6
Seorang guru merupakan satu modal insan yang perlu merangkumi segala aspek positif seperti rajin, berdedikasi, penyabar, penyayang, empati, bertol sebagainya. Guru juga merupakan satu contoh yang baik kepada murid kerana murid banyak meluangkan masa bersama guru di sekolah selain daripada ibubapa serta keluarga dan hal itu akan mempengaruhi minda dan tingkah laku seseorang pelajar yang baru melangkah kaki ke dunia persekolahan. Namun begitu, tugas gu bukanlah sesuatu tugas yang mudah seperti membuat kerja lain yang ha menggunakan tenaga badan. Guru perlu banyak bersedia dari segi mental, emosi dan fizikal bagi mengharungi cabaran yang bakal mereka hadapi terutamanya guru yang pertama kali menjalankan tugas sebagai guru misalnya di sekolah mempunyai murid yang terdiri daripada pelbagai sosiobudaya kerana mereka tidak tahu apakah cabaran yang bakal mereka hadapi. Analisis Situasi Sebagai seorang guru, saya telah ditugaskan untuk mengajar di sebuah sekolah d pinggir bandar. Sekolah tersebut merupakan kali pertama saya bertemu dengan situasi sebegitu. Namun, saya juga mempunyai satu keyakinan dalam dir bahawa saya dapat menjalankan tugas saya sebagai guru dari segi melakukan pembaharuan kepada murid-murid di sekolah tersebut. Dalam aspek ini, sekolah ini merupakan salah satu cabaran yang saya hadapi dalam menjalankan tugas saya sebagai guru. Saya terpaksa menggunakan masa yang agak lama untuk perjalanan saya dari rumah ke sekolah tersebut. leh kerana sekolah terletak di pinggir bandar, tidak banyak kemudahan awam disediakan di kawasan tersebut. !aka, saya terpaksa mencari alternati"e lain untuk membawa barang saya seperti #ahan #antu !engajar dan juga buku - buku yang gunakan tanpa rosak. Dalam aspek ini, pengurusan masa juga menjadi satu kekangan kepada saya kerana kebanyakan masa saya dibazirkan hanya unt tujuan pengangkutan ke sekolah sahaja. $spek kedua yang saya perhatikan adalah murid di sekolah yang saya menjalankan tugas terdiri daripada pelbahai jenis sosio budaya dan pelbagai kaum. !isalnya murid-murid tersebut lebih kepada beberapa etnik yang datang daripada beberapa tempat yang berlainan. %ada masa yang sama, segelintir pelajar juga merupakan anak kepada ibu tunggal yang melakukan dua pekerjaan yang membolehkan

draf esei

Embed Size (px)

DESCRIPTION

edu

Citation preview

Seorang guru merupakan satu modal insan yang perlu merangkumi segala aspek positif seperti rajin, berdedikasi, penyabar, penyayang, empati, bertoleransi dan sebagainya. Guru juga merupakan satu contoh yang baik kepada murid kerana murid banyak meluangkan masa bersama guru di sekolah selain daripada ibubapa serta keluarga dan hal itu akan mempengaruhi minda dan tingkah laku seseorang pelajar yang baru melangkah kaki ke dunia persekolahan. Namun begitu, tugas guru bukanlah sesuatu tugas yang mudah seperti membuat kerja lain yang hanya menggunakan tenaga badan. Guru perlu banyak bersedia dari segi mental, emosi dan fizikal bagi mengharungi cabaran yang bakal mereka hadapi terutamanya guru yang pertama kali menjalankan tugas sebagai guru misalnya di sekolah yang mempunyai murid yang terdiri daripada pelbagai sosiobudaya kerana mereka tidak tahu apakah cabaran yang bakal mereka hadapi.Analisis SituasiSebagai seorang guru, saya telah ditugaskan untuk mengajar di sebuah sekolah di pinggir bandar. Sekolah tersebut merupakan kali pertama saya bertemu dengan situasi sebegitu. Namun, saya juga mempunyai satu keyakinan dalam diri saya bahawa saya dapat menjalankan tugas saya sebagai guru dari segi melakukan pembaharuan kepada murid-murid di sekolah tersebut. Dalam aspek ini, lokasi sekolah ini merupakan salah satu cabaran yang saya hadapi dalam menjalankan tugas saya sebagai guru. Saya terpaksa menggunakan masa yang agak lama untuk perjalanan saya dari rumah ke sekolah tersebut. Oleh kerana sekolah tersebut terletak di pinggir bandar, tidak banyak kemudahan awam disediakan di kawasan tersebut. Maka, saya terpaksa mencari alternative lain untuk membawa barang-barang saya seperti Bahan Bantu Mengajar dan juga buku - buku yang saya gunakan tanpa rosak. Dalam aspek ini, pengurusan masa juga menjadi satu kekangan kepada saya kerana kebanyakan masa saya dibazirkan hanya untuk tujuan pengangkutan ke sekolah sahaja.Aspek kedua yang saya perhatikan adalah murid di sekolah yang saya menjalankan tugas terdiri daripada pelbahai jenis sosio budaya dan pelbagai kaum. Misalnya, murid-murid tersebut lebih kepada beberapa etnik yang datang daripada beberapa tempat yang berlainan. Pada masa yang sama, segelintir pelajar juga merupakan anak kepada ibu tunggal yang melakukan dua pekerjaan yang membolehkan mereka hanya berjumpa pada hujung minggu. Hal ini semestinya akan menggangu minda murid dari segi emosi dan mental kerana mereka akan rasa berseorangan serta tidak dapat meluahkan perasaan mereka kepada orang yang tersayang. Saya juga mengetahui bahawa tidak banyak pelajar di sekolah itu tinggal bersama ahli keluarga mereka.Pada masa yang sama juga, sebahagian besar daripada golongan pelajar ini terdiri daripada mereka yang datang dari pinggir bandar dan kawasan pedalaman juga. Maka, mereka adalah individu yang berada di garis kemiskinan dan melayakkan mereka mendapat Rancangan Makanan Tambahan (RMT). Bagi mereka yang datang dari keluarga yang sangat miskin, Rancangan Makanan Tambahan (RMT) inilah yang menjadi makanan untuk satu hari tersebut. Situasi sebegini ini pastinya menjadi satu faktor dalam kemerosotan prestasi akademik murid-murid ini kerana kebanyakan daripada mereka tidak juga mendapat sokongan daripada keluarga dan ada segelintir pelajar yang terpaksa bekerja secara sambilan bersama ahli keluarga mereka bagi mengharungi kemiskinan mereka.Satu lagi faktor yang sangat mempengaruhi prestasi akademik pelajar di sekolah yang saya menjalankan tugas saya sebagai pendidik adalah komunikasi. Kebanyakan murid di sekolah ini bertutur menggunakan dialek masing-masing kerana kebanyakan daripada mereka adalah terdiri daripada suku kaum ataupun etnik - etnik yang berlainan. Maka, pelajar-pelajar ini menghadapi kesukaran bertutur dalam Bahasa Melayu mahupun Bahasa Inggeris. Walaupun terdapat segelintir pelajar pelajar yang dapat menguasai kedua-dua Bahasa ini dari segi penulisan, namun keupayaan mereka untuk bertutur dengan lancar adalah masih lemah. Sebagai guru, saya sendiri menghadapi kesukaran untuk berkomunikasi dengan pelajar saya kerana saya tidak faham apa yang direspon oleh mereka apabila saya bertanya sesuatu kepada mereka semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Saya juga menghadapi kesukaran dalam mengajar murid saya kerana mereka kurang faham apa yang diajar oleh saya..Akhir sekali, satu situasi yang paling mengejutkan saya di sekolah tersebut adalah keadaan fizikal sekolah yang sangat tidak stabil dan keadaan bilik darjah yang memerlukan banyak pengubahsuaian dan pembaikpulihan. Pada hari pertama saya menjejak kaki saya di sekolah ini, saya melihat bahawa tiada satu bilik darjah pun mempunyai perabot yang lengkap dan sempurna. Banyak kerusi dan meja pelajar rosak dan patah tetapi dibiarkan begitu sahaja tanpa dibaiki. Perkara ini bukan sahaja berlaku pada perabot, malah kebanyakan infrastruktur di sekolah ini berada dalam situasi sebegitu dimana ia tidak diberi perhatian mahupun diuruskan dengan teratur. Ada beberapa bilik darjah murid terpaksa duduk di atas lantai beralaskan tikar sahaja. Hal ini juga secara langsung mempengaruhi prestasi akademik murid - murid kerana mereka tidak disediakan dengan persekitaran pembelajaran yang kondusif.Pandangan sayaSebagai seorang guru, pandangan saya terhadap kepelbagaian sosiobudaya yang saya lihat di sekolah ini adalah satu perkara yang sangat baru kepada saya. Saya berasal daripada kawasan bandar dan semasa saya menjadi pelajar, saya tidak pernah mengharungi keadaan seperti yang saya saksikan di sekolah ini. Saya hanya pernah mendapat cabaran dalam pendidikan iaitu bagi mendapatkan keputusan yang cemerlang. Selain itu, saya juga berasal daripada keluarga pendidik iaitu kedua-dua ibu dan bapa saya adalah warga pendidik. Maka, saya tidak pernah menghadapi kesukaran dari aspek pembelajaran serta kemudahan belajar. Saya juga tidak pernah menghadapi kesukaran dalam berkomunikasi dengan rakan-rakan dan juga orang lain seperti guru dan orang luar kerana saya tidak pernah bertembung dengan masyarakat daripada pelbagai etnik. Suasana pembelajaran saya lebih kepada persekitaran yang normal serta sekolah yang saya belajar juga merupakan antara sekolah cemerlang di daerah dan sempurna dengan semua kemudahan infrastruktur seperti Makmal ICT, padang, bilik kerja dan sebagainya.Melihat kepada situasi murid di sekolah yang saya ajar, perbezaannya adalah sangat banyak dan saya juga melihat bahawa usaha pihak berkuasa dalam menaiktaraf sekolah-sekolah di kawasan pinggir bandar adalah tidak memuaskan. Saya juga mempunyai pandangan yang serious terhadap perkara ini kerana kerajaan telah memperuntukan jumpah yang sangat banyak bagi menaiktarafkan sekolah-sekolah di pinggir bangdar dan kawasan pedalaman, namun tiada tanda bahawa usaha-usaha untuk menaiktaraf dijalankan. Pada pandangan saya, keadaan sekolah juga merupakan satu aspek yang mempengaruhi kepelbagaian sosiobudaya ini.CadanganSebagai guru, saya faham bahawa tugas pendidik adalah satu cabaran yang besar. Justeru, saya sebagai seorang guru yang berdedikasi dan rajin, saya perlulah memberikan usaha saya dalam menyesuaikan diri saya sebanyak yang boleh dalam bilik darjah yang terdiri daripada pelajar pelbagai sosio budaya. Langkah pertama yang perlu saya ambil adalah memerhatikan setiap murid secara terperinci dan mengenal latarbelakang mereka. Saya akan cuba mengetahui tentang keadaan keluarga, kehidupan seharian, kawasan tempat tinggal serta cara berkomunikasi mereka. Melalui penyelidikan ini, saya dapat mengenal murid saya dengan lebih dekat dan saya juga dapat menyediakan perancangan pengajaran saya supaya sesuai dengan murid saya. Langkah seterusnya adalah, saya akan cuba untuk berkomunikasi dengan murid mengikut cara mereka dahulu. Hal ini adalah untuk memberikan murid keyakinan bahawa mereka tidak perlu merasa rendah diri kerana tidak dapat berkomunikasi dengan baik dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Semakin saya berkomunikasi dengan pelajar, semakin pelajar dapat meluahkan perasaan dan isi hati mereka kepada saya dan hal ini akan membantu saya untuk mengenali dan memahami murid saya dengan lebih rapat lagi. Langkah seterunya, saya akan mengorganisasikan beberapa program motivasi kepada pelajar ini agar pelajar dapat melibatkan diri dalam semua hal yang berkaitan dengan bilik darjah. Sebagai contoh, saya akan menjalankan program motivasi kendiri iaitu pelajar belajar untuk menguruskan diri mereka dalam cara yang positif. Program ini bertujuan untuk mengajar murid menguruskan diri mereka dari segi keterampilan kerana kebanyakan murid hanya bertemu dengan keluarga mereka pada hujung minggu, maka ahli keluarga juga tidak dapat memainkan peranan mereka dalam mendidik anak mereka menunjukan keterampilan yang baik. Rasional saya membuat perkara ini adalah untuk meningkatkan keyakinan murid itu sendiri. Juga saya akan membuat program-program seperti karnival permainan, persembahan kebudayaan dan lain-lain.Selain itu, saya juga akan cuba untuk mengatur balik susunan kelas dan jika boleh, saya akan cuba untuk membaikpulih perabot yang rosak dan menjadikan kelas sebagai kelas lestari. Saya akan cuba untuk mengecatkelas, membersihkan kelas dan sebagainya. Persekitaran yang kondusif adalah sangat penting untuk proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan lancar. Oleh itu, saya akan mencuba sedaya upaya untuk membina satu kelas perdana yang mempunyai segala aspek seperti sudut bacaan, susunan meja dan kerusi yang baik, pencahayaan yang baik, pengudaraan yang baik, stesen buku latihan, stesen kerja dan sebagainya. Hal ini juga akan meningkatkan minat murid untuk belajar kerana persekitaran baru yang mereka lihat itu akan merangsang mereka untuk belajar.Pada masa yang sama, saya sebagai guru juga akan mendapat satu motivasi yang positif untuk merancang pengajaran dan pembelajaran saya secara kreatif dan berkesan. Hal ini akan membantu saya dan juga pelajar untuk meningkatkan minat dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Secara tidak langsung, hal ini juga akan memberikan satu perubahan yang positif dalam prestasi akademik pelajar. Pelajar yang pandai juga akan menonjol kebolehannya dalam akademik dengan baik sekali. Pada masa yang sama juga, guru dapat mengenalpasti bakat-bakat murid yang menonjol serta murid yang mempunyai potensi yang tinggi dalam akademik.Selain daripada dalam bilik darjah, saya sebagai guru yang prihatin juga akan merancang pengajaran dan pembelajaran saya di luar bilik darjah. Sevagai contohnya, saya akan membawa murid belajar matapelajaran Sains di taman herba. Juga saya akan mengajar murid untuk membuat eksperimen dalam matapelajaran tersebut agar murid lebih faham apa yang dipelajarinya. Saya akan menggunakan pendekatan ini kerana murid- murid daripada pelbagai sosio budaya ini misalnya daripada kawasan pinggir bandar adalah lebih taksub kepada pembelajaran beasaskan kemahiran dan juga mereka belajar daripada pengalaman. Oleh yang demikian, pendekatan luar bilik darjah ini mempunyai potensi untuk meningkatkan minat murid dalam pembelajaran dengan baik sekali.Saya juga akan menadakan jamuan secara kecil- kecilan dua bulan sekali untuk mengeratkan hungan silaturahim saya dengan murid-murid saya. Saya akan menyediakan penghargaan yang kecil kepada murid-murid yang menunjukan prestasi yang sangat baik dalam ujian-ujian bulanan dan juga ujian semester. Ganjaran positif seperti ini akan meningkatkan minat murid untuk lebih berusaha ke arah keputusan yang cemerlang. Hal ini juga akan memberikan satu pengajaran kepada murid yang lemah untuk berusaha juga padamasa hadapan supaya mereka juga diberi penghargaan daripada guru.Tugas sebagai guru merupakan satu cabaran yang tidak akan berhenti sehingga kita mendapat pencen. Segala yang kita belajar semasa berada di Institut Pendidikan Guru adalah secara teori dan kita tidak akan berdepan dengan siruasi-situasi sebegini sehinggalakita mendapat perlantikan kelak. Oleh yang demikian, guru yang baik perlulah bersedia dari segi fizikal, emosi, dan mental bagi mengharungi segalacabaran yang bakal tiba. Cabaran yang bakal kita hadapi adalah subjektif di mana kita tidak dapat meramal apa yang bakal datang kelak. Oleh yang demikian, kita segai guru perlu sentiasa prihatin terhadap tugas kita sebagai pendidik generasi akan datang kerana guru adalah modal insan yang melahirkan masyarakat yang bertamadun dan bersosiobudaya.