4
Soalan 3 Penggunaan laman sosial menggeratkananggota masyarakatnegara ASEAN Siapa di antara kita yang masih lagi tidak tahu apa itu laman web sosial? Laman web sosial kini menjadi pengantara antara seseorang individu dengan individu lain untuk tujuan tertentu. Laman web sosial dapat menghubungkan individu tersebut, baik dalam negara ataupun luar negara dengan individu lain. Dewasa kini, banyak laman web sosial yang wujud menjadi pengantara seluruh dunia dan Negara-negara ASEAN juga tidak ketinggalan dalam pengaplikasian perhidmatan ini. Antara laman web yang popular dan menjadi pilihan serta kegilaan pelbagai peringkat umur ialah Facebook, Twitter, Friendster, Bebo,dan Myspace. Kebanyakan perkhidmatan rangkaian sosial adalah berasaskan web dan menawarkan pelbagai cara interaksi antara pengguna, seperti perbualan dalam talian, bertukar pesanan, e-mel, video, perbualan suara, perkongsian fail, blog, kumpulan perbincangan, dan sebagainya. Dengan adanya laman web sosial seperti ini, masyarakat antara Negara ASEAN khususnya boleh berhubung atau berkomunikasi dengan cepat berbanding dengan sebelum ini iaitu sebelum terciptanya teknologi maklumat dan komunikasi. Perkhidmatan rangkaian sosial merupakan satu perkhidmatan yang menumpukan pada pembinaan dan pengesahan rangkaian sosial dalam talian untuk satu komuniti yang berkongsi kegemaran dan aktiviti, atau kepada mereka yang berminat dalam mengetahui kegemaran dan aktiviti orang lain. Oleh itu, dengan adanya perhidmatan web laman sosial ini, ianya mampu mengeratkan lagi hubungan sesame ahli anggota ASEAN. Apa itu Negara ASEAN? ASEAN Association of Southeast Asian Nations (ASEAN) atau Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 di Bangkok, Thailand. Pengasas ASEAN ialah Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand.Brunei Darussalam menyertai ASEAN pada 8 Januari 1984, Vietnam pada 28 Julai 1995, Laos dan Myanmar pada 23 Julai 1997 dan Cambodia pada 30 April 1999 menjadikan jumlah keseluruhan anggota ASEAN kepada 10 negara sehingga kini. Namun begitu, Negara baharu Timor Leste , dahulunya dalam Indonesia, terpaksa berhempas pulas untuk mendapat status pemerhati dalam ASEAN.

Esai Asean

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Asean

Citation preview

Page 1: Esai Asean

Soalan 3

Penggunaan laman sosial menggeratkananggota masyarakatnegara ASEAN

Siapa di antara kita yang masih lagi tidak tahu apa itu laman web

sosial? Laman web sosial kini menjadi pengantara antara seseorang individu

dengan individu lain untuk tujuan tertentu. Laman web sosial dapat menghubungkan

individu tersebut, baik dalam negara ataupun luar negara dengan individu lain.

Dewasa kini, banyak laman web sosial yang wujud menjadi pengantara

seluruh dunia dan Negara-negara ASEAN juga tidak ketinggalan dalam

pengaplikasian perhidmatan ini.

Antara laman web yang popular dan menjadi pilihan serta kegilaan pelbagai

peringkat umur ialah Facebook, Twitter, Friendster, Bebo,dan Myspace. Kebanyakan

perkhidmatan rangkaian sosial adalah berasaskan web dan menawarkan pelbagai

cara interaksi antara pengguna, seperti perbualan dalam talian, bertukar pesanan, e-

mel, video, perbualan suara, perkongsian fail, blog, kumpulan perbincangan, dan

sebagainya. Dengan adanya laman web sosial seperti ini, masyarakat antara

Negara ASEAN khususnya boleh berhubung atau berkomunikasi dengan cepat

berbanding dengan sebelum ini iaitu sebelum terciptanya teknologi maklumat dan

komunikasi. Perkhidmatan rangkaian sosial merupakan satu perkhidmatan yang

menumpukan pada pembinaan dan pengesahan rangkaian sosial dalam talian untuk

satu komuniti yang berkongsi kegemaran dan aktiviti, atau kepada mereka yang

berminat dalam mengetahui kegemaran dan aktiviti orang lain. Oleh itu, dengan

adanya perhidmatan web laman sosial ini, ianya mampu mengeratkan lagi hubungan

sesame ahli anggota ASEAN. Apa itu Negara ASEAN?

ASEAN Association of Southeast Asian Nations (ASEAN) atau Persatuan

Negara-Negara Asia Tenggara ditubuhkan  pada 8 Ogos 1967 di Bangkok,

Thailand. Pengasas ASEAN ialah Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan

Thailand.Brunei Darussalam menyertai ASEAN pada 8 Januari 1984, Vietnam pada

28 Julai 1995, Laos dan Myanmar pada 23 Julai 1997 dan Cambodia pada 30 April

1999 menjadikan jumlah keseluruhan anggota ASEAN kepada 10 negara sehingga

kini. Namun begitu, Negara baharu Timor Leste, dahulunya dalam Indonesia,

terpaksa berhempas pulas untuk mendapat status pemerhati dalam ASEAN.

Namun, banyak negara dalam ASEAN tidak menyokong penglibatan Timor Leste

Page 2: Esai Asean

pada akhir 1990-an atas rasa hormat kepada Indonesia. Myanmar, terutamanya,

menentang pemberian status pemerhati kepada Timor Leste kerana sokongan Timor

Leste terhadap perjuangan Aung San Suu Kyi. Sejak kemerdekaan Timor Leste

pada Mei 2002 dan diterima sebagai negara pemerhati, ASEAN telah banyak

membantu negara baru ini. Antara tujuan penubuhan ASEAN ialah untuk,

Mempercepatkan pertumbuhan ekonomi, kemajuan sosial dan perkembangan

kebudayaan di rantau ini. Ia dijayakan melalui usaha dan tindakan bersama dengan

semangat persamaan dan perkongsian. Langkah-langkah ini sebagai usaha

mengukuhkan asas untuk sebuah masyarakat yang aman, makmur di Negara-

negara Asia Tenggara. Selain itu,  Menggalakkan keamanan dan kestabilan

serantau. Ini  hendaklah dilakukan berdasarkan hormat-menghormati sepenuhnya

keadilan undang-undang di kalangan Negara rantau ini dan patuh kepada piagam

pertubuhan bangsa-bangsa bersatu (PBB) dan Menggalakkan kerjasama yang akif

dan saling membantu terhadap perkara-perkara kepentingan bersama dalam bidang

ekonomi, sosial, kebudayaaan, teknikal,santifik  dan pentadbiran.Prinsip-prinsip

utama yang diamalkan oleh ASEAN ialah, hormat terhadap kemerdekaan, ketuanan,

kesamaan, integriti jajahan dan identiti nasional semua negara, hak untuk setiap

negara untuk memimpin kehadiran nasional bebas daripada campur tangan luar,

subversif atau koersion (coerion), penyelesaian perbezaan atau perdebatan dengan

aman, menolak penggunaan ketenteraan, kerjasama effektif antara anggota.

Dengan kewujudan laman web sosial dapat mengeratkan tali silatulrahim

antara masyarakat, mempertemukan sahabat lama terpisah mahupun

mempertemukan sahabat baharu, mengikuti perkembangan aktiviti pemimpin,

bertanya khabar dengan cara paling menjimatkan, berbincang, nasihat menasihati,

berkongsi pengalaman dan petua serta banyak lagi kebaikan yang mampu

dimanfaatkan pengguna laman web rangkaian sosial khususnya dalam kalangan

Negara anggota ASEAN

Tetapi tidak dinafikan terdapat penyalahgunaannya oleh segelintir

masyarakat. Segelintir pihak menggunakannya sebagai medium meluahkan rasa

tidak puas hati dan fitnah. Ini bukan cara terbaik kerana penyalahgunaan laman web

sosial tidak dapat menyelesaikan masalah dihadapi.

Laman sosial mempunyai kebaikan yang memberi banyak manfaat

khususnya manfaat sesama Negara anggota ASEAN. Antaranya ialah

Page 3: Esai Asean

Berkomunikasi. Boleh menghubungi teman lama yang terpisah. Mempertemukan

sahabat lama terpisah. Kita boleh mencari kembali rakan-rakan sekolah melalui

jaringan antara satu sama lain. Sambil berhubung boleh mengenang kembali kisah

lama. Kisah manis, masin, pahit, tawar dan sebagainya. Dalam konteks masyarakat

ASEAN pula, dengan adanya laman sosial ini, kita dapat berkomunikasi antara

negara-negara ASEAN. Maksudnya ialah, kita mampu untuk mencari kawan-kawan

baharu dari Negara lain dan seterusnya kita boleh berkongsi maklumat atau apa

sahaja berkenaan Negara masing-masing. Dengan itu, walaupun kita tidak pernah

pergi ke negara-negara angota ASEAN tetapi kita sudah mempunyai maklumat

berkenaan Negara-negara tersebut dan memudahkan kita sekiranya kita ingin

melawat ke mana-mana negara ASEAN kelak.

Di samping itu, laman sosial juga boleh membantu mempromosi sesuatu.

Melalui laman sosial, kita boleh mempromosikan negara kita. Sebagai contoh,

tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi di negara kita. Tambahan pula,

dengan adanya kemudahan laman sosial ini, para pengusaha syarikat di negara kita

boleh mempromosikan produk atau perhidmatan mereka kepada masyarakat negara

ASEAN dengan mudah dan cepat. Hal ini seterusnya mampu memberikan

keuntungan terhadap sesebuah negara tersebut.

Selanjutnya, Perkongsian maklumat atau ilmu dapat disalurkan dengan cepat

dan teratur. Sekiranya kita bijak mencari kawan yang sesuai dalam kalangan negara

ASEAN, kita akan mendapat maklumat terkini dengan cepat. Ada rakan-rakan yang

rajin berkongsi berita dan maklumat untuk dikongsi bersama. Sebagai contoh, laman

sosial dapat menggantikan television untuk mengetahui berita terkini. Malah

perbicaraan mahkamah diketahui dengn serta merta melalui twitter dan laman web

tertentu. Peristiwa terkini dapat diketahui serta merta. Ilmu dalam bidang perubatan,

teknologi dan sebagainya juga dapat disebarkan. Laman web sosial seperti ini

sebenarnya dapat memberikan banyak kebaikan kepada masyarakat ASEAN

sekiranya digunakan dengan betul.

Sererusnya, Laman sosial juga mampu memperkukuhkan perpaduan dalam

kalangan masyarakat ASEAN. Perpaduan yang teguh dalam kalangan masyarakat

ASEAN akan mampu menjamin hubungan yang baik dan harmoni dalam kalangan

anggota negara ASEAN. Perpaduan yang baik juga akan menjamin keselamat

rakyat negara-negara ASEAN yang ingin melancong ke mana-mana negara dalam

kalangan ngeara anggota ASEAN. Pelbagai konflik juga dapat diselesaikan dengan

Page 4: Esai Asean

mudah tanpa sebarang pertikaian yang membawa kepada permusuhan antara

negara ASEAN. Sebagai contoh pertikaian Malaysia dengan Filipina terhadap negeri

Sabah. Sekiranya masyarakat kedua-dua negara mempunyai hubungan yang baik

melalui medieum laman sosial maka pertikaian tersebut mampu diselesaikan

dengan mudah tanpa sebarang perbalahan.

Kesimpulannya, dengan pengaplikasian kemudahan perhidmatan laman

sosial dalam kalangan masyarakat ASEAN, ianya mampu menggeratkan hubungan

dan memberikan banyak manfaat dalam kalangan angota negara ASEAN. Oleh itu,

semua pihak harus mengambil laman sosial sebagai salah satu medieum yang

penting dalam memupuk semangat setiakawan dan hubungan yang erat dalam

kalangan masyarakat ASEAN bagi menjamin objektif dan matlamat penubuhan

ASEAN mampu dirialisasikan secara menyeluruh.