2
“Foresighting” dalam penyelidikan Universi Kebangsaan Malaysia sebagai Pendaulat Amanah Negara mempunyai peranan untuk memenuhi harapan pemegang taruh sesuai dengan matlamat penubuhan dan hasrat rakyat yang ingin melihat terbangunnya sebuah universi kebangsaan. Penyelidikan dan inovasi mempunyai peranan penng untuk merealisasikan falsafah UKM yang menuntut universi ini mendahului masyarakat dan zamannya. Penyelidikan dan inovasi memungkinkan UKM mengetahui dan meramal perkembangan dan cabaran dunia masa hadapan sesuai dengan hasrat UKM mengilham harapan, mencipta masa hadapan. Penyelidikan dan inovasi juga akan meletakkan UKM tersohor di peringkat kebangsaan, malah ia juga akan berada di kalangan universi terbaik dunia pada masa akan datang. Penyelidikan dan inovasi berimpak nggi menyokong kepada bidang keberhasilan utama Universi (KRA). KRA 2 menginginkan kepakaran dan hasil penyelidikan UKM menyumbang secara signifikan kepada pembangunan ekonomi dan sosial melalui ekosistem yang dapat memupuk penemuan intelek, inovasi, penyebaran dan penggunaan ilmu. “Foresighng” di kalangan warga penyelidik UKM sangat penng untuk melaksanakan penyelidikan yang memenuhi kehendak dunia akademik, masyarakat dan industri yang tentunya berbeza dengan masa kini. Penyelidikan warga UKM akan dilaksanakan secara bersepadu menggabungkan penyelidik daripada pel- bagai disiplin ilmu akan menghasilkan impak signifikan yang akan mencadangkan penyelesaian dan menjawab kepada masalah kini dan puluhan tahun ke hadapan. Sebagai universi kebangsaan UKM akan terus menjuarai penyelidikan berkaitan dengan akal budi melayu dan islam dari dahulu, kini dan selamanya. Prof. Dato’ Dr. Mazlin Bin Mokhtar Timbalan Naib Canselor, Hal-ehwal Penyelidikan dan Inovasi SIDANG PENGARANG.. Institut Alam dan Tamadun Melayu HUBUNGI BULETIN KEBERHASILAN STRATEGIK BILANGAN 3 JUN 2015 Mesej Pengurusan Aktiviti & Pencapaian KRA Puisi KRA Idea KRA Retreat Keberhasilan Strategik Aktiviti Hebahan KRA KANDUNGAN... Pusat Strategi UKM Aras 3, Bangunan Canselori Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 UKM Bangi Selangor Darul Ehsan Tel: 03-89213856 Faks : 03-89214590 www.ukm.my/strategi-ukm Sekiranya anda mempunyai sebarang bahan sama ada berbentuk artikel ataupun gambar (resolusi tinggi), mohon dapat majukan bahan tersebut ke alamat e-mel [email protected] Penasihat Prof. Dato’ Ir. Dr. Mohd. Marzuki Mustafa Ketua Editor Prof. Madya Ir. Dr. Masturah Markom Editor Prof. Dr. Mohammad Kassim Prof. Madya Dr. Mohd Azlan Shah Zaidi Hj. Zanudin Mohd Daud Puan Zaimi Makhtar Puan Nor Saribon Ramli Editor Bersekutu Encik Saipulizam Abd. Ghani Datin Dr. Hajah Saadah Hj. Jaffar Reka Bentuk Encik Barudin Baharin Urus Setia Encik Ahmad Hazreen Wagiman Puan Nur Hazimah Abd. Kadir AKTIVITI HEBAHAN KRA KEPADA PIHAK BERKEPENTINGAN Pusat Perubatan UKM Sesi Teh Tarik bersama pelajar FGG, FARMASI & FSK Institut Islam Hadhari Sesi Teh Tarik bersama pelajar kampus Bangi Lawatan Strategi ke Fakulti (April - Mei) Sesi Teh Tarik bersama Pelajar (April - Jun) Lawatan Strategi ke Institut (Mei - Julai) 1 4

Buletin Keberhasilan Strategik Bil. 3

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Buletin Keberhasilan Strategik Bil. 3

“Foresighting” dalam penyelidikan Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai Pendaulat Amanah Negara mempunyai peranan untuk memenuhi harapan pemegang taruh sesuai dengan matlamat penubuhan dan hasrat rakyat yang ingin melihat terbangunnya sebuah universiti kebangsaan. Penyelidikan dan inovasi mempunyai peranan penting untuk merealisasikan falsafah UKM yang menuntut universiti ini mendahului masyarakat dan zamannya. Penyelidikan dan inovasi memungkinkan UKM mengetahui dan meramal perkembangan dan cabaran dunia masa hadapan sesuai dengan hasrat UKM mengilham harapan, mencipta masa hadapan. Penyelidikan dan inovasi juga akan meletakkan UKM tersohor di peringkat kebangsaan, malah ia juga akan berada di kalangan universiti terbaik dunia pada masa akan datang.

Penyelidikan dan inovasi berimpak tinggi menyokong kepada bidang keberhasilan utama Universiti (KRA). KRA 2 menginginkan kepakaran dan hasil penyelidikan UKM menyumbang secara signifikan kepada pembangunan ekonomi dan sosial melalui ekosistem yang dapat memupuk penemuan intelek, inovasi, penyebaran dan penggunaan ilmu. “Foresighting” di kalangan warga penyelidik UKM sangat penting untuk melaksanakan penyelidikan yang memenuhi kehendak dunia akademik, masyarakat dan industri yang tentunya berbeza dengan masa kini. Penyelidikan warga UKM akan dilaksanakan secara bersepadu menggabungkan penyelidik daripada pel-bagai disiplin ilmu akan menghasilkan impak signifikan yang akan mencadangkan penyelesaian dan menjawab kepada masalah kini dan puluhan tahun ke hadapan. Sebagai universiti kebangsaan UKM akan terus menjuarai penyelidikan berkaitan dengan akal budi melayu dan islam dari dahulu, kini dan selamanya. Prof. Dato’ Dr. Mazlin Bin Mokhtar Timbalan Naib Canselor, Hal-ehwal Penyelidikan dan Inovasi

4

SIDANG PENGARANG..

Institut Alam dan Tamadun Melayu

HUBUNGI

BULETIN KEBERHASILAN STRATEGIK

BILANGAN 3

JUN 2015

Mesej Pengurusan

Aktiviti & Pencapaian KRA

Puisi KRA

Idea KRA

Retreat Keberhasilan

Strategik

Aktiviti Hebahan KRA

KANDUNGAN...

Pusat Strategi UKM

Aras 3, Bangunan Canselori

Universiti Kebangsaan Malaysia

43600 UKM Bangi

Selangor Darul Ehsan

Tel: 03-89213856

Faks : 03-89214590

www.ukm.my/strategi-ukm

Sekiranya anda mempunyai sebarang bahan sama ada berbentuk

artikel ataupun gambar (resolusi tinggi), mohon dapat majukan

bahan tersebut ke alamat e-mel [email protected]

Penasihat

Prof. Dato’ Ir. Dr. Mohd. Marzuki Mustafa

Ketua Editor

Prof. Madya Ir. Dr. Masturah Markom

Editor

Prof. Dr. Mohammad Kassim

Prof. Madya Dr. Mohd Azlan Shah Zaidi

Hj. Zanudin Mohd Daud

Puan Zaimi Makhtar

Puan Nor Saribon Ramli

Editor Bersekutu

Encik Saipulizam Abd. Ghani

Datin Dr. Hajah Saadah Hj. Jaffar

Reka Bentuk

Encik Barudin Baharin

Urus Setia

Encik Ahmad Hazreen Wagiman

Puan Nur Hazimah Abd. Kadir

AKTIVITI HEBAHAN KRA KEPADA

PIHAK BERKEPENTINGAN

Pusat Perubatan UKM

Sesi Teh Tarik bersama pelajar

FGG, FARMASI & FSK

Institut Islam Hadhari

Sesi Teh Tarik bersama pelajar kampus Bangi

Lawatan Strategi ke Fakulti (April - Mei)

Sesi Teh Tarik bersama Pelajar (April - Jun)

Lawatan Strategi ke Institut (Mei - Julai)

1 4

Page 2: Buletin Keberhasilan Strategik Bil. 3

AKTIVITI & PENCAPAIAN AKTIVITI BIDANG

KEBERHASILAN STRATEGIK

Penjualan Baja Kompos dan Bunga Hiasa oleh

Unit Lanskap, Jabatan Pembangunan dan

Penyelenggaraan UKM.

Navin Ravi ,pelajar dari FKAB telah menjuarai tuntas

bicara bagi kursus Junior Start up CMIE 2016 yang

diadakan semasa Hari Keusahawanan pada 4 Jun

2015. Beliau juga telah menyertai SME intership

@University anjuran SME bank.

Program UKM Idea oleh Bahagian Keselamatan UKM

ExxonMobil - UKM STEM Exploration Journey-

Sustainable Energy

UKM telah menyerahkan buku dan komputer kepada

SK Limau Kasturi, Gua Musang Kelantan

PUISI KRA

UKM Dari Rakyat Kepada Rakyat

UKM dari rakyat kepada rakyat

Kini telah menjengah usianya ke-44

Bersama pimpinan bijaksana

Tangkas menduga suara hati warganya

Maka lahirlah 6 bidang keberhasilan utama

Graduan resah dan bimbang

Industri kilan tak sudah

KRA 1 memacu anak bangsa berjati diri

Pamer kompeten dan gagah berdiri

Berdaya saing dan berinovatif

Universiti Penyelidikan kebanggaan kita

Rakyat berharap akan manfaatnya

KRA 2 memacu penyelidikan signifikan

Hasilnya membangun ekonomi dan sosial

Rakyat tersenyum sihat sejahtera

UKM bersinar di pentas dunia

Jaringan luas namun berlompong

KRA 3 memacu perkongsian pintar berimpak tinggi

Memperkukuh kerterlibatan strategik

Ke arah kecemerlangan bitara

Warga UKM ribuan angkanya

Keluh resah semakin bertambah

KRA 4 memacu kemuafakatan proaktif

Menambah nilai dan membangun institusi cemerlang

Melahirkan warga kerja setia dan berintegriti

Mengoptimum sumber bukan kebiasaan

Bahang defisit terasa warga UKM

KRA 5 memacu strategi menjana kekayaan

Aset dan kepakaran dioptimumkan

Pembaziran dan pemborosan dihentikan

Bangunan UKM usang dan baharu

Keluhan dan kilanan tiada sudahnya

KRA 6 memacu prasarana dan persekitaran ilmu kondusif

Perancangan dan pemantauan diperkasa

Bersama menjaga dan pelihara

UKM mengilham harapan mencipta masa depan

Inilah institusi kebanggaan kita

Keranamu kami menjadi bangsa berilmu

Tegar dan berani mencabar kelaziman

Bersama panji pendaulat amanah Negara

Ciptaan: Encik Rajan A/L Munusamy

IDEA KRA

Encik Mursidi Ahamad Puan Anna Kustyana Encik Najib Adun

Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang Idea KRA telah diadakan

pada 16 Februari 2015 di Bankuasi, Bangunan Canselori. Peraduan Idea

KRA diadakan semasa Program Bicara KRA 1 (Naib Canselor bersama

Staf Pengurusan & Profesional dan Pelaksana) yang telah diadakan pada

19 Januari 2015 bertujuan memberi peluang kepada semua staf untuk

memberi idea, cadangan serta penambahbaikan berkenaan KRA.

Prof. Madya Dr. Doris Padmi Datin Roziawati Razali

Encik Firdaus Banhawi Puan Fatimah Othman Encik Zamri Ismail

En. Norasrul Aswar Yahya Cik Suhaini Md Noor

3

Program UKM bersama Pengetua-pengetua

sekolah berasrama penuh (SBP) telah diadakan

pada 26 Mac 2015.

RETREAT KEBERHASILAN STRATEGIK

Retreat Keberhasilan Strategik

Pengurusi Task Force KRA Bil.2

telah diadakan pada 17 & 18

April 2015 bertempat di Nilai

Spring Resort Hotel, Negeri

Sembilan. Retreat ini diadakan

4 bulan sekali untuk melapor

dan membincangkan perkara-

perkara berkenaan KRA oleh

setiap Pengerusi KRA.

UKM Career Expo 2015 telah diadakan pada 7-8 April

2015 di DECTAR daln telah dirasmikan oleh YB Dato’

Seri Idris Bin Jusoh, Menteri Pendidikan II .

Kumpulan Sinaran PPUKM telah dinobatkan sebagai

Juara Keseluruhan KIK IPTA 2015 yang telah diadakan di

USIM pada 14 hingga 16 April 2015.

Program Bistara STEM 2015, ExxonMobil - UKM STEM

Exploration Journey Camp on Sustainable Energy telah

diadakan pada 30 Mei hingga 4 Jun 2015.

2