15
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAGI MATA PELAJARAN BAHASA ARAB Hari : Isnin Tarikh : 13 Jun 2014 Kelas : 2 Ibnu Khaldun Bilangan Murid : 35 orang Masa : 10.20 – 11.20 pagi Tajuk : Anggota Badan (( م س ج لء ا ا ض ع اPengetahuan Sedia Ada :Murid telah mengetahui beberapa nama anggota badan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Standard Prestasi : 9) Menyebut perkataan dan ayat susah. 12) Membaca perkataan dan ayat susah. Standard Pembelajaran : 9.4 – kemampuan menyebut perkataan dan ayat mengikut sebutan guru. 12.1 – kemampuan untuk membaca perkataan dan ayat dengan intonasi yang betul. 12.2 – kemampuan untuk membaca perkataan dan ayat dengan betul.

Rph Esaimen Teknologi Pengajaran

Embed Size (px)

DESCRIPTION

rph

Citation preview

RANCANGAN PENGAJARAN HARIANBAGI MATA PELAJARAN BAHASA ARAB

Hari: IsninTarikh: 13 Jun 2014Kelas: 2 Ibnu KhaldunBilangan Murid: 35 orangMasa: 10.20 11.20 pagiTajuk: Anggota Badan (( Pengetahuan Sedia Ada:Murid telah mengetahui beberapa nama anggota badan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.Standard Prestasi: 9) Menyebut perkataan dan ayat susah.12) Membaca perkataan dan ayat susah.Standard Pembelajaran: 9.4 kemampuan menyebut perkataan dan ayat mengikut sebutan guru.12.1 kemampuan untuk membaca perkataan dan ayat dengan intonasi yang betul.12.2 kemampuan untuk membaca perkataan dan ayat dengan betul.Tujuan pembelajaran: Diakhir pembelajaran murid dapat:1) Murid dapat menyebut lima nama anggota badan dalam Bahasa Arab dengan betul2) Murid dapat memadankan antara gambar dan nama anggota badan dalam Bahasa Arab3) Murid dapat menulis nama anggota badan dalam Bahasa Arab dengan betul.Kemahiran Utama: 1) Mendengar 2)Membaca 3)Bertutur Kemahiran Sampingan: 1) MenulisKemahiran Merentas Kurikulum : 1) Bahasa Inggeris 2) Pendidikan Jasmani KesihatanPenerapan Nilai: 1) Bersyukur 2) Menjaga Kesihatan DiriBahan Bantu Mengajar: 1) Gambar 2) Kad Imbasan 3) Kotak 4) AudioLangkahIsi pembelajaranAktivitiABM

Pengenalan(4 minit)Bacaan doa: Doa Mula Belajar" "Guru memilih seorang murid untuk membaca doa dan murid lain mengaminkan doa tersebut.

Slide Power Point Doa

Set Induksi(5 minit)

Soal jawab: Apa Ini?1. Guru meminta seorang pelajar ke hadapan. 2. Guru menunjukkan kearah beberapa anggota badan pelajar tersebut. Contonya kepala dan tangan sambil bertanya apa ini?3. Guru meminta pelajar menjawab soalan tersebut di dalam bahasa Malaysia dan bahasa inggeris.4. Guru mengaitkan jawapan murid dengan isi pelajaran.

Benda maujud (Murid)

Langkah 1(16 minit)Menyebut perkataan:1.

2.

3.

4.

5.

1. Guru membentangkan kad kalimah bersama gambar dan menyebut perkataan perkataan tersebut dengan betul sebanyak tiga kali dan murid hendaklah mendengar sebutan tersebut dengan teliti.

2. Selepas guru menyebut perkataan tersebut, murid dikehendaki mengulanginya beramai-ramai dengan betul.3. Guru meminta murid menyebut perkataan tersebut secara kelas, berkumpulan dan individu.4. Guru menyebut sekali lagi perkataan tersebut sambil menunjukkan anggota badan dan dikukuhkan lagi dengan gambar yang berkaitan.1. Kad kalimah2. Gambar anggota badan3. Benda maujud

Kemahiran:Mendengar dan menyebut

Langkah 2(15 minit)Menulis kalimah:1. 2. 3. 4. 5.

1. Guru menyebut kalimah dan menunjukkan cara yang betul untuk menulis kalimah tersebut.2. Guru meminta pelajar menulis perkataan tersebut pada buku latihan.3. Guru memilih seorang pelajar untuk menulis kalimah tersebut dengan betul dan menyebutnya sambil menujukkan anggota badan tersebut.

Langkah 3(16 minit)

Kegiatan pengukuhan.

1. Guru melekatkan gambar manusia di papan hitam. Selepas itu meletakkan perkataan bahasa melayu di dalam kotak beracun.2. Muzik dimainkan, apabila muzik diberhentikan pelajar yang mendapat kotak hendaklah memilih perkataan tersebut , seterusnya pelajar hendaklah memilih kad kalimah yang dibentangkan dan melekatkannya pada anggota badan yang betul.

Permainan kotak beracun (mengisi tempat kosong)-Radio dan Kotak

Penutup

(4 minit)Mengulang kembali pelajaran yang diajar.Murid mengingat perkataan baru dengan menyanyikan lagu anggota badan dalam bahasa arab beramai-ramai

PENULISAN PENILAIAN ABMAlat Bantu Mengajar Berbantukan Komputer (ABMBK) adalah sebahagian daripada alat atau Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang kini mendapat perhatian yang begitu serius di kalangan para pendidik, pentadbiran sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan dan seterusnya Kementerian Pelajaran Malaysia. Alat ini begitu sinonim di dalam era teknologi pendidikan dewasa ini. Objektif dan matlamat akan tercapai apabila pautan kuat antara guru, pelajar dan bahan bantu mengajar (BBM) semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Seorang guru juga perlu mempunyai persediaan dan pengetahuan dalam pengendalian bahan . Di samping itu, alatan yang bermutu juga memainkan peranan dalam keberkesanan pengajaran seorang guru. Ini bertepatan dengan pernyataan yang dikeluarkan oleh Kamarul, (2003), proses penyediaan sesuatu BBM, seorang guru itu terpaksa menjalankan pelbagai kajian yang benar-benar bermanafaat kepada guru dan pelajar. Alat bantu mengajar (ABM) bukanlah sesuatu yang tersisih sifatnya daripada proses pengajaran dan pembelajaran, ia merupakan alat yang sangat berguna kepada guru semasa mengajar. Pembelajaran dengan menggunakan alat bantu mengajar (ABM) dapat memastikan pelajar mengikuti serta dapat memberikan pelajar kefahaman yang berkesan dan juga dapat menarik minat mereka terhadap mata pelajaran yang diajarkan.Secara dasarnya, alat bantu mengajar (ABM) adalah alat yang dapat membantu seseorang guru dalam proses pengajaran. Alatan mengajar ini tidak terhad kepada buku teks, papan tulis dan gambar-gambar sahaja tetapi juga merangkumi segala benda yang digunakan dalam pelajaran yang dapat dilihat, didengar, dipegang, dibaca, dikisahkan, dirasai, dihidu, digunakan dan sebagainya. Alat mengajar merupakan apa-apa saja yang dialami oleh murid (kamaruddin hj. Hussin, 1986).Atan long (1981) membahagikan alat bantu mengajar (ABM) kepada tiga kumpulan, iaitu:-1. Alat pendengaran,2. Alat pandangan3. Alat pandang dengar.Noraziah abdul hamid (1981) menggolongkan alat itu kepada dua kumpulan, iaitu:-1. Media elektronik2. Media bukan elektronik,Hanapiah sudin (1979) menggolongkan kepada dua, iaitu:1. Bahan- bahan software2. Bahan-bahan hardware.Menurut Atan long (1982) lagi alat bantu mengajar (ABM) terdiri daripada berbagai-bagai bahan. Sesuatu bahan dapat disampaikan dengan berbagai-bagat cara. Umpamanya, sesuatu bahan itu mungkin diterbitkan dalam bentuk buku, dalam bentuk carta atau diletak pada slaid dan dipancarkan ke layar. Alat-alat penyampaiannya dinamakan alat bantu mengajar (ABM) berdasarkan pendapat di atas, dapatlah dibahagikan alat bantu mengajar (ABM) ini kepada tiga peringkat, iaitu (kamaruddin hj. Hussin,1987):1. Bahan-bahan yang menggunakan media elektronik seperti filem pelajaran, filem jalur- slaid, projektor (overhead), pita video, radio, pita rakaman, piring hitam dan lain-lain2. Bahan-bahan yang tidak menggunakan media elektronik seperti suara, buku, gambar carta model, surat khabar, papan tulis, kad imbasan dan lain-lain.3. Bahan-bahan yang bercorak pengalaman seperti lakonan, pantomim, lawatan, projek pameran dan bahan-bahan dari alam sekitar.Kepentingan dan Tujuan ABMDalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan alat bantu mengajar (ABM) amat penting bagi guru untuk memastikan proses pengajarannya dapat berjalan dengan lancar kerana isi pengajaran yang disampaikan dapat diikuti dengan baik oleh murid dengan bantuan alat bantu mengajar (ABM). Oleh itu, antara kepentingan alat bantu mengajar (ABM) dapat disenaraikan seperti berikut:1. Penggunaan alat bantu mengajar (ABM) dapat mengawal serta mengatasi masalah kekurangan tenaga pengajar kekurangan masa.2. Dapat mempertingkatkan minat murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran3. Dapat mempertingkatkan keghairahan untuk belajar.4. Dapat memahami secara lebih mendalam dan realistik tentang tajuk yang diajar.5. Dapat mengekalkan ingatan yang lebih lama terhadap isi-isi pengajaran.6. Dapat berasakan keseronokan belajar dan mengelakkan rasa jemu terhadap pengajaran guru.7. Alat bantu mengajar (ABM) menyediakan satu dasar kukuh untuk perkembangan kefahaman dan corak pemikiran, oleh itu ia mengurangkan berbagai-bagai gerak balas lisan daripada murid8. Alat bantu mengajar (ABM) membekalkan satu dasar untuk perkembangan pembelajaran murid dan menjadikan pembelajaran mereka lebih kekal.9. Alat bantu mengajar (ABM) menolong menjadikan pembelajaran murid-murid lebih mendalam tentang kefahaman isi pengajaran.10. Alat bantu mengajar (ABM) menawarkan pengalaman yang sebenar dan menjadikan pengajaran lebih menarik11. Pembelajaran yang diperoleh akan lebih bermakna.12. Bahan itu dapat melahirkan dorongan daya kreativiti, baik kepada guru mahupun pelajar.13. Melahirkan satu interaksi dan kerjasama antara pelajar dengan guru dan pelajar dengan pelajar.14. Dapat menjimatkan masa dan pelajar akan belajar lebih banyak dalam masa yang singkat.

Implikasi Penggunaan ABMPenggunaan alat bantu mengajar (ABM) sememangnya akan memberikan impak yang positif terhadap murid sekiranya guru telah membuat persediaan rapi untuk setiap langkah pengajaran yang ingin disampaikan dalam objektif pembelajaran.Salah satu daripada implikasi positif penggunaan ABM dalam proses pembelajaran ialah ianya akan mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif dimana semua murid melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti yang menyeronokkan.Contohnya semasa melaksanakan aktiviti menggunakan ABM ini guru akan memberi peluang kepada semua murid untuk pergi ke hadapan dan mengeja perkataan yang terdapat pada powerpoint yang disediakan. Ini akan menambahkan perbendaharaan kata murid sekaligus mereka akan mendapat pengetahuan baru.Jika dilihat dari segi interaksi pula, penggunaan ABM yang berpusatkan murid ini akan menggalakan interaksi yang lebih berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Murid tidak akan berasa takut dan malu dengan murid sebaliknya mencuba segala aktiviti yang diadakan berdasarkan kepada panduan yang telah diberikan oleh guru. Murid akan bertanya kepada guru sekiranya mereka kurang jelas tentang isi pelajaran yang diajar. Di samping itu, melalui aktiviti penggunaan ABM ini juga akan memupuk semangat kerjasama di kalangan murid. Belajar secara berkumpulan dalam bilik darjah memerlukan kerjasama yang tinggi di kalangan ahli kerana ianya akan memberikan impak yang besar terhadap suasana pembelajaran. Semua murid memainkan peranan penting dalam menjaga disiplin diri dan perlu peka terhadap pengajaran yang diajar oleh guru di semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Contohnya semasa belajar suku kata bahasa arab ini murid yang sudah fasih membaca boleh membantu rakan yang masih lemah penguasaan membaca mereka mengeja perkataan yang diberikan dalam kad suku kata pada ABM yang telah disediakan oleh guru.Penggunaan ABM yang berkesan juga akan menggalakkan guru untuk meningkatkan kadar penggunaan kemahiran pedagogi mereka di dalam bilik darjah. Bagi menghasilkan perlaksaaan aktiviti yang berkesan, guru akan mengambil kira latar belakang dan kebolehan murid. Secara tidak langsung ini akan menjadikan mereka lebih professional dalam mengaplikasikan pelbagai kaedah dalam usaha untuk mencapai objektif pembelajaran di dalam bilik darjah.Dalam erti kata lain dengan adanya integrasi pendekatan yang digunakan akan dapat menghasilkan suasana pembelajaran yang kondusif kepada semua murid kerana mereka tidak terikat dengan teknik pengajaran tradisional yang agak membosankan dimana ianya lebih berpusatkan guru sahaja. Aplikasi penggunaan pelbagai jenis bahan bantu mengajar ini akan lebih berkesan kerana ianya tidak hanya terikat kepada kaedah talk and chalk.

KesimpulanAlat bantu mengajar adalah sebahagian daripada faktor yang membantu sesuatu pengajaran dan pembelajaran dapat mencapai matlamatnya. Sebagai seorang guru yang berdedikasi aspek tersebut tidak boleh dipandang ringan. Pengajaran guru yang menggunakan alat bantu pengajaran berbanding dengan guru yang mengajar secara tradisi tentu sekali mempunyai perbezaan yang ketara dari segi penerimaan dan tumpuan pelajar, aktiviti yang dijalankan dalam pengajaran dan pembelajaran serta pencapaian pelajar. Apa yang penting, seseorang guru yang dedikasi perlu menyedari hakikat bahawa pengajaran yang menggunakan alat bantu mengajar lebih diharapkan oleh anak didik yang dahagakan ilmu daripada gurunya.Selain alat bantu mengajar, seseorang guru juga hendaklah peka tentang penyediaan soalan-soalan latihan atau soalan-soalan peperiksaan. Mengikut Taksanomi Bloom terdapat enam aras kognitif yang berbeza. Justeru guru yang baik perlu menguasai kemahiran membina soalan, untuk disesuaikan dengankemampuan dan latar belakang para pelajar, kandungan pelajaran serta tujuan sesuatu soalan tersebut dikemukakan.Kesimpulannya sekiranya kedua-dua faktor di atas dapat diberi perhatian yang sewajarnya oleh para guru, maka pembelajaran Bahasa Arab akan mencapai matlamat seperti yang diharapkan oleh pihak kerajaan. Mata pelajaran Bahasa Arab tidak lagi dilabelkan sebagai mata pelajaran yang membosankan atau sebagai mata pelajaran suka-suka sahaja.