Upload
asraf-rahmat
View
1.938
Download
80
Embed Size (px)
DESCRIPTION
kesantunan
Citation preview
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KAMPUS DARUL AMAN 06000 JITRA
KEDAH DARUL AMAN
PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PPISMP)
AMBILAN JUN 2013
KERJA KURSUS BERASASKAN ILMU (KKBI)
___________________________________________________________________
KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA (GSB 1012)
NAMA NO.KAD PENGENALAN
ZAWANAH IZZATI BINTI MISRAN 951217-01-5080
KUMPULAN
BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEMESTER 1 2013
NAMA PENSYARAH
EN. MOHD SHAFIE BIN HASSAN
JABATAN PENGAJIAN MELAYU
TARIKH HANTAR
25 OGOS 2013
BIODATA DIRI
NAMA : ZAWANAH IZZATI BINTI MISRAN
NO. I/C : 951217-01-5080
KELAS : PPISMP SEM 1 BIM. AMBILAN JUN 2013
ALAMAT : NO 7, LORONG 1, JALAN SURIA 6,
TAMAN MATAHARI, 86000 KLUANG ,
JOHOR
NO. TEL : 017-7514489
EMAIL : [email protected]
MENTOR : TENGKU NORHANI BINTI TENGKU
BESAR
ii
PENGHARGAAN
Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat tuhan yang Maha Esa kerana dengan
limpah kurniaNya tugasan Kesantunan Masyarakat Malaysia GSB 1012 dapat
dilaksanakan dengan sempurna dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Pertamanya, jutaan penghargaan saya berikan kepada pensyarah penasihat,
En. Mohd Shafie Bin Hassan yang telah banyak memberi tunjuk ajar, bimbingan,
panduan dan juga mengajar pelbagai ilmu kepada saya dan rakan-rakan yang lain
terutamanya yang berkaitan dengan subjek GSB 1012 ini. Tanpa jasa dan
pengorbanan beliau, tugasan kali ini pastinya menjadi tugasan yang kurang
bermakna kerana ilmu yang beliau berikan sangat berharga buat saya.
Tidak lupa juga penghargaan yang tidak terhingga kepada kedua ibu bapa
saya yang telah memberikan semangat, motivasi dan bantuan dalam pelbagai
aspek. Merekalah insan yang telah menaikkan semangat saya untuk terus belajar
bersungguh-sungguh ketika saya lemah disebabkan tugasan yang banyak atau
masalah-masalah yang menimpa.
Terima kasih juga saya rakamkan untuk rakan-rakan seperjuangan saya yang
telah banyak membantu terutama dalam usaha mencari bahan untuk dijadikan
rujukan bagi penyediaan kerja kursus ini. Semoga segala pertolongan kalian semua
akan mendapat balasan yang baik daripada Allah S.W.T.
Akhir sekali, saya ucapkan terima kasih kepada semua yang telah terlibat
sepanjang pelaksanaan tugasan kali ini sama ada secara langsung atau tidak
langsung dengan harapan dapat bersama-sama menolong ke arah mencapai
kecemerlangan dalam apa jua bidang yang diceburi.
iii
SENARAI KANDUNGAN
PERKARA MUKA SURAT
BIODATA DIRI ii
PENGHARGAAN iii
SENARAI KANDUNGAN iv
BORANG KOLABORASI v
HALAMAN PENGAKUAN vi
HALAMAN JUDUL vii
1.0) PENGENALAN
1.1) KESANTUNAN BERBAHASA 1
1.2) KONSEP KESANTUNAN BAHASA VERBAL 2
DAN BUKAN VERBAL
1.3) GAYA BAHASA 3
1.4) SISTEM SAPAAN 5
2.0) SINOPSIS CERPEN: MELISSA 6
3.0) ANALISIS GAYA BAHASA 7
4.0) ANALISIS KESANTUNAN BAHASA 9
5.0) ANALISIS SISTEM SAPAAN 12
6.0) KEPENTINGAN GAYA BAHASA, KESANTUNAN 13
BAHASA DAN SISTEM SAPAAN DALAM KALANGAN
MASYARAKAT MALAYSIA
7.0) FENOMENA KESANTUNAN BERBAHASA DALAM 15
KALANGAN GENERASI MUDA
KESIMPULAN 17
RUJUKAN 19
LAMPIRAN 20
LAMPIRAN A: PRO FORMA
LAMPIRAN B: BAHAN RUJUKAN
iv
BORANG REKOD KOLABORASI KERJA KURSUS
NAMA PELAJAR: ______________________________________
NO. MATRIKS: ________________________________________
KUMPULAN: __________________________________________
MATA PELAJARAN: ____________________________________
PENSYARAH PEMBIMBING: _____________________________
TARIKH PERKARA YANG DIBINCANGKAN/TUGASAN YANG DILAKSANAKAN
KOMEN TANDATANGANPENSYARAH
v
“Saya akui karya ini ialah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan : …………………………………………….
Nama Penulis : ……………………………………………
Tarikh : ……………………………………………………..
vi
KESANTUNAN MASYARAKAT
MALAYSIA
GSB 1012
JABATAN PENGAJIAN MELAYU
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS DARULAMAN
vii
1.0 PENGENALAN
1.1 KESANTUNAN BERBAHASA
Kamus Dewan mendefinisikan santun sebagai halus, beradab dan sopan.
Justeru, istilah kesantunan berkait rapat dengan sifat kehalusan budi bahasa atau
budi pekerti dan kesopanan. Pendek kata, kesantunan berbahasa bermaksud
kesopanan dan kehalusan bahasa yang digunakan oleh seseorang ketika
berkomunikasi sama ada secara lisan ataupun tulisan (Nik Safiah Karim dan Norliza
Jamaludin, 2005). Bahasa yang digunakan perlulah mempunyai adab tertib, sopan
santun dan mengandungi nilai-nilai hormat yang tinggi. Umumnya, bahasa yang
sopan mempunyai kosa kata yang halus untuk menyampaikan sesuatu mesej atau
perasaan.
Noresh Baharom et al (2000) mendefinisikan kesantunan bahasa sebagai
perihal santun, kesopanan, kehalusan budi pekerti dan budi bahasa. Menurut Abdull
Sukor Shaari et al (2003) pula, kesantunan didefinisikan sebagai cara dan bentuk
bahasa yang digunakan. Bahkan, menitikberatkan cara dan bentuk bahasa yang
digunakan dengan penuh sopan. Hal ini demikian supaya kita tidak dianggap
sebagai biadab atau tidak berbudi bahasa.
Selain itu, Lakoff (1975) menyatakan kesantunan ialah perlakuan yang
mengurangkan pergeseran dalam sesuatu interaksi. Dalam konteks kesantunan
berbahasa pula, Asmah Hj. Omar (1968) berpendapat bahawa sesuatu penggunaan
bahasa seharusnya tidak menimbulkan sebarang kegusaran, kemarahan dan rasa
tersinggung daripada pihak pendengar.
Penggunaan bahasa yang santun jelas dapat dilihat dalam bentuk sapaan.
Bahasa yang santun digunakan untuk rujukan kehormat, kata ganti nama dan kata
gelaran sama ada warisan, gelaran kurniaan, gelaran jawatan, gelaran keagamaan,
gelaran akademik atau gelaran pergaulan adalah dalam bentuk sapaan. Semasa
seseorang individu berhubung dengan individu yang lain, pemilihan kata yang
digunakan adalah berdasarkan hubungannya dengan orang yang dilawan cakap,
usia dan status.
1
1.2 KONSEP KESANTUNAN VERBAL DAN BUKAN VERBAL
Berdasarkan buku Bahasa Verbal dan Bukan Verbal II, hasil suntingan Hasuri
Che Omar (1966), Noriah Mohamed (1944) dan Radiah Yusoff, bahasa verbal
didefinisikan oleh Arba’ie Sujud, Che Ibrahim Salleh dan Nik Rafidah Nik
Muhammad Affendi sebagai pengucapan bersuara yang diterbitkan melalui
penggunaan bahasa yang bertujuan untuk melahirkan pemikiran, perasaan dan
tindak balas terhadap sesuatu isu atau persoalan. Dengan kata lain, pernyataan
verbal yang diungkapkan oleh individu dikaitkan dengan sikap, tanggapan, status
dan niat sesuatu pengucapan itu.
Definisi bagi pernyataan bukan verbal pula ialah jalinan interaksi yang
melibatkan gerak laku atau gerak geri kecil, gerakan mata, perubahan sikap tubuh, p
wajah dan tulisan. Pernyataan bahasa tanpa ucap ini lebih mampu memberikan
kesan semasa berinteraksi.
Kesantunan berbahasa atau kesantunan verbal ialah kesopanan dan
kehalusan dalam menggunakan bahasa ketika berkomunikasi melalui lisan. (Amat
Juhari Moain, 1992). Kesantunan verbal juga merujuk kepada percakapan, lisan,
dan pertuturan. Kesantunan verbal ini perlu ditonjolkan apabila wujudnya perbualan
dua hala sama ada semasa bercakap dengan orang lain, bergurau senda dengan
rakan-rakan mahupun semasa membuat pembentangan. Secara ringkasnya, konsep
kesantunan berbahasa verbal merujuk kepada segala aspek komunikasi secara
lisan.
Kesantunan berbahasa non verbal pula merujuk kepada perbuatan, ekspresi
wajah, atau bahasa isyarat. Konsep kesantunan berbahasa itu perlu ada tidak kira
melalui verbal atau non verbal dalam diri setiap individu. Konsep kesantunan
berbahasa non verbal ini ialah semua perlakuan yang tidak menggunakan bahasa
lisan atau verbal untuk menyampaikan sesuatu mesej kepada orang lain. Sebagai
contoh, menganggukkan kepala kepada seseorang menunjukkan bahawa kita
memahami apa yang disampaikan. Namun begitu, konsep non verbal berbeza
mengikut takrif individu itu sendiri. Justeru itu, ekspresi wajah atau bahasa tubuh
yang merangkumi hubungan mata juga memainkan peranan penting untuk
mewujudkan konsep berbahasa non verbal ini.
2
Secara tuntasnya, konsep kesantunan berbahasa hendaklah dipraktikkan,
dihayati dan diamalkan oleh setiap individu kerana kesantunan berbahasa amat
penting dalam menjaga nama baik bangsa dan negara. Selain itu, kesantunan
berbahasa juga mampu untuk mengutuhkan lagi hubungan antara individu sekaligus
dapat mengelakkan perselisihan faham antara satu sama lain.
1.3 GAYA BAHASA
Mohd. Azam Ahmad, Saleh Ahmad dalam buku Kupasan & Kajian Komsas
(2011) mengatakan bahawa gaya bahasa atau unsur keindahan adalah cara
seseorang menggunakan bahasa sebagai alat atau wahana untuk menyampaikan
pemikiran atau pandangan terhadap sesuatu tema dan persoalan melalui karya
mereka. Dengan kata lain, kemahiran menggunakan gaya bahasa yang betul akan
memancarkan keindahan atau estetika dalam sesuatu karya di samping dapat
menonjolkan keperibadian dan juga kesantunan diri penulis kerana biasanya
seseorang penulis memiliki gaya bahasa yang tersendiri.
Antara aspek gaya bahasa ialah anafora, inverse, hiperbola, asonansi, imej
alam , aliterasi, repitasi, simile, personifikasi, bahasa klasik, bahasa istana,
metafora, diksi, sinkof, epifora dan response.
Anafora ialah pengulangan kata pada awal baris. Sebagai contoh:
Hari ini menungal jagung,
Hari esok menungang jelai,
Inversi ialah penggunaan kata yang terbalik susunannya. Contohnya:
Bercerai kasih bertalak tidak
Hiperbola ialah bentuk gaya bahasa perbandingan yang melampau (Faizah
Shuib dan Nozah Jaafar,2000) yang dinyatakan secara berlebih-lebihan atau
keterlaluan. Contoh: Seribu tahun kembali jua
Asonansi ialah pengulangan vokal. Contohnya: Hari mana bulan yang mana
Imej alam ialah bahasa yang dikaitkan dengan unsur alam. Contohnya:
Tumbuhan, haiwan, cakerawala
3
Aliterasi ialah pengulangan huruf konsonan. Contohnya:
Kami ini datangla merantau
Repitasi ialah pengulangan kata. Contohnya:
Dalam batang ada daun,
Dalam daun ada isi.
Simile ialah perbandingan yang biasanya menggunakan perkataan seperti, bagai,
umpama dan bak. Contohnya: Bagai pinang dibelah dua
Personifikasi ialah memberi sifat manusia kepada bukan manusia. Contohnya:
Pohon nyiur melambai
Bahasa klasik ialah bahasa melayu lama. Contohnya: Adapun, arakian, maka
Bahasa istana ialah bahasa yang digunakan di dalam istana. Contohnya:
Beta, tuanku, patik, hamba
Metafora ialah perbandingan terus yakni tiada bak, umpama, seperti dan bagai.
Contohnya: Daripada hidup berputih mata,
Lebih baik berputih tulang.
Diksi ialah pemilihan kata yang sesuai. Contohnya: Seuntai kata untuk dirasa
Sinkof merupakan singkatan bagi sesuatu perkataan. Digunakan untuk
memudahkan lagi penggunaan sesuatu ayat. (Ab Rahman Ab Rashid, 2003)
Contohnya: Kau, mu, kan, ku
Epifora ialah pengulangan kata pada akhir baris. Contohnya:
Berkongsi kerinduanmu,
Tatkala mereka tidak bersamamu
Response ialah pengulangan pertengahan baris. Contohnya,
Kelip-kelip kusangka api, hilang ghaib kusangka mati.
4
1.4 SISTEM SAPAAN
Dalam buku Santun Berbahasa karya Awang Sariyan (1953), sistem sapaan
membawa maksud kaedah yang digunakan oleh sesuatu masyarakat atau bangsa
untuk menegur atau menyapa seseorang sama ada dalam urusan rasmi mahupun
tidak rasmi. Sistem sapaan berperanan sebagai penghubung langsung antara pihak
yang menyapa dan pihak yang disapa. Bentuk-bentuk sapaan menjadi unsur
wacana yang penting dalam pelbagai komunikasi.
Nik Safiah Karim, Norliza Jamaluddin dalam buku Bahasa Melayu STPM
(2004), mengatakan bahawa dalam bentuk sapaan, bahasa yang santun digunakan
untuk rujukan kehormat, kata ganti nama dan kata gelaran. Bahkan semasa
seseorang individu berhubung dengan individu lain, pemilihan kata yang digunakan
ditentukan oleh beberapa faktor seperti hubungan dengan individu yang bercakap
dengan kita, usia dan status.
Sapaan dalam bahasa Melayu dibahagi kepada dua situasi iaitu formal dan
tidak formal. Situasi tidak formal merujuk kepada hubungan keakraban dengan
penutur kedua. Bagi situasi formal pula, perkataan menunjukkan rasa hormat
digunakan terhadap penutur kedua. Pengguna bahasa Melayu tidak boleh
mencampur adukkan penggunaan kata-kata tersebut sesuka hati.
Kesimpulannya, budaya melayu terkenal dengan penggunaan bahasa yang
santun. Penggunaan bahasa yang santun dapat menunjukkan rasa hormat dan adab
sopan yang tinggi dalam kalangan penutur bahasa Melayu. Golongan yang lebih
muda biasanya menunjukkan rasa hormat terhadap golongan yang lebih tua dan
golongan yang rendah menghormati golongan yang berstatus atau berpangkat.
Walau bagaimanapun, golongan yang lebih tua atau berkedudukan tinggi juga perlu
menghormati golongan yang muda atau yang lebih rendah. Rasa hormat ini tidak
sahaja diterbitkan melalui penggunaan kata sapaan, kata panggilan atau gelaran,
malahan ungkapan-ungkapan tertentu juga dapat mencerminkan penggunaan
bahasa yang halus dan sopan.
5
2.0 SINOPSIS CERPEN
Cerpen Mellisa karya Abdullah Hussain.
Mellisa, seorang gadis Cina, berasa menyesal kerana mengikut ajakan Farid
ke pejabat surat khabar yang menyebabkan dia berkenalan dengan Syahid.
Peristiwa pertemuan dengan Syahid itu telah membuatkan dia teringat akan
Hisyam. Hal ini demikian kerana wajah Syahid menyerupai wajah Hisyam iaitu
kawan Mellisa sewaktu kecil dahulu. Mellisa terkenang akan kemesraanya bersama
dengan Hisyam. Hampir setiap hari Hisyam pasti mengunjunginya dan mereka
selalu bermain bersama-sama. Keakraban persahabatan mereka menyebabkan
Hisyam pernah menyatakan hasratnya untuk berkahwin dengan Mellisa apabila
mereka sudah besar kelak.
Malangnya, Hisyam telah meninggal dunia akibat terkorban dalam peristiwa 13
Mei. Peristiwa hitam itu sukar luput daripada ingatan Mellisa bahkan meninggalkan
kenangan pahit buat dirinya. Justeru, Mellisa memilih tarikh 13 Mei sebagai tarikh
untuk beliau menyediakan penulisan tesis dalam bidang sejarah. Dia perlu
menyediakan penulisan ilmiah ini sebelum dia dianugerahkan ijazah sarjana muda
dalam bidang sejarah. Segala persoalan yang bermain di benak Mellisa tentang
rusuhan kaum itu semakin jelas setelah dia menyiapkan tesis tersebut setebal 215
muka surat. Mellisa turut membuat penyelidikan terperinci tentang faktor-faktor
tercetusnya rusuhan kaum di Negara ini.
Daripada kajiannya, Mellisa mendapati bahawa peristiwa 13 Mei itu berpunca
daripada tindakan penjajah yang menjalankan dasar devide et empera, iaitu
memisahkan kaum mengikut geografi. Sebagai contoh, orang melayu dibiarkan
hidup di kampung-kampung, orang cina ditempatkan di bandar-bandar, manakala
orang india pula dibiarkan menjadi buruh di kebun-kebun getah. Dasar itu telah
mengakibatkan polarisi kaum yang semakin lama semakin menebal walaupun
negara telah mencapai kemerdekaan. Di samping itu, Mellisa turut menemubual
mangsa-mangsa yang terlibat dalam rusuhan kaum itu untuk mengetahui kisah
sebenar di sebalik peristiwa berdarah itu.
Hubungan Mellisa dengan Syahid semakin intim. Walau bagaimanapun,
keakraban Mellisa dengan Syahid tidak lama kerana Mellisa terpaksa meninggalkan
6
Syahid. Tindakan itu membuatkan Syahid berasa dirinya telah dipermain-mainkan
oleh Mellisa dan dia berasa sangat kecewa dengan sikap Mellisa. Mellisa telah
menyertai pasukan Angkatan Tentera Malaysia kerana tidak mahu peristiwa 13 Mei
berulang lagi di negara ini. Mellisa lebih sayang akan negaranya daripada
persahabatannya dengan Syahid.
3.0 ANALISIS GAYA BAHASA
Gaya bahasa merupakan medium bagi penulis melahirkan buah fikiran dan
pandangan masing-masing terhadap sesuatu perkara atau isu dengan lebih efektif.
Hal ini demikian kerana gaya bahasa mampu memberikan impak yang lebih
berkesan kepada para pembaca.
Menurut Maniyamin Hj Ibrahim (2006), gaya bahasa kebiasannya digunakan
oleh penulis sebagai usaha memanipulasi bahasa yang sedia ada dengan tujuan
untuk mencari perkataan atau ungkapan yang serasi dengan mesej yang hendak
disampaikan. Di samping itu, penggunaan gaya bahasa yang sesuai mampu
menghasilkan keindahan bunyi perkataan dan seterusnya menjadikan karya tersebut
menarik kepada pembaca.
Pada keseluruhannya, cerpen Mellisa karya Abdullah Hussain menggunakan
beberapa gaya bahasa yang menarik. Antaranya ialah simile, peribahasa,
personifikasi, metafora, sinkof, inversi dan ada penggunaan bahasa Inggeris.
Petikan ayat dalam cerpen Mellisa yang menggunakan gaya bahasa simile ialah
‘kumisnya yang kecil bak satu garis hitam’ (halaman 155). Petikan ayat ini jelas
menunjukkan adanya gaya bahasa simile di mana ada penggunaan perkataan bak.
Apabila berlaku sesuatu perbandingan dengan menggunakan perkataan seperti bak,
umpama dan ibarat, maka ayat tersebut diklasifikasikan sebagai simile. Petikan ini
turut memberi maksud bahawa Mellisa merasakan kumis Syahid sama rupanya
dengan satu garis hitam. Selain itu, penggunaan gaya bahasa peribahasa dapat
dilihat daripada ayat ‘tidak lari gunung dikejar’ (halaman 167). Peribahasa ini
digunakan dalam cerpen oleh Mellisa untuk menyampaikan mesej kepada Syahid
bahawa dia akan bertemu dengannya apabila tiba masa yang dijanjikan dan
menyuruh Syahid untuk bersabar. Peribahasa ‘bertegang urat leher’ (halaman 156)
7
membawa maksud tidak mahu mengalah. Peribahasa ini digunakan kerana
mempunyai mesej yang sama dan sesuai dengan situasinya.
Seterusnya, gaya bahasa personifikasi banyak digunakan oleh penulis dalam
cerpen ini. Personifikasi ialah unsur yang digunakan untuk memberikan sifat
manusia kepada benda bukan hidup. (Ab Rahman Ab Rashid, 2003). Misalnya ialah
‘melihat belakang Hisyam sampai hilang ditelan lorong ke rumahnya’ (halaman 160).
Penggunaan perkataan ditelan membuktikan adanya gaya bahasa personifikasi. Hal
ini demikian kerana perkataan ditelan menunjukkan sifat manusia tetapi digunakan
untuk sifat bukan manusia iaitu lorong. Petikan tersebut digunakan untuk
menyampaikan maksud di mana Mellisa melihat Hisyam pergi sampai dia hilang dari
pandangannya. Petikan lain ialah ‘angin utara itu telah menyerbu masuk ke dalam
biliknya’ (halaman 166) membawa maksud angin yang kencang terasa sampai di
biliknya. Dalam petikan tersebut ada sifat manusia iaitu menyerbu tetapi diguna
pakai untuk sifat bukan manusia iaitu bilik. Penggunaan peribahasa ini adalah
sangat sesuai kerana sama dengan mesej yang hendak disampaikan oleh penulis
bahkan menambahkan lagi keindahan kata yang digunakan.
Di samping itu, gaya bahasa metafora turut digunakan dalam cerpen ini.
Metafora ialah pemakaian kata-kata yang menyatakan sesuatu makna yang lain
daripada makna biasa atau makna sebenar perkataan yang berkenaan. Contohnya,
‘bisul rusuhan’ (halaman 164) yang bermaksud punca berlakunya pergaduhan dan
kewujudan perasaan tidak puas hati. Bahkan gaya bahasa ini digelar metafora
kerana berlakunya perbandingan terus. Maksud perbandingan terus ini ialah tiada
penggunaan istilah bak, seperti dan umpama. Penggunaan istilah ini yang
membezakannya daripada gaya bahasa simile.
Gaya bahasa lain yang digunakan oleh penulis dalam cepen ini ialah sinkof.
Gaya bahasa ini mudah dikesan kerana adanya singkatan perkataan. Misalnya
dalam petikan perbualan telefon antara Mellisa dengan Syahid iaitu “aku tak nampak
hujan pun,’’ (halaman 167). Dalam petikan tersebut jelas terpapar perkataan ‘tak’
iaitu singkatan daripada perkataan tidak. Petikan lain ialah petikan kata-kata Hisyam
kepada Mellisa iaitu “ nanti apabila aku sudah besar, aku akan kahwin dengan kau.”
(halaman 158). Singkatan perkataan yang digunakan dalam petikan tersebut ialah
perkataan ‘kau’ di mana pada asalnya ialah perkataan engkau.
8
Dalam penulisan cerpen ini juga, Abdullah Hussain turut menggunakan gaya
bahasa inversi. Contoh ayat yang boleh diketengahkan ialah hanya dari situ
sahajalah dia mengetahui nama lelaki itu, tetapi berjumpa belum (halaman 154).
Pada perkataan ‘berjumpa belum’ itulah yang mengesahkan adanya gaya bahasa
inversi. Pada kebiasannya, perkataan itu tadi disebut sebagai ‘belum berjumpa’. Di
mana susunan perkataan tersebut telah diterbalikkan. Gaya bahasa yang paling
nyata penggunaannya ialah penggunaan bahasa asing iaitu bahasa Inggeris.
Misalnya, tape (halaman 166) dan frankness (halaman 156).
Akhir sekali, gaya bahasa repitisi turut dikesan dalam cerpen ini. Contoh
petikan yang menggunakan gaya bahasa ini ialah dia suka mendengar bicaranya.
Suka melihat mimik mukanya. Suka melihat senyumannya. (halaman 155). Berlaku
pengulangan perkataan suka dalam petikan tersebut secara berturutan. Contoh lain
ialah mengapa terjadi rusuhan? Mengapa orang yang tinggal di dalam sebuah
Negara yang aman tiba-tiba bangkit merusuh dan berbunuh-bunuhan? Mengapa
orang Cina mesti membunuh orang Melayu, dan mengapa orang Melayu mesti
membunuh orang Cina? Mengapa? (halaman 162). Dalam konteks ini pula, berlaku
pengulangan istilah mengapa.
4.0 ANALISIS KESANTUNAN BAHASA
Kesantunan bahasa yang menggambarkan kehalusan budi, pemikiran,
falsafah, sistem nilai dan sistem masyarakat merupakan salah satu aspek
kebudayaan Melayu yang menjadi asas kebudayaan kebangsaan negara. Bahkan ia
juga salah satu warisan yang penting dalam pembentukan keperibadian bangsa
dewasa kini. Kesantunan bahasa ini dapat dikaji melalui hasil penulisan karya
seperti cerpen atau prosa tradisional. Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang
boleh diketengahkan ialah cerpen Mellisa. Terdapat kesantunan bahasa yang
dimasukkan penulis dalam cerpen ini bahkan penggunaan verbal dan non verbal
juga dapat dikesan.
Analisis yang pertama ialah analisis kesantunan bahasa dari sudut kesantunan
verbal yang bermaksud kesopanan semasa berkomunikasi yakni secara lisan
menggunaan perkataan yang molek dan sopan. Malah, tidak menimbulkan atau
mewujudkan suatu perasaan yang negatif kepada pembaca. Dalam cerpen ini,
9
adanya kesantunan verbal iaitu semasa Farid memperkenalkan Syahid kepada
Mellisa dengan cara yang formal dan Farid juga seorang yang peramah kerana dia
sering menyapa kawan kenalannya. (halaman 153). Kesopanan bahasa dapat dilihat
apabila Farid tidak bersifat sombong terhadap kawan-kawannya malah bergaul
mesra dengan mereka. Pendek kata, kesopanan dalam pergaulan memberi kesan
positif kepada orang sekeliling dan seterusnya dapat membina satu hubungan yang
mesra. Namun begitu, ada perbuatan berbisik di dalam cerpen ini di mana berbisik
adalah verbal tetapi boleh menimbulkan perasaan negatif kepada pihak ketiga.
Berbisik di khlayak ramai boleh dikatakan kurang sopan. Sehubungan dengan itu,
terdapat petikan dalam cerpen di mana Mellisa gemar mendengar suara Syahid
kerana sifat Syahid yang terbuka. (halaman 155).Kenyataan ini membuktikan
bahawa sifat Syahid yang sopan mampu membuat orang disekelilingnya berasa
selesa. Sebaliknya jika seseorang individu bersifat kurang sopan maka hubungan
sosialnya dengan masyarakat boleh dikatakan tidak mesra. Contoh lain ialah Hisyam
selalu memuji masakan Mellisa apabila dia bermain bersama-sama (halaman 159).
Dari sudut kesantunan non verbal pula, dapat dikaji melalui perbuatan,
ekspresi
wajah, atau bahasa isyarat seseorang. Berdasarkan cerpen Mellisa, kesantunan non
verbal yang dapat dikesan ialah perbuatan bersalaman (halaman 153). Bersalaman
bermaksud berjabat tangan. Perbuatan ini lazimnya dilakukan apabila seseorang itu
berjumpa dengan kenalannya dengan tujuan mengeratkan hubungan. Bahkan
perbuatan ini sudah menjadi satu budaya dalam kalangan masyarakat. Selain itu,
ekspresi muka gugup yang ditunjukkan Melissa dan mukanya menjadi merah
(halaman 153) apabila ditegur oleh Syahid. Kesantunan non verbal lain yang dapat
dilihat adalah apabila Mellisa menghadapkan tubuhnya kepada Syahid apabila
Syahid sedang bercerita kepada dia. Gerak badan yang dilakukan Mellisa memberi
maksud bahawa dia sudi mendengar cerita tersebut dan membuatkan si pencerita
sedar bahawa dia tidak bercakap sendiri. Mellisa turut gemar melihat mimik muka
Syahid. (halaman 155). Kenyataan ini menunjukkan bahawa Syahid turut
mengunakan kesantunan non verbal apabila berkomunikasi. Kesopanan yang
ditunjukkan Syahid melalui mimik mukanya menyebabkan orang disekeliling
membuat persepsi yang dia memiliki keperibadian yang elok. Di samping itu, Mellisa
10
mengetahui bahawa Syahid menyimpan perasaan terhadap dirinya kerana
berdasarkan gerak-geri Syahid yang agak kaku apabila bersama dengan Mellisa.
Contoh lain dalam cerpen ialah Farid perasan fikiran Mellisa seperti terganggu
apabila Mellisa diam ketika bersamanya. (halaman 156). Tambahan pula, perbuatan
Farid memukul paha Mellisa membawa maksud menegurnya kerana mudah jatuh
hati dengan seseorang. Perbuatan melambai (halaman 160) juga antara
kesantunan non verbal. Namun begitu, terdapat perbuatan yang tiada kesantunan
dalam cerpen ini iaitu perbuatan menumbuk yang dilakukan Hisyam terhadap anak
lelaki Inggeris (halaman 161). Perbuatan ini adalah kasar dan menimbulkan
kesakitan kepada individu tersebut. Sepatutnya Hisyam perlu bertanya atau siasat
terlebih dahulu sebelum berkelakuan seperti itu. Perbuatan seperti menangis
(halaman 166) menunjukkan bahawa Mellisa berasa sedih. Walaupun dia tidak
meluahkan perasaan dia secara lisan tetapi perbuatan menangis sudah
menunjukkan dia berasa sedih. Dalam konteks ini, dapat ditekankan bahawa
masyarakat dapat membuat apa jua persepsi daripada segala perbuatan tingkah
laku kita termasuklah mimik muka dan gerak badan serta gerak mata. Kesopanan
dalam semua aspek perlu ditikberatkan dan dipelajari kerana alah bisa tegal biasa.
Peribahasa ini menggalakan kita untuk berlatih bersopan kerana lama-lama kita
akan terbiasa dan kemudiannya menjadi suatu tabiat yang baik. Tulisan yang
digunakan penulis dalam cerpen ini juga dikira non verbal. Penulis menggunakan
kata-kata yang indah dan molek dalam cerpen ini dan menunjukkan kehalusan
bahasanya.
Pada keseluruhannya, penulis cerpen Mellisa gemar menggunakan frasa atau
perkataan yang sangat menarik bagi menggantikan perkataan yang biasa digunakan
oleh masyarakat. Sebagai contoh, istilah lagu percakapannya (halaman 153)
digunakan bagi menggantikan ‘cara percakapan’. Perbezaan yang dapat dilihat
adalah penyebutan di mana lagu percakapan mewujudkan satu antonasi yang sopan
dan indah. Selain itu, perkataan ruangan (halaman 155) diguna bagi menunjukkan
bilik. Contoh lain dapat dilihat dalam petikan ayat ‘dia cuba menilai kembali kisah
pertemuannya dengan Syahid sebentar tadi’. Ini membuktikan cerpen Mellisa
mempunyai kehalusan bahasa yang tinggi serta mampu menjadikan cerpen ini suatu
karya yang amat menarik dan sekaligus mendidik pembaca untuk mempelajarinya.
5.0 ANALISIS SISTEM SAPAAN
Sistem sapaan sememangnya digunakan dalam setiap penulisan karya
dengan tujuan untuk menyapa atau menegur seseorang sama ada dalam konteks
formal ataupun tidak formal. Gelaran sapaan diberi kepada seseorang individu
berdasarkan faktor usia, jawatan dan keakraban. Sistem sapaan yang digunakan
dalam cerpen Mellisa ialah penggunaan ‘kau’ dan ‘aku’ sebagai ganti nama diri.
Walaupun bunyinya agak kurang sopan dan kelihatan agak kasar tetapi penggunaan
gelaran ini hanya digunakan oleh watak utama kepada sahabatnya iaitu Farid,
Syahid dan Hisyam. Kenyataan ini membuktikan bahawa Mellisa berasa santai
ketika berkomunikasi kerana hubungan akrab yang didasari dengan aspek
keserasian dan kepercayaan menyebabkan gelaran kau dan aku tidak kelihatan
biadap mahupun kurang ajar. Keserasian yang dimaksudkan ialah wujudnya unsur
kecindan. Namun begitu, adalah diingatkan bahawa penggunaan kau dan aku tidak
sesuai langsung untuk apa jua urusan formal. Hal ini demikian kerana urusan formal
mementingkan tatatertib ketika bersuara dan betul penggunaan kata sapaannya bagi
mengelakkan sebarang perasaan yang kurang enak bagi pendengar. Namun begitu,
ada penggunaan perkataan ‘saya’ oleh individu yang Mellisa menebual.
Penggunaan kata ganti diri itu menunjukkan bahawa individu tersebut tidak
mempunyai hubungan yang akrab dengan Mellisa. Selain itu, Mellisa turut
menggelar Syahid dengan gelaran anak muda. Gelaran ini sudah pasti boleh
diterima semua pihak kerana ada unsur memuji dan tidak kelihatan kasar. Jika
Mellisa menggantikan gelaran itu dengan memanggil sahabatnya ‘lelaki itu’, boleh
dikatakan agak kasar dan menampakkan seolah-olah lelaki itu ialah orang asing
bagi dirinya. Justeru, perasaan kurang enak seperti kecil hati boleh terjadi. Penulis
menggunakan kata ganti nama ‘aku’ dan ‘kau’ dalam kebanyakkan perbualan kerana
bersesuaian dengan latar belakang masyarakat pada ketika itu.
11
6.0 KEPENTINGAN GAYA BAHASA, KESANTUNAN BAHASA
DAN SISTEM SAPAAN DALAM KALANGAN MASYARAKAT
MALAYSIA.
Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan
dengan pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia. Namun di
sebalik itu, kita acap kali tersentak dengan pelbagai permasalahan sosial yang
dicetuskan oleh rakyat kita sendiri. Antaranya ialah pergaduhan, permusuhan dan
perpecahan yang boleh dikatakan berpunca daripada sikap individualistik, sombong
dan wujudnya perasaan saling membenci. Permasalahan ini perlu dibendung atau
dielakkan sebaik mungkin agar peristiwa hitam 13 Mei tidak berulang lagi. Sudah
terang lagi bersuluh bahawa segala permasalahan yang berlaku berpunca daripada
keruntuhan akhlak dalam kalangan masyarakat sama ada golongan tua mahupun
muda. Justeru, masyarakat perlu dididik tentang kepentingan akhlak dalam
kehidupan bermasyarakat. Masalah keruntuhan akhlak tersebut dapat dibendung
bermula daripada bawah ataupun asas iaitu memupuk sifat santun dari semua
aspek terutamanya kesantunan dalam berkomunikasi. Bak kata peribahasa melayu,
kerana pulut santan binasa,
kerana mulut badan binasa.
Peribahasa ini jelas menunjukkan bahawa setiap percakapan mahupun perkataan
yang diluahkan boleh memberi kesan terhadap diri sendiri dan orang disekeliling.
Pendek kata, aspek kesantunan bahasa amat penting dalam hidup bermasyarakat
sekaligus dapat memberi impak yang baik kepada diri, masyarakat dan negara.
Antara kepentingan utama berbahasa ialah persefahaman, perpaduan dan
semangat kekitaan serta keharmonian dalam masyarakat dapat dibentuk. Hal ini
demikian kerana dalam masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum serta
12
pelbagai lapisan umur, sikap saling menghormati perlu ada dalam diri. Bahkan
apabila berbicara, kesopanan dan kesantunan adalah perlu bagi mengelakkan
timbulnya perasaan kurang enak dan sifat biadab. Sebagai contoh, penggunaan
kata sapaan yang betul bila berkomunikasi khususnya bila bercakap dengan orang
yang lebih tua atau berpangkat, hendaklah menggunakan panggilan Pak Cik, Mak
Cik, Abang atau Kakak bagi yang mesra dengan diri kita sahaja dan menggunakan
panggilan Tuan, Encik, Puan atau Cik untuk hal rasmi. Penggunaan ‘nama’ untuk
menyapa orang yang lebih tua adalah sangat kasar dan boleh menimbulkan
kemarahan kepada individu tersebut. Justeru, penggunaan gelaran sapaan yang
betul mampu mengukuhkan perpaduan antara masyarakat dan permusuhan dapat
dielakkan.
Selain itu, kesantunan berbahasa dalam kalangan masyarakat menunjukkan
masyarakat tersebut mempunyai nilai budi yang tinggi dan seterusnya boleh
dijadikan contoh atau model oleh masyarakat luar. Lebih penting lagi, masyarakat
menjadi lebih berintegriti dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan sekaligus
meningkatkan mutu kerja yang dilaksanakan. Sebagai contoh, surat-surat rasmi
mesti ada ciri-ciri kesantunan. Jika tidak, urusan yang berkaitan dengan surat
berkenaan tidak dapat dijalankan dan tiada keuntungan kepada kedua-dua belah
pihak. Sebaliknya, boleh mencetuskan konflik dalam minit mesyuarat dan laporan.
Lain daripada itu, golongan penulis memainkan peranan yang penting dalam
mendidik dan menyebarkan ilmu kesantunan kepada masyarakat melalui hasil karya
mereka. Penggunaan gaya bahasa yang diselitkan dalam setiap karya mereka
mampu mencerminkan kehalusan bahasa yang sememangnya warisan dan tradisi
dari nenek moyang kita. Malahan, penulis boleh menulis perbualan yang boleh
dipraktikkan masyarakat dalam kehidupan. Sebagai contoh, “Mak cik, boleh saya
bantu?” hanya dalam petikan perbualan ini kita dapat lihat penggunaan gelaran mak
cik yang menunjukkan rasa hormat kepada orang yang lebih tua dan sikap mahu
membantu. Ironinya, para penulis mampu meniup semula nilai kesantunan yang
semakin pudar ditelan zaman dengan menghasilkan karya mereka yang mampu
membentuk jiwa dan mewarnakan semula akhlak secara berterusan.
Kesimpulannya, perlakuan kesantunan merupakan sebahagian daripada
pembentukan akhlak yang baik. Ingatlah sabda Rasulullah s.a.w: “Akhlak yang buruk
merosakkan amal seperti cukai merosakkan madu.” Bahkan, Yang Amat Berhormat
Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi ada mengatakan pentingnya
modal insan dalam pembangunan Negara, maka bertambah relevan usaha
memulihara adab bangsa kita.
7.0 FENOMENA KESANTUNAN BERBAHASA DALAM
KALANGAN GENERASI MUDA DAN FAKTOR-FAKTORNYA.
Dasawarsa ini, sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat
penjuru dunia tentang isu kepincangan akhlak khususnya sifat kesantunan
berbahasa dalam kalangan generasi muda. Sedangkan pada hakikatnya kesantunan
berperanan menjaga keharmonian hubungan dalam suatu komuniti bahkan menjadi
kunci untuk menjaga maruah diri, keluarga serta keturunan. Hal ini demikian kerana
kesantunan mencerminkan peribadi diri. Persis kata mutiara daripada Hamka,
kecantikan yang abadi terletak pada adab dan ketinggian ilmu seseorang bukan
terletak pada wajah dan pakaiannya. Kata-kata tersebut membuktikan bahawa orang
yang beradab sopan sangat dipandang tinggi.
Pada realitinya, generasi muda kini khususnya para remaja semakin hilang
sifat kesantunan itu. Sedangkan remaja melayu pada zaman dahulu terkenal dengan
budi bahasanya, lembut tutur katanya dan tinggi budi pekertinya kini hanya tinggal
kenangan. Namun demikian, suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah
generasi muda haruslah sedar bahawa merekalah penyambung tamadun negara
kita kerana kecemerlangan dan kegemilangan negara kita bergantung kepada
mereka. Saya agak kecewa dengan generasi muda sekarang dimana semakin
lunturnya kesantunan bahasa mereka. Mungkin slogan bahasa jiwa bangsa tidak
lagi serasi dengan jiwa moden mereka. Pada pandangan saya, faktor pencetus
berlakunya kepincangan kesantunan adalah disebabkan daripada pengaruh media
massa. Hal ini demikian kerana remaja yang baru umur setahun jagung, darah
setampuk pinang mudah terpengaruh dengan perkara yang berlaku disekelilingnya.
Bukti yang dapat diketengahkan ialah filem-filem dan drama-drama yang kerap
14
ditayangkan di kaca televisyen adalah berunsurkan keganasan dan pergaduhan.
Contohnya, filem KL Gangster, Budak Pailang dan Bohsia. Sudah terang lagi
bersuluh filem-filem ini tidak memiliki sebarang kesantunan tetapi filem-filem tersebut
mendapat sambutan yang hangat dalam kalangan remaja. Bahkan penggunaan
bahasa dalam filem tersebut amatlah kasar dan ada penggunaan kata-kata kesat.
Penggunaan bahasa tersebut bertentangan dengan budaya Melayu yang
mementingkan kesantunan. Filem-filem seumpama ini telah berjaya menghakis
kesantunan bahasa dalam kalangan remaja. Kesannya, remaja mengaplikasi
penggunaan bahasa kasar tersebut dalam kehidupan seharian dan pergaulan
mereka.
Di samping itu, ibu bapa juga turut menyumbang kepada keruntuhan
kesantunan generasi muda. Dalam konteks ini, sifat segelintir ibu bapa yang
memandang enteng akan keperluan kesantunan menyebabkan anak-anaknya tidak
terdedah kepada adab dan budaya Melayu sedangkan umum mengetahui bahawa
melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ada juga ibu bapa yang bersikap seperti
ketam mengajar anaknya berjalan lurus. Dengan kata lain, ibu bapa tersebut tidak
menjadi suri teladan yang baik bagi anak-anaknya. Malahan, ibu bapa itu sendiri
kurang kesantunan. Hal ini berlaku disebabkan ibu bapa pada zaman kini lebih
mementingkan kejayaan akademik anak-anaknya daripada sahsiah dan akhlak.
Bukan itu sahaja, ada juga ibu bapa yang menyerahkan bulat-bulat anaknya kepada
pihak sekolah dalam mendidik sahsiah dan kesantunan anaknya. Walaupun
tindakan itu boleh diterima namun kenyataannya, anak itu lebih banyak meluangkan
masa di rumah iaitu bersama keluarga berbanding di sekolah. Jadi apabila guru
sudah menjalankan tanggungjawabnya tanpa bantuan daripada ibu bapa itu sendiri
maka usaha itu diibaratkan seperti menabur garam ke laut.
Faktor lain ialah faktor pengaruh rakan sebaya. Pergaulan dengan rakan yang
buruk akhlaknya mampu melunturkan lagi kesantunan dalam diri remaja. Justeru
remaja diingatkan untuk bijak dan berhati-hati dalam memilih sahabat kerana
mencari sahabat yang benar-benar baik dapat diibaratkan seperti mencari permata
di celahan kaca. Di mana rupanya hampir sama tetapi apabila terpilih kaca maka
tangan akan terluka.
Sehubungan dengan itu, diri remaja itu sendiri menjadi salah satu faktor
hilangnya sifat kesantunan. Ini bermaksud remaja itu sendiri enggan berusaha
mempelajari ilmu kesantunan. Sedangkan banyak karya seperti cerpen mahupun
prosa yang menunjukkan penggunaan kesantunan sama ada dalam perbualan
mahupun perbuatan. Pendek kata, remaja itu sendiri perlulah bersifat terbuka untuk
belajar perkara ini. Bahkan pihak kerajaan juga telah mengadakan pelbagai aktiviti
seperti kempen bahasa jiwa bangsa dan pesta buku bagi memupuk nilai kesantunan
melalui kempen tersebut dan pembacaan buku mahupn bahan ilmiah lain.
Sesungguhnya, membaca itu jambatan ilmu.
Akhir sekali, pengaruh laman sosial yang kini menjadi satu wadah bagi remaja
berinteraksi seperti laman sosial Facebook, Twitter dan Friendster turut
menyumbang sedikit sebanyak berkenaan kelunturan kesantunan bahasa dalam
kalangan generasi muda. Mereka gemar menggunakan singkatan dalam menulis
dan meluahkan perasaan. Sebagai contoh, istilah sayang digantikan dengan istilah
‘cyg’. Lebih hebat lagi, para golongan muda menjadikan laman sosial tersebut
sebagai tempat meluahkan perasaaan marah. Jadi, penulisan berunsurkan
kemarahan seperti memaki hamun atau mengutuk acap kali terpapar di dada laman
sosial tersebut.
Konklusinya, tiada ubat yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang
konkrit, sistematik dan pragmatik harus dijalankan secara berterusan agar masalah
kesantunan ini boleh dibasmi hingga ke akar umbi.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, aspek kesantunan bahasa adalah sangat penting dan wajar
diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat tanpa mengira kaum, agama, pangkat
mahupun darjat. Hal ini demikian kerana bahasa merupakan suatu elemen yang
penting dalam kehidupan kerana manusia menggunakan bahasa dalam kehidupan
seharian sebagai medium untuk berkomunikasi atau bergaul sama ada secara
langsung atau bertulis. Perbualan dan tulisan yang menggunakan bahasa yang baik
serta elok akan memberi kesan kepada seseorang dan mesej yang hendak
disampaikan dapat diterima baik oleh individu tersebut. Allah s.w.t berfirman dalam
surah An-Nisa’ (ayat 148) yang bermaksud “Allah tidak suka akan perkataan-
perkataan jahat yang keluar dari mulut seseorang melainkan perkataan
16
(pengalaman) yang keluar dari mulut orang yang dizalimi. (yang menyebut
keburukan ke atasnya dalam pengaduannya) dan Allah maha mendengar lagi maha
mengetahui.” Hakikatnya, memang tidak dapat dinafikan bahawa semua ajaran
agama di dunia ini mengajar penganutnya agar menekankan kepentingan amalan
berbudi bahasa dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh, agama Islam
menggalakkan umatnya menggunakan bahasa yang indah dan sopan apabila
bertutur. Rasulullah s.a.w sendiri berdakwah menggunakan diplomasi dan
menggunakan bahasa yang elok dan sopan apabila bertutur dan sama sekali tidak
pernah menggunakan bahasa yang kesat dan kasar. Luqman Al-Hakim juga
berpesan dengan anaknya, menggunakan istilah ‘wahai anakku’ yang
menggambarkan kelembutan seorang ayah dalam menasihati anaknya seperti
dalam Al-Quran (Luqman:12-19).
Semasa melaksanakan tugasan ini juga, saya dapat menyaksikan bahawa
para penulis tanah air kita sedang gigih berusaha membantu menerapkan semula
nilai-nilai murni, kemanusiaan, kemayarakatan, moral, perpaduan melalui karya-
karya mereka kepada masyarakat supaya ‘tak lapuk dek hujan, tak lekang dek
panas’. Pada masa yang sama mereka terpaksa mencari suatu ramuan untuk terus
bernafas dan membuktikan bahawa mereka masih wujud di era globalisasi ini. Lain
daripada itu, pembentukan jati diri dalam diri khususnya para remaja adalah sangat
penting. Hal ini demikian kerana remaja akan pandai dan bijak dalam menerima dan
membuat sebarang penilaian terhadap perubahan yang berlaku.
Akhir sekali, masyarakat seharusnya memberi sokongan terhadap aktiviti-
aktiviti atau kempen-kempen yang dianjurkan oleh kerajaan. Sebagai contoh,
kempen Bahasa Jiwa Bangsa. Bahkan, Program NILAM iaitu Nadi Ilmu Amalan
Membaca yang dilaksanakan di sekolah-sekolah di Malaysia adalah salah satu
usaha murni Kementerian Pelajaran Malaysia kearah pembentukan generasi yang
minat membaca. Sesungguhnya membaca adalah sumber ilmu dan ilmu ialah pelita
hidup kerana mampu membina minda pelajar untuk maju dan berdaya saing.
Sebagai penutup bicara, guru wajar menekankan aspek kesantunan kepada
para pelajar dengan menjadi suri teladan kepda mereka kerana kesantunan bahasa
perlu dipupuk dan disemaikan dalam diri pelajar dari semasa ke semasa. Pendek
kata, para guru perlu mempunyai iltizam yang tinggi pada setiap masa untuk
memastikan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas mampu melahirkan
pelajar yang berkualiti dari semua aspek termaksuklah akademik dan akhlaknya.
RUJUKAN
Abdullah Hussain.(2006). Harga Remaja: Cerpen Mellisa. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Asmah Hj Omar (1940). Kesantunan Bahasa dalam Pengurusan Pentadbiran dan
Media.(2007). Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka
Awang Sariyan(1953). Santun Berbahasa.(2007).Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka
Hasuria Che Omar(1966), Noriah Mohamed(1944) & Radiah Yusoff. (2009).
Bahasa Verbal dan Bukan Verbal II: Linguistik, Sastera dan Peradaban.
Retrieved 17 August 2013 from http://books.google.com.my/books?
id=zuMI8ggHoPUC&printsec=frontcover&dq=Bahasa+Verbal+dan+Bukan+Verbal+II&hl=en&
sa=X&ei=wkUTUpPOCImQrQehx4CQDQ&ved=0CDEQ6AEwAA#v=onepage&q=Bahasa
%20Verbal%20dan%20Bukan%20Verbal%20II&f=true
Kamus Dewan. (4th ed.).(2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Maniyamin Hj Ibrahim.(2006). Gaya Bahasa Kiasan: Penggunaan dan
Keberkesanannya dalam Sajak. Selangor: Karisma.
Mohd. Azam Ahmad & Saleh Ahmad. (2011).Kupasan & Kajian Komsas Tingktan 4.
Selangor: Sasbadi Sdn. Bhd.
Nik Safiah Karim & Norliza Jamaluddin. (2011). Ace Ahead Bahasa Malaysia Teks
STPM Kertas 1&2 (3rd ed). Selangor: Oxford Fajar Sdn Bhd.
18
LAMPIRAN
19