Upload
violet-de-renu
View
346
Download
1
Embed Size (px)
Citation preview
8/12/2019 DEFINISI DAN FUNGSI KESUSASTERAAN
1/12
1
FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI
SEMESTER 1, SESI 2011/2012
KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU
(BMS3013)
TAJUK TUGASAN:
DEFINISI DAN FUNGSI KESUSASTERAAN
KUMPULAN B
OLEH:
TINARENU A/P MUNIVIRAN
D20111047540
PENSYARAH:
DR.ADENAN AYOB
TARIKH DIHANTAR:
25 NOVEMBER 2011
8/12/2019 DEFINISI DAN FUNGSI KESUSASTERAAN
2/12
2
Isi Kandungan
Topik Muka Surat
Penghargaan 1
1.0Definisi Kesusasteraan 2-52.0Fungsi Kesusasteraan 5-93.0Kesimpulan 9
Bibliografi 10
8/12/2019 DEFINISI DAN FUNGSI KESUSASTERAAN
3/12
3
Penghargaan
Pertama kali syukur kepada Tuhan yang maha esa kerana dengan limpah dan
kurnia-Nya dapat saya menyiapkan tugasan individu saya ini. Terima kasih yang
tidak terhingga juga disampaikan kepada semua individu yang telah membantu saya
melaksanakan kerja saya ini secara langsung atau pun tidak langsung..
Terima kasih yang tidak terhingga kepada Dr. Adenan Ayob selaku pensyarah
kursus Kesusasteraan dan Kebudayaan (BMS 3013), ini atas bimbingan dan tunjuk
ajar beliau kepada saya. Buat semua kawan-kawan saya juga ingin mengucapkan
terima kasih atas sokongan dan dorongan sehingga saya dapat menyiapkan tugasan
saya ini. Saya juga ingin memohon sejuta kemaafan sekiranya terdapat kesilapan dan
kekurangan dalam tugasan saya ini dan segala kekurangan harap dimaafkan.
Sekian, terima kasih.
8/12/2019 DEFINISI DAN FUNGSI KESUSASTERAAN
4/12
4
1.0 Definisi Kesusasteraan
Kesusasteraan berasal daripada cantuman kata su dan
sastra dalam bahasa Sanskrit. Kemudian diberi apitan ke.anuntuk membentuk kata nama. Maksudnya yang dinyatakan adalah
seperti berikut;
a) Subaik, indah, cantik, seni, dan berguna.b) Sastra karya (lisan/bertulis) atau buku.c) Susastrakarya yang indah dan berguna.d) Kesusasteraansemua bentuk karya bernilai seni dan berguna.
Pengertian tentang maksud kesusasteraan juga telah diutarakan
oleh beberapa tokoh sastera. Antaranya ialah J.S.Badudu yang
menyatakan bahawa sastera harus ditinjau dari dua segi iaitu dari
segi bahasa dan dari segi isinya. Menurut Hashim
Kamus Dewan Edisi Ketiga mentakrifkan kesusasteraan sebagai
hasil seni (karya tulisan) dalam bentuk prosa atau puisi yang
mempunyai ciri-ciri keistimewaan yang tertentu.
Kesusasteraan adalah suatu bentuk ciptaan seni yang disampaikan
melalui bahasa. Perkataan kesusasteraan terbentuk daripada bahasa
Sanskrit iaitu susastera yang bermaksud huruf atau buku yang indah.
Menurut M.K Danziger dan W.S Johnson (1983:2), mereka
berpendapat bahawa kesusasteraan merupakan seni yang
menggunakan kata-kata tanpa memperhitungkan persoalan sama ada
kata-kata itu tertulis (tulisan) atau sekadar diucapkan melalui
percakapan (lisan).
Oleh itu, sastera boleh diertikan sebagai alat untuk mengajar atau
panduan untuk memberi arahan. Untuk mengatakan bahawa
kesusasteraan mempunyai tempat yang istimewa dalam perkembangan
kehidupan seorang kanak-kanak atau pelajar adalah suatu pernyataan
yang tidak menerangkan sesuatu dengan sewajarnya. Sedangkan
8/12/2019 DEFINISI DAN FUNGSI KESUSASTERAAN
5/12
5
kesusasteraan itu jika dibaca beramai-ramai dengan suara yang kuat
dalam suatu suasana yang meriah dan kena pada masanya dapat
menjadi suatu cara yang membolehkan seorang pembaca itu
mempelajari dunia mereka sendiri.
Istilah kesusasteraan ini digunakan dengan pendekatan yang luas
iaitu meliputi segala hasil penciptaan yang menggunakan alat
pertuturan atau bahasa dan tulisan sebagai alat penyampaiannya.
Kesusasteraan atausasteradigunakan seiringan dengan maksud yang
sama iaitu hasil-hasil penulisan walaupun asalnya kata dasar sastera
dalam bahasa Sanskrit merujuk pada tulisan-tulisan yang
mengandungi pengajaran, arahan, atau petunjuk cara bagaimana
sesuatu patut dilakukan.
Istilah kesusasteraan membawa maksud keindahan iaitu
keindahan bahasa yang asalnya tertera dalam istilah Sanskrit,
susastra, digantikan sahaja dengan istilah teks. Dengan demikian,
makna yang difahami untuk kesusasteraandi sini adalah selari dengan
definisi yang diberikan olehIsmail Hussein:
Literature in the Malay or Nusantara concepts include
everything that uses words or languages in a creative way, creative
in a broad sense. There is no boundary between mythical fiction and
a historical description for example, and there is sometimes no
boundary between an enumeration of the adat law with a love
poem.
Muhammad Hj Salleh (1995) kesusasteraan merujuk pada karya-
karya lisan serta juga tulisan yang membawa unsur-unsur cereka dan
disampaikan melalui bahasa dan berbagai-bagai perkataan. Sebelum
itu, pada zaman sebelum negara mencapai kemerdekaan, seorang
pendeta Bahasa Melayu yang dikenali sebagai Za'ba telah
mendefinisikan kesusasteraan itu sebagai persuratan atau karangan.Pengertian seperti ini tentulah tidak mencukupi makna sebenar
8/12/2019 DEFINISI DAN FUNGSI KESUSASTERAAN
6/12
6
kesusasteraan yang ada pada masa kini. Ali Ahmad (1994)
mengatakan bahawa secara kasarnya sahaja definisi sedemikian dapat
diterima, tetapi pemerhatian yang lebih tepat masih diperlukan.
Ali Ahmad (1994) telah membuka ruang yang luas dan segar
dalam mencari maksud kesusasteraan melalui tulisannya definisi
kesusasteraan di dalam buku Pengantar Pengajian Kesusasteraan
(DBP). Perkara utama yang dikaitkan dengan kesusasteraan ialah
kehalusan atau estetika dan bahasa. Sesungguhnya kesusasteraan itu
adalah kehalusan penciptanya dan keinginan pembacanya mencari
kehalusan itu. Kesusasteraan juga adalah keindahan bahasa yang
muncul dari proses penciptaannya. Menurut Ali Ahmad keindahan
penggunaan bahasalah yang menjadi asas bagi wujudnya hasil
kesusasteraan.
Kesusasteraan dapat diklasifikasikan kepada dua aspek iaitu
sastera dan bukan sastera. Perbezaan antara bahasa sastera dan bahasa
bukan sastera adalah seperti yang berikut:
Bahasa Sastera Bahasa Bukan Sastera
Sajak tentang bungakemboja.
Peneranganmengenai bunga
kemboja.
Novel yangmengisahkan
pemgembaraan dengan
kereta api.
Jadual perjalanankereta api.
Cerita mata-matagelap.
Berita jenayah.
8/12/2019 DEFINISI DAN FUNGSI KESUSASTERAAN
7/12
7
Ciptaan sastera berbeza dengan hasil ciptaan-ciptaan seni yang
lain. Ia menggunakan bahasa sebagai alat penyampaiannya. Melalui
bahasa, keindahan kesusasteraan dapat dirasakan oleh pembacanya.
Dengan bahasa juga mereka dapat menggarap isi dan tujuan sambil
menghayati segala pengalaman dan perasaan yang tercurah.
Terdapat beberapa unsur dalam kesusasteraan. Hashim Awang
mengelaskan unsur-unsur dalam kesusasteraan kepada empat aspek
iaitu intelek, emosi, imaginasi, dan teknik. Aspek intelek dalam
kesusasteraan menimbulkan satu-satu fikiran yang tinggi dan menarik
dalam sesebuah karya sastera. Aspek emosi pula membezakan di
antara karya sastera dan bukan sastera. Dari aspek imaginasi pula,
pengarang melihat ketajaman daya penglihatan dan pengamatan
terhadap sesuatu benda dan peristiwa. Manakala aspek teknik pula,
memperlihatkan cara pengarang menyusun peristiwa di dalam cerita,
memilih kata-kata, mengatur rangkap-rangkap dalam sajaknya,
meletakkan agenda-agenda dalam lakonan dan lain-lain.
2.0 Fungsi Kesusasteraan
Karya-karya kesusasteraan dihasilkan oleh pengarangnya
bertujuan untuk dinikmati dan dihayati oleh khalayak. Khalayak adalah
masyarakat yang menggunakan hasil-hasil kesusasteraan tersebut yang
berhubung secara langsung dengan pengarang. Bagi seseorang
pengarang, amat perlu baginya untuk mengetahui jenis karya yang
diperlukan oleh khalayak kerana pengetahuan pengarang akan
menentukan apa yang dihasilkannya itu diterima atau tidak oleh
khalayak. Dengan kata lain, pengetahuan pengarang itu merangkumi
tujuan-tujuan khalayak menikmati dan menghayati karyanya dan
sejauh manakah karya itu memberikan fungsi yang tertentu kepada
khalayak.
8/12/2019 DEFINISI DAN FUNGSI KESUSASTERAAN
8/12
8
Sarjana kesusasteraan menyimpulkan bahawa sekurang-kurangnya
kesusasteraan mempunyai beberapa fungsi yang jelas. Salah satunya
ialah kesusasteraan berfungsi sebagai alat pendidikan. Memang tidak
dapat dinafikan bahawa karya-karya kesusasteraan sebenarnya sarat
dengan unsur pendidikan, pengajaran dan didaktik. Pengarang-
pengarang yang menghasilkan sesuatu karya sastera merupakan
sekumpulan manusia yang telah menimba banyak pengalaman.
Pengalaman-pengalaman para pengarang ini diterjemahkan melalui
kisah-kisah yang ditulis oleh mereka yang di dalamnya merangkumi
pelbagai bidang ilmu seperti ekonomi, politik dan agama. Pengalaman
mereka ini dijadikan sebagai prosa atau puisi dan diadunkan dengan
unsur-unsur pengajaran, moral, atau ilmu pengetahuan yang tinggi
nilainya. Apabila khalayak menikmati karya-karya mereka secara tidak
langsung unsur pengajaran atau ilmu pengetahuan itu diserap oleh
pembaca dan boleh membentuk personaliti pembaca ke arah kebaikan.
Kebanyakkan karya-karya sastera yang memberi pengajaran dan
pendidikan kepada para pembaca adalah cerita dan cerpen.
Selain itu, kesusasteraan juga berfungsi sebagai pemberi
kepuasan estetik. Dalam bahasa Melayu, estetik juga disebut sebagai
estetika. Ia diambil daripada perkataan bahasa Inggeris aesthetic.
Orang Inggeris juga sebenarnya telah meminjam perkataan tersebut
daripada budaya Greek, aisthanesthaiyang boleh diertikan sebagai
topreceive.Bernard Bosanquet menyatakan bahawa estetik adalah
falsafah keindahan yang sudah bermula sejak zaman Greek, yang
dimulai oleh Socrates. Di dalam ensiklopedia, laman web Wikipedia
mengatakan bahawa estetik merupakan kajian deria atau nilai deria
emosi ataupun timbangan sentimen dan cita rasa. Estetik merupakan
subdisiplin aksiologi, sesuatu cabang falsafah dan sering dikaitkan
dengan falsafah seni. Hashim Awang mendefinisikan estetik dalam
Glosari Mini Kesusasteraansebagai Kajian atau sains tentang
keindahan dalam sastera atau seni lainnya. Dengan makusd ringkas di
atas, dapat dibuat kesimpulan bahawa kepuasan estetik adalah satubentuk perasaan indah yang muncul sama ada dalam diri penulis
8/12/2019 DEFINISI DAN FUNGSI KESUSASTERAAN
9/12
9
ataupun pembaca. Penulis cerita akan merasa tenteram dan damai
apabila mampu menghasilkan sesuatu cerita yang dapat menyentuh
perasaannya dan juga pembaca dari segi isi ceritanya mahupun aspek-
aspek lain penulisannya. Bagi pembaca pula, dengan membaca karya
yang mempamerkan keindahan akan merasa satu kepuasan yang tidak
dapat digambarkan dalam dirinya.
Kesusasteraan sebagai bahan hiburanmemang tidak dapat
dinafikan lagi. Pengarang menghasilkan karya-karya sastera berbentuk
hiburan supaya dapat menarik minat para pembaca. Zaman sebelum
perkembangan teknologi, karya-karya sastera seperti seloka, syair dan
gurindam dijadikan sebagai pengisi masa lapang dan alat hiburan
dalam kalangan masyarakat Melayu. Hasil kesusasteraan dikatakan
dapat memberikan ketenangan dan kerehatan fikiran. Ia juga dianggap
dapat memenuhi kepuasan intelektual melalui permainan fikiran dalam
bentuk animasi dan rekaan.
Sastera juga berperanan sebagai alat perhubungan dan
komunikasi. Sastera menjadi alat perhubungan yang paling istimewa
dalam menyampaikan hajat. Jika ditinjau pada adat perkahwinan
masyarakat Melayu yang diamalkan pada masa dahulu, sudah pastinya
salah satu karya sastera sering digunakan iaitu, pantun. Masyarakat
Melayu menggunakan pantun untuk tujuan merisik. Kaum keluarga
pihak lelaki akan memulakan adat berpantun kepada kaum keluarga
pihak perempuan. Adat berpantun antara kedua-dua belah pihak
keluarga tersebut akan berlaku secara bertimbal balas. Bukan itu
sahaja, fungsi sastera yang berperanan sebagai alat perhubungan dan
komunikasi juga digunakan oleh golongan bangsawan di istana.
Penyampaian sesuatu maklumat atau berita disampaikan melalui karya
sastera kepada golongan diraja. Di sini, ternyata memperlihatkan
bagaimana sastera berfungsi sebagai alat perhubungan dan
komunikasi.
8/12/2019 DEFINISI DAN FUNGSI KESUSASTERAAN
10/12
10
Kesusasteraan juga berfungsi sebagai satu cabang seni.
Seseorang berpeluang untuk menonjolkan bakatnya melalui hasil
penulisan pelbagai bentuk karya sastera tidak terkira sama ada pantun,
sajak, syair, cerpen dan sebagainya kepada para pembaca iaitu
masyarakat umum. Penghasil karya atau pengarang boleh
menyuarakan pendapat, pemikiran, emosi mereka sama ada gembira,
sedih dan sebagainya melalui karya-karya sastera. Antara karya
sastera yang sering menjadi medium bagi menyampaikan sesuatu ialah
syair, sajak dan gurindam.
Selain itu, kesusasteraan juga berfungsi sebagai alat untuk
mengkritik. Tujuan pengkritikan ini diaplikasikan adalah untuk
menimbulkan rasa kesedaran dan menginsafkan para pembaca. Pada
kebiasaannya, kritikan atau sindiran digunakan dalam cerpen dan syair.
Sebagai contoh, dalam syair Si Tenggangyang mengkritik golongan
remaja supaya tidak menderhakai ibu kandung masing-masing
walaupun telah mencapai kejayaan ataupun mendapat kekayaan.
Kesusasteraan juga menjadi tonggak kepada sejarah zaman
silam. Hal ini terbukti melalui sesebuah karya yang bersifat sastera.
Sesebuah karya sastera yang berbentuk sejarah membawa contoh dan
teladan daripada zaman silam kepada generasi terkemudian. Perjalanan
dan pengalaman sejarah manusia atau masyarakat berkenaan
diturunkan dalam bentuk penulisan sejarah agar apa yang telah
berlaku pada zaman dahulu itu diketahui oleh orang-orang
terkemudian.
Di samping itu, kesusasteraan juga berperanan sebagai alat
pantang larang, adat dan peraturan. Seperti yang kita ketahui
masyarakat Melayu sememangnya berpegang kuat dan lebih terikat
dengan pelbagai peraturan, adat istiadat serta pantang-larang mereka.
Dengan ini, karya-karya kesusasteraan digunakan untuk
memperlihatkan adat dan peraturan kepada masyarakat umum. Padakebiasaannya, fungsi ini digunakan dalam pepatah, bidalan,
8/12/2019 DEFINISI DAN FUNGSI KESUSASTERAAN
11/12
11
perumpanaan dan lain-lain. Sebagai contoh, ungkapan yang digunakan
ialah biar mati anak, jangan mati adat, hidup dikandung adat, mati
dikandung tanah, dan lain-lain.
3.0 Kesimpulan
Jadi jelaslah terbukti bahawa kesusasteraan membawa banyak
fungsinya yang tersendiri. Kefungsiaan tersebut membawa
kemanfaataan yang tidak ternilai. Kesusasteraan merupakan fitrahmanusia sebagai makhluk sempurna. Karya kesusasteraan bersifat
khusus dan menggambarkan individu dalam sesuatu daerah budaya
tertentu. Karya kesusasteraan boleh mendebarkan dan mengharukan
hati pembaca, pendengar dan penonton. Cita rasa seni seperti seni
suara, seni bunyi, seni corak, seni bina, seni rupa, seni halus, dan
sebagainya yang mengarahkan manusia ke dalam haluan hidup
masing-masing
8/12/2019 DEFINISI DAN FUNGSI KESUSASTERAAN
12/12
12
BIBLIOGRAFI
Definisi Kesusasteraan. Dimuat turun daripada:
http://bahasamelayunisenu/2010/12/definisi-kesusasteraan.html.
Ismail Hussein, (1974). The study of traditional Malay Literature
With a SelectedBibliography. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka, hlm 12.
Kamus Dewan Edisi Ketiga, (1994). Dewan Bahasa dan Pustaka:
Kuala Lumpur.
Siti Hawa Haji Salleh, (1997). Kesusasteraan Melayu Abad
Kesembilan: Kuala Lumpur.
Siti Aisah Murad, (2010). Kesusasteraan Melayu Moden, 1970-1979:
Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.
http://bahasamelayunisenu/2010/12/definisi-kesusasteraan.htmlhttp://bahasamelayunisenu/2010/12/definisi-kesusasteraan.htmlhttp://bahasamelayunisenu/2010/12/definisi-kesusasteraan.html