Upload
mohamed-noor-bin-othman
View
2.576
Download
7
Embed Size (px)
DESCRIPTION
Diri wajah yang dipotretkan, selain nampak cantik, muda, menawan, sasa dari satu sudut lain ia diharap menjadi perhatian apabila dihiaskan di rumah atau di pejabat. Cabaran-cabaran lain terpaksa diharungi oleh artis kerana ketidaksempurnaan potret yang dicatankan boleh menjejas reputasi artis. Sedikit berbeza dengan catan potret, apa yang boleh dilihat dalam catan figuratif realis-naturalis ialah tumpuan pada perkadaran bahagian tubuh dan ketepatan yang dikaji dari sudut anatomi manusia. Unsur yang menariknya dalam catan figuratif ialah kesinambungan watak dalam geraklaku yang disahut oleh figura-figura lain dalam kelompok kecil maupun besar. Geraklaku dalam aksi tangan, bentuk tubuh, riak muka gerak mata dan kecondongan badan yang membawa intraksi kesatuan dalam satu perlukisan. Imbasan sejarah awal lukisan figuratif pada dinding gua membawa imej separa abstrak. Ianya menjadi simbol manifestasi kaum ketika itu yang mencerminkan ketamadunan. Seni yang bersimbolkan budaya, kepercayaan agama, pemujaan dan luahan kreatif menerusi figura orang lidi. Ada terdapat pemiuhan, gerak yang ‘dibekukan’ tetapi tidak kaku namun membawa nilai komunikasi, semangat spritual dan berimaginasi tinggi. Suatu naratif yang membawa tema tertentu cuba digambarkan semula dalam catan figuratif dengan makna yang dirancang. Aspek-aspek perihal gerak tubuh, raut muka, kedutan pakaian, komposisi, prob, ruang pembingkaian (pictorial space), hal benda (subject matter) dan cahaya dijadikan elemen yang menarik apabila diberi fokus utama dan membawa perkaitan pada makna yang dirancang.
Citation preview
CATAN POTRET DAN FIGURATIF: SUATU PENGEMBARAAN TAMADUN MANUSIA
1. Pengenalan
Apabila sesebuah karya potret dilukis, keinginan melihat kesempurnaan dari pihak artis
dan khalayak akan menimbul berbagai tanda tanya. Kesempurnaan yang diinginkan
dari pihak artis untuk memenuhi hasil potret yang cantik supaya citarasa pelanggan
dapat dipenuhi, akan membawa suatu kepuasan. Inilah galakan kepada artis untuk
terus berkarya dan cabarannya memberi pulangan yang lumayan.
Diri wajah yang dipotretkan, selain nampak cantik, muda, menawan, sasa dari satu
sudut lain ia diharap menjadi perhatian apabila dihiaskan di rumah atau di pejabat.
Cabaran-cabaran lain terpaksa diharungi oleh artis kerana ketidaksempurnaan potret
yang dicatankan boleh menjejas reputasi artis.
Sedikit berbeza dengan catan potret, apa yang boleh dilihat dalam catan figuratif
realis-naturalis ialah tumpuan pada perkadaran bahagian tubuh dan ketepatan yang
dikaji dari sudut anatomi manusia. Unsur yang menariknya dalam catan figuratif ialah
kesinambungan watak dalam geraklaku yang disahut oleh figura-figura lain dalam
kelompok kecil maupun besar. Geraklaku dalam aksi tangan, bentuk tubuh, riak muka
gerak mata dan kecondongan badan yang membawa intraksi kesatuan dalam satu
perlukisan.
Imbasan sejarah awal lukisan figuratif pada dinding gua membawa imej separa
abstrak. Ianya menjadi simbol manifestasi kaum ketika itu yang mencerminkan
ketamadunan. Seni yang bersimbolkan budaya, kepercayaan agama, pemujaan dan
luahan kreatif menerusi figura orang lidi. Ada terdapat pemiuhan, gerak yang
‘dibekukan’ tetapi tidak kaku namun membawa nilai komunikasi, semangat spritual dan
berimaginasi tinggi.
1
Suatu naratif yang membawa tema tertentu cuba digambarkan semula dalam catan
figuratif dengan makna yang dirancang. Aspek-aspek perihal gerak tubuh, raut muka,
kedutan pakaian, komposisi, prob, ruang pembingkaian (pictorial space), hal benda
(subject matter) dan cahaya dijadikan elemen yang menarik apabila diberi fokus utama
dan membawa perkaitan pada makna yang dirancang.
Latar depan, latar tengah dan latar belakang turut diperincikan sebagai simbol masa,
budaya dan ruang imaginasi. Keseluruhan ini menjadi elemen penyokong pada catan
figuratif untuk menguatkan tema yang digarap.
Proses kreatif dan imaginatif merupakan hal yang menarik dalam catan potret dan
figuratif. Proses ini membawa perbezaan yang boleh menarik perhatian dan menguji
respon khalayak. Walaupun pelukis catan potret disara dan dibiayai oleh penaja (rujuk
sejarah seni, golongan ‘patron’ terdiri dari bangsawan, birokrat, borguis) namun ruang
kreativiti itu masih tidak dikongkong. Kedua-dua jenis catan ini akan memujuk mata
pemerhati untuk mengekori setiap garis, jalinan, warna dan ruang yang menjadi
gubahan dalam gambaran artis. Namun keupayaan artis sama ada bijak atau
sebaliknya mengolah komposisi gambar merujuk pada intuisi akan mempengaruhi
pemerhati. Khalayak akan ditarik melalui satu isyarat untuk mencari penceritaan yang
boleh dikaitkan dengan persekitaran dan aktiviti sosial. Hal ini tidak terjadi sepenuhnya
dalam catan potret yang dianggap terlalu peribadi yang eksklusif hanya boleh dikongsi
oleh individu-individu tertentu sama ada dekat atau jauh.
2. Persediaan dan Cabaran dalam Catan Potret
Mengamati catan potret, menatapi gambar foto dan melukis membawa pelbagai
perbezaan pendapat. Ada artis yang gemar melukis potret secara langsung ‘life’
berdepan dengan model sebenar. Suasana sebenar di dalam atau di luar studio
menjadikan mood melukis itu lebih mencabar kepada artis. Masa yang dihabiskan
dalam beberapa jam dan hari menjadi tempoh yang menguji artis dan jika itu kehendak
pelanggan maka secara profesional ia membabitkan emosi, persediaan minda dan
2
psikologi. Mood sebenar di luar studio juga menjadi kajian artis tentang pilihan latar
belakang, jenis pakaian, sumber cahaya sebenar, cuaca dan tempoh masa yang ada
untuk disiapkan.
Menyalin imej asal catan potret adalah proses penggambaran semula atau disebut
representasi. Penggambaran semula ini melalui peringkat pemusatan pada bahagian
kepala yang melibatkan raut muka kadangkala tidak menjadi suatu definasi yang tetap.
Ada kalangan artis yang menghasilkan catan potret cuba menggambarkan secara
menyeluruh posisi badan, pakaian yang diperagakan, hiasan aksesori mewah,
pangkat/pingat, bintang kebesaran yang tertera pada pakaian, cara duduk atau berdiri
dan disempurnakan dengan latar belakang yang bersesuaian atau mengikut imaginasi
artis.
Catan potret boleh di peringkatkan dalam beberapa jenis seperti potret diri (self-
portrait), potret berdua, potret model atau potret diri bersama latar belakang sebagai
ruang penceritaan.
Melukis secara langsung dianggap oleh setengah artis sangat mencabar. Mulliyadi
mengaitkan aktiviti melukis secara life dianggap penting dan memerlukan komitmen
penuh.
Menghasilkan catan potret berpandukan gambar foto juga diterima sebagai suatu
pengolahan yang profesional. Penghasilan catan potret secara profesional
3
Melukis, melakar di lapangan secara langsung amat penting, terutamanya bagi
merasai dan mencium bau lokasi dan suasana. Penghayatan yang intim ini akan
membantu seseorang pelukis menghasilkan karyanya dengan penuh peka dan
bermakna. Pengamatan langsung ini juga memungkinkan pelukis memperhalusi
lakaran-lakaran lama dengan lebih berkesan, sebagaimana dia menghidupkan kembali
lakaran-lakaran yang pernah dihasilkan. Dalam konteks ini, lakaran lokasi dan sesuatu
aktiviti itu menjadi salah satu aspek dokumentasi visual yang penting bagi dirinya dan
pelukis lain secara umum.
(Mulliyadi, 2006: 19)
membabitkan hubungan antara model dan artis. Hubungan sesama manusia yang
berbeza peribadi (antara pelukis dan model) dan latar belakang pengalaman estetik
meletakkan kedudukan artis agar lebih bersedia dan teliti. Ada kesefahaman, percaya
mempercayai, yakin antara kedua pihak, toleransi dan kesedaran artis pada
kemampuan model. Jika model yang sudah berumur, ketahanan emosi dan fizikal untuk
duduk atau berdiri dalam posisi tertentu akan dijangka dan difikirkan oleh artis.
Suasana dan latar belakang semulajadi di luar studio memerlukan ketelitian yang
lebih, merumitkan untuk menangkap cahaya dan bayang yang berubah pantas tanpa
disedari. Komitmen model yang menunjukkan kesanggupan untuk memperagakan diri
dan mencari keselesaan adalah keserasian buat artis. Menurut Zakaria Ali 1,
Sebagai model terlintas di hati untuk melihat hasil melalui peringkat demi peringkat.
Jangkaan artis dan respon secara psikologi membawa keyakinan dan saling percaya
mempercayai akan mengikat diri secara rela bukan dikongkong atau terpaksa. Diri artis
juga akan dinilai dari segi psikologi, sifat peribadi, watak dan air muka selain ketekunan
dalam menyudahkan karya catan potret.
Bagi artis yang melukis berasaskan gambar foto, pelanggan perlu menunggu karya
potretnya siap dan mengambilnya apabila diberitahu. Cara sebegini banyak dilakukan
kerana masa bagi pelanggan yang tidak mengizinkan untuk bersama artis. Pentingnya
kepercayaan serta keyakinan pelanggan kepada artis menjadi pengalaman yang sangat
berharga. Seni catan potret yang cenderung ke arah realis-naturalis membawa cabaran
yang cukup besar. Ianya berkait dengan cabaran menandingi seni foto. Sebenarnya
seni catan potret yang meliputi raut wajah adalah cerminan kejujuran seniman. Jujur
merakam bentuk tubuh, pakaian serta kepekaan kadar banding yang sukar lagi
1 Professor Madya Dr. Zakaria Ali, “Lin & Friends…”, Singapore: Rolex, 302 Orchard Road, 1996.4
Antara pelukis dan model terjalin hubungan, berkongsi arus destini, merasa rapat, sungguhpun hanya sementara.
(Zakaria, 1996)
mencabar. Karya seni pemotretan cukup mudah dicari cacat celanya sekiranya ada
ketidakjujuran pada bentuk dan kedudukan kadar banding.
Kita menerima keunikan seni potret sebagai hasil dari kepekaan mata, minda dan
tangan seniman. Walaupun kecanggihan teknologi foto boleh merakam semuanya,
harus jangan dilupa nilai unik itu masih dipelihara oleh tangan seniman yang berbakat.
Jarang benar individu yang bergelar pelukis mahu menonjolkan seni catan potret
sekiranya ia tidak cukup skil. Mudah benar dihimpunkan segala cacat celanya bagi
orang yang menilai kesempurnaan. Catan potret adalah seni yang menyempurnakan
suatu yang telah menjadi semulajadi. Suatu yang dianggap semulajadi perlu
dirakamkan dengan baik secara semulajadi maka nilai semulajadi itu mengumpul
banyak rahsia.
Walaupun saingan catan potret yang berbeza genre dengan seni fotografi, namun
seni catan yang asli dan masih unggul di mata masyarakat dikatakan boleh mengatasi
teknologi yang serba canggih. Sedikit sebanyak seniman catan potret berusaha
membebaskan dirinya serta patuh mengikut gaya dan kehendaknya tersendiri.
Kekuatan skil dan stail ditonjolkan dalam prinsip dan perjuangan atas falsafah yang
tersendiri. Akhirnya karya catan potret tergolong sebagai karya popular, elit dan
eksklusif bergantung kepada pengaruh dan pengikutnya yang kebanyakan dalam
sejarah seni didokongi oleh golongan bangsawan.
Catan potret masih dinilai dari sudut kejujuran. Ia berada dalam kepekaan melalui
sentuhan hati, mata dan minda. Lingkungan kepekaan ini menghidupkan setiap sudut,
baik yang terlindung maupun yang terserlah. Banyak fokus yang diberikan pada wajah
melibatkan raut muka dan beralih pada pakaian, geraklaku dan latar belakang. Segala
sudut yang dinyatakan ini merupakan keistimewaan yang digunakan oleh pelukis untuk
memainkan kesan emosi seperti simpati, empati, syahdu, ceria, aura dan sifat luar dan
dalaman model yang dapat ditafsir sebagai suatu rahsia. Segalanya ini menjadi
kekuatan pelukis yang bukan semua mampu ditonjolkan kecuali pelukis itu tergolong
5
sebagai ‘pelukis genius’.2 Hinggakan kesamaran bayang dan pantulan balik cahaya
pada objek atau persekitarannya cuba dicari dan diperhalusi. Kesanggupan dan
ketabahan yang ditempuh oleh seniman dalam menyalin kembali imej sebenar, begitu
mencabar yang menguji ketabahan antara diri sendiri dengan khalayak. Picasso pernah
berkata untuk meniru yang lain sangat diperlukan tetapi sangat malang jika meniru diri
sendiri. Ini bermaksud jika seorang artis mampu melukis potret orang lain maka bukan
bererti ia lebih mampu untuk melukis potret dirinya sendiri atau self potrait.
3. Catan Figuratif Satu Kesinambungan Tamadun Manusia
Penonjolan imej rupa manusia dan elemen figuratif dalam perlukisan boleh
mengembalikan sejarah tamadun sosial sesuatu masyarakat. Kehidupan yang
dilukiskan seperti suatu realiti dan nampak mempengaruhi mood dan perwatakan. Inilah
kekuatan yang merupakan keunikan seni catan figuratif. Jika cabaran ini dilihat secara
realistiknya, penonjolan watak-watak diri lebih menampakkan cabaran yang hebat di
sebalik sejarah ketamadunan manusia.
Penonjolan ini memerlukan syarat yang tersendiri supaya elemen figuratif ini
dianggap sebahagian dari sejarah tamadun manusia untuk kekal di mata, hati dan
minda masyarakat. Rujukan kita dari zaman Renaissance dengan ketokohan serta skil
yang tinggi, imej itu digarap bersama elemen persekitaran yang secucuk dengan watak
dan temanya.
Dalam karya catan figuratif persoalan tema meliputi kupasan isu-isu kebudayaan,
politik, sejarah, ekonomi dan kritikan sosial. Secara tersurat dan tersirat ada komentar
sosial disebalik apa yang dilukiskan yang ada pertalian dengan elemen persekitaran.
2 Leonardo da Vinci tergolong sebagai pelukis genius. Beliau diikhtiraf sebagai pelukis, saintis dan inventor. Sebagai individu genius beliau memiliki lapan prinsip kreatif iaitu; 1. Rasa ingin tahu yang mendalam 2. Menguji pengetahuan melalui pengalaman, ketekunan dan sanggup belajar daripada kesilapan 3. Menajamkan pancaindera secara terus menerus 4. Kesediaan menerima perkara-perkara yang tidak pasti 5. Mengembangkan keseimbangan ilmu dan seni, logik dan imaginasi, “otak kiri-otak kanan” 6. Pemupukan keunggulan, kemahiran kedua belah tangan, kesegaran dan sikap tubuh yang betul 7. Pengakuan dan penghargaan terhadap kaitan semua perkara 8. Berfikir secara sistematik (Rujuk Taufik Pasiak “Revolusi IQ, EQ, SQ”, 2009: hlm. 167)
6
Dalam beberapa kajian menunjukkan gaya dan pengaruh sesuatu kumpulan pelukis itu
telah membantu menonjolkan motif-motif yang bernilai dari sudut ketamadunan
manusia. Misalannya dalam kegiatan berkarya yang ditunjukkan oleh Kumpulan Cat Air
Pulau Pinang, Kumpulan Pelukis-Pelukis Nanyang, Wednesday Art Group telah cuba
mengenengahkan catan figuratif sebagai sumbangan inspirasi semangat.
Dalam Akademik Seni Lukis Nanyang melalui catan figuratif, Lim Hak Tai mendapat
sokongan sekumpulan kecil peniaga Cina. Sokongan ini membangkitkan suasana seni
dan budaya masyarakat Cina dari zaman sebelum perang. Elemen persekitaran
berpusat di Singapura, ditunjukkan melalui aktiviti seni lukis dengan menyemarakan
semangat bangsa yang rajin bekerja melalui bentuk-bentuk catan figuratif dan cuba
menjauhkan diri dari dianggap bangsa yang minoriti.
Gabungan tradisi seni China dan Barat ditonjolkan supaya berkeyakinan membentuk
maruah bangsa untuk bersaing dengan pihak kolonial yang ketika itu mempunyai
superioriti yang tinggi. Stail dalam catan figuratif itu diselitkan dengan sempurna gaya
Impresionisme, Post-Impresionisme, Fauvisime3 dan Kubisme. Sokongan yang kuat
digabungkan bersama artis-artis muda seperti Cheong Soo Pieng, Chen Wen Hsi dan
lain-lain lagi. Antara contoh catan figuratif oleh Cheong Soo Pieng berjudul “Di Pasar
Bali”, tahun 1952, media cat minyak. Diikuti oleh Chen Wen Hsi berjudul “Budak dengan
Burung”, tahun 1958, media cat minyak. Selain itu terdapat lukisan bertemakan aktiviti
kehidupan seharian berjudul “Penarik Beca” oleh Lim Yew Kwan, tahun 1954
menggunakan bahantara etching. Karya Lee boon Wang berjudul “Road Workers”
tahun 1955, cat minyak di atas kanvas, memaparkan kenyataan sebenar pekerja-
pekerja buruh terdiri daripada bangsa India bermandikan peluh membina jalan raya.
Beberapa pelukis figuratif lain yang sempat dinyatakan ialah Cheong Laitong
berjudul “Persuasion”, tahun 1957, media cat minyak (89.2 x 63.2 cm). Manakala
Patrick Ng Kah Onn, berjudul “Drying Clothes”, tahun 1950 (50.8 x 60.9 cm).
3 Bermaksud “haiwan yang liar”. Satu pergerakan seni yang bermula di Paris sekitar tahun 1905. Ia adalah seni yang membawa kesan kearah dekoratif.
7
Angkatan Pelukis Semenanjung (APS)4, cuba membangkitkan setiap identiti watak
itu berimej kemelayuan dan mudah dikenali sebagai wajah ‘sawa matang’. Bentuk-
bentuk ini tidak dapat lari dari cerminan fikiran, hati dan jiwa manusia dalam sesuatu
ketamadunan. Cerminan ini berkait pula dengan pergolakan masyarakat yang diketahui
sejarah imigran di Tanah Melayu sebelum merdeka didatangi oleh ramai kaum India
dan Cina. Apa yang mahu diketengahkan ciri-ciri kemelayuan itu ada di rantau
Nusantara yang tidak sepatutnya dilupakan. Maka lahirlah catan potret wajah dan mirip
gadis dan pemuda Melayu yang ada campuran rumpun Melayuan dan Indonesia.
Komentar sosial berperanan besar menjadikan karya catan figuratif bangkit bersama
semangat kekitaan, kecintaan pada tanah air yang dapat mengangkat ideologi
sesebuah negara. Imej-imejnya dilukis dengan semangat cintakan bangsa, kuat bekerja
untuk kemakmuran negara, perpaduan bangsa dan membawa inspirasi baru kepada
angkatan pelukis muda. Kesannya yang kuat dalam menyemai semangat patriotisme
terbukti dalam mengukuhkan nasionalisme sesebuah negara atau kerajaan.
Dalam sejarah seni ada menyebut pengaruh hebat dalam karya figuratif telah
menimbulkan kebimbangan pihak kapitalis. Rentetan sejarah telah membuktikan
bagaimana wujudnya persaingan antara seni abstrak dan realisme. Ledakan seni
abstrak di Amerika adalah contoh di mana pengaruh kapitalisme berperanan
menyebarkan agendanya sehingga seni yang indah dan halus tidak secara langsung
menjadi ejen antara dua blok ideologi. Satu blok komunis mulai terhakis dan satu lagi
blok kapitalis yang berterusan menunjukkan pengaruhnya. Pengaruh dua ideologi ini
4 Angkatan Pelukis Semenanjung (APS), kemudiannya terkenal sebagai Angkatan Pelukis SeMalaysia. Tokoh terkemuka yang boleh dikaitkan ialah Mohd. Hoessein Enas (Pelopor catan potret Malaysia) dan pernah menjawat jawatan Yang Dipertua Angkatan Pelukis SeMalaysia. Beliau berjaya menarik ramai pelukis berpendidikan Melayu untuk dan berkarya. Melalui semangat catan potretnya dari bahan pastel. Lukisan-lukisan beliau menggambarkan watak dan cara hidup orang Melayu. Sila rujuk Syed Ahmad Jamal (Kurator/Pengarah Balai Seni Lukis Negara), “Seni Lukis Malaysia 57-87”, Kuala Lumpur: Balai Seni Lukis Negara, 1987.
8
telah membawa kesan dalam perkembangan seni tampak hingga kini yang masih
bertahan dan terus popular di beberapa buah negara.
Di China, seni figuratif kontemporarinya memaparkan wajah kehidupan rakyat yang
kuat bekerja dan taat kepada pemimpin. Di tangan pelukis-pelukis seperti Wong
Qingzhao, Wu Wang Wei, Su Juyi dan Zhou Yin-Fui menampilkan rupa wajah potret
dan figura berunsur romantis, gambaran tenang dan ceria dengan sedikit unsur
Impresionis melalui teknik dan gaya namun masih bertemakan aspirasi negara China.
Inilah realiti dalam masyarakat yang cuba ditunjukkan melalui gambaran petani di
ladang dan anak dalam kendongan dipaparkan secara halus dan berseni. Adakah
gambaran yang menyentuh jiwa ini boleh ditunjukkan melalui imej-imej abstrak? Jika
difikirkan tentu ada maksud lain untuk memukau pemerhati supaya beralih fikiran dan
citarasa seni yang boleh menjatuhkan sesebuah ideologi.
4. Catan Figuratif Paparan Imej Kepunyaan Masyarakat dan Naratif Budaya
Sosial
Citarasa dan gaya telah membawa perubahan dalam catan figuratif. Ianya bukan lagi
karya catan yang menggambarkan suatu pemandangan tetapi boleh dinikmati untuk
rangsangan daya fikir yang sesuai dengan isu-isu semasa. Paparan imej dalam realiti
kehidupan, watak figura yang diolah bersama figura-figura lain dalam satu senario
boleh dikaitkan dengan maksud dan tujuan tertentu. Latar belakang yang dimasukkan
dalam keseluruhan perlukisan itu boleh menjadi bahan kajian di manakah ianya
berlaku, oleh siapa dan untuk siapa karya-karya besar ini dimiliki. Segalanya dapat
membantu menjawab beberapa persoalan seni yang ditimbulkan. Boleh dirumuskan
bahawa catan perlukisan potret bersama elemen figuratif bukan lagi milik individu tetapi
kepunyaan masyarakat.
Perubahan citarasa dan gaya ini sedikit sebanyak menyemai rasa kecintaan kepada
negara dan kewibawaan tokoh yang dipotretkan. Catan sebegini adalah paparan
sejarah, riwayat kehidupan, penonjolan tokoh, karisme pemimpin yang berjaya
9
menggunakan seni sebagai rakaman sejarah. Atas sebab itu seni yang bermartabat
tinggi dihasilkan oleh seniman besar lebih berkualiti dari gambar foto. Ianya mencuit
dan mempersonakan orang ramai melihatnya tanpa jemu.
Segala kelebihan ini telah mengangkat status catan potret dan figuratif dalam
kategori genrenya yang tersendiri, berkualiti, menjadi khazanah seni, bernilai sebagai
budaya bangsa yang terbukti untuk melihat kembali peristiwa dan kejadian lalu. Pelukis
yang aktif dalam penggambaran sejarah Malaysia antaranya ialah Ismail Embong
dengan siri-siri lukisan perjuangan bangsa, Melaka menentang Portugis, penonjolan
patriotisme pemimpin (khususnya ketika Perhimpunan Agung UMNO) dan lain-lain
tema sejarah yang berkait dengan masyarakat. Diikuti oleh Harun Lat dengan
lukisannya yang banyak dipamerkan di Muzium Negeri Melaka dan Muzium Sarawak.
Lukisan figuratifnya mengingatkan kembali kampung yang dilawati oleh Munshi
Abdullah, undang-undang penzinaan di zaman kerajaan Melayu, hukuman ke atas
peminum arak dan banyak lagi paparan sejarah yang menarik. Pelukis dalam kategori
ini tidak ramai di tanah air kita dan peranan mereka amat penting untuk kesedaran
kepada generasi muda.
Keunikan seni figuratif tanah air terserlah membawa ciri naratif budaya sosial.
Keunikan ini sebagai khazanah yang tidak ternilai dari segi sejarah apabila ia
dimartabatkan sebagai sebahagian koleksi tanah air oleh pihak muzium seni, muzium
negeri, galeri seni dan orang perseorangan. Himpunan ini boleh mencerminkan
perbezaan tema, gaya, naratif dan persekitarannya. Jika karya Mohd. Hossein Enas
dan rakan-rakan sezamannya dalam Angkatan Pelukis Semenanjung boleh meletakkan
seni figuratif dalam signifikan semangat nasionalisme, ini menunjukkan pengaruhnya
yang besar. Manakala sentuhan Amron Omar daripada generasi kontemporari lebih
menonjol dari sudut khazanah budaya bangsa melalui tema persilatan. Azman Yusof
yang konsinten dengan teknik semburan “air brush” berusaha untuk meletakkan
kehalusan, kelembutan dan kekabusan dalam penampilan imej-imej figuratifnya.
Figuranya membawa naratif menyindir masyarakat yang merangsang kita berfikir arah
10
dan gaya sebagai pelukis ilustrasi yang hebat. Manakala Jaafar Taib yang bertahan
lama dengan gaya dan penerokaan belantara tetap menonjol dengan imej figuratif yang
beridentitikan pemotretan.
Kelebihan lain yang boleh meninggalkan kesan jangka panjang ialah keunggulan
figura dalam catan perlukisan watak manusia menonjolkan status individu atau
berkumpulan yang saling berkaitan.
Dalam kebanyakan lukisan yang dihasilkan oleh Angkatan Pelukis Semenanjung
(APS) ada bukti kesannya ke atas nilai bangsa yang meninggalkan perkaitan dalam
kehidupan masyarakat. Ada gabungan lanskap alam semulajadi dengan figura manusia
bagi mendukung konsep seni sebagai nilai bangsa. Nilai budaya Melayu ditunjukkan
menerusi pakaian, peralatan, rupa paras, masyarakat kampung, petani, nelayan, pasar
minggu dan suasana desa sebagai kepunyaan masyarakat. Contohnya karya Mazeli
Mat Som, “Menanti Nelayan”, tahun 1961, Mohd. Salehuddin berjudul “Membeli-belah di
Kampung”, tahun 1959 dan lain-lain sekadar menyebut beberapa nama. Menurut
Mulliyadi, ada perbezaan yang boleh dikenali dalam hasil karya catan Angkatan Pelukis
Semenanjung menerusi ciri-ciri pengolahan gaya yang lebih realistik dan sangat
menekankan aksi figura.5
Turut dinyatakan oleh ShireeNaziree6, telah menjadi suatu tradisi bergambar yang
didukungi oleh Angkatan Pelukis Semenanjung yang diterima sebagai satu konvensi
iaitu kecenderungan merakam aktiviti manusia. Contohnya Khalil Ibrahim dalam
lukisannya berjudul “Pantai Timur”, tahun 1978 dan beralih pada siri-siri yang serupa
tetapi dalam media batik antaranya “Gossip”, tahun 1970-72, media batik, 119 x 97 cm.
Sebenarnya banyak lagi karya-karya sebegini yang begitu dekat dengan persekitaran
hidup masyarakat digarap sebagai aktiviti manusia.
5 Mulliyadi Mahmood (Kurator) “Wadah”, Kuala Lumpur: Petronas Level 71, tower One Petronas, Twin Towers, 2006 (hlm: 13) ISBN:983-9738-47-x
6 ShireeNaziree (Kurator) “Revival-Evoking the Batik Tradition”, Kuala Lumpur: Balai Seni Lukis Negara, 19 Feb-9Apr 2004
11
Dalam tema yang memaparkan imej kepunyaan masyarakat, terbukti menarik ramai
peminat antaranya “Mengutip Daun Tembakau di Kelantan” oleh Mohd. Hoessein
Enas, tahun 1962. Bersama beliau, Idris Salam dan lain-lain, mereka telah membimbing
ramai artis muda dalam Angkatan Pelukis Semenanjung. Dengan gaya figuratif
romantik mencerminkan lanskap dan potret Malaysia telah memikat hati dan
mempengaruhi kreativiti pelukis-pelukis muda. Bolehlah diakui bahawa kesan jangka
panjangnya telah terbukti apabila di sekitar awal tahun 1980 hingga 1990-an telah
muncul ramai kumpulan artis muda dengan gaya cat minyak dan cat air figuratif
bertemakan persilatan, potret diri, lanskap, kehijauan hutan rimba, pemandangan air
terjun yang memukau mata, keindahan rumah-rumah tradisional Melayu, isu-isu sosial,
aliran remaja masa kini berseluar jin, kemeja T dan kasut kanvas yang dilukis seperti
imej sebenar yang telah melupakan orang ramai seketika pada lensa kamera dan
gambar foto.
Sekadar menyebut beberapa nama antaranya Samjis Md. Jan berjudul “The Missing
Link”, tahun 1983, media cat minyak, 93 x 152 cm, “Rendevous”, tahun 1984, cat
minyak, 123 x 102 cm. Dimeriahkan lagi oleh Jaafar Taib berjudul “Pemain Gasing”,
bahan akrilik, tahun 1986, berukuran 102 x 80 cm. Turut bersama Amron Omar berjudul
“Pertarungan”, bahan cat minyak, 75 x 75 cm, tahun1986 dan diikuti dengan karya siri
silat dan potret diri. Bersama kumpulan pelukis muda ini diikuti oleh Shafie Hj. Hassan
berjudul “Seniwati dan Warisan Tikar”, bahan cat air, 54 x 74.5 cm, tahun 1987.
Perkembangan yang menarik ini telah menghimpunkan berbagai gaya catan potret
dan figuratif yang membawa sentuhan metaphora7 dan ilusi bersumberkan imej
manusia menerusi sudut-sudut emosi dan sensualiti. Hasil karya pelukis-pelukis muda
ini menyelami kecantikan luaran dan dalaman diri manusia yang digarap menerusi
7 Tergolong sebagai bahasa figuratif boleh dijalin ke dalam bahasa tampak yang menyatakan sesuatu makna atau maksud yang lain dari makna biasa. Perlukisan sebagai perbandingan atau kiasan kepada dua objek atau beberapa objek visual dan melalui perbandingan ini terhasil suatu makna yang dalam bahasa tampak mampu memperincikannya secara mendalam melalui olahan warna, garisan, komposisi, jalinan, imej organik dan bukan organik.
12
model, foto dan disempurnakan dalam sentuhan imaginasi yang bebas. Antaranya ialah
Suzlee Ibrahim, Zaharuddin Sarbini, Din Omar, Johan Marjonid, Ahmad Zaki Anwar,
Ahmad Rizal Othman dan lain-lain. Sebahagian daripadanya telah cenderung ke arah
realis lanskap dan objek-objek alam benda yang berkisar dalam lingkungan budaya dan
adat. Diikuti oleh Samsudin Mohamad sebagai pelukis realis dan figura menerusi
karya-karya realisme dan naturalisme yang menghidupkan kelompok sosial yang
diwarnai keperitan, sengsara, kemiskinan, penindasan dan hal-hal yang bertentangan
dengan kehendak naluri kemanusiaan. Tergolong dalam karya-karya anak muda yang
memperjuangkan suasana kehidupan nelayan, desa dipamerkan oleh Yong Look Lam
dan keunikan kehidupan di jalan-jalan terkenal di seluruh ibu kota dipamerkan oleh Lui
Cheng Thak dalam “KL-Chinatown Petaling Street” dan “KL-Chinatown Petaling Street
II”.
Di sekitar 1990-an muncul individu yang terpinggir, tidak begitu dikenali dalam
negeri tetapi masyur di peringkat antarabangsa. Barangkali kurang pendedahan dalam
media massa. Anak muda yang konsisten dalam perlukisan potret inspirasi wajah
pemimpin iaitu, Zeb Khalid Mohd Salleh. Beliau telah menaikkan citra negara di
peringkat antarabangsa dengan keberanian menjadi pelukis 10 residen seluruh dunia
seperti Bensom Kim dari Los Angeles, bintang terkenal di kalangan artis filem
Hollywood, Sadiq Toma yang popular di kalangan kerabat diraja Dubai, Emiriah Arab
Bersatu, Watanabe dari Jepun, Mehtab Ali dari Karachi, Xhin Hua dari Shanghai.
Banyak lukisan potret eksklusif di kalangan pemimpin atasan dalam dan luar negara di
hasilkan menjadi simpanan peribadi pemimpin, milik peribadi kerabat diraja, pembesar
negeri dalam dan luar negara serta koleksi kerajaan yang bernilai jutaan ringgit sebagai
koleksi sejarah dan warisan negara. Beliau sempat melukis potret Yang di-pertuan
Agong, wajah Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad dan lain-lain pemimpin negara dalam
pameran khas lukisan potret bersejarah menggunakan teknik air brush yang
bertemakan “Wajah-Wajah Pemimpin” sempena kemerdekaan Malaysia ke-40 di Hotel
Hilton, Kuala Lumpur.
13
Dengan keyakinan yang tinggi tertubuh kumpulan artis muda telah banyak memberi
sumbangan pada perkembangan seni lukis Malaysia. Terbukti melalui semarak catan
realis figuratif dan potret ke arah nafas baru menerusi kategori lukisan realis-
kontemporari yang menggabungkan lukisan potret, potret diri (self-portraits), alam
benda hidup (still lifes), hiasan dalaman (interiors) dan lanskap. Ada yang menyerlah
dalam gaya realis-kontemporari di sebalik teknik “underglazes”8 dan memainkan ton
putih yang menguasai banyak ruang. Sebahagian yang lain melakukan percubaan
berani dengan membawa imej secara “close-up”9 dalam suatu sintetik lanskap yang
dikakukan melalui tempat dan masa yang berbeza dalam satu kombinasi. Antaranya
seperti Latif Maulan secara individu melakukan “photo-realis”10 dengan meletakkan
fokus yang tajam pada sudut lanskap. Diberinya penelitian pada jalinan pokok, garis-
garis rumput dan paten-paten yang ada pada latar belakang. Jalinan yang jelas
ditunjukkan pada kedutan baju, seluar, pasir, corak pada kain.
Beberapa pelukis lain juga cuba menonjol dengan berani berekprimen menampilkan
sudut pandangan imaginasi yang “enigmatic”11 bersama kualiti komposisi dalam ruang
lanskap yang di belakangnya ada beberapa figura lain. Antaranya, Wong Hoy Cheong,
Kung Yu Liew, Kelvin Chap kok Leong, Eng Hwee Chu. Sekumpulan lagi yang menjiwai
figuratif bersama lanskap tempatan, menggunakan catan air terdiri daripada Dr. Wong
Seng Tong, Sani Md. Dom, Aminah Abdul Rahman, Calvin Chua, Koh Shim Luen,
8 Teknik lapisan atas permukaan warna yang membawa kesan jernih, lembut, halus dari pandangan visual 2D. Skil yang tertinggi dari pengolahan teknik ini mampu menandingi imej foto. Kesan jalinan yang realiti di atas permukaan 2D dapat ditonjolkan yang menyerlahkan objek depan dan ruang belakang dalam sesuatu komposisi.
9 Fokus secara dekat. Imej visual nampak dekat ada ketikanya dalam sekala melebihi separuh bingkai perlukisan. Boleh juga terjadi hanya objek yang difokuskan itu sahaja yang tampil menguasai semua ruang dan menjadi monopoli komposisi untuk artis memanipulasikan objek tersebut.
10 Imej asal dari foto disalin kembali menjadi lukisan, diubahsuai dan diolah menggunakan media catan. Tema dan konsep ditentukan. Gambar yang diambil dengan kamera akan dipindahkan imej lensa itu ke atas kanvas atau bahantara lain yang boleh dicatankan. Perbahasan boleh dicetuskan sama ada catan ‘photo-realis’ boleh diasingkan dalam genrenya tersendiri. Atau ianya merupakan suatu inovatif dari pembuat seni yang kreatif dengan alasan mahu mencari dan meneroka sesuatu yang baharu.
11 Imej visual atau objek yang membingungkan. Ada kepelikan yang boleh menjadi sesuatu yang unik untuk mengajak audien berfikir.
14
Tham Siew Inn, Khalil Ibrahim, Shafie Hassan, Datuk S.K.Choo, Sharifah Zuriah Al-
Jeffri, Mansor Ghazali dan lain-lain.
5. Isu di sebalik Catan Potret dan Figuratif
Perubahan dan kebangkitan kesedaran bahawa seni boleh berfungsi dan membawa
manfaat tertentu telah menyemarakkan lagi perkembangan seni potret dan figuratif.
Pengaruh penyebaran agama Kristian di Eropah misalannya menggunakan seni
figuratif sebagai alat penyampaian mesej penceritaan yang berkesan. Kandungan kitab
injil diterjemahkan ke dalam seni visual. Hal seperti ini meletakkan seni catan potret dan
figuratif boleh membantu secara jelas dalam susunan naratif untuk dihayati dalam
keindahan bahasa tampak. Lahirnya seni figuratif dalam agama Kristian secara tidak
langsung mengangkat martabat seniman dan nilai seni itu sendiri. Pada zaman
kemuncak perkembangan Kristian di Eropah, seni figuratif itu memainkan fungsinya
yang tidak terbatas dan seni itu menjadi propaganda politik, ejen perubahan sosial dan
kritikan yang ingin disampaikan oleh seniman itu sendiri dan dimanipulasikan oleh pihak
lain.
Hasil catan yang menjadi koleksi Muzium Vatican telah dikumpul semula dan pernah
dipamerkan di Metropolitan Museum of Art. Karya-karya berbentuk figuratif-realis dari
awal Zaman Pembaharuan (Renaissance) dihimpun dan dipamerkan. Kesan dahulu
dan sekarang telah banyak berubah namun semangat menyemarakkan dakwah agama
melalui seni tampak telah disambung oleh generasi kini. Antara karya-karya potret dan
figuratif daripada seniman agung seperti Raphael, Caravaggio, Titian, Nicolas Poussin
Correggio, Holbein, Jean Clouet, Corneile de Lyon, Dosso Dossi dan Frans Hals dari
awal tahun 1500 hingga awal 1700 di pamerkan kepada orang ramai.
Koleksi catan potret dari awal abad ke-18 antaranya “Portrait Benedict VIV” oleh
Crespi, “Portrait of Pius VI” oleh Batoni, karya Guercino berjudul “Mary Magdalene” dan
karya-karya oleh Caravaggio, Poussin telah mengingatkan kembali kemasyuran sejarah
Itali di abad ke-19. Selain itu peranan seni catan potret dan figuratif telah menjadi isu
15
kepada pendakwah. Strategi baharu telah difikirkan yang menampilkan ketokohan
watak, kegigihan pemimpin, kepimpinan peribadi serta pengaruh dahulu dan sekarang
sebagai alternatif dalam menyampaikan mesej naratif perjuangan Judeo-Christian yang
tradisional yang dianggap lapuk dan perlu diganti. Sebahagian karya yang lain
dianggap oleh sejarawan sudah tergolong sebagai bahan arkeologi dan ethnologi yang
masih relevan untuk mengkaji sejarah dan latar belakang bagi tujuan ideologi politik,
agama, ekonomi dalam dunia gobalisasi.
Setengah anggapan mengatakan seni potret kononnya sudah ketinggalan zaman
kerana cabaran dalam pengkaryaan seni secara digital tidak lagi memerlukan tangan
yang berbakat. Hanya dengan daya kreativiti sahaja sudah dapat menghasilkan catan
potret yang bermutu tinggi. Suatu analogi telah dikaitkan dengan potret Monalisa yang
dianggap oleh setengah pihak adalah hasil seni yang mementingkan kemahiran tanpa
perlunya kreativiti. Anggapan seperti ini berlarutan sehingga menimbulkan kontroversi
antara seniman sebenar dengan seorang “tukang”12. Perbezaan dalam
mengkategorikan seniman dengan petukang mendapat perhatian ramai dan boleh
dibahaskan dari berbagai aspek. Namun apapun seni yang dihasilkan tidak dapat lari
dari skil, sentuhan seni yang dinilai indah dan berkualiti dari sudut subjektif. Hal ini tidak
menjadi alasan untuk kita merendah-rendahkan sesiapa.
Daya kreativiti dalam seni figuratif dan catan potret sebenarnya amat terserlah.
Kemampuan seseorang itu untuk menghasilkan karya sebegini sudah membuktikan
seni itu bukan semata-mata membezakan antara seniman dan tukang atau
menyamakan seniman itu serupa seperti petukang. Kedua-dua gelaran ini mungkin
memainkan peranannya tersendiri oleh individu yang sama dalam mencetuskan mesej,
komentar, kritikan, protes dan laungan yang berkait dengan hal tersurat dan tersirat.
12 Individu yang mahir dalam sesuatu pekerjaan tangan. Akan melakukan mengikut permintaan dan arahan. Berkesanggupan meniru setepatnya dari objek asal dan menerima upah. Juga boleh membaiki dan pandai mengubahsuai mengikut kehendak sipengarah atau pendokong, penaja yang membiayai untuk kerja-kerja tersebut.
16
Dengan meletakkan seniman sebagai tukang tidak bermaksud martabat pembuat
seni itu dipandang rendah dan mudah dimanipulasikan ke arah yang terselindung atau
nyata terang-terangan. Pengaruh seni potret dan figuratif telah diterima dari zaman ke
zaman sudah mengesahkan kesan dan pengaruhnya yang cukup kuat. Saingannya
dalam seni foto dan seni abstrak mengambil tempoh yang begitu panjang. Saingan ini
tidak langsung menenggelamkan seni figuratif dalam perkembangan seni tampak. Cara
demikian menguatkan lagi prestijnya sebagai seni yang bergaya dan ampuh menerima
berbagai cabaran.
Seniman sebagai tukang mengajak kita berfikir bahawa antara tukang yang asli
dengan tukang yang berpura-pura. Keaslian seorang tukang itu boleh dibukti akhirnya
menjadi seorang seniman kerana untuk menjadi seorang seniman mengambil tempoh
yang lama. Keadaan ini sama dengan seorang petukang yang bukannya boleh
dilahirkan dalam masa sehari dua.
Anggapan yang menyatakan seniman adalah tukang dalam isu catan potret dan
figuratif boleh dibuktikan melalui teori peniruan oleh Plato. Dalam teori ini, Plato
meletakkan tahap peniruan sebenar imej boleh dibezakan dari dua sudut iaitu pada
zahir nampak indah tetapi kosong batinnya.
Dalam teori peniruan tidak timbul perbezaan antara tukang dan seniman. Antara
keduanya dibezakan oleh bentuk peniruan itu adakah ianya melahirkan “keindahan
sebenar”. Dalam seni catan potret dan figuratif yang berkait dengan penggambaran
semula imej atau imitasi yang dikenali sebagai ”mimetik”13 boleh menyedarkan kita asal-
usul sesuatu imej itu. Persoalan yang ditinggalkan oleh Plato ialah suatu andaian
bahawa pelukis tidak akan mengalih kemanfaatan bakat yang sedia ada. Pelukis tidak
akan meletakkan sasaran untuk menyalin terus dari apa yang dilihat dalam dunia
sebenar tetapi yang utamanya keindahan sebenar.
13 Berasal dari bahasa Yunani bererti peniruan. Pendekatan mimetik membawa perhubungan karya yang dicipta itu dengan alam semesta atau lingkungan sosial-budaya yang berlatar belakang di mana lahirnya karya itu. Aristotle berpendapat peniruan potret dan figura yang realiti dan menolaknya sekira seniman itu menghasilkan karya tanpa kesedaran ke arah kebenaran.
17
Sama ada petukang atau seniman, nilai ketulenannya berasaskan keindahan
sebenar. Sekiranya petukang dikatakan ramai yang muncul di Zaman Renaissance dan
dapat mencipta seni itu dari peniruan sebenar, mereka masih dianggap seniman agung
berdasarkan hasil yang mendekati keindahan sebenar. Plato menganggap apa yang
indah dalam dunia sebenar, lebih istimewa keindahan itu jika terkandung idea atau
daya fikir yang meletakkan gambaran keindahan imej itu dirujuk kepada pencipta-Nya
iaitu Tuhan.
Dalam dunia nyata, tidak dapat dilihat oleh orang biasa tetapi pelukis merenunginya
dalam nilai yang tinggi. Plato cuba menyarankan kepada kita, seni yang dikatakan
suatu peniruan yang melahirkan seorang tukang dan bukan seniman tulen apabila
suatu peniruan bentuk itu tidak mengandungi makna yang boleh dikait dengan apa
yang dilihat.
Dunia tampak yang dikait sebagai peniruan bentuk telah dibahaskan oleh Jakob
Sumardjo14. Dalam dunia tampak, terdapat objek-objek mati dan objek yang tidak
berjiwa (kosong tanpa makna) akan dihidupkan oleh pembuat seni yang
berkemampuan intelek melalui kedalaman dan ketinggian dunia ideanya. Sikap dan
ketinggian akal yang berseni ini dipunyai oleh pembuat seni yang berimaginasi tinggi.
Dinyatakan oleh Jakob golongan ini terdiri sebagai ekspresi, mytopoeic dan idealisme.
Semua pihak menghendaki pelukis membuat penyelidikan ilmiah, meneroka,
melakukan proses inkuiri, memahami dan sedar dari apa yang dilihat untuk meletakkan
nilai representasi itu berada dalam kebenaran alam. Seorang tukang sebenarnya masih
belum berada pada tahap ketulenan menjadi seniman sekiranya peniruan imej itu
kosong tanpa keindahan sebenar. Apalagi jika imej yang disalin itu boleh merosakkan
nilai moral pemerhati maka penilaiannya ditentukan oleh masyarakat sebagai nilai seni
yang rosak zahir dan batin.
Isu peniruan alam dan penyalinan perlukisan yang ditolak oleh nilai moral pernah
terjadi di Malaysia dan gempar seketika dalam suatu pameran bertemakan “Around the 14 Jakob Sumardjo, 2000 (hlm: 128). ISBN: 979-9299-15-2
18
Body: Siri Perempuan Gemuk”. Dikatakan oleh Mahzan Musa15, sebagai mencacatkan
acara pameran berkumpulan.
Persepsi yang dikatakan melanggar tata susila dan norma budaya masih lagi
menjadi pegangan ramai dalam mengapresiasi sesebuah karya seni tampak,
khususnya seni figuratif. Penolakan figuratif yang kurang sopan dalam 13 buah karya
pelukis Sivarajah Natarajan telah menyebabkan keseluruhan karya sekumpulan pelukis
lain yang terdiri daripada Ajis Mohamad, Anurendra Jegadera, Haris Ribut dan Yau Bee
Ling telah dipindah ke Galeri Sutra, milik penari terkenal Ramli Ibrahim. Khalayak seni
tampak sebahagian daripadanya belum dapat menerima bentuk-bentuk figura yang
kurang sopan. Separuh bogel atau bertelanjang bulat seperti catan figuratif Barat yang
dikatakan lebih moden dan bertamadun tidak dapat disamakan dengan nilai dan norma
budaya tempatan.
6. Kesimpulan
Dari berbagai isu dan persoalan yang dikupaskan dalam seni catan potret dan catan
figuratif nilai ketamadunan manusia yang berperingkat-peringkat itu menggambarkan
kesinambungan kehidupan yang tidak terpisah dengan seni. Keduanya saling bertautan
yang membawa perkaitan antara seniman, seni dan persekitaran yang semuanya tidak
dapat bergerak lancar tanpa cetusan minda dari seorang yang bergelar seniman.
Manusia dan persekitaran dibalikkan pada cermin oleh insan yang bergelar seniman
melalui kepekaannya dalam seni akan mampu menghasilkan sesuatu untuk
kesejahteraan sejagat.
Bibliografi :
Dr. Tan chee Khuan, Lukisan Pelukis-Pelukis Perintis daripada Koleksi
Persendirian, Pulau Pinang: Lembaga Muzium Negeri, 1992.
15 “Seni Lukis Sepanjang 1998”, Berita Harian, Sabtu, 2 Januari 199919
Dr. Mulliyadi Mahmood, “Wadah”, Kuala Lumpur: Petronas Level 71, Tower One
Petronas, twin towers, 2006.
Dr. Zakaria Ali, “Lin & Friends…”(An Exhibition of Portraiture by Heng Eow Lin),
Singapore: Rolex, 302 Orchard Road, 1996.
Jakob Sumardjo, “Filsafat Seni”, Indonesia: Penerbitan ITB, Bandung, 2000.
M. Stephen Doherty, Developing Ideas in Artwork, New York: Watson-Guptill
Publications, 1988.
Rahime Harun, Koleksi Saya, Kuala Lumpur: Balai Seni Lukis Negara, 2008.
ShireNaziree, “Revival-Evoking the Batik Tradition”, Kuala Lumpur: Balai Seni Lukis
Negara, 2004.
Syed Ahmad Jamal, “Seni Lukis Malaysia 57-87”, Kuala Lumpur: Balai Seni Lukis
Negara, 1987
Taufik Pasiak, “Revolusi IQ, EQ, SQ”, Kuala Lumpur: PTS Millennia Sdn. Bhd., 2009.
_____ “Harun Lat Hidupkan Muzium Melaka” oleh Sopha Sulaiman, Utusan Malaysia
Sabtu 12 April 1997.
_____ “Samsudin Bercerita Kisah Kemanusiaan” oleh Azman Ismail, Utusan
Malaysia Sabtu 22 Mac 1997.
_____”Seni Lukis Sepanjang 1998” oleh Mahzan Musa, Berita Harian,
Sabtu 2 Januari 1999.
20
_____”Leonardo da Vinci Pelukis, Saintis dan Inventor” oleh Zalina Yahaya,
Utusan Malaysia Sabtu 22 November 1997.
21