2
Diciptakan rasa cinta itu dengan rasa benci. Dan bukannya rasa benci itu tandanya tidak rasa cinta. Tapi perasaan yang tidak mahu berkongsi rasa dengan sesiapa Tapi kata mereka , itu cemburu namanya. Tapi diri ini tidak dicipta untuk dicintai dan mencintai. Diri kosong. Sendirian. Kesepian walaupun dikalangan ramai manusia dan keriuhan dunia. Tetap seorang saja. Ada masa aku merenung dipinggiran kali, memerhatikan anak-anak ikan berenang. Seronok. Ada teman. Aku tetap seorang. Apa yang aku nantikan? Apakah puteri dari kayangan atau bidadari dari syurga? Dapatkah aku, seorang yang tidak seberapa ini? Jelasnya aku tetap seorang diri. Setiap langkahan aku, hanya aku seorang diri yang bertapak. Tapi agakkan aku tersalah jugak. Kerana Allah itu bersama aku sentiasa. Di segenap penjuru, disetiap arah, dimana bertempat, meliputi. Kesedaran aku

Diciptakan Rasa Cinta Itu Dengan Rasa Benci

Embed Size (px)

DESCRIPTION

SYAIR DIRI4

Citation preview

Page 1: Diciptakan Rasa Cinta Itu Dengan Rasa Benci

Diciptakan rasa cinta itu dengan rasa benci. Dan bukannya rasa benci itu tandanya tidak rasa cinta. Tapi perasaan yang tidak mahu berkongsi rasa dengan sesiapa Tapi kata mereka , itu cemburu namanya. Tapi diri ini tidak dicipta untuk dicintai dan mencintai. Diri kosong. Sendirian. Kesepian walaupun dikalangan ramai manusia dan keriuhan dunia. Tetap seorang saja. Ada masa aku merenung dipinggiran kali, memerhatikan anak-anak ikan berenang. Seronok. Ada teman. Aku tetap seorang. Apa yang aku nantikan? Apakah puteri dari kayangan atau bidadari dari syurga? Dapatkah aku, seorang yang tidak seberapa ini? Jelasnya aku tetap seorang diri. Setiap langkahan aku, hanya aku seorang diri yang bertapak. Tapi agakkan aku tersalah jugak. Kerana Allah itu bersama aku sentiasa. Di segenap penjuru, disetiap arah, dimana bertempat, meliputi. Kesedaran aku segar kembali. Rupanya aku terlalai seketika menatap sejadah yang aku berbentangkan di waktu zuhur tadi. Terleka dengan keasyikan diri yang tidak berteman. Berona-rona khayalan. Tapi zahirnya aku kesendirian disini. Di kamar ini. Di ruang kosong ini.