13
PENGENALAN Demi mempersiapkan diri sebagai “manusia”, manusia harus melalui proses pembelajaran. Berbeza dengan haiwan, manusia perlu menjalani proses pembelajaran untuk mencapai ke arah tersebut. Haiwan adalah sebaliknya, ketika ia dilahirkan ia sudah dilengkapi dengan kepandaian-kepandaian untuk hidup. Itik sebagai contoh apabila baru menetas dari telur, setelah beberapa waktu, tanpa perlu belajar lagi, akan sudah mampu untuk berenang. Demikian juga pada anak-anak burung, tanpa perlu belajar mereka kemudian akan mampu untuk terbang. Anak burung ini juga tahu apa yang harus mereka makan dan apa yang harus mereka tolak jika diberikan makanan yang bukan makanan burung. Keadaan ini berbeza dan berlainan daripada kehidupan manusia. Manusia lahir sebelum mampu untuk berbuat banyak perkara. Manusia perlu belajar untuk berjalan, perlu belajar untuk makan, perlu belajar untuk mengenal perkara baik dan buruk dan sebagainya. Oleh kerana itulah, manusia boleh dapat dianggap sebagai mahkluk yang akan sentiasa berkembang oleh kerana perlunya manusia kepada proses pembelajaran ini. Haiwan pula akibat daripada kejadiannya yang sudah dipersiapkan oleh alam, akan jauh ketinggalan di belakang kewujudan manusia. Oleh yang demikian, kehidupan manusia dapat didefinisikan sebagai satu proses perubahan yang berterusan. Daripada bayi, ke dewasa dan seterusnya sehingga ke akhir hayat manusia akan sentiasa berubah hasil daripada pelbagai faktor antaranya seperti yang dinyatakan di atas iaitu faktor pembelajaran. Dengan pembelajaran, manusia mampu mendapatkan autonomi terhadap dirinya sekaligus mampu memiliki autoriti terhadap alam supaya dapat dikawal dibawah pemikirannya. 1

Edu 3023

Embed Size (px)

DESCRIPTION

perkembangan kanak kanak

Citation preview

Page 1: Edu 3023

PENGENALAN

Demi mempersiapkan diri sebagai “manusia”, manusia harus melalui proses pembelajaran. Berbeza dengan haiwan, manusia perlu menjalani proses pembelajaran untuk mencapai ke arah tersebut. Haiwan adalah sebaliknya, ketika ia dilahirkan ia sudah dilengkapi dengan kepandaian-kepandaian untuk hidup. Itik sebagai contoh apabila baru menetas dari telur, setelah beberapa waktu, tanpa perlu belajar lagi, akan sudah mampu untuk berenang.

Demikian juga pada anak-anak burung, tanpa perlu belajar mereka kemudian akan mampu untuk terbang. Anak burung ini juga tahu apa yang harus mereka makan dan apa yang harus mereka tolak jika diberikan makanan yang bukan makanan burung. Keadaan ini berbeza dan berlainan daripada kehidupan manusia. Manusia lahir sebelum mampu untuk berbuat banyak perkara. Manusia perlu belajar untuk berjalan, perlu belajar untuk makan, perlu belajar untuk mengenal perkara baik dan buruk dan sebagainya. Oleh kerana itulah, manusia boleh dapat dianggap sebagai mahkluk yang akan sentiasa berkembang oleh kerana perlunya manusia kepada proses pembelajaran ini.   Haiwan pula akibat daripada kejadiannya yang sudah dipersiapkan oleh alam, akan jauh ketinggalan di belakang kewujudan manusia.

Oleh yang demikian, kehidupan manusia dapat didefinisikan sebagai satu proses perubahan yang berterusan. Daripada bayi, ke dewasa dan seterusnya sehingga ke akhir hayat manusia akan sentiasa berubah hasil daripada pelbagai faktor antaranya seperti yang dinyatakan di atas iaitu faktor pembelajaran. Dengan pembelajaran, manusia mampu mendapatkan autonomi terhadap dirinya sekaligus mampu memiliki autoriti terhadap alam supaya dapat dikawal dibawah pemikirannya.

1

Page 2: Edu 3023

1.TEORI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Perbezaan Individu.

Setiap individu yang dilahirkan adalah berbeza di antara satu sama lain.  Menurut Khairul Yusri (2007), perbezaan individu ini adalah dari segi ketidaksamaan aspek perkembangan secara fizikal, mental, sosial, emosi di kalangan individu.  Oleh demikian, guru-guru perlu memahami perkara ini di kalangan murid-murid kerana ia boleh mempengaruhi pembelajaran di dalam kelas. 

Menurut pandangan Tang (1993), perbezaan individu adalah satu hakikat yang tidak boleh dinafikan dan perkara ini sering diabaikan apabila manusia mengambil tindakan untuk menyelesaikan sesuatu masalah.  Sebagai seorang guru, adalah betapa penting untuk mengetahui dan mengambil perhatian terhadap wujudnya perbezaan individu dengan mengetahui setiap murid adalah berbeza dari aspek budaya, latar belakang keluarga, tahap sosioekonomi dan lain-lain lagi.  Perbezaan individu ini akan membawa kesan kepada gaya dan corak pembelajaran mereka.  Demi mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran, guru berperanan memahami dan mengenali setiap jenis murid di dalam kelas, impaknya murid dapat mencapai kejayaan daripada hasil pembelajaran mereka di sekolah. 

Pembelajaran ialah perkembangan yang melibatkan latihan dan usaha. Seseorang kanak-kanak belajar menggunakan potensi yang diperolehi melalui pembelajaran ( Hurlock, 1978).

Perbezaan antara individu boleh dilihat daripada beberapa aspek iaitu:

Kognitif – kebolehan individu menyelesaikan masalah, berbahasa, berfikir secara logik, menaakul dan mengira.

Fizikal – perbezaan dari segi paras rupa, berat, ketinggian, jantina dan rambut.

Sosial – kemahiran berinteraksi, bergantung sama ada individu tersebut bersifat introvet atau ekstrovet.

Emosi – kebolehan, mengenali, mengawal dan mengurus perasaan serta sikap sabar dan toleransi terhadap orang lain.

Kecerdasan – kecerdasan boleh didefinisikan sebagai kebolehan mendapat pengetahuan untuk menyelesaikan masalah dan menyesuaikan diri dengan kehidupan di dunia ini.

TEORI PEMBELAJARAN JEAN PIAGET

Teori pembelajaran Piaget lebih menekankan kepada konsep perkembangan, pertumbuhan kecerdasan yang dipengaruhi oleh lingkugan sosial dan kematangan. Ahli psikologis yang berasal dari Switzerland menyatakan bahawa semua kanak-kanak mempunyai kecenderungan yang berbeza mengikut keupayaan dan kebolehan masing-masing. Menurut Piaget ada 4 tahap perkembangan yang akan dilalui oleh semua kanak-kanak.

2

Page 3: Edu 3023

1) Tahap sensorimotor iaitu dari lahir sehingga berumur 2 tahun di mana kanak-kanak akan memerhati dan melalui pengalaman akan mempelajari sesuatu yang dilihat, dirasa dan disentuh.Pada peringkat ini kanak-kanak akan menggunakan deria motor untuk memahami dan berinteraksi dengan persekitaran. Pada tahap ini juga tiada konsep pengekalan kerana kebolehan mental sangat terhad kepada objek yang dapat dilihat sahaja.

2) Tahap pra-operasi iaitu dari 2 tahun hingga 7 tahun di mana kanak-kanak mula menggunakan kecekapan kemahiran motor kasar dan halus untuk meneroka sesuatu yang baru. Pada peringkat ini kanak-kanak mula memahami simbol dan keupayaan berbahasa yang sangat terhad untuk mengambarkan sesuatu konsep. Perkembangan kognitif akan menjadi lebih pesat apabila kanak-kanak mula fasih bertutur.

3) Tahap operasi konkrit iaitu dari 7 tahun hingga 11 tahun di mana kanak-kanak mula menggunakan pengetahuan dan akal fikiran untuk mempelajari sesuatu yang konkrit. Kebanyakannya pada tahap ini kanak-kanak memerlukan objek dan peristiwa-peristiwa sebelum dapat menyelesaikan beberapa masalah. Pada peringkat ini juga kanak-kanak sudah boleh mempelajari lebih daripada satu perkara dalam satu masa. Namun demikian keupayaan berfikir secara logik masih terbatas kepada konkrit sahaja.

4) Tahap operasi formal iaitu berumur 11 tahun ke atas yang akan lebih mempelajari sesuatu yang lebih abstrak.( dari konkrit ke abstrak).Ini adalah peringkat perkembangan kognitif yang paling penting di mana kanak-kanak akan berusaha menyelesaikan masalah yang konkrit dan abstrak. Penglibatan kanak-kanak yang lebih aktif akan menggalakan perkembangan pemikiran dan membuat penaakulan.

Merujuk kepada tahap-tahap perkembangan di atas, Piaget telah menunjukkan semua kanak-kanak cuba mengadaptasikannya mengikut kepada pengalaman dan kesesuaian keadaan. Adaptasi dan keseimbangan adalah saling berkait dan saling mempengaruhi antara satu sama lain. Urutan setiap tahap tersebut tidak dapat diubah dan saling berkaitan secara tidak langsung.Menurut Piaget proses perubahan tingkahlaku individu untuk mengadaptasikan diri dalam alam sekitar adalah sebenarnya proses pembelajaran. Proses asilimasi di mana semua pengalaman lalu akan akan dikaitkan dengan pengalaman yang baru untuk menghasilkan sesuatu yang lebih baru. Pengalaman yang baru tersebut pula dinamakan akomodasi iaitu satu proses yang merubah struktur kogniti.

TEORI PEMBELAJARAN LEV VYGOTSKY.

Lev Vygotsky adalah seorang ahli psikologis, dan karyanya sangat terkenal di dunia barat pada tahun 1960an. Teori Vygotsky lebih menekankan kepada interaksi antara aspek internal dan eksternal dalam pembelajaran . Menurut Vygotsky sistem sosial sangat penting dalam perkembangan kognitif kanak-kanak. Mereka akan berinteraksi dan berkolaborasi untuk mengembangkan sesuatu yang baru. Vygotsky menekan bahawa perkembangan kognitif seseorang kanak-kanak sangat dipengaruhi oleh sosial dan budaya . Teori beliau juga ada menyebut mengenai “scaffolding” iaitu memberikan sejumlah besar bantuan pada tahap awal pembelajaran dan kemudian mengurangi bantuan tersebut dan memberikan kesempatan kepada kanak-kanak mengerjakan sendiri. Bantuan yang diberi adalah seperti peringatan, petunjuk dan dorongan sehingga kanak-kanak tersebut boleh melakukannya. Dalam teori ini menyatakan potensi murid dapat dikembangkan melalui usaha dan pengalaman sendiri dalam proses pembelajaran, sehingga ke satu peringkat kanak-kanak akan boleh melakukannya sendiri tanpa bantuan orang lain.

3

Page 4: Edu 3023

KONSEP KONSTRUKTIVISME VYGOTSKY

Merujuk kepada gambarajah di atas , Vygotsky telah menerangkan mengenai konsep “scaffolding” . Kanak –kanak mempunyai had perkembangan individu yang berbeza. Setiap kanak-kanak akan melalui proses pembelajaran dengan bantuan rakan dan guru sehingga berjaya menguasai dengan sendiri. Proses ini akan berulang-ulang berkali-kali sehingga kanak-kanak mempunyai keyakinan untuk melakukannya sendiri walaupun masih mengharapkan bimbingan daripada orang lain. Pada peringkat ini kanak-kanak akan menunjukkan kebolehan menyelesaikan masalah melebihi daripada kebolehan diri sendiri. Pada satu peringkat dimana kanak-kanak berjaya melakukan aktiviti-aktiviti yang sukar tanpa bantuan orang lain berdasarkan pengalaman masing-masing.

IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN VYGOTSKY TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.

1. Pembelajaran dijalankan secara koperatif supaya murid-murid dapat berinteraksi antara satu sama lain. Contoh dalam mata pelajaran sains, murid akan diminta membuat satu uji kaji mengenai tumbuhan dalam kumpulan. Mereka akan berbincang dan mengeluarkan pendapat masing-masing dengan menggunakan pengetahuan sedia ada untuk mencapai satu keputusan.

2. Konsep bantu sepenuhnya dan cuba sendiri dalam pembelajaran merupakan satu interaksi pengalaman yang berkesan. Contohnya ada sekumpulan murid dalam ujikaji sains seperti diatas memerlukan bantuan guru untuk memberi idea dan menggerakkan mereka dalam aktiviti tersebut sehingga mencapai satu keputusan.

3. Perkembangan kognitif murid akan lebih teransang sekiranya pengetahuan sedia ada digunakan dalam proses pembelajaran. Contohnya dalam aktiviti seperti di atas juga, murid akan cuba menggunakan pengalaman masing-masing untuk di adaptasikan dalam ujikaji sains tersebut. Semasa proses ini berlansung pelbagai percubaan yang berulangkali dilakukan sehingga objektif dapat dicapai.

4

Page 5: Edu 3023

 Pendekatan sosio-budaya

                        Menurut Dr.Ragbir Kaur Joginder Singh (2012) Vygotsky telah memerhati dan mengkaji peranan budaya dan komunikasi interpersonal kepada perkembangan kognitif kanak-kanak. Beliau berpendapat bahawa perkembangan pembelajaran berlaku dalam konteks sosial iaitu melalui persekitaran dunia kanak-kanak yang dikelilingi dengan orang dewasa yang berinteraksi dengan mereka sejak mereka dilahirkan.

                        Menurut Dr.Ragbir Kaur Joginder Singh (2012) lagi, melalui interaksi dengan orang dewasa di sekeliling mereka, kanak-kanak akan dapat menguasai tabiat dan peraturan budaya, gaya bahasa, penulisan serta simbol-simbol budaya.  Interaksi ini mendorong perkembangan kognitif mereka dengan memberi makna membina atau konstruk pengetahuan.

                        Ini dapat dijelaskan apabila kanak-kanak banyak berinteraksi dengan orang sekeliling mereka, mereka akan dapat mengenali budaya mereka dengan mendalam. Sebagai contoh, kanak-kanak berbangsa Melayu mendapat pengetahuan tentang cara makan budaya Melayu dengan menggunakan tangan kerana mereka telah melihat perlakuan itu digayakan oleh ahli keluarga mereka. Mereka akan memahami keadaan itu dan menghormati budaya tersebut. Manakala bagi bangsa Cina pula, kanak-kanak berbangsa Cina telah mengetahui cara makan mereka menggunakan perlatan yang dipanggil ‘chopstik’ atau penyepit sejak mereka lahir kerana mereka memerhatikan keadaan tersebut pada awal kehidupan mereka melalui perlakuan ahli keluarga mereka.

                        Vygotsky menekankan peranan orang dewasa dan kanak-kanak dalam perkembangan seorang individu. Menurut Vygotsky kanak-kanak lahir dengan kemampuan untuk memahami dunia luar dan memusatkan perhatian terhadap sesuatu perkara. Namun demikian, mereka tidak banyak memiliki fungsi mental yang bertahap tinggi seperti kemahiran berfikir tinggi dan kemahiran menyelesaikan masalah.  

                        Secara keseluruhannya boleh dirangkumkan bahawa pendekatan sosio-budaya ialah hasil gabungan antara pendekatan behaviorisme dan pendekatan kognitivisme. Oleh itu, pendekatan ini mengambil kira penekanan ahli behaviorisme ke atas kesan atau hasil sesuatu tingkahlaku dan minat ahli kognitif ke atas impak hasil daripada kepercayaan serta harapan murid itu. Pendekatan ini boleh dikaitkan dengan teori efikasi kendiri dalam memotivasikan murid. Pendekatan ini juga mementingkan penglibatan manusia dalam aktiviti atau bertingkah laku agar dapat mengekalkan identiti dan hubungan interpersonal dalam suatu masyarakat.

Kesimpulannya, faktor pengalaman dan faktor sosio-budaya akan mempengaruhi perbezaan individu tersebut. Dengan pendedahan kepada kedua-dua faktor ini perkembangan kanak-kanak akan lebih simbang dan menyeluruh.

5

Page 6: Edu 3023

B. Sekiranya anda adalah guru kepada murid tersebut, cadangkan bagaimana anda dapat menangani perbezaan individu murid untuk membantu mereka mencapai perkembangan yang seimbang dan menyeluruh.

Menurut Dunn dan Dunn (1982), terdapatnya unsur-unsur daripada lima rangsangan

yang mempengaruhi gaya pembelajaran seseorang individu iaitu, emosi, fisiologi,

persekitaran, sosial dan psikologi.  Unsur-unsur tersebut merupakan faktor-faktor yang

memainkan peranan penting dalam pembentukan pelbagai jenis gaya pembelajaran murid.

Pertama ialah rangsangan emosi adalah berkait rapat dengan perasaan jiwa

seseorang.  Terdapat dua unsur utama iaitu  dua aspek iaitu motif dan insentif. Insentif ialah

galakan yang mendesak seorang individu supaya bertindak untuk mendapat ganjaran.

Manakala motif ialah unsur yang lebih penting daripada insentif untuk merangsang murid

dalam pembelajaran. Motif yang berasal daripada dalaman seorang dapat menggerakkan

individu untuk mencapai pembelajaran sempurna.

Konsep motivasi juga dapat dijelaskan berdasarkan ciri-ciri individu atau

sifat/perangai. Sebagai contohnya, ada pelajar yang bertindak melakukan sesuatu

disebabkan keinginan yang tinggi untuk berjaya tetapi ada pula yang bertindak disebabkan

takut untuk gagal, mungkin juga mereka bertindak kerana minat yang sangat mendalam

dalam perkara itu, dan mungkin pula semata-mata disebabkan rasa bertanggungjawab

kepada kedua ibubapa yang menaruh harapan begitu tinggi terhadap mereka.

Ada pula ahli Psikologi yang berpendapat bahawa konsep motivasi dirujukkan

kepada keadaan diri seseorang buat masa itu sahaja. Sebagai contoh, semua pensyarah

yang mengikuti kelas psikologi berusaha memberi sepenuh perhatian terhadap kuliah hari

itu kerana mereka tahu apa yang diajar penting untuk ujian kenaikan pangkat. Pada

dasarnya, motivasi yang terbentuk pada sesuatu ketika itu adalah gabungan antara

traits(sifat/perangai) diri dan keperluan pada masa itu. Persoalan yang boleh diajukan

kepada diri sendiri: Adakah saya berada dalam bilik kuliah hari ini disebabkan saya

menghargai ilmu, atau adakah kerana saya perlu menduduki ujian? Satu kesimpulan boleh

dibuat bahawa motivasi bergantung kepada dua faktor, iaitu faktor dalaman dan faktor

luaran yang masing-masing dikenali sebagai motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik.

Kedua, rangsangan fisiologi.  Unsur-unsur yang terkandung dalam rangsangan

fisiologi ini ialah persepsi, pemakanan, waktu tertentu dan mobiliti.  Menurut Atan Long

(1988), pembelajaran merupakan satu proses yang bermula dengan rangsangan yang

diterima oleh pancaindera.  Persepsi pancaindera merujuk kepada penggunaan kesemua

lima pancaindera sewaktu memproses dan mengingat maklumat oleh setiap individu.  Model

Dunn dan Dunn mendedahkan keperluan variasi cara belajar.  Dalam  Model Dunn dan

Dunn menekankan pembelajaran menggunakan kaedah untuk mengingat informasi iaitu

secara visual dengan pembelajaran melalui pemerhatian,  pendengaran dengan

pembelajaran dalam keadaan yang ada suara latar belakang, persepsi taktual dengan

pembelajaran melalui sentuhan dan persepsi kinestetik dengan pembelajaran melalui

melakukan aktiviti fizikan dan gerak kerja. 

         

6

Page 7: Edu 3023

            Ketiga, rangsangan persekitaran merangkumi empat unsur yang utama iaitu cahaya.

Kadar terangnya cahaya merupakan faktor penting yang mempengaruhi gaya pembelajaran

setiap individu. Misalnya, ada yang suka belajar dengan lampu terang benderang dan ada

yang suka belajar dengan cahaya yang sederhana terang sahaja. Secara amnya, tidak

ramai orang suka belajar di bawah cahaya yang malap atau terlalu terang.Kedua, jenis

bunyi pula menghasilkan gaya pembelajaran yang beraneka jenis. Misalnya, terdapat pelajar

yang suka belajar dengan bunyi muzik atau di tempat yang ada siaran radio atau televisyen.

Sebaliknya, terdapat pelajar yang hanya boleh menumpukan perhatian terhadap

pembelajarannya dalam keadaan yang senyap sunyi dan tenteram..  Ketiga, keadaan suhu .

Biasanya, suhu yang sejuk dan nyaman dapat mempertingkatkan keberkesanan

pembelajaran. Ramai pelajar tidak suka belajar  di bawah cuaca panas tanpa atau berhawa

dingin. Akhir sekali, reka bentuk tempat belajar. Misalnya susunan meja-kerusi dalam bilik

darjah yang selesa juga boleh mempertingkatkan keberkesanan pembelajaran. Keselesaan

tempat duduk dapat mengurangkan keletihan pelajar dalam sepanjang masa persekolahan.

Maka, ramai pelajar suka belajar di tempat duduk yang sesuai dengan gaya duduk

tersendiri.

Keempat ialah rangsangan sosial mengandungi empat unsur iaitu perseorangan,

berpasangan, rakan sebaya atau berkumpulan dan orang dewasa.  Unsur perseorangan ini

terdapat pelajar yang suka bersendiri, jadi gaya pembelajarannya juga perseorangan iaitu

dia suka belajar diri sendiri dan tidak berharap orang lain berdamping dan ganggunya

semasa belajar. Manakala keadaan ini berlainan dengan unsur berpasangan.  Individu yang

suka belajar berpasangan adalah individu yang mempunyai pasangan karib yang sentiasa

belajar bersama dengannya boleh memperolehi lebih banyak kemajuan melalui interaksi

dua hala.  Pembelajaran dalam bentuk kumpulan biasaanya melebihi daripada dua orang

rakan sebaya yang banyak melibatkan perbincangan, sumbangan dan perkongsian idea

tentang pembelajaran mereka.  Selain itu, orang dewasa juga boleh mempengaruhi gaya

pembelajaran seseorang pelajar, khasnya orang dewasa yang disanjungi. Pelajar yang suka

belajar dengan orang dewasa yang disanjung akan bersempat mengemukakan soalan-

soalan tentang masalah yang dihadapi semasa belajar. Bimbingan orang dewasa, misalnya

ibu bapa bukan sahaja dapat membantunya menyelesaikan masalah masalah pembelajaran

yang dihadapinya tetapi juga dapat meningkatkan semangat serta keyakinannya terhadap

pembelajaran. 

            Rangsangan yang kelima ialah rangsangan psikologi yang terdiri daripada elemen-

elemen yang berikut seperti analitikal dan global, impulsif dan refleksif serta dominan otak

kiri dan dominan otak kanan .Pelajar yang mempunyai gaya pembelajaran analitik ialah

pelajar yang suka belajar sesuatu dengan secara teliti. Mereka suka menganalisa fakta dan

isi pelajaran secara terperinci. Gaya pembelajaran global pula merujuk kepada pelajar

yangsuka belajar sesuatu dengan keseluruhan dengan mengamati aspek-aspek atau

perkara secara menyeluruh atau holistik.  Murid yang impulsif pelajar belajar bergantung

kepada angin atau moodnya. Angin yang baik mendorong pelajar belajar dengan

bersungguh-sungguh. Jika sebaliknya yang berlaku, dia akan berangan-angan dan tidak

memberi tumpuan. Sebaliknya dengan murid reflektif, mereka  suka belajar dengan cara

berfikir. Pelajar ini lebih suka menggunakan kemahiran berfikir untuk membuat kajian,

membentuk hipotesis, menganalisis, mentafsir dan membuat kesimpulan.

7

Page 8: Edu 3023

Kesimpulannya, guru-guru perlu mengaplikasikan rasangan-rasangan tersebut

kedalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya dapat menangani masalah tersebut

dan dapat membantu murid mencapai perkembangan yang seimbang.

            Otak manusia terbahagi kepada dua bahagian iaitu otak kiri dan otak kanan.  Fungsi

otak yang berbeza akan mempengaruhi gaya pembelajaran setiap individu.  Otak kiri akan

mengawal tindakan manusia dari aspek bahasa, matematik, logik, dan analisis.  Manakala

otak kanan berfungsi dalam aspek ruang, lukisan, corak holistik, rentak dan irama. 

Sementara itu, kategori murid juga diambil kira untuk menentukan gaya pembelajaran

seseorang individu seperti murid-murid global, murid-murid auditori, murid-murid visual dan

sebagainya.

            Menurut Murforn dan Honey (1986), terdapat empat gaya pembelajaran

iaitu gaya pembelajaran secara aktivis, reflektif, teoris dan pragmatis. 

Pertama, gaya pembelajaran aktivis ini menekankan individu ini suka orang yang melibatkan

diri secara aktif an agresif dalam aktiviti pembelajarannya.  Mereka bersikap tidak sabar dan

mempunyai naluri ingin tahu yang tinggi.  Dengan motivasi intrinsik yang kuat maka mereka

sering mengambil inisiatif menyelesaikan masalah dengan menggunakan kemahiran berfikir

secara kritis dan kreatif.  Melalui aktiviti P&P, mereka suka mencari pengalaman baru

melalui pembelajaran mereka.  Golongan ini kreatif dan dapat mewujudkan idea serta jalan

penyelesaian yang menarik dalam situasi-situasi pengajaran dan pembelajaran yang

ditimbulkan oleh guru.  Kelemahan mereka adalah sering mengambil sesuatu tindakan

tanpa berfikir dengan lebih mendalam.  Pelajar yang tergolong dalam kumpulan ini biasanya

melibatkan diri dalam latihan amali, permainan, sukan dan aktivti kokurikulum. Oleh itu,

strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai digunakan ailah kaedah inkuiri

penemuan, kaedah projek, penyelesaian masalah, kerja praktik, perbincangan,

sumbangsaran, buzz, simulasi dan main peranan.  

            Kedua, gaya pembelajaran reflektif merujukkan individu ini orang yang suka

memerhati, memikir dan membuat refleksi kendiri terhadap apa yang dipersepsikan dalam

alam sekitar. Mereka mempunyai idea sendiri, memerhati, menyoal siasat mentafsir, menilai

serta membuat refleksi kendiri dengan kemahiran berfikir.  Guru seharusnya mengajar

dengan menunjukkan segala contoh yang mempunyai sifat kebenaran, sebab murid yang

suka belajar dengan gaya ini adalah mereka suka berfikir perkara alam sekitar, mencari

hakikat sebenar serta mereka suka menafsir dan menilaikan perkara, prinsip, keputusan

atau projek.  Gaya pembelajaran ini adalah mendorong murid menjadi seorang pendengar

yang baik,  bersikap berhati-hati dan berfikir dengan teliti untuk melaksanakan sesuatu

perkara. 

            Ketiga, gaya pembelajaran teoris dengan gaya pembelajaran yang suka

menggunakan prinsip dan teori membuat kesimpulan.  Menurut kajian Honey dan Mumford

(1992), murid teoris menggunakan fikirannya yang logik dan rasional dalam membuat

sesuatu keputusan.  Gaya pembelajaran ini mempunyai ciri-ciri seperti berikut berfikir secara

8

Page 9: Edu 3023

rasional dan logikal, bersikap disiplin dan kurang kreatif.  Gaya pembelajaran ini adalah lebih

kepada pembelajaran hipotesis, menguji hipotesis dan membuat kesimpulan melalui bukti

yang dicari.  Juterus, murid-murid yang suka gayapembelajaran ini adalah sentiasa suka

mengesan sebab dan akibat sesuatu perkara.  Mereka lebih cenderung ke arah ketepatan

dan kesempurnaan.  Sebaliknya mereka rasa kurang senang dengan perkara yang tiada

ketentuan dan tidak teratur.    

            Keempat, gaya pembelajaran pragmatis adalah pelajar yang bersifat praktikal dan

mementingkan hakikat yang sebenar daripada teori, hukum atau prinsip yang sedia ada. 

Murid ini bersifat praktikal dan ekspresif, mementingkan hakikat sebenar dan hanya percaya

kepada perkara yang dilihat.  Sementara itu, dalam aktiviti P&P, murid ini suka membuat

perbandingan terhadap perkara yang dibelajari. Golongan pelajar di bawah gaya

pembelajaran pragmatis menggunakan bahan-bahan konkrit untuk menjalankan aktviti

pembelajaran. Oleh itu gaya pembelajaran yang sesuai digunakan untuk golongan pelajar ini

ialah kaedah kerja praktik, strategi pemusatan bahan termasuk bahan elektronik, carta dan

gambar rajah serta kaedah deduksi yang melibatkan aplikasinya.

            Selain daripada empat gaya pembelajaran ini, Slavin (1994) juga memperkenalkan

dua jenis gaya pembelajaran iaitu gaya pembelajaran bergantung dan gaya pembelajaran

yang tidak bergantung.  Murid yang memegang gaya pembelajaran bergantung ini adalah

lebih berfokus kepada bidang kognitif dalam semua pola dan menerima secara

keseluruhan.  Murid ini suka dibimbing oleh orang yang disanjungi.  Mereka bergantung

kepada motivasi dan pengajaran guru.  Sementara itu, mereka mempersepsi sesuatu situasi

atau pola secara menyeluruh.  Kelemahan mereka ialah tidak dapat menentukan objektif

pembelajaran dan bersikap menurut perintah dengan belajar tanpa menyoal. 

            Manakala bagi murid yang belajar dengan gaya pembelajaran tidak bergantung ini

adalah mementingkan analisis bahagian-bahagian pola atau corak secara terperinci.  Murid

ini suka mengamati perkara secara analitik, menentukan objektif pembelajaran sendiri dan

kurang sensitif terhadap pandangan orang lain.  Justeru, mereka mempunyai motivasi

intrinsik yang kuat dan dapat mengurus pembelajaran sendiri.  Semasa pembelajaran,

mereka suka berfikir secara kritis dan kreatif serta membelajari sesuatu dengan inisiatif

sendiri tanpa bergantung kepada orang lain. 

            Kesimpulannya, kefahaman tentang gaya pembelajaran amat penting untuk

seseorang pendidik dan murid.  Ini disebabkan gayapembelajaran yang sedia ada pada

murid dapat mendorong seseorang pendidik merancangkan pendekatan P&P yang

berkesan.  Guru perlu mempelbagaikan teknik, pendekatan pengajaran, bahan dan aktiviti

yang disediakan mengikut aras aspirasi murid.  Justeru, guru berperanan sebagai kaunselor

atau pembimbing dengan sentiasa memberikan sokongan dan memotivasikan murid.  Murid

adalah berperanan mengenalpasti gaya pembelajaran masing-masing melalui sesi temubual

dengan pihak sekolah terutamanya kaunselor atau guru darjah.  Murid juga perlu diberikan

pengetahuan tentang kepentingan gaya pembelajaran terhadap pembelajaran mereka.   

9

Page 10: Edu 3023

BIBLIOGRAFI

Abdul Aziz Shukur, Ramlah Jantan, Suppiah Nachiappan. (2007). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur. Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Amir Awang. (1984). Pengantar Bimbingan dan Kaunseling di Malaysia. Pulau Pinang. Penerbitan USM.

Azlia Abu Bakar. (2005). Psikologi Personaliti Individu. Shah Alam, Selangor. Karisma Publications Sdn. Bhd.

Consult G.E. Partidge. (2010) Genetic Philosophy of Education. Selangor. Selangor Cetak Publication Sdn. Bhd.

Mohd. Amin H.A. Shariff. (2003). Perkembangan Kanak-kanak. Kuala Lumpur. Dawana Sdn. Bhd.

Mohd Salleh Lebar. (1994), Asas Psikologi Perkembangan. Kuala Lumpur : Utusan Publication.

Mok Soon Sang. (2012). Perkembangan Kanak-kanak. Ipoh, Perak. Penerbitan Multimedia

Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang. (2012). Prinsip Teras Pengajaran & Pembelajaran. Puchong, Selangor. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang. (2006). Psikologi Pendidikan untuk Pengajaran-Pembelajaran. Puchong, Selangor. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang. (2007). Pengurusan Bimbingan dan Kaunseling. Puchong, Selangor. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Noriati A. Rashid, Lee Keok Cheong, Zulkifli Mahyuddin et sl.(2012) Falsafah & Pendidikan

Malaysia. Kuala Lumpur : Oxford Fajar Sdn Bhd

Wong Kiet Wah, Khairuddin Ahmad, Maridah Hj. Alias et al. (2013) Perkembangan Kanak-

Kanak.Kuala Lumpur : Oxford Fajar Sdn Bhd.

Suresh Vadiveloo. Pertumbuhan dan Perkembangan Kanak-kanak. Dilayari pada 27 Ogos 2015 di URL http://dpli-sls.blogspot.com/

Tiada pengarang. Isu-Isu Berkaitan Teori Piaget . Retrived on 18 Ogos 2015 , from http://teoripiaget.blogspot.com/ .

Tiada Nama Pengarang. Teori Lev Vygotsky. Dilayari pada 27 Ogos 2015 di URL http://notapismpks.blogspot.com/2011/06/pkk-teori-lev-vygotsky.html

Tiada Nama Pengarang. Psikologi Perkembangan Kanak-kanak. Dilayari pada 27 Ogos 2015 di URL http://rujuknota.blogspot.com/2009/07/psikologi-perkembangan-teori.html

Tiada pengarang (2012). Perbezaan Individu. Retrived on 17 Ogos 2015, from

http://insaniah-gurudpli2012.blogspot.com/2012/08/perbezaan-individu.html

10

Page 11: Edu 3023

11