3
Dasar pintu tertutup dan pintu terbuka 1. Thailand Sejak abad ke-17, dasar pintu tertutup diamalkan. Pada tahun 1818, Raja Rama II telah mengadakan perjanjian dengan Portugis. Namun demikian, baginda menolak segala utusan John Crawford dari Pulau Pinang. Penggantinya, Raja Rama III juga tidak berminat berhubung dengan kuasa barat dalam perdagangan kerana barang yang dikehendaki boleh diperolehi dari China. Selain itu, baginda takut akan kesan politik dan sosial akibat kemasukan kuasa barat. Pada tahun 1826, baginda terpaksa menandatangani Perjanjian Burney. Perjanjian ini membuka pintu perdagangan kepada British tetapi British tidak boleh mengimport candu dan mengeksport beras dari Thailand. Raja Rama III kemudian mengenakan cukai tinggi ke atas barangan barat. Utusan dihantar kepada Raja Rama III. Baginda tetap dengan pendiriannya iaitu meneruskan dasar pintu tertutup. Sebabnya baginda takut keadaan seperti di Myanmar akan berlaku terhadap negerinya iaitu British melalui Perjanjian Yandabo (1826) menguasai Myanmar. Pada tahun 1852, Raja Mongkut menaiki takhta. Baginda menyaksikan pihak penjajah menggunakan kekerasan untuk menjajah negara Asia yang enggan membuka pintunya lalu menamatkan dasar pintu tertutup dan mulakan dasar pintu terbuka. Raja Mongkut menyambut baik kedatangan pihak penjajah dan sanggup mengadakan perjanjian dengannya. Pada tahun 1855, Perjanjian Bowring diadakan. Perjanjian ini menamatkan dasar pintu tertutup dan ia dipatuhi oleh Raja Chulalongkorn dan pengganti yang seterusnya. 2. China Sejak dulu lagi, orang cina mengamalkan dasar pintu tertutup. Mereka mengganggap diri mereka lebih bertamadun dan negaranya ialah Middle Kingdom atau Kerajaan Tengah atau Zhung Guo. Mereka mengganggap orang asing ialah Barbarian (tidak bertamadun). Mereka juga mengganggap agama mereka suci, kebudayaan mereka tinggi. Selain itu, apa yang dikehendaki dapat dikeluarkan di negerinya sendiri, maka tidak perlu

Dasar pintu tertutup dan pintu terbuka

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Dasar pintu tertutup dan pintu terbuka

Dasar pintu tertutup dan pintu terbuka 

1. Thailand 

Sejak abad ke-17, dasar pintu tertutup diamalkan. Pada tahun 1818, Raja Rama II telah mengadakan perjanjian dengan Portugis. Namun demikian, baginda menolak segala utusan John Crawford dari Pulau Pinang. Penggantinya, Raja Rama III juga tidak berminat berhubung dengan kuasa barat dalam perdagangan kerana barang yang dikehendaki boleh diperolehi dari China. Selain itu, baginda takut akan kesan politik dan sosial akibat kemasukan kuasa barat. Pada tahun 1826, baginda terpaksa menandatangani Perjanjian Burney. Perjanjian ini membuka pintu perdagangan kepada British tetapi British tidak boleh mengimport candu dan mengeksport beras dari Thailand. Raja Rama III kemudian mengenakan cukai tinggi ke atas barangan barat. Utusan dihantar kepada Raja Rama III. Baginda tetap dengan pendiriannya iaitu meneruskan dasar pintu tertutup. Sebabnya baginda takut keadaan seperti di Myanmar akan berlaku terhadap negerinya iaitu British melalui Perjanjian Yandabo (1826) menguasai Myanmar.

Pada tahun 1852, Raja Mongkut menaiki takhta. Baginda menyaksikan pihak penjajah menggunakan kekerasan untuk menjajah negara Asia yang enggan membuka pintunya lalu menamatkan dasar pintu tertutup dan mulakan dasar pintu terbuka. Raja Mongkut menyambut baik kedatangan pihak penjajah dan sanggup mengadakan perjanjian dengannya. Pada tahun 1855, Perjanjian Bowring diadakan. Perjanjian ini menamatkan dasar pintu tertutup dan ia dipatuhi oleh Raja Chulalongkorn dan pengganti yang seterusnya.

2. China 

Sejak dulu lagi, orang cina mengamalkan dasar pintu tertutup. Mereka mengganggap diri mereka lebih bertamadun dan negaranya ialah Middle Kingdom atau Kerajaan Tengah atau Zhung Guo. Mereka mengganggap orang asing ialah Barbarian (tidak bertamadun). Mereka juga mengganggap agama mereka suci, kebudayaan mereka tinggi. Selain itu, apa yang dikehendaki dapat dikeluarkan di negerinya sendiri, maka tidak perlu berhubung dengan kuasa luar. Dalam melancarkan dasar pintu tertutup, Maharaja Chien Lung telah mengeluarkan Lapan Peraturan. Dalam peraturan ini, kapal perang asing tidak boleh masuk ke Bogue; isteri orang asing dan senjata api tidak boleh dibawa masuk ke kilang; hubungan perdagangan mereka hanya boleh dijalankan dengan saudagar cohong dan sebagainya. Ini jelas dilihat mereka tidak berminat berhubung dengan orang asing. Sekatan ini menyebabkan kuasa barat berusaha lebih giat lagi untuk membuka pintu negeri China. Dalam usaha membuka pintu, beberapa usaha telah dijalankan tetapi gagal.

Pada tahun 1839, berlakunya Perang Candu. China ditewaskan dan terpaksa menandatangani Perjanjian Nanking. Melalui perjanjian ini, China terpaksa membuka 5 pelabuhan kepada pedagang asing, iaitu Ningpo, Shanghai, Canton, Amoy dan Foochow. Seterusnya Perjanjian Wanghia (1844) dan Perjanjian Whampoa juga ditermeterai. Perjanjian ini memaksa Chian membuka pintunya.

Page 2: Dasar pintu tertutup dan pintu terbuka

3. Jepun 

Dasar pintu tertutup mula sejak Keshogunan Tokugawa (1638). Dasar ini diamalkan kerana Jepun mengganggap orang asing telah menimbulkan kekacauan di Jepun. Selain itu, agama yang dibawa oleh orang asing dikatakan mengingkari perintah Maharaja Jepun, maka agama ini perlu diharamkan dan orang asing dihalau. Menurut Richard Storry, dasar ini diamalkan kerana untuk memperkukuhkan kedudukan institusi Shogun dalam menghadapi anasir yang tidak puas hati di Jepun terutamanya Damyo Tozama. Shogun Tokugawa telah memerintahkan agar kapal-kapal asing yang menghampiri Jepun perlu diusir dan bagi orang asing yang mendarat haruslah ditawan dan dibunuh. Walaupun dasar pintu tertutup diamalkan tetapi pada tahun 1854, Jepun terpaksa menandatangani Perjanjian Kanagawa yang membuka pelabuhan Shimoda dan Hakodate kepada pedagang Amerika. Seterusnya perjanjian telah diadakan dengan Britain, Rusia dan Holland.

Semasa Meiji. Jepun mengamalkan dasar pintu terbuka. Jepun sedar kalau pintu masih tidak dibuka, nasibnya akan menjadi seperti negeri China dan Myanmar. Pada tahun 1868, hubungan diplomatik diadakan secara rasmi dengan kuasa barat.