Upload
vanminh
View
222
Download
3
Embed Size (px)
Citation preview
BULETINGIS
JAWATANKUASA PEMETAAN DAN DATA SPATIAL NEGARA
BIL 1 / 2009 ISSN 1394 - 5505
Badan Air
Hutan
Industri
Pertanian
Tepubina
Lain-lain
Petunjuk
JemaahMenteri berasaskan Kertas Kabinet No.243/385/65 bertajukNational MappingMalaysia telahmeluluskan
jawatan dan terma-terma rujukan “Surveyor-General Malaya and Singapore” sebagai Pengarah Pemetaan
Negara Malaysia dan mengesahkan keanggotaan serta terma-terma rujukan Jawatankuasa Pemetaan Negara
pada 31 Mac 1965.
Cabutan para-para 2(b), 2(c) dan 2(d) daripada kertas kabinet tersebut mengenai keanggotaan dan terma-terma
rujukannya adalah seperti berikut:
“2(b) National Mapping Committee
That a National Mapping Committee be appointed to comprise the following:
i. Director of National Mapping
ii. Director of Lands & Surveys, Sabah;
iii. Director of Lands & Surveys Sarawak;
iv. Representative of the Ministry of Defence;
v. Representative of the Ministry of Rural Development (now substituted by the Ministry of Natural
Resources and Environment);
vi. Assistant Director of Survey, FARELF
2(c) The terms of reference of the National Mapping Committee to be as follows:
i. to advise the Director of National Mapping on matters relating to mapping policy;
ii. to advise the Director of National Mapping on mapping priorities.
2(d) That the Committee be empowered to appoint a Secretary and to co-opt persons who would be required
to assist the Committee,”
Seterusnya pada 22 Januari 1997, Jemaah Menteri telah meluluskan pindaan terhadap nama, keanggotaan
dan bidang-bidang rujukan Jawatankuasa Pemetaan Negara kepada Jawatankuasa Pemetaan dan Data
Spatial Negara (JPDSN), bagi mencerminkan peranannya yang diperluaskan ke bidang data pemetaan berdigit.
Keanggotaan JPDSN pada masa kini adalah terdiri daripada agensi-agensi seperti berikut:
1. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia 10. Jabatan Pertanian Sabah
2. Jabatan Tanah dan Ukur Sabah 11. Jabatan Pertanian Sarawak
3. Jabatan Tanah dan Survei Sarawak 12. Pusat Remote Sensing Negara (MACRES)
4. Wakil Kementerian Pertahanan 13. Universiti Teknologi Malaysia
5. Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia 14. Universiti Teknologi MARA (co-opted)
6. Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia 15. Universiti Sains Malaysia (co-opted)
7. Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia 16. Jabatan Laut Sarawak (co-opted)
8. Jabatan Perhutanan Sabah 17. Jabatan Perhutanan Sarawak
9.Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara
(MaCGDI) (co-opted)18
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa
Semenanjung Malaysia (co-opted)
Buletin GIS ini yang diterbitkan dua kali setahun adalah merupakan salah satu aktiviti oleh Jawatankuasa
Pemetaan dan Data Spatial Negara, sebagai salah satu media pendidikan dan penyebaran maklumat dalam
mendidik masyarakat memanfaatkan maklumat spatial dalam pembangunan negara. Walau bagaimanapun,
sebarang kandungan artikel-artikel adalah tanggungjawab penulis sepenuhnya dan bukan melambangkan
pandangan penerbit.
PENDAHULUAN
KANDUNGAN
Dari Meja Ketua Editor...........................................................................................................i
Kesan Pembuat Keputusan Terhadap Analisis Kesesuaian Tapak GIS…...........….............1
Determining New Bank – Branch Location Using GIS.......................................................11
Health GIS For Map Planning: Gotvand City Khuzestan Province, Iran............................22
Landuse Portal: Dimensi Baru Perkongsian Maklumat Gunatanah Negara……............…31
Laporan Bergambar:
Mesyuarat Ke-6 Jawatankuasa Kebangsaan Nama Geogra (JKNG)..............................38
Mesyuarat Ke-60 Jawatankuasa Pemetaan dan Data Spatial Negara (JPDSN)...............43
Kalendar 2009....................................................................................................................46
Sidang Pengarang
Penaung Ketua Editor Susunan dan Rekabentuk
Datuk Hamid bin Ali Ng Eng Guan Hj. Muhammat Puzi bin Ahmat, KSD
Ketua Pengarah Ukur dan Pengarah Ukur Seksyen Mohd. Razlan bin Razali
Pemetaan Malaysia (Perkhidmatan Pemetaan)
Penasihat Editor Pencetak
Ahmad Fauzi bin Nordin, JSM, KMN Dr. Azhari bin Mohamed, PJK Jabatan Ukur dan
Pengarah Ukur Bahagian Chang Leng Hua Pemetaan Malaysia,
(Pemetaan) K. Mathavan Jalan Semarak,
Tang Kieh Ming 50578 Kuala Lumpur
Nornisha bt. Ishak
Dayang Norainie bt. Awang Junidee
Nota: Kandungan yang tersiar boleh diterbitkan semula dengan izin Urus Setia
Jawatankuasa Pemetaan dan Data Spatial Negara.
i
Dari Meja Ketua Editor
JUPEM merupakan agensi tunggal Kerajaan yang bertanggungjawab ke atas hal-hal
penyediaan infrastruktur ukur dan pemetaan serta menjalankan penandaan dan pengukuran
sempadan antarabangsa dengan negara-negara jiran dan juga sempadan antara negeri-negeri.
Dalam pada itu, JUPEM juga telah diberikan mandat oleh Kerajaan untuk menyediakan data ukur
dan pemetaan dalam bentuk bercetak dan berdigit serta menyediakan perkhidmatan penyebaran /
pembekalan data ukur dan pemetaan yang menjadi asas kepada pembangunan infrastruktur dan
keselamatan negara.
Bagi memenuhi hasrat tersebut dan juga kehendak pelanggan yang pelbagai, JUPEM
sentiasa memperbaiki kualiti produk dan perkhidmatan yang dihasilkan dengan menggunakan
teknologi terkini yang mampu memberikan mutu dan kualiti yang lebih baik. Pelanggan JUPEM terdiri
daripada jabatan-jabatan kerajaan, badan-badan berkanun, institusi-institusi pengajian tinggi, pihak
swasta serta orang awam.
Antara lain produk dan perkhidmatan JUPEM adalah terdiri daripada produk pemetaan serta
kadaster. Produk-produk pemetaan yang dihasilkan oleh JUPEM terdiri daripada produk terhad
dan tidak terhad yang antara lainnya merangkumi peta topogra, peta tematik, peta bandar, peta
pelbagai, Model Paramuka Berdigit (DTM), fotograf udara, ortofoto, e-map (peta eletronik) serta
maklumat geodetik seperti stesen GPS, tanda aras, data graviti, peta geoid, data air pasang surut
dan parameter transformasi koordinat. Sementara produk kadaster pula terdiri daripada lot kadaster
berdigit, lembar piawai dan pelan akui.
Selain daripada produk-produk yang disediakan, JUPEM juga menyediakan perkhidmatan
yang berkaitan seperti perkhidmatan melapik peta dengan kain serta plastik dan juga memasang
kayu gantung pada peta. Di samping itu, perkhidmatan yang disediakan dalam geodetik pula adalah
seperti transformasi koordinat, hitungan ketinggian geoid serta data MyRTKnet.
Dalam pada itu, JUPEM juga berkesempatan untuk menerbitkan Buku Maklumat Keluasan
dan Perimeter Negeri, Daerah dan Pulau di Malaysia yang boleh dijadikan sebagai rujukan oleh
pengguna. Memandangkan isu kehilangan Batu Putih merupakan tamparan hebat kepada Malaysia,
JUPEM kini sedang dalam perancangan untuk menghasilkan peta khusus untuk pulau-pulau serta
entiti geogra luar pesisir pada skala yang lebih besar.
Produk-produk dan perkhidmatan yang disediakan boleh dibuat pesanan melalui JUPEM
Geoportal. Semua ini adalah untuk memudahkan para pelanggan JUPEM untuk mengetahui dan
mendapatkan tentang produk-produk terkini yang disediakan oleh JUPEM. Sehubungan dengan
itu, produk-produk yang dihasilkan dengan mengambilkira kualiti yang ditetapkan diharap dapat
mempertingkatkan lagi sistem penyampaian kerajaan.
1
KESAN PEMBUAT KEPUTUSAN TERHADAP ANALISIS
KESESUAIAN TAPAK GIS
Dr. Mohd. Sanusi S. Ahamad
Prof Madya, Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam,
Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Tel: 04-5996202, Faks: 04-5941009,
Rabi’ah Ahmad
Pensyarah, Jabatan Kejuruteraan Awam,
Politeknik Ungku Omar, 31400 Ipoh, Perak.
Tel: 05-5457622, Faks: 05-5471162,
ABSTRAK
Pemilihan lokasi tapak yang sesuai merupakan satu faktor penting dalam pembangunan
sesuatu infrastruktur. Pelbagai faktor perlu diambilkira untuk menentukan lokasi tapak yang terbaik.
Kertas kerja ini membincangkan model analisis kesesuaian Sistem Maklumat Geogra (GIS) dalam
proses pemilihan tapak kawasan perindustrian bagi kawasan Seberang Perai Selatan dan kesan
pemberat relatif daripada pembuat keputusan ke atas lokasi tapak yang diperolehi. Beberapa kriteria
telah diberi perhatian untuk menentukan lokasi terbaik. Pertimbangan kriteria terdiri daripada kriteria
faktor dan kriteria kekangan adalah berdasarkan syarat dan keperluan yang telah ditetapkan dalam
Perancangan Projek Pembangunan Infrastruktur Pulau Pinang. Analisis kesesuaian tapak dijalankan
dengan menggunakan Teknik Penilaian Berbilang Kriteria (Multiple Criteria Evaluation, MCE) dengan
kaedah Kombinasi Pemberat Lelurus (Weighted Linear Combination) dengan bantuan GIS melalui
perisian IDRISI. Analisa dibuat berdasarkan maklumat peta digital yang telah diperolehi dalam format
GIS.Soalselidikdijalankanuntukmenentukanpemberatrelatifterhadapkriteriayangdiambilkiradengan
merujuk kepada pendapat lima orang pakar pembuat keputusan. Peta-peta yang ada nilai pemberat
relatif digabungkan untuk mendapatkan lokasi yang menepati kriteria untuk satu tapak perindustrian
yangberkeluasanminima lapanhektardikawasanSeberangPeraiSelatan,PulauPinang.Berdasarkan
analisis yang dijalankan, tapak kawasan perindustrian dikategorikan kepada empat kategori kawasan
iaitu paling sesuai, sesuai, sederhana sesuai dan lain-lain. Analisis persamaan lokasi tapak terhadap
lima pembuat keputusan menunjukkan kategori kawasan paling sesuai mempunyai persamaan julat
peratusan keluasan lokasi tapak yang konsisten. Hasil lokasi dalam analisis kesesuaian tapak adalah
lebih sensitif kepada pengkuantian kriteria yang diguna pakai dibandingkan dengan pemberat relatif.
Kata Kunci: GIS, Pemberat relatif, Analisis Kesesuaian, dan Penilaian Berbilang kriteria.
2
PENGENALAN
Antara tugas utama kerja pemilihan tapak ialah proses penentuan lokasi tapak yang paling
memuaskan untuk tujuan sesuatu aktiviti. Proses ini sangat penting kerana pemilihan kedudukan yang
tidak bersesuaian boleh menyebabkan kesan yang ketara kepada persekitaran, individu, masyarakat
dan ekonomi. Pendekatan yang kerap digunakan oleh pembuat keputusan seperti jurutera dan
perancang dalam menentukan lokasi tapak yang sesuai ialah melalui analisis kesesuaian tapak.
ANALISIS KESESUAIAN TAPAK
Analisis kesesuaian tapak ialah satu kaedah menilai kesesuaian sesuatu tapak untuk tujuan
tertentu. Penilaian dibuat berasaskan kepada ciri-ciri persekitaran, sosial, dan ekonomi. Proses ini
merupakan sebahagian daripada amalan umum dalam sesuatu analisis perancangan. Pembuat
keputusan menggunakan kaedah ini untuk menilai kesesuaian sesuatu tapak dari aspek kegunaan
atau kemudahan relatif kepada kedudukan atau geogra kawasan. Hasil analisis kesesuaian tapak
pada umumnya digunakan sebagai input kepada proses pengagihan tapak dalam perancangan guna
tanah yang komprehensif atau dalam perancangan zon pembangunan. Pendekatan ini merupakan
satu cara yang amat sesuai dalam pengkuantitian halangan atau peluang sesuatu pembangunan
tapak.
PROSES PEMILIHAN TAPAK
Proses pemilihan tapak melibatkan masalah pemilihan tapak-tapak tertentu daripada
sekumpulan tapak yang telah memenuhi objektif atau matlamat kesesuaian sesuatu aktiviti. Ia
merupakan satu masalah kompleks yang kadang kala melibatkan pertimbangan berbilang objektif
perancangan yang tidak seimbang dan bercanggah. Dalam hal ini, objektif pemilihan sesuatu tapak
hanya akan tercapai apabila proses membuat keputusan itu berdasarkan kepada penilaian berbilang
kriteria. Kaedah ini digabung dan sesuai pakai dengan GIS yang bermodelkan data berbentuk raster
di mana setiap sel dalam data itu mengandungi nilai kesesuaian. Konsep ini menggunakan teknik
penjumlahan lelurus pemberat (weighted linear summation) dalam mentakrifkan nilai kesesuaian
sesuatu tapak. Hasil daripada pendekatan ini ialah peta yang menunjukkan kawasan tapak yang
sesuai untuk sesuatu objektif atau aktiviti. Setiap sel dalam tapak tersebut mengandungi atribut
berangka yang menunjukkan nilai kesesuaian hasil daripada proses penjumlahan lelurus pemberat.
GIS DAN PENILAIAN BERBILANG KRITERIA
Dalam persekitaran GIS bermodelkan data raster, setiap sel grid dalam pangkalan data
dianggapkan sebagai satu alternatif yang dinilai dari segi kualiti dan kesesuaian. Setiap lapisan peta
tematik (peta ruangan) mewakili suatu kriteria dalam proses penilaian. Kriteria dikelaskan sebagai
faktor dan kekangan. Kekangan menghadkan jumlah alternatif untuk pertimbangan. Ia berbentuk
peta bersifat ‘Boolean’ yang menerima atau menolak sesuatu kawasan dalam proses pertimbangan.
Faktor ialah kriteria bersifat berterusan yang bertindak sebagai pengubah kesesuaian sesuatu lokasi
3
untuk objektif tertentu. Pemberat relatif boleh ditetapkan kepada setiap kriteria dan proses gabungan
akan menghasilkan satu peta kesesuaian yang menunjukkan darjah kepentingan sesuatu kawasan
terhadap objektif yang diambil kira.
PROSES PENILAIAN DALAM GIS
Penilaian berbilang kriteria dalam GIS model raster dilihat sebagai proses membuat
keputusan yang menggabungan data ruangan mengikut kepentingan. Prosedur bermula dengan
penghasilan peta-peta kriteria yang relevan kepada proses pemilihan sesuatu tapak. Peta kriteria
dalam proses ini boleh terdiri daripada peta kekangan atau peta faktor. Penghasilan peta faktor
melibatkan penggunaan fungsi analitis GIS seperti pembinaan zon penimbal (kehampiran), analisis
kos jarak, atau analisis permukaan (DEM dan cerun). Penghasilan peta kekangan hanya melibatkan
pembinaan peta logik Boolean. Pemilihan kriteria bagi kesesuaian tapak untuk perindustrian adalah
berdasarkan kepada keadaan negeri tersebut dari segi pembangunan dan keadaan bentuk muka
buminya. Kriteria yang terdiri daripada faktor dan kekangan diperolehi daripada data Perancangan
Projek Pembangunan Infrastruktur Pulau Pinang sehingga tahun 2010. Terdapat sembilan (9)
kriteria yang telah dipertimbangkan bagi penentuan tapak perindustrian kecil di bahagian Seberang
Prai Selatan (Rajah 1.0) iaitu :
i. Jalan raya
ii. Kawasan penduduk
iii. Kemudahan sedia ada (utiliti )
iv. Perparitan / saliran
v. Sungai
vi. Kecerunan tanah yang sesuai
vii. Tidak terletak di kawasan hutan simpanan
viii. Jenis penggunaan tanah yang sesuai
ix. Topogra (kontur)
Rajah 1.0: Lokasi Kawasan Kajian
4
Proses pemiawaian kemudian dijalankan untuk membolehkan pembandingan peta-peta
kriteria dalam kerja penilaian. Piawaian dibuat berdasarkan satu julat yang konsisten seperti
0 - 255. Ia dilaksanakan melalui penskalaan semula secara lelurus menggunakan nilai minimum
dan maksimum sebagai titik penskalaan. Nilai paling teratas menunjukkan kesesuaian yang paling
tinggi kecuali dalam kes melibatkan peta faktor kos jarak di mana nilai songsang diambil untuk
menghasilkan peta kos kehampiran (proximity). Hasil daripada analisis GIS terhadap kriteria dan
kekangan dipersembahkan dalam bentuk peta faktor dan peta kekangan yang dipiawaikan seperti
di dalam Rajah 2.0 hingga Rajah 2.7 di bawah.
Rajah 2.0: Hasil Analisis Kehampiran Rangkaian Jalanraya
(Piawaian kepada nilai 0 – 255)
Rajah 2.1: Hasil Analisis Kehampiran Kependudukan
(Piawaian kepada nilai 0 – 255)
Rajah 2.2: Hasil Analisis Kehampiran Parit & Saliran
(Piawaian kepada nilai 0 – 255)
Rajah 2.3: Hasil Analisis Kehampiran Rangkaian Utiliti
(Piawaian kepada nilai 0 – 255)
5
PENILAIAN PEMBERAT RELATIF
Peringkat seterusnya ialah pengunaan pemberat relatif yang diperolehi dari matriks
pembandingan pepasang AHP kepada setiap peta faktor. Pemberat relatif membayangkan nilai
keutamaan pendapat atau pilihan beberapa individu yang terlibat dalam proses membuat keputusan
(Massam,1988, Mohd Sanusi S.A. 2007). Proses penilaian pada umumnya dibuat dalam bentuk
matriks penilaian yang mana lajur matriks mewakili alternatif dan baris matriks mewakili kriteria.
Tiap-tiap elemen di dalam matriks mewakili nilai pencapaian (markah kriteria) sesuatu alternatif.
Maklumat tambahan yang diperlukan dalam proses penilaian ialah vektor keutamaan yang mana
nilai ungkapannya dalam bentuk pemberat.
Rajah 2.4: Hasil Analisis Kehampiran Rangkaian Sungai
(Piawaian kepada nilai 0 – 255)
Rajah 2.5: Peta Kekangan Ketinggian Kawasan
Rajah 2.6: Peta Kekangan Kawasan Hutan Simpan Rajah 2.7: Peta Kekangan Kawasan Guna Tanah Sesuai
6
Matriks penilaian E, dan vektor pemberat w, ditunjukkan dalam bentuk:
Yang mana e ialah markah kriteria; i ialah set alternatif, dan j ialah set kriteria. Kaedah umum
penilaian berbilang kriteria ialah penjumlahan pemberat yang boleh digambarkan dalam bentuk
matriks [Malzewski, 2004]:
Yang mana siialah mata penilaian untuk alternatif i. Hasil analisis pemberat merujuk soal selidik yang
telah dibuat kepada lima orang pembuat keputusan adalah seperti di dalam Jadual 1.
Jadual 1: Keputusan Pemberat Relatif
Pembuat Keputusan
Pemberat RelatifKonsistensi
PemberatJalan Sungai Penduduk Utiliti
Parit /
Saliran
1. Pensyarah Kanan Kejuruteraan
Awam, USM Kampus Kejuruteraan0.2381 0.0476 0.2381 0.2381 0.2381 0.00
2. Juruteknik Perancangan
Pembangunan, Jabatan Perancang
Bandar & Wilayah MPPP
0.5046 0.1057 0.2369 0.0794 0.0733 0.03
3. Timbalan Pengarah, Jabatan
Pembangunan Kampus Kejuruteraan
USM
0.4757 0.0488 0.2675 0.1414 0.0667 0.05
4. Jurutera Daerah JKR Kerian 0.4965 0.0563 0.1549 0.1672 0.1251 0.08
5. Jurutera Awam, Jabatan
Pembangunan Kampus Kejuruteraan
USM
0.3958 0.0691 0.3200 0.1361 0.0790 0.09
Setelah pemberat ditentukan maka proses pertindihan dijalankan untuk menggabungkan
peta-peta faktor dan kekangan dalambentuk penjumlahan lelurus pemberat. Proses ini menjumlahkan
hasil darab setiap peta faktor dengan pemberat. Hasilnya kemudian didarab dengan setiap peta
kekangan seperti dalam rumusan:
E = [ei1 .. e1i
]: :
ej1 .. eji
, w = ( w1, w2, ..., wj ) dan
j
wj = 1
j=1
[s1
] = [ei1 .. e1i
] x [w1
]: : : :
si ej1 .. eji wj
7
Peta Kesesuaian = [ peta faktor (cn) * pemberat (w
n) * kekangan (b
0/1)]
Yang mana,
cn
= nilai sel raster yang dipiawaikan,
wn= pemberat diperolehi dari matriks pembandingan pepasang
b0/1
= peta Boolean dengan nilai 0 atau 1.
Penjumlahan nilai pemberat keseluruhan peta faktor ialah 1.0 dan hasil muktamad peta
kesesuaian mengandungi nilai berangka dalam julat yang pemiawaian, iaitu 0 - 255. Jika proses
melibatkan peta kekangan, maka pendaraban akan menghasilkan kawasan tidak sesuai yang bernilai
sifar.
Peringkat terakhir dalam proses penilaian ialah pemilihan sel-sel raster tertentu yang
memenuhi sasaran keluasan tapak. Sistem GIS akan menggunakan kaedah heuristik dalam memilih
keluasan sel-sel raster yang paling sesuai untuk tapak tersebut. Kaedah ini akan menempatkan
sel-sel mengikut susunan nilai yang tertinggi. Peta hasil daripada susunan sel dikelaskan mengikut
keluasan yang diperlukan dalam kerja pemilihan tapak. Hasil proses penilaian berbilang kriteria
bantuan GIS digambarkan dalam bentuk peta kesesuaian seperti di dalam Rajah 3.0 hingga
Rajah 3.4.
Rajah 3.0: Lokasi Kesesuaian daripada pembuat keputusan
yang pertama
Rajah 3.1: Lokasi Kesesuaian daripada pembuat keputusan
yang kedua
8
Rajah 3.2: Lokasi Kesesuaian daripada pembuat keputusan
yang ketiga
Rajah 3.3: Lokasi Kesesuaian daripada pembuat keputusan
yang keempat
Rajah 3.4: Lokasi Kesesuaian daripada pembuat keputusan
yang kelima
9
ANALISIS PERSAMAAN LOKASI TAPAK
Analisis ini dijalankan untuk mendapatkan korelasi atau peratus (%) persamaan kawasan
setiap pembuat keputusan dalam pecahan kategori paling sesuai bagi tapak kawasan perindustrian
di Seberang Perai, Pulau Pinang. Jadual statistik persamaan dalam bentuk penjumlahan sel dan
peratus ditunjukkan di dalam Jadual 2.0. Perbandingan dibuat berdasarkan jumlah keperluan
keluasan tapak 8 hektar yang bersamaan dengan 800 sel berkeluasan 100 m2 setiap satu.
Jadual 2.0: Statistik persamaan lokasi paling sesuai diantara pembuat keputusan.
Pembuat
Keputusan 1
Pembuat
Keputusan 2
Pembuat
Keputusan 3
Pembuat
Keputusan 4
Pembuat
Keputusan 5
Pembuat
Keputusan 1800[100%] 530[66%] 677[84%] 565[71%] 752[94%]
Pembuat
Keputusan 2800[100%] 631[79%] 638[80%] 565[71%]
Pembuat
Keputusan 3800[100%] 688[86%] 717[90%]
Pembuat
Keputusan 4800[100%] 605[76%]
Pembuat
Keputusan 5800[100%]
Daripada analisis ini, didapati kategori kawasan paling sesuai mempunyai julat 66%-94%
kawasan yang sama hasil perbandingan lima orang pembuat keputusan yang mempunyai profesion
yang berbeza. Ini jelas menunjukkan bahawa konsistensi penghasilan lokasi paling sesuai dalam
model analisis kesesuaian tapak tidak begitu terjejas jika nilai pemberat relatif pembuat keputusan
diambil kira dalam menentukan darjah kepenting sesuatu kriteria penentuan lokasi. Hasil lokasi
yang sesuai adalah lebih sensitif kepada pengkuantian kriteria yang diguna pakai seperti syarat
kehampiran, syarat ketinggian kawasan, syarat kecerunan kawasan dan lain-lain.
KESIMPULAN
Kemajuan teknologi GIS memberi peluang kepada kerja penganalisian kesesuaian tapak
secara automatik. Sistem ini berupaya menyediakan kaedah logik dan praktik dalam pengumpulan,
pemprosesan, penilaian, dan pemaparan data susunan ruangan rujukan sesuatu tapak geogra
yang besar. Perintegrasian teknik penilaian berbilang kriteria dengan GIS membolehkan pembuat
keputusan membezakan atau mengubah nilai pemberat kepada markah atribut sesuatu peta (faktor)
dalam penilaian kesesuaian tapak. Teknik ini pada keseluruhannyamenyepadukan analisis keputusan
dengan analisis kesesuaian dengan mengambil kira pilihan pembuat keputusan dan kekangan zikal.
Ia boleh menghasilkan pemilihan kesesuaian tapak yang optimum pada persekitaran dan diterima
oleh pembuat keputusan dalam pelbagai segi seperti sosial, ekonomi dan keutamaan politik.
10
RUJUKAN
Eastman, J.R., Jin, W., Kyem, P.A.K., and Tolendo,J., 1995. GIS and Decision Making: Exploration in GIS Technology. United
Nation Institute of Training and Research Workbook.
Jankowski, P., 1995. IntegratingGeographical Information Systems andMultiple Criteria DecisionMakingMethods. International
Journal of Geographical Information Systems, Vol. 9, No.3, pp 251-273.
Malczewski, J., 1996. A GIS-Based Approach to Multiple Criteria Decision-Making. International Journal of Geographical
Information Systems, Vol. 10, No.8, pp 955-971.
J. Malczewski. 2004 “GIS-based land-use suitability analysis: a critical overview”, Progress in Planning, Vol. 62; 3–65,.
Massam, B.H., 1988. Multiple Criteria Decision Making Technique in Planning. Progress in Planning, Vol. 30, Part 1.
Mohd Sanusi S.A., Ahmad Safuan M.G, W.M.A., Wan Hussin and Shamshad A. 2004. Integrated GIS-Based MCE/Fuzzy
Approach to Site Selection of New LandFill. Proceedings, Third National Civil Engineering Conference –AWAM’ 2004.
Penang July 20-22.
Mohd Sanusi S. A., A Shamshad, and W.H Wan Aminuddin. 2006 “The Sensitivity of AHPWeightings As Applied in GIS/MCE
Land Suitability Model”. GIS Bulletin, Vol. 1(06);12-21. The National Spatial Data and Mapping Commission,.
Suhana, M.R. 2007 Pembangunan Modul Pengurusan Keputusan Bantuan GIS Dalam Analisis Kesesuaian Tapak
Perindustrian, Lapuran Projek Tahun Akhir Sarjan Muda Kejuruteraan Awam, USM.
Saaty, T.L., 1987. The Analytic Hierarchy Process-What it is and how it is used. Mathematical Modelling, Vol. 9, No. 3-5, pp
161-176.
Voogd, H., 1983. Multiple Criteria Evaluation for Urban and Regional Planning. Pion Press, London.
11
DETERMINING NEW BANK-BRANCH LOCATION USING GIS
Azman bin Mohd. Suldi & Noorsazwan bin Ahmad Pugi
Department of Surveying Science and Geomatics
Faculty of Architecture, Planning and Surveying,
UiTM, 40450 Shah Alam, Selangor
ABSTRACT
There is a growing need for computer based systems such as Geographic Information System
(GIS). The huge and rapid advancement in computing technology makes it a must for developing
countries to catch-up and utilize it. The application of GIS-technology is essential and has becoming
one of the better and faster tools to manage resources and helps in the decision support process
(Longley et.al. 2001). One application is to determine where is the best location for setting up a new
Bank Simpanan Nasional (BSN) branch in Shah Alam, Selangor. This was carried out using ESRI’s
ArcGIS together with the Euclidean Distance Tools. Using the base map and the information regarding
the land use (commercial area and existing bank branches) of the particular area, GIS is capable of
predicting the suitable new locations for bank branches. Through analysis, the most suitable location
for the new BSN Bank branch can be selected and proposed.
KEY WORDS: GIS, Euclidean Distance, Bank branch location, BSN
1.0 INTRODUCTION
In Malaysia, the banking sector comprises of the licensed institutions namely commercial
banks, nance companies, merchant banks, discount houses and money brokers which are licensed
under the Banking and Financial Institutions Act 1989 (BAFIA) and supervised by Bank Negara
Malaysia (BNM). They plays an important role as nancial intermediary and is a primary source
of nancing of domestic economy, accounting for about 70% of the total assets of the nancial
system at end-1999 [BNM, 2001]. The development of the banking system particularly the domestic
banking institution is therefore vital to facilitate and support the economic growth and transformation
process. One of the domestic banking institutions in Malaysia is Bank Simpanan Nasional (BSN). It
is governance banking which was incorporated on 1 December 1974 under the Ministry of Finance.
BSN has more than 5000 employees and 350 network of branches including automatic teller
machines (ATM) and Cash Deposit Machines (CDM) nationwide. This is to support more than 7 million
customers spread throughout length and breadth of the country and with savings more than RM 8
billion. In order to improve the economic and quality of life of the Malaysian people, it is important for
BSN to actively promote savings, investments and practice of sound nancial management to the
Malaysian. Thus, BSN has planned to extend its range of products by providing ready facilities such
as branches services.
12
Finding a new location to place new branch is a challenging task. Cost to open a single branch
able to reach over a million dollars if location fails to ourish. In order to overcome this problem, it is
recommended to BSN to deal with spatial analysis system which known as Geographic Information
System (GIS).
“GIS is a tool on analyzing hundreds of variables to quickly identify the top sites for
consideration. GIS helped us to quickly obtain a snapshot understanding of all markets from a remote
location. We did not have to send people out to investigate areas that were not intuitive to us” [MapInfo,
2007].
GIS are able to store, manipulate, retrieve, and analyze large quantities of geo-referenced
data that are available. These data are a valuable resource for solving many problems that have
not been easily addressed in the past because of their lack of structure. Usage of GIS-technology is
essential, as it is becoming one of the better and faster tools to manage resources and helps in the
decision support process (Longley et.al., 2001).
The huge and rapid advancement of computing technology makes it a must for developing
countries to utilize GIS. The application of GIS-technology essential and is becoming one of the better
and faster tools to manage resources and helps in the decision support process (Longley et.al. 2001).
The development of GIS technology has made new approach to the business environment.
It reveals the importance of geo-demographic research to marketing, customer analysis and also
competitor analysis. These analyses are very useful in the business matter in order to capture more
income from the customers. Strategic functions contribute to the banks organization’s longer term
goals and mission, and entail problems such as opening new branch or rationalizing existing branch
networks.
There has been little research dedicated to large scale regional analysis of banking systems
using aggregate data sources (David, 1990). There is also lack of development of comprehensive
bank-branch location modeling technique. Development in information system technology, such as
GIS, enables bankers to address many of the problems that exist in bank-branch location and develop
more solution strategies that use available data sources.
Determine strategic new bank-branch location is one of the important elements in marketing
a business expansion. Finding the best new location for business expansion is really a challenging
task. It requires substantial capital investment and with so much money on the line, management
wants to feel sure that they have selected the right expansion site. The solution should allow the
management the ability to understand the big picture for their concept, providing insight for strategic
planning.
Business expansion planning needs modeling location-relevant data and providing fast and
cost-effective site analysis to condently and reliably select a new bank branch location and shorten
the cycle for time to market. It is also necessary to assess the likely performance of new branches
based on the presence of key decision variables, such as concentration of commercial areas, trafc
patterns, workplaces or homes of customers whose demographics and purchase behavior match a
13
bank’s target customer prole. GIS based solution helps to understand how a potential new branch
would perform based on the performance of a bank’s best matching existing branches as well as
compare how one of its branches is performing relative to other branches.
Using GIS based solution banks can determine the maximum number of branches. This
leads to more focused growth strategies and more efcient. Banks can use GIS based solutions to
ranks service area within market according to viability for the concept. Based on the bank’s criteria,
the analysis can consider competition, demographics and other concept factors to help prioritize
options.
Results of geographical data analysis can be communicated with maps, reports or both.Amap
is used to display geographical relationships whereas a report is most appropriate for summarizing
the tabular data and documenting any calculated or analyzed value.
2.0 BANK LOCATION CRITERIA
This paper to determine the best location for establishing new BSN branch in Shah Alam
City Center region by using the GIS technology. The area is in the Shah Alam city center inclusive
of Seksyen 1 to Seksyen 14. This is because within this area, there are already two BSN branches
namely; UiTM branch (Seksyen 1) and Kompleks PKNS branch (Seksyen 14), and were predicted
could not support the capacity of customers, mainly from ShahAlam city center residence. In addition,
UiTM branch is mainly giving services dedicated to UiTM’s the staffs and students only. Due to
inaccessibility for other residence to access the branch.
Figure 1: Map of Shah Alam
14
The suggested criterion by the bank to decide where to choose a new branch location as follows
[Jabatan Perbankan Cawangan, 2008]:-
i. Area with population about 10,000 people;
ii. Location should be a trading area, such as supermarket or malls that could develop a
business matter in that area;
iii. Maximum area coverage for branch within 3 km from existing branch; and
iv. Availability of security, business establishments and infrastructure support such as accessing
road.
The purpose of this study, there are several limitations where :-
i. The scope of the project will be limited to the data published and sources available from
different government departments; and
ii. The data needed for locating new site for expansion bank-branch such as land costs,
building availability and suitability, construction costs, local and state taxes, development
incentive and availability of cost energy, transportation, and infrastructure.
3.0 RESOURCES AND DATA LAYERS
The study was carried out using ESRI’s ArcGIS 9.2 software. The analysis works were done
by using spatial analysis tools available in ArcGIS 9.2 and were focused on the Euclidean Allocation
tool. The base map used to fuse all available data sources were based on the Shah Alam Land-Use
digital map provided by Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). This map has been registered via
some ground control points based on the Malaysia Rectied Skew Orthomorphic (MRSO) projection.
This digital map provided all information about boundaries and all related information on blocks,
sections, and villages. From the above map, Shah Alam sub-districts, major and minor streets layers,
banks, commercial areas including restaurants, hotels, gas stations, and police stations layer were
produced.
4.0 PROCESSING AND RESULTANT MAP
Methodology of this study and processes were outlined as shown in Figure 2. They were
divided into three phases; Planning Stage, Implementation Stage and Decision Stage.
The planning stage focused on the creation and development of GIS data model. It also used
to determine criteria of suitable location for the new branch to be located. Besides that, it was also
involved in the decision to apply what method and analysis to be used in decision stages. For this
paper, analysis method was used Euclidean Distance method. This method will be supported in the
ESRI’s software.
Implementation stage involved in geospatial data layers and GIS data-model. It begins with
registering the input data (particularly the digital map) into the Malaysia Rectied Skew Orthomorphic
(MRSO) projection. Follow by digitizing road layers and other points of interest such as, existing
banks, commercial, residential areas and other essential features. After that, the attribute of those
15
features in the map were created for each particular features. Finally, producing of the nal map that
will be used for the analysis process (Decision Stage). Decision Stage, it is discussed the analysis
that being carried to determine the suitable location for new BSN branch. At this stage, two types of
investigation have been carried out. They were based on :-
i. BSN itself (no competitors were considered); and
ii. On other banks as a competitors.
There are two basic processes involved in order to obtain the suitable location for the new BSN
branch, i.e. buffering and model builder.
4.1 Buffering
The BSN features (and bank competitors) were buffered with the radius 600m and the
commercial features were buffered 100m radius.
Figure 2: Methodology Chart
Figure 3: Buffer of Existing Banks (Competitors)
16
4.2 Model Builder (analysis between BSN and commercial area)
A model builder was used in order to get a better understanding and nd suitable locations.
The steps to produce such a suitability map are starting up outlines below:-
i. A new model was created. It is to built by stringing tools together inside a Model Builder
window. Those tools are all in Spatial Analyst Tools toolbox.
ii. Then, for deriving distance from commercial area, the Euclidean (straight-line). Distance
must be calculated from the commercial area. This task was done by dragging the Euclidean
Distances tool into the Model Builder window from Spatial Analyst/Distance tool toolbox. The
distance from BSN and existing banks also need to be dened because the site location of
new bank should be away from those banks.
iii. After setting the necessary datasets, the reclassification of each derived datasets were
carried out. Those datasets were reclassied to a common measurement scale; giving each
ranges a discrete, integer value of 1 to 5 (for commercial areas) and 1 to 6 (for BSN and
banks competitor). Higher value is given to attributes within each dataset that are most
suitable for locating the branch. In this case, the branch should be located as close as
possible to a commercial area and as far as possible from the maximum coverage of each
existing branch. Therefore, the distances to the commercial area output were reclassied
by giving a value of 1 to range of value that represents area closest to the commercial area
and a value 6 for areas far from the commercial area. For reclassication of the distance to
existing branch, the value 6 are given to areas furthest away from the existing branch and
value 1 to areas near the existing branch. The Reclass toolset can be expanded by dragging
the Reclassify tool into the Model Builder window.
Figure 4: Buffer of Commercial Area
17
iv. At this moment, the datasets was ready to be combined and used for locating the suitable
sites for the new bank branch. It is preferable to locate the new branch close to property
facilities (commercial area) and away from existing branches. By doing this, the Weighted
Overlay tool was used. This process was done by giving the weight to all the inputs and
percentage of inuence of each input. The higher percentage, more inuence a particular
input will have in the suitability model. The percentages of inuence given in the inputs of this
study are :-
a) Reclassed distance to property sites: 65%; and
b) Reclassed distance to existing branches: 35%.
For the distance to existing branches scale value, it was set to reverse value. This is because
the reclassify process, value 6 show the farthest distance from existing branches. This process was
used to set value for the farthest distance from existing branches to value of 1.
(a) (b)
Figure 5: Reclassied Value (a) for Commercial Area, (b) for BSN with Existing Banks
Figure 6: Weighted Overlay – BSN and Commercial Area
18
v. In order to extract the optimal sites from the weighted overlay, a conditional
expression in the tool was used. This sites that were considered optimal must have
the suitability value of 1. For the case in this study, expression that was considered as
optimal sites were value of 1. This is because, value of 1 in the overlay showed the area
thatnear to theproperty facilities (1 for100m)and farthest fromtheexistingbranches(1 for3km).
This analysis show that BSN and other banks as the competitors were taken into consideration
and determine that the new branch should be far away from the existing competitors. The weighted
of inuenced percentage inputs are as follow:
l. Reclassed distance to BSN: 65%; and
ll. Reclassed distance to existing competitors: 35%.
After implementing the workow of process, the result obtained was shown in Figure 8.
overlay
Output
direction
raster
EucDist
_trad1
Reclassify
Euclidean
Distance
Buffer
.ras
reclass_
trade
Weighted
overlay
con
Raster
To
polygon
con_
select
Trade_
area
Site.
shp
Suit_
site.
ship
intersects
Figure 7: Analysis Workow between BSN And Commercial Area
Figure 8: Overall Suitable Location
19
5.0 DATAANALYSIS AND RESULTS
Based on the result of the map, in order to determine which location is the most suitable site
to locate a new BSN branch, a ranking classication was constructed. The analysis carried out based
on six factors that are; based on population, type of commercial areas, accessibility, parking lots, area
potential and security. The result was examined in two parts; result from BSN and commercial area
process and result from BSN and competitors process.
Looking at the result of the map, the location can be assigned as A: near ShahAlam Stadium;
B: Worldwide Business Centre; C: opposite Section 7 Primary School; and D: Section 7 Tamil School.
The result from BSN and commercial area process shows that four areas were suitable
for building a new bank branch i.e. A, B, C and D named as above. However, from the BSN and
competitor analysis process, only locations C and D were suitable. Hence, A and B were not suitable
when the bank competitors were taken into account in the analysis. The ndings can be narrowed
to these two locations only i.e. C and D. Based on the Ranking Suitability for each area as shown in
Table 1.0, it can be seen that the most suitable location is C located opposite to the Section 7 Primary
School since it’s ranking is higher than D. Although A and B has the same ranking as C, they were
excluded as mentioned earlier.
6.0 CONCLUSION AND RECOMMENDATION
GIS technology is a powerful tool in planning stage, where the availability of the digital map
can be utilized in dening best positions for different purposes such as banks, ATMs, new schools,
restaurants and many more. There are many tools in GIS software which can be used for analysis
studies. In this paper, the Euclidean Distance tools were adopted. However, the accuracy of this study
was not analyzed due to limitation of time and data sources.
There are some recommendations that can be highlighted for future work, they:-
l. A more complete digital data should be used;
ll. Banks and other commercial sectors in Shah Alam should organized their effort to build
one geospatial database infrastructure that can be utilized by all and at the same time published via
internet for public use; and
Table 1.0: Total Ranking Location’s Suitability
Result (Location) Total Ranking Suitability
A 5 + 3 + 2 + 2 + 2 + 5 = 19
B 5 + 3 + 2 + 2 + 2 + 5 = 19
C 4 + 4 + 2 + 2 + 1 + 6 = 19
D 4 + 1 + 1 + 1 + 1 + 5 = 13
20
lll. Additional information such as land costs, building availability and suitability, construction
costs, local and state taxes incentive, transportations, availability of infrastructures can be included in
order to get more information of the features.
7.0 ACKNOWLEDGEMENT
The author would like to take this opportunity to thank the staff of BSN (Bahagian Khidmat
Koporat, Jabatan Perbankan Cawangan) for their effort and support by providing valuable statistical
information. Also, appreciation is extended to the Jabatan Perancangan Majlis Bandaraya, Shah
Alam (MBSA).
BIBLIOGRAPHY
Applebaum, W. Guide to Store Location Research. Reading Mass: Addison- Wesley., 1968.
Bank Negara Malaysia (BNM), website, 2008, (online), Available at: http://www.bnm.gov.my (access on 7 July 2008).
Bank Simpanan Nasional (BSN) website, 2008, (online), Available at: http://www.bsn.com.my, (access on 6 June 2008).
David J. Willer, A Spatial Decision Support System for Bank Location: A Case Study, NCGIA, 1990.
Euclidean Allocation, Esri Help, 2008, (online), Available at: http://webhelp.esri.com, (access on 6 June 2008).
Jabatan Perbankan Cawangan, BSN, Penggunaan Kriteria ‘Standard’ Bagi Perlaksanaan Penubuhan / Penutupan /
Pemindahan / Percantuman Cawangan-Cawangan BSN, 2008.
Kang-Tsung Chang, Introduction to Geographic Information System (fourth Edition), McGraw Hill International, 2008.
Kim Heldman, Project Management Professional Exam Study Guide. Wiley Publishing Inc, 2005.
Lundsten, L. L. Market Share Forecasting for Banking Ofces. UMI Research Press, 1978.
Laws of Malaysia, Act 618 - Development Financial Institution Act 2002.
Laws of Malaysia, Act 372 – Banking and Financial Institution Act 1989.
21
Mahajan, V., Sharma, S. and Srinivas, D. “An Application of Portfolio Analysis for Identifying Attractive Retail Locations”,
Journal of Retailing 61 (4), 1985.
Mohammad Jafrullah, Srinivas Uppuluri, Dr. Nagesh Rajopadhaye, & V. Srinatha Reddy, “An Integrated approach for Banking
GIS”, Available at: http://www.gisdevelopment.net, (access on 3 June 2008).
Nedal Al-Hanbali, “Building A Geospatial Database and GIS Data-Model Integration for Banking: ATM Site Location”,
Commission IV Joint Workshop: Data Integration and Digital Mapping Challenges in Geospatial Analysis, Integration and
Visualization II, Stuttgart, Germany, 2003.
Paul A Longley, Michael F Goodchild, David J Maguire and David W Rhind, Geographic Information System and Science, John
Wiley & Sons Ltd, 2001.
Rushton, G. Optimal Location of Facilities. Wentworth, N.H.: COMPress, Inc, 1979.
22
HEALTH GIS FOR MAP PLANNING:
GOTVAND CITY KHUZESTAN PROVINCE, IRAN
Saied Pirasteh
Spatial and Numerical Modeling, Institute of Advance Technology,
University Putra Malaysia, Malaysia
Amir Mahmoodzadeh
Islamic Azad University, Najafabad branch, Najafabad, Iran
ABSTRACT
GIS has been used for health In Iran recently. Using GIS in these sectors also face different
barriers, mainly because lack of accurate and sufcient data. However, using GIS for health
management and research is in the beginning stages in Iran. Health service in Iran is widely spread
and complicated activity. Health management is also a centralized decision making procedure.
Therefore allocation of spatially scattered health facilities to urban and rural area is a very difcult
task. The Gotvand city is selected for presenting distribution of the health care centers for services.
This study emphasizes on applications of GIS in health care public centers for preparing a map plan
of Gotvand city. The attempt is also given to generate the database of health public future plans and
management. However, this study shows that the most consuming time for developing health GIS in
Khuzestan province of Iran is collection of data because of not easy accessibility of data.
1. INTRODUCTION
A Geographic Information System (GIS) is designed to work with spatially referenced data
(Maxwell, 1976; EPA 1987, Lewis et al., 2002, Joines and et al., 2003, McLafferty, 2003, Cromely,
2003, Stellman and et al., 2003, Ricketts, 2003, Faruque, 2003). It means that we can work with both
attribute and spatial databases and manipulate spatially referenced data. We can also use a set of
operations to work with the attribute data in relation to the location where the data has been collected.
The essential components of a GIS are as following:
• Data acquisition,
• Preprocessing,
• Data management,
• Data manipulation and analysis and
• Product generation (Oranga, 1995).
23
It is seen that public health use of GIS could be included immunizations, conducting health
policy research, and establishing service areas and districts. This research shows that GIS provides
a way to move data from the project level so that it can be used by the entire organization. Clinical
and administrative information can be disseminated in a visual and geographic manner. In this study
also the locations of health public are geographically digitized / localized and the networking analysis
has been attempted. The attempt is given to generate the datasets of health public and overlay in
digital topography map of Gotvand in scale 1:2000 for further spatial analysis and future planning
and management. However, this study shows the use of Geo information technology such as GIS/
WebGIS in health public. It is also showing that collection of data is one of the most consuming time
and tremendous problem in Iran. The development of GIS in health would be happen when database
is prepared.
2. STUDY AREA
The study area is in north east of Khuzestan province, south west Iran. The IRS-Pan satellite
data is showing Gotvand city. The temperature normally ranges between 0°c to 46°c in winter and
summer respectively (Figure 1).
3. DATABASE AND DATAANALYSIS
In our present study, the eld survey data when correlated with the GIS analysis done in
Gotvand city could identify the requirement for future plan, current geographical location of objects
with high accuracy. For the mentioned study the two time data for the year 1990 and 2005 in Gotvand
city is taken in the present context. For the present study the data (two-time) used is GIS environment.
The data for 1990 was collected from old report from the archive and all analog data transfer to digital
Figure 1: Study area
24
format. The data introduced to GIS environment. The data for 2005 was collected through ground
truth and high resolution satellite data (i.e. IKONOS). Digital topography maps (i.e. dated 2001) of the
city in 1:2000 scales have been overlaid to IKONOS data to extract the changes. To start with, the
satellite data was geometrically corrected/ rectied with respect to topomap on 1: 2000 scales using
the necessary ground control points. Resampling of the rectied data at 1* 1m ground pixel size was
done. Later, the City Planning Map of Gotvand from Survey of Iran was obtained and the subset of
the satellite data was cut by overlaying it on the scanned City Planning Map of the study area.In this
study area, hospitals, clinics, schools, and gas stations were taken into account and were sampled
weekly.
Geospatially distribution of the clinics for the old and present urban condition has been
considered and buffering techniques in GIS environment usingArcView 3.2 software has been applied
to see the coverage population that can satisfy the location of the clinic. To understand the weakness
of the geospatially distribution of the clinic in the current situation Thiesn method has been used in
ArcView environment.
The base maps, which are used for this project, are topographic maps, administrative
maps, roads maps, rural and urban points. These digital topography maps were collected and GIS
ready techniques were applied. The IKONOS satellite data also used for updating the map. For this
digitization on screen techniques are used within ENVI.4 environment software. Selecting a digitizing
procedure needed some considerations (Figure 2). The most Convenience method that we could
have planned based on the above consideration is shown in a owchart (Figure 3).
Figure 2: Selecting digitizing procedure
25
The structure of traditional databases in the health service and management of Gotvand,
Khuzestan were analyzed (Figure 4). The analyses showed that the numbers of elds in the databases
are very high, which organized into different relational tables, but the architecture of the databases is
very simple.
4. RESULTS AND DISCUSSIONS
System Architecture of the Health GIS plan enterprise GIS was considered for health service
and management in Gotvand, Khuzestan province. The main structure of the Health GIS a Content
Management Systems (CMS) to develop potential network accessibility to the health care services
and further making databases and also to the maps and related attribute data. The architecture of
Figure 3: Digitizing procedure planned for preparing maps for health GIS
26
the system is based on Content Management System (CMS). Some benets of web based CMS
applications are as following:
• Allows non-technical users to easily update the web
• Ensuring that users not gain access to secure areas
• Monitoring updates prior to publishing
• Remaining up to date for the web content
• Allowing users to customize viewing contents with their own favorite
• Presenting the web in the local language
• Ability to add your plugging to the system when needed, and the system will detect and
enables them automatically
In the above CMS, there are three main branches that we worked on them:
• Spatial data preparing
• Feature attribute data preparing
• Processing and management and spatially relating of the feature attribute databases.
The CMS details, which have used for K-HGIS, are shown in Table 1.
Portal System
Theme support
Customizable view
Multiple language support
Security Control System
Session management
Log le management
Page access control
User Management System
User management
Group management
Page access control
Database Management System
Database connections
Database queries
XML convert
Table 1: Details of the CMS designed for the health GIS
27
Preparing thematic maps and related attribute data is the main problem in establishing
enterprise GIS. This is more difcult task in developing countries (Sanaei-Nejad, 2002) and become
more problematic when the enterprise GIS is for health service and management. Maps and spatial
data sources, traditionally, are not used in this section. There are limited map sources available in
other governmental organization that can be used as basically thematic maps for Health GIS, in
Khuzestan province. Some other maps should have been prepared by eldwork using GPS and also
addres matching procedure.
Figure 4: Distribution of the services
Document Management System
Archive documents
Search documents
Report documents
Report Management System
Reporting with different views
Exporting reports to custom le types
28
There are some rules that have to be considered in dening the elds and their attributes
in the database. The traditional databases are static and update procedure is time consuming and
also bureaucratically complicated. The new database would be analyzed on the basis on GIS using
buffering techniques within Arcview environment (Figure 5).
Furthermore the thiesn formula is applied for clinics services to nd out the required more
services in the city. It is found that more than 4 clinics services should be established (Figure 6).
However, the study reveals that there is a need of strong support for collecting data and use
of GIS. It is suggested that GIS should be used in Iran for health ministry for developing plans and
management. This study emphasis that the geospatially distribution of the clinics in Gotvand city is
not satisfactory and more clinic health should be designed and constructed for future plan to satisfy
the population density increase.
Figure 5: Buffering of the three health care services in Gotvand
29
REFERENCES
Cromely EK (2003). GIS and disease. Annu Rev Public Health 24:7-24.
EPA (Environmental Protection Agency) (1987). US Cancer motility rates and trends,1979. Us Environmental protection
Agency, Research Triangle Park, NC, USA. EPA 600/1- 83/015.
Faruque FS, Lofton SP, Doddato TM, Mangum C. (2003). Utilizing geographic information systems in community assessment
and nursing research. Journal of Community Health Nursing, 20(3):179-91.
Joines JD, Hertz-Picciotto I, Carey TS, Gesler W, Suchindram C. (2003). A spatial analysis of county-level variation in
hospitalization rates for low back problems in North Carolina. Soc Sci Med 56(12):2541-53.
Figure 6: Thiesn calculation in GIS environment
30
Lewis MD, Pavlin JA, Manseld JL, O’Brien S, Boomsma LG, Elbert Y, Kelley PW (2002). Disease outbreak detection system
using syndromic data in the greater Washington DC area. Am J Prev Med, 23(3):180-6.
Maxwell, E. L. (1976). Multivariate system of analysis of multi-spectral imagery. Photogrammetric Engineering and Remote
sensing, September 22-24
McLafferty SL (2003). GIS and Health Care. Annu Rev Public Health, 24:25-42.
Oranga, H. M. (1995). GIS for health and the environment, edited by: D. Savigny and P. Wijeyaratne, IDRC Booktique CRDI,
pp.1-70.
Ricketts TC. (2003). Geographic information systems and public health. Annu Rev Public Health 24:1-6.
Sanaei-Nejad S.H. and H.A. Faraji, (2002). Map Asia Conference Proceedings, Thailand, P.45.
Savigny, D, L. Loslier and J. Chauvin (1995). GIS for health and the environment, edited by: D. Savigny and P. Wijeyaratne,
IDRC Booktique CRDI.
Stellman JM, Stellman SD, Weber T, Tomasallo C, Stellman AB, Christian R Jr. (2003). A geographic information system for
characterizing exposure to Agent Orange and other herbicides in Vietnam. Environ Health Perspect 111(3):321-8.
31
LANDUSE PORTAL : DIMENSI BARU PERKONGSIAN MAKLUMAT
GUNATANAH NEGARA
Suraya bt Hj. Dahlan
Pegawai Perancangan Bandar
Bahagian Maklumat Gunatanah Negara
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
50646 Kuala Lumpur
Tel: 03-2699 2137, Faks : 03-2697 0619
ABSTRAK
JPBD Landuse Portal adalah merupakan sebuah portal interaktif data geospatial bagi
maklumat gunatanah. Ia dibangunkan secara web-based dengan bertujuan untuk meningkatkan
sistem penyampaian Jabatan dan memperluaskan sebaran maklumat menerusi talian internet.
Langkah ini diambil bagi menyokong hasrat kerajaan dengan konsep eKerajaan (eGovernment) dan
juga sebagai satu langkah Jabatan menjadi Pusat Maklumat Gunatanah Negara. JPBD Landuse
Portal juga adalah sebahagian langkah strategik Jabatan sebagai Pusat Maklumat Gunatanah
Negara. Ia juga merupakan salah satu langkah Jabatan dalam meningkat sistem penyampaian
kerajaan yang cepat, tepat dan berkualiti.
1.0 PENGENALAN
Portal adalah merupakan satu istilah bagi ‘gateway’ untuk ‘world wide web’. Ia merupakan
tempat permulaan bagi pelawat untuk berhubung dengan dunia maklumat di atas talian internet.
Portal menawarkan pelbagai maklumat dan perkhidmatan seperti enjin carian, ‘online service’, forum,
hyperangkai dan lain-lain lagi.
Berasaskan denisi ini, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
telah membangunkan JPBD Landuse Portal yang mana berperanan sebagai pusat setempat bagi
carian maklumat gunatanah di Semenanjung Malaysia. Melalui portal ini, pengunjung boleh melayari
rangkaian-rangkaian maklumat gunatanah melalui hyperangkai dan enjin carian yang disediakan dari
mana-mana lokasi di dunia ini dan pada bila-bila waktu.
2.0 LANDUSE PORTAL : MAKLUMAT SPATIAL GUNATANAH NEGARA
JPBD Landuse Portal adalah merupakan sebuah portal interaktif data geospatial bagi
maklumat gunatanah.Antara fungsi-fungsi carian di dalam portal ini adalah carian kategori gunatanah,
jenis gunatanah, carian lot, carian kemudahan masyarakat, carian nama kampung, dasar-dasar
Rancangan Fizikal Negara dan lain-lain lagi. Ia dibangunkan secara web based dengan bertujuan
32
untuk meningkatkan sistem penyampaian Jabatan dan memperluaskan sebaran maklumat menerusi
talian internet. Langkah ini diambil bagi menyokong hasrat kerajaan dengan konsep eKerajaan
(eGovernment) dan juga sebagai satu langkah Jabatan menjadi Pusat Maklumat Gunatanah Negara.
2.1 Evolusi Landuse Portal
Bermula pada penghujung tahun 90an, Landuse Portal dahulunya dikenali sebagai Sistem
Berpeta Web (Internet Mapping System) di mana ketika itu paparan gunatanah kajian rancangan
tempatan adalah mengikut pihak berkuasa tempatan (kajian projek RMK7). Pada tahun 2005 aplikasi
diperluaskan dengan paparan gunatanah bagi kajian rancangan pembangunan yang lain seperti
Rancangan Fizikal Negara, Rancangan Struktur Negeri dan Rancangan Tempatan. Pada tahun
2006, penambahbaikan dilakukan dengan menambah fungsi carian seperti carian dasar Rancangan
Fizikal Negara (NPP), jenis dan status gunatanah serta carian nombor lot. Pada tahun 2006 juga
Sistem Berpeta Web ini telah telah dilancarkan oleh Y.A.B Menteri Kementerian Perumahan dan
Kerajaan Tempatan, Dato’ Seri Ong Ka Ting iaitu pada 16 November 2006 sempena Sambutan Hari
Kualiti Jabatan 2006. Bermula pada tarikh tersebut Sistem Berpeta Web ini telah diberi penjenamaan
semula sebagai JPBD Landuse Portal (Portal Gunatanah JPBD).
Pada tahun 2008, perubahan besar telah dilakukan terhadap aplikasi ini iaitu merangkumi
perubahan struktur pangkalan data, perisian web serta pertambahan pelbagai enjin carian dan fungsi.
Perubahan ini dilakukan bagi meningkatkan capaian data dan mesra pengguna. Penambahbaikan-
penambahbaikan akan terus dilakukan terhadap portal ini bagi memastikan tujuan pembangunan
sistem ini dapat direalisasikan sepenuhnya. Cadangan- cadangan baru adalah seperti menaiktaraf
aplikasi Autodesk Mapguide 6.5 ke Autodesk Enterprise, kemasukan data gunatanah cadangan /
zoning bagi kajian-kajian rancangan pemajuan, mengaktifkan fungsi markup kepada pengguna
awam, overlay data di atas talian, fungsi kemaskini data spatial dan attribute oleh pengguna berdaftar,
pembelian data secara atas talian dan lain-lain lagi.
2.2 Keistimewaan dan Keunikan Landuse Portal
Tidak dinakan terdapat pelbagai portal yang dibangunkan oleh institusi kerajaan bagi
mempublisitikan produk dan perkhidmatan, dan setiap portal tersebut mempunyai kelebihan tertentu
bagi memastikan fokus sasaran tercapai. Bagi JPBD Landuse Portal antara kelebihan utamanya
adalah data yang dipersembahkan iaitu data gunatanah semasa dan gunatanah cadangan/zoning
(mengikut tempoh kajian) bagi Semenanjung Malaysia. Data-data ini boleh dicapai oleh semua
pengguna internet tanpa memerlukan kata laluan. Paparan gunatanah tersebut digunakan oleh
agensi-agensi kerajaan, swasta, pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi dan pelajar-pelajar sekolah
semasamenjalankan kajian tapak. Pengguna juga dapat mengetahui ketepatan maklumat gunatanah
tersebut dengan bantuan imej google dan imej-imej satelit/ fotoudara yang turut disediakan.
33
• Enjin Map Server
MapXtreme
V.3.0 (2 server
operating)
• Paparan
Gunatanah RFN,
RSN, RTD
• Carian maklumat
Gunatanah
• Aplikasi Mapguide
V.6.5
• Paparan
Gunatanah RFN,
RSN, RTD
• Paparan data
jalan, kontur,
features
• Carian maklumat
Gunatanah, lot no.,
dasar RFN
• Overlays google
image
• Simple analysis
• Fungsi Pengiraan
Keluasan
• Aplikasi Mapguide Enterprise
• Paparan Gunatanah cadangan
RFN, RSN, RTD
• Online updating dataspatial
and attributes
• Fungsi Markup
• Online overlays spatial data
• Enjin Map
Server
MapXtreme
V.2.5
• RT di
kawasan
PBT
• Enjin Map
Server
MapXtreme
V.3.0
• Paparan
Gunatanah
RFN, RSN,
RTD
Rajah 1: Perkembangan JPBD Landuse Portal
2008 2009
2006
2005
2004
34
Di peringkat dalaman (JPBD) portal ini berperanan penting dalam memantau gunatanah
bagi Rancangan Fizikal Negara, Rancangan Struktur Negeri dan Rancangan Tempatan bagi melihat
perubahan-perubahan gunatanah yang berlaku. Pemantauan juga dapat dilakukan terhadap projek-
projek pembangunan di negeri sama ada ia dibangunkan di kawasan yang telah dikategorikankan
sebagai kawasan zon pembangunan atau sebaliknya. Di peringkat JPBD Negeri, data-data di dalam
portal ini dapat diintegrasikan dengan data-data perancangan yang ada di negeri bagi tujuan proses
kebenaran merancang, tukar syarat tanah, kerja bangunan dan sebagainya.
Dari aspek fungsi pula, keistimewaan yang ada di JPBD Landuse Portal ini adalah fungsi
markup yang mana melalui fungsi ini pengguna boleh menambahkan maklumat terhadap sesuatu
kawasan tersebut dengan menandakan ia dengan titik atau menamakan sesuatu lot atau bangunan.
Ia adalah sama seperti fungsi yang ada di imej google tetapi ia di lot-lot gunatanah. Fungsi statistik
juga salah satu keistimewaan yang ada di portal ini. Melalui fungsi ini statistik pecahan gunatanah
dapat dibuat secara terus menerus tanpa memuat turun data tersebut. Fungsi-fungsi lain seperti
pengiraan keluasan dan pengiraan jarak turut disediakan bagi kegunaan pengguna.
Rajah 2: Pelan dan maklumat gunatanah dipaparkan pada peringkat makro (Rancangan Fizikal Negara dan Rancangan
Struktur Negeri) dan mikro (Rancangan Tempatan Daerah) mengikut hierarki kajian rancangan pemajuan.
35
Rajah 3: Semakan dan pengemaskinian maklumat gunatanah dengan fungsi imej google di atas talian.
Rajah 4: Tanpa perlu mendaftar dan kata laluan, pengguna boleh membuat kerja-kerja pengukuran keluasan dan jarak
melalui fungsi yang disediakan
Rajah 5: Memberi peluang kepada pengguna awam untuk mengemaskini atau memasukkan data-data baru melalui fungsi
Markup
36
3.0 SUMBANGAN DALAM PERANCANGAN BANDAR DI MALAYSIA
Melalui Landuse Portal banyak aspek penyeragaman dan penyelaras telah dilakukan seperti
unjuran pelan (georeference), format metadata, klasikasi gunatanah, kod klasikasi gunatanah dan
kod warna. Sebelum adanya Landuse Portal penyediaan pelan gunatanah adalah tidak teratur dan
berselerak di mana tiada standardasi terhadap format dan pelbagai pelan asas dan unjuran yang
digunakan. Sistem maklumat geogra (GIS) tidak digunakan dengan meluas, ia hanya digunakan
bagi menghasilkan pelan gunatanah dalam bentuk salinan keras (hardcopy). Ekoran dari itu data-
data gunatanah sukar diintegrasi dan dimanipulasikan.
Penggunaan pelan asas dari pelbagai sumber, kerja-kerja pendigitan pelan dan penggunaan
non-earth projection akan menghasilkan data yang tidak tepat dan juga tidak sahih. Keadaan ini akan
mengakibatkan hasil analisis menjadi tidak betul dan seterusnya perancangan gunatanah pada masa
hadapan akanmenjadi tidak tepat. Di dalam Landuse Portal, pelan kadaster JUPEM dijadikan sebagai
asas dan unjuran peta WGS84 digunakan bagi penyeragamkan semua pelan-pelan gunatanah sedia
ada.
Landuse Portal ini bukan sahaja berguna kepada perancang bandar tetapi ia juga amat
berguna kepada jurunilai hartanah, jurutera jalan, penyelidik dan pensyarah di universiti, pemaju,
pelajar-pelajar dan individu atau agensi lain yang memerlukan maklumat gunatanah.
Melalui maklumat gunatanah yang ada di dalam Landuse Portal pemaju-pemaju perumahan
atau syarikat-syarikat pertanian yang besar dapat merancang projek-projek perumahan atau
pertanian berdasarkan gunatanah semasa atau gunatanah cadangan (zoning) yang telah ditetapkan
di dalam kajian rancangan tempatan di sesuatu kawasan. Maklumat gunatanah juga amat penting
bagi seseorang jurunilai hartanah untuk menentukan nilai sesuatu tanah sama ada tanah tersebut
terletak di dalam kawasan tepubina atau kawasan pertanian.
No_L Area_Ha Semasa Aktiviti Aktiviti2
1379 5 KediamanPerumahan
Terancang
Perumahan
Strata
1379 ? ? ? ?
? ? KediamanPerumahan
Terancang
Perumahan
Strata
1379 ? ? ? ?
Rajah 6: Pendigitan pelan dan unjuran peta yang tidak sahih akan menyebabkan
maklumat menjadi tidak tepat.
37
4.0 MENINGKATKAN SISTEM PENYAMPAIAN KERAJAAN
Landuse Portal adalah merupakan salah satu langkah Jabatan dalam meningkat sistem
penyampaian kerajaan yang cepat, tepat dan berkualiti. Bagi memastikan data gunatanah tersebut
tepat dan sahih, pengemaskinian dari semasa ke semasa akan dilakukan sama ada melalui lawatan
tapak, penyemakan melalui imej satelit, penyaluran maklumat dari pihak berkuasa tempatan atau
kerajaan negeri ataupun melalui maklumbalas dari orang awam sendiri.
Usaha yang giat sedang dijalankan oleh JPBDSemenanjungMalaysia untukmempromosikan
penggunaan Landuse Portal ini kepada agensi kerajaan persekutuan, negeri, pihak berkuasa
tempatan dan juga orang awam melalui taklimat, seminar, perbincangan dan juga ruang-ruang
pameran. Dicatatkan lebih 10 ribu pengguna telah melayari portal ini sejak ia dilancarkan pada
tahun 2006 merangkumi pengguna di Malaysia dan negara-negara luar seperti Australia, Singapura,
Netherland, United Kingdom dan lain-lain lagi.
Dari tahun 2007 sehingga Febuari 2009 direkodkan sebanyak 124 permohonan data
diterima dari agensi kerajaan, swasta dan institusi pengajian tinggi yang melibatkan penjualan data
sebanyak RM 47,177.77. Sebagai salah sebuah agensi kerajaan yang bukan berorientasikan kepada
keuntungan, jumlah jualan data tersebut merupakan satu kebanggaan kepada Jabatan kerana turut
sama memberi sumbangan kepada pendapatan negara dari data-data yang dihasilkan oleh Jabatan.
5. 0 KESIMPULAN
Landuse Portal adalah merupakan platform terbaik perancangan bandar khususnya
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia untuk menyalurkan maklumat
gunatanah dari kajian yang dijalankan iaitu Kajian Rancangan Fizikal Negara, Rancangan Struktur
dan Rancangan Tempatan. Kewujudan portal ini bukan sahaja membantu agensi kerajaan dalam
pemantauan dan merancang pembangunan gunatanah negara tetapi juga menaikkan peranan
profession perancang bandar sendiri dalam aktiviti pembangunan negara. Melalui talian internet,
seluruh dunia dapat melihat hasil kerja perancang-perancang bandar di Malaysia melalui kajian
dan penyediaan pelan gunatanah seperti yang dipaparkan di Landuse Portal. Ini sedikit sebanyak
mempromosikan kepentingan profession perancang bandar dalam pembangunan sesebuah negara.
38
MESYUARAT KE-6
JAWATANKUASA KEBANGSAAN NAMA GEOGRAFI (JKNG)
Nornisha binti Ishak
Seksyen Perkhidmatan Pemetaan
Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia
Jawatankuasa Kebangsaan Nama Geogra (JKNG) telah mengadakan mesyuarat tahunan
kali ke-6 bertempat di Hotel Marriott, Putrajaya pada 22 Disember 2008. Mesyuarat yang telah
dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Hamid bin Ali, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia
selaku Pengerusi JKNG, juga telah dihadiri
oleh wakil-wakil Setiausaha Kerajaan Negeri
dan Jabatan / Agensi Kerajaan Persekutuan
yang menganggotai jawatankuasa ini iaitu
seramai 27 orang.
Dalam ucapan pembukaan, YBhg.
Datuk Hamid bin Ali telah menekankan
mengenai kepentingan nama-nama
geogra yang tekal, betul dan seragam.
Penggunaan nama geogra yang salah boleh
menimbulkan pelbagai masalah seperti yang
dibuat oleh Syarikat Google dalam kesilapan
memaparkan nama-nama tempat di Korea melalui Google Earth.
Dalam pada itu, beliau turut menyentuh isu yang timbul di Malaysia seperti cadangan
penggunaan papan tanda pelbagai bahasa di Pulau Pinang
serta penukaran nama jalan di Kuala Lumpur. Sehubungan
dengan itu, Y.Bhg. Datuk meminta pihak kerajaan negeri
supaya merujuk kepada Buku Garis Panduan Penentuan
Nama Geogra untuk membuat keputusan.
Di samping itu, YBhg. Datuk Pengerusi turut
mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada
pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan
kerjasama yang diberikan berhubung dengan cadangan
LAPORAN BERGAMBAR
YBhg. Datuk Hamid bin Ali selaku Pengerusi sedang
mempengerusikan Mesyuarat Ke-6 JKNG yang diadakan
di Hotel Marriott, Putrajaya.
Papan tanda yang menunjukkan Jalan
Mohd. Yatim Yahaya.
39
yang diusulkan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) untuk menamakan jalan yang
terletak di Wangsa Maju (belum bernama) dengan nama Ketua Pengarah Ukur yang pertama negara
Malaysia, iaitu Tan Sri Haji Mohd. Yatim bin Yahaya. Cadangan tersebut telah pun diluluskan oleh
Kementerian Wilayah Persekutuan dengan nama Jalan Mohd Yatim Yahaya.
YBhg. Datuk Pengerusi turut menyentuh isu tuntutan Pulau Batu Putih, Batuan Tengah
(Middle Rocks) dan Tubir Selatan yang mana Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) telah
memberi hak kedaulatan Pulau Batu Puteh kepada Singapura dan Malaysia mempunyai hak
kedaulatan terhadap Batuan Tengah. Kehilangan Pulau Batu Puteh telah memberi impak yang besar
kepada persempadanan maritim Malaysia. Oleh yang demikian, kes seperti ini haruslah dijadikan
pengajaran kepada Malaysia dan negeri-negeri yang bersempadan dengan negara jiran haruslah
lebih peka terhadap butiran geogra yang terdapat di kawasan masing-masing. Dalam pada itu,
beliau juga memaklumkan bahawa JUPEM sedang mengambil tindakan untuk menerbitkan peta
khusus bagi pulau-pulau serta entiti geogra luar pesisir pada skala yang lebih besar.Sehubungan
dengan itu, beliau menyeru agar Kumpulan Kerja Nama Pulau dan Entiti Geogra Luar Pesisir yang
dipengerusikan oleh Pusat Hidrogra Nasional (PHN) dapat mengambil tindakan untuk menamakan
pulau-pulau yang tidak bernama yang terletak di perairan Malaysia.
Selain daripada itu, YBhg. Datuk turut memaklumkan bahawa salah satu tanggungjawab
jawatankuasa ini adalah untuk membangunkan pangkalan data nama geogra dan gazetir
kebangsaan. Beliau turut memberikan contoh sepertimana Negara Jepun membangunkan Historical
Database yang mampu mengumpul perubahan nama geogra sejak 100 tahun yang lalu di peringkat
daerah. Sehubungan dengan itu, beliau mengharapkan kerjasama yang padu daripada pihak Negeri
dalam mengesahkan nama-nama geogra bagi negeri masing-masing supaya maklumat yang betul,
tepat dan terkini dapat disalurkan kepada pengguna.
Selanjutnya, YBhg. Datuk Pengerusi turut memaklumkan mengenai aktiviti-aktiviti yang telah
dijalankan dalam memberi pendedahan kepada pihak Negeri mengenai pentingnya nama geogra
yang seragam dan terselaras seperti sesi taklimat yang telah diberikan kepada negeri-negeri oleh
ketiga-tiga Kumpulan Kerja.
Akhir sekali, YBhg. Datuk Pengerusi menyeru agar setiap ahli JKNG serta Jawatankuasa
Teknikal dan Negeri memainkan peranan yang lebih aktif dan mendapatkan maklum balas secara
berterusan daripada komuniti pengguna terhadap usaha untuk memenuhi kehendak pelanggan.
Peranan jawatankuasa di peringkat negeri adalah amat penting dalam mencari penyelesaian kepada
isu-isu yang timbul akibat pelaksanaan aktiviti dan perancangan kerja JKNG.
Antara agenda mesyuarat pada kali ini adalah pembentangan laporan daripada tiga (3)
Kumpulan Kerja iaitu Kumpulan Kerja Garis Panduan Penentuan Nama Geogra (KKGPPNG),
Kumpulan Kerja Pangkalan Data Nama Geogra dan Gazetir Kebangsaan (KKPDNG) serta Kumpulan
Kerja Nama Pulau dan Entiti Geogra Luar Pesisir (KKNPELP). Wakil-wakil Setiausaha Kerajaan
Negeri turut melaporkan aktiviti-aktiviti Jawatankuasa Negeri Nama Geogra (JNNG) masing-masing
secara ringkas.
40
Laporan JNNG
Mesyuarat turut mendengar laporan daripada wakil-wakil Negeri yangmemaklumkan bahawa
Mesyuarat JNNG di Negeri masing-masing telah diadakan sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh
setahun. Di antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Negeri adalah:-
• Pengesahan nama geogra yang telah dibekalkan dengan Sistem Pangkalan Data Nama Geogra
(PDNG) Secara Ofine dalam tempoh tiga (3) bulan daripada tarikh bengkel yang diadakan.
• Menyemak senarai pulau yang dibekalkan oleh PHN.
• Cadangan JabatanTanah danUkur Sabah untukmemetakan pulau-pulau ke dalam peta kadaster.
Pembentangan Kertas Kerja
Mesyuarat pada kali ini turut berpeluang mendengar pembentangan kertas kerja yang telah
disampaikan oleh En. Asmadi bin Surat daripada POS Malaysia Berhad yang bertajuk Specication
Standard for Adresses. Kertas yang dibentangkan merupakan dokumen SIRIM MS 2039 (Malaysian
Standard) yang menerangkan tentang kepentingan penyeragaman alamat di Malaysia. Dokumen MS
2039 menggariskan pelbagai pelbagai jenis alamat yang digunakan di Malaysia serta memberikan
Ahli-ahli mesyuarat yang terdiri daripada wakil Setiausaha Kerajaan Negeri dan Jabatan / Agensi Kerajaan Persekutuan.
41
panduan kepada pengguna dalam menulis alamat yang betul dan terselaras pada jalan, taman,
bangunan dan sebagainya. Sehubungan dengan itu, penggunaan dokumen ini pada masa hadapan
diharapkan dapat membantu dalam menyeragamkan penggunaan alamat di Malaysia.
Sementara itu, Tn. Hj. Mohd. Kamali bin Adimin daripada JUPEM turut membentangkan
kertas kerja beliau yang bertajuk Specication Standard for Route Numbering System and Guide
Signs. Kertas kerja ini juga merupakan dokumen SIRIM MS 1987 yang menerangkan tentang sistem
penomboran jalan serta guide signs yang digunakan di Malaysia. Di samping itu, dokumen berkenaan
turut menjelaskan kategori jalan yang terdapat di Malaysia, klasikasi guide signs serta kod-kod
yang digunakan di Malaysia. Sehubungan dengan itu, beliau memaklumkan bahawa penyeragaman
sistem penomboran jalan adalah penting supaya penamaan yang digunakan adalah betul dan tepat.
Keputusan Mesyuarat
Antara yang telah diputuskan dalam mesyuarat adalah berkenaan dengan pengemaskinian
Buku Maklumat Keluasan dan Perimeter Negeri, Daerah dan Pulau di Malaysia yang diterbitkan oleh
JUPEM. Dalam hubungan ini, PHN telah mengeluarkan senarai pulau serta entiti geogra luar pesisir
yang merangkumi batuan, beting, karangan, permatang, tanjung, terumbu dan tompok. Senarai
berkenaan telah diserahkan kepada Negeri Sabah, Johor, Kedah dan Terengganu untuk disemak.
Sementara Buku Maklumat Keluasan dan Perimeter Negeri, Daerah dan Pulau di Malaysia hanya
memaparkan senarai pulau sahaja selain daripada maklumat keluasan dan negeri serta daerah.
Sehubungan dengan itu, buku tersebut perlu dikemaskini dengan menyertakan entiti geogra luar
pesisir yang lain setelah mendapat senarai yang lengkap dan muktamad daripada PHN.
Sementara itu, semasa Mesyuarat Jawatankuasa Negeri Nama Geogra Wilayah
Persekutuan diadakan, wakil PHN memaklumkan bahawa pihaknya bercadang untuk memberikan
nama baru bagiAlur Sempit kepada nama yang lebih sesuai. Walau bagaimanapun, mesyuarat JKNG
berpendapat bahawa jumlah alur sepatutnya tidak perlu direkodkan dalam senarai kiraan pulau dan
Ahli-ahli mesyuarat sedang mendengar pembentangan kertas kerja daripada En. Asmadi bin Surat (Specication Standard
for Adresses) dan daripada Tn. Hj. Mohd. Kamali bin Adimin (Specication Standard for Route Numbering System and
Guide Signs).
42
entiti geogra luar pesisir. Sehubungan dengan itu, mesyuarat memutuskan agar entiti geogra bagi
alur dikeluarkan daripada senarai kiraan pulau dan entiti geogra luar pesisir. Sungguhpun begitu,
sekiranya pihak negeri masih hendak menamakan alur berkenaan, keputusan terletak kepada negeri
tersebut.
Dalam pada itu, Pengerusi KKPDNG turut memaklumkan bahawa pihaknya telah memikirkan
kaedah yang sesuai bagi mengatasi masalah pertukaran pegawai di negeri yang mengakibatkan
proses pengemaskinian PDNG tergendala. Sehubungan dengan itu, SistemPDNGsecara ofine telah
dibangunkan bagi memudahkan proses pengemaskinian nama geogra dilakukan. Sistem berkenaan
akan dibekalkan kepada pihak Negeri semasa Taklimat dan Bengkel diadakan di negeri berkenaan.
Setiap negeri diberi tempoh selama tiga (3) bulan untuk mengemaskini dan menyerahkannya semula
kepada Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara (MaCGDI) selaku pengerusi KKPDNG.
Kesimpulan
Hasil daripada mesyuarat JKNG ke-6 ini, dapat dirumuskan bahawa JKNG berfungsi untuk
menyelaraskan kegiatan penentuan nama geogra di Malaysia. Dengan perkembangan teknologi
yang pesat dan kepekaan pengguna kepada produk dan perkhidmatan yang diberikan oleh Jabatan
/ Agensi Kerajaan, maka keperluan kepada pangkalan data, standard dan format bagi penukaran
data toponimi serta aspek-aspek latihan dan pendidikan, keperluan saintik dan teknologi serta isu-
isu dan faedah pelaksanaan menjadi keutamaan kepada JKNG. Perbincangan pada mesyuarat
pada kali ini jelas telah memberikan banyak faedah serta pengetahuan yang baru khususnya
dalam slot pembentangan kertas kerja. Dalam pada itu, kerjasama daripada setiap ahli JKNG serta
Jawatankuasa Teknikal dan Negeri khususnya dalam pembangunan PDNG perlu diwujudkan agar
peranan yang lebih aktif dan efektif dapat dipupuk demi menjayakan matlamat penubuhan JKNG.
43
LAPORAN BERGAMBAR
MESYUARAT KE-60
JAWATANKUASA PEMETAAN DAN DATA SPATIAL NEGARA (JPDSN)
Nornisha binti Ishak
Seksyen Perkhidmatan Pemetaan
Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia
Jawatankuasa Pemetaan Dan Data Spatial Negara (JPDSN) telah mengadakan mesyuarat
tahunan kali ke-60 bertempat di Hotel Equatorial, Melaka pada 31 Mac 2009. Mesyuarat yang
dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Prof. Dr. Abdul Kadir bin Taib, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan
Pemetaan Malaysia dan juga telah dihadiri oleh ahli-ahli JPDSN dari seluruh negara yang terdiri
daripada 33 wakil dari pelbagai Jabatan/Agensi Kerajaan serta Institusi Pengajian Tinggi Awam
(IPTA).
Dalam ucapan pembukaan,
YBhg. Dato’ Prof. Dr. Abdul Kadir bin Taib
menjelaskan bahawa antara lain tujuan
mesyuarat ini diadakan adalah untuk
menyelaras aktiviti-aktiviti pemetaan dan
penyediaan data spatial seluruh negara.
Melalui mesyuarat ini juga, kesemua
ahli-ahli mesyuarat berpeluang untuk
berbincang, mengkaji, menyelesaikan
isu-isu atau masalah yang berkaitan
serta merangka aktiviti dan program bagi
menjana ke arah pembangunan sosio-
ekonomi dan pengurusan sumber negara
dengan lebih terancang. YBhg. Dato’ Pengerusi turut melahirkan sukacita beliau di atas kerjasama
yang telah diberikan terutamanya peranan yang dimainkan oleh Jawatankuasa-jawatankuasaTeknikal
dan Kumpulan Kerja dalam mencari resolusi untuk menangani masalah-masalah yang timbul akibat
pelaksanaan projek dan program di bawah JPDSN.
Seterusnya, YBhg. Dato’ Pengerusi mengimbau kembali beberapa kejayaan dan program
berkaitan pemetaan dan data spatial yang telah dilaksanakan oleh JUPEM dalam tahun 2008
termasuk juga pelaksanaan projek-projek di bawah Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK9). Antaranya
ialah Projek Pewujudan Sistem Pemetaan Utiliti, Projek MyRTKNet Fasa II dan Projek Sistem
Pangkalan Data Geodetik (SPDG). Di samping itu, terdapat beberapa projek lagi di bawah RMK9
yang telah dilaksanakan iaitu Projek Sistem Generalisasi Pangkalan Data Pemetaan, Projek Sistem
Pendaftaran peserta mesyuarat di meja urus setia sebelum
mesyuarat dimulakan.
44
Penyediaan Data Cetak serta Projek Penggantian Perisian dan Perkakasan Bagi Map Publishing.
Selain daripada itu, YBhg. Dato’ Pengerusi turut menyentuh beberapa perkara yang
dikirkan wajar diambil maklum oleh semua ahli mesyuarat iaitu mengenai Kes Kedaulatan Batu
Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan, Projek Common Border Datum Reference Frame (CBDRF)
dan Joint Border Mapping di Sepanjang Sempadan Antarabangsa Malaysia – Indonesia, Tuntutan
Terhadap Pelantar Benua Malaysia di Bawah Artikel 76 UNCLOS 1982, Penganjuran Mesyuarat
Ke-14 Lembaga Eksekutif PCGIAP (Permanent Committee on GIS Infrastructure for Asia Pasic),
Projek-projek di bawah RMK10 serta Perkhidmatan Airborne LiDAR (Light Detection And Ranging).
YBhg. Dato’ Pengerusi selanjutnya menyarankan agar peranan aktif yang dimainkan oleh
Jawatankuasa-jawatankuasa Teknikal dan Kumpulan Kerja perlulah diteruskan bagi memenuhi
matlamat untuk menghasilkan produk data spatial yang boleh dimanfaatkan oleh pengguna. Di
samping itu, beliau juga berharap agar platform yang disediakan melalui mesyuarat ini dapat memberi
ruang kepada semua ahli mesyuarat untuk berbincang bagi menyelaras dan menyelesaikan apa-apa
isu, atau masalah yang berkaitan dengan urusan pemetaan dan penyediaan data spatial ke arah
memenuhi mandat yang telah diberikan oleh kerajaan.
Antara agenda mesyuarat ini adalah pembentangan laporan daripada Jawatankuasa-
jawatankuasa Teknikal dan Kumpulan Kerja Geodetik, pembentangan laporan aktiviti jabatan-
jabatan/agensi-agensi dan juga pembentangan kertas kerja. Mesyuarat JPDSN pada kali ini telah
menjemput wakil daripada Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) iaitu En. Shahrizal Ide bin Moslin
untuk membentangkan kertas kerja yang bertajuk “RazakSAT International Data Distribution”.
Jemputan ini adalah berdasarkan daripada Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Dasar dan Isu-Isu
Institusi yang telah diadakan pada 23 Februari 2009 yang mana pihak ANGKASA turut terlibat dalam
urusan pengambilan citraan melalui satelit RazakSAT. Kertas kerja ini menjelaskan tentang polisi
yang dirangka oleh ANGKASA serta MOSTI (Ministry of Science, Technology and Innovation) bagi
tujuan pengedaran data yang dikeluarkan oleh satelit RazakSAT di peringkat antarabangsa.
YBhg. Dato’ Prof. Dr. Abdul Kadir bin Taib sedang mempengerusikan Mesyarat Ke-60 JPDSN yang diadakan di Hotel
Equatorial, Melaka.
45
Hasil daripada mesyuarat JPDSN Ke-60 ini dapat dirumuskan bahawa JPDSN berfungsi
sebagai satu platform yang efektif dalam merancang dan menjalankan aktiviti pemetaan dan data
spatial negara agar kerja-kerja pemetaan yang produktif dan berkualiti dapat dihasilkan. Ahli-ahli
JPDSN berpeluang untuk berkongsi pendapat, pengalaman serta pengetahuan di antara satu sama
lain dengan kerjasama yang erat dan komited bagi menjayakan aktiviti-aktiviti yang akan menjadi
pemangkin kepada perancangan pembangunan dan pengurusan sumber negara serta dapat
menyahut seruan kerajaan dalam mempertingkatkan sistem penyampaian perkhidmatan awam.
En. Ahmad Fauzi bin Nordin melaporkan kemajuan aktiviti pemetaan dan
data spatial yang telah dijalankan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia
(JUPEM) sepanjang tahun 2008 dan perancangan bagi tahun 2009.
Ahli-ahli mesyuarat yang terdiri daripada pelbagai Jabatan/Agensi Kerajaan serta Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).
46
TARIKH TAJUK LOKASI PENGANJUR TALIAN PERTANYAAN
31
Mac
2009
Mesyuarat Jawatankuasa
Pemetaan dan Data Spatial
Negara (JPDSN) ke 60
MelakaBahagian Pemetaan,
JUPEM
Encik Ng Eng Guan
Tel : +603 26170831
Fax : + 603 26970140
E-mail : [email protected]
7
April
2009
Jawatakuasa Teknikal
Nama Geogra (JTNG)
Kota
Kinabalu,
Sabah
Bahagian Pemetaan,
JUPEM
Cik Nornisha binti Ishak
Tel : +603 26170820
Fax : + 603 26970140
E-mail : [email protected]
21 – 22
April
2009
Map Malaysia 2009Pulau
PinangGIS Development
Map Malaysia Secretariat
GIS Development Sdn. Bhd.
Suite - 22.6, level – 22, Menara
Genesis, 33 Jalan Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpur
Tel :+603 21447635
Fax : +603 21447636
10 - 11
Ogos
2009
ISG & SDSS/LBS 2009
(International Symposium
dan Exhibition on
Geoinformation & ISPRS
Symposium on Spatial
Decision Support System
dan LBS 2009
Kuala
LumpurUPM & MaCGDI
Prof. Dr. Shattri Mansor
Tel : +603 89467543
Fax : + 603 85566061
E-mail : [email protected]
Oktober
2009
Jawatankuasa Kebangsaan
Nama Geogra (JKNG)
Belum
ditentukan
Bahagian Pemetaan,
JUPEM
Encik Ng Eng Guan
Tel : +603 26170831
Fax : + 603 26970140
E-mail : [email protected]
KALENDAR GIS 2009
47
SUMBANGAN ARTIKEL/ CALL FOR PAPER
Buletin GIS diterbitkan dua (2) kali setahun oleh Jawatankuasa Pemetaan dan Data Spatial Negara.
Sidang Pengarang amat mengalu-alukan sumbangan sama ada berbentuk artikel atau laporan
bergambar mengenai perkembangan Sistem Maklumat Geogra di Agensi Kerajaan, Badan Berkanun
dan Institusi Pengajian Tinggi.
Panduan Untuk Penulis
1. Manuskrip boleh ditulis dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris
2. Setiap artikel yang mempunyai abstrak mestilah condong (italic).
3. Format manuskrip adalah seperti berikut:
Jenis huruf : Arial
Saiz huruf bagi tajuk : 12 (Huruf Besar)
Saiz huruf artikel : 10
Saiz huruf rujukan/references : 8
Langkau (isi kandungan) : 1.5
Margin : Atas, bawah, kiri dan kanan = 2.5cm
Justikasi teks : Justify allignment
Maklumat penulis : Nama penuh, alamat lengkap jabatan/
institusi dan e-mel.
Satu ‘column’ setiap muka surat
4. Sumbangan hendaklah dikemukakan dalam bentuk softcopy dalam format Microsoft Word.
Semua imej grak hendaklah dibekalkan secara berasingan dalam format .tif atau .jpg
dengan resolusi 150 dpi dan ke atas.
5. Segala pertanyaan dan sumbangan bolehlah dikemukakan kepada:
Ketua Editor
Buletin GIS
Bahagian Pemetaan
Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia
Tingkat 14, Wisma JUPEM
Jalan Semarak
50578 Kuala Lumpur
Tel: 03-26170600 / 03-26170800
Fax: 03-26970140
E-mel: [email protected]
Laman web: http://www.jupem.gov.my
SUMBANGAN ARTIKEL/ CALL FOR PAPER
Buletin GIS diterbitkan dua (2) kali setahun oleh Jawatankuasa Pemetaan dan Data Spatial Negara.
Sidang Pengarang amat mengalu-alukan sumbangan sama ada berbentuk artikel atau laporan
bergambar mengenai perkembangan Sistem Maklumat Geogra di Agensi Kerajaan, Badan Berkanun
dan Institusi Pengajian Tinggi.
Panduan Untuk Penulis
1. Manuskrip boleh ditulis dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris
2. Setiap artikel yang mempunyai abstrak mestilah condong (italic).
3. Format manuskrip adalah seperti berikut:
Jenis huruf : Arial
Saiz huruf bagi tajuk : 12 (Huruf Besar)
Saiz huruf artikel : 10
Saiz huruf rujukan/references : 8
Langkau (isi kandungan) : 1.5
Margin : Atas, bawah, kiri dan kanan = 2.5cm
Justikasi teks : Justify allignment
Maklumat penulis : Nama penuh, alamat lengkap jabatan/
institusi dan e-mel.
Satu ‘column’ setiap muka surat
4. Sumbangan hendaklah dikemukakan dalam bentuk softcopy dalam format Microsoft Word.
Semua imej grak hendaklah dibekalkan secara berasingan dalam format .tif atau .jpg
dengan resolusi 150 dpi dan ke atas.
5. Segala pertanyaan dan sumbangan bolehlah dikemukakan kepada:
Ketua Editor
Buletin GIS
Bahagian Pemetaan
Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia
Tingkat 14, Wisma JUPEM
Jalan Semarak
50578 Kuala Lumpur
Tel: 03-26170600 / 03-26170800
Fax: 03-26970140
E-mel: [email protected]
Laman web: http://www.jupem.gov.my