari 1982 berpejabat sementara di SM Vokasional Alor Setar sebelum berpindah ke tapak sekarang mulai tahun 1983 dan beroperasi penuh pada tahun 1984.

Pada 24 Jun 1986 Unit Bergerak ditubuhkan dengan projek lawatan dan bimbingan ke sekolah-sekolah yang berjauhan di setiap daerah dengan memberikan khidmat sokongan berbentuk alatan, bahan, dan kepakaran. Pada tahun 1987 pengurusan PSPN diletakkan di bawah JPN Kedah.

Tujuan penubuhan PSPN adalah untuk memberi khidmat so-kongan kepada guru-guru di sekolah dalam bidang teknolo-gi pengajaran dan penerbitan bahan mengajar. Pendekatan penyelesaian masalah melalui perundingan bersama guru dan pentadbir sekolah bagi mencapai objektif.

Konsep PSPN dianggap sebagai suatu tempat bagi guru-gu-ru dengan bimbingan ahli-ahli perunding, pakar-pakar atau kakitangan sumber bersama-sama merancang, membina, dan menerbitkan bahan-bahan bantu mengajar dan belajar dengan menggunakan dapatan penyelidikan dan soal selidik untuk memenuhi keperluan pendidikan pelajar yang semakin bertambah dan mencabar.

Muka Surat 12

BAHAN PROMOSI.....Sinopsis

Siri Bahan Bacaan Tambahan Sekolah Rendah, mengandungi 27 muka surat-Haiwan Mamalia di Zoo Taiping ditulis oleh Encik Omar bin Hassan, Pegawai Teknologi Pendidikan dan diterbitkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kedah pada tahun 2010.

Buku ini sesuai untuk digunakan oleh pelajar tahap 2 sekolah rendah dan awal menengah sebagai bacaan tambahan dan rujukan mengenai habitat dan cara hidup 26 haiwan mamalia yang terdapat di Zoo Taiping.

Buku berukuran 8x8 inci ini dipenuhi dengan gambar haiwan yang berwarna-warni serta teks yang padat dan mudah untuk menarik minat pelajar membacanya. Buku ini telah diedarkan ke sekolah-sekolah serta Pusat Kegiatan Guru seluruh negeri Kedah .

Sinopsis

Koleksi Imejan gambar pegun ini ialah hasil jurufoto Encik Omar bin Has-san Pegawai Teknologi Pendidikan dan diterbitkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kedah sejak tahun 2005.

Koleksi ini memuatkan imej mengenai Hutan Bakau, Logo Sekolah-Sekolah Negeri Kedah, Senja, Haiwan Mamalia, Buah-Buahan, Bunga-Bungaan di Malaysia, Pemandangan, Haiwan di Zoo Malaysia, Alam Semula Jadi, Ulam-Ulaman, dan Corak Semula Jadi Alam.

Semua imejan adalah dalam bentuk JPEG dengan kapasiti sehingga 6 mega-pixel dan sesuai digunakan oleh guru atau pelajar untuk menyediakan bahan bantu belajar atau bahan bantu mengajar di bilik darjah. Koleksi ini sesuai juga digunakan sebagai hiasan desktop komputer.Bagi sekolah atau individu yang berminat boleh mendapatkannya dengan cara membuat rakam salin di Pusat Kegiatan Guru berhampiran atau berkunjung ke Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kedah.

BAHAN PROMOSI.....

Dari Galeri BTPN Kedah

Hj Mohd Ali bin HamzahTahun 1982 - 1995

Sivajothy MurugasuTahun 1995 - 1996

En Bahrom bin YaacobTahun 1996 - 1998

Hj Ismail bin MustafaTahun 1998 - 2000

Hj Syed Abd Wahab bin Syed ZakariaTahun 2000 - 2007

Hj Mustafa bin Abd HamidTahun 2007 - 2008

Hj Md Zin bin Abu BakarTahun 2008 hingga sekarang

BARISAN KETUA PENOLONG PENGARAH BTPN KEDAH