China Cik Wan

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/2/2019 China Cik Wan.

    1/17

    Sejarah Asia Timur Jauh Perbandingan: China

    i) MUQADDIMAH

    Sebagaimana yang telah diketahui, kejatuhan Dinasti Qing ke tangan orang Manchu pada

    1644 mendatangkan banyak kemarahan orang Han di China. Hal ini kerana, Dinasti

    Manchu dibina oleh orang Mongol yang dianggap sebagai orang luar bagi masyarakat

    China pada ketika itu. Sejajar dengan itu, menurut Alan Lawrence, di akhir abad ke-19 dan

    suku pertama abad ke-20, telah wujud pelbagai usaha untuk mengembalikan semula

    kegemilangan org Han.1

    Oleh yang demikian, lahirlah beberapa golongan yang cuba mengubah situasi

    tersebut. Malah hal ini telah dipengaruhi oleh beberapa faktor yang lain. Menurut Craig

    Dietrich, mereka cuba untuk menghapuskan amalan nenek moyang bagi mewujudkan

    sebuah negara yang maju seiring dengan negara- negara barat pada ketika itu.2Oleh yang

    demikian, golongan intelektual banyak menyumbang kepada perubahan dan usaha

    menghapuskan amalan nenek moyang mereka yang dianggap mengongkong dan tidak lagi

    relevan digunakan pada hari ini.

    ii) FAKTOR-FAKTOR PERUBAHAN PEMIKIRAN DI CHINA

    1 Alan Lawrance. China Since 1919 Revolution and Reform: A SourceBook. Routledge Taylor & Francis

    Group: London and New York. 2004. hlm. 87.2 Craig Dietrich.People's China: A Brief History, 3rd Edition. Oxford University Press: Oxford. 1997. hlm.

    95.

    1

  • 8/2/2019 China Cik Wan.

    2/17

    Sejarah Asia Timur Jauh Perbandingan: China

    a) GERAKAN ANTI-MANCHU

    Kebangkitan golongan intelektual adalah disebabkan oleh permasalahan yang wujud di

    Negara China. Mereka merasakan pembaharuan moden perlu dilaksanakan supaya China

    kembali agung. Punca mengapa mereka menentang amalan tradisi bermula sejak zaman

    Manchu lagi iaitu sejak tahun 1644 lagi. Hal ini disebabkan oleh kebencian orang-orang

    Han terhadap orang Manchu yang menganggap mereka bangsa yang kuat. Kebencian ini

    semakin bertambah apabila Manchu menjalankan dasar-dasar bersifat diskriminasi. Orang

    Cina diketepikan daripada memegang sebarang jawatan penting dalam perkhidmatan

    awam. Selain itu, orang Cina lelaki mesti mencukur rambutnya di bahagian hadapan kepala

    dan bertocang untuk menunjukkan kesetiaannya kepada Kerajaan Manchu. Keadaan ini

    menimbulkan pemberontakan dan mengakibatkan 80 000 orang telah terkorban sebagai

    membantah dasar tersebut.3 Selain itu, terdapat juga rusuhan-rusuhan pakatan kongsi

    gelap seperti Pertubuhan Teratai Putih dan Pertubuhan Triad yang bertujuan

    menggulingkan Dinasti Manchu.4 Contohnya pada tahun 1802 dan 1817 rusuhan telah

    berlaku di Kwantung. Dr. Sun Yat Sen mengatakan pakatan-pakatan ini merintis jalan ke

    arah gerakan kesedaran China.5

    Kekalahan China dalam Perang Candu I (1839-1842) mendedahkan lagi kelemahan

    Dinasti Manchu. Menurut kepercayaan masyarakat China, Dinasti Manchu telah

    kehilangan mandat dari syurga. Pencerobohan kuasa asing menyebabkan China terjerumus

    3 Craig Dietrich.People's China: A Brief History, 3rd Edition. hlm. 65.4 John King Marle. China A New History. The Belknap Press of Harvard University Press: England. 1998.

    hlm. 189.5 Craig Dietrich.People's China: A Brief History, 3rd Edition. hlm. 71.

    2

  • 8/2/2019 China Cik Wan.

    3/17

    Sejarah Asia Timur Jauh Perbandingan: China

    ke dalam keadaan yang sempit. China terpaksa membayar wang ganti rugi sebanyak 21 juta

    tael, menyerahkan Hong Kong kepada British, menghapuskan monopoli Co-Hong dan

    membuka lima pelabuhan untuk perdagangan asing.6 Keadaan ini menyebabkan Chinaterpaksa menambah pungutan cukai dan memperkenalkan cukai baru untuk menyelesaikan

    pembayaran ganti rugi tersebut. Beban cukai tersebut jatuh ke atas golongan tani dan

    seterusnya membebankan golongan ini. Selain beban cukai, golongan bawahan terpaksa

    bersaing dengan pedagang asing dalam industri. Perluasan kuasa asing mengakibatkan

    perusahaan tempatan seperti menenun kain dan membuat paku dan jarum di Fatshan

    merosot dan akhirnya menyebabkan pengangguran semakin meningkat.

    7

    Pada pertengahan abad ke-19, lebih kurang 60% sehingga 90% kaum tani tidak

    mempunyai tanah akibat daripada kegagalan membayar cukai yang tinggi. Situasi ini

    diburukkan lagi dengan masalah bencana alam yang berlaku contohnya pada tahun 1847,

    musim kemarau telah berlaku di Hunan, banjir di Hupei dan Kiangsu, masalah kebuluran di

    Kwangsi pada tahun 1849 dan banjir di Shantung pada tahun 1852.8Permasalahan sebegini

    tidak dapat diselesaikan oleh Kerajaan Manchu. Walaupun ada bantuan, ia tidak berjalan

    dengan berkesan kerana masalah rasuah dalam pemerintahan Manchu. Kebanyakan

    pedagang dan pegawai tempatan menyimpan atau menyorok padi dengan tujuan

    menjualnya pada harga yang tinggi kelak. Kesannya, ramai petani hidup dalam keadaan

    miskin, tertekan dan menderita. Permasalahan ini dilihat oleh orang China sebagai

    ketidakupayaan Manchu memerintah China. Impaknya, petani-petani dan golongan

    bawahan menjadi penyokong bagi sebarang gerakan anti-Manchu.

    6 Alan Lawrance. China Since 1919 Revolution and Reform: A SourceBook. hlm. 101.7 Ranbir Vohra. Chinas Path to Modernization: A Historical Review From 1800 to the Present, 3 rd Edition.

    Prentice Hall: New Jersey. 2000. hlm. 121.8Ibid. hlm. 122

    3

  • 8/2/2019 China Cik Wan.

    4/17

    Sejarah Asia Timur Jauh Perbandingan: China

    Pada tahun 1851, satu pemberontakan yang dikenali sebagai Pemberontakan

    Taiping telah tercetus. Ia dianggotai golongan petani yang tertindas. Pemberontakan ini

    dipimpin oleh Hung Hsiu-Chuan yang bertujuan menggulingkan Dinasti Manchu

    disamping menubuhkan satu susunan politik dan sosial yang baru.9 Pemberontakan ini

    berjaya mencapai kejayaan pada tahap awal dan mula merosot selepas tahun 1853 dan

    dipatahkan pada tahun 1864.10 Walaupun pemberontakan ini gagal mencapai matlamatnya,

    namun ia berjaya menjejaskan imej dan martabat Kerajaan Manchu. Hal ini menyedarkan

    golongan intelektual seperti Sun Yat Sen dalam usaha menjatuhkan Manchu dan

    menubuhkan sebuah republik. Kelemahan Dinasti Manchu semakin jelas selepas

    pemberontakan Taiping kerana rasuah dan penyelewengan semakin berleluasa dan

    seterusnya menggagalkan usaha pemodenan iaitu Gerakan menguatkan Diri dan Gerakan

    Islah. 11

    Kekalahan China seterusnya dalam Perang Candu II, Perang China-Perancis dan

    Perang China-Jepun 1 sangat menghina dan mencabar kedaulatan orang Cina. Mereka

    berasa malu kerana ditewaskan oleh barbarian. Kelemahan Manchu dan kekalahan China

    dalam kuasa Asia sendiri iaitu Jepun sangat memalukan China. Situasi ini memberi

    peluang kepada Barat untuk menindas China. Kuasa-kuasa Barat berlumba mendapatkan

    konsesi di Negara China dan mewujudkan lingkungan pengaruh masing-masing. Misalnya,

    lingkungan pengaruh Perancis di Yuna, British di Lembah Yang Tze, Jerman di Shantung,

    dan Rusia di Manchuria. Golongan intelektual melihat keadaan ini mencabar kedaulatan

    9 Craig Dietrich.People's China: A Brief History, 3rd Edition. hlm. 207.10Ibid. turut dinyatakan dengan jelas dalam Immanuel C.Y Hsu. The Rise of Modern China, 5th Edition.

    Oxford University Press: Oxford. 1995. hlm. 226.11 Immanuel C.Y Hsu. The Rise of Modern China, 5th Edition. hlm. 262.

    4

  • 8/2/2019 China Cik Wan.

    5/17

    Sejarah Asia Timur Jauh Perbandingan: China

    China dan menganggap bahawa sesuatu perlu dilakukan untuk menyelamatkan China

    melalui satu revolusi. Kegagalan gerakan pembaharuan untuk memodenkan dan

    mempertahankan China telah menyedarkan masyarakat China khasnya golongan

    intelektual tentang perlunya satu gerakan pembaharuan yang bercorak revolusi untuk

    menyelamatkan China.

    b) GERAKAN PEMBAHARUAN DALAM PENDIDIKAN

    Sebagaimana yang kita ketahui, China cukup terkenal dengan sistem pendidikan

    yang berorientasikan perperiksaan. Masyarakat China kuno satu ketika dahulu sangat

    mementingkan perperiksaan bagi memperoleh jawatan sebagai pegawai kerajaan dalam

    mengubah status kehidupan mereka. Sejajar dengan itu, golongan intelektual yang banyak

    dipelopori oleh golongan pelajar cuba untuk memansuhkan sistem ini memandangkan

    ianya tidak lagi relevan dan mengongkong kemajuan China pada ketika itu.

    Sejajar dengan itu, sistem pendidikan ini telah mengalami perubahan yang ketara

    semenjak berlakunya Gerakan Reformasi Seratus Hari. Pada peringkat awal gerakan, ianya

    mendapat tentangan yang hebat daripada golongan konservatif.12 Menerusi gerakan ini,

    sistem perperiksaan tradisional telah dihapuskan.13 Hal ini telah menjadi punca utama

    kemarahan golongan konservatif terhadap reformasi ini. Oleh yang demikian, akibat

    daripada tentangan yang hebat dari golongan konservatif, reformasi ini hanya bertahan

    12 Golongan konservatif merupakan golongan yang masih mengamalkan pegangan yang utuh terhadap

    ajaran Confucius di mana pada peringkat awalnya, golongan ini mempunyai kuasa dan pengaruh yang

    besar di dalam istana dan maharaja itu sendiri.13 Suffian Mansor. Tamadun China. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur. 2003. hlm. 179.

    5

  • 8/2/2019 China Cik Wan.

    6/17

    Sejarah Asia Timur Jauh Perbandingan: China

    selama 3 bulan sahaja.14 Implikasinya, pada 21 September 1898, satu rampasan kuasa telah

    berlaku dan diketuai oleh Maharani Dowager Hsu-hsi, yang bertujuan menghapuskan

    gerakan reformasi ini.15

    Kegagalan gerakan reformasi ini menimbulkan satu keresahan di kalangan

    masyarakat China pada ketika itu. Kebimbangan ini wujud kerana masa depan negara

    mereka sukar untuk diramal. Malah, kuasa asing seperti kuasa 9; British, Perancis, Itali,

    Sweden, Norway, Amerika, German, Russia, dan Jepun, semakin membimbangkan.16

    Oleh yang demikian, menerusi Pemberontakan Boxer, sistem pendidikan di China

    mula berubah secara keseluruhan. Pada 2 September 1905, sistem pendidikan menerusi

    perperiksaan tradisional dihapuskan secara mutlak.17 Hal ini kerana, sistem perperiksaan

    menjadikan China sebagai sebuah negara yang mundur. Dalam masa yang sama, golongan

    intelektual ini menganggap bahawa dasar China yang dianggap tertutup perlu diubah

    kepada dasar yang lebih terbuka. Sejajar dengan itu juga, fahaman Confucius yang

    dianggap mengongkong masyarakat China pada ketika itu menjadi penyebab utama kepada

    kemunduran China dan perlu dimansuhkan.

    Kang Yu-Wei dan Liang Chi-Chao menyarankan agar doktrin pemerintahan

    berperlembagaan, institusi politik seperti parlimen, perlembagaan dan kerajaan

    14 John Bryan Starr. Understanding China: A Guide to China's Economy, History and Political Culture. Hill

    and Wang: New Jersey. 2001. hlm. 52.15 Jonathan D.Spence. The Search for Modern China, 2nd Edition. W.W. Norton & Company Ltd.: London.

    1999. hlm. 224.16Ibid. hlm. 226.17 Ranbir Vohra. Chinas Path to Modernization: A Historical Review From 1800 to the Present, 3rd Edition.

    hlm. 159.

    6

  • 8/2/2019 China Cik Wan.

    7/17

    Sejarah Asia Timur Jauh Perbandingan: China

    bertanggungjawab ditubuhkan. Kehendak ini diteruskan oleh seorang intelektual

    berpendidikan Barat iaitu Dr. Sun Yat Sen.18 Beliau telah membangkitkan sentimen anti-

    Manchu dan idea pemberontakan revolusi di kalangan pelajar serta masyarakat umum

    melalui akhbarnya iaitu Min Pao. Beliau turut menubuhkan parti politik kebangsaan iaitu

    Tung Meng Hui berdasarkan Tiga Prinsip Rakyat iaitu nasionalisme, demokrasi dan

    kebajikan sosial.Gerakan ini berjaya menyatukan masyarakat China.19

    Perubahan yang ketara dapat dilihat pada tahun 1912, di mana sistem pendidikan

    mula berubah kepada bentuk yang lebih fleksibel dan menepati kehendak zaman.

    Kedatangan John Dewey pada tahun 1919 telah menerapkan sistem pendidikan Amerika di

    China.20 Secara tidak langsung, sistem pendidikan yang lebih berorientasikan perperiksaan

    semata-mata telah dimansuhkan.

    Pada tahun 1929, Chiang Kai Shek telah diarahkan untuk menggubal satu sistem

    pendidikan baru. Dalam sistem ini, kanak-kanak berusia 7 tahun diwajibkan untuk ke

    sekolah, dan pendidikan sekolah rendah diwajibkan selama 6 tahun dan sekolah menengah

    juga 6 tahun.21 Bagi pendidikan di sekolah rendah, kurikulumnya lebih berorientasikan

    kepada pengajaran moral, semangat nasionalisme, keharmonian hidup bermasyarakat,

    pendidikan asas; membaca, mengira dan menulis, serta penerapan nilai-nilai murni di dalan

    kehidupan.

    18 Immanuel C.Y Hsu. The Rise of Modern China, 5th Edition. hlm. 475.19 John King Marle. China A New History. hlm. 224.20Ibid.21Ibid. hlm. 225.

    7

  • 8/2/2019 China Cik Wan.

    8/17

    Sejarah Asia Timur Jauh Perbandingan: China

    Bagi sekolah menengah, kurikulum yang sama juga digunakan, cuma lebih spesifik

    dan mendalam. Malah di sekolah menengah, terdapat mata pelajaran tambahan seperti

    matematik, sejarah geografi serta sains. Selain itu, bahasa Inggeris juga diajar di sekolah

    menengah. Bahasa pengantaraannya ialah bahasa Mandarin. Bagi kanak-kanak lelaki di

    sekolah menengah, mata pelajaran ketenteraan juga diterapkan, dan bagi kanak-kanak

    perempuan, mereka akan diajar subjek berkaitan pengurusan rumah tangga.22

    Pendidikan di China pada ketika itu lebih meluas. Buktinya, kanak-kanak

    perempuan juga diberikan hak untuk mendapat pendidikan.

    23

    Sebelum ini, golongan

    perempuan langsung tidak diberikan pendidikan secara formal. Namun begitu, sekitar

    tahun 1900 ini, perubahan telah berlaku.

    Dalam masa yang sama juga, pendidikan di pengajian yang lebih tinggi juga telah

    ditubuhkan. Universiti Peking umpamanya, telah melahirkan banyak golongan reformis

    yang menjadi penggerak kepada perkembangan China moden itu sendiri.24

    Oleh yang dimikian, dapatlah disimpulkan bahawa, dengan adanya gerakan

    pembaharuan di China ini telah banyak melahirkan golongan intelektual yang lebih agresif

    dalam memodenkan China. Malah, gerakan golongan intelektual yang berusaha mengubah

    sistem pendidikan di China merupakan satu pilihan yang bijak dalam usaha menjadikan

    China sebagai sebuah negara yang tidak lagi dianggap sebagai sebuah negara yang kuno

    dan bersifat tertutup. Dalam masa yang sama juga, perkembangan dalam bidang pendidikan

    22Ibid.23 Immanuel C.Y Hsu. The Rise of Modern China, 5th Edition. hlm. 408.24Ibid. hlm. 411.

    8

  • 8/2/2019 China Cik Wan.

    9/17

    Sejarah Asia Timur Jauh Perbandingan: China

    ini telah menyumbang kepada lahirnya banyak fahaman di China seperti Legalisme,

    Pragmatisme dan fahaman yang paling dominan iaitu Marxisme. Hal ini dijelaskan seperti

    yang berikut:

    The Chinese student movement of 1945-1949 provides insights into student

    movements in general as well as the distinctive Chinese tradition of student activism. While

    the conflict of generations might help politicize youth, nationalist issues activated Chinese

    students. Failure to defend China's sovereignty or to lead her in modernizing undercut the

    fathers' right to speak for China. The anti-imperialist emphasis of Chinese nationalism and

    the acceptance of the state as modernizing instrument indicate why Chinese student

    movements often coincided with foreign threats and benefitted the Chinese Communist

    Party.25

    c) PENGARUH KOMUNIS DALAM CHINA

    Gerakan 4 Mei 1919 merupakan satu titik tolak kepada perkembangan gerakan

    komunis di China.26Gerakan ini dikenali sebagai Revolusi Kebudayaan Baru dan Revolusi

    Kesusasteraan. Dalam masa yang sama, kedua-dua gerakan ini lebih menjurus kepada

    kritikan terhadap kerajaan China yang dianggap tertutup.

    Dalam gerakan revolusi ini, terdapat 3 orang tokoh yang memainkan peranan yang

    penting iaitu, Chen Tu-Hsui, Hu Shih, dan Tsai Yuan-pei.27 Ketiga-tiga tokoh ini

    25 Jessie G. Lutz. The Chinese Student Movement of 1945-1949. The Journal of Asian Studies. Vol. 31. No. 1

    (Nov., 1971). hlm. 89.26 Suffian Mansor. Tamadun China. Hlm. 184.27Ibid. hlm. 185.

    9

  • 8/2/2019 China Cik Wan.

    10/17

    Sejarah Asia Timur Jauh Perbandingan: China

    merupakan penggerak kepada penyebaran fahaman komunis di China. Malah mereka

    berpendapat bahawa adalah perlu revolusi dijalankan bagi memodenkan China dengan

    fahaman komunis itu sendiri.

    Dalam idealogi Chen Tu-hsiu beliau berpendapat bahawa ajaran lama China

    menutup pemikiran masyarakat di China. Hal ini secara tidak langsung telah menyebabkan

    China ketinggalan. Sejajar dengan itu, beliau menyarankan supaya dihapuskan 3 ajaran

    utama di China; Toaisme, Confucius, dan Buddha.28 Dalam masa yang sama, beliau sangat

    mengecam amalan mengikat kaki dan menentukan jodoh berdasarkan tarikh lahir.

    29

    Malah,

    hal ini dikatakan telah menyebabkan masyarakat China terus terperangkap dalam kapsul

    masa serta ketinggalan zaman.

    Menurut Hu-Shih pula, beliau mengkritik tentang kesusasteraan China. Beliau

    beranggapan bahawa kesusasteraan China ini tidak dinamik. Malah menurut Alan

    Lawrence, kemunduran China adalah kerana terlalu menganggap karya sastera dan

    tamadun mereka terlalu gemilang, sehingga menolak semua fahaman dari luar.30

    Dalam idealogi Tsai Yuan-pei pula, beliau mengfokuskan pada pembangunan

    sahsiah muda mudi ke arah yang lebih cemerlang, aktif dan terbuka. Selaku seorang

    Canselor di Universiti Peking, beliau sering menggalakkan pelajar-pelajarnya melibatkan

    diri dalam aktiviti perbahasan, persatuan, pidato dan sebagainya. Dengan aktiviti seperti

    28Ibid. Turut diperjelaskan di dalam Jonathan D.Spence. The Search for Modern China, 2nd Edition. hlm.

    296.29 Suffian Mansor. Tamadun China. Hlm. 185.30 Alan Lawrance. China Since 1919 Revolution and Reform: A SourceBook. hlm. 121.

    10

  • 8/2/2019 China Cik Wan.

    11/17

    Sejarah Asia Timur Jauh Perbandingan: China

    ini, pemikiran pelajar akan menjadi lebih terbuka. Implikasinya, objektif revolusi yang

    dilancarkan akan mudah diperolehi.

    Implikasinya, golongan pelajar mula berani menyuarakan pendapat. Dengan kata

    lainnya, dalam Gerakan 4 Mei 1919, banyak mengubah dasar dan kepercayaan lama China.

    Misalnya, golongan pelajar di Universiti Peking telah melakukan bantahan terhadap

    Perjanjian Versailles yang dianggap tidak adil.31 Dalam masa yang sama juga, Gerakan 4

    Mei 1919 turut menyumbang kepada kelahiran banyak fahaman baru di China seperti

    pragmatisme, marxisme dan sebagainya.

    32

    Menerusi perkembangan pelbagai fahaman di China pada ketika itu, fahaman

    Marxisme merupakan fahaman yang paling dominan. Malah, melalui fahaman ini, mereka

    (orang China) percaya ia mampu melahirkan satu sistem yang paling efektif kerana

    fahaman ini dikatakan mampu mengembalikan kedaulatan China. Pada Mei 1920, Chen

    Tu Hsiu dan Li Chao menubuhkan sebuah Persatuan Pengajian Marxisme yang dianggotai

    oleh sebilangan besar penyunting, penulis, profesor dan pelajar. Pada Jun 1920, Voitinsky,

    agen Komintern (Komunis Antarabangsa) dijemput ke China untuk menerangkan doktrin

    dan disiplin komunisme. Kemudian Chen Tu Hsiu menubuhkan Socialist Youth Corps

    pada bulan Ogos 1920. Dalam masa yang sama, persatuan bersayap kiri juga muncul.

    Contohnya Persatuan Mencipta (Creation Society) oleh Kuo Min Jo dan Yu Ta Fu,

    Persatuan Penyelidikan Kesusasteraan (Literary Research Society) oleh Mao Tun, Chu

    Shih Ying dan Cheng Chen To. Kebanyakan persatuan-persatuan ini menggalakkan

    31 Ranbir Vohra. Chinas Path to Modernization: A Historical Review From 1800 to the Present, 3rd Edition.

    hlm. 162.32 Suffian Mansor. Tamadun China. hlm. 186.

    11

  • 8/2/2019 China Cik Wan.

    12/17

    Sejarah Asia Timur Jauh Perbandingan: China

    penulisan bercorak realisme dan sosialisme. Selain itu, penulisan juga turut dibuat

    berdasarkan tema kemiskinan rakyat jelata atau golongan massa, penindasan oleh golongan

    tuan-tuan tanah, penjajah dan pemikiran orang-orang Cina yang ketinggalan zaman. Buku-

    buku asing juga seperti Gladkov, The Diary of a Communist Student oleh Ogynyor dan

    tulisan Cerafimovith, Plinak, Zoscchenko dan Lunarchasky juga digunakan. Pada tahun

    1930 pula, Lu Shun telah menubuhkan Liga Penulis Sayap Kiri. Disamping itu, Liga

    Penyair Proletariat dan Liga Sayap Kiri Penulis Drama turut ditubuhkan. Semua persatuan

    ini mencontohi Pertubuhan Penulis-penulis Proletariat Rusia yang ditubuhkan pd 15 Mac

    1930. Perkembangan pengaruh dan ideologi komunis telah mencapai satu peringkat yang

    begitu meluas pada tahun-tahun 1920-an dan 1930-an sehinggakan Lim Yu Tong (seorang

    penulis termuka) berkata pada tahun 1930; Sekali pandang kedai-kedai buku di Shanghai,

    terdapat 70% daripada buku-buku terjemahan yang berasal dari Rusia telah menguasai

    pemikiran golongan muda China dalam masa 3 tahun yang akhir-akhir ini mereka menjadi

    komunis. Pada awal tahun 1922, Dr. Tsai Tuan Pei, Canselor Universiti Peking pernah

    berkata dalam satu jamuan rasmi bahawa, Pentadbiran Bolshevik (Komunis Rusia) adalah

    sesuatu yang kita mesti cuba usahakan di negara kita ini (China).

    Namun, dalam usaha fahaman ini terdapat beberapa masalah.. Antaranya ialah

    masalah menyerapkan fahaman kepada masyarakat. Pada peringkat awal penubuhan, ahli

    bagi fahaman ini hanya 57 orang. Oleh yang demikian, bagi mencari pengaruh dan jalan

    penyelesaian, Parti Komunis China telah bergabung dengan Kuomintang yang merupakan

    parti awal dan mendapat sokongan masyarakat pada ketika itu.33

    33 Immanuel C.Y Hsu. The Rise of Modern China, 5th Edition. hlm. 415.

    12

  • 8/2/2019 China Cik Wan.

    13/17

    Sejarah Asia Timur Jauh Perbandingan: China

    Walau bagaimanapun, Kuomintang mula merasakan kedudukan parti itu sebagai

    parti utama di China semakin tergugat apabila kuasa komunis bertambah dan bagi

    menyelamatkan keadaan, Kuomintang telah menyingkirkan Parti Komunis China dari

    pakatan itu.34

    Oleh yang demikian, pemimpin Parti Komunis China pada ketika itu, Mao Tse

    Tung telah mencari satu formula mengembangkan fahaman komunis di dalam masyarakat.

    Akhirnya, beliau menjadikan golongan petani sebagai sasaran utama.35 Hal ini kerana,

    petani merupakan golongan dominan di China. Dalam masa yang sama, Parti Komunis

    China telah memberikan kesedaran kepada golongan petani ini iaitu pembebasan China

    dari imperialisme asing dan tekanan dari golongan kaya dan tuan tanah.

    Secara keseluruhannya, Parti Komunis China telah berjaya dikembangkan dengan

    baik di China dan pengaruhnya semakin besar. Malah, golongan petani yang menjadi

    sasaran telah menyumbang kepada perkembangan Parti Komunis di China. Sebagai balasan

    timbal balik, Parti Komunis China telah membantu petani dalam pembahagian tanah dan

    membaiki kehidupan mereka. Malah, kehidupan petani menjadi lebih baik dan akhirnya

    mendapat sokongan untuk mengubah dasar dan kepercayaan lama di China.

    Berikut merupakan beberapa perubahan yang dilakukan oleh golongan intelektual

    China menerusi parti Komunis China ini. Antaranya ialah:

    34Ibid. hlm. 426.35 Suffian Mansor. Tamadun China. hlm. 187.

    13

  • 8/2/2019 China Cik Wan.

    14/17

    Sejarah Asia Timur Jauh Perbandingan: China

    a) Menjalankan usaha rampas kuasa dari tuan tanah dan tanah itu dibahagikan kepada

    para petani. Dalam hal ini, Parti Komunis China telah menghapuskan hampir 700

    000 tuan tanah.36

    b) Memperkenalkan undang-undang perkahwinan. Dalam undang-undang ini, sistem

    penentuan jodoh berdasarkan kesesuaian tarikh lahir telah dihapuskan sama

    sekali.37

    c) Menghapuskan aktiviti kerajaan yang tidak sihat; rasuah, penipuan kontrak

    kerajaan, pembaziran dan sebagainya

    d) Memperkenalkan Gerakan Melompat Ke Hadapan 1958. Dalam gerakan ini, ia

    telah mewujudkan Commune. Dalam commune, setiap individu akan dikumpulkan

    dalam commune dan akan bekerja dalam unit akaun sendiri.38

    e) Revolusi Kejayaan Agong telah ditubuhkan. Dalam revolusi ini, Pengawal merah

    (red guard) merupakan agen utama untuk menerapkan fahaman komunis dan

    sasaran golongan pelajar. Usaha penerapan fahaman komunis lebih tertumpu di

    sekolah.

    f) Pemusnahan patung-patung kecil Buddha,lukisan dan kaligrafi di kuil-kuil. Hal ini

    adalah usaha untuk menghapuskan fahaman Toisme, Conficuis dan Buddha.

    Sebagai gantinya, gambar Mao digantung di situ.39

    Secara rangkumannya, golongan intelektual yang lahir di dalam Parti Komunis

    China ini secara tidak langsung telah mengubah dasar dan amalan tradisi China yang

    36 John King Marle. China A New History. hlm. 237. Turut dijelaskan di dalam Suffian Mansor. TamadunChina. hlm. 188.37 Suffian Mansor. Tamadun China. hlm. 188.38Ibid. Turut dinyatakan dalam Alan Lawrance. China Since 1919 Revolution and Reform: A SourceBook..

    hlm. 136.39Ibid.

    14

  • 8/2/2019 China Cik Wan.

    15/17

    Sejarah Asia Timur Jauh Perbandingan: China

    dianggap mengongkong kehidupan masyarakat pada ketika itu. Malah, secara tidak

    langsung parti ini banyak mempengaruhi perkembangan pemodenan China secara

    keseluruhan atau pun secara minor.

    AKHIRUL QALAM

    Sebagai kesimpulannya, kita dapat melihat perubahan yang berlaku di China

    merupakan satu anjakan paradigma dan menjadi titik tolak kemada kemajuan China pada

    hari ini. Segala amalan kuno yang menjadi pegangan mereka selama ini merupakan satu

    kekangan kepada masyarakat untuk terus maju ke hadapan.

    Sememangnya gerakan pembaharuan telah cuba dilakukan sejak sebelum abad ke

    20 lagi. Namun kejayaan yang paling ketara dapat dilihat pada awal suku pertama abad ke-

    20 yang dipelopori golongan intelektual. Gerakan-gerakan ini telah mengubah China dari

    terus dikongkong oleh adat tradisional dan dikatakan menyekat perkembangan China pada

    ketika itu. Manakala, kemuncak usaha menggerakkan China ke arah yang lebih moden

    dilihat apabila pengenalan fahaman Maxisme kepada golongan pelajar dan apabila ia

    mendapat sokongan dari petani.

    15

  • 8/2/2019 China Cik Wan.

    16/17

    Sejarah Asia Timur Jauh Perbandingan: China

    BIBLIOGRAFI

    Alan Lawrance (2004), China Since 1919 Revolution and Reform: A SourceBook, London

    and New York: Routledge Taylor & Francis Group.

    Craig Dietrich (1997), People's China: A Brief History, 3rd Edition, Oxford: Oxford

    University Press.

    Immanuel C.Y Hsu (1995). The Rise of Modern China, 5th Edition, Oxford: Oxford

    University Press.

    Jessie G. Lutz (1971), The Chinese Student Movement of 1945-1949. The Journal of Asian

    Studies. Vol. 31. No. 1 (Nov., 1971).

    John Bryan Starr (2001), Understanding China: A Guide to China's Economy, History and

    Political Culture, New Jersey: Hill and Wang.

    John King Marle (1998), China A New History. England: The Belknap Press of Harvard

    University Press.

    Jonathan D.Spence (1999), The Search for Modern China, 2nd Edition, London: W.W.

    Norton & Company Ltd.

    Ranbir Vohra (2000), Chinas Path to Modernization: A Historical Review From 1800 to

    the Present, 3rd Edition, New Jersey: Prentice Hall.

    Suffian Mansor (2003), Tamadun China, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    16

  • 8/2/2019 China Cik Wan.

    17/17

    Sejarah Asia Timur Jauh Perbandingan: China

    LAMAN WEB

    2006. Pemberontakan Taiping. Diperolehi pada 04 Mac, 2007 dari

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Pemberontakan_Taiping.

    17

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Pemberontakan_Taipinghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Pemberontakan_Taiping