5
Sedasawarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia tentang isu pendidikan . Pendidikan di setiap negara di seluruh dunia kini semakin membangun dan berkembang maju dengan pesatnya . Hal ini berlaku demikian kerana wujudnya semangat berdaya saing antara satu sama lain dalam ingin mencapai negara yang cemerlang dalam pendidikan . Secara amnya yang dapat kita ketahui , pendidikan merupakan salah satu aspek penting dalam menjana pembangunan sesebuah negara . Begitulah yang sedang negara kita Malaysia laksanakan sekarang iaitu Pelan Pembangunan Pendidikan Negara (PPPN) . Banyak objektif dan matlamat yang ingin negara kita capai selaras dengan memajukan pendidikan dalam negara kita . Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan , terdapat beberapa anjakan yang menjadi sasaran yang ingin dilaksanakan dengan cemerlang . Antara anjakan yang ingin dicapai dengan cemerlang adalah transformasi keguruan sebagai profesion pilihan (2013-2025) . Oleh itu , pelbagai langkah dan kaedah yang sedang dilaksanakan serta dipertambahbaikkan demi memantapkan lagi transformasi profesion keguruan ini . Dalam memenuhi aspirasi tinggi negara ini, kita tidak boleh berdiam diri dalam persekitaran global yang semakin kompetitif. Perubahan yang berlaku bukan sekadar menambah kakitangan guru dan menambahbaik kemudahan yang sedia ada tetapi perlu memahami dinamik proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Di sinilah peranan guru yang paling utama dalam memberikan input kepada pelajarnya . Seorang guru bukanlah sahaja memikul tanggungjawab sebagai seorang pendidik , malah perlu perkara lain

Esaimen en. Irwan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

a

Citation preview

Page 1: Esaimen en. Irwan

Sedasawarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap

empat penjuru dunia tentang isu pendidikan . Pendidikan di setiap negara di seluruh

dunia kini semakin membangun dan berkembang maju dengan pesatnya . Hal ini

berlaku demikian kerana wujudnya semangat berdaya saing antara satu sama lain

dalam ingin mencapai negara yang cemerlang dalam pendidikan . Secara amnya yang

dapat kita ketahui , pendidikan merupakan salah satu aspek penting dalam menjana

pembangunan sesebuah negara . Begitulah yang sedang negara kita Malaysia

laksanakan sekarang iaitu Pelan Pembangunan Pendidikan Negara (PPPN) . Banyak

objektif dan matlamat yang ingin negara kita capai selaras dengan memajukan

pendidikan dalam negara kita . Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan , terdapat

beberapa anjakan yang menjadi sasaran yang ingin dilaksanakan dengan cemerlang .

Antara anjakan yang ingin dicapai dengan cemerlang adalah transformasi keguruan

sebagai profesion pilihan (2013-2025) . Oleh itu , pelbagai langkah dan kaedah yang

sedang dilaksanakan serta dipertambahbaikkan demi memantapkan lagi transformasi

profesion keguruan ini .

Dalam memenuhi aspirasi tinggi negara ini, kita tidak boleh berdiam diri

dalam persekitaran global yang semakin kompetitif. Perubahan yang berlaku bukan

sekadar menambah kakitangan guru dan menambahbaik kemudahan yang sedia ada

tetapi perlu memahami dinamik proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Di sinilah

peranan guru yang paling utama dalam memberikan input kepada pelajarnya . Seorang

guru bukanlah sahaja memikul tanggungjawab sebagai seorang pendidik , malah perlu

perkara lain juga harus dititikberatkan . Contohnya , kemahiran mengajar dengan betul ,

kemahiran menarik minat pelajar , bahan mengajar yang digunakan serta berpotensi

dalam melakukan perkara – perkara yang luar daripada bidang mengajar seperti mahir

dalam melakukan kerja kemahiran hidup , bersukan , seni dan lain – lain lagi . Hal ini

kerana , Kementerian Pendidikan Malaysia mahu melahirkan pendidik yang bukan

sahaja mahir dan profesional dalam mengajar malah mahir dalam melakukan apa jua

bidang yang lain . Dengan ini , kita dapat melahirkan seorang pendidik yang

berkemahiran dalam apa jua bidang selaras dengan transformasi profesion keguruan

dalam Pelan Pembangunan Pendidkan .

Page 2: Esaimen en. Irwan

Selain daripada itu , gelombang pertama (2013-2015) yang melihat kepada

pemerkasaan guru ini amatlah signifikan. Islam turut memandang tinggi profesion

perguruan sebagai pendidik dalam pembangunan ilmu, kemahiran dan sahsiah pelajar.

Seorang pendidik mestilah menyedari akan hakikat bahawa pengajaran itu merupakan

tanggungjawab dan amanah yang mesti dilaksanakan. Ini kerana kecemerlangan

pendidikan banyak bergantung kepada kualiti dan kepakaran guru. Oleh itu, guru

berkualiti merupakan faktor penentu kepada peningkatan prestasi sekolah dan

pencapaian murid . Pendidik atau tenaga pengajar pada masa kini perlulah bersikap dan

berfikiran lebih kreatif dalam mengajar murid di sekolah . Pada zaman rea serba moden

ini , pelbagai kemudahan serta kemajuan yg dapat kita lihat seperti teknologi yang

semakin pesat dan berkembang maju . Jadi , guru sebagai pengganti kepada ibu bapa

murid – murid di sekolah perlulah sentiasa mengambil berat tentang perkembangan

meraka dari semasa ke semasa . Lebih – lebih lagi dalam penggunaan teknologi seperti

telefon bimbit , laptop dan lain – lain . Hal ini demikian penting kerana mereka akan

mudah lalai dan leka serta mudah terpengaruh dengan perkara negatif . Contohnya ,

melayari internet , menjadikan telefon bimbit sebagai alat untuk hiburan sepanjang masa

, dan terlalu taksub dengan penggunaannya . Jadi , guru di sekolah perlu membimbing

dan mendidik anak murid agar mereka sentiasa terdedah kepada perkara yang baik dan

hindari daripada perkara negative . Hal ini juga baik demi menjaga prestasi pelajaran

mereka di sekolah dan menanam minat terhadap pembelajaran .

Justeru, peluang untuk para guru menjalani latihan kemahiran berterusan

serta laluan kerjaya yang lebih luas perlu diberikan perhatian selain dapat meningkatkan

lagi mutu P&P dalam perkhidmatan seorang guru. Apabila prestasi guru meningkat

secara tidak langsung ia akan memberi kesan positif kepada prestasi pelajarnya. Hal ini

demikian kerana para pelajar akan mengikuti jejak langkah gurunya dan menjadikannya

sebagai panduan untuk mereka belajar . Ini juga merupakan salah satu cara untuk

melatih dan mendidik agar mereka rajin sejak kecil lagi . Seperti pepatah melayu yang

berbunyi , bagaimana acuan , begitulah kuihnya . Para pendidik masa kini juga boleh

menyambung pelajaran mereka dengan sistem Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) yang

memberi peluang kepada mereka untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih

tinggi lagi . Ini juga secara tidak langsung dapat menambah kemahiran mereka dalam

bidang pengurusan dan bidang pengajaran .

Page 3: Esaimen en. Irwan

Di samping itu, peranan guru dalam proses penggerak P&P yang

berkualiti dan efektif turut sama meningkatkan pembangunan pendidikan sekolah.

Keadaan ini secara berterusan dapat dapat merangsangkan pelajar untuk belajar

dengan lebih seronok sesuai dengan alam pendidikan di peringkat rendah sehingga

peringkat atas. Sebaliknya, pengajaran tidak akan menjadi menarik minat pelajar apabila

guru lebih bergantung kepada kaedah syarahan berbentuk pasif dalam menyampaikan

kandungan mata pelajaran mereka . Hal ini demikian kerana , guru adalah tonggak

kepada kemajuan pembelajaran di sekolah . Guru juga memainkan peranan dalam

melakukan teknik mengajar yang betul agar murid – murid lebih memahami apa yang

dipelajari sewaktu proses P&P . Alat mengajar juga perlulah digunakan jika perlu kerana

ini akan menjadikan proses P&P itu lebih menarik . Contohnya , dalam subjek Matematik

, guru boleh menggunakan alat ‘protactor’ atau jangka lukis , dalam subjek Geografi pula

, boleh menggunakan ‘Atlas’ iaitu peta bumi mudah alih . Dengan kaedah ini , murid –

murid akan terbuka minda mereka dan dapat berfikir dengan lebih luas serta mendapat

gambaran yang jelas tentang apa yang di pelajarinya . Jadi , pengajaran menggunakan

alat mengajar sememangnya penting bagi guru di sekolah . Oleh itu, aspek kreativiti

serta inovasi P&P daripada seorang guru perlu diterokai bagi melihat apa yang ingin

mereka sampaikan menarik minat pelajarnya. Segala bentuk proses pembelajaran

berbentuk formal dan tidak formal bergantung kepada kreativiti dan peranan utama

terletak pada tanggungjawab guru. Inilah transformasi negara yang kita kehendaki yang

dapat dimanfaatkan dalam sistem pendidikan negara.

Tambahan pula , dalam merencanakan profesion guru cemerlang ini juga

dalam abad ke-21 penyediaan geran penyelidikan juga adalah penting untuk membantu

menaiktarafkan profesionalisme guru dalam kemajuan kerjaya mereka. Kemudahan

geran penyelidikan misalnya turut memberi laluan kepada para guru untuk

meningkatkan pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi adalah terbuka luas . Hal ini

demikian kerana dapat member peluang kepada guru – guru yang ingin melanjutkan

pelajaran . Dengan ini , kita dapat melahirkan guru yang lebih berkaliber serta

berkemahiran tinggi dalam aspek pendidikan .

Page 4: Esaimen en. Irwan